Anda di halaman 1dari 8

PERSEPSI HUBUNGAN ANTARA SELF-ESTEEM DENGAN PERKAHWINAN

DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM: KAJIAN DI LEMBAGA KEMAJUAN


JOHOR TENGGARA(KEJORA) BANDAR PENAWAR, JOHOR

1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini berkaitan dengan isu yang semakin dipandang serius oleh masyarakat kini iaitu
adakah self-esteem dengan perkahwinan saling bergantung satu sama lain. Dalam
pembangunan Negara yang semakin maju, isu ini memainkan peranan yang amat penting
dalam perubahan sosiobudaya mahupun ekonomi di Negara kita. Namun dalam mengejar
kerjaya pada masa kini, terdapat juga di dalam satu perkahwinan yang self-esteemnya
kurang sehingga boleh berlakunya gangguan emosi atau penceraian.

Kajian ini penting untuk dijalankan dalam memperinci dan memperjelaskan


hubungan antara self-esteem dengan perkahwinan dalam kalangan penjawat awam di
KEJORA. Kajian ini merangkumi aspek-aspek penting termasuk latar belakang kajian,
permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, definisi operasional, sorotan
kajian, kepentingan kajian, skop dan batasan kajian serta metodologi kajian.

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh di antara lelaki dengan perempuan melalui
akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri.
Perkahwinan yang disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat
manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan

1
hidup di dunia dan di akhirat. Di dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan
sunnah Rasulullah S.A.W. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah
manusia. Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik,
sempurna, dan penuh dengan tanggungjawab (Sansabil Ismail et al., 2006).

Manakala, menurut Harter (1998), self-esteem merujuk kepada nilai yang diletak
oleh individu terhadap identitinya. Self-esteem boleh dikategorikan dalam dua (2)
bahagian iaitu self-esteem yang tinggi dan rendah. Individu yang memiliki self-esteem
yang tinggi dikatakan mempunyai pencapaian tugasan yang memuaskan, di mana dia
dapat melakukan tugasan yang diberi itu dengan cepat dan sempurna. Manakala individu
yang memiliki self-esteem yang rendah mudah untuk mendapat penyakit dan sentiasa
berada dalam keadaan kemurungan.

Kini, Asas perkahwinan dan keluarga yang kukuh haruslah disemai dan
dikekalkan sebagai garis panduan ke arah perkembangan individu yang sihat dan
sejahtera. Pengalaman perkahwinan dan keluarga yang pelbagai dan membina boleh
menjadi sumber motivasi kepada individu dan keluarga yang sihat. Sebaliknya,
pengalaman yang negatif akan merumitkan lagi usaha untuk membina dan mengekalkan
sebuah perkahwinan dan seterusnya keluarga yang kukuh (Rozumah, Tan Jo-Pei & Siti
Nor, 2002). Hal ini juga boleh mengakibatkan berlakunya penceraian yang tidak diingini
oleh setiap pasangan yang sudah berumahtangga.

Justeru itu, pengkaji rasa terpanggil untuk melakukan penyelidikan terhadap


hubungan antara self-esteem dengan perkahwinan untuk mengurangkan faktor penceraian
daripada pemasalahan ini.
3.0 PENYATAAN MASALAH

Setiap manusia mempunyai self-esteem yang berlainan sama ada self-esteem yang tinggi
atau rendah. Individu yang memiliki self-esteem yang tinggi sentiasa kelihatan yakin,
tenang, dapat menyempurnakan kerja atau tanggungjawabnya dengan baik dan cepat,
dihormati serta cekap (Palladino, 1994). Namun sekiranya individu itu mempunyai self-
esteem yang rendah, maka akan kelihatan sebaliknya berbanding self-esteem yang tinggi.

Walau bagaimanapun, perkahwinan juga merupakan cara untuk kita melahirkan


generasi yang seterusnya, namun, banyak golongan muda pada masa kini memilih untuk

2
tidak berkahwin atau lambat mendirikan rumah tangga. Hal ini berlaku kerana semakin
hari semakin banyak kes perceraian dan penderaan berlaku. Maka, tidak hairanlah jika
golongan muda lambat berkahwin. Menurut Stack (1994), penceraian merupakan trauma
kedua tertinggi bagi manusia kerana ia merupakan satu peristiwa yang paling ditakuti dan
boleh menyeksakan zahir dan batin individu yang terlibat.

Perceraian biasanya berlaku sebagai jalan terakhir untuk mengatasi perselisihan


faham dan perkahwinan. Kadar penceraian di kalangan masyarakat Malaysia juga
dilaporkan tinggi. Masalah penceraian di kalangan masyarakat Malaysia mula mendapat
perhatian pengkaji sosiologi sejak tahun 1970-an. Laporan statistik menunjukan
penceraian di kalangan orang Islam lebih tinggi berbanding golongan bukan Islam.
(JAKIM, 1995).

Hal ini menunjukkan bahawa, setiap individu perlu mempunyai self-esteem yang
tinggi agar dapat mengurangkan dasar peratusan penceraian di Malaysia. Sekiranya
penceraian semakin meningkat oleh disebabkan kurangnya self-esteem dalam diri
individu itu sendiri, maka ianya akan memberi kesan yang negatif kepada golongan yang
belum berkahwin.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif kajian yang telah dirangka seperti berikut:

i. Mengenalpasti hubungan antara self-esteem dengan perkahwinan.


ii. Mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu jantiina dengan
self-esteem.
iii. Mengenalpasti perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu tempoh
perkahwinan dengan self-esteem.
iv. Mengenalpasti hubungan antara aspek komunikasi terhadap self-esteem.

5.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini telah menetapkan beberapa persoalan kajian berdasarkan kepada objektif
kajian yang dirangka. Persoalan-persoalan kajian ini ialah:

i. Sejauhmanakah hubungan antara self-esteem dengan perkahwinan?

3
ii. Apakah perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina dengan self-
esteem?
iii. Apakah perbezaan antara faktor demografi terpilih iaitu tempoh perkahwinan
dengan self-esteem?
iv. Sejauhmanakah hubungan antara aspek komunikasi terhadap self-esteem?

6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Antara kepentingan kajian mengenai persepsi hubungan antara self-esteem dengan


perkahwinan:

i. Menyumbang kepada penyelik-penyelidik lain untuk melakukan kajian yang lebih


mendalam berkaitan isu self-esteem dengan perkahwinan di samping mengisi
peluang kepada pengkaji lain untun mengkaji ilmu yang amat meluas ini.
ii. Memberi satu idea untuk memperbaiki dan merancang beberapa tindakan yang
wajar diambil sama ada oleh pihak pengurusan organisasi, pekerja itu sendiri,
kaunselor terutamanya kaunselor keluarga dan tidak ketinggalan kepada pengkaji
akan datang.
iii. Memperjelaskan serba sedikit kepada masyarakat tentang hubungan antara self-
esteem dengan perkahwinan dalam kalangan pekerja KEJORA.

7.0 DEFINISI OPERATIONAL

Kajian ini menjelaskan definisi perkahwinan dan self-esteem daripada pelbagai aspek
secara ringkas:

7.1 Definisi Perkahwinan

Perkahwinan merupakan institusi yang paling asas dalam masyarakat. Dari zaman
dahulu hingga kini, manusia hidup berkelompok dalam unit keluarga untuk
mencari sokongan emosi dan fizikal di samping bertujuan membantu dalam
proses perkembangan dan sosialisasi. Perkembangan kedua-dua institusi ini

4
adalah saling mempengaruhi dan merupakan sumber sokongan yang amat penting
terutamanya pada saat krisis (Rozumah, Tan Jo-Pei & Siti Nor, 2002).

7.2 Definisi Self-Esteem

Konseptual: Self-esteem membawa maksud keyakinan diri, harga diri dan maruah
diri. Ia termasuklah menghormati orang lain sama seperti menghormati diri
sendiri dan mempunyai perasaan hormoni dan aman dalam diri (Palladino, 1994).
Menurut Harter(1998), self-esteem bermaksud nilai yang diletak oleh individu
terhadap identitinya.

Operasional: Dalam konteks ini, self-esteem bermaksud keyakinan diri seseorang


dalam melakukan sesuatu samada di tempat kerja atau di rumah.

8.0 SOROTAN KAJIAN

Sorotan kajian ini merupakan kajian lepas atau kajian lampau yang dijadikan sebagai
garis panduan serta rujukan untuk membantu penulisan dalam menyampai dan
melengkapi serta memperkemaskan lagi kajian ilmiah ini.

Menurut satu kajian lepas, pengkaji telah mengkaji tentang isu yang sama,
pengkaji telah menjelaskan tentang persoalan mengenai di kalangan jururawat di Hospital
Umum Kuching, Sarawak. Kajian ini turut menjelaskan hubungan antara self-esteem
dengan perhubungan perkahwinan.

Pengkaji turut menyatakan perkaitan antara self-esteem dengan elemen


perhubungan perkahwinan iaitu komunikasi, pencapaian peranan dan pencapaian tugasan,
termasuk perkaitan antara faktor demografi terpilih iaitu jantina dan tempoh
perkahwinan. Selain itu, pengkaji berharap kajian ini dapat menyalurkan sebar sedikit
pengetahuan kepada penyelidik yang akan datang berkaitan dengan tingkahlaku manusia
dalam organisasi. Akhir sekali kajian yang dijalankan ini dapat membantu semua pihak
untuk mengetahui dan mengenalpasti hubungan antara self-esteem dengan perhubungan
perkahwinan.

9.0 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

5
Kajian ini membataskan kepada subjek dan sampel tertentu sahaja bagi memastikan
objektif kajian tercapai.

9.1 Batasan Subjek

Kajian ini berdasarkan isu-isu semasa yang timbul dalam kalangan masyarakat
terhadap isu perkahwinan dengan self-esteem. Sememangnya terdapat banyak isu
yang menyentuh soal ini walaupun dari penjawat awam itu sendiri. Namun begitu,
kajian ini membataskan kepada isu persepsi hubungan antara self-esteem dengan
perhubungan perkahwinan sahaja.

9.2 Batasan Sampel

Populasi yang pengkaji dapati terdapat 300pekerja di KEJORA. Pengkaji memilih


sebahagian penjawat awam di KEJORA Bandar Penawar, Johor sebagai sampel
kajian. Hasil temubual daripada penjawat awam ini diolah pengkaji dalam bentuk
esei. Selain itu, kajian ini juga berpandukan kajian-kajian yang lepas yang telah
dilakukan oleh pengkaji-pengkaji. Pencarian fakta untuk kajian ini berfokus
kepada sumber sekunder yang terdiri daripada buku, akhbar, majalah, kajian
lepas, internet dan lain-lain.

10.0 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu reka bentuk
kajian, pengumpulan data dan penganalisaan data.

10.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merujuk kepada cara penyelidik mengendalikan kajian dan
prosedur atau teknik yang digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Reka

6
bentuk kajian ditentukan oleh persoalan dan objektif kajian yang telah dirangka.
Kajian ini memilih reka bentuk kajian kuantitatif.

10.2 Pengumpulan Data

Data kajian dikutip melalui teknik analisis dokumen. Kajian ini menggunakan
kaedah kajian perpustakaan sebagai kaedah utama. Bahan-bahan perpustakaan
adalah rujukan terpenting. Data kajian ini juga diperolehi melalui temubual
penjawat awam. Hasil temubual ini menjadi pelengkap kepada sumber rujukan
pertama.

10.3 Penganalisaan Data

Penganalisaan data penting untuk membuat kesimpulan berdasarkan persoalan


dan objektif kajian yang dibina. Kajian ini menganalisa hasil temubual bersama
penjawat awam itu sendiri.

11.0 HIPOTESIS KAJIAN

Ho 1: Terdapat signifikan hubungan antara self-esteem dengan perkahwinan.

Ho 2: Tidak terdapat signifikan hubungan antara self-esteem dengan perkahwinan.


12.0 PENDEKATAN TEORI
12.1 Teori Maslow

Hirarki Keperluan Maslow telah diperkenalkan oleh Abraham Maslow pada tahun
1943 dalam buku A Theory of Human Motivation. Ia lebih menjurus kepada
keperluan asas manusia iaitu fisiologi dan psikologi. Teori ini mempunyai andaian
bahawa keperluan asas yang tidak dipenuhi akan menghalang seseorang untuk
memenuhi keperluan lain. Menurut Teori Maslow, terdapat lima keperluan asas
manusia yang perlu dipenuhi. Komponennya terdiri dari keperluan fisiologi,
keperluan sosial, keperluan esteem, keperluan penghargaan kendiri, dan keperluan
kepuasan kendiri.

Keperluan fisiologi merujuk kepada keperluan manusia yang paling asas


bertujuan meneruskan kehidupan. Contoh keperluan fisiologi adalah makanan,
minuman, pakaian, rehat, tidur, udara dan seks (Boeree, 1998). Keperluan
keselamatan pula dipenuhi apabila individu berasa selamat kerana bebas dari

7
bahaya fizikal dan mental. Keperluan sosial merujuk kepada keinginan manusia
untuk disayangi dan dipunyai di dalam sesebuah komuniti yang kecil iaitu
keluarga. Seterusnya keperluan ini juga boleh dipenuhi dengan rasa dihargai dan
terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. Penerimaan dan rasa dikasihi oleh orang
lain menyebabkan hadir perasaan kasih sayang, terbinanya hubungan yang baik
dan memudahkan penerimaan oleh kumpulan sosial yang lain. Bagi keperluan
penghargaan kendiri (self-esteem), Maslow menyatakan terdapat dua jenis
keperluan esteem iaitu tinggi dan rendah. Keperluan penghargaan kendiri yang
rendah merujuk kepada sikap menghormati orang lain, keperluan untuk memiliki
status, kemashyuran, kecemerlangan, perhatian, reputasi dan penghargaan.
Manakala penghargaan kendiri yang tinggi melibatkan keperluan untuk
menghormati diri sendiri seperti berasa yakin, cekap, berdikari, dan bebas.
Keperluan kepuasan kendiri merupakan peringkat tertinggi dalam hirarkinya dan
semua individu cuba untuk mencapai tahap ini.

Pada tahap ini tidak terlibat kestabilan dan homeostasis kerana individu yang
mencapai tahap ini akan sentiasa merasa potensi diri mereka dipenuhi seperti
yang dikehendaki. Bagaimanapun, untuk mencapai tahap ini semua keperluan
yang lain harus dicapai terlebih dahulu. Dalam teori ini jelas menunjukkan
bahawa keperluan untuk mencapai hierarki pada tahap yang tertinggi harus
melalui dan memenuhi keperluan yang berada di bawah termasuk self- esteem.

Anda mungkin juga menyukai