Anda di halaman 1dari 15

Sejarah Dan Tamadun Islam Di Andalusia

‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬


‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫ سيدنا محمد وعلى آله‬، ‫ والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬، ‫الحمد هلل رب العالمين‬
‫ ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين‬، ‫وصحبه أجمعين‬

1.0              Pendahuluan

Pada umumnya, tamadun manusia telah wujud semenjak Nabi Adam a.s dicipta oleh Allah SWT.
Dialog tentang peradaban manusia telah dirakamkan oleh Allah SWT sebagaimana yang telah ternukil
di dalam Al-Quran. Firman Allah SWT:

Maksudnya: Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya,
kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-
benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".[1]
 

Maksudnya: Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai
pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang
Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".[2]

Perkara utama yang diberikan kepada Nabi Adam adalah ilmu pengetahuan yang tidak dapat ditandingi
oleh ilmu para malaikat (al-Baqarah 2: 31-32). Ilmu inilah asas kecemerlangan ummah dan paksi
kepada kekuatan Islam. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, satu ciri terpenting pembinaan tamadun
manusia yang dicapai ketika itu ialah pembentukan Madinah sebagai pusat ilmu (Sabri Mohamad
Sharif 2008) dan elemen perpaduan antara kaum yang wujud secara praktikal. Sejarah Islam
memperlihatkan Madinah telah menjadi satu pusat yang penting dalam penyebaran ilmu ke segenap
pelusuk yang boleh dicapai ketika itu. Ini termasuklah ke segenap daerah al-Jazirah, al-Sham, Iraq,
Euthopia dan Mesir.[3]

Pencapaian masa lampau oleh umat Islam membanggakan dunia sehingga ke hari ini. Hampir 14 abad
Islam menguasai pentas dunia. Pembangunan yang dicapai dalam aspek keilmuan, senibina, sains,
teknologi dan sebagainya tidak dapat ditandingi pada waktu tersebut oleh sebarang kuasa luar. Ini
menunjukkan bahawa pemerintah Islam tidak pernah melupakan aspek pembangunan, malah ia adalah
salah satu dari aspek penting dalam pembinaan tamadun. [4]

1.1       Definisi Tamadun Dan Peradaban

Bagi memahami kejayaan dan pengertian kegemilangan sejarah Islam di Andalusi, ada
baiknya bertolak dengan melihat pengertian tamadun itu sendiri. Antaranya ialah:
 
Dalam bahasa Arab, tamadun ialah “umran”, hadharah dan madunah. Dalam bahasa
Inggeris ianya disebut “civilization” dan di dalam bahasa Melayu disebut kebudayaan,
peradaban dan kemajuan. [5]

Arnold Toynbee dalam bukunya A Study of History mendefinisikan tamadun sebagai


sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Beliau menambah, tamadun juga
ialah satu kumpulan pemikiran dari pelbagai manifestasi, orientasi yang berterusan, satu
gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan,
agama dan moral.[6]

Manakala Syed Naquib al-Attas dalam bukunya Islam Fahaman Agama Dan Asas
Akhlak mendefinisikan tamadun sebagai keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat
yang telah mencapai taraf tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh
masyarakat. [7]

Pendapat yang diberikan oleh beberapa orang tokoh di atas dalam tulisan mereka lebih
menjurus kepada pembangunan yang seimbang antara tuntutan di dunia dan juga
tuntutan di akhirat. Maka agama memainkan peranan yang utama dalam membentuk
sesuatu tamadun yang kuat dari sudut dalaman dan luarannya. Manakala perspektif
tamadun dari kaca mata sarjana barat lebih terarah kepada pembangunan berbentuk
material tanpa campur tangan agama. Hal ini disebabkan fahaman sekular yang telah
merebak dan meresapi pemikiran kebanyakan sarjana barat yang mengetepikan urusan
agama dalam soal-soal pembangunan dan agama sekadar amalan di gereja dan rumah
ibadat sahaja.[8]

 
1.2       Sumber Tamadun Dan Peradaban Islam

Sumber utama didalam pembinaan tamadun dan peradaban Islam ialah al-Quran dan as-
Sunnah. Kedua-dua sumber inilah tamadun dan peradaban Islam terbina samaada
berbentuk material dan rohani. Al-Quran diturunkan oleh Allah SWT ke atas umat
manusia untuk mengurus muka bumi. Al-Quran telah menggariskan batas-batas tamadun
Islam secara menyeluruh.[9]

2.0       Andalusia Sebelum Kedatangan Islam

Wilayah al-Andalus merupakan antara wilayah yang pernah dikuasai oleh kerajaan-kerajaan Islam
dahulu dalam tempoh lebih 700 tahun. Ekspedisi ketenteraan yang diketuai oleh Musa b. Nusayr dan
Tariq b. Ziyad telah menjadi titik permulaan kepada penyebaran agama Islam di kawasan Semenanjung
Iberia. Penyebaran agama suci ini turut diperkukuhkan lagi dengan kewujudan pelbagai pemerintahan
Islam di wilayah tersebut, bermula dari zaman Kerajaan Umawi dan diakhiri oleh Kerajaan Nasriyyah
di Granada. Bagaimanapun, kedudukan kerajaan-kerajaan Islam di al-Andalus semakin merosot dan
berakhir setelah tentera Kristian di bawah pimpinan Ferdinand dan Isabella berjaya menguasai seluruh
al-Andalus pada tahun 1492M. [10]

Nama Andalusia diambil sempena istilah bahasa Arab, Al Andalus, merujuk kepada bahagian jazirah
Iberia yang dahulunya berada di bawah pemerintahan Muslim. [11]. Manakala menurut Mohd Nor
Jusoh, Andalus atau disebut juga sebagai al-Andalus ialah istilah yang digunakan oleh ahli geografi
Islam pada Abad Pertengahan. Yakni ia merujuk kepada wilayah pemerintahan Islam di Semenanjung
Iberia yang meliputi negara Portugal dan Sepanyol pada hari ini.[12]

Kedudukan geografi Andalusia yang terletak dipersimpangan antara Barat dan Timur, dan merangkumi
kawasan utara dan selatan Eropah. Perkataan asal Andalusia ini dikatakan berasal daripada perkataan
“Vandalusia” yang bererti “Tanah Vandal”, iaitu satu suku bangsa Eropah yang mendiami rantau
tersebut sekitar abad kelima Masihi. [13]Apabila penguasaan Vandal berakhir dan digantikan dengan
suku kaum Visigoth, wilayah ini sentiasa berada dalam keadaan huru-hara tanpa undang-undang yang
mampu menjamin keselamatan penduduknya. Seluruh Eropah pada waktu itu berhadapan dengan
‘zaman kegelapan’ (Dark Ages) dimana budaya intelektual yang diwarisi daripada Peradaban Greek
dan Romawi semakin lenyap. [14]
2.1       Kedatangan Islam Di Andalusia

Suasana kehidupan penduduk Vandal menjadi kelam kabut dan keadaan masyarakat
menjadi tidak terurus. Golongan petani dilayan seperti hamba. Kemiskinan, rasuah,
kejahilan dan ketidakstabilan merupakan sebahagian daripada kehidupan harian.

Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 Hijrah (911 Masihi) di bawah kepemimpinan
Panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa. Selepas
kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol kemudian
muncul menjadi negeri paling makmur. Pasukan Islam tidak hanya berhenti di Sepanyol,
malah terus memperbesarkan empayar ke negara sekitar seperti Perancis. Kota
Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou dan Tours. Walaupun pasukan Islam sangat
kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, tetapi mereka tetap mengutamakan toleransi
kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang juga kawasan pergunungan.
Islam sudah menerangi Sepanyol dan oleh kerana sikap penguasa Islam begitu baik dan
rendah diri, ia terus mendorong warga Sepanyol yang tulus dan ikhlas memeluk Islam.
[15]

Mereka bukan hanya beragama Islam, namun amat mempraktikkan kehidupan secara Islam. Mereka
tidak hanya membaca al-Quran, malah bertingkah laku berdasarkan al-Quran. Suasana sedemikian
berlangsung hampir enam abad. Pemimpin Islam ketika itu cukup berwibawa dan digeruni. Abdul
Rahman al-Dakhil sebagai contoh, adalah individu yang menyambung Kerajaan Bani Umayyah di
Andalus setelah Umayyah di pusat iaitu di Damsyik telah jatuh. Abdul Rahman al-Dakhil pernah
dijemput oleh pemimpin Kristian yang dibantunya ketika memerangi musuh. Beliau turut dipelawa
minum arak, tetapi ditolak secara diplomasi dengan berkata: “Aku memerlukan tambahan untuk otakku
bukan untuk mengurangkannya".[16]

Selepas dari itu, bermulalah satu era baru pemerintahan Islam daripada Bani Umaiyyah
di Andalusia. Malah kedatangan Islam dianggap sebagai pembebas dari segala bentuk
kejahilan yang melanda Eropah pada masa itu.

Peta 1 dibawah menunjukkan wilayah Andulusia yang dikuasai oleh tentera Islam pada tahun 711
Masihi.
Peta 1 : Kerajaan Islam Andalusia

Kita akan membincangkan tentang sumbangan utama kerajaan Islam Andalusia dan
Granada pada bab 3.0 yakni Andalusia telah menjadi pusat intelektual yang termashyur
didunia. Kemajuan bidang intelektual ini telah menjadi pemangkin kepada bidang-
bidang lain dan ianya adalah bersendikan kepada al-Quran dan as-Sunnah.
3.0       Sumbangan Peradaban Islam Andalusia Terhadap Pembentukan Peradaban Eropah

Keagungan dan kejayaan sesebuah negara tidak dapat tidak dapat dipisahkan dari semangat
perkembangan ilmu dan penyelidikan baru yang dicetuskan oleh Islam. Selama 8 abad (92-897H-711-
1492M) orang-orang Islam menjadi perintis dan pelopor tamadun yang tersendiri di Andalus. Didorong
oleh semangat cintakan ilmu, maka sarjana-sarjana Muslim mendaki setiap ketinggian intelektual dan
mengatasi setiap halangan fizikal sehingga orang-orang Islam berjaya memberi sinar dan kemajuan
kepada masyarakat Eropah yang ketika itu masih berada dalam kemiskinan dan kemerosotan baik dari
sudut material mahupun spiritual. Tradisi mengkaji dengan bebas disamping menghargai fikiran
manusia merupakan kejayaan paling manis dalam kehidupan intelektual orang-orang Islam. Lantaran
itu kita dapati bumi Andalus ketika itu dipenuhi dengan institusi-institusi pengetahuan yang
memperdebatkan idea-idea tanpa halangan dan mencari ilmu pengetahuan sebagai satu ibadah. Orang-
orang Islam menjadi pemimpin dan guru dalam semua daya kreativiti dan aktiviti yang dilakukan
sehingga Andalus menjadi simbol kekuatan dan keagungan Islam dan dianggap sebagai “The Torch Of
Europe” [17]

3.1       Perkembangan Intelektual

Selama hampir 800 tahun berada dibawah pemerintahan Islam, Andalusia menjadi satu
sumber peradaban kepada Eropah. Sebagai negara yang bertamadun tinggi, kemajuan
dicapai oleh umat Islam Andalusia dalam bidang seni, sastera dan sains tiada
bandingannya di benua Eropah. Kemajuan yang dicapai oleh Andalusia telah menarik
ramai pelajar-pelajar daripada Perancis, Jerman dan England untuk menuntut ilmu
pengetahuan yang hanya terdapat diwilayah pemerintahan kerajaan Islam.

Perkembangan yang pesat telah berlaku terutamanya semasa pemerintahan Abdul


Rahman al-Nasir (912-961 Masihi) dan penggantinya iaitu al-Hakam yang juga
merupakan seorang sarjana biologi, falsafah dan ilmu-ilmu hukum.  [18]
Antara kemajuan dalam bidang ilmu yang telah dicapai ialah:

a.      Matematik
Matematik adalah bidang yang dilupai oleh peradaban Eropah pada zaman
Medieval. Mereka langsung tidak berminat terhadap pencarian fakta-fakta
saintifik. Tambahan pula masyaralat Eropah menerima tekanan daripada pihak
gereja dengan menyekat perkembangan ilmu sains kerana ianya boleh
menggugat kekuasaan gereja.

Peradaban Islam Andalusia memainkan peranan yang penting terhadap perluasan


ilmu saintifik. Sumbangan kepada peradaban Eropah dalam bidang matematik
dapat dilihat apabila munculnya ramai pakar-pakar dalam bidang ini seperti
Aderald dan Morley dari Britain. Aderald telah belajar dengan orang-orang Islam
Andalusia dan telah menterjemahkan karya al-Khuwarizmi yang menulis tentang
teori geometri dalam matematik dan statistik.[19]

b.      Astronomi
Dalam bidang astronomi terdapat beberapa karya karangan Abu Ma’syar dan
juga Kuwarizmi. Karya dua tokoh Islam ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin
oleh Aderald of Bath dan John of Seville. Abu Ma’syar merupakah cendiawan
Islam yang telah membetulkan akrya-karya Ptolemy dan menentukan ketepatan
gerhana matahari. Manakala karya-karya al-Battani telah diterjemahkan ke
bahasa Latin oleh Alfonso X. Karya Ibn al-Zarqiyali juga telah diterjemahkan
oleh ahli astronomi yang dipinjam daripada bahasa Arab iaiti al-Sumut dan
Nadir.[20]

c.       Perubatan
Pengaruh sarjana Islam Andalusia dalam bidang sains dan perubatan di Eropah
amat mengagumkan kerana kecemerlangan mereka mengatasi pencapaian ahli-
ahli perubatan di Timur. Kemajuan telah dicapai dalam bidang anatomi dan
fisiologi. Antara pakar perubatan yang memberi sumbangan kepada peradaban
Eropah ialah Abu Qasim Khalaf bin Abbas Al-Zahrawi (Abucasis). Beliau telah
mengarang yang lengkap satu karya yang dianggap sebagai ensiklopedia
perubatan yang yang lengkap iaitu kitab al-Tasrfi. Kitab ini telah diterjemahkan
ke beberapa bahasa Eropah.[21]

d.      Seni bina


Di Andalusia dan Granada, terdapat banyak seni bina yang melambangkan
peradaban Islam. Seni bina ini telah menyumbangkan kepada peradaban Eropah
apabila bentuk serta struktur binaan ini telah berkembang dengan pesat di
Eropah. Antara binaan termasyhur di Andalusia terletak di Granada yang dibina
semasa pemerintahan kerajaan Nasriyyah. Ianya lahir hasil asimilasi orang Islam
dan bukan Islam pada abad ke 13 dan 14M. Contohnya rekaan seperti Alcazar di
Sevile dan grereja Toledo. Reka bentuk sina binaanya adalah dipengaruhi oleh
seni bina Kristian. Sementara itu di Granada, banyak seni binanya adalah
dipengaruhi oleh seni bina Islam seperti Istana Al-Hambra yang melambangkan
salah mercu tanda Islam di Andalusia. [22]
4.0       Keruntuhan Islam Andalusia[23]

Pun begitu, ketika Islam kian kukuh di Andalus berabad-abad lamanya, ia tetap dikeliling orang kafir
Sepanyol yang sedia menanti untuk menghapuskan Islam, tetapi selalu gagal. Beberapa kali dicuba,
namun tidak berhasil. Mereka kemudian menghantar perisik untuk mengkaji kelemahan umat Islam di
Sepanyol. Akhirnya perisik menemui cara bagi menakluki Islam di Sepanyol, iaitu melemahkan iman
dengan serangan pemikiran dan budaya. Musuh kemudian secara senyap menghantar arak secara
percuma ke wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk memujuk golongan muda agar lebih suka
menyanyi dan menari daripada membaca al-Quran.

Punca lain adalah perbalahan dan permusuhan sesama sendiri sehingga mewujudkan 20 puak yang
mempunyai negeri masing-masing. Antaranya Bani Jahur, Bani ‘Ibad, Bani al-Aftas dan Bani Nun.
Ekoran wujudnya pelbagai puak, mudahlah musuh Islam di Andalus merebut kembali tanah. Apa yang
menyedihkan, ada umat Islam yang menjual’ agama dan negara demi kepentingan peribadi. Contohnya,
Gabenor Daerah Balansiah, Abu Zaid ketika berdepan dengan rakyatnya yang memberontak, dia terus
membuat perjanjian dengan Raja Kristian Choinawi untuk membantu menghapuskan pemberontakan
tersebut. Habuannya, Abu Zaid akan memberikan beberapa kawasan kepada Choinawi dan membayar
‘jizyah’ tahunan kepadanya. Jizyah dalam Islam mesti dibayar oleh bukan Islam kepada pemerintah
Islam, tetapi apa yang dilakukan oleh Abu Zaid yang beragama Islam adalah terbalik, apabila berjanji
membayar jizyah kepada Choinawi yang beragama Kristian.

Sebenarnya, 800 tahun bukan singkat. Selepas umat Islam ‘menghidupkan’ Sepanyol dan
menjadikannya bangsa bertamadun berbanding bangsa lain di Eropah, akhirnya seolah-olah kehebatan
tersebut tidak pernah wujud. Apa yang pasti, Sepanyol sekarang bukan Sepanyol dulu. Sepanyol hari
ini bukanlah Andalus pada satu masa dulu.

Abu Abdullah daripada puak Bani al-Ahmar, iaitu raja terakhir kerajaan Islam Granada pada 21
Muharam 897 Hijrah yang memeterai perjanjian penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian
Sepanyol, Ferdinand dan Isabella. Dengan itu, berakhirlah era kerajaan Islam di bumi Eropah setelah
berkuasa 800 tahun. Bani al-Ahmar merupakan puak yang menguasai wilayah Islam terakhir di
Sepanyol iaitu Granada dari 620 Hijrah hingga 897 Hijrah iaitu pada tahun di mana perjanjian
penyerahan kerajaannya kepada Raja Kristian Sepanyol, Ferdinand dan Isabella dimeterai.

Perjanjian yang melibatkan 67 perkara itu, termasuklah jaminan keselamatan orang Islam di Sepanyol,
tetapi pada akhirnya ia tidak pernah direalisasikan. Malah, 300 tahun kemudian, Islam dan tanda-
tandanya semakin terhakis di bumi Sepanyol, seolah-olah Islam dan tamadunnya tidak pernah wujud di
negara itu walaupun ia pernah menyinari dan menerajuinya 800 tahun. Perjanjian ini akhirnya
dimeterai kerana menerima banyak tekanan daripada orang Kristian Sepanyol, termasuk kejadian
paling memilukan dalam sejarah Islam pada 892 Hijrah. Ketika itu, beribu-ribu umat Islam yang dijanji
boleh menyelamatkan diri dengan berlayar ke Afrika dibunuh beramai-ramai secara kejam atau tanpa
perikemanusiaan. Dalam tragedi tersebut, umat Islam mati bermandikan darah angkara tentera Kristian.
Sebelum dibunuh, mereka bersembunyi di rumah masing-masing. Bagi membunuh penganut Islam,
tentera Kristian menggunakan satu penipuan besar.

Tentera Kristian membuat pengumuman bahawa orang Muslim Granada boleh meninggalkan rumah
secara aman bagi menaiki kapal untuk berlayar meninggalkan Sepanyol sambil membawa barangan
keperluan masing-masing. Tentera yang sama juga memaklumkan jaminan keselamatan bagi mereka
yang ingin meninggalkan Sepanyol. Pun begitu, masih ramai yang meragui tawaran tersebut.
Bagaimanapun, selepas umat Islam melihat sendiri kapal di pelabuhan telah disediakan untuk
membawa mereka belayar, barulah mereka menerima tawaran berkenaan.

Keesokan harinya, beribu-ribu warga Muslim Granada keluar membawa barang  eperluan menuju
pelabuhan. Pun begitu, bagi yang tidak mempercayai tawaran tentera Salib itu, mereka terus bertahan
dan bersembunyi di rumah masing-masing. Sesudah umat Islam berkumpul di pelabuhan, tentera
Kristian segera menggeledah rumah yang ditinggalkan, kemudian membakarnya. Umat Islam yang ada
di pelabuhan pula tergamam apabila tentera Kristian membakar kapal yang dikatakan akan membawa
mereka keluar dari Sepanyol. Ketika kapal ditenggelamkan, umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa
kerana mereka tidak bersenjata. Majoritinya wanita dan kanak-kanak, sedangkan tentera Kristian
mengepung dengan pedang terhunus. Setelah menerima arahan ketua tentera, umat Islam di pelabuhan
itu dibunuh kejam tanpa secebis simpati. Jerit tangis dan takbir terus terdengar, tetapi secara buas
tentera Kristian semakin ganas membunuh warga awam yang sama sekali tidak berdaya. Seluruh
Muslim Andalusia yang ada di pelabuhan ketika itu berakhir dengan maut. Darah mengalir di merata-
rata. Laut yang biru di pelabuhan bertukar menjadi merah kehitam-hitaman. Itulah kisah menyedihkan
dalam sejarah umat Islam yang tidak boleh dilupakan.
5.0       Kesimpulan

Jika diteliti dari sudut perkembangan dan kemajuan Islam di Andalusia, jelas menunjukkan bahawa
pemerintahan Islam telah mementingkan kemajuan intelektual dan  keilmuan, disamping
perkembangan industri dan pertanian. Namun, disebabkan beberapa masalah dalaman yang berlaku,
pemerintahan Islam akhirnya tidak dapat bertahan dan terpaksa menyerahkan penguasaan mereka
selama hampir  8 abad itu kembali kepada Kristian. 

Antara punca yang dilihat melemahkan umat Islam ketika itu dan boleh dijadikan iktibar kini ialah:

                    i.                        Perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin yang mentadbir


wilayah. Ini dapat dilihat pada peringkat 

                  ii.                        Tidak mempunyai sifat ketaatan kepada kepimpinan


sehingga mereka tidak mahu mengikut nasihat khalifah. Akhirnya, anasir-anasir tidak
puas hati itu membawa kepada perancangan untuk merampas kekuasaan dalam kalangan
umat Islam, sedihnya dengan melibatkan kerjasama dengan pihak musuh

                iii.                            Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam
seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk
memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka.

Manakala kejayaan pemerintahan kerajaan Islam Andalusia yang patut kita contohi ialah:

                                i.            Andalusia telah membuka ruang untuk memastikan supaya


sekiranya kita ingin sentiasa maju ke hadapan , kita harus bersikap terbuka kepada
pemikiran-pemikiran  kreatif  dan idea-idea yang inovatif. Mereka telah mencapai
kejayaan dari segi sains dan teknologi  kerana mereka menggalakkan suasana  intelek
dan tidak rigid dengan kemasukan ilmu-ilmu moden.

                                i.            Kecemerlangan Andalusia dalam bidang pertanian dan


industri  memungkinkan kita untuk mempertingkatkan kemajuan dalam bidang ini
dengan bantuan teknologi maklumat , dan  mengambil nikmat bioteknologi untuk
dikembangkan dalam sektor ini agar pertanian dan industri lain tidak lagi dipandang
enteng.
                              ii.            Lahirnya ilmuan seperti  Ibn Bajjah (1082-1138M), Ibn
Zuhr (1091-1162M) dan lain-lain menuntut kita melahirkan cendekiawan Muslim yang
versatile , mahir dari segi ilmu turath dan juga ilmu moden yang mampu untuk
meninggalkan jejaknya yang tersendiri di dunia ini. Generasi ilmuwan moden ini harus
dibina jati diri mantap agar member manfaat kepada pembangunan negara.

                            iii.            Ketamadunan yang dibina telah meninggikan Eropah yang


pada waktu tersebut berada pada zaman kegelapan. Bandar Cordova di  Andalusia
dilihat sebagai Bandar yang terulung dalam kalangan Negara-negara Eropah yang lain
dan  mereka telah memajukan intelektualisme dari aspek falsafah , seni bina,
matematik , teologi, perubatan dan banyak lagi sehingga Islam digambarkan begitu ke
hadapan dalam soal ini. Mereka dapat me-asimilisasi-kan  Islam dengan falsafah dan
pusat kecemerlangan Greek sehingga ia menyumbang kepada pembangunan
keseluruhan negara Barat yang di dominasi kaum Kristian.

                            iv.            Kejayaan mereka membina tamadun dalam keadaan mereka


mempunyai kepelbagaian bangsa dan penganut agama samawi juga sesuatu yang unik.
Sudah pasti ia ada kaitan dengan kefahaman terhadap ajaran Islam yang dipraktikkan
dalam bentuk siyasi. Rujukan tentunya terhadap contoh-contoh awal yang ditunjukkan
oleh khalifah  Islam dalam memberi dan menjamin hak asasi setiap penganut agama
yang mana mereka boleh hidup aman damai di bawah pemerintahan Islam. Contoh –
contoh jaminan ini terus dilaksanakan sehingga ke wilayah pemerintahan Andalusia.
Oleh sebab itu, kita dapat menyaksikan sejarah di mana umat Islam, Kristian dan Yahudi
saling membantu mewujudkan suasana keilmuan yang baik terutama di Cordova. Ini
kelihatan begitu relevan dengan negara kita sekarang yang mempunyai kepelbagaian
latar bangsa dan penganut agama. Oleh itu, demi mencapai puncak kemajuan ,
kerjasama antara kaum ini harus diberi tumpuan yang wajar bagi meningkatkan
kerjasama dan kefahaman dalam kalangan rakyat yang ada.
Rujukan

Al-Quran & Terjemahan

Abdul Aziz bin Harjin. 15 Apri 2005. Islam di Andalus. Dipautan


http://ctu551.blogspot.com/2008/04/islam-di-andalus-spanyol.html

Afifah Abu Yazid, Mohd Nizho Abdul Rahman, Ismail Ishak, Kamarudin Ahmad, Shukri Ahmad &
Mohamad Khadafi Rofie. 2012. Tamadun Islam dan tamadun Asia. Selangor. Penerbit: Pearson
Malaysia Sdn Bhd

Arnold Toynbee. 1972. A Study of history. London. Oxford University Press, Thames and Hudson Ltd

Bazli Abdul Rahman. Utusan Malaysia. 18 Jun 2012. Andalusia: sejarah Islam yang
disembunyikan.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2012&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pelancongan&pg=pl_01.htm

Dr Mustafa Haji Daud. 1997. Al-Quran sumber tamadun Islam. Kuala Lumpur. Penerbit:  Jabatan
Kefahaman Islam Malaysia (JAKIM)

Ezad Azraai Jamsari, Noranizah Yusuf, Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, & Adibah Sulaiman
@ Mohamad. 2011. Sejarah kerajaan Islam di al-Andalus menurut buku sejarah umat Islam karya
HAMKA. Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Institut Kajian Rantau
Asia Barat (IKRAB), Universiti Kebangsaan & Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia

Mohd Nor Jusoh. 2012. Tamadun Islam & Tamadun Asia. Selangor. Penerbit: Sarjana Media Sdn Bhd

Mohd Roslan Mohd Nor. 2010. Meneladani sejarah umat Islam dalam membentuk masyarakat
Hadhari yang gemilang abad ke 21. Jurnal Hadhari 2 (2) (2010) 19-40. Selangor. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Syed Naquib al-Attas. 1977.  Islam Fahaman Agama dan asas akhlak. Kuala Lumpur. Penerbit : ABIM
[1] Surah Al-Baqarah 2:31
[2] Surah Al-Baqarah 2:32
[3] Mohd Roslan Mohd Nor. 2010. Meneladani sejarah umat Islam dalam membentuk masyarakat
Hadhari yang gemilang abad ke 21. Jurnal Hadhari 2 (2) (2010) 19-40. Universiti Kebangsaan
Malaysia, hlm 20
[4] Ibid
[5] Mohd Nor Jusoh. 2012. Tamadun Islam & tamadun Asia, hlm 12
[6] Arnold Toynbee. 1972. A Study of history. Oxford University Press, Thames and Hudson Ltd
[7] Syed Naquib al-Attas. 1977.  Islam Fahaman Agama dan asas akhlak. Penerbit : ABIM
[8] Mohd Roslan Mohd Nor. 2010. Meneladani sejarah umat Islam dalam membentuk masyarakat
Hadhari yang gemilang abad ke 21. Jurnal Hadhari 2 (2) (2010) 19-40. Universiti Kebangsaan
Malaysia, hlm 22
[9] Mohd Nor Jusoh. 2012. Tamadun Islam & tamadun Asia, hlm 16. Lihat juga Dr Mustafa Haji Daud.
1997. Al-Quran sumber tamadun Islam.
[10] Ezad Azraai Jamsari, Noranizah Yusuf, Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari, & Adibah
Sulaiman @ Mohamad. 2011. Sejarah kerajaan Islam di al-Andalus menurut buku sejarah umat Islam
karya HAMKA, hlm 127
[11] Bazli Abdul Rahman. Utusan Malaysia. 18 Jun 2012. Andalusia: sejarah Islam yang
disembunyikan?
[12] Mohd Nor Jusoh. 2012. Tamadun Islam & tamadun Asia, hlm 431
[13] Ibid
[14] Ibid
[15] Bazli Abdul Rahman. Utusan Malaysia. 18 Jun 2012. Andalusia: sejarah Islam yang
disembunyikan?
[16] Ibid
[17] Dipetik dari artikel Islam di Andalus dipautan http://ctu551.blogspot.com/2008/04/islam-di-
andalus-spanyol.html
[18] Mohd Nor Jusoh. Tamadun Islam & tamadun Asia, hlm 432
[19] Ibid
[20] Ibid, hlm 433
[21] Ibid
[22] Ibid, hlm 436
[23] Bazli Abdul Rahman. Utusan Malaysia. 18 Jun 2012. Andalusia: sejarah Islam yang
disembunyikan.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2012&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pelancongan&pg=pl_01.htm

Anda mungkin juga menyukai