Anda di halaman 1dari 12

MENGHAYATI

BUDAYA ILMU
Takrifan ILMU
 Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas
merujuk kepada aspek kandungan dan
implikasi dalam menakrifkan ILMU.

 Beliau berkata ilmu ialah “ketibaan


sesuatu makna hasil daripada
maklumat yang benar ke dalam diri
seseorang”.
Maksudnya…
 Ilmu memerlukan maklumat yang
benar yang membawa makna atau
bererti kepada seseorang.
 Justeru itu, komputer tidak dianggap
berilmu sekalipun menyimpan
berjuta-juta data dan maklumat yang
benar kerana maklumat-maklumat
tersebut tidak memberi makna atau
erti kepadanya.
Kisah teladan
Beberapa orang siswa sebuah kolej
menumpang sebuah perahu dalam
satu ekspedisi mereka.
Mereka tanya Pak Cik tuan punya perahu
itu, “Pak Cik tahu tak geografi tu apa…
algebra tu apa… ICT tu apa?”
Pak Cik menjawab dia tak faham dan tak
tahu pun.
Mereka kata, “Pak Cik telah rugi,
ketinggalan zaman dan mensesiakan
separuh usia Pak Cik.”
..........
Kisah teladan (sambungan)

Tiba-tiba angin bertiup agak kencang dan hujan


turun dengan lebat, arus sungai mula deras dan
perahu bergoyang-goyang.
Lalu Pak Cik tadi bertanya mereka. “Siapa antara
kamu yang belajar ilmu berenang untuk
menyelamatkan diri jika perahu kita karam?”
Kebetulan tiada seorang pun yang tahu.
“Kalau begitu kamu bukan saja telah mensia-
siakan separuh usia bahkan seluruh usia kamu
jika kamu mati lemas,” kata Pak Cik itu.

(petikan tulisan al-Marhum Abul Hasan Ali Al-Nadawi)


Iktibar…
 Begitulah akibatnya orang yang
tidak berilmu dan berkemahiran,
atau punya ilmu tapi tidak
bermakna baginya.
 Berdasarkan analogi tadi dan kisah
tersebut, kita juga tidak dianggap
berilmu jika sekadar memiliki
maklumat, teori dan fakta yang
tidak bermakna kepada diri dan
tidak dapat diamalkan (diaplikasi).
Ilmu vs Maklumat
 “Seseorang yang hanya
mempunyai maklumat merupakan
orang yang paling membosankan
dan tidak berguna.”
(Alfred North Whitehead - ahli fikir Inggeris)

 Ilmu tidak sama dengan maklumat


 Maklumat tidak semestinya
mempunyai nilai ilmu
Apakah ”budaya ilmu”?
 ”Kewujudan satu keadaan yang mana
setiap lapisan masyarakat melibatkan
diri dengan kegiatan keilmuan dalam
setiap kesempatan dan keadaan, serta
segala tindak tanduk mereka
berdasarkan ilmu pengetahuan.”
(Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud)
 Ini bermakna ciri-ciri keilmuan terserlah
dalam tutur kata, pemikiran, tingkah laku
dan aktiviti individu dan masyarakat.
Ciri-ciri penghayatan budaya ilmu
1. Gemar membaca bahan yang berfaedah atau
ilmiah. Perhatikanlah ayat al-Quran pertama yang
diturunkan Allah (Surah al-’Alaq: 1 - 5).

2. Bersedia belajar atau meningkatkan ilmu sama


ada secara formal atau tidak formal secara
berterusan atau menghayati pembelajaran
sepanjang hayat.

3. Jika mengemukakan pandangan, menyokong atau


membangkang sesuatu perkara, hujah yang
konkrit berdasarkan ilmu dan fakta digunakan,
bukannya hanya emosi dan sentimen atau suka-
suka dan saja-saja hendak bangkang. Oleh sebab
itu buah fikirannya sentiasa bernas.
Ciri-ciri penghayatan budaya ilmu
(sambungan)

4. Sedia menerima pandangan berbeza jika benar


dan mempunyai hujah bernas.

5. Buku, majalah dan jurnal memenuhi rak-rak


almarinya.

6. Tidak mempercayai tahyul atau perkara karut-


marut yang tidak berasas.
Budaya ilmu dalam organisasi
 Program dan aktiviti yang menyuburkan
intelektual dan berasaskan ilmu pengetahuan
menjadi fokus mereka.
 Menghargai karya ilmiah, kreativiti dan inovasi
cipta yang berfaedah.
 Menggalakkan syura atau perbincangan sebelum
memutuskan sesuatu perkara. Firman Allah,
”Dan urusan mereka diputuskan dengan syura
bersama mereka.”
 Para anggota organisasi tidak takut untuk
mengemukakan cadangan dan pandangan.
 Wacana ilmiah (intelectual discourse) menjadi
tumpuan dan menarik minat anggota organisasi.
Akhir kalam
“Tuntutlah ilmu, tapi janganlah
anda mengenepikan atau
melupakan amal ibadah dan
kerjakanlah amal ibadah,
tetapi tidak boleh anda lupa
pada ilmu kerana kedua-
duanya WAJIB.”
(Sheikh Hassan al-Basri)

Anda mungkin juga menyukai