Anda di halaman 1dari 6

Pekerjaan Yang Dianggap Profesional

by kulanz on 19/06/2009 ·

Sebenarnya bukan satu tugas mudah untuk memberikan definisi profesional yang benar-benar
tepat kerana profesional mempunyai definisi atau maknanya yang tersendiri serta berbeza bagi
setiap orang. Ada sesetengah ilmuan memberi perjelasan berdasarkan konteks, sebahagian lagi
melihatnya dari segi praktis. Sebagai contoh, ada yang mengatakan profesional adalah berkaitan
dengan sikap seseorang, jenis pekerjaan, kesukaran kerja, kepakaran dan bayaran kepada jenis
pekerjaan tersebut. Walau bagaimanapun, berikut dijelaskan ciri-ciri pekerjaan yang dianggap
profesional. Mungkin daripada penjelasan ini akan dapat memberikan kefahaman kita tentang
makna profesional.

1. Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting.


Sesebuah pekerjaan yang profesional mestilah merupakan pekerjaan yang unik dan penting,
sama ada kepada masyarakat atau negara.

2. Banyak menggunakan keupayaan intelek.


Memerlukan keupayaan intelek yang tinggi untuk melakukannya. Tugas guru contohnya
merupakan suatu pekerjaan yang perlu ada intelek yang tinggi agar guru-guru dapat
menyampaikan ilmu dengan berkesan.

3. Pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas.
Pekerjaan yang profesional juga memerlukan seorang yang pakar dalam suatu bidang tersebut
dan benar-benar mahir dalam bidangnya.

4. Mendapat latihan khusus.


Bidang kerja profesional adalah pekerjaan yang penting dan harus dilakukan dengan betul. Oleh
itu, seseorang haruslah mendapat latihan ikhtisas terlebih dahulu sebelum menceburkan diri
dalam bidang tersebut. Latihan ikhtisas ini membolehkan mereka mahir dan faham
tanggungjawab yang harus mereka pikul semasa melaksanakan tugas mereka.

5. Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja.


Bidang profesional memerlukan seseorang pekerja yang rajin, cekap dan dedikasi terhadap
kerjanya. Sikap ini akan menjamin kualiti kerana mementingkan mutu dan perkhidmatan yang
cemerlang merupakan ciri penting dalam pekerjaan profesional.
6. Merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilaitaranya.
Seseorang yang terlibat dalam pekerjaan profesional mestilah menjadi ahli kepada organisasi di
mana mereka bekerja. Ahli dalam organisasi itu pula terikat dengan autonomi organisasi yang
akan menentukan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi oleh semua ahli organisasi. Peraturan-
peraturan tersebut diwujudkan demi mengawal kualiti perkhidmatan.

7. Mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.


Setiap jenis profesion mempunyai kod etika tersendiri dan berlainan dengan profesion yang lain.
Namun begitu, tujuannya adalah sama, iaitu untuk membolehkan seseorang pekerja itu mematuhi
garis panduan dan dasar etika yang telah ditetapkan oleh organisasi.

8. Bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.


Pekerjaan yang profesional memerlukan pekerja yang bukan sahaja rajin dan cekap, malahan
juga perlu ada tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut bukan hanya meliputi tugas-tugas yang
mesti dilaksanakannya tetapi turut merangkumi segala keputusan-keputusan yang telah dibuat.
Jika seseorang itu bertanggungjawab terhadap keputusan yang dibuatnya, maka jelaslah bahawa
sesuatu kerja itu mempunyai ciri-ciri pekerjaan yang profesional.

Guru dan Kemahiran Profesional


by kulanz on 02/08/2009

Konsep Kemahiran Profesional

Kemahiran profesional bermaksud seseorang itu mempunyai kemahiran dan pakar dalam bidang
yang diceburinya. Seseorang yang memiliki kemahiran profesional mampu melaksanakan
tugasnya tanpa banyak masalah yang timbul. Bagi seseorang yang profesional, dia bukan hanya
mahir dalam bidang yang diceburinya, malah juga mempunyai pengetahuan dalam bidang-
bidang lain.

Tiga ciri kemahiran profesional guru.

1. Selain daripada memiliki sijil kelayakan kemahiran ikhtisas yang diikhtiraf, guru juga
perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek,
bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya.
2. Bertanggungjawab dan memberikan perkhidmatan yang bermutu tinggi.
3. Terlatih dan mahir dalam tugas-tugas mengajar dan membimbing murid-murid.

Tiga bidang ilmu yang diperolehi dari kemahiran belajar melibatkan penggunaan mental

1. Bidang kognitif
2. Bidang afektif
3. Bidang psikomotor

Ciri guru yang menguasai kemahiran profesional berfikir

1. Dapat menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah.


2. Mahir dalam penyusunan maklumat, konsep atau idea.
3. Berfikir untuk menghasilkan sesuatu yang baru terutamanya dalam pengajaran.

Peranan guru sebagai pemudahcara

1. Memberi bimbingan, motivasi dan menggerakkan murid-murid dalam kelasnya agar


menjalankan serta mengikuti aktiviti pembelajaran.
2. Memastikan penggunaan strategi pengajaran berpusatkan murid dan berpusatkan bahan
belajar.

Kemahiran menggurus bilik darjah oleh guru.


1. Pengurusan rutin bilik darjah
• Kemahiran tersebut termasuklah menanda jadual kedatangan murid setiap hari persekolahan,
mengutip yuran yang dikenakan kepada murid-murid, menyemak keadaan fizikal bilik darjah
dan sebagainya.

2. Pengurusan peraturan-peraturan bilik darjah


• Guru harus menyediakan dan mengurus peraturan-peraturan yang perlu ada di dalam bilik
darjah. Kita juga harus memastikan murid-murid mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan itu.
• Memberi ganjaran atau hukuman yang setimpal sekiranya murid-murid melanggar peraturan
juga merupakan salah satu kemahiran yang perlu dalam kemahiran mengurus peraturan-
peraturan bilik darjah.

Penggunaan komputer dalam pendidikan.

Tiga bidang komputer dalam konteks pendidikan ialah:


1. Komputer Membantu Pendidikan (CAE)
• Iaitu penggunaan sistem komputer yang akan digunakan oleh guru sebagai bahan bantu
mengajar semasa proses pengajaran serta membantu mencapai objektif pelajaran.

2. Komputer Membantu Pengajaran (CAI)


• Merupakan penggunaan teknologi dan sistem komputer dalam proses pengajaran. Aplikasi
komputer digunakan oleh pelajar terutamanya ketika mengikuti pelajaran terancang atau
penggunaan modul-modul pengajaran.

3. Komputer mengurus pengajaran (CMI)


• Penggunaan teknologi dan sistem komputer bagi tujuan mengumpul maklumat data dan
menganalisis serta menilai keberkesanan pengajaran di bilik darjah.
Dua kemahiran profesional yang perlu dikuasai oleh guru untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan.

1. Kemahiran Belajar
• Guru hendaklah sentiasa berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan
dan kemahiran dari semasa ke semasa.
• Oleh yang demikian, guru haruslah mempunyai kemahiran belajar agar dapat menerima ilmu
pengetahuan dengan sempurna. Sekiranya seseorang itu telah memiliki pelbagai kemahiran dan
pengetahuan hasil daripada pembelajarannya, maka dia akan dapat menyampaikan ilmu tersebut
kepada orang lain khususnya murid-murid.

2. Kemahiran Merancang
Guru yang mempunyai kemahiran merancang sebelum melaksanakan pengajaran akan berupaya
memilih bahan-bahan pengajaran yang sesuai, memilih strategi dan kaedah mengajar serta dapat
merancang aktiviti pengajaran yang sistematik.
Sekiranya guru dapat merancang pengajarannya dengan baik, ini akan menjamin keberkesanan
pengajaran tersebut dan seterusnya meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Stress di Kalangan Guru


by kulanz on 09/08/2010 · 35 comments

Stress, seperti yang diterangkan sebelum ini boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru
sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi. Punca stress di kalangan guru boleh
dibahagikan kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi.

Punca profesional
1. Persekitaran kerja
Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru. 
Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan
ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk
keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.

2. Perubahan
Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang
memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus
melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan boleh
menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya,
banyak perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Amerika Syarikat pada hari ini.
Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik ini kerang
fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada
guru Bahasa Inggeris untuk memenuhi kurikulum pendidikan.

Punca peribadi
1. Kesihatan – Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian
dalam kalangan keluarga.
2. Perhubungan – Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya
peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli
keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan
stress terhadap guru tersebut.
3. Kewangan – Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti
riadah dan taraf hidup seseorang guru.
4. Taraf hidup – Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan
taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu, memiliki rumah sendiri juga sukar
terutamanya bagi guru yang baru mengajar.
5. Aktiviti riadah – Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah
bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Cara Mengendalikan Stress di kalangan Guru

Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:


1. Kenal pasti reaksi emosional
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress
dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman
dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif,
iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya,
guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah
menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum
anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut
telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan
mereka berjaya dipulihkan.

2. Komitmen sosial
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di
sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.
3. Kehidupan fizikal
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu
teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan
pertukaran pentadbiran di sekolah. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan
seimbang boleh membantu guru menangani stress.

4. Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan
mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth
Robert, 1993).

Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah
penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal
pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress
tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya
masalah serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan
perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya
itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru
berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati
bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Anda mungkin juga menyukai