Anda di halaman 1dari 3

BENTUK-BENTUK DISKRIMINASI DALAM ORGANISASI.

Diskriminasi adalah bukan dalam bentuk pemikiran tetapi berbentuk tindakan luaran apabila
ahli sesuatu kumpulan diberikan layanan yang tidak disenangi atas dasar perbezaan umur,
jantina, agama, kaum dan lain-lain.
Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia
berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.
Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang
perseorangan, institusi, firma, malah oleh kerajaan.

Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai diskriminasi, perlakuan diskrimasi
yang ketara adalah seperti berikut:

 Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan yang
diwakillinya.
 Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada pekerja
berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.
 Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai
kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan individu
berkenaan mewakili kumpulan tertentu.

Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus
diberi hak dan peluang yang sama"(Bahasa Inggeris: Equal Opportunity)

Bentuk-Bentuk Diskriminasi Dalam Organisasi

Berdasarkan sasaran, diskriminasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti dibawah:

 Diskriminasi Umur
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana beliau tergolong dalam lingkungan umur tertentu.
Misalnya, di negara Malaysia remaja sentiasa dianggap orang yang menimbulkan masalah
sehingga timbul istilah "masalah remaja".

Begitu juga pandangan terhadap golongan veteran, mereka dianggap lemah dan tidak mampu
melakukan pekerjaan yang memerlukan kekuatan fizikal.

 Diskriminasi Jantina
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana jantina mereka. Misalnya, seorang wanita
menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki sejawatnya, walaupun sumbangan mereka adalah
sama. Contohnya, terdapat sesetengah organisasi yang beranggapan golongan wanita adalah
kaum yang lemah/tiada kekuatan bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dalam organisasi.
Tanggapan ini terus menjadi budaya dalam organisasi sehingga menimbulkan kesan negatif
terhadap keadilan pada peringkat pengurusan tertinggi organisasi.
 Diskriminasi Kesihatan
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana mereka menderita penyakit atau kecacatan
tertentu. Misalnya seorang yang pernah menderita sakit jiwa telah ditolak untuk mengisi jawatan
yang tertentu, walaupun ia telah sembuh dan mempunyai keupayaan yang diperlukan.

 Diskriminasi Ras
Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan ras yang diwakili mereka.

 Dikriminasi Agama
Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan agama yang dianuti.Diskriminasi agama
berlaku apabila pihak pengurusan pentadbiran bersikap buruk sangka terhadap kakitangan yang
menganuti agama yang berlainan dengan agamanya ataupun agama yang dianuti oleh
kebanyakkan kakitangan dalam organisasi pejabat itu. Keadaan ini berpunca daripada sikap
terlalu emosional pada agama lain.

Seperti kes yang berlaku pada awal Januari baru-baru ini, seorang Jururawat Hospital swasta Kuala
Lumpur mendakwa menjadi magsa diskriminasi apabila diberhentikan kerja hanya kerana berpakaian
menutup aurat. Beliau turut menambah bahawa syarat yang ditetapkan oleh majikannya itu adalah
kerana beranggapan berpakaian menutup aurat boleh menyebabkan kuman merebak dan
membahayakan pesakit.

Pihak pengurusan seharusnya mengeluarkan garis panduan yang jelas dan adil berhubung etika
berpakaian bagi Jururawat Islam/bukan Islam. Ini bertujuan untuk mengelakkan sebarang permasalah
kelak yang boleh memburukkan nama sesebuah organisasi.

 Diskriminasi Kaum
Tidak memberi layanan yang sama rata kepada kaum lain. Ini dibuktikan dengan terdapat
sesetengah syarikay membayar pekerjanya dengan gaji permulaan yang berbeza kerana
perbezaan kaum atau bangsa.

Contohnya syarikat yang dimiliki pengusaha Melayu memberikan gaji yang rendah kepada
pekerjanya yang berbangsa India atau Cina. Begitu juga dengan organisasi yang dimiliki
usahawan Cina menawarkan gaji yang lebih kepada pekerja berbangsa Cina berbanding pekerja
berbangsa Melayu. Situasi ini perlu dielakkan demi keharmonian hidup sesebuah negara.

Kesan Diskriminasi Dalam Organisasi

 Kerendahan motivasi antara para pekerja


 Kekurangan produktiviti dan pretasi kerja menurun
 Kemahiran/kebakatan individu tidak digunakan secara berkesan menyebabkan berlaku
pembaziran kepada organisasi serta ekonomi negara.
 Golongan yang teraniaya tidak mampu meningkatkan taraf hidup.
 Wujud persekitaran yang tidak harmoni
 Masalah sosial dalam kalangan minoriti
 Ketidakadilan antara kaum
Kesimpulan.

Kesimpulannya, sikap diskriminasi tidak patut diamalkan dalam organisasi mahupun dikalangan
masyarakat zaman moden ini. Ini adalah kerana diskriminasi hanya menyebabkan perbalahan
antara kaum, menjejaskan pretasi kerja dan membantutkan perkembangan organisasi itu sendiri.
Pihak pengurusan perlu mengambil tindakan tegas terhadap permasaalahan ini dan mengamalkan
sikap saling menghargai tanpa kira batasan. Cara ini dapat membentuk masyarakat penyayang,
bertanggungjawab dan saling menghormati antara satu sama lain lantas mewujudkan
persekitaran yang harmoni di tempat kerja.

Anda mungkin juga menyukai