Anda di halaman 1dari 2

Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana

layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi
merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada
kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia.
Diskrimasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks. Ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan,
institusi, firma, malah oleh kerajaan. Terdapat pelbagai perlakuan yang boleh dianggap sebagai
diskriminasi, perlakuan diskrimasi yang ketara adalah seperti berikut:
Seorang peniaga enggan berurusan dengan seorang pelanggan berdasarkan kumpulan
yang diwakillinya.
Seorang majikan memberi gaji yang tidak setimpal dengan sumbangannya kepada
pekerja berdasarkan kumpulan yang diwakilinya.
Sebuah institusi pendidikan enggan menerima seorang pelajar, walaupun dia mempunyai
kelayakan dan masih mempunyai kekosongan dalam institusi berkenaan, disebabkan
individu berkenaan mewakili kumpulan tertentu.
Diskriminasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak adil berdasarkan prinsip "setiap manusia harus
diberi hak dan peluang yang sama"(Bahasa Inggeris: Equal Opportunity)
Jenis-jenis Diskriminasi
Diskriminasi adalah perlakuan buruk yang ditujukan terhadap kumpulan manusia tertentu.
Berdasarkan sasaran, diskriminasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti dibawah:
Diskriminasi Umur
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana beliau tergolong dalam lingkungan umur
tertentu. Misalnya, di negara Malaysia remaja sentiasa dianggap orang yang
menimbulkan masalah sehingga timbul istilah "masalah remaja".
Diskriminasi Jantina
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana jantina mereka. Misalnya, seorang wanita
menerima gaji yang lebih rendah dengan lelaki sejawatnya, walaupun sumbangan mereka
adalah sama.
Diskriminasi Kesihatan
Individu diberi layanan yang tidak adil kerana mereka menderita penyakit atau kecacatan
tertentu. Misalnya seorang yang pernah menderita sakit jiwa telah ditolak untuk mengisi
jawatan yang tertentu, walaupun ia telah sembuh dan mempunyai keupayaan yang
diperlukan.
Diskriminasi Ras
Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan ras yang diwakili mereka.
Dikriminasi Agama
Individu diberi layanan yang tidak adil berdasarkan agama yang dianuti.
Diskriminasi Kaum
Tidak memberi layanan yang sama rata kepada kaum lain.
Lihat Juga
Rasisme
Aparteid
Sistem Kasta
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Diskriminasi

Anda mungkin juga menyukai