Anda di halaman 1dari 4

Kepentingan Penerapan Ilmu Keusahawanan

Dalam Pengajian Teater Bagi Melahirkan Graduan Usahawan Seni

Seni teater merupakan satu seni yang rumit dan kompleks, dan
dikaitkan dengan istilah collective art atau synthetic art1. Teater adalah
gabungan pelbagai cabang kesenian seperti tarian, lakonan, nyanyian, muzik
seni visual dan multimedia. Seni teater merupakan adalah seni pementasan
yang menggabungkan seni penulisan oleh penulis, seni pengarahan oleh
sutradara, seni rekaan oleh penata artistik serta seni pertukangan oleh krew
teknikal. Teater adalah sebuah seni bersifat kolektif dan memerlukan
kerjasama semua pihak dalam produksi.
Seni berteater adalah proses pembelajaran. Pelajar belajar mengenal diri
dan masyarakat melaui aktiviti drama yang mencerminkan kehidupan individu
serta masyarakatnya. Melalui aktiviti drama, pelajar dibimbing berkomunikasi
secara lisan dan bukan lisan (body language) dengan berkesan. Mereka boleh
dilatih dengan penggunaan laras bahasa mengikut kesesuaian melalui aktiviti
simulasi, main peranan dan improvisasi. Pembelajaran melalui drama
menjadikan proses pembelajaran para pelajar lebih menyeronokkan. Di
samping itu, aktiviti drama menggalakkan interaksi dan kemahiran
berkomunikasi secara berkesan dan jelas. Drama juga boleh disusun mengikut
mata pelajaran tertentu, contohnya, mengajar mata pelajaran sejarah. Guru
boleh memilih untuk mendramakan kisah sejarah yang dipelajari dengan
membinanya sendiri bersama pelajar melalui teknik improvisasi atau
simulasi. Plot atau konflik dalam cerita boleh diwujudkan melalui kaedah
perbincangan, ramalan manakala penyelesaian cerita boleh menggunakan
kaedah penyelesaian masalah. Aktiviti ini akan menggalakkan kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, di samping menggalakkan pelajar memahami
permasalahan masyarakat dan cuba menjadikan persoalan di dalam drama
sebagai satu pengajaran yang menambahkan pengalaman mereka tentang erti
kehidupan.
Aktiviti teater yang berpusatkan pelajar, akan menjadikan penyertaan
pelajar lebih aktif. Melalui aktiviti drama, pelajar yang terlibat dapat mengenal

1
Kutipan daripada abangasyraff.blogspot.com

1
diri mereka lebih jelas, mengenal ruang dan persekitaran, memahami rakan
serta meningkatkan keupayaan mereka dalam pelbagai aspek. Oleh itu amat
bersesuaian apabila teater menjadi medium unggul untuk menyampaikan
pembelajaran secara bersepadu sebagaimana yang diharapkan dalam
pendidikan masa kini.
Perkembangan teater di Malaysia bukanlah suatu yang baru.
Contohnya apabila kita menyebut tentang teater di Kelantan misalnya, akan
terbayang di fikiran kita kepada seni persembahan teater tradisional makyung,
main putri, dikir barat dan lain-lain. Corak serta konsep persembahan
tradisional seperti makyung yang unik dan penuh dengan `elemen of suprises’
turut diiktiraf oleh pihak UNESCO sendiri dan menjadi sebahagian dari
warisan budaya yang dipelihara. Namun warisan budaya ini jika tidak
dipelajari secara formal, tiada pengamal dan pewarisnya, maka seni ini akan
tetap pupus di masa akan datang dan pengiktirafan UNESCO itu akan terbatal
dengan sendirinya. Oleh sebab itu setiap sekolah seni di seluruh Malaysia
termasuk beberapa universiti tempatan di sebelah pantai barat semenanjung
Malaysia seperti Universiti Malaya (UM), ASWARA, Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM), dan di Borneo seperti Universiti
Malaysia Sabah (UMS), dan Universiti Malaysia Sarawak (UNiMAS) telah
memasukkan pengajian teater tradisional di dalam pengajian teater yang
ditawarkan. Manakala di institusi pengajian tinggi di sebelah zon Pantai Timur
yang terdiri daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia
Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP), hanya UMK melalui
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan (FTKW) sahaja yang ada menawarkan
pembelajaran teater melalui elektif seni persembahan di bawah Pengajian
Warisan. Kewujudan pengajian seni persembahan di UMK dan Kelantan yang
kaya dengan seni, budaya dan warisan adalah satu tindakan yang bijak kerana
sudah sampai masanya untuk Kelantan mempunyai pusat pengajian akademik
khusus yang mengkaji seni warisan dan budaya mayarakat tempatan. Sebelum
ini kebanyakan kajian seni warisan dan budaya seringkali dikaji oleh institusi
pengajian dari luar Kelantan seperti USM, UKM, UM dan UPSI. Kewujudan
UMK memberi peluang dan ruang kepada penggiat dan peminat teater di
sebelah zon timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu) untuk menimba ilmu

2
teater secara formal, mendalami seni, budaya dan warisan negeri Kelantan
yang kaya dan secara langsung akan dapat menjamin kelestarian
perkembangan seni budaya sedia ada. Sekaligus bakal mengangkat UMK
sebagai pusat pelestarian kepada kegiatan teater khususnya teater tradisional
bermutu di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Dari sudut pembangunan kepada masyarakat, penawaran pengajian
teater di UMK perlu unik dan berbeza dengan lain-lain pusat yang turut
menawarkan pengajian teater. Sebagai sebuah universiti yang berteraskan
keusahawanan dan letaknya pula di negeri Kelantan yang sinonim dengan
budaya berniaga di kalangan masyarakatnya, bidang pengajian teater yang
ditawarkan juga perlu menjurus kepada bidang keusahawanan.. Penawaran
kursus-kursus lakon, pengarahan, teknikal, dan pengurusan seni perlu
diperkukuhkan dengan pembangunan nilai insan yang tinggi serta penerapan
ilmu perniagaan dan keusahawanan agar mampu melahirkan graduan
usahawan seni yang berjati diri serta berupaya mencipta peluang pekerjaan
baru dalam bidang industry kreatif disamping memenuhi keperluan industri
dan kepentingan pembangunan negara. Pembelajaran ilmu perniagaan dan
keusahawanan teater secara tersusun dalam di UMK menjadikan ia unik dan
berbeza dengan lain-lain universiti yang turut menawarkan pengajian yang
sama. Ia berupaya menjadi kursus yang relevan dengan keperluan semasa dan
dijangka mampu menarik minat ramai penggiat dan peminat teater dari dalam
dan luar Kelantan untuk mempelajari pengajian seni teater yang ditawarkan
UMK. Pengkorporatan institusi pengajian tinggi kini memerlukan pihak
pengurusan universiti menjana pendapatan melalui pelbagai cara antaranya
melalui yuran pengajian pelajar. Secara umumnya, penawaran pengajian teater
berteraskan keusahawanan adalah satu pelaburan modal jangka panjang yang
berbaloi, lebih banyak memberikan manfaat serta berupaya memberikan
pulangan yang besar di masa akan datang. Semoga dengan wujudnya sebuah
pusat pengajian seni di Kelantan khususnya teater akan dapat mengembalikan
zaman kegemilangan teater yang berilmu dan berkualiti seperti pandangan
yang diutarakan oleh Dato Syed Alwi dalam temubualnya dengan majalah
Pentas (Mac/April 2007) bahawa sekiranya masyarakat sedar dan mengerti
akan peranan dan tujuan seni teater yang sebenarnya, sudah pasti mereka

3
tidak akan teragak-agak untuk menubuhkan jabatan teater yang lengkap,
malah akan melaksanakannya dengan cepat supaya Malaysia boleh
membangunkankan teater yang mampu memberikan identiti dan daulat dalam
seni budaya dunia.

Prof Madya Dr Andika Aziz Hussin


Pensyarah Kanan Program Seni Persembahan
Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan
Universiti Malaysia Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai