Anda di halaman 1dari 2

Petikan Rumi: Kepentingan dan Pengertian Sejarah

Sejarah

merupakan

pembelajaran

mengenai

masa

lampau,

terutamanya

menggunakan catatan bertulis. Teknologi baru seperti fotografi dan teks fail komputer juga digunakan untuk mengarkib sumber. Apabila berbincang mengenai bidang kajian, sejarah merujuk kepada sejarah manusia yang berkenaan dan catatan mengenai masyarakat lampau. Mereka yang mengkaji sejarah dikenali sebagai ahli sejarah atau pakar sejarah. Sejarah lebih berbentuk rentetan peristiwa yang membincangkan aspek kehidupan masyarakat dan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Sejarah menegaskan kesepaduan unsur pengetahuan, pemupukan nilai-nilai murni dan perkembangan kemahiran belajar. Selain itu, sejarah juga membentuk pemupukan kemahiran berfikir dalam setiap kalangan warganegara di samping menerapkan nilai-nilai murni dan semangat patriotik dalam usaha mencapai aspirasi membentuk negara bangsa yang berkualiti.

Patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Perasaan ini perlu wujud di hati setiap individu rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sehubungan itu, semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni, justeru berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, setiap warganegara perlu dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, seluruh rakyat dapat disemai semangat patriotisme.

Wawasan 2020 menyarankan Malaysia menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri. Rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuan tentang sejarah dunia luar supaya berkemampuan untuk bersaing dengan mereka. Persaingan tidak dapat dielakkan dalam dunia era globalisasi kerana kuasa politik dan ekonomi dikawal oleh masyarakat yang berilmu dan bermaklumat. Oleh itu, adalah penting pendidikan Sejarah memperkenalkan warganegara kepada dunia luar menerusi kurikulum futuris yang turut menekankan kepada pendidikan bertaraf dunia yang berkait rapat dengan teknologi maklumat dan komunikasi.

Pembinaan daya tahan menerusi kemahiran pemahaman dan pemikiran sejarah berupaya menyediakan individu warganegara dalam mempelajari sesuatu yang baru, memahaminya dengan mendalam, dan memilih maklumat yang penting dan relevan. Perkembangan pembelajaran turut didorong oleh peningkatan pendidikan sepanjang hayat. Pokoknya, sejarah sebagai satu cabang ilmu perlulah ditekankan sebagai ilmu yang praktikal dalam kehidupan seharian dan mampu membentuk setiap warganegara Malaysia berjiwa patriotik.

Anda mungkin juga menyukai