Anda di halaman 1dari 4

mata pena lebih tajam dari mata pedang

Kata ibarat pedang


Yang tajamnya bisa membunuh lawan
Kata-kata yang berhikmah
Menyedarkan kita
lirik ini memang betul....
kata/mata pena lebih tajam dari mata pedang..

penggunaan bahasa....jika kita pandai mengolahnya, ianya akan menadi sgt cantik dan
berhikmah..terkesan pabila membaca atau mendengarnya....ianya menyebabkan orang yg membaca
atau mendengar ingin berubah menjadi lebih baik,,,,,
tapi jika diolah dan diasah tajam....tajamnya kata-kata itu bisa membunuh org yg membaca atau
mendengarnya...pengolahan kata yang sengaja diasah tajam semata-mata untuk menyakitkan pihak
yang lain mampu menyebabkan pihak yang lain itu, jatuh terduduk dan mungkin sukar untuk
bangun kembali...
betapa hebatnya bicara manusia...yang bisa menyakiti atau menyedarkan kita..tanpa perlu
menggunakan apa-apaperalatan...hanya menggunakan mulut dan akal sahaja..bisa mengubat atau
membunuh,,,
pilihan ditangan manusia..hendak menyusun kata-kata dengan baik atau sengaja
mahu menyakiti......sebab itu perlu berfikir sebelum berkata-kata atau menulis...kerana terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...x boleh sudah jika nak patah balik....
manusia...sering menggunakan mata pena dan bicara untuk menyakiti orang lain semata-mata
memuaskan hati diri sendiri tanpa memikirkan sebab dan akibat..selalu memuaskan diri sendiri
tanpa berfikir dahulu....

oleh itu....marilah kita sama-sama menggunakan mata pena atau bicara kata kita
kearah kebaikan......sebab apa??? buat apa lah kan menyakiti orang..buat tambah dosa je....habis
saham-saham diakhirat...tinggal negatif disebabkan kata-kata kita......
baik gunakan kearah kebaikan..dapat menambah saham diakhirat..bila dah tiada kat dunia
ni,untung-untung, jika ada orang yang terkesan dengan bicara kita, dan dia menyampaikan kepada
orang lain...untung kita...tambah saham diakhirat....biarlah bicara kata kita bisa memberi inspirasi
kepada orang lain..bukan menambah bara pada mereka...
walaupun kata-kata nasihat sering disalah anggap...tapi ianya boleh mengubati mereka kembali jika
mereka berfikir dan muhasabah diri mereka...tetapi jika kata-kata nista yang dilemparkan? bila
dimuhasabah balik,sentiasa membawa duka..sukar untuk dilupakan..dan tidak dapat mengubati
hati....
ye saya tahu,,,diri sendiri pun tak pandai dalam mengolah kata-kata...dan seringkali, terlepas
kata dan menyakiti mereka..insyaAllah, sama-sama kita cuba berubah dan saling menasihati.....

akhir kata...antara sumber-sumber inspirasi untuk menulis adalah dari ustaz hasrizal, hilal asyraf,
dr. harlinas,ustaz pahrol, fatimah syarha,nurulsham saidin dan yang terkini IM Asyraf........walaupun
diri ini tidaklah sehebat mereka..ilmu pun tidaklah sebanyak mereka..selalu copy paste ayat mereka
dan orang lain masuk blog ini..huhu.tak kisahlah..bertatih-tatih dahulu..timba pengalaman......
tambahan..blog ini lebih kepada untuk menasihati diri sendiri...bila baca blog ni,,boleh muhasabah
diri sendiri...dan mungkin pada masa yang sama, berkongsi dengan mereka yang lain yang sudi
singgah diblog ini...

Mata Pena Lebih Tajam Dari Pedang !

Seiring dengan kemajuan teknologi zaman sekarang. Perumpamaan itu mungkin sudah
kurang sesuai untuk dekad ini. Ini kerana pada zaman serba canggih ini, blog menjadi
medium pengantaraan dalam memperjuangkan sesebuah ideologi, fahaman, hasutan
mahupun sokongan. Ramai blogger yang lahir setiap hari. Ada yang hanya menulis tentang
sesuatu isu atau topik yang khusus seperti tentang kereta, makanan, sukan, hiburan, politik
dan paling ramai ialah mengenai kisah peribadi.
Baru-baru ini, seorang blogger menulis isu lebih sensitif. Aku pun tak sempat baca apa yang
dia tulis, tapi mengikut komen-komen dalam post bertajuk permohonan maaf kepada
semua rakyat atas keterlanjurannya itu, dia seperti menghina sultan johor. Aku pun tidak
dapat baca apa yang dia tulis itu, sebab dia sudah remove post tersebut, tapi berdasarkan
tajuk postnya Dah mampos buat cara mampos la, anda boleh bayangkan sendiri lah dia tulis
apa.
Bila kita menulis tentang sesuatu perkara itu, kita kenalah bertanggungjawab. Menulis di
ruangan yang hampir boleh dibaca oleh semua orang perlulah bijak dan bukan menulis ikut
perasaan tanpa akal fikiran yang waras. Kita diberikan akal untuk berfikir, kita diberikan
ruang untuk bersuara dan mengetengahkan pendapat perlulah digunakan dengan bijak.

Baru-baru ini, seorang pengguna facebook ditahan oleh pihak polis atas gurauan
melampaunya. Tahun lepas 10 Individu telah dihadapkan ke mahkamah dan telah
dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina sultan
perak di dalam laman webnya. Ini bermakna setiap yang kita tulis atau lakukan di dalam
dunia internet ini, ianya mudah dikesan.
Jadilah blogger yang bertanggungjawab.

Salam Perjuangan !
Sebagai seorang penulis, setiap tulisan adalah tanggungjawab dan intergriti penulis.
Kata-kata yang ditulis dengan tidak mengikut akal fikiran tetapi mengikut perasaan,
akan mencetuskan pergolakkan yang besar. Contohnya mempermainkan isu yang
sangat sensitif seperti isu keagamaan. Oleh yang demikian bertindaklah mengikut
akal fikiran yang waras agar intergriti terpelihara dan tanggungjawab terlaksana.

Anda mungkin juga menyukai