Anda di halaman 1dari 10

RUMUSAN TEMUBUAL

Pengajaran bagi topik Geometri, Ukuran dan Pengendalian Data


memerlukan satu konsep asas yang kuat supaya guru itu sendiri tidak
terkeliru dengan konsep yang ingin diajar kepada murid-murid. Pendekatan
pengajaran yang digunakan juga adalah berbeza jika dibandingkan dengan
pendekatan pengajaran bagi topik Nombor Bulat, Pecahan, Perpuluhan serta
Peratus. Untuk mengenalpasti masalah yang sering dihadapi oleh murid-
murid sekolah rendah, kami telah menjalankan temubual terhadap tiga orang
guru pembimbing di sekolah yang berlainan.

Dalam temubual yang telah dijalankan kami telah memilih topik


mengenai tajuk Ukuran yang merangkumi ukuran panjang, ukuran jisim dan
ukuran isipadu. Temubual telah dijalankan dengan guru pembimbing yang
berpengalaman mengajar Matematik selama lebih daripda 10 tahun iaitu,
Puan Norhusnizah binti Hussin dari SK Seri Nilam, Puan Norafidah binti
Jaafar dari SK Gelugor dan Encik Alwi bin Md Nor dari SK Banggol Peradong.
Dalam temubual tersebut kami telah berpeluang untuk mengetahui masalah
yang sering dihadapi oleh murid dalam topik ukuran dan cara-cara yang
digunakan untuk mengatasi masalah tersebut serta halangan yang dihadapi
oleh guru bagi mengatasi masalah tersebut.

1) Masalah murid dalam topik ukuran

a. Konsep ukuran

Berdasarkan temubual yang telah dijalankan, kami mendapati bahawa


topik ukuran merupakan salah satu topik yang sering dianggap susah oleh
murid. Secara amnya, murid-murid di ketiga-tiga buah sekolah ini mempunyai
masalah yang sama. Antara masalah yang sering dihadapi ialah murid ialah
mereka tidak dapat dapat memahami konsep asas ukuran.
Murid sering keliru dengan penggunaan simbol unit ukuran seperti cm,
m, km, g, kg, mℓ dan ℓ. Misalnya dalam ukuran jisim, mereka tidak dapat
menyatakan penggunaan unit jisim ‘kg’ merupakan simbol bagi kilogram untuk
timbangan berat. Manakala dalam ukuran panjang mereka sering keliru
dengan penulisan simbol bagi sentimeter. Sesetengah murid menulis simbol
sentimeter sebagai ‘sm’ bukan ‘cm’. Mereka beranggapan simbol sentimeter
adalah mengikut ejaan perkataannya iaitu bermula dengan huruf ‘s’.

b. Penukaran unit

Selain itu, murid juga sering menghadapi masalah dalam penukaran


unit dalam ukuran. Masalah ini boleh dikatakan masalah utama murid-murid
sekolah rendah dalam topik ukuran. Murid menghadapi masalah ini kerana
mereka tidak dapat membuat perkaitan yang betul mengenai hubungan
antara unit ukuran yang terlibat sama ada dalam ukuran panjang, ukuran
berat mahupun ukuran isipadu.

Bagi unit ukuran panjang, mereka menghadapi masalah dalam


menukarkan unit cm kepada m, m kepada km dan sebaliknya. Sebagai
contoh apabila murid diminta menukarkan 5 cm kepada unit km, mereka tidak
dapat menyatakannya dengan betul. Bagi unit ukuran jisim pula, murid
menghadapi masalah dalam menukarkan unit g kepada kg dan sebaliknya.
Murid tidak dapat menukarkan nilai 5 kg kepada 5000 g. Bagi unit ukuran
isipadu, murid tidak dapat menukarkan isipadu cecair dalam unit mℓ kepada
unit ℓ dan sebaliknya. Misalnya, murid tidak dapat menyatakan nilai bagi
2.598 ℓ air kepada unit mℓ.

c. Perkaitan antara unit

Murid-murid juga tidak mempunyai kemahiran untuk mengaitkan


hubungan antara unit dalam tpik ukuran. Murid tidak dapat menyatakan
perkaitan antara unit sentimeter, meter dan kilometer. Mereka tidak dapat
menyatakan bahawa 200 cm = 2 m = 0.2 km.
Bagi ukuran isipadu pula murid menghadapi masalah dalam
mengaitkan hubungan antara unit liter dan milliter. Sebagai contoh apabila
murid diberikan dua bekas yang berbeza yang mempunyai jisim yang sama
iaitu 2 ℓ air (bekas yang lebar) dan 2000 mℓ (bekas yang tinggi), mereka tidak
dapat menyatakan persamaan atau perhubungan antara isipadu air dalam
bekas tersebut. Mereka akan lebih cenderung untuk menyatakan bekas yang
tinggi mempunyai nilai isiadu yang lebih besar kerana ia lebih tinggi dan
angka bagi isipadu tersebut lebih besar, walhal nilai isipadunya adalah sama.

Bagi ukuran jisim pula murid tidak dapat membuat perkaitan antara unit
gram dan kilogram. Sebagai contoh, jika murid diminta untuk memilih jisim
objek yang lebih berat antara 2 kg batu-bata dengan 2000 g batu-bata. Murid
akan memilih 2000 g batu-bata kerana beranggapan nilai angka ribu
membawa maksud objek tersebut adalah lebih berat daripada 2 kg batu-bata.
Mereka tidak mengaitkan perkaitan antara unit jisim tersebut kerana mereka
keliru dengan angka yang banyak tanpa melihat kepada simbol unit ukuran
yang diwakili oleh angka tersebut.

Apabila mereka tidak dapat menguasai asas perkaitan antara unit


ukuran mereka seterusnya akan menghadapi masalah untuk menukarkan
unit ukuran bercampur seperti 5kg 50g kepada suatu unit yang tunggal
misalnya kilogram. Selain ukuran jisim, murid-murid juga menghadapi
masalah yang sama untuk topik ukuran panjang dan ukuran isipadu cecair.
Untuk setiap kemahiran yang melibatkan kemahiran menukar unit,
kebanyakan murid masih belum boleh menguasainya dengan baik.

d. Kesukaran melakukan operasi asas Matematik terhadap unit


bercampur dan unit berbeza.
Selain itu juga, murid-murid mempunyai masalah dalam
menyelesaikan soalan berbentuk aritmetik yang melibatkan unit ukuran
terutamanya apabila melibatkan operasi terhadap dua unit yang berbeza.
Sebagai contoh dalam ukuran panjang, menambah dua unit yang berbeza,
iaitu, 5 m + 10 cm = ______ m. Hal ini menjadikan mereka terus sahaja
menambah tanpa mengambil kira tentang konsep meter dan sentimeter yang
merupakan dua unit berlainan. Untuk soalan ini, kebanyakan murid tidak
menyamakan unit terlebih dahulu sebelum melakukan operasi penambahan.
Bagi unit ukuran masa pula, apabila murid diberi soalan yang melibatkan minit
dan jam mereka menjadi sangat keliru untuk menyelesaikan operasi yang
terlibat. Misalnya, jika peperiksaan matematik mengambil masa selama 2 jam,
berapakah masa yang tinggal untuk menjawab peperiksaan setelah 45 minit
peperiksaan berlangsung? Murid tidak dapat mencari jawapan tersebut
kerana mereka tidak tahu untuk menolak tempoh masa 2 jam dengan 45 minit
(2 jam – 45 minit = _______ minit). Apabila dianalisis, masalah ini berpunca
daripada kurangnya kefahaman murid mengenai perkaitan antara unit-unit
yang terlibat menjadikan mereka tidak mampu untuk menjawab masalah
dengan tepat.

e. Masalah menganggar
Selain itu, murid sukar untuk melakukan penganggaran bagi topik-topik
ukuran seperti menganggar ukuran panjang, jisim dan isipadu cecair. Masalah
yang biasa mereka hadapi adalah mereka tidak tahu nilai sesuatu ukuran
iaitu, mereka keliru dengan unit gram dan kilogram dan tidak boleh
melakukan penganggaran dengan baik. Mereka langsung tidak dapat
menggunakan ‘common sense’ mereka dengan baik apabila diminta
mengganggar ukuran sesuatu objek. Sebagai contoh, untuk topik ukuran
jisim, murid diminta untuk mengganggar jisim untuk segugus kunci.

Untuk permasalahan ini, pelbagai jawapan yang diberikan oleh murid


namun kebanyakannya tidak dapat mengganggar nilai jisim kunci tersebut
dengan nilai yang tepat atau terhampir, malahan terdapat juga jawapan yang
langsung tidak logik diberikan oleh murid seperti 20kg dan 200kg. Bukan
sahaja jawapan yang diberi tidak masuk akal, bahkan, masalah yang lebih
serius adalah apabila murid tidak dapat mengenal pasti unit yang sesuai
digunakan untuk kunci tersebut sama ada gram atau kilogram.
Hal yang sama berlaku bagi topik ukuran panjang dan ukuran isipadu.
Bagi ukuran panjang, murid tidak dapat menganggar jarak sesuatu tempat
dengan anggaran yang logik misalnya jarak antara meja murid dikatakan
sebagai 1 km walhal jaraknya tidak sampai 1 m sekalipun. Bagi ukuran
isipadu pula, murid tidak boleh menganggar isipadu air dalam botol minuman
yang ditunjukkan. Mereka tidak dapat menganggar dan menyatakan bahawa
isipadu bagi 1 botol air mineral yang kecil adalah kurang daripada 1 ℓ .

2) Kaedah penyelesaian oleh guru

a. Konsep ukuran

Menurut Pn. Norafidah Jaafar, guru-guru sering memikirkan kaedah


yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid mereka
supaya objektif pembelajaran yang dirancang tercapai di samping
meningkatkan prestasi akademik murid-murid terutamanya dalam mata
pelajaran Matematik. Sebagai seorang guru matematik, perkara utama yang
perlu dititik beratkan ialah memberi kefahaman kepada murid-murid mengenai
konsep asas matematik yang berkaitan sesuatu tajuk atau kemahiran. Dalam
mengatasi masalah kefahaman konsep asas mengenai unit ukuran, guru
telah menggunakan bahan maujud untuk menjelaskan konsep unit ukuran
yang terlibat. Misalnya menggunakan pembaris pendek yang dimiliki oleh
setiap murid guru telah menyatakan konsep unit sentimeter secara asasnya
digunakan untuk mengukur ukuran yang pendek. Apabila menggunakan
pembaris tersebut guru telah menyuruh murid untuk memerhatikan simbol
yang ditulis di pembaris mereka. Selain itu, guru juga telah memberikan
peneguhan konsep unit sentimeter boleh diwakili dengan simbol cm melalui
latihan lembaran kerja misalnya suai padan perkataan dengan simbol yang
betul.
b. Penukaran unit dan perkaitan antara unit

Seterusnya, untuk mengatasi masalah perkaitan antara unit ukuran,


Encik Alwi Md Nor lebih selesa menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah
hafalan untuk memastikan murid dapat mengingat perkaitan antara unit-unit
tersebut. En Alwi mengaplikasikan kaedah ‘drilling’ untuk memastikan murid
dapat menyatakan hubungan antara unit ukuran dengan betul. Misalnya,
sebelum beliau memulakan kelas untuk proses P&P beliau akan menyoal
murid mengenai perkaitan antara unit ukuran yang terlibat. Murid yang dapat
menjawab akan dibenarkan duduk dan murid yang tidak menjawab akan
diberi dendaan yang difikirkan sesuai.

Manakala menurut Puan Norhusnizah Hussin pula, beliau lebih suka


untuk menggunakan kaedah tampalan. Kaedah tampalan yang dilaksanakan
adalah seperti menampal fakta tersebut di papan kenyataan di belakang kelas
dan mengedarkan nota kecil kepada setiap murid untuk ditampal di atas meja
masing-masing. Kaedah ini digunakan dengan rasional supaya murid-murid
akan dapat menghafal atau mengingat fakta tersebut apabila mereka sering
melihatnya di sekeliling mereka. Namun, pada hakikatnya, kedua-dua kaedah
yang digunakan ini adalah sama iaitu berteraskan kaedah hafalan fakta atau
‘formula’. Kad tampalan yang dilaksanakan adalah seperti berikut;

1 cm = 10 mm

1 m = 100 cm

1 km = 1000 m

1 kg = 1000 g

1 l = 1000 ml
c. Operasi asas Matematik terhadap unit bercampur dan unit
berbeza.

Untuk masalah aritmetik yang dihadapi oleh murid, guru mengambil


tindakan untuk melatih murid menulis penyelesaian masalah operasi yang
diberikan menggunakan bentuk lazim yang mempunyai garisan nilai tempat.
Guru melatih murid yang lemah untuk membuat garisan vertikal bagi setiap
nilai tempat yang berbeza dan melabelkan nilai tempat dengan nama yang
betul. Guru kemudian membimbing murid untuk menyelesaikan masalah
aritmetik dengan memasukkan nilai sesuatu unit ukuran mengikut nilai tempat
yang diwakili oleh sesuatu nombor tersebut. Guru juga menegaskan
perbezaan nilai tempat sebelum dan selepas titik perpuluhan misalnya;

a) 6 . 9 8 k g + 5 0 0 g = _________ kg

Apabila ditukarkan kepada kg


no bulat no perpuluhan akan menjadi no perpuluhan
= (0.5 kg)

Bentuk lazim :

Jawapan : 6.98 kg + 0.5 kg = 7.48 kg

Untuk permulaanya, guru memberikan kertas lembaran yang


mempunyai bentuk lazim yang disertakan dengan nilai tempat untuk
memudahkan murid lemah menjawab soalan. Kemudian, guru mengarahkan
murid tersebut untuk membina sendiri bentuk lazim dengan nilai tempat yang
betul.
d. Masalah menganggar
Bagi mengatasi masalah penganggaran dalam kalangan murid, Pn.
Norafidah Jaafar berpendapat murid perlu dideahkan dengan bahan yang
sebenar bagi mereka membuat perkaitan yang jelas dan konkrit mengenai
sesuatu ilmu yang dipelajarinya. Misalnya bagi unit ukuran jisim, guru boleh
menggunakan bahan makanan seperti snek yang digemari kanak-kanak dan
minta mereka membuat anggaran dengan merasa sendiri jisim objek tersebut
dengan deria sentuh mereka. Hal ini dapat membantu murid untuk
mengaitkan apa yang dipelajari dengan suasan kehidupan seharian.

3) Halangan yang dihadapi oleh guru

a. Konsep ukuran

Walaupun guru telah menggunakan pelbagai kaedah untuk mengatasi


masalah pembelajaran murid, namun masalah tersebut tidak akan dapat
diatasi dengan sepenuhnya. Terdapat beberapa faktor yang menjadi halangan
kepada pelaksanaan kaedah yang telah dirancang oleh guru. Misalnya,
semasa menjalankan aktiviti menggunakan bahan maujud seperti pembaris
pendek atau pembaris sentimeter murid sebenarnya ingin didedahkan dengan
kefahaman mengenai konsep unit ukuran sentimeter namun begitu, apabila
mereka melihat pembaris mereka mereka akan melihat unit ukuran yang tidak
biasa mereka gunakan tetapi ditandakan di pembaris mereka iaitu unit inci.

Hal ini menjadi faktor pengganggu kepada murid untuk memahami


konsep yang ingin disampaikan dengan lebih jelas sebaliknya kepada murid
yang mempunyai semangat inkuiri yang tinggi mereka akan mempersoalkan
hal ini kepada guru. Kebiasannya, guru menghadapi masalah dalam
membimbing murid untuk memahami perkaitan antara unit-unit dalam topik
ukuran. Kelemahan ini tidak dapat diatasi dengan mudah keran kebanyakan
pembaris di pasaran kebanyakan disertakan dengan unit sentimeter dan inci
ataupun meter dan inci.
b. Penukaran unit dan perkaitan antara unit

Dalam melaksanakan kaedah hafalan untuk mengatasi masalah perkaitan


hubungan antara unit ukuran pula ialah berkaitan dengan perlakuan murid.
Tidak semua murid yang serius untuk menghafal ‘formula’ yang diarahkan
oleh guru. Mereka lebih rela didenda kerana mereka tahu guru tidak akan
berani untuk mendenda murid dengan dendaan yang melampau kerana
mereka akan mengadu kepada ibu bapa. Selain itu, terdapat sesetengah
murid yang menghafal ‘formula’ tersebut namun masih belum dapat memberi
perkaitan antara unit ukuran dengan betul. Hal ini timbul apabila mereka tidak
tahu mengaplikasikan ‘formula’ yang dihafal dengan betul.

Selain itu, guru juga menghadapi halangan apabila sukar untuk memberi
gambaran yang jelas kepada murid-murid bahawa:

1 cm = 10 mm

1 m = 100 cm

1 km = 1000 m

1 kg = 1000 g

1 l = 1000 ml

Kebanyakan murid tidak dapat melihat hubungan antara ukuran unit ini
secara konkrit kerana murid dikerah untuk menghafal ‘fomula’ yang diberikan
oleh guru tanpa mereka betul-betul memahaminya. Hal ini membuatkan
mereka menghafal secara membuta tuli dan apabila menjawab soalan,
mereka tidak boleh membuat perkaitan secara lebih nyata. Guru di sekolah
sukar untuk memberi kefahaman konsep ini kerana tidak menggunakan
bahan secara konkrit. Penggunaan bahan secara konkrit pula kadangkala
tidak boleh dijalankan apabila terdapat kekangan sumber atau bahan BBM
yang disediakan oleh pihak sekolah. Bahan yang sedia ada tidak mencukupi
untuk digunakan kepada semua murid terutamanya jika murid dalam kelas
tersebut ramai.

c. Operasi asas Matematik terhadap unit bercampur dan unit


berbeza.
Bagi kaedah penyelesaian aritmetik pula, masalah atau halangan yang
dihadapi oleh guru apabila melaksanakan kaedah bentuk lazim dengan nilai
tempat ialah sesetengah murid tidak dapat meletakkan label nilai tempat
dengan betul tanpa bantuan daripada guru. Hal ini berlaku kerana
penguasaan mereka terhadap konsep asas nilai tempat adalah lemah
terutamanya nilai temoat perpuluhan. Murid ini kebanyakannya tidak dapat
menguasai konsep perpuluhan dengan jelas. Hal ini demikian memberi impak
yang negatif terhadap kefahaman mereka dalam menyelesaikan masalah
aritmetik yang melibatkan perpuluhan.

d. Masalah menganggar
Bagi mengatasi masalah menganggar pula, guru kebiasaanya
menghadapi halangan bagi menunjukkan bagaimana untuk menganggar
ukuran panjang dengan jelas terutamanya jarak. Jarak tidak dapat dibawa
masuk ke kelas secara konkrit. Misalnya jarak antara rumah dengan sekolah.
Guru tidak dapat menyatakan jarak antara 2 tempat tersebut dengan jelas
kepada murid.

Secara keseluruhannya, melalui sesi temubual yang telah dijalankan


terhadap tiga orang guru berbeza dapat menunjukkan kepelbagaian pendapat
dan idea yang dilontarkan oleh guru yang mempunyai pengalaman yang
meluas terhadap pengajaran dan pembelajaran matematik. Sesi temubual ini
diharapkan dapat memberikan panduan dan pedoman kepada kami untuk
memperbaiki kaedah pengajaran pada masa akan datang terutamanya
pengajaran topik ukuran. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai