Anda di halaman 1dari 3

Batasan Kajian

Kajian yang dijalankan ini memfokuskan kepada guru-guru matapelajaran Matematik.


Jadi responden yang dipilih adalah terhad kepada guru-guru Matematik yang terlibat
dalam pelaksanaan KSSR sahaja. Selain itu, kajian ini juga hanya menumpukan tahap
kesediaan dari aspek minat dan sikap, kemahiran ICT, pengetahuan pedagogi isi
kandungan dan pengetahuan PBS terhadap KSSR Matematik. Tambahan lagi, dapatan
kajian ini juga bergantung kepada kejujuran maklum balas responden terhadap semua
soalan dan pernyataan yang dikemukakan dalam borang soal selidik.

Penutup Perubahan kurikulum atau lebih dikenali sebagai satu tranformasi kurikulum adalah
suatu perkara yang memang dijangka akan berlaku. Sejajar dengan perubahan arus
permodenan negara yang menuju kearah sebuah negara maju serta mempunyai rakyat yang
berpendapatan tinggi, sudah pasti sokongan yang amat kuat diperlukan dalam sistem
pendidikan. Ini kerana bagi melahirkan modal insan yang benar-benar berilmu pengetahuan
dan berketrampilan memacu kemajuan negara, mereka haruslah melalui satu sistem
pendidikan yang benar-benar mantap dari semua aspek kehidupan. Namun begitu, dalam
merangka perubahan kurikulum, pelbagai aspek harus dilihat dan dipertimbangkan sebelum
sesuatu keputusan itu dibuat dan dapat dilaksanakan dengan baik. Peranan semua pihak
amat penting terutama mereka yang secara terus berhadapan dengan kurikulum serta
sentiasa bersedia menerima sesuatu perubahan.

Kepentingan Kajian Transformasi kurikulum adalah suatu tindakan yang diambil demi
memastikan pendidikan yang relevan dalam menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran
dunia pada masa kini. Oleh itu menerusi kajian yang dijalankan ini, diharapkan dapat
dimanfaatkan oleh penggubal dan pelaksana polisi serta pemimpin pada semua peringkat
untuk memastikan keberkesananan pelaksanaan KSSR. Ini kerana berdasarkan kajian ini,
dapat membantu golongan pendidik melaksanakan KSSR dengan lebih berkesan dan
bertepatan dengan kehendak dan perubahan arus globalisasi dalam bidang pendidikan pada
masa depan. Kaedah pengajaran yang sesuai dapat dipraktikkan dengan adanya tahap
kesediaan yang cukup dalam diri setiap guru akan dapat membantu para pelajar untuk
belajar dengan lebih berkesan. Seterusnya, menjurus kepada peningkatan dalam pencapaian
akademik terutama matematik. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu para guru agar
lebih prihatin dan sensitif berhubung dengan persediaan untuk proses pengajaran yang
efektif. Maklumat yang dikumpulkan akan membantu pemahaman lebih mendalam
berhubung, tahap sikap, minat, kemahiran ICT dan pengetahuan pedagogi guru yang terlibat.
Para guru Matematik yang terlibat dalam pelaksanaan KSSR perlu menjalankan tugas mereka
mengikut standard kurikulum yang telah ditetapkan. Mereka perlu membuat refleksi
terhadap kesediaan mereka sendiri agar mereka betul-betul memahami perubahan
pendidikan yang mereka laksanakan serta membuat anjakan paradigma yang sepatutnya.
Adalah diharapkan kajian ini akan memberikan maklumat yang berguna kepada guru yang
bertindak sebagai pemacu transformasi kurikulum ini. Segala bentuk tindakan yang akan
diambil di dalam menangani transformasi ini adalah penting untuk kebaikan bersama kearah
meningkatkan kualiti dan martabatkan profesion pendidikan di negara kita.

Anda mungkin juga menyukai