Anda di halaman 1dari 4

PRODUKTIVITI PEKERJA TERAS UTAMA MENUJU STATUS NEGARA MAJU

Produktiviti dalam melakukan dan menghasilkan sesuatu pekerjaan amat penting dalam
pembangunan sesebuah negara, apatah lagi sesebuah negara itu hanya mempunyai kira-kira tujuh tahun
sahaja lagi untuk mencapai status negara maju dan berwawasan 2020. Produktiviti dalam kata lain ialah
keberkesanan dalam menyiapkan sesuatu tugasan dalam masa yang ditetapkan dan hasil yang ditunjukkan
hendaklah menepati apa yang hendak dicapai. Tidak kira samada ianya melibatkan individu,
syarikat,perniagaan, mahupun kerajan sekalipun. Hal ini kerana setiap organisasi memerlukan pekerja
yang memiliki kadar produktiviti yang tinggi. Menurut rekod Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC),
tahap produktiviti pekerja di Malaysia adalah jauh lebih rendah berbanding negara-negara lain seperti
Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Korea Selatan, serta Singapura. Hal ini terjadi kerana pekerja
di negara ini bekerja dalam tempoh yang lebih lama berbanding pekerja di negara lain, namun
menghasilkan pulangan yang jauh lebih rendah. Tahap produktiviti pekerja diukur oleh keluaran dalam
negara kasar (KDNK) ke atas bilangan pekerja di negara ini. Dalam erti kata lain, ia diukur berdasarkan
berapa ramai pekerja diperlukan untuk menghasilkan keuntungan.
Menurut Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin
Bardan, produktiviti negara ini masih berada pada tahap yang sangat rendah kerana negara terlalu
bergantung kepada pekerja asing. Menurutnya, pihak yang berwajib perlu sekurang-kurangnya
membekalkan mereka ini dengan kemahiran yang sewajarnya, bukan sekadar membawa lambakan warga
asing sewenang-wenangnya bagi bekerja di negara ini. Kenyataan itu ada benarnya, kerana lambakan
pekerja asing ini bukan sahaja membantutkan produktiviti negara, malah turut mengancam serta
menganggu ketenteraman masyarakat di Malaysia. Di dalam bidang perniagaan contohnya, sesebuah
syarikat itu haruslah memiliki individu-individu yang tekun, aktif, dan gigih bagi memastikan produktiviti
kerja mereka berada pada tahap yang cemerlang bagi mendapatkan mutu hasil kerja yang membawa
keuntungan kepada syarikat mereka. Selain itu, pihak syarikat perlu menyediakan sumber dan ruang yang
sewajarnya kepada individu-individu yang berpotensi dalam menyerlahkan hasil kerja mereka.

PUNCA BERLAKUNYA KURANGNYA PRODUKTIVITI PEKERJA

Langkah melahirkan pekerja yang bersifat produktif.


Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk melahirkan kumpulan pekerja yang bersifat
produktif. Salah satunya adalah dengan tidak mengabaikan pekerja yang berprestasi paling rendah.
Adalah sangat penting pihak majikan dan syarikat untuk memberi sokongan dan pendedahan yang cukup
kepada para pekerja, tanpa mengira prestasi kerja mereka. Yang rendah hasil kerjanya, haruslah dinaikkan
mutunya. Yang tingi, haruslah di kekalkan ketinggian mutu kerjanya itu. Pekerja yang berprestasi rendah
ini perlu didedahkan dengan persekitaran yang positif dan boleh diberikan pengkhususan kerja yang
berada di bawah bidang kuasa mereka sahaja. Sejauh mana yang boleh, pekerja hendaklah ditempatkan
mengikut kesesuaian pengetahuan dan kemahiran masing-masing. Selain itu, langkah-langkah
memperkayakan kerja, pusingan kerja dan perluasan tanggungjawab hendaklah dilakukan bagi
menjadikan kerja-kerja tersebut lebih mencabar. Dengan cara ini, mereka dapat memaksimumkan
produktiviti mereka kerana kekuatan mereka dirangsang oleh pengkhususan kerja yang diberi kepada
mereka.
Langkah seterusnya ialah bagaimana keupayaan sesebuah syarikat atau jabatan mencapai
matlamat prestasinya dalam kebergantungan kepada faktor tenaga manusia. Ini adalah kakitangan
organisasi memainkan peranan penting dalam proses pengeluaran seperti buruh, pengurus kakitangan
teknikal dan sebagainya. Oleh itu, untuk melahirkan pekerja yang produktif setiap organisasi hendaklah
membangunkan sumber tenaga manusia dalam organisasinya. Antara tindakan yang boleh diambil ialah
mewujud dan menyebarkan nilai-nilai yang positif. Di antara nilai-nilai yang perlu diutamakan ialah
kejujuran, integriti, akauntabiliti, bertanggungjawab, berdisiplin, semangat bekerja secara berpasukan,
keikhlasan dan amanah. Penerapan nilai-nilai ini di kalangan kakitangan akan mendorong mereka untuk
bekerja dengan lebih tekun. Selain itu,pihak organisasi juga boleh menyediakan dan memotivasikan
pekerja dengan cara memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan kecemerlangan
dalam kerja masing-masing. Pengiktirafan boleh diberi dalam berbagai bentuk seperti Anugerah Khidmat
Cemerlang, anugerah pingat kebesaran, pemberian hadiah, pujian lisan dan lain-lain.

Langkah terpenting dalam meningkatkan produktiviti kerja ialah dengan meningkatkan


kemahiran dan pengetahuan dalam skop dan bidang kerja masing-masing. Pendedahan dan tunjuk ajar
melalui kursus, ceramah, dan latihan industri boleh ditingkatkan dan dilaksanakan terhadap para pekerja.
Sebagai contoh menghantar para pekerja ke kursus menambah baik kemahiran dan pengetahuan mereka
sekali dalam setiap tahun. Langkah ini penting bagi memastikan para pekerja sentiasa mendapat
kemahiran dan maklumat terkini dalam bidang tugas mereka. Pihak pengurusan juga hendaklah sentiasa
menggalakkan kakitangan mengamalkan konsep "Kemajuan Diri" supaya mereka boleh berusaha sendiri
memperbaiki prestasi kerja.

Peningkatan produktiviti pekerja hendaklah dilakukan secara berterusan

kerana dapat mewujudkan budaya kerja yang memberangsangkan akan peningkatan pretasi pekerja,
pencapaian dan penambahbaikan organisasi secara berpanjangan. Disamping itu, golongan muda
khususnya graduan-graduan lepasan universiti, perlu diberikan pendedahan yang berterusan kerana
mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman bekerja dan persekitaran dalam alam pekerjaan dan
belajar adalah tidak sama.
Keupayaan sesebuah jabatan dan organisasi dalam membekalkan sumber dan persekitaran yang
positif diyakini dapat memberi kesan yang baik dalam meningkatkan produktiviti individu, sekaligus
dapat membantu kadar produktiviti negara dalam menuju status sebuah negara maju dan berpendapatan
tinggi menjelang tahun 2020. Sekiranya sesebuah organisasi mempunyai susun atur yang baik maka
proses proses kerja akan dapat berjalan dengan lebih lancar. Sebagai contoh, menyusung atur pejabat
yang sesuai dengan operasi pekerja, kelengkapan pejabat dengan kemudahan asas seperti alat hawa
dingin, perabot yang baik, menyediakan kemudahan untuk kakitangan seperti bilik rehat, riadah,
disamping itu, aktiviti-aktiviti pergerakan fail,maklumat dan komunikasi antara bahagian di antara
kakitangan dapat dilakukan secara berkesan. Oleh itu, masa untuk menyiapkan sesuatu kerja akan dapat
dijimatkan dan ini adalah petunjuk kepada peningkatan produktiviti pekerja.

Anda mungkin juga menyukai