Anda di halaman 1dari 5

Refleksi

Che Nor Afizah Binti Che Zain


911111-02-5436

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya, saya dan rakan guru
pelatih yang lain berjaya menjalani program Bina Insan Guru fasa kedua dengan
jayanya. Program ini berlangsung sehari sahaj iaitu pada 5 Mac dari pukul 8.00 pagi
sehingga pukul 5.00 petang di Jabatan Hidupan Liar Tanjung Tuan, Melaka dan disertai
oleh tiga unit iaitu unit Pengajian Islam, Sains dan Pendidikan Khas. Pelbagai program
telah dirancang dan berjaya dilaksanakan walaupun semuanya kelihatan sangat letih
pada hari tersebut.Namun saya dan rakan guru pelatih tetap melaksanakan program
yang amat bermakna ini dengan penuh bersemangat. Sesungguhnya semua
pengalaman ini mengajar dan mendidik kami untuk menjadi seorang insan yang
mencintai alam sekitar dan menghargai setiap khazanah di muka bumi Allah S.W.T ini.
Sepanjang program ini saya dapat melihat kekuatan yang ada dalam diri pelatih yang
mana sanggup bekerjasama antara satu sama lain. Program ini adalah sebuah program
khidmat masyarakat iaitu aktiviti bergotong royong membersihkan sekitar kawasan
Tanjung Tuan agar kelihatan lebih bersih dan dapat menarik lebih ramai pelancong dari
Negara luar datang melawat tempat tersebut.
Menerusi program ini, pelbagai manfaat dan faedah yang telah saya perolehi dan
amat berguna buat diri saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain.Program ini telah
mengajar saya bagaimana untuk menjaga alam sekitar daripada tercemar dan
pendedahan mengenai Tanjung Tuan juga telah sedikit sebanyak membantu saya
dalam lebih memahami alam sekitar kita.Sesungguhnya aktiviti ini member suatu ilmu
baru buat saya dan saya berasa sangat bertuah kerana telah terpilih untuk mengikuti
program ini.Program ini berlangsung dengan aktiviti bergotong royong mengutip
sampah dan kumpulan telah dibahagikan mengikut unit.Unit saya telah mendapat
kawasan dari tapak pejabat Tanjung Tuan sehingga ke Rumah Api Tanjung Tuan.Unit
lain pula ada yang menjalankan aktiviti gotong royong tersebut di dalam hutan dan di
tepi pantai berdekatan dengan kawasan paya bakau.Keindahan pantai di Tanjung Tuan
itu telah menarik perhatian saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain.Sesungguhnya
kelihatan sangat cantik dan indah di samping aktiviti rekreasi yang dijalankan oleh para
pengunjung dari luar dan dalam negara.Dalam aktiviti gotong royong ini juga, dua orang
fasilitator telah dimasukkan dalam setiap kumpulan.Kemudian, fasilitator mengagihkan
beberapa buah plastic sampah kepada kami dan kami dikehendaki mengutip sampah
berdasarkan kawasan yang telah ditetapkan itu. Sampah yang telah dikutip harus
diletakkan dalam plastic yang berbeza mengikut kategori sampah-sampah berkenaan
seperti logam, kaca, plastic, kertas dan barang-barang terpakai yang lain.Melalui cara
ini, saya dapat mengaplikasikannya apabila keluar mengajar kelak iaitu dalam aktiviti
gotong royong yang diadakan di sekolah. Jadi, murid-murid akan lebih terdedah kepada
jenis-jenis sampah. Pengasingan sampah-sampah ini dibuat supaya memudahkan
proses kitaran semula sampah-sampah tersebut dan sampah yang tidak reput seperti
plastic akan mudah dikesan.
Selain itu, melalui aktiviti mengutip sampah ini juga dapat member keinsafan
dalam diri saya bahawa pentingnya menjaga alam sekitar kita daripada tercemar.
Kesedaran ini sangat penting agar saya dapat memelihara alam sekitar dan sebagai
bakal guru saya tidak seharusnya bersikap tidak bertanggungjawab dengan membuang
sampah merata tempat. Guru sepatutnya memberikan contoh tauladan yang terbaik
kepada murid-murid agar mereka menjadi insane yang bertanggungjawab terhadap
alam sekitar. Setelah mengutip sampah, saya mendapati bahawa terdapat banyak
sampah yang telah dibuang oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap aspek
penjagaan alam sekitar. Secara tidak langsung pgrogram ini telah menyedarkan saya
dan member pengetahuan yang baru buat saya mengenai alam sekitar.Seterusnya,
program ini juga telah member pendedahan kepada saya mengenai fungsi dan
kegunaan Rumah Api Tanjung Tuan.Sesungguhnya sebelum ini, pengetahuan saya
mengenai Rumah Apia amat cetek dan melalui program lawatan ke Rumah Api ini,
ianya telah memberi banyak pengetahuan kepada saya dan rakan guru pelatih yang
lain. Tanpa lawatan ini, saya tidak mungkin mendapat ilmu berkenaan Rumah Api ini
dan bagi saya ianya merupakan pengalaman yang sangat menarik dan bermakna
dalam hidup saya.Melalui lawatan ini, banyak perkara yan dapat saya ketahui iaitu
kegunaan Rumah Api adalah sebagai persinggahan bagi pelayar kapal dari serata
tempat dan keadaan persekitarannya dikelilingi dengan laut dan sangat cantik.Melalui
jalan air, jarak antara dari Rumah Api ke Indonesia adalah lebih kurang 30 kilometer
sahaja.Pengetahuan seperti ini amat berguna buat saya sebagai bakal guru yang
sememangnya memerlukan ilmu yang tinggi sama ada pengetahuan am atau
sebaliknya. Saya dapat menggunakan pengetahuan ini dan dapat menceritakan
pengalaman saya ini kepada murid-nurid saya kelak.
Menerusi program ini juga, saya telah dapat pelbagai nilai murni yang dapat saya
terapkan dalam diri saya sendiri.Antara salah satu nilai murni yang dimaksudkan ialah
saya telah dapat memupuk sikap kerjasama antara ahli kumpulan dalam aktiviti
bergotonh royong mengutip samapah dan barangan terpakai.Melalui aktiviti ini, saya
telah dapat bekerjasama dengan ahli kumpulan saya untuk memastikan setiap sampah
telah dikutip dan dikategorikan dalam plastik-plastik yang telah disediakan. Kami telah
bekerjasam mengutip sampah dengan melaksanakan pembahagian kumpulan
mengikut kategori sampah.Kumpulan saya dikehendaki mengutip sampah kategori
plastik.Hal ini telah terbukti bahawa setiap kerja yang berat akan menjadi ringan apabila
ahli-ahli dalam kumpulan tersebut mengamalkan sikap bekerjasama dan saling
membantu antara satu sama lain.Faedah yang seterusnya ialah program Bina Insan
Guru ini juga telah memupuk rasa sayang dan cinta akan alam sekitar dan langkah-
langkah bagaimana untuk menjaga alam sekitar daripada tercemar. Sebagai seorang
bakal guru, saya seharusnya mengamalkan amalan dan gaya hidup yang
mementingkan penjagaan alam sekitar agar murid-murid juga akan menjadikan kita
sebagai contoh tauladan mereka yang terbaik.Saya juga dapat mengaplikasikan
pengetahuan saya tentang alam sekitar ini apabila dikehendaki membawa murid-murid
saya melaksanakan aktiviti bergotong royong dan sebagainya. Jadi, pengalaman ini
akan saya gunakan sedikit sebanyak sebagai panduan hidup saya menghadapi hari
mendatang sebagai guru serba boleh dan tahu.
Melalui program ini juga, saya telah dapat mengenalpasti beberapa kelemahan
yang ada pada diri saya yang mungkin sebelum ini tidak saya sedari
kewujudannya.Kelemahan saya yang pertama ialah saya tidak dapat berjalan terlalu
lama dengan jarak perjalanan yang jauh.Hal ini dapat dibuktikan lagi ketika aktiviti
mengutip sampah dijlankan.Saya cepat berasa penat dan sukar untuk
bernafas.Ternyata bahawa perjalanan yang panjang telah membuat badan saya
menjadi lemah dan tidak bertenaga. Ini adalah kelemahan yang paling ketara dalam diri
saya yang dapat saya kesan dalam aktiviti ini. Saya terpaksa berjalan perlahan-lahan
dan berhenti sekejap untuk mengembalikan tenaga saya semula.Kelemahan saya yang
kedua pula ialah saya tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya apabila
sesi penerangan berkenaan Rumah Api dijalankan. Saya berasa sangat bosan dan
tidak dapat mengawal diri saya untuk terus tekun mendengar setiap taklimat
tersebut.Saya telah berborak dengan rakan saya san fikiran saya tidak tertumpu
kepada taklimat tersebut.Saya sememangnya amat tidak gemar dengan sebarang
taklimat atau ceramah. Saya akan mudah berasa mengantuk dan otak tidak dapat
menerima sebarang input yang cuba disampaikan.
Kelemahan program ini pula ialah program ini amat lambat dan tidak strategic
dari segi pelaksanaannya. Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan berlakunya kelewatan
bus datang pada pagi ketika hendak bertolak ke lokasi.Hal ini disebabkan pemandu bus
telah menerima info yang salah daripada pihak-pihak tertentu.Kejadian yang seterusnya
ialah mengalami kekurangan bus kerana pelaksanaan yang tidak teratur.Bus yang telah
ditempah tidak mencukupi untuk menampung sejumlah peserta yang lebih kurang 60
orang termasuk pensyarah iaitu mentor bagi setiap unit. Kelemahan yang seterusnya
ialah dari segi pengurisan masa ketika program ini berlangsung.Terdapat peserta yang
terlebih awal sampai di Rumah Api dan terpaksa menunggu terlalu lama untuk peserta
yang lain sampai ke tempat tersebut.Hal ini telah menyebabkan masa yang ada telah
terbuang begitu sahaja dengan hanya menunggu tanpa sebarang pengisian
dilaksanakan.Pengurusan masa oleh pihak-pihak tertentu seharusnya lebih sistematik
agar program tersebut lebih berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan yang
tidak diingini berlaku.
Jadi, cadangan penambahbaikan amat wajar dilaksanakan bagi mengatasi
setiap kelemahan yang ada ini.Kelemahan pada diri saya sendiri iaitu tidak boleh
berjalan terlalu lama.Saya mencadangkan untuk diri saya sendiri agar lebih banyak
melakukan latihan kecergasan seperti berjoging, berlari dan sebagainya agar saya
dapat meningkatkan stamina saya sekaligus dapat meningkatkan kecergasan saya
agar tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan agar.Kelemahan yang seterusnya
ialah tidak dapat menumpukan perhatian ketika sesi taklimat berlangsung.Cadangan
penambahbaikannya ialah saya seharusnya cuba mengawal diri, mida dan fikiran say
agar focus terhadap setiap taklimat yang disampaikan.Hal ini kerana setiap taklimat
yang disampaikan amat penting dan dapat kita jadikan sebagai pengetahuan am kita
sendiri.Saya juga dapat meberi tumpuan dengan cuba untuk bertanya soalan dan
member tindak balas terhadap apa jua perkara yang diujarkan ketrika taklimat.Hal ini
dapat mengelakkan saya dari berasa bosan.Cadangan penambahbaikan yang
seterusnya bagi program yang perlaksanaannya tidak strategik.Pihak-pihak terbabit
sewajarnya mengambil tindakan dan melaksanakan persiapan lebih awal agar
sebarang kesulitan tidak berlaku.Kemudian, pihak pengurusan juga sewajarnya perlu
sentiasa peka dengan sebarang masalah yang berlaku dan mengambil inisiatif lain bagi
mengatasi masalah tersebut.Cadangan penambahbaikan program iaitu kelemahan dari
segi pengurusan masa. Pihak berwajib seharusnya perlu memastikan setiap peserta
tiba awal ke tempat Rumah Api Tanjung Tuan serentak agar masing-masing tidak perlu
menunggu terlalu lama. Selain itu, pihak berwajib juga perlu sentiasa berhubung
dengan para fasilitator setiap masa untuk mengetahui pergerakan aktiviti bergotong
royong tersebut berjalan dengan lancar ataupun tidak dan sentiasa peka dengan masa
yang telah diperuntukkan.
Kesimpulannya, program seumpama ini harus dijalankan kerana memberi
banyak manfaat kepada guru pelatih untuk keluar sebagai seorang bakal pendidik yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang. Adalah wajar juga sekiranya aktiviti ini dijalankan
sebagai satu bentuk cara untuk mendidik bakal guru. Saya berharap agar segala yang
saya pelajari dapat dipraktikan kelak apabila saya menjadi guru nanti.

Anda mungkin juga menyukai