Anda di halaman 1dari 5

Disediakan Oleh : Che Nor Afizah Binti Che Zain.

911111-02-5436 Assalammualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah

bimbingan iaitu Encik Hadri dan Encik Shamsul Saya seperti nama dan bernombor kad pengenalan adalah salah seorang pelajar PISMP Pendidikan Khas Semester 5 Ambilan Januari 2011 telah mengikuti program lawatan ke Taman Botanikal Melaka. Lawatan ini adalah di bawah pengelolaan unit saya sendiri dan di bawah anjuran Jabatan Pendidikan Khas. Lawatan ini disertai seramai 17 orang guru pelatih. Lawatan ini diadakan pada 25 Februari 2013 (isnin), pada jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Tujuan pelaksanaan lawatan ke Taman Botanikal ini adalah untuk memenuhi projek lawatan yang terkandung dalam proforma PKB 3110 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Khas Sains. Lawatan ini adalah untuk melihat sendiri kehidupan flora dan fauna yang terdapat dalam taman tersebut. Lawatan ini juga merupakan suatu perkara yang berkaitan dengan pembelajaran say untuk subjek ini. Program lawatan ini amat bermakna dan bermanfaat buat saya dan rakan-rakanrakan saya yang lain. Saya telah mendapat pengalaman dalam mendapatkan maklumat berkenaan kehidupan flora dan fauna yang pada sebelumnya saya kurang pendedahan berkaitan dengannya, Jadi, secara tidak langsung, ianya membantu saya dalam meningkatkan lagi pengetahuan saya berkenaan pembelajaran sains untuk saya sampaikan kepada murid-murid saya kelak. Melalui lawatan ini juga, banyak jenis flora dan fauna yang telah dapat saya lihat dan ketahui hasil daripada maklumat yang tertera di pokok-pokok berkenaan, Antaranya seperti tumbuhan merawan siput jantan yang dalam bahasa saintifiknya ialah hopea odorata. Sesungguhnya tumbuhan yang tidak pernah saya lihat juga turut terdapat dalam taman ini dan saya berasa sangat gembira dan seronok kerana telah diberi kesempatan, ruang dan peluang untuk melihatnya secara dekat. Saya berasa sanagt kagum dengan kehidupan flora dan fauna di taman tersebut dan ciptaan ALLAH itu adalah indah-indah semuanya. Saya juga berasa sangat teruja dengan habitat hidupan flora dan fauna yang sangat unik dan kehidupan mereka adalah sangat menjaga antara satu sama lain.

Selain itu, melalui lawatan ini juga, saya dapat mengaitkan proses pertumbuhan yang berlaku dengan subjek sains yang akan saya ajari apabila di sekolah kelak. Secara tidak langsung, saya telah mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang amat bermakna untuk saya kongsikan bersama-sama murid saya kelak. Sesungguhnya pengalaman melawat ke taman ini merupakan suatu pengalaman yang sangat menarik dan tidak dapat saya lupakannya. Pada sebelum ini, saya hanya mampu melihatnya di kaca televisyen sahaja, tetap dengan adanya lawatan ini, saya telah dapat melihatnya dengan jelas dan saya berasa kagum dengan ciptaan Yang Maha Esa. Dalam pada masa yang sama, saya juga telah mendapat sedikit pengetahuan am berkenaan kewujudan dan penubuhan taman tersebut secara lahiriahnya. Ternyata, Taman Botanikal ini adalah sebuah taman yang baru ditubuhkan dalam lebih kurang lima tahun. Saya juga telah dapat mengetahui serba sedikit berkenaan kemudahan yang terdapat dalam taman tersebut. Saya juga telah mengetahui organisasi penubuhan taman tersebut hasil daripada penjelasan Cik Syafikah yang merupakan seorang pegawai yang bertugas di taman tersebut. Maklumat yang telah disampaikan oleh beliau amat berguna kepada saya dan merupakan sebuah ilmu yang julung kali saya perolehi. Selain itu, melalui lawatan ini juga, saya telah mempunyai pengalaman menaiki jambatan titi gantung yang terdapat dalam taman tersebut. Titi tersebut mempunyai jarak yang agak jauh dan keadaan titinya yang sempit dan tinggi itu menakutkan saya. Pada mulanya saya berasa sangat takut dan cemas untuk menaiki titi tersebut kerana sebelum ini, saya tidak pernah ada pengalaman menaiki titi gantung tersebut. Ketika menaiki titi tersebut, saya perlu bergerak dengan perlahan-lahan dan memegang pemegang tepi yang telah disediakan. Saya juga perlu mengimbangi diri saya agar tidak berasa gayat dan takut. Saya juga perlu lihat jauh ke hadapan dan tidak perlu memandang ke bawah, dikhuatiri saya akan berasa takut dan gayat. Saya berasa sanagt bersyukur dan bertuah kerana telah diberi kesempatan untuk mempunyai pengalaman menaiki titian gantung yang agak panjang dan menakutkan. Saya berasa sanagt teruja dengan pengalaman seumpama ini.

Kemudian, saya juga telah mendapat ilmu berkenana penjagaan hidupan flora dan fauna dengan baik. Kita perlu menjaga dan menyayangi hidupan flora dan fauna dengan baik agar ianya tidak pupus dan generasi akan datang dapat melihatnya dan dapat turut sama menjaga hidupan ini. Jadi, berdasarkan maklumat yang telah saya perolehi hasil daripada lawatan saya ini akan dapat saya serapkan nilai-nilai murni iaitu menjaga dan melindungi hidupan flora dan fauna kepada murid-murid saya kelak. Jadi, kehidupan flora dan fauna akan lebih terjaga dan akan mendapat perlindungan yang sewajarnya daripada kita semua. Dalam melaksanakan tugasan ini, pelbagai kelemahan dan kekuatan yang telah dapat saya kenal pasti. Kekangan yang telah dimaksudkan termasuklah kekangan tiba lewat ke tapak menunggu bas kerana saya bangun agak lewat pada hari tersebut. Sepatutnya perkara seperti ini tidak sewajarnya berlaku dan saya perlu senatiasa peka dengan program yang perlu saya hadiri. Kekangan yang seterusnya ialah saya kurang memahami berkenaan dengan jenis hidupan flora yang terdapat dalam taman tersebut kerana saya kurang pendedahan berkaitan hal seperti ini. Saya juga tidak begitu arif dalam proses sains yang berkiatan dengan kehidupan flora dan fauna ini. Saya sebagai seorang guru perlu senantiasa mengambil tahu akan hal seumpama ini agar saya dapat menyampaikan ilmu berkenaan sains dengan baik kepada murid-murid saya kelak. Setelah itu, saya juga mengalami beberapa kelemahan dan kekuatan dalam lawatan ini. Kelemahan yang dapat saya kenal pasti ialah saya saya tidak begitu arif dalam memahami berkenaan kejadian sains dan kaitannya dengan kehidupan flora dan fauna di Negara kita. Kelemahan saya ini merupakan kelemahan yang tidak sepatuitnya ada dalam diri seorang bakal pendidik. Hal ini kerana, sebagai pendidik saya perlu bijak dalam mengetahui semua isu yang berkaitan dengan sains. Kelemahan bagi program lawatan ini adalah dari segi pengurusan masa. Ketibaan bas agak lambat ketika hendak pulang ke kampus. Semua terpaksa menunggu agak lama sehingga berasa agak kebosanan. Kelemahan pengurusan lawatan yang seterusnya ialah dari aspek pengendaliannya. Lawatan ini diadakan pada hari dan waktu yang tidak bersesuaian kerana hari lawatan tersebut muzium yang ingin kami lawati tidak buka dan kami tidak berkesempatan untuk memasuki muzium yang terdapat dalam taman tersebut. Jadi, ini

merupakan suatu yang amat merugikan buat diri saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain. Muzium berkenaan hanya buka pada waktu cuti hujung minggu sahaja. Jadi, saya berasa agak kecewa kerana tidak dapat melihat keadaan dalam muzium berkenaan. Saya berasa agak kecewa kerana ini merupakan satu-satunya kesempatan peluang yang saya ada untuk melawatinya. Selepas ini, belum tentu lagi kesempatan datang ke taman ini akan muncul. Kekuatan dalam lawatan ini ilaah saya telah mendapat banyak ilmu pengetahun yang sebelum ini tidak pernah saya ketahui. Saya berasa gaak seronok kerana telah diberi kesempatan ini dan saya berharap agar saya dapat menjejakkan kaki lagi ke taman ini suatu hari nanti. Selain itu, saya juga bertahan dalam suatu jangka masa yang lama walaupun saya agak penat dan keletihan menyiapkan tugasan subjek lain malam sebelum hadir ke lawatan ini. Kekuatan saya yang lain ialah saya dapat bertahan berada di dalam taman tersebut dalam suatu jangka masa yang lama walaupun keadaan taman tersebut yang agak merimaskan dengan nyamuk dan unggas yang banyak bagi mendapatkan maklumat berkenaan subjek ini. Kekuatan saya yang seterusnya pula ialah saya dapat memberikan fokus dan tumpuan yang lebih kepada pengucapan yang telah diberikan oleh pegawai taman tersebut walaupun ketika itu, perut agak lapar dan kepenatan. Bagi cadanagan penambahbaikan untuk kelemahan yang saya hadapi yang pertama iaitu saya saya tidak begitu arif dalam memahami berkenaan kejadian sains dan kaitannya dengan kehidupan flora dan fauna itu dapat diatasi dengan membuat rujukan buku-buku dan majalah yang berkaitan serta mendapatkan bahan daripada sumber yang boleh dipercayai. Saya juga boleh bertanya kepada pensyarah bimbingan saya untuk subjek ini yang mempunyai lebih banyak imu dan pengalaman berkenaan subjek sains ini. Kelemahan program lawatan ini pula ialah dari segi ketepatan masanya. Pihak yang berkenaan sepatutnya mengambil tindakan dengan segera untuk membuat panggilan kepada pemandu bas agar mereka dapat tiba dengan kadar masa yang tepat. Kelemahan program lawatan ini yang seterusnya ialah dari aspek pengendaliannya dapat diatasi dengan memastikan terlebih dahulu bahawa muzium tersebut boleh dilawati pada hari lawatan tersebut.

Pihak berkenaan boleh menghubungi pihak taman terlebih daulu untuk mendapatkan kepastian. Dengan cara itu, kita dapat mengatur tarikh dan waktu yang sesuai untuk melawati muzium tersebut. Kesimpulannya, program lawatan ini sangat menarik buat saya dan sekaligus memberikan banyak ilmu pengetahuan yang berguna kepada diri saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain. Sekaligus telah menjadikan saya lebih bersemangat dalam menceburi bidang sains ini. Lawatan ke taman ini juga memberi sejuta makna dan pengalaman yang berharga buat diri saya dan dapat saya jadikan pengalaman ini sebagai pengisian untuk saya kongsikan bersama-sama murid saya apabila keluar mengajar kelak. Banyak perkara yang telah dapat saya pelajari melalui lawatan ini dan ilmu-ilmu yang telah saya perolehi ini akan saya simpan kukuh dalam ingatan saya agar saya dapat menjadikan diri saya sebagai seorang guru yang kompeten, cemerlang, efektif, berakhlak mulia dan dapat diterima oleh masyarakat dan juga murid-murid saya kelak. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai