Anda di halaman 1dari 7

Refleksi

Che Nor Afizah Binti Che Zain


911111-02-5436

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya, saya dan rakan
guru pelatih yang lain berjaya menjalani program Bina Insan Guru fasa pertama
dengan jayanya. Program ini berlangsung sehari sahaja iaitu pada 19 Ogos dari pukul
2.30 pagi sehingga pukul 5.30 petang di Dewan Tun Fatimah IPG Kampus Perempuan
Melayu dan disertai oleh enam unit iaitu unit Pengajian Islam, Sains, Pendidikan Khas,
Pra Sekolah, Matematik dan Bahasa Melayu. BIG pada kali ini adalah berkenaan
ceramah yang bertajuk Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang. Para tetamu yang
dijemput hadir untuk menghadiri ceramah berkenaan adalah dalam kalangan para
pelajar juga dan disertai dengan mentor-mentor. Ceramah berkenaan telah
disampaikan oleh Encik Badrul Hisham Bin Ismail yang merupakan salah seorang
pensyarah motivasi dari IPG Kampus Perempuan Melayu sendiri. Pengisian ceramah
yang disampaikan amat menarik dan bermanfaat kepada diri saya dan juga para guru
pelatih yang lain. Sesungguhnya ilmu yang diperolehi ini mengajar dan mendidik kami
untuk menjadi seorang insan yang mencintai profesion perguruan dan menjalankan
tanggungjawab sebagai guru kelak dengan baik sekali.
Ceramah yang disampaikan oleh beliau lebih banyak tertumpu kepada sahsiah
diri, sikap dan komitmen yang tinggi yang harus ditunjukkan oleh para bakal guru
sekalian walaupun sudah mempunyai keluarga kelak. Sepanjang ceramah ini
berlangsung, saya dapat melihat kekuatan yang ada pada diri saya mengenai sejauh
mana saya menyayangi dan mencintai profesion perguruan. Sesungguhnya ceramah
BIG ini amat menyeronokkan kerana paparan video dan olahan penceramah yang
sangat menarik dan tidak membosankan.





Menerusi ceramah ini, pelbagai manfaat dan faedah yang telah saya perolehi
dan amat berguna buat diri saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain. Program ini
telah mengajar saya bagaimana untuk menghargai dan mencintai kerjaya kita sebagai
seorang pendidik dan apa yang perlu ada dalam diri kita sebagai bakal guru untuk terus
kekal bertapak dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dikaitkan dengan sikap dan
sahsiah kita sendiri dalam menjadi seorang bakal guru yang cemerlang, gemilang dan
terbilang. Sepertimana yang telah diujarkan oleh penceramah bahawa sikap dan
sahsiah amat penting dalam membentuk sebuah jati diri yang baik. Sememangnya
ceramah yang telah disampaikan ini banyak memberi ilmu serta pengetahuan yang
baru buat diri saya dan rakan guru pelatih yang lain. Selain itu, dalam ceramah ini juga
telah mengajar dan mendedahkan saya bahawa pentingnya kita menghargai apa yang
telah dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita dan menjaganya dengan sebaik
mungkin.
Penceramah telah mendedahkan saya dan rakan guru pelatih yang lain agar
tidak terburu-buru dalam menangani sesuatu masalah agar sebarang masalah dapat
dielakkan. Sesungguhnya ceramah ini memberi suatu ilmu baru buat saya dan saya
berasa sangat bertuah kerana telah terpilih untuk mengikuti program ini. Banyak ilmu
baru yang telah penceramah dedahkan dan berkongsi bersama para guru pelatih.
Antara seperti menghormati ibu bapa, membalas jasa dan budi mereka serta tidak
membelakangkan keluarga dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Nilai-nilai murni
seperti ini sangat penting kerana melalui nilai ini ianya dapat membentuk sebuah jati diri
yang baik dalam diri saya sebagai seorang bakal pendidik kelak. Selain itu, melalui
ceramah ini juga saya telah dapat memahami kosep profesion perguruan yang sebenar
serta tanggungjawab sebagai seorang guru yang sangat mulia. Secara tidak langsung,
menerusi ceramah ini juga, saya telah dapat bertukar-tukar pendapat dan idea dengan
rakan saya mengenai tajuk ceramah pada hari itu dan sekaligus dapat menambahkan
ilmu pengetahuan dalam diri saya. Ilmu yang telah saya perolehi ini dapat saya
aplikasikan atau manfaatkan nya apabila keluar mengajar kelak.



Selain itu, melalui ceramah ini juga dapat memberi keinsafan dalam diri saya
bahawa pentingnyamenjaga dan menyayangi ahli keluarga kita sendiri serta
menghargai kerjaya yang kita miliki. . Kesedaran ini sangat penting agar saya saya
sebagai seorang bakal guru dapat memikul tanggungjawab sebagai seorang anak yang
solehah dan sebagai seorang bakal guru yang bertanggungjawab terhadap kerjaya.
Guru sepatutnya memberikan contoh tauladan yang terbaik kepada murid-murid agar
mereka menjadi insan yang bertanggungjawab terhadap diri mereka, keluarga dan
masyarakat sekeliling. Insan yang wajib dan berperanan dalam mendidik mereka
adalah guru itu sendiri. Jadi, sedikit sebanyak, program ini telah memberi semangat
baru kepada saya untuk terus menghayati dan mencintai profesion perguruan ini
dengan sebaik mungkin agar saya sebagai seorang bakal guru dapat melahirkan
generasi-generasi yang bertindak sebagai penjana atau penggerak dunia pada masa
akan datang.
Setelah menghadiri ceramah BIG ini, saya telah dapat mengenalpasti akan
kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri saya dan juga kelemahan program
ceramah ini. Kekuatan saya menerusi ceramah ini ialah saya dapat melihat sikap atau
sahsiah sebenar saya yang dapat dikesan melalui paparan menanda sikap masing-
masing dan mengira jumlah setiap tandaan itu. Setelah itu, penceramah menunjukkan
skala permakahan mengenai bagaimana sikap atau sahsiah diri kita yang sebenar.
Jadi, menerusi paparan yang telah ditunjukkan oleh penceramah, saya telah dapat
mengenal pasti kekuatan diri saya dan bagaimana sikap saya yang sebenarnya.
Menerusi program ceramah ini juga, saya telah dapat mengenalpasti kelemahan
yang ada pada diri saya. Kelemahan pertama yang dapat saya kesan ialah saya tidak
begitu peka atau mengambil tahu tentang isu-isu yang berlaku dalam dunia pendidikan
serta tidak begitu terdedah dengan dunia keguruan yang sebenarnya. Hal ini kerana,
apabila penceramah menceritakan sesuatu perihal tentang tugas dan tanggungjawab
guru, saya merasakan betapa kerdil dan ceteknya pengetahuan saya berkenaan dunia
perguruan. Perkara seperti ini tidak sepatutnya ada dalam diri saya kerana saya
merupakan seorang bakal guru yang akan mendidik anak-anak bangsa kelak.

Kelemahan saya yang kedua pula ialah, saya tidak dapat bertahan untuk suatu
jagka masa yang lama untuk terus mendengar ceramah yang telah disampaikan. Hal ini
kerana, saya tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya atau focus terhadap apa
yang diujarkan oleh penceramah. Tetapi, saya hanya mendengar sesetengah perkara
atau topik yang dianggap menarik untuk saya terus memberi perhatian. Bagi seorang
bakal guru seperti saya, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana saya
seharusnya berusaha untuk tidak melelapkan mata dalam majlis ilmu seperti itu.
Sesungguhnya ceramah seperti itu amat bermanfaat dan berguna buat diri saya.
Kelemahan program ini pula ialah program ini amat lambat dan tidak strategik
dari segi pelaksanaannya. Hal ini dapat dibuktikan lagi dengan berlakunya kelewatan
para tetamu yang hadir. Hal ini kerana, para guru pelatih yang masih belum mempunyai
kesedaran diri bahawa peri pentingnya menjaga masa dan menepati masa yang telah
ditetapkan. Kelewatan ini berlaku kerana sikap para guru pelatih sendiri yang
mengambil enteng atau mudah berkenaan program-program seperti ini sedangkan
program ini telah dikendalikan sendiri oleh para guru pelatih. Sikap seperti ini tidak
sepatutnya ada dalam diri para pendidik seperti saya kerana ketetapan dalam
menghadiri diri dalam sesuatu majlis amatlah penting. Jika para guru pelatih sendiri
tidak dapat menepati masa yang telah dijanjikan, bagaimana murid-murid ingin
mengikut contoh tauladan yang terbaik daripada guru itu sendiri. Justeru itu, sebagai
seorang bakal pendidik, amatlah penting untuk sentiasa menepati masa dan
menghargai sesuatu majlis dengan sebaik mungkin.
Kelemahan program ceramah ini yang seterusnya ialah dari segi pelaksanaan
perancangan serta susun atur majlis. Masa yang telah dijanjikan adalah berpatutan dan
tepat, tetapi kurangnya pengurusan dari segi pengendaliannya. Sebagai contoh, pada
hari program tersebut, para guru yang sepatutnya bertugas untuk menjaga mekja
pendaftaran tidak juga memunculkan diri setelah sekian lama ceramah itu berlangsung.
Meja pendaftaran juga tidak disediakan sebelum ketibaan para tetamu jemputan untuk
mendaftar diri pada hari tersebut. Hal ini bermakna, dari segi pengendalian majlis ini
tidak berlaku dengan sempurana kerana masing-masing tidak bergerak pantas dan
tidak memperingati antara satu sama lain. Sehinggakan sesi ceramah bermula, masih
belum ada lagi meja pendaftaran diletakkan di luar hadapan dewan. Para guru pelatih
yang tiba awal untuk berdaftar tidak dapat mendaftarkan diri mereka dan kesannya
kebanyakan para guru pelatih akan tiba lewat kerana mereka menyangka tiada nya sesi
pendaftaran. Jadi, hal seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana sahsiah dan sikap
guru harus dibentuk menerusi tugas serta tanggungjawab guru itu sendiri. Jikalau
seseorang bakal guru itu tidak dapat menjalankan tugas atau amanh yang diberikan
dengan baik, bagaimana sikap yang baik dapat dibentuk dalam diri setiap bakal guru.
Jadi, cadangan penambahbaikan amat wajar dilaksanakan bagi mengatasi
setiap kelemahan yang ada ini.Kelemahan pada diri saya sendiri yang pertama iaitu
kurang mengetahui tentang isu semasa, telah saya atasi dengan memperbanyakan
bacaan serta mendekatkan diri dengan sebarang isu yang berkaitan dengan pendidikan
menerusi pembacaan surat khabar, melayari internet dan memnbaca majalah-majalah
yang berkaitan. Jadi, sudah semestinya kelemahan saya ini dapat diatasi dengan begitu
baik dan berhemah. Kelemahan yang seterusnya ialah tidak dapat menumpukan
perhatian ketika sesi ceramah berlangsung. Cadangan penambahbaikannya ialah saya
seharusnya cuba mengawal diri, minda dan fikiran saya agar fokus terhadap setiap
ceramah yang disampaikan. Hal ini kerana setiap ceramah yang disampaikan amat
penting dan dapat kita jadikan sebagai pengetahuan am kita sendiri.S aya juga dapat
memberi tumpuan dengan cuba untuk bertanya soalan dan memberi tindak balas
terhadap apa jua perkara yang diujarkan ketrika ceramah .Hal ini dapat mengelakkan
saya dari berasa bosan dan mengantuk. Cadangan penambahbaikan yang seterusnya
bagi sikap guru pelatih yang datang lewat ialah para guru pelatih seharusnya cuba
sedaya upatya untuk datang awal dan mengajak rakan-rakan guru pelatih yang lain
juga untuk tiba awal.Hal ini kerana dapat mengelakkan sebarang masalah yang
mungkin boleh berlaku jika mereka datang lewat. Secara tidak langsung dapat melatih
para guru pelatih untuk sentiasa menepati masa apabila keluar mengajar kelak.





Kelemahan program yang seterusnya ialah dari segi pelaksanaannya yang tidak
begitu teratur dan strategik. Pihak-pihak terbabit iaitu para guru pelatih sewajarnya
mengambil tindakan dan melaksanakan persiapan lebih awal agar sebarang kesulitan
tidak berlaku.Kemudian, pihak pengurusan juga sewajarnya perlu sentiasa peka
dengan sebarang masalah yang berlaku dan mengambil inisiatif lain bagi mengatasi
masalah tersebut. Kesimpulannya, program ceramah seumpama ini harus dijalankan
kerana memberi banyak manfaat kepada guru pelatih untuk keluar sebagai seorang
bakal pendidik yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Adalah wajar juga sekiranya
program ceramah ini dijalankan sebagai satu bentuk cara untuk mendidik bakal guru.
Saya berharap agar segala ilmu yang saya perolehi ini dapat dipraktikan kelak apabila
saya menjadi guru nanti.






















CHE NOR AFIZAH BINTI CHE ZAIN
911111-02-5436

Anda mungkin juga menyukai