Anda di halaman 1dari 8

PERUNDINGAN

Perundingan merupakan satu proses yang dilakukan untuk mencapai kata sepakat
untuk menyelesaikan konflik atau menerima dan menolak sesuatu perkara yang melibatkan
dua pihak atau lebih. Menurut Caplan (1970), perundingan melibatkan ciri kesukarelaan, dan
perhubungan yang wujud antara dua professional itu tidak melibatkan perhubungan
berhierarki. Biasanya professional yang terlibat adalah berasal dari bidang yang berbeza,
seperti doktor, peguam, guru, pegawai polis, pegawai kebajikan. Di samping itu, perundingan
bermatlamat untuk memperbaiki tugas yang dijalankan dan memperkembangkan kemahiran
sehingga ianya mampu menyelesaikan masalah yang serupa secara tersendiri pada masa
hadapan.
Dalam tugasan ini, kami juga melakukan perundingan dengan pihak yang terlibat iaitu
pemilik Rachma Enterprise. Perbincangan awal yang dilakukan adalah pada masa kami
memilih perniagaan ini sebagai subjek kepada tugasan ini. Pada peringkat awal, setiap ahli
kumpulan telah berbincang berkaitan pemilihan perniagaan untuk tugasan ini. Kami telah
menyenaraikan setiap idea-idea dari ahli kumpulan dan maklumat mula dikumpul. Setiap satu
kedai yang tersenarai diberikan rasional mengapa ia dipilih. Di akhir perbincangan, setiap ahli
kumpulan bersetuju untuk memilih Rachma Enterprise sebagai subjek tugasan.

Dua fasa perundingan dilakukan oleh kumpulan kami dengan pihak Rachma Enterprise iaitu
di peringkat permulaan dan pada peringkat menyatakan cadangan penambahbaikan terhadap
perniagaan Rachma. Proses perundingan adalah seperti berikut :
1) Proses Pertama Persediaan
Di peringkat persediaan, kami melakukan perbincangan antara ahli terlebih
dahulu tentang isu-isu yang akan diutarakan kepada pemilik syarikat. Setiap isu-isu
diteliti satu persatu terlebih dahulu samada ia akan dipersetujui atau tidak untuk
dirundingkan. Setiap isu yang dicadangkan berdasarkan apa yang dapat kami lakukan
dan kemungkinan pemilik tersebut dapat lakukan. Antara soalan-soalan berkaitan
dengan perundingan di peringkat ini adalah :
i)

Berapa lamakah perniagaan tuan/puan ditubuhkan?

ii)

Apakah servis yang ditawarkan?

iii)

Berapa ramai pekerja di yang terlibat?

iv)

Bagaimana pengagihan tugas dijalankan?

v)

Anggaran helai baju yang dijahit sebulan.

vi)

Bagaimanakah perekodan keluar masuk bahan mentah dibuat?

vii)

Bagaimanakah pendapatan dari servis tersebut direkodkan?


Sebelum perundingan dilakukan, kami juga mengenalpasti setiap kemungkinan

yang bakal berlaku sekiranya terdapat konflik. Kebanyakan perniagaan tidak terbuka
berkaitan dengan hal-hal rekod urusniaga yang dilakukan. Oleh itu, sebagai langkah
awal, kami menyediakan alasan-alasan yang munasabah untuk berunding dengan
pemilik supaya dibenarkan untuk melihat rekod-rekod tersebut.
Selain itu, kami juga menyusun taktik bagaimana untuk melakukan
perundingan supaya perniagaan ini memberikan keizinan untuk kami melakukan
tugasan berkaitan perniagaan tersebut. Taktik memujuk adalah salah satu daripada
taktik yang dirancangkan selain taktik mesra dan merendah diri dengan pemilik
perniagaan tersebut. Ini bagi memberikan keselesaan kepada pemilik untuk
meneruskan bekerjasama dengan kami.

2) Proses kedua Pengenalan


Proses perundingan yang kedua adalah peringkat pengenalan antara ahli
kumpulan kami dan pemilik perniagaan tersebut. Kami telah membuat temujanji
dengan pemilik perniagaan melalui panggilan telefon terlebih dahulu. Ini bagi
memberikan persediaan kepada pihak tersebut untuk menerima kehadiran. Melaui
panggilan telefon tersebut, kami telah memberikan pengenalan awal tentang tujuan
kami untuk bertemu pemilik perniagaan tersebut.
Setelah temujanji dibuat, perundingan telah dibuat antara pihak kami dan
pemilik perniagaan tersebut. Pada peringkat ini, kami memperkenalkan setiap anggota
kumpulan dan tujuan kami mengadakan temujanji tersebut. Dalam perbincangan
tersebut, nada suara yang digunakan adalah lebih kepada kooperatif iaitu bekerjasama.
Ini adalah untuk memberikan ruang kemesraan antara kedua-dua pihak supaya
perbincangan ini mendapat persetujuan bersama.
Melalui perundingan tersebut, kami telah mendapat kebenaran dari pemilik
kedai untuk menjadikan perniagaan Rachma Enterprise sebagai subjek dalam tugasan
kami. Kami telah menetapkan tarikh dan masa untuk melakukan perbincangan kedua
berkaitan dengan maklumat-maklumat dari perniagaan tersebut. Maklumat tersebut
akan diperolehi melalui soalan yang telah dirangka di peringkat persediaan.
Hasil dari perundingan pertama dengan Puan Seni iaitu pemilik Rachma
Enterprise, perundingan tersebut berjalan dengan lancan. Puan Seni memberikan
kerjasama yang baik dan tiada isu yang berbangkit.
3) Proses ketiga Permulaan
Perbincangan kedua dijalankan untuk memperolehi maklumat berkaitan
dengan perniagaan

Rachma

Enterprise.

Perbincangan

ini

adalah

mengikut

perancangan yang telah dibuat di peringkat persediaan iaitu menanyakan setiap soalan
yang disediakan. Persoalan adalah merangkumi setiap sudut perniagaan tersebut
daripada profil perniagaan, bahagian pemasaran, kewangan perniagan, bahagian
pengeluaran sumber manusia sehinggalah beberapa soalan berkaitan pasaran dan
persaingan.

Setiap maklumat yang diperolehi dari Rachma Enterprise ini akan dianalisis
untuk dibuat laporan dan merangka penambahbaikan. Untuk penambahbaikan yang
akan dilakukan, kami telah mendapat keizinan dari Puan Seni sendiri. Beliau
memberikan sepenuh kepercayaan untuk kami.
4) Proses keempat Intensifikasi
Di fasa ini, perundingan kedua telah dibuat dengan Puan Seni untuk
penambahbaikan. Setelah perbincangan dengan ahli kumpulan dibuat, persetujuan
dicapai. Puan Seni juga telah bersetuju dengan cadangan tersebut setelah beberapa
cadangan kami ditolak pada peringkat awal perundingan. Penambahbaikan akan
dilakukan pada bahagian pemasaran. Ini kerana, walaupun perniagaan ini sudah lama
bertapak di kawasan Tanjung Malim, namun ia dilihat kurang mendapat sambutan dari
pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ini disebabkan oleh kedudukan
perniagaan ini yang tidak strategik. Oleh itu, beberapa penambahbaikan telah
dirancang.
Antara perkara yang akan dijalankan adalah dengan membina laman niaga
melalui Facebook. Ia dibina untuk tujuan promosi dan kami telah menambah dan
menjemput rakan-rakan dari kalangan pelajar UPSI supaya turut sama mengikuti
Facebook Rachma Enterprise. Selain itu, banting dan risalah juga akan dibuat. Banting
akan digantung di hadapan kedai bagi membantu pelanggan untuk melihat kedai
tersebut. Risalah pula akan diedarkan di kawasan kampus Universiti Pendidikan
Sultan Idris untuk memperkenalkan perniagaan Rachma kepada pelajar-pelajar baru.
5) Proses kelima Penutup

Bagi proses terakhir iaitu penutup, kami telah menunjukkan kepada Puan Seni
risalah, banting serta Facebook yang dibina untuk mendapat ulasan beliau. Hasil dari
perbincangan tersebut, Puan Seni berpuas hati dan berterima kasih kepada kami
kerana membantu beliau dari segi pemasaran. Setelah itu, risalah telah diedarkan
kepada pelajar UPSI dan banting telah digantungkan dihadapan kedai beliau.

PERLAKSANAAN AKTIVITI
Beberapa aktiviti telah dijalankan bagi menambahbaik bahagian pemasaran perniagaan
Rachma Enterprise. Antaranya adalah membina laman Facebook, membuat banting dan
mengedarkan risalah. Cadangan-cadangan ini telah dipersetujui oleh Puan Seni selaku pemilik
perniagaan ini. Ini hasil dari perbincangan dan perundingan kumpulan kami dengan beliau
selepas perancangan penambahbaikan dibuat.
Laman Facebook yang dibina oleh kami telah mendapat pengikut melebihi 200 orang
dan rata-rata pengikut tersebut adalah daripada pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Objektif kami juga adalah untuk mengumpul dan memperkenalkan perniagaan Rachma ini
kepada pelajar-pelajar kerana biarpun Rachma sendiri telah mempunyai ramai pelanggan,
namun begitu kebanyakkan pelanggan Puan Seni adalah dari golongan pelajar. Kami
menggunakan inisiatif Facebook kerana pada masa sekarang Facebook adalah satu saluran
media yang paling cepat untuk menyampaikan maklumat.
Selain itu, kami juga telah mengedarkan mencetak lebih 100 keping risalah untuk
diedarkan kepada pelajar UPSI. Kami telah mengedarkan risalah ini di Kampus Baru (Proton
City), Pintu Timur dan beberapa kolej dan kediaman luar kampus. Ini adalah cara paling
pantas untuk memberikan pengenalan dan seterusnya memberikan penerangan tentang
perniagaan Rachma ini.
Banting juga dibuat untuk memudahkan pelanggan mengenal pasti perniagaan
tersebut. Banting digantung dihadapan kedai Rachma. Respon dari kebanyakan pelanggan,
mereka menyatakan bahawa satu kelemahan perniagaan ini adalah kedudukan lokasi kedai
yang agak kurang menyerlah dan terlindung. Oleh itu, satu usaha yang dapat kami lakukan
adalah dengan membuat banting dan menggantungkan di hadapan kedai Rachma.
Beberapa cadangan kami telah ditolak oleh Puan Seni, antaranya ialah membuat tag
untuk setiap baju. Menurut Puan Seni, tag tersebut akan merumitkan proses jahitan kerana
pelanggan kebanyakan memberikan masa-masa tertentu untuk menyiapkan tempahan. Tag
tersebut akan melambatkan proses jahitan. Selain itu, cadangan untuk mengadakan boothbooth jualan di carnival jualan sekitar UPSI juga ditolak memandangkan beliau kekurangan
kakitangan untuk menyiapkan tempahan.

REFLEKSI
Hasil dari tugasan ini, banyak perkara-perkara yang dipelajari terutamanya dalam
melakukan perundingan dengan pihak kedua dan ketiga. Pengalaman melalui tugasan ini juga
boleh membantu kami dalam menempuhi alam pekerjaan kelak. Kami juga mengetahui caracara untuk mencapai persetujuan dengan pihak Rachma Enterprise melalui perundingan yang
dibuat. Melalui proses perundingan ini, setiap perundingan yang dibuat akan mencapai kata
sepakat dan tidak akan berlaku konflik antara pihak-pihak yang berunding.
Untuk mencapai perundingan yang baik, perlulah mengikut proses perundingan yang
betul. Persediaan perlua dilakukan sebelum memulakan perundingan. Apa yang kami belajar
dari perundingan ini adalah persediaan sebelum membuat perundingan dengan pihak Rachma.
Di peringkat ini, perbincangan antara ahli kumpulan telah membantu proses perundingan.
Idea dan cadangan yang diberikan oleh setiap ahli telah membantu tugasan ini. Kerjasama
adalah paling penting bagi menjalankan tugasan ini.
Selain itu, kerjasama dari Puan Seni juga telah banyak membantu kumpulan kami
untuk menyiapkan tugasan pada waktu yang dijanjikan. Ini juga adalah kerana proses
perundingan yang dijalankan telah mendapat persetujuan awal dari kedua-dua pihak. Ini bagi
mengelakkan berlakuk konflik sekiranya apa yang dipersetujui tidak dilakukan di proses
penutup.
Kami berharap supaya tugasan ini diteruskan lagi pada semester akan datang.
Perundingan Keusahawanan telah memberikan banyak pengalaman dan pengajaran serta
mengajar kami bagaimana untuk menjadi seorang perunding yang baik.

GAMBAR SOKONGAN

Anda mungkin juga menyukai