Anda di halaman 1dari 5

1.

1 PENGENALAN

Proses komunikasi perundingan merupakan satu proses interaksi yang wujud antara dua
pihak yang mana melibatkan satu proses tawar menawar dalam usaha untuk
mengurangkan jurang perbezaan dan menyelesaikan sesuatu masalah yang wujud dalam
sesebuah organisasi. Tujuan perundingan dilakukan adalah untuk mengurangkan sesuatu
konflik yang berlaku dengan memudahkan permuafakatan dapat dicapai oleh kedua-dua
belah pihak untuk mencapai sesuatu matlamat sesebuah organisasi.

Menurut CS Mustaffa (2005), perundingan merupakan satu aspek penting dalam


pengurusan serta peranan komunikasi yang berkesan sebagai suatu bentuk elemen bagi
mencapai persetujuan bersama. Hal ini kerana, kemahiran berkomunikasi dengan
berkesan antara kedua belah pihak akan memudah cara proses perbincangan serta
menjadi satu titik tolak kejayaan dalam rundingan tersebut.

Dalam proses perundingan yang dijalankan akan membantu menyelesaikan sebarang


permasalahan yang wujud serta mencetus idea-idea yang baru untuk memajukan
organisasi tersebut. Perancangan statergi perundingan yang baik akan memberikan satu
kelebihan kepada organisasi dalam persaingan pemasaran yang sihat dengan pencabar
yang lain.

Dalam penulisan ini, penulis akan menceritakan pengalaman yang diperolehi semasa
melakukan proses perundingan dengan sebuah organisasi yang mana telah bertapak di
negeri Perlis, Malaysia selama 40 tahun lamanya. Proses ini akan dilalui oleh penulis
sendiri dalam perundingan perniagaan untuk mencari kepuasan hati pelanggan untuk
memilih perkhidmatan yang ditawarkan dalam perniagaan peruncit serta pemborong di
kawasan sekitar Perlis.

1
2.0 LATAR BELAKANG RUNDINGAN

Bagi tujuan eksperimentasi dan pengalaman tugasan ini, penulis telah memilih untuk
mengadakan rundingan dengan seorang peruncit serta pemborong sebuah kedai
serbaneka iaitu Pasaraya Karim yang terletaknya di kampung Guar Ujong Batu, Utan Aji
Kangar, Perlis. Menurut pemilik yang terkini, iaitu Afiqah Kartikah Jeffry berumur 28
tahun, perniagaan ini adalah tradisi turun temurun yang mana beliau merupakan generasi
yang ke-3 semenjak mengambil alih daripada ayahnya pada tahun 2018. Beliau
merupakan lepasan pelajar daripada Universiti Serdang, Selangor pada tahun 2014 dalam
program Bacelor Pentadbiran Perniagaan. Pada permulaan mengambil alih, beliau pernah
mengikuti satu kursus yang ditawarkan kepada peniaga-peniaga kecil oleh kerajaan
Malaysia SME Corp yang mana bertujuan untuk membantu untuk meningkatkan daya
saing untuk perusahaan kecil dan sederhana pada tahun 2018. Program ini memberikan
geran yang bernilai lebih kurang Rm100,000.00 untuk tujuan membantu peniaga kecil
serta sederhana mampu untuk berdaya saing mengikut keadaan persekitaran yang
kompetitif.

Pada permulaan perniagaan hanya menumpukan kepada menawarkan barang-barang


keperluan asas sahaja. Namum sejajar dengan kemajuan teknologi pada masa kini serta
persaiangan perniagaan yang tumbuh bagai “Cendawan selepas hujan”, pengubahsuaian
mula dilakukan dengan berkembang bertindak sebagai pemborong yang membekalkan
barangan kepada pihak kantin sekolah yang terpilih, agensi kerajaan, restoran dan
peruncit kecil-kecilan. Oleh hal sedemikian, beliau telah menambah bilangan pekerja
yang sedia ada (10) orang kepada (15) orang untuk memudahkan proses saluran kerja
dijalankan dengan baik.

Sebelum rundingan dilakukan antara penulis dengan pemilik kedai tersebut, penulis telah
merangka beberapa startegi pemasaran agar proses rundingan berjaya menemui kejayaan.
Dalam proses rundingan selalunya akan wujud sesuatu konflik atau percanggahan
pendapat yang sukar diterima ataupun persetujuan yang membawa keuntungan kepada

2
kedua-dua belah pihak. Oleh itu, penting untuk penulis lebih mengenali sifat serta sikap
seseorang yang bakal dirunding agar dapat memberikan manfaat kepada rundingan.

Perundingan yang dilakukan harus mengenal pasti objektif yang ditetapkan dengan
mengambil kira isu-isu semasa serta tujuan utama rundingan dilakukan. Hal ini kerana
sekiranya rundingan yang dilakukan tidak mempunyai misi serta visi yang jelas antara
penulis dan pemilik perniagaan maka matlamat utama rundingan disifatkan akan gagal.

3.0 PENGALAMAN DAN PENGAJARAN

Komunikasi antara dua hala yang dijalankan antara penulis dan pemilik perniagaan perlu
jelas serta mempunyai sikap yang jujur semasa rundingan dijalankan. Dalam cabaran
freebies ini membolehkan penulis melihat keberkesanan komunikasi merupakan senjata
utama untuk memujuk pemilik kedai supaya sudi untuk berkongsi pengalaman serta
menceritakan kesukaran yang pernah dilalui untuk menguruskan perniagaan. Dalam
proses rundingan ini, aspek kepercayaan merupakan elemen yang penting untuk
perkongsian maklumat serta perbincangan konflik yang wujud dalam organisasi untuk
mencari jalan penyelesaian. Sekiranya, tiada kepercayaan antara kedua-dua belah pihak
maka rundingan yang dilakukan akan menghadapi kegagalan.

Dalam proses rundingan awal yang dilakukan, penulis telah mengambil pendekatan
rundingan perlakuan. Rundingan perlakuan ini memberikan fokus kepada aspek tingkah
laku seseorang serta trait personaliti perunding yang mana akan menentukan faktor
kejayaan kepada perundingan tersebut. Mengenali seseorang dari luaran serta dalaman itu
amat penting sebelum perbincangan serta perkongsian pendapat dijalankan.

Penulis juga mengambil pendekatan dengan kaedah pemujukan secara lisan (verbal) dan
bukan lisan (non-verbal) terhadap Puan Afiqah. Semasa proses rundingan dilakukan,
penulis telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk membentuk kepercayaan
terhadap penulis. Penulis juga memberikan penerangan yang jelas berkaitan perundingan

3
yang dijalankan tidak akan memberikan kesan-kesan yang negetif kepada perniagaan
malah akan memberikan impak yang positif dalam mempromosikan perniagaan beliau.

Malahan itu, penulis mendapat reaksi yang positif apabila pemilik bersetuju untuk
melakukan rundingan serta berbincang mengenai kehendak penulis untuk mendapatkan
barangan “freebies” daripada kedainya. Impak yang positif ini memberikan satu
keyakinan kepada penulis yang mana membalasnya dengan senyuman kepada pemilik
bahawa rundingan di peringkat awal ini mencapai keberkesanan.

Dalam proses rundingan ini, penulis menerapkan intipati yang mana telah dipelajari
sepanjang tempoh pembelajaran mengenai komunikasi perundingan yang mana akan
melibatkan lima tahap analisis atau pendekatan yang utama iaitu structural, startegik dan
prosesual, perlakuan dan integratif. Walaupun pada peringkat awal perundingan
dilakukan mengalami sedikit konflik, penulis juga menjelaskan misi yang utama dalam
perundingan ini dengan kaedah memujuk pemilik perniagaan sehingga berjaya
mendapatkan sampel percuma ‘Chocolate Coated Wafer jenama Zess’ daripada pemilik
sebagai tanda penghargaan kerana sikap kepercayaan kepada penulis yang tidak berputus
asa untuk berusaha untuk melakukan perundingan. Perkara ini mengambarkan bagaimana
proses komunikasi sebagai alat perantaraan yang berlaku antara penghantar dan
penerima.

4.0 KESIMPULAN

Hasil daripada pengalaman yang dilalui oleh penulis sendiri dalam tugasan ini,
kesimpulan hasil daripada analisis ini mendapati bahawa proses perundingan bukanlah
bertujuan untuk memenangkan mana-mana pihak atau menguntungkan mana-mana pihak
namum proses ini mengambarkan mencari titik persamaan atau penyelesaian masalah
atau konflik yang berlaku. Perkara ini mengambarkan keperluan serta kehendak dapat
dicapai oleh kedua-dua belah pihak.

4
Secara dasarnya, proses perundingan ini bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan
keyakinan serta kepercayaan antara kedua-dua belah pihak. Perunding akan mengenal
pasti isu-isu serta cabaran yang akan dihadapi kepada pihak yang berunding. Perkara
tersebut akan dijadikan sebagai proses tawar-menawar untuk menyokong hujah masing-
masing.

Oleh itu, dapat dilihat dua komponen utama dalam proses rundingan ini perlu mempunyai
dua aspek iaitu interaksi dan matlamat utama. Kedua-dua aspek ini menunjukkan elemen
yang penting dalam melakukan proses komunikasi dalam perundingan. Pemahaman ini
dapat mengurangkan konflik antara kedua-dua belah pihak serta membolehkan mencapai
kesepakatan bersama.

5.0 RUJUKAN

1.1 Rc Omar, J Kaur. (2017). Penggunaan Startegi Komunikasi Dalam Rutin Perundingan.

1.2 CS Mustaffa. (2015). Pemilihan Startegi Dalam Komunikasi Perundingan.

1.3 Pruitt, D.G. (2013). Negotiation Behavior. Academic Press.

1.4 Stewart,J.,&D’Angelo,G.(1980). Together: Comumunicating Interpersonally (2nd ed).

Reading, MA: Addison-Welsey.

Anda mungkin juga menyukai