Anda di halaman 1dari 5

a) Huraikan berserta contoh, LIMA (5) nilai kepimpinan yang boleh ditunjukkan oleh seseorang Ketua Jabatan untuk

mengelakkan dirinya daripada berlaku tidak adil kepada kakitangannya. Kepimpinan merupakan unsur penting dalam sebuah organisasi formal. Menurut kamus dewan(2002), kepimpinan ialah keupayaan untuk untuk memimpin. Setiap pemimpin perlu ada nilai kepimpinan dalam dirinya agar kepimpinannya bersifat efektif dan efisien untuk mencapai matlamat yang telah ditentukan.Nilai-nilai tersebut ibarat roh pemimpin yang membuat seseorang mampu menjalankan kepemimpinannya dengan baik . Seorang pemimpin sesebuah jabatan perlu mengelakkan dirinya berlaku tidak adil terhadap semua kakitangannya. Terdapat beberapa nilai kepimpinan yang boleh ditunjukkan pemimpin tersebut. Nilai kepimpimpinan yang pertama ialah adil. Adil bermaksud memberikan kepada yang berhak akan haknya mengikut kadar masing-masing. Sebagai seorang ketua jabatan yang adil, pemimpin tersebut mestilah adil dengan memilih individu yang benar-benar layak dan berkebolehan sahaja. Contohnya dalam memilih kakitangan yang layak dinaikkan pangkat. Ketua jabatan tersebut mestilah memilih kakitangan yang benar-benar layak untuk menyandang jawatan tersebut

berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh kakitangan tersebut. Begitu juga dalam memberi penilaian terhadap semua kakitangan jabatan. Beliau mestilah mestilah bersikap adil dan tidak berat sebelah. Sebagai ketua jabatan tidak boleh memberi penilaian yang baik kepada orang-orang yang rapat sahaja. Seterusnya, nilai kepimpinan yang perlu ada dalam diri seorang ketua jabatan ialah berani. Berani bermaksud mempunyai hati yang mantap dan rasa percaya diri yang benar dalam menghadapi sebarang kesulitan. Seorang ketua jabatan dikategorikan sebagai berani apabila menegakkan keadilan mengikut prinsip yang benar dan berpegang teguh kepada peraturan yang ditetapkan tanpa berpihak kepada mana-mana pihak. Andaikan salah seorang daripada kakitangannya dituduh melakukan sesuatu tanpa bukti, ketua jabatan tersebut berani menegakkan kebenaran bagi pihak kakitangannya. Selain itu, seorang ketua jabatan mesti memiliki nilai syura. Syura bermaksud satu peraturan untuk meneliti mesyuarat dan memeriksa pendapat orang lain serta menyatukan pendapat-pendapat untuk mendapatkan petunjuk. Amalan syura perlu 1

sentiasa diamalkan oleh ketua jabatan untuk mendengar pendapat dan berbincang dengan kakitangan mengenai sesuatu perkara. Dalam perbincangan inilah setiap ahli menimbang segala yang telah dibincangkan dan akhirnya dapat membuat keputusan. Setiap oleh yang terlibat dalam syura ini dapat mengeluarkan pendapat masing-masing mengenai sesuatu isu yang dibincangkan. Jadi, kakitangan tidak boleh mempertikaikan segala keputusan yang telah diputuskan oleh ketua jabatan memandangkan semuanya telah dibincang secara bersama. Nilai kepimpinan yang berikutnya ialah bertangungjawab. Seorang pemimpin harus memikul tanggung jawab untuk menjalankan misi dan mandat yang dipercayakan kepadanya. Pemimpin harus bertanggungjawab atas apa sahaja yang berada dalam organisasi supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Ketua Jabatan harus memiliki keberanian untuk bertanggung jawab atas tindakan yang telah dilakukan dan mengambil risiko atau pengorbanan untuk kepentingan organisasi dan kakitangannya. Ketua Jabatan tidak boleh hanya mengharapkan kakitangannya sahaja memahami erti tanggungjawab. Dia sendiri perlu menunjukkan tanggungjwabnya terhadap kakitangannya. Baharulah kakitangan akan merasa dihargai dan dilindungi oleh ketua mereka. Seterusnya, nilai kebijaksanaan wajib ada dalam diri Ketua Jabatan. Kebijaksanaan (wisdom) merupakan kearifan seorang pemimpin dalam memutuskan sesuatu sehingga keputusannya adil dan bijaksana. Seperti yang kita sedia maklum, pemimpin sering kali berhadapan dengan keadaan yang sukar untuk membuat keputusan. Beliau perlu bijak menyelesaikan sesuatu masalah kerana keputusan ketua akan mempengaruhi keseluruhan organisasi. Jika berlaku pertelingkahan antara kakitangannya, Ketua Jabatan perlu bersikap bijak menyelesaikan perkara tersebut supaya tidak berlaku perkara yang lebih buruk. Penyelesaian yang diambil mestilah tidak menyebelahi mana-mana pihak sebaliknya memberi kebaikan kepada pihak yang terbabit. Pemimpin perlu bijak mengaplikasikan win-win situation. Nilai kepimpinan yang ditunjukkan oleh seorang Ketua Jabatan sedikit sebanyak memberi gambaran terhadap sesebuah organisasi tersebut. Nilai yang ada pada pemimpin inilah yang menyebabkan kakitangan hormat kepada pemimpin kerana terasa aura yang hadir dalam pemimpin tersebut.

b) Merujuk contoh yang releven, jelaskan LIMA(5) nilai peribadi yang asas yang perlu ada pada seseorang Ketua Jabatan, dan nyatakan kesannya terhadap organisasi yang dipimpinnya. Nilai didefinisikan sebagai norma moral yang jadi pegangan seseorang atau sesuatu kelompok dalam mengatur tingkah lakunya. Ia juga dianggap sebagai pegangan yang mendorong seseorang atau organisasi untuk bertindak. Ia merupakan rangka tanggapan yang membentuk dan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Secara mudahnya ia boleh dikatakan sebagai suatu kepercayaan untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama yang menjadi pegangan seseorang atau sesuatu. Seorang ketua jabatan mestilah mempunyai nilai peribadi asas yang baik untuk menerajui tampuk kepimpinannya. Nilai yang mesti dimiliki oleh seorang ketua jabatan ialah amanah. Amanah boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang diberi kepercayaan kepada orang lain untuk dilaksanakan. Seorang dikatakan sebagai amanah dengan tidak menyeleweng, boleh dipercayai sama ada dalam menjalankan tugas atau memegang rahsia. Orang yang amanah turut melaksanakan semua urusan yang dipertanggung jawab ke atasnya sebaik mungkin. Contoh orang yang amanah ialan seorang ketua jabatan yang telah diamanahkan memegang sejumlah wang yang banyak tetapi dia tidak

membelanjakannya untuk urusan peribadinya. Kesan nilai amanah terhadap organisasi ialah sentiasa mendapat kepercayaan daripada pihak-pihak yang bekerjasama dengan jabatan tersebut. Nilai yang berikutnya ialah ialah berdedikasi. Dedikasi bermaksud pembaktian seseorang melaksanakan tugas dengan sempurna. Seorang pemimpin perlulah menunjukkan sifat dedikasinya terhadap sesuatu yang dilakukan supaya menjadi contoh yang baik terhadap orang bawahannya. Hal ini kerana kakitangan sentiasa memerhatikan ketua mereka. Jika ketuanya bersifat positif, maka sifat positif tersebut akan merebak ke seluruh organisasi. Apabila orang lain melihat sifat pemimpin tersebut sangat berdedikasi, ia akan memberi impak yang sangat positif terhadap organisasi yang diterajui olehnya. Selain itu, ketua jabatan juga mesti memiliki sifat bekerjasama. Bekerjasama ialah sikap saling menolong antara satu sama lain atau semangat kerjasama sebagai satu pasukan. Nilai kerjasama sangat penting dalam sesebuah organisasi kerana 3

idea-idea yang diperoleh secara berkumpulan adalah lebih bernas, mantap dan jitu ke arah mencapai kejayaan sesuatu organisasi. Ketua Jabatan yang mengamalkan nilai kerjasama akan mewujudkan organisasi yang bersatu padu dan mempunyai ikatan yang kukuh antara satu sama lain kerana setiap kakikatangan berasa dihargai apabila setiap pandangan dan pendapat mereka akan didengar untuk membuat keputusan. Seterusnya, nilai sederhana juga perlu ada pada seorang ketua jabatan. Seseorang ketua jabatan boleh mengamalkan kesederhanaan dalam menetapkan peraturan ataupun dari segi kelakuan seperti pertuturan, pakaian, tindakan dan tingkah laku. Contoh Ketua Jabatan yang sederhana ialah sentiasa menerima pendapat dan pandangan orang lain. Ketua jabatan yang sederhana juga tidak bongkak atas kuasa yang dimiliki dan sentiasa bertegur sapa dengan kakitangan dengan nada suara yang bersesuaian. Jika seoarang Ketua Jabatan mengamalkan nilai ini, maka semua kakitangannya berasa selesa untuk berdamping dengan Ketua Jabatan sekaligus menimbulkan suasana yang harmoni antara ketua jabatan dan kakitangannya. Nilai peribadi asas yang berikutnya perlu ada pada Ketua Jabatan ialah tegas. Sifat tegas perlu ada dalam diri Ketua Jabatan supaya sentiasa dihormati oleh kakitangannya. Seorang Ketua Jabatan yang tegas akan sentiasa jelas dengan apa yang dimahukan daripada organisasi yang dipimpinnya. Sebagai contoh, peraturan yang telah ditetapkan di sebuah organisasi ialah semua mesti datang sebelum jam 8 pagi. Apabila mana-mana kakitangan yang sering melanggar peraturan tersebut akan dikenakan tindakan yang sewajarnya. Namun, ketegasan tidak boleh dilaksanakan secara membabi buta. Apabila Ketua Jabatan bersifat tegas, maka kakitangan di bawahnya akan berasa hormat terhadap ketuanya. Kakitangan organisasi yang dipimpinnya juga akan menjadi lebih berdisiplin dan mengikut peraturan. Sebenarnya, terdapat banyak lagi nilai yang patut ada dalam diri seorang Ketua Jabatan. Untuk memimpin orang lain, seseorang itu perlulah memiliki nilai peribadi yang positif. Kesimpulannya, nilai-nilai peribadi asas yang dimiliki oleh seorang Ketua Jabatan akan memberi kesan yang positif kepada organisasi yang diterajuinya. 4

RUJUKAN

Buku 1. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah (2010). Asas kepimpinan dan perkembangan profesional guru. Oxford Fajar. Shah Alam 2. Rashda Awang Zainal Abidin, Normah Abdul Aziz, Haliza Hamzah, Hadiyaton Mohd. Amin (2006). Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. Selangor.

Laman Sesawang 1. Siti Nasiah. (2011). Mengembangkan Nilai Nilai Kepemimpinan Kepala Sekolah Pada Sekolah Bertaraf Internasional (SBI). http://filsafatsiah.blogspot.com/2011/12/mengembangkan-nilai-nilaikepemimpinan.html Diakses pada 12 Oktober 2012.

2. Shuhmy. (2007). Pemimpin Dan Leadership. http://shuhmy.multiply.com/journal/item/101?&show_interstitial=1&u= %2Fjournal %2Fitem Diakses pada 12 Oktober 2012.

3. Mohd Norizwan Sulaiman. (2009). Etika dan Nilai. http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/10/etika-dannilai.html Diakses pada 15 Oktober 2012.

Anda mungkin juga menyukai