Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN BAHASA MELAYU ( CIRI-CIRI PEKERJA CEMERLANG )

TEMA : PEKERJA CEMERLANG

ISU : CIRI- CIRI

KEHENDAK SOALAN : PENDAPAT ANDA

KATA FORMAT : HURAIKAN

Era ledakan teknologi ini memperlihatkan kepesatan permintaan pekerjaan semakin tinggi
disebabkan kekurangan peluang pekerjaan yang ditawarkan di dalam negara.Hal ini menyebabkan
ramai individu yang tidak memperoleh pekerjaan tidak mempunyai pendapatan yang tetap
mendorong kearah peningkatan peratusan pengangguran di Malaysia .Perkara ini berkait rapat
dengan prestasi seseorang pekerja dalam menjalankan tanggungjawab dan kerja supaya tidak
dipecat oleh majikan .Seseorang pekerja seharusnya menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik
mungkin kerana pekerjaan pada zaman atom ini amat sukar diperolehi .Mereka seharusnya
mengimplementasikan ciri-ciri pekerja cemerlang dalam meningkatkan prestasi pekerjaan yang
lebih komprehensif dan efisien .Perkara ini pernah diutarakan oleh Menteri Sumber Manusia , YB
Datuk Seri Saravanan A/L Murugan yang pernah menyatakan bahawa sektor pekerjaan pada era
global ini amat sukar diperolehi justeru, pekerja-pekerja dari semua sektor pekerjaan hendaklah
bersaing secara sihat dalam meningkatkan produktiviti dalam bekerja .Mereka seharusnya bekerja
dengan memiliki ciri-ciri pekerja cemerlang supaya dipandang tinggi dalam komuniti
masyarakat .Oleh itu , apakah ciri-ciri pekerja cemerlang yang dapat diaplikasikan agar mereka dapat
mecapai objektif pelaksanaan yang lebih berkesan ?

Pada pendapat saya . antara ciri-ciri pekerja cemerlang adalah dengan kerja berpasukan antara
anggota kerja .Hal ini demikian kerana ,menjalankan kerja secara berpasukan merupakan satu
keputusan yang tepat kerana sesuatu tugasan dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan
pantas .Perkara ini boleh dibuktikan kerana penyelesaian secara berkumpulan lebih efektif dan tidak
memerlukan banyak waktu untuk menyelesaikannya .Mereka boleh membahagikan tugas yang
diberi oleh majikan kepada beberapa kumpulan .Perkara ini dapat meningkatkan produktiviti dalam
bekerja disamping dapat mengeratkan ukhuwah antara ahli sekerja .Situasi amat bertepatan dengan
peribahasa melayu , bulat air kerana pembetung ,bulat manusia kerana muafakat.Permuafakatan
yang dibina dalam komuniti sekerja menjamin kearah kemajuan sesebuah organisasi untuk
mencapai misi dan visi mereka.Menurut kata-kata Mantan Menteri Pendidikan Negara , Dato’ Dr
Maszlee bin Malik pernah menyatakan bahawa di dalam institusi pendidikan juga amat
menitikberatkan kerja berpasukan terutamanya dalam komuniti guru dan juga pelajar
sekolah .Contohnya , guru memberikan tugasan kepada pelajar yang dilakukan secara berpasukan
atau berkumpulan dapat memberi lebih banyak manfaat kepada pelajar untuk menjadi pelajar
cemerlang di sekolah .Justeru,sudah terang lagi bersuluh bahawa melakukan kerja secara
berkumpulan merupakan wadah terbaik untuk menjadi pekerja yang cemerlang dalam segala aspek .
Selain itu , aspek disiplin perlu dititikberatkan dalam pekerjaan .Hal ini demikian kerana,seseorang
pekerja seharusnya memiliki disiplin dalam mengurus masa untuk menghadirkan diri ke tempat kerja
.Pekerja seharusnya datang lebih awal ke tempat kerja supaya masa yang terluang dapat diisikan
dengan tugasan yang tidak dilengkapkan lagi. Pekerja yang datang awal ke tempat kerja juga
mendapat kelebihan untuk menyiapkan diri untuk menghadiri mesyuarat atau perjumpaan sekali gus
menunjukkan keperibadian yang luhur dalam melaksanakan tugas.Pekerja juga seharusnya
berdisplin dalam berpakaian .Hal ini kerana keterampilan seseorang juga perlu dititikberatkan dalam
usaha menjadi pekerja cemerlang . Para pekerja seharusnya berpakaian kemas dan menjaga tatacara
berpakaian ketika berada di pejabat atau tempat awam .Hal ini melambangkan inisiatif seseorang
dalam menjaga keterampilan diri dalam bekerja. Pengusaha syarikat jualan atas talian AliBaba , Jack
Ma pernah menyatakan bahawa kecemerlangan sesorang pekerja bukan terletak pada darjat atau
pangkat tetapi terletak pada ciri-ciri cemerlang dalam seseorang pekerja termasuklah berdisiplin.
Tegasnya , aspek disiplin merupakan perkara yang penting untuk menjadi pekerja yang memiliki
keperibadian holistik dalam mendepani cabaran ekonomi pada masa ini.

Seterusnya , pekerja yang cemerlang seharusnya bijak menyelesaikan masalah dalam


bekerja .Hal ini demikian kerana , ciri-ciri pekerja sedemikian yang diperlukan dalam sesebuah
komuniti kerja untuk mempercepatkan kerja yang dilakukan . Pekerja yang bijak menyelesaikan
masalah selalunya mempunyai pelbagai solusi dalam mengatasi permasalahan yang dihadapi
menunjukkan mereka mempunyai cara bekerja yang yang lebih efektif dan berkesan .Kebanyakan
pekerja yang bijak dalam menyelesaikan masalah adalah dalam kalangan pekerja yang mempunyai
pengalaman meluas dalam sesuatu bidang pekerjaan .Mereka mewujudkan pelbagai inovasi untuk
mempercepatkan kerja yang dilakukan di samping dapat menjimatkan masa yang diperlukan untuk
menyiapkan kerja yang diberi.Bukan itu sahaja , setiap pekerja sememangnya perlu memiliki cara
yang bijak untuk memudahkan mereka menyiapakan tugasan yang diberi oleh majikan .Menurut
kata-kata Menteri Pembangunan Wanita ,Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Binti Mohd
Harun pernah menyatakan bahawa setiap individu di dalam komuniti masyarakat perlu memiliki sifat
bijak dalam melakukan inovasi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kerana lebih banyak
cabaran perlu ditempuhi lebih-lebih lagi dalam tahun 2020 ini . Justeru , sudah terang lagi bersuluh
bahawa setiap pekerja seharusnya memiliki sifat bijak dalam menyelesaikan masalah supaya segala
permaslahan yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah.

Bukan itu sahaja, sejajar dengan arus pemodenan semasa , seseorang pekerja seharusnya mahir
dalam menggunakan teknologi terkini yang memerlukan kemahiran yang cekap dalam
mengendalikannya.Hal ini demikian kerana , perkembangan pesat dalam bidang teknologi
menyebabkan banyak perkara perlu diasah dalam mengukuhkan penguasaan terhadap kemajuan
teknologi .Contohnya , kemajuan dlam bidang komunikasi seperti telefon pintar memerlukan
penggunanya untuk mahir dalam cara menggunanya . Perkara ini boleh dikaitkan dengan situasi
semasa sekarang dimana virus covid-19 semakin merebak dan kebanyakan pekerja bekerja dari
rumah . Hal ini jelas menunjukkan seseorang pekerja seharusnya mahir dalam penggunaan aplikasi
Google Meet untuk menghadiri mesyuarat atau sebagainya .Mereka juga seharusnya memanfaatkan
penggunaan teknologi untuk mempercepatkan penghasilan kerja supaya kerja yang dihasilkan lebih
bermutu tinggi dan berkualiti .Jelasnya, kemahiran dalam menggunakan teknologi terkini seharusnya
dititikberatkan untuk menjadi pelajar yang holistik dalam segala aspek.

Konklusinya , semua ciri yang dinyatakan di atas seharusnya diiplementasikan dalam diri setiap
pekerja untuk menjadi pekerja yang cemerlang dalam segala bidang .Para pekerja seharusnya
mengambil langkah drastik untuk mengubah attitud di dalam diri untuk menjadi pekerja yang
cemerlang .Pihak kerajaan seharusnya mengadakan pelbagai kempen untuk memberi dorongan
kepada pekerja-pekerja dari pelbagai latar belakang kerja yang berbeza untuk sentiasa berusaha
menjadi pekerja yang cemerlang.Majikan dari setiap syarikat seharusnya mengadakan anugerah
kepada pekerja yang cemerlang dalam melaksanakan tugas untuk memberi penghargaan kepada
mereka diatas kebijaksanaan mereka menyelesaikan masalah . Semua langkah yang dilakukan
diharap dapat menjadi pembakar semangat kepada pekerja untuk menjadi yang lebih baik daripada
dahulu.Pekerja yang cemerlang juga dapat meningkatkan ekonomi negara di samping dapat menjadi
contoh kepada pekerja lain.Semua pihak diharap dapat berganding bahu untuk mencapai objektif
negara untuk melahirkan pekerja-pekerja yang cemerlang dalam segala aspek.

Anda mungkin juga menyukai