Anda di halaman 1dari 2

Kriteria Pekerja yang Diingini Majikan

Hidup memerlukan pengorbanan manakala pengorbanan memerlukan perjuangan dan


perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula
menentukan kejayaan dan kejayaan akan menentukan kebahagiaan. Mutiara kata ini
menjelaskan kita bahawa setiap kejayaan manis itu bertitik tolak daripada usaha yang luar
biasa. Memetik kata – kata yang amat berhormat (Y.A.B), Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku
Perdana Menteri Malaysia ada menyatakan bahawa kejayaan seseorang adalah berlandaskan
keperibadian yang unggul bertunjangkan kepada akhlak yang terpuji dalam pelbagai
perspektif. Sejak kebelakangan ini, sejenak individu tidak menggabungjalinkan elemen dalam
mengadaptasi intelektual dan keterampilan diri sendiri. Rentetan senario itu, individu ini akan
menikam sanubari diri sendiri kerana realitI kini intelektual dan keterampilan yang terpuji
merupakan simbiosis dalam menggapai kejayaan dalam apa – apa bidang pekerjaan .
Persoalannya di sini apakah elemen kriteria pekerja yang diinginkan oleh seseorang insan
yang bergelar sebagai Majikan? tepuk dada, tanyalah selera.

Bagi membuka tirai perbincangan, cekap berkomunikasi merupakan antara kriteria yang
digemari oleh majikan dalam menggalas obligasi sebagai seorang pekerja yang berintergriti.
Kemahiran berkomunikasi merupakan kemahiran seseorang menukilkan kata – kata dengan
petah dan lancar. Sebagai contoh, apabila sesorang pekerja ditugaskan untuk membentangkan
dan seterusnya menghuraikan sesuatu perkara, pekerja tersebut dapat melaksanakannya
dengan penuh berkeyakinan. Tambahan pula. Pekerja juga dapat mengeluarkan hujah dan
pendapat yang matang. Perkara ini memainkan peranan yang amat signifikan kerana dengan
wujudnya kemahiran berkomunikasi sesorang itu akan lebih yakin dalam menguruskan
pekerjaanna dengan efisien. Oleh hal yang demikian, tiada kemusykilan timbul sekiranya
pekerja tersebut bijak dalam menerangkan sesuatu aspek . Hal ini amat berkait rapat dengan
peribahasa condong ditumpil, lemah dianduh. Kemahiran berkomunikasi yang baik juga
melambangkan keperibadian dan tatasusila yang terpuji. Sudah terang lagi bersuluh, cekap
berkomunikasi merupakan kriteria dominan yang menjadi daya tarikan pekerja yang diingini
oleh seorang majikan.

Indikator seterusnya, kriteria pekerja yang diinginkan oleh majikan ialah seseorang yang
celik dalam teknologi. Kemahiran teknologi merupakan keupayaan sesorang merancang
strategi berteraskan minda kreatif, inovatif dan kritis. Dalam menerajui perkembengan era
globalisasi yang semakin pesat, semua majikan mengharapkan seseorang yang celik dalam
menguruskan teknologi bagi meningkatkan mutu syarikat masing – masing. Kemahiran
teknologi amat releven kerana selaras dengan kemajuan teknologi global, dimana hala tuju
negara menjadi negara maju oleh sektor perindustrian. Misalnya, kemahiran celik teknologi
seperti teknologi pembuatan, kejuruteraan dan penciptaan amat penting kerana perkara ini
memiliki aset utama untuk mencari peluang dalam pelbagai sektor. Seseorang yang celik
teknologi juga akan sentiasa melaksanakan pekerjaannya dengan cepat seperti lipas kudung.
Oleh itu, terbuktilah bahawa seseorang yang cekap dalam teknologi mempunyai masa depan
yang cerah kerana sudah pasti setiap majikan memerlukan individu – individu ini untuk
menjayakan pekerjaan.

Bagi melabuhkan lagi tirai perbincangan, berilmu pengetahuan merupakan salah satu nadi
perdana yang menjadi aspirasi dalam kriteria yang diidamkan oleh seorang majikan.
Seseorang pekerja yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas dapat membantu syarikat
dalam menyelesaikan segala konflik yang timbul. Dalam konteks ini, ilmu yang dimiliki ini
menjadi kunci kejayaan syarikat untuk terus maju membangun. Misalnya, sekiranya
berlakunya kemerosotan keuntungan, kekurangan para pelanggan ataupun penyelewengan
wang, pekerja yang berilmu dapat mengemukakan cadangan yang bernas bagi mengatasi
masalah – masalah tersebut. Seseorang pekerja yang berilmu pengetahuan juga dapat
melaksanakan pekerjaan dengan cekap bak kata peribahasa belayar sambil memapan,
merapat sambil belayar. Kemampatan fikiran yang dimiliki oleh pekerja yang berilmu
pengetahuan dapat merangsang ekonomi dengan lebih pesat. Hal ini dikatakan demikian
kerana, keupayaan pekerja yang berilmu pengetahuan akan sentiasa mencari inisiatif untuk
menggerakkan nadi syarikat tersebut agar sentiasa seiring dengan perederan zaman. Jelaslah
bahwa, pekerja yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas sentiasa mendapat tempat
dalam arena pekerjaan yang diusahakan oleh seorang majikan.

Berdasarkan huraian – huraian mengenai kriteria pekerja yang diinginkan oleh majikan,
seseorang pekerja yang hebat ialah seseorang yang mempunyai kualiti diri yang unik. Oleh
itu, kita mestilah bersedia dengan sentiasa mengasah kebolehan dan kemahiran diri sebelum
memasuki alam pekerjaan bak kata peribahasa sediakan payung sebelum hujan. Marilah kita
menghayati semula kriteria yang telah dibincangkan untuk dijadikan pedoman sebelum
melangkah ke alam pekerjaan kelak. Diharapkan agar, setiap individu seyogia menitik
beratkan kualiti diri demi merialisasikan kejayaan yang dapat menjadi sinar kebahagiaan
dalam hidup pada masa akan datang. Kesimpulannya, biarlah matahari terus bersinar, biarlah
pepohon terus menghijau dan biarlah negara Malaysia sentiasa berdiri sama tinggi dengan
negara maju yang lain dengan adanya pekerja yang luar biasa pemacu ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai