Anda di halaman 1dari 14

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Tahap 3

(J583-011-3:2019)
REKABENTUK MULTIMEDIA INTERAKTIF

Disediakan oleh
SITI SARAH BINTI MOHD AZMAN
( 030402-06-0768 )

PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PAHANG


Kampus Pahang, Skills, Kawasan Perindustrian Semambu
25350 Kuantan, Pahang Darul Makmur
Tahun 2023

PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN PAHANG


Kampus Pahang Skills, Kawasan Perindustrian Semambu 25350 Kuantan,
Pahang Makmur Tahun 2023
PEDAHULUAN

Laporan Latihan Industri ini juga bertujuan untuk melaporan segala aktiviti atau
tugas yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan semasa pelajar menjalani Latihan
Industri Pelatih telah menjalankan Latihan Industri di syarikat NURUL GLOBAL ENTERPRISE
yang bertempat di No. 1 Wisma Nurul, KM 6 Kampung Temin, 27000 Jerantut, Pahang selama
4 bulan.

Laporan yang terperinci disediakan adaalah sebagai bukti kepada latihan yang telah
dijalankan dengan sempurna mengikut jangka masa lebih 4 bulan bermula pada 27 Mac 2023
hingga 28 Julai 2023 seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Pahang Skills Development
Centre.

Laporan ini juga sebagai bahan penilai untuk Latihan yang telah dijalankan oleh pelajar
dan pemarkahan laporan ini akan diberikan setelah laporan disemak sepenuhnya oleh
pensyarah untuk memupuk semangat di dalam diri pelatih dan sikap bertanggungjawab dalam
melaksanakan setiap tugas yang diberikan bagi memenuhi firma dan Pahang Skills. Di mana
pelatih dapat belajar untuk memikul sendiri tugasan yang diamanahkan dengan baik sekali
olehnya juga.
PERHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya menjalani
latihan industri di Nurul Global Enterprise selama 4 bulan yang bermula 27 Mac 2023
sehingga 28 Julai 2023 seperti yang telah diwajibkan oleh pihak pihak Pahang Skills
Development Centre.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan juataan terima kasih yang tidak
terhingga kepada seluruh tenaga, tunjuk ajar, dorongan, nasihat dan idea-idea yang
telah dicurahkan kepada saya sepanjang saya menjalani latihan industri di syarikat ini.
Sesungguhnya segala ilmu yang diberikan kepada saya akan saya pergunakan denagn
sebaiknya demi masa depan saya untuk lebih mengharungi alam seterusnya.

Saya juga ingin menngucapkan setinggi-tingginpenghargaan terima kasih


kepada Encik Boss selaku penolong pengurus dan rakan kerja yang telah memberikan
tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya di sini. Tidak lupa juga kepada kakitangan lain
di di atas kesudian memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam melaksana
tugas sepanjang sesi latihan industri ini.

Akhir sekali tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih buat
ayah dan mak kerana menyuntik semangat dan memberikan cadangan yang bernas
kepada saya selama saya di sesi latihan industri ini.
BAB 1 : LATIHAN INDUSTRI
PENGENALAN LI

Latihan Industri adalah salah satunya syarat wajib bagi pelajar dalam program
tertentu di semua peringat pengajian.Program Latihan Industri (LI) diperkenalkan untuk
memperkasa kompetensi yang diperlukan untuk meningkatkan tahap mampu pelatih dalam
dunia pekerjaan sebenar supaya dapat mencapai kebolehannya.

Selain itu, Latihan Industri merupakan pendedahan awal yang diberikan kepada pelajar
sebelum para pelajar menempuhi dinia pekerjaan yang sebenar selepas tamat pengajian.
Perkara ini dapat melatih pelajar berhadapan dengan situasi sebenar pekerjaan, bagi
memastikan ilmu yang diperolehi itu dapat dipraktikkan dan dimanfaatkan. Ia juga dapat
meningkatkan kemahiran berkomunikasi di samping dapat menyemai semangat kerja dengan
produktif dan perhubungan yang baik sesama pekerja.

Seterusnya, pelajar juga dikendaki untuk menulis jadual harian. Catatan harian ialah
laporan mengenai aktiviti harian sepanjang menjalani Latihan Industri. Bagi memastikan pelajar
menulis catatan harian, hendaklah menghantar catatan tersebut kepada penyelia di firma atau
organisasi masing-masing untuk disemak dan ditandatangni sekurang-kuranganya seminggu
sekali.

Di samping itu, pelajar akan dipantau oleh pensyrah pemantau pada tarikh yang
ditetapkan sepanjang Latihan Industri untuk mengetahui perkembangan pelajar sepanjang
menjalani Latihan Industri ini.
MATLAMAT LI

Matlamat LI adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang


sebenar sambil mempraktikkan pengetahun secara teori kepada amalan serta
mempertingkatkan pengetahun dan kemahiran dalam bidang profesyen masing-masing. Latihan
Industri juga bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai kompetensi yang diperlukan oleh
majikan di samping memberikan pengalaman keusahawanan.

Selain itu, pelajar dapat memberikan pandangan dan idea-idea yang bernas di samping
melahirkan individu yang berkeyakinan tinggi dan berani. Latihan industri mendidik pelajar untuk
berkomunikasi dengan berkesan. Pelajar didedahkan dengan persekitaran tempat kerja dan
orang ramai. Pelajar juga dapat mempelajari cara berkomunikasi dengan kakitangan jabatan,
pelanggan dan sebagainya dengan lebih berkeyakinan serta berkesan.

Dengan pengetahuan yang sedia ada, sedidikit sebanyak membantu pelajar


melaksanakan tugasan dengan baik serta mengetahui objektif sebenar sesuatu tugasan yang
perlu dilaksanakan. Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahun teori yang dipelajari di kelas
dengan melakukan kerja-kerja praktikal.

Seterusnya, menyemai amalan berhemah dan sikap bertanggungjawab dalam diri.


Pelajar dapar menilai kebolehan diri dalam melaksanakan kerja yang telah diamanahkan. Di
samping itu, pelajar dapat menyemaikan nilai-nilai murni seperti berintegriti selaras dengan
objektif latihan industri.
SKOP KERJA SEMASA LI

Bunting

Banner
Design
Poster

Business
Card
BAB 2: WA AGENSI
Nurul Global Enterprise telah ditubuhkan pada tahun 2008 diasaskan oleh Puan Juninah
Yunus. Ketika itu menggunakan nama Toko Nurul. Kemudian ditukar ke Nurul Global Enterprise
pada tahun 2014 bagi menjadikan jenama ini lebih internasional. Pada tahun 2014 juga,
perniagan ini diserahkan pada anaknya yang bernama Mohamad Azrul. Sejak dari itu jenama
Nurul Global semakin semakin berkembang dan rata-rata mengenali syarikat ini dengan nama
NUGE.cetak.

Nurul Global Enterprise jenama yang di terkenal dalam nama yang digunakan sebagai
NUGE.cetak untuk mudah orang kenalinya dan dapat berhubungi dengan mudah sekali.
NUGE.cetak menawarkan perancanggan mencetak baju, membuat bunting dan sebagainya
lagi.

Sejak ditubuhkan Nurul Global ia menjadi sebuah platform yang dipercayai didalamn
online tempatan dengan kemampuan menawarkan perhidmatan dalam business to customer.
Dapat memberikan pengguna berpuas hati menerima maklum balas yang sangat baik. Nurul
Global kini dapat juga memberi support pada team bola yang dikenali sebagai “berani
bermimpi’.

VISI DAN MISI SYARIKAT NURUL GLOBAL ENTERPRISE


VISI
Mejadi sebuah syarikat pengeluar cetak berasaskan cetak pakaian dan
sebagainya yang mampu di online tempatan dan antarabangsa. Memberikan kepuasan
dan layanan yang baik kepada pelanggan.

MISI
 Menawarkan kuanliti yang terbaik dan harga berpantutan
 Memenuhi citarasa pelanggan
 Menyediakan pencetakan yang berkualiti dan bermutu tinggi yang memenuhi
dan permintaann pelanggan.

CARTA ORGANISASI NURUL GLOBAL


MOHD AZRUL
AMINURRASHID BIN
MD AZHAR

SYAHRUL NIZAM BIN NOR AZILAH BINTI


DIN ABU BAKAR

NURIN BATRISYIA SITI SARAH BINTI


BINTI ZULFADZLI MOHD AZMAN
CABARAN DAN PENYELESAIAN

Latihan industri ini untuk pelajar yang banyak memberikan manfaat dan juga ia
memberikan peluang kepada saya untuk berhubung terus kepada pihak pengurusan syarikat
dan ia juga memberikan peluang kepada saya untuk berhubung terus kepada pihak pengurusan
syarikat. Ia juga menerima saya sebagai salah seorang pekerja yang boleh berharap untuk
menolong sebahagia kerja designer di syarikat itu.

Selain itu, saya juga menjalani Latihan Industri selama 4 bulan banyak perkara-perkara
yang baharu saya pelajari sepanjang berada di Nurul Global atau dikenali sebagai NUGE.
Sedemikian itu juga cabaran saya membuat t-shirt menggunakan staple gun, squeegee, block
silkscreen, tracing paper dan sekuji. Saya juga dapat mempelajari tentang bahan-bahan untuk
membuat banner dan bunting.

Di samping itu pada pandangan saya cadangan yang sesuai untuk dikemukakan pada
setiap syarikat boleh memberikan peluang kepada pelajar-pelajar praktikal supaya ia dapat
membantu dalam semua kerja-kerja yang memudaahkan syarikat itu. Dapat juga membantu
memajukan syarikat di masa akan datang dan ia boleh beri kesan yang baik pada syarikat itu.
Pelajar juga dapat memberi contoh seterusnya di laporan mereka nanti.
KESIMPULAN

Latihan industri adalah satu perkara yang penting kerana ia dapat melatih
kemahiran yang telah dipelajari oleh pelajar sepanjang pembelajaran pada masa kuliah dimana
ia dapat diaplikasikan dengan berkesan. Latihan industri ini juga merupakan satu cabang untuk
membina keyakinan diri pelajar untuk menhadapi alam pekerjaan sebenar pada masa akan
datang. Latihan industri ini juga telah memberikan pendedahan yang wajar tentang selok belok
pekerjaan untuk menyiapkan diri pelajar alam pekerjaan kelak. Di samping itu juga ia dapat
membolehkan saya mengetahui segala kegunaan mata pelajaran dalam bidang multimedia
yang saya pelajari.

Latihan industri ini juga bukan sahaja dapt meningkatkan keyakinan diri bagi
menghadapi alam pekerjaan sebenar tetapi turut membantu memperbaiki cara berkomunikasi
dengan secara orang ramai. Kerjasama daripada kakitangan di tempat latihan juga amat baik
dan ini dapat mengajar erti kerjasama dan semangat berpasukan. Saya sangat beruntung dapat
peluang ini untuk merasakan latihan industri ini kerana ia juga mendapatkan pekerjaan dimana-
mana syarikat yang mempunyai kemahiran mengenai jawatan yang kita pohon.

Latihan Industri ini harus juga diteruskan kerana ianya banyak memberikan manfaat
kepada pelajar khususnya dan peluang kepada pelajar untuk memahami alam pekerjaan yang
sebenar bagi mendapatkan pengalaman bekerja si sesebuah organisasi firma ataupun syarikat.
Dengan memberikan keyakinan kepada pelajar untuk menempuhi alam peluang pekerjaan
sebenar yang mencabar dan bijak menggunakan peluang yang ada ini. Sebegini perlu dimiliki
oleh setiap pelajar sebagai persediaan awal untuk bersaing dipasaran globalisasi.

Seterusnya, dengan latihan ini pelajar tersebut merupakan bakal pekerja yang berkualiti
daripada segala aspek untuk memenuhi keperluan organisasi. Setelah menjalani Latihan
Industri selama 4 bulan di Nurul Global, pelajar memperoleh pelbagai ilmu dan pengalaman
yang sangat berharga dan bermakna kepada dirinya. Menjalani Latihan Industri di Nurul Global
sedikit sebanyak dapat memberi suatu pengajaran dan galakan yang amat bernilai untuk terus
maju serta lebih berdaya saing di dalam apa jua bidang yang diceburi. Latiham Industri dapat
memberikan masa kepada pelajar-pelajar untuk melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan
dan kemahiran.

Selain itu, Latihan Industri telah memberikan impak yang amat positif dalam membentuk
dan melahirkan pelajar yang kebolehan dalam aspek pengurusan serta lebih juga
berprofesional dalam semua aspek. Ianya juga mendedahkan pelajar dengan suasana
persekitaran pekerjaan yang sebenar. Bukan itu sahaja, ia malah Latihan Industri selama 4
bulan ini dapat mempertingkatkan lagi keyakinan dalam diri dan keterampilan seseorang itu
dalam kehidupan seharian serta jua pengalaman dan segala kerja yang telah dipelajari sewaktu
menjalani latihan tersebut dapatlah diaplikasikan di alam pekerjaan seterusnya.

KESAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PELAJAR

Melalui system Latihan Industri di syarikat Nurul Global Enterprise. Pelajar yang akan
memperolehi pengalaman kerja melalui skop tugasan dan kerja yang diberi seoleh sama
macam suasana kerja yang sebenar itu. Walaupun hanya sebagai pelajar praktikal yang baru
tahu asas-asas di tempat bekerja. Pelajar juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan skill
yang telah peroleh dari tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah semasa di kolej.

Pelajar juga dapat membaiki cara berkomunikasi dengan lebih baik di antara majikan
dan rakan sekerja yang menggunakan bahasa sopan dalam berkomunikasi yang boleh
mewujudkan sebuah persekitaran yang sangat baik sekali. Secara langsung boleh juga
menggunakan panggilan nama semasa ataupun juga boleh berkomunikasi formal atau tidak
formal. Dengan cara ini juga pelajar akan biasa dengan cara berkomunikasi antara satu sama
lain dengan rakan sekerja mahupun juga pelanggan.

Pelajar juga banyak pengalaman semasa menjalani Latihan Industri di syarikat


tempatnya. Selain itu juga pelajar boleh biasakan diri dengan kerja berpasukan yang melalui
berkomunikasi dengan pekerja yang lain juga. Dapat rakan sekerja yang berpasukan boleh
hasilkan adanya sifat hormat dengan satu sama lain dalam sesebuah organisasi dan syarikat.
Boleh juga dapat melalui pelajar yang mendidik diri dalam bekerjasama dengan rakan sekerja
dan tolong-menolong untuk memudahkan kerja.

Anda mungkin juga menyukai