Anda di halaman 1dari 34

DIPLOMA IN MULTIMEDIA

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

NAMA : MUHAMMAD DANISH HAIKAL BIN AZELI

NO. KAD PENGENALAN : 021115-01-1635

NAMA PROGRAM : DIPLOMA IN MULTIMEDIA

KOD PROGRAM : JPT/BPP (R2/213/4/0182) 06/24, MQA A10177


LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH

MUHAMMAD DANISH HAIKAL BIN AZELI

(52102120267)

DI

No. 4G, Jalan Watan 6,

Taman Sri Watan,

68000 Ampang,

Selangor Darul Ehsan.

Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada

Pensyarah Penilai Diploma In Multimedia

Bagi Memenuhi Sebahagian Syarat

Penilaian Latihan Industri Dan Penganugerahan

Diploma In Multimedia

UNIKL MIIT

FEBRUARI 2023

2
MAKLUMAT PELATIH

Maklumat Pelatih

Nama : Muhammad Danish Haikal Bin Azeli

No Kad Pengenalan : 021115-01-1635

Kod Program : JPT/BPP (R2/213/4/0182) 06/24, MQA A10177

No Kad Matrik : 52102120267

Alamat : B-4-8, Bukit Pandan 2 Condominium, Jalan Perdana 1/91b, 55300

Nama Program : Diploma in Multimedia

Pusat Bertauliah

Nama Pusat Bertauliah : UNIKL MIIT

Alamat Pusat Bertauliah : 1016, Jln Sultan Ismail, Bandar Wawasan, 50250 Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pusat Latihan Industri

Nama Latihan Industri : FN SMART ENTERPRISE

Alamat Latihan Industri : No 4G, Jalan Watan 6, Taman Sri Watan, 68000
Ampang,Selangor.

Penyelia Industri

Nama : En. Fazri Bin Abd Ghani

Jawatan : Pemilik Kedai

No Tel : 012 290 3505

Tempoh LI : 27 Februari 2023 – 30 June 2023

____________________ ____________________

( ) ( )

Tarikh Tarikh

3
PENDAHULUAN

Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana izinnya dapatlah saya menamatkan latihan
industri dengan sempurnanya pada tempoh yang ditetapkan serta menyediakan
laporan industri saya pada masa dan waktu yang dikehendaki oleh jabatan saya.

Dalam tempoh masa 4 bulan bermula 27 Februari 2023 sehingga 30 June 2023,
saya telah menjalankan latihan industri di FN SMART ENTERPRISE dalam tempoh
saya berada di syarikat ini, saya dapat melalui pengalaman baru dalam hidup saya
terutama di dalam pekerjaan. Sewaktu saya berada di syarikat ini saya dapat latih
apa yang saya belajar sewaktu di UNIKL MIIT dan mengenali bahan, kelengkapan
dan peralatan yang digunakan dalam latihan industri.

Aspek yang paling penting dalam mengikuti latihan industri ini ialah, bagi saya
dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali alam pekerjaan yang
sebenar. Selain itu, dapat meningkatkan pengetahuan para pelajar dan dapat banyak
ilmu untuk lebih mahir dalam penggunaan software seperti Adobe Illustrator CC 2018
(Ai), serta serba sedikit menngetahui penggunaan mesin pemotong stiker. Ia juga
dapat membantu kami menambah keyakinan diri terhadap kemampuan saya dalam
menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi tanggungjawab untuk menjaga mesin.

Selain itu, latihan industri juga adalah merupakan cara terbaik untuk melatih
pelajar seperti saya tentang bagaimana cara untuk berani berkomunikasi bersama
rakan sekerja mahupun berhadapan dengan orang luar. Ini kerana tingkah laku dan
juga disiplin adalah salah satu aspek penting yang dititik beratkan dalam alam
pekerjaan.

Seterusnya, saya bersyukur kepada Ilahi kerana dapat menghabiskan sesi


latihan industri bermula 27 Februari 2023 sehingga 30 June 2023. Saya juga
menyiapkan laporan ini mengikut jangka masa yang telah ditetapkan oleh pihak
UNIVERSITI. Saya menyiapkan laporan ini dengan hasil usaha saya Bersama
bantuan daripada rakan sekerja dan internet. Terima kasih saya ucapkan kepada
semua pekerja FN SMART ENTERPRISE yang bekerjasama memberi saya
maklumat maklumat dalam menyiapkan laporan ini dan banyak mengajar dan
membantu saya dalam menyiapkan tugasan-tugasan yang diberikan.

4
Akhir sekali, terima kasih sekali lagi kerana meluluskan latihan industri saya di
FN SMART ENTERPRISE dan memberi peluang sebagai pelajar latihan industri.
Banyak perkara baru yang saya pelajari dan mencari ilmu semasa di sana. Saya
tidak akan melupakan hasil tunjuk ajar serta pengalaman yang saya dapati selama 4
bulan saya di FN SMART ENTERPRISE.

PENGHARGAAN

5
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat illahi dengan limpah rahmat serta nikmat
masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya kerana dapat juga saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Setinggi-setinggi penghargaan saya ucapkan kepada pihak pengurusan FN


SMART ENTERPRISE kerana telah memberi peluang saya menjalankan latihan
industri di syarikatnya selama 4 bulan. Khasnya buat ENCIK FAZRI BIN ABD GHANI
selaku PEMILIK di kedai ini dan menguruskan hal saya semasa menjalani latihan
industri di organisasi ini. Tidak lupa juga, PUAN NORHANA BT ABD RAHMAN
sebagai pengurus dan semua pengasas di FN SMART ENTERPRISE kerana telah
banyak membantu saya dalam menjalankan kerja-kerja di syarikat ini terutama dalam
perkara yang saya tidak mahir. Segala tunjuk ajar daripada semua pekerja FN
SMART ENTERPRISE terutama dalam bahagian mekanikal telah memberikan saya
pengalaman yang baru dalam selok-belok syarikat. Pengalaman ini akan saya
gunakan semasa saya melangkah ke alam pekerjaan pada masa yang akan datang.

Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah


UNIKL MIIT yang banyak membantu saya dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar
serta bimbingan kepada saya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan dorongan
dan sokongan yang padu kepada saya untuk menyiapkan buku laporan dan
menamatkan latihan industri selama 4 bulan. Seterusnya, kepada semua rakan-
rakan seperjuangan yang secara langsung dan tidak langsung dalam memberikan
tunjuk ajar, nasihat dan panduan.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat
secara langsung atau sebaliknya dalam penyempurnaan latihan industri ini. Semoga
Latihan Industri yang telah dijalankan ini mendapat keberkatan.

6
ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN.......................................................................................................4
PENGHARGAAN......................................................................................................6
BAB 1....................................................................................................................... 8
PENGENALAN SYARIKAT......................................................................................8
1. LATAR BELAKANG..................................................................................................8
2. PROFIL INDUSTRI....................................................................................................9
3. CARTA ORGANISASI...............................................................................................9
4. VISI DAN MISI..........................................................................................................10
5. FUNGSI JABATAN DALAM INDUSTRIAN.........................................................10
6. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN..........................................12
7. CARTA PAI...............................................................................................................14
8. PROSUDER UNTUK BEKERJA..........................................................................15
BAB 2..................................................................................................................... 16
HURAIAN TUGASAN YANG DILAKSANAKAN....................................................16
1. PENDAHULUAN......................................................................................................16
2. HURAIAN TUGASAN..............................................................................................16
BAB 3..................................................................................................................... 29
CABARAN DAN PENYELESAIAN.........................................................................29
BAB 4..................................................................................................................... 31
KESIMPULAN.........................................................................................................31
LAMPIRAN............................................................................................................. 32

7
BAB 1

PENGENALAN SYARIKAT

1. LATAR BELAKANG

FN SMART ENTERPRISE telah ditubuhkan pada tahun 2007 di Ampang,


Selangor. Syarikat ini telah ditubuhkan oleh Encik Fazri Bin Abd. Ghani selaku
pemilik syarikat FN SMART ENTERPRISE. FN SMART ENTERPRISE ini
menjalankan perniagaan perkhidmatan fotostat, mencetak buku, sticker,
banner, menjual dan membekalkan alat tulis dan pelbagai lagi yang
melibatkan pihak sekolah, sektor awam dan juga swasta.

Selain daripada itu, FN SMART ENTERPRISE juga telah mencetak buku dan
juga cenderamata untuk dijadikan doorgift. Dalam skop percetakan, FN
SMART ENTERPRISE juga mencetak kotak, buku aktiviti, buku katalog, buku
aturcara dan sebagainya. Kami juga menerima buku hard cover bagi
memenuhi kehendak pelanggan.

Pemasaran secara terus kepada pelanggan dan juga konsep agen digunakan
untuk memastikan target keuntungan bulanan tercapai. Kami mempunyai
agen-agen yang aktif di seluruh Malaysia.

Pemasaran kami bergerak secara 24 jam sehari melalui facebook pages,


instagram dan agen-agen negeri dan negara yang terlibat. Sasaran pasaran
kami adalah kepada semua golongan. Oleh demikian, kami mempunyai ramai
pelanggan-pelanggan dari semua peringkat iaitu dari golongan biasa hingga
golongan VIP dan juga korporat.

Kami sentiasa memastikan produk kami memenuhi KPI terbaik dan kami
sentiasa berusaha untuk membesarkan lagi perniagaan ini dengan penuh
daya maju.

8
2. PROFIL INDUSTRI

NAMA SYARIKAT : FN SMART ENTERPRISE

PEMILIK : EN. FAZRI BIN ABD GHANI

PENGURUS : PUAN NORHANA @ ROQAYYAH


BINTI ABDUL RAHMAN

STAF : NUR AIN NABILA BINTI ABDULLAH

: LUQMANUL HAKIM BIN MOHD NIZAM

ALAMAT : NO. 4G, JALAN WATAN 6, TAMAN SRI


WATAN, 68000 AMPANG, SELANGOR.

TEL / FAX :-

NOMBOR PENDAFTARAN : 002931047-T

TARIKH DITUBUHKAN : 2007

JENIS BISNES : ENTERPRISE

3. CARTA ORGANISASI

PEMILIK
EN. FAZRI

PENGURUS
PN. NORHANA

STAF 3 STAF 2
STAF 1
RAHMAN LUQMAN
AIN NABILA

PELATIH INDUSTRI

DANISH

Carta Organisasi Syarikat

9
4. VISI DAN MISI

VISI

 Membantu menyelesaikan masalah pelanggan dengan memberikan servis


yang terbaik dalam percetakan.

MISI

 Menjadi sebuah syarikat pembekal terkemuka & terbesar bermula tahun 2025
dalam bidang percetakkan.

5. FUNGSI JABATAN DALAM INDUSTRIAN

Di FN SMART ENTERPRISE, kami membekalkan perkhidmatan dan servis


berkualiti berkualti dengan menerapkan pelbagai teknik pemasaran yang
efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.

Selain itu, kami sentiasa peka terhadap perubahan yang berlaku agar mutu
yang diberikan dapat dipertingkatkan dan seiring dengan keperluan semasa.

Justeru itu, kami akan konsisten dalam menghasilkan produk supaya


produk dapat disalurkan kepada pelanggan tanpa sebarang halangan dan
menepati masa.

Akhir sekali, kami akan sentiasa mengutamakan kualiti produk yang


dikeluarkan kepada pelanggan.

10
LOKASI SYARIKAT

Lokasi Latihan Industri Pelatih

GAMBAR KEDAI

Gambar Kedai

11
LOGO SYARIKAT

Logo Syarikat

6. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

Antara kemudahan yang disediakan oleh pihak syarikat antaranya


ruang makan dan ruang solat untuk kakitangan bagi memudahkan
pekerja untuk makan dan solat dengan selasa.

Ruangan Makan

12
Ruang makan ini selalu dijadikan tempat untuk para pekerja untuk makan,
minum dan tempat untuk berehat. Selain itu, ruangan ini juga tempat
pemprosesan roti di mana pekerja di situ membuat pengadunan roti,
pembakaran roti dan pembungkusan roti. Justeru itu,di kawasan ruangan ini
juga tersedia pembancuh air dan biskut untuk dijadikan alas perut ketika lapar
sebelum waktu rehat.

RUANGAN SOLAT

Ia sebuah bilik kecil yang dijadikan stor penyimpanan barang, ruang solat dan
ruang istirehat. Ruangan solat ini disediakan untuk memudahkan para pekerja
untuk menunaikan solat walaupun berada di tempat kerja. Di dalam ruangan
solat juga tersedia sejadah, cermin, telekung dan sebagainya bagi
memudahkan menunaikan solat.

13
7. CARTA PAI

Carta pai menunjukkan peratusan bagi setiap kerja yang telah


dilakukan oleh pelatih sepanjang tempoh 4 bulan latihan industri di FN
SMART ENTERPRISE. Tugasan terbahagi kepada 4 iaitu
merekabentuk design banner, bunting, sticker dan lain-lain.

Peratusan Pembahagian Kerja

Sticker
9%
10%
Banner
Rubber Stamp
Bunting
23% 59%

Carta Pai : Peratusan Pembahagian Kerja

14
8. PROSUDER UNTUK BEKERJA

Jadual di bawah menunjukkan jadual waktu bekerja saya selama menjalani


Latihan Industri

HARI MASA BEKERJA


ISNIN 9.00am – 2.00pm REHAT 3.00pm – 6.00pm
SELASA 9.00am – 2.00pm REHAT 3.00pm – 6.00pm
RABU 9.00am – 2.00pm REHAT 3.00pm – 6.00pm
KHAMIS 9.00am – 2.00pm REHAT 3.00pm – 6.00pm
JUMAAT 9.00am – 2.00pm REHAT 3.00pm – 6.00pm
SABTU 9.00am – 2.00pm REHAT 3.00pm – 6.00pm
AHAD CUTI HUJUNG MINGGU

Jadual waktu kerja

15
BAB 2

HURAIAN TUGASAN YANG DILAKSANAKAN

1. PENDAHULUAN

Huraian aktiviti latihan industri ini akan menceritakan tentang berkaitan


dengan rumusan kerja dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh
menjalani latihan industri. Kerja-kerja yang telah dilaksanakan memberikan
satu pengalaman baru kepada pelatih dengan tunjuk ajar oleh pekerja-pekerja
di FN SMART ENTERPRISE.

Pekerja telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada pelatih dalam


membuat pelbagai design disamping pelatih akan membuat bersungguh-
sungguh untuk memuaskan hati pelanggan. Pelatih telah dilatih untuk
mengawal situasi seperti bekerja sebenar. Tugasan yang dilakukan perlulah
mengikut prosuder yang telah ditetapkan oleh pihak FN SMART
ENTERPRISE. Segala pengalaman yang telah dipelajari dan diketahui akan
ditulis secara ringkas dalam ringkasan ini.

2. HURAIAN TUGASAN

Design

Sebagai pelatih latihan industri di FN SMART ENTERPRISE, pelatih telah


diberikan tugas untuk merekabentuk grafik dalam bentuk pengiklanan seperti
bunting, banner, sticker, rubber stamp dan lain-lain. Tugasan ini telah dikawal
di bawah majikan saya iaitu En. Fazri sepanjang pelatih menjalani latihan
industri. Tugasan ini adalah tugasan utama yang perlu dilakukan sekiranya
pelanggan ingin mengiklankan produk mereka dengan lebih berkesan dan
dikenali ramai. Antara perisian-perisian yang digunakan adalah Adobe
Illustrator CC 2018 dan Microsoft Word. Antara tugasan yang saya lakukan
adalah :

16
a) Merekabentuk design sticker
Sticker adalah untuk melabel sesuatu produk. Sticker terbahagi kepada tiga
jenis iaitu mirrorcote sticker, high gloss sticker, dan gloss matt sticker.
Pelanggan di kedai selalunya memilih sticker jenis mirrorcote sticker kerana
murah dan berkualiti. Ini antara contoh-contoh sticker yang telah dihasilkan :

1) SevenFigure petak

17
Hasil design sticker SevenFigure (130mm X 35mm)
Proses menyusun sticker SevenFigure

18
2) SevenFigure black bulat

Proses menyusun sticker SevenFigure

Hasil design sticker SevenFigure (8cm)

19
3) JMT Bear

Proses menyusun sticker JMT bear

Hasil design sticker JMT Bear (35mm x 65mm)

20
4) Brother Popcorn KL

21
Proses menyusun sticker Brother Popcorn KL

Hasil design sticker Brother Popcorn


(8cm x 13cm)

b) Menghasilkan banner

22
Banner adalah salah satu medium pengiklanan atau hebahan yang baik dan
berkesan. Perkara utama yang perlu ditekankan dalam medium ini ialah
design dengan imej dan warna yang menarik serta tempat yang strategik.
Keberkesanan iklan melalui banner ini sangat bergantung kepada design dan
tempat ianya diletakkan. Saiz standard banner adalah 24 x 24 inch, 72 x 36
inch, 96 x 48 inch. Ini adalah contoh-contoh banner yang telah dihasilkan.

1) Banner Wildberry 72 x 24 inch

Proses membuat design banner

Hasil membuat banner

23
2) Banner Dapur Mama 72 x 24 inch

Proses membuat banner

Hasil membuat banner

24
3) Banner Dim Sum

25
Proses membuat banner (2x2 ft)

Hasil design banner 2x2 ft

c) Menghasilkan Bunting

26
Bunting boleh menjadi salah satu medium pengiklanan yang baik dan
berkesan jika disrategikan dengan betul. Design dengan imej dan
warna yang menarik mampu menggamit pembaca untuk mengambil
sedikit masa mereka untuk membaca apa yang tertera pada bunting
itu. Saiz standard adalah 24 x 60 inch. Ini adalah contoh-contoh
bunting yang telah dihasilkan.

1) Bunting Ngopi

Proses membuat bunting (24 x 60 inch)

Hasil membuat bunting (24 x 60 inch)

27
d) Bahagian kerja sampingan / lain-lain
Selain daripada membentuk grafik, pelatih juga telah diberi tugasan lain
semasa menjalani latihan industri. Ia memberi peluang kepada pelatih
belajar sesuatu yang baru dan mempunyai pengalaman yang berguna
pada masa akan datang. Kerja- kerja sampingan ini akan dilakukan
sekiranya tiada kerja-kerja design yang perlu dilaksanakan. Antara
bahagian kerja sampingan yang dilaksanakan oleh pelatih:

i. Membuat rubber stamp


Pertama sekali, membuat design yang pelanggan sambal dipantau
oleh pekerja. Susun design mengikut kehendak pelanggan lalu jika
sudah siap design, perlu dihantar ke e-mel kedai yang membuat rubber

stamp.

ii. Memotong sticker


Dipantau oleh majikan dan pekerja dalam membuat sticker dan diajar
sticker mempunyai pelbagai jenis iaitu mirrorcote sticker, high gloss
sticker dan gloss matt. Selain itu , saya telah diajar untuk memotong
sticker
mengikut
bentuk
sticker itu
sendiri.

28
Proses memotong dengan Proses memotong dengan
iii. menggunakan mesin menggunakan tangan.

Menghasilkan mug mockup


Kedai kami juga membuat mockup jenis mug. Saya telah diajar cara-
cara untuk menghasilkan design dengan ukuran yang sebenar dan
mencetak design pada mesin pencetak cawan.

iv. Melakukan proses binding


Dilatih oleh pekerja bagaimana
cara untuk menebuk kertas.
Pekerja menerangkan cara
yang betul untuk menebuk
kertas dengan betul. Tidak
lupa juga ade dua jenis binding
iaitu binding jenis comb dan jenis
tape. Jikalau binding jenis tape
pula, ia tidak menebuk kertas
malahan perlu untuk di
stapler lalu tampal black tape
pada tepi hujung.

29
v. Melakukan laminated
Pekerja mengajar cara menggunakan mesin laminated. Mesin
laminated perlu dihidupkan sehingga suhu menjadi normal iaitu 110 –
120 celcius tahap kepanasan lalu memasukkan kertas plastik di dalam
laminated. Selain itu, pelatih dinasihatkan supaya berhati-hati
menggunakan mesin tersebut dan dilarang menyentuh bahagian
tertentu pada mesin semasa proses laminated dijalankan.

30
BAB 3

CABARAN DAN PENYELESAIAN

Sepanjang tempoh latihan industri di FN SMART ENTERPRISE, pelbagai


pengalaman yang telah pelatih peroleh dan banyak membantu pelatih latihan
industri di FN SMART ENTERPRISE terdapat cabaran yang perlu dihadapi.
Namun cabaran yang perlu dihadapi. Namun cabaran-cabaran tersebut dapat
di atasi dengan baik. Antara cabarannya ialah :

1. KESESUAIAN DIRI DENGAN RAKAN SEKERJA


Cabaran yang dialami oleh pelatih ialah merupakan pelajar praktikal yang
masih baru dan banyak perlu di pelajari untuk memahirkan diri dalam unit
tersebut. Sebagai pelatih yang baru sikap ramah, rendah diri dan banyak
bertanya perlu diamalkan supaya mudah untuk bekerjasama dengan rakan
sekerja di FN SMART ENTERPRISE.
Dengan mengamalkan sikap tersebut banyak pengalaman dan
pengetahuan baru yang diperolehi oleh pelatih sepanjang berada di FN
SMART ENTERPRISE ini kerana setiap staf di unit ini sangat baik dan
prihatin dalam mengajar pelajar praktikal yang masih baru.

2. CABARAN DALAM PERSEKITARAN KERJA

Dalam melaksanakan kerja di dalam sekitar pejabat, pelatih akan


menjalankan tugas berhadapan dengan orang ramai. Contohnya, berhadapan
dengan pelanggan yang sangat keras kepala sebagai contoh kedai telah
ditutup namun tetap mahu masuk untuk berurus niaga. Selain itu, ada juga
kerenah pelanggan yang cerewet misalnya tidak sabar untuk menunggu hasil
design mereka.

Jalan penyelesaiannya, pelatih perlu memupuk diri supaya sentiasa


berfikiran positif agar bersedia untuk mengatasi cara melayan pelanggan
yang akan lebih mencabar.

31
3. CABARAN DALAM MELAKUKAN KERJA

Cabaran dalam melakukan kerja ialah dari segi mental dan fizikal
dimana pelatih perlu merekabentuk idea-idea yang kreatif. Cabaran
seterusnya pemikiran pelanggan agak keterlaluan untuk menghasilkan
pengiklanan mereka untuk lebih menonjol.

Penyelesaiannya ialah, pelatih perlu mempunyai keyakinan diri untuk


melakukan sesuatu kerja supaya kerja yang dilakukan akan berjalan lancer
dan tidak menimbulkan masalah yang baru. Masalah untuk mengatasi
pelanggan, pelatih perlu bersikap positif dan dapat diselesaikan dengan baik.

32
BAB 4

KESIMPULAN

Setelah menjalani latihan industri di FN SMART ENTERPRISE selama


3 bulan ini, banyak yang dapat saya pelajari dari segala aspek yang
berkaitan. Juga banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang
berguna dapat saya perolehi. Melalui merekabentuk design di latihan industri
ini, saya telah didedahkan kepada bentuk alam pekerjaan yang sebenar. Oleh
yang sedemikian, ia secara tidak langsung telah mendisiplinkan saya sebagai
seorang pekerja dan mendedahkan saya kepada pelbagai merekabentuk
untuk menghasilkan sesuatu pengiklanan.

Kesimpulan yang saya dapat ketika menjalani latihan industri ini ialah
saya dapat mempergunakan segala ilmu yang saya pelajari di MCS College
untuk didedahkan ke alam pekerjaan terutamanya dalam bidang
merekabentuk design, saya juga dapat melihat dan merasai sendiri suasana
sebenar dunia pekerjaan serta berhadapan dengan pahit manis sepanjang
latihan industri dijalankan.

Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak yang
terlibat di FN SMART ENTERPRISE segala bantuan yang telah diberikan
kepada saya sepanjang latihan industri ini dijalankan. Dan saya juga ingin
memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang terkandung dalam laporan ini.
Dengan menjalani latihan ini, diharap segala pengalaman dan ilmu dapat
diguna pakai apabila menceburi bidang kerjaya.

33
LAMPIRAN

Gambar rajah ketika menjalani


latihan industri

34

Anda mungkin juga menyukai