Anda di halaman 1dari 56

KOLEJ UNITI

FAKULTI PENGURUSAN DAN INDUSTRI


HALAL

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Nama Pelajar : Muhammad Abdullah Fahmi Dinie Bin


Nasarudin

Kursus : Diploma Pemprosesan Produk Halal

Sesi Pengajian : Semester Kedua Sesi 2022/2023

Tarikh Latihan : 06 Februari 2023 – 12 Mei 2023

Nama Syarikat : Joo Lee Import & Export Co. Sdn. Bhd.
LAPORAN LATIHAN INDUSTRI DI

JOO LEE IMPORT & EXPORT CO. SDN. BHD.

Tempoh Menjalani Latihan Industri

06 Februari 2023 – 12 Mei 2023

Di sediakan Oleh :

Muhammad Abdullah Fahmi Dinie Bin Nasarudin

Laporan latihan industri ini diserahkan kepada

Fakulti Pengurusan Dan Industri Halal, Kolej UNITI

Sebagai memenuhi syarat kelayakan bergraduat

Untuk Diploma Pemprosesan Produk Halal

Fakulti Pengurusan dan Industri Halal

Kolej UNITI

Mei 2023

(i)
PERAKUAN
Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri dan telah disahkan isi kandungan-
nya oleh pihak industri sebagai satu laporan lengkap setelah tamat menjalani
latihan industri dalam tempoh yang telah ditetapkan

Tandatangan : ____________________

Nama Pelajar : Muhammad Abdullah Fahmi Dinie Bin Nasarudin

Tarikh :

Disahkan oleh (Penyelia Industri)

Tandatangan : ____________________

Nama Penyelia :

Jawatan :

Cop Syarikat :

Tarikh :

Diperiksa oleh (Penyelia latihan industri)

Tandatangan :

Nama Penyelia :

Tarikh :

(ii)
ABSTRAK
Latihan industri yang dilalui pelajar adalah satu bentuk latihan pekerjaan di
organisasi tertentu dalam bidang pemprosesan makanan, dalam jangka masa yang
ditetapkan oleh Kolej UNITI, iaitu dari 06 Februari 2023 sehingga 12 Mei 2023.
Tujuan latihan ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar
terhadap suasana dan persekitaran kerja yang sebenar dalam bidang ataupun
industri yang berkaitan dengan kursus yang telah diambil.

Selain dari itu, pelajar juga mendapat peluang untuk pertingkatkan lagi ilmu
dan kemahiran yang ada sekaligus mempraktikkan apa yang telah dipelajari di Kolej.
Buku laporan ini adalah satu bentuk catatan keseluruhan sepanjang pelajar
menjalankan latihan industri. Ianya mengandungi maklumat tentang latihan industri
serta organisasi yang menempatkan pelajar, laporan teknikal iaitu laporan tentang
kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pelajar semasa menjalani latihan industri,
kesimpulan atau rumusan daripada keseluruhan laporan yang telah dibuat, serta
komen yang berkaitan dengan latihan yang dijalankan dan cadangan untuk
organisasi untuk proses penambak-baikan pasa masa yang akan datang.

Secara keseluruhan, buku laporan ini dipersembahkan kepada pihak Kolej


UNITI dan pihak latihan industri untuk dinilai dan memahami setiap kerja yang telah
dilakukan oleh pelajar semasa menjalani latihan di organisasi tersebut. Diharap buku
laporan ini dapat memberi manfaat kepada pembaca sebagai bahan bacaan
tambahan dan satu dari sumber ilmu dalam bidang yang berkaitan.

(iii)
PENGHARGAAN
Segala pujian bagi Allah SWT pemilik sekalian alam, syukur kehadrat Ilahi
kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah memberi keizinan saya untuk
menyiapkan Laporan Latihan Industri ini. Buku Laporan Latihan Industri ini adalah
satu tanda penghargaan saya kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu
dan memberi tunjuk ajar dalam bidang yang saya pelajari semasa saya menjalani
Latihan Industri, selama lima bulan dari 6 Februari sehingga 12 Mei 2023.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Joo Lee
Import & Eksport Co. Sdn. Bhd, terutama Puan Heng Siang Huang kerana sudi
menerima saya untuk menjalani Latihan Industri di syarikat miliknya. Tidak lupa juga
kepada semua rakan kerja serta penyelia yang turut membantu dan memberikan
tunjuk ajar, dan juga kepada rakan-rakan pelajar yang telah banyak membantu saya
samada secara langsung mahupun tidak langsung dari segi intelektual mahupun
kemahiran kepada saya sepanjang tempoh latihan saya. Penghargaan ini khusus
saya tujukan kepada semua kakitangan Joo Lee Import & Eksport Co. Sdn. Bhd.
yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya selama saya menjalani latihan.
Segala ilmu pengetahuan yang telah diberikan telah pun saya bukukan dalam buku
laporan ini sebagai tatapan kepada pembaca, serta tanda penghargaan saya.

Di samping itu, tidak dilupakan kepada pihak pengurusan Unit Latihan Industri
Kolej UNITI, Port Dickson kerana berusaha untuk menempatkan saya ke pusat
Latihan Industri, terutamanya kepada Puan Siti Khadijah Binti Zulkifli, Cik Fitriyatul
Aiman Binti Mohd Badran, serta Ustaz Muhamad Azimi yang telah banyak memberi
tunjuk ajar serta panduan sepanjang saya menjalankan latihan industri.

Tidak saya lupakan juga kepada ibu serta keluarga yang telah banyak
memberi sokongan dari segi kewangan serta dorongan untuk terus berusaha dan
melakukan yang terbaik. Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat samada secara rasmi mahupun tidak rasmi.

(iv)
SENARAI ISI KANDUNGAN

PERAKUAN............................................................................................................. ii

ABSTRAK................................................................................................................iii

PENGHARGAAN.................................................................................................... iv

SENARAI ISI KANDUNGAN....................................................................................v

1.0 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI................................................................1

1.01 Pendahuluan...........................................................................................1

1.02 Objektif Latihan Industri...........................................................................2

1.03 Objektif Laporan Latihan Industri.............................................................5

1.04 Kepentingan Latihan Industri...................................................................6

2.0 PENGENALAN ORGANISASI..........................................................................9

2.01 Latar Belakang Organisasi......................................................................9

2.02 Sejarah Organisasi..................................................................................9

2.03 Visi.........................................................................................................11

2.04 Misi........................................................................................................11

2.05 Halatuju Organisasi...............................................................................11

2.06 Carta Organisasi Syarikat......................................................................12

2.07 Aktiviti Organisasi..................................................................................13

3.0 PENGENALAN KEPADA JABATAN MELATIH...............................................16

3.01 Carta Jawatankuasa Halal Dalaman.....................................................17

4.0 TUGAS-TUGAS SPESIFIK.............................................................................18

4.01 Bulan Februari.......................................................................................18

4.02 Bulan Mac............................................................................................. 27

4.03 Bulan April.............................................................................................30

4.04 Bulan Mei.............................................................................................. 34

5.0 BAHAN / TEKNIK / USAHA/ PENGETAHUAN YANG TERLIBAT..................36

(v)
6.0 MASALAH YANG DIHADAPI DAN CADANGAN PENYELESAIAN................38

7.0 PENGAJARAN................................................................................................40

8.0 KESIMPULAN.................................................................................................41

9.0 RUJUKAN...................................................................................................... 43

10.0 LAMPIRAN...................................................................................................43

(vi)
1.0 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.01 Pendahuluan

Latihan industri adalah satu dari antara syarat wajib bagi pelajar di dalam
program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi
(IPT). Program Latihan Industri (LI) telah diperkenalkan untuk memperkasakan
kompetensi yang diperlukan bagi meningkatkan tahap mampu kerja para graduan.
Kursus Latihan Industri dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk menimba
pengalaman serta menikmati pembelajaran di dalam dunia pekerjaan yang sebenar
supaya dapat mencapai keboleh-pasaran yang tinggi.

Kursus ini dapat memberi pendedahan serta pengalaman kepada pelajar dari
segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan,
polisi, prosedur, peraturan, serta perspektif dan etika profesional dalam organisasi.
Selain dari itu, kursus ini juga dapat membina semangat dan sikap positif dan
proaktif dalam kalangan pelajar dan seterusnya mampu meningkatkan keyakinan
untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Unit Perhubungan Latihan Industri Kolej UNITI, Port Dickson, telah diberi
tanggungjawab untuk menempatkan para pelajar untuk menjalani latihan industri di
mana-mana jabatan kerajaan, swasta atau persendirian yang sudi menempatkan
pelajar di dalam organisasi mereka. Maka dengan itu, pelajar-pelajar dapat
mempraktikkan teori yang telah dipelajari untuk digunakan sebaik yang mungkin
sewaktu di alam pekerjaan sebenar sambil menimba pengalaman serta perluaskan
ilmu pengetahuan dalam bidang yang diceburi.

Kesimpulannya, latihan industri banyak memberi latihan, pengalaman, dan


dapat membuka minda para pelajar agar dapat menilai sesuatu pekerjaan dari sudut
pandang yang positif. Diharap pelajar dapat membuat persediaan yang rapi dengan
memantapkan ilmu akademik, memperbaiki kelemahan diri dengan cara
berkomunikasi dan membina keyakinan diri sebelum melangkah ke alam pekerjaan
yang sebenar.

1
2
1.02 Objektif Latihan Industri

1. Membina Keyakinan Diri

Dengan memberikan pendedahan awal kepada para pelajar terhadap dunia


pekerjaan, dapat membina jiwa yang teguh sekaligus memberi gambaran terhadap
suasana dan persekitaran di alam pekerjaan. Contohnya, sikap-sikap pekerja di
sekeliling, tekanan yang bakal dihadapi atau cabaran masa yang bakal menekan diri
dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Hal ini dapat menguatkan lagi mental dan
mendidik kecekalan dalam diri supaya tidak mudah mengalah dan terus yakin dalam
melakukan sesuatu pekerjaan dan tidak takut untuk membuat kesilapan mahupun
bertanya tentang sesuatu perkara yang belum pernah dipelajari.

2. Komunikasi Yang Berkesan

Sistem komunikasi dapat dipupuk dalam diri para pelajar sewaktu menjalani
latihan industri kerana keperluan untuk berkomunikasi demi menyelesaikan sesuatu
tugasan. Proses memperkenalkan diri kepada semua pihak di dalam organisasi
serta pihak ketiga yang terlibat adalah komunikasi dua hala yang sudah pasti akan
terjadi dalam mana-mana alam pekerjaan tidak kira bidang yang diceburi. Maka,
pelajar perlu bersedia dalam menghadapi apa jua situasi dan mestilah mampu
berkomunikasi dengan baik supaya maklumat yang diterima dapat disampaikan
dengan baik, tepat dan jelas.

3. Pendedahan Kepada Alam Pekerjaan

Melalui latihan industri, pelajar akan lebih terdedah kepada situasi yang sebenar
sewaktu di alam pekerjaan. Pelajar akan merasai situasi begini dan ini adalah satu
perkara yang sangat bermanfaat pada masa hadapan. Berbeza dengan keadaan

3
sewaktu di alam pembelajaran di kolej yang hanya perlu hadir ke kelas dan mulakan
rutin pembelajaran dengan mencatat apa yang dibentangkan oleh pensyarah. Hal ini
sangat berbeza apabila seseorang pelajar melangkahkan kaki ke alam pekerjaan
yang mendedahkan mereka kepada dunia yang mencabar dan situasi yang
memerlukan tindakan pantas. Antara kebaikan yang dapat diperolehi adalah
pemikiran yang matang. Bukanlah matang hanya pada sudut gaya atau rupa. Tetapi,
matang dalam membuat keputusan dan memilih jalan yang lebih rasional dan tidak
memberikan impak yang tidak baik.

4. Mendidik Pergaulan Sihat

Alam pekerjaan merupakan satu suasana yang memerlukan tahap sosial yang
tinggi. Di dalam proses bekerja, pelajar akan lebih terdedah kepada banyak jenis
pergaulan dan mungkin terdapat tahap pergaulan yang melampau antara lelaki dan
perempuan seperti gurauan yang melibatkan sentuhan yang boleh dikategorikan
sebagai gangguan seksual. Maka, kita sebagai manusia yang tidak mengira bangsa
atau agama mestilah tahu had pergaulan antara kita terutama sekali apabila
melibatkan jantina yang berlainan. Jangan takut untuk menegur sekiranya
ternampak pergaulan yang melampau antara berlainan jantina atau kes-kes lain
seperti pembulian dan merendah-rendahkan pihak lain. Pengalaman bekerja akan
dapat membuka mata tentang realiti pergaulan yang tidak terkawal terutama sekali
apabila melibatkan pekerja warga asing. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu bimbing
dan beritahu mereka tentang budaya dan persekitaran sebagai negara yang memiliki
jumlah masyarakat islam yang tinggi.

5. Membina Personaliti

Personaliti yang positif juga dapat dibina melalui pengalaman sewaktu


menjalankan latihan industri. Personaliti yang positif sangat penting kepada pelajar
demi menjaga imej tempat pengajian dan juga penting untuk masa depan pelajar.

4
Bagi mencapai matlamat ini, pelajar mestilah menonjolkan diri dan tunjukkan
keyakinan serta tidak terlalu bergantung kepada orang lain. Keberanian bersuara
dan menyatakan pendapat yang rasional mestilah ditunjukkan kepada ramai untuk
menimba ilmu dan merasai pengalaman dan tidak melenting apabila pendapat
ditolak. Selain itu, pengurusan masa seseorang juga menunjukkan tahap disiplin
mereka kerana orang yang tidak pandai menguruskan masa sering mengalami
masalah kerana sikap bertangguh dan tiada disiplin diri dalam tindakan. Seterusnya,
sewaktu bekerja pelajar akan lebih terikat dengan orang di sekeliling. Oleh itu, sikap
kerjasama antara kakitangan organisasi mestilah diterapkan untuk mengelakkan
persekitaran kerja yang tidak baik dan hasil yang caca-merba. Semua perkara ini
penting bagi menunjukkan kepada organisasi tentang personaliti pelajar sekaligus
menunjukkan imej yang baik tentang institusi pengajian.

6. Laporan Industri

Penyediaan laporan industri dapat mendidik pelajar untuk patuh kepada arahan
dan menyediakan satu laporan yang lengkap dan teratur. Selain itu, ia juga mendidik
pelajar untuk menguruskan masa sewaktu di luar waktu bekerja atau waktu lapang
agar tidak dibazirkan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat.

5
1.03 Objektif Laporan Latihan Industri

Setelah 14 minggu menjalani latihan industri di syarikat Joo Lee Import & Export
SDN. BHD., satu buku laporan telah disediakan yang mencatatkan tentang segala
berkaitan latihan yang dijalanan. Antara dari-nya ialah objektif menulis buku laporan.

Terdapat beberapa objektif laporan latihan industri. Pertama, untuk


mendokumentasikan segala tugasan yang dilakukan sepanjang menjalani latihan.
Aktiviti-aktiviti latihan industri yang perlu diikuti pada peringkat awal dicatatkan di
dalam buku laporan sebagai catatan nota untuk memberitahu apa yang telah kita
jalan dan pelajari dari semua aktiviti yang telah dilakukan. Buku laporan juga dapat
berfungsi sebagai rujukan kepada orang lain yang memerlukan-nya.

Yang kedua, pengalaman yang ditimba juga dapat dipertimbangkan melalui


laporan latihan industri yang telah disediakan pelajar. Had pengetahuan dapat diukur
dengan menlai apa yang telah disediakan oleh pelajar berkenaan apa yang mereka
telah lakukan sepanjang latihan di dalam laporan.

Ketiga, laporan latihan industri juga berfungsi sebagai bukti kepada latihan yang
telah diikuti. Setiap gerak-kerja yang dilakukan pelajar akan direkodkan sebagai
bukti. Dengan terhasilnya buku laporan, pihak institusi dapat membuat penilaian
terhadap pelajar tentang kefahaman dan prestasi yang ditonjolkan.

Akhir sekali, buku laporan latihan industri yang baik dan kemas akan dapat
digunakan ketika menjalani temuduga kerjaya. Kerja yang cemerlang tidak akan
bermakna sekiranya dicatat denga baik untuk perkongsian. Oleh itu, penulisan
laporan adalah sesuatu yang memerlukan perhatian khusus dari penulis iaitu para
pelajar itu sendiri. Hal ini juga melatih pelajar untuk mengikuti piawaian yang
ditetapkan institusi.

6
1.04 Kepentingan Latihan Industri

Tedapat banyak faedah dan juga kepentingan menajalani latihan industri. Antaranya
ialah:

1. Memberi Peluang Merasai Alam Pekerjaan

Pelajar dapat mengambil peluang untuk mempraktikkan teori yang telah dipelajari
sambil mempelajari sesuatu yang baru. Selain itu, dapat meluaskan lagi dan
mematangkan fikiran dalam membuat sesuatu keputusan.

2. Menerapkan Disiplin

Di dalam sebuah organisasi, seseorang itu takkan terlepas dari mengikuti apa
yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkenaan tentang peraturan, piawaian serta
tugas-tugas yang diberi. Maka, dengan mengambil bahagian di dalam organisasi,
pelajar perlu menjadi lebih berdisiplin dan barusaha untuk tidak melanggar segala
peraturan yang telah ditetapkan.

3. Menitipkan Sikap Kerjasama

Untuk menikmati alam pekerjaan yang lancar, sikap kerjasama adalah antara
yang terpenting. Tanpa kerjasama, seseorang takkan dapat melakukan tugasan
dengan baik dan sukar mendapatkan maklumat yang lengkap. Amalan kerjasama
bukan sahaja dapat memudahkan tugasan yang dilakukan malah dapat
meringankan beban yang dipikul lebih-lebih lagi apabila melakukan sesuatu
pekerjaan yang berat.

7
8
4. Meluaskan Pengalaman

Mungkin terdapat segelintir pelajar yang pernah merasai alam pekerjaan


sebelum menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Akan tetapi, latihan
industri dapat memberi pengalaman yang lebih luas kerana pelajar akan diberikan
tugasan yang lebih mencabar dan berbagai, yang melingkungi segala aspek kerja
berdasarkan apa kursus yang diambil oleh pelajar.

5. Menarik Minat Dalam Melakukan Pekerjaan

Sewaktu belajar, pelajar akan didedahkan kepada banyak teori dan kurang
aktiviti amali yang menyebabkan pelajar masih samar-samar terhadap bidang yang
bakal diceburi. Maka, di dalam latihan industri, pelajar akan lebih tertarik apabila
dapat melakukan tugasan yang diberi dan mengalami sendiri apa skop tugasan
berdasarkan apa yang telah dipelajari sepanjang tempoh melanjutkan pelajaran.
Kemungkinan untuk melakukan sesuatu yang baru yang belum dipelajari juga tinggi
kerana terdapat juga perkara yang tidak dipelajari sewaktu di institusi pengajian
namun diamalkan oleh sesebuah organisasi sebagai rutin pekerjaan.

6. Etika Pekerjaan

Mungkin kita telah mempelajari etika pekerjaan secara teori, dan mungkin juga
tidak. Tetapi, dengan merasai sendiri suasana pekerjaan dan mengamalkan etika
kerja yang baik, seseorang pelajar mampu membina etika diri dalam bersosial.
Terutama sekali apabila berhadapan dengan pelbagai ragam manusia di tempat
kerja. Suasana yang amat berbeza dapat menyebabkan tekanan. Malah, dapat juga
menguatkan mental dan fizikal seseorang. Amalan etika kerja terletak pada pilihan
seseorang samada untuk mengamalkan atau meninggalkan-nya. Sekiranya kita
tidak selesa dengan seseorang yang tidak beretika di tempat kerja. Kita juga tidak

9
mahu menjadi seperti mereka yang tidak beretika dan membuatkan orang lain pula
yang tidak selesa.

10
2.0 PENGENALAN ORGANISASI

2.01 Latar Belakang Organisasi

Nama organisasi : Joo Lee Import & Export Co Sdn Bhd

Alamat : Lot 97, Jalan Industri 3/5a, Kawasan Industri Rawang


Intergrated, 48000 Rawang, Selangor

No. Telefon : 03-6093 9999

Laman Sesawang : https://www.joolee.com.my/

Status Organisasi : Pemprosesan Makanan, Import & Eskport

Pengarah : Pn. Heng Siang Huang

2.02 Sejarah Organisasi

Joo Lee Import & Export Co Sdn Bhd telah berkecimpung di dalam
perniagaan selama lebih 30 tahun sejak 1987. Ia bermula sebagai syarikat
perdagangan kecil dalam membekalkan makanan laut sejuk beku. Hari ini,
pembangunan dan transformasi syarikat ini berkembang kepada aktiviti import &
eksport dan bukan itu sahaja, syarikat ini juga telah mengembangkan perniagaan-
nya ke dalam sektor pemprosesan di bawah (JL Food Industries Sdn Bhd) yang
dibentuk oleh profesional yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam
perdagangan, sumber, pemprosesan dan mengeksport makanan laut beku ke
pasaran antarabangsa dunia.

Syarikat Joo Lee Import & Export Co Sdn Bhd ialah firma pakar makanan laut
yang berdaya usaha, dalam mendapatkan sumber daripada kawasan perikanan
global dan memilih untuk permintaan pasaran domestik. Mereka merupakan pakar

11
dalam semua jenis produk makanan laut. Produk yang diimport adalah dari lebih 20
buah negara.

Joo Lee Import & Export Co. Sdn. Bhd. berbangga untuk menawarkan
kemudahan yang disediakan oleh syarikat kepada pasaran global. Bahagian
pengeluaran mereka menyediakan perkhidmatan yang termasuk pemotongan ikan,
perkhidmatan pembungkusan semula, bilik pemprosesan buah-buahan, memproses
pelbagai jenis ikan masin dalaman dan makanan nilai tambah. Mereka juga
mempunyai jentera teknologi tertinggi dalam IQF dan Blast Freezer.

Syarikat ini juga sentiasa menaik-taraf sistem penghantaran mereka dan


sentiasa memastikan bahawa produk dalam keadaan yang baik semasa di dalam
penghantaran. Ini kerana mereka menyedari bahawa penghantaran yang pantas dan
menepati masa merupakan perkara yang sangat penting sewaktu berurusan dengan
restoran dan kafe. Syarikat-syarikat lain yang bekerjasama dengan mereka juga
sangat mementingkan nilai menepati masa.

Produk mereka tertakluk kepada kawalan kualiti yang ketat dan keperluan
daripada pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia. Joo Lee Import & Export Co.
Sdn. Bhd. berbangga kerana berjaya dan konsisten memenuhi standard kualiti yang
ditetapkan untuk produk.

Joo Lee Import & Export Co. Sdn. Bhd. komited sepenuhnya untuk menjamin
kualiti tertinggi dan memenuhi piawaian kepuasan pelanggan. Kilang pengeluaran
mereka telah mendapat kelulusan Amalan Pengilangan Baik (GMP) & Analisis
Bahaya Dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP), dan mematuhi sijil ISO 22000:2018,
Lembaga Kesihatan Malaysia dan JAKIM (HALAL). Syarikat ini juga telah
dianugerahkan Anugerah Helang Emas : Helang Cemerlang 2015 anjuran Nanyang
Siang Pau, Akhbar Cina tempatan dan media Malaysia.

Selain daripada sasaran global, Joo Lee Import & Export Co. Sdn. Bhd. juga
mengambil kesempatan untuk mengisi sepenuhnya semua pasaran tempatan. Pada
masa ini mereka merupakan pembekal utama kepada semua pasar raya besar dan
pasar raya di Malaysia, pemborong, peruncit, pengedar dan banyak lagi.

12
Joo Lee Import & Export Co. Sdn. Bhd. juga komited untuk menjadi pembekal
produk berkualiti tinggi kepada tender di Malaysia terutamanya. Pada masa ini
syarikat ini membekalkan produk-nya ke hospital, sekolah, syarikat penerbangan
dan lain-lain. Mereka mengekalkan produk berkualiti-nya melalui pemantauan
keadaan pengangkutan sebelum meneruskan ke penghantaran. Semua produk
makanan laut sejuk beku syarikat ini adalah disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam
dan mempunyai Sijil Halal.

2.03 Visi

Menjadi syarikat import-eksport yang diiktiraf di peringkat global yang memberikan


kualiti, perkhidmatan dan nilai sebagai keutamaan kami untuk memenuhi keperluan
pelanggan, pekerja dan pihak berkepentingan kami.

2.04 Misi

1. Untuk menawarkan kepada pelanggan kami, produk dengan kualiti dan nilai yang
unggul.
2. Untuk menyumbang kepada pertumbuhan masyarakat semasa kami
mengembangkan perniagaan syarikat.

2.05 Halatuju Organisasi

Mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan dekree, peraturan dan regulasi.


Berterusan dalam konsep pembangunan saintifik. Menjadi warga perusahaan yang
berkelayakan.

13
2.06 Carta Organisasi Syarikat

PENGARAH

PENOLONG PENOLONG
PENGARAH 1 PENGARAH 2

PENGURUSAN

QA (EKSEKUTIF JUALAN &


PENTADBIRAN PEROLEHAN
Halal) PEMASARAN

KETUA
PEMPROSESAN

JAMINAN
/KAWALAN
KUALITI

KETUA JABATAN

PEMPROSESAN

LOGISTIK

PEMBUNGKUSAN

14
2.07 Aktiviti Organisasi

Joo Lee Import & Export Co Sdn Bhd ialah sebuah syarikat makanan sejuk-beku
yang beroperasi di Rawang, Selangor. Syarikat ini pada mulanya menjalankan
pemprosesan sumber laut seperti ikan-ikan laut, mollusk, gamat dan sebagainya.
Kini, syarikat ini telah meluaskan pasaran mereka dengan turut memproses buah-
buahan sejuk-beku serta produk makanan lain seperti mochi, durian, bebola ikan,
bebola daging dan daging beku.

Syarikat ini juga turut menjalankan aktiviti import-eksport yang melibatkan


banyak negara termasuk Dubai, Singapura, Vietnam, India dan lain-lain. Antara
teknologi terkini yang diguna-pakai ialah pembungkusan Modified Atmosphere
Packaging (MAP), Blast-freezing, pembungkusan vakum dan mesin pengesan besi
(metal detector).

Joo Lee Import & Export Co. Sdn. Bhd banyak bekerjasama sebagai pembekal
produk makanan laut beku kepada syarikat-syarikat pasar-raya, pemborong serta
peruncit tempatan yang namanya sudah terkenal di serata Malaysia. Produk
berupakan daging lembu dan kambing juga turut mendapat permintaan yang tinggi
samada di pasaran tempatan mahupun di pasaran eksport. Pemprosesan sumber
daging ialah produk yang diproses menjadi daging hancur, hiris, potongan kiub dan
lain-lain.

Syarikat ini juga menguruskan proses pembungkusan mereka sendiri dengan


menggunakan pembungkusan yang ditempah khas. Jenama yang dikeluarkan
syarikat ini ialah termasuk jenama “Happy” dan juga jenama “Saadah”. Kedua-dua
jenama ini bukanlah jenama yang selalu didengari di pasaran tempatan. Namun, ia
menjadi lambang produk yang sangat dikenali dalam pasaran di luar negara.

Organisasi ini juga membeli buah durian dari dusun tempatan yang kemudian-
nya akan diproses dan dieksport. Buah durian yang diproses adalah berkualiti dan
terdiri dari jenis musang king, udang merah, black-thorn, dan D-24 dengan pelbagai
saiz. Buah durian diproses menjadi banyak jenis produk.

15
Khidmat logistik yang digunakan oleh syarikat ini adalah pengangkutan milik
syarikat ini sendiri yang telah mendapat persijilan dan disahkan patuh Halal. Syarikat
ini menjanjikan perkhidmatan logistik yang pantas dan jitu dalam urusan
penghantaran produk ke semua syarikat yang bekerjasama. Syarikat akan
memastikan khidmat logistik sentiasa menepati masa dan menghantar produk dalam
keadaan baik sehingga ke tangan pengguna. Pengangkutan yang digunakan akan
sentiasa di periksa dari masa ke semasa untuk memastikan semuanya menepati
kriteria pengangkutan yang baik.

Produk yang diproses sentiasa disimpan di dalam simpanan beku yang


menggunakan kipas yang sangat laju dan mampu mencapai tahap beku pada suhu -
28 darjah celcius.

Rajah 1.1 : Antara pengiktirafan dan anugerah yang diterima oleh syarikat Joo Lee
Import & Export Co Sdn Bhd

16
Rajah 1.2 : Syarikat Joo Lee Import & Export Co Sdn. Bhd.

17
3.0 PENGENALAN KEPADA JABATAN MELATIH

Organisasi telah menempatkan saya di Jabatan Kawalan Kualiti (QC) sebagai


pembantu kepada Jabatan Jaminan Kualiti (QA) merangkap Eksekutif Halal.
Kawalan kualiti ditakrifkan sebagai sebuah proses semakan kualiti atas kesemua
faktor yang terlibat dalam sebuah proses oleh suatu entiti. Manakala, ISO- 9000 pula
mentakrifkan Kawalan kualiti sebagai “sebahagian daripada pengurusan kualiti yang
tertumpu pada memenuhi keperluan”.

Terdapat tiga (3) aspek dalam kawalan kualiti termasuk elemen seperti kawalan,
pengurusan kerja, proses yang ditakrifkan dan diurus dengan baik, kriteria prestasi
dan integriti, dan pengenalpastian rekod. Yang kedua ialah Kecekapan, seperti
pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan kelayakan. Akhir sekali ialah Elemen
lembut, seperti kakitangan, integriti, keyakinan, budaya organisasi, motivasi,
semangat berpasukan dan perhubungan yang berkualiti.

Tugas yang diberikan sebagai Kawalan Kualiti (QC) adalah untuk membuat
pendokumentasian dan kemaskini apa-apa borang dan dokumen yang berkaitan,
memantau aktiviti pemprosesan yang dijalankan, memastikan skop keselamatan dan
kesihatan pekerja dipatuhi, dan memahami aliran penuh pemprosesan yang
dijalankan berdasarkan Standard Prosedur.

Tugasan yang berikut telah diberikan oleh organisasi demi memastikan kualiti
produk yang dihasilkan mengikut kehendak dan piawaian yang telah ditetapkan.
Produk yang berkualiti dapat menjamin kepuasan pengguna sekaligus meningkatkan
hasil jualan.

18
3.01 Carta Jawatankuasa Halal Dalaman

Director

Halal
Coordinator

Office Business
QA/QC Operation Logistic
Management Development

Sales &
Operator Line Leader Forklift Driver
Executive

Operator

19
4.0 TUGAS-TUGAS SPESIFIK

4.01 Bulan Februari

Setelah menjalani latihan industri di syarikat Joo Lee Import & Export Co. SDN.
BHD., saya telah mula mempelajari banyak perkara baru. Bermula sejak hari
pertama melaporkan diri, saya telah belajar cara untuk mencari sumber melalui fail-
fail yang telah dibekalkan. Tugasan pertama dalam latihan industri yang dijalankan
adalah untuk memahami aliran proses yang dijalankan di tempat pemprosesan serta
prosedur pemprosesan yang betul.

Selain itu, saya juga turut diberikan fail yang berkaitan dengan polisi syarikat,
carta Jawatan Kuasa Halal Dalaman (JKHD), bahan-bahan yang digunakan, Pusat
Kawalan Kritikal Halal (HCCP) dan pelbagai maklumat berkaitan syarikat serta
pemprosesan yang dijalankan.

Selepas itu, penyelia telah membawa untuk melawat kawasan pemprosesan


untuk melihat aktiviti yang dilakukan sambil memperkenalkan kepada pekerja-
pekerja dan penyelia pemprosesan yang bertugas. Sewaktu lawatan dijalankan,
penyelia latihan industri telah menegur beberapa orang yang melakukan kerja tidak
mengikut prosedur yang betul.

Saya juga telah didedahkan kepada sistem pengisian My e-Halal, pendaftaran


produk dan pengemaskinian maklumat berkaitan syarikat dan produk di laman web
tersebut. Terdapat banyak perkara baru yang dapat dipelajari tentang produk halal
hanya melalui satu laman web ringkas.

Saya juga telah mengenali semua ahli yang ada pada carta organisasi syarikat
dari jabatan tertentu dan berusaha untuk menjalankan tugasan yang diberi dengan
baik.

20
Kemudian, saya telah mendapat tugasan untuk melakukan semakan ke atas
segala produk yang telah didaftarkan dan memastikan bahan ramuan yang diisi
adalah betul berdasarkan borang produk yang diproses.

Selain itu, saya turut melakukan kemaskini persijilan bahan-bahan mentah


yang telah tamat tarikh luput kepada tarikh luput yang baru mengikut sijil
pengiktirafan halal yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) untuk bahan yang tersebut dan turut mengemaskini nama bahan mentah
yang digunakan.

Saya juga telah mendapat tugasan untuk meneliti setiap prosedur dan cuba
untuk menghasilkan prosedur baru yang lebih baik. Pada mulanya, tugasan ini agak
mencabar kerana memerlukan teknik pemerhatian yang sangat tinggi.
Walaubagaimanapun, satu prosedur telah dikenalpasti sebagai titik lemah dalam
pemprosesan iaitu penggunaan bakul untuk meletekkanbahan mentah dan setelah
melalui beberapa proses pengumpulan data, saya telah mengusulkan prosedur yang
lebih baik.

Antaranya ialah, pekerja di bahagian pemprosesan perlu Menyusun bakul


yang digunakan mengikut warna atau istilah “colour-coding” untuk memudahkan
penggunaan warna bakul yang betul dan mengelakkan penggunaan bakul yang
digunakan sebagai alas di atas lantai untuk mengisi bahan mentah.

Seterusnya, prosedur pemakaian apron pakai-buang juga telah diusulkan


kerana pekerja telah dilihat membuang apron pakai-buang yang masih elok dan
bersih. Oleh itu, kawalan ke atas alat pelindung diri (P.P.E) telah dibuat dan dikawal
oleh kawalan kualiti (QC) yang bertugas demi mengelakkan terjadi pembaziran ke
atas sumber syarikat.

Saya juga kerap membuat lawatan ke kawasan pemprosesan untuk


memerhati pemprosesan yang dijalankan sebagai langkah untuk memahami aliran
pemprosesan supaya lebih mudah untuk menyediakan dokumen Sistem Jaminan
Halal. Terdapat beberapa kali dapat dilihat yang pekerja telah melanggar prosedur
pemprosesan untuk membuat kerja yang mudah. Contohnya adalah, dengan
menghentakkan bahan mentah di atas lantai untuk memisahkan-nya. Pekerja
tersebut telah ditegur atas tindakannya itu.

21
Kemudian, saya telah ditugaskan untuk bekerja di kawasan pemprosesan
sehingga diberi arahan baru. Sewaktu di tempat pemprosesan, tugas pertama yang
dilakukan adalah memantau aktiviti pemprosesan yang dijalankan oleh operator
yang bertugas. Saya sebagai kawalan kualiti perlu memastikan setiap pekerja
mematuhi prosedur pemprosesan yang dijalankan seperti pemakaian alat perlindung
diri (P.P.E) yang sentiasa dalam keadaan baik.

Selain itu, pekerja juga perlu dipastikan tidak memakai sebarang aksesori
atau membawa telefon bimbit ke dalam kawasan pemprosesan demi mengelakkan
kecuaian sewaktu bekerja. Sekiranya pekerja telah ditangkap membawa telefon
bimbit, telefon bimbit tersebut akan dirampas sementara dan pekerja tersebut akan
menghadapi sesi kaunseling selama beberapa hari sebelum telefon bimbit mereka
dipulangkan semula.

Selain masalah telefon bimbit, terdapat segelintir pekerja asing yang


membawa makananan ke dalam kawasan pemprosesan. Perkara ini melanggar
prosedur di kawasan pemprosesan dan dapat menganggu etika kebersihan yang
perlu diamalkan. Syarikat telah membuat peraturan tentang perkara tersebut dan
mana-mana pekerja yang didapati makan ketika bekerja boleh dikenakan denda
sebanyak RM 100.00. Oleh itu, sebagai salah seorang yang bertugas menjaga
kualiti pemprosesan serta produk, saya perlulah memerhati kelakuan semua pekerja
dengan adil dan tanpa memilih bulu.

Di samping itu, saya bertugas di kawasan pemprosesan pemfiletan ikan. Jadi,


saya tidak melepaskan peluang untuk mempelajari teknik filet ikan dari pekerja di
situ. Selama beberapa hari melakukan pemantauan sambil membantu proses filet
ikan, saya telahpun mahir dan dapat melakukan kerja hampir setanding dengan
pekerja yang lain.

Proses filet ikan terdiri dari beberapa prosedur. Pertama, ikan beku akan
diterima dari pihak pembekal di dalam tong ais yang besar dan banyak. Suhu ikan
yang sampai adalah sekitar -10 hingga -13 darjah celcius. Selepas itu, ikan itu akan
direndam di dalam tong dengan air yang mengalir untuk mempercepatkan proses
nyah-beku sebelum diproses dengan lebih lanjut. Kemudian-nya, sisik ikan akan

22
dibuang dengan menggunakan sebuah mesin yang dilengkapi dengan berus yang
besar dan kasar sambil disirami air mengalir oleh seorang pekerja demi memastikan
sisik ikan yang tertanggal akan mengalir ke dalam tong Pengumpulan sisik agar
mudah dibuang. Setelah selesai proses tersebut, ikan-ikan tersebut akan
dipindahkan untuk proses pembuangan sisik secara manual pula. Proses ini
dilakukan untuk memastikan bahan mentah bersih dari sisik sebelum diproses lagi
demi menjaga kualiti produk dan kepuasan hati pengguna.

Seterusnya, ikan-ikan tersebut akan mula dipotong atau filet oleh beberapa
orang yang bertugas untuk membuang kepala ikan, filet, buang tulang pada isi filet
dan mencuci filet yang siap. Akhir sekali, ikan yang telah menjadi filet akandisusun di
dalam bakul sehingga ketinggian yang tidak melebihi paras kepala seterusnya
disimpan di dalam penyejuk-beku letupan yang ditetapkan pada suhu -18 darjah
celcius sebelum proses pembungkusan pada hari yang berikutnya.

Setelah suhu filet diperiksa pada hari berikutnya dan mencapai tahap suhu
antara -13 hingga -20 darjah celcius, filet akan dikeluarkan untuk pembungkusan.
Pembungkusan filet ikan adalah di dalam plastik gred makanan ditimbang ditimbang
sehingga 1kilogram bagi setiap pembungkusan kemudian disusun di dalam kotak
mengikut nama produk dan jenis yang betul. Kotak pembungkusan yang lengkap
akan ditampal label produk dengan tarikh pemprosesan, tarikh luput serta nombor
kumpulan. Produk akan disusun di atas palet besi yang disediakan dan di bungkus
dengan plastik pembungkus untuk mengelakkan produk jatuh dari palet sewaktu
dipindahkan kemudian-nya disimpan di dalam simpanan beku sebelum dihantar
kepada pihak-pihak tertentu.

Pada minggu tersebut juga, saya dapat meningkatkan kemampuan untuk


membimbing dan memberi arahan kepada pekerja yang bekerja bersama. Tanpa
arahan yang jelas dan kerjasama yang baik, amat sukar untuk bekerja dengan baik
dan dapat menyebabkan suasana kerja yang tidak teratur.

Walaupun berhadapan dengan isu halangan bahasa kerana bekerja bersama


pekerja asing, namun itu bukan penghalang untuk terus melakukan tugas dengan
baik. Terdapat beberapa cara untuk menghadapi masalah bahasa seperti dengan

23
menunjukkan cara kerja atau meminta bantuan seseorang yang mampu memahami
apa yang dikatakan dan lain-lain cara lagi bergantung kepada cara kerja seseorang.

Kali ini saya telah ditugaskan untuk mula menulis rekod verifikasi seperti
bahan mentah yang digunakan, suhu bahan mentah, jumlah produk yang dihasilkan
dan juga nombor palet yang menempatkan produk. Tujuan menulis rekod ini adalah
untuk memudahkan proses pengiraan serta data yang boleh digunakan untuk
menjangka keuntungan syarikat, memudahkan proses penarikan produk sekiranya
terjadi masalah ke atas bahan mentah atau produk dan sebagainya, dan juga
memudahkan proses audit.

Saya telah difahamkan bahawa setiap pemprosesan mempunyai borang


rekod yang tersendiri dan telah disusun di dalam fail yang ditempatkan di bilik
pengurusan jualan. Jadi, sebelum memulakan pemprosesan, kawalan kualiti yang
terlibat perlu mengambil borang yang berkaitan di dalam fail dan mencatat tarikh,
hari, nama produk, nombor kumpulan produk dan lain-lain maklumat yang berkaitan.
Pengisian borang rekod verifikasi perlu dilakukan setiap hari selagi pemprosesan
masih dijalankan. Borang-borang yang di isi pada hari berkenaan akan dikepilkan
bersama agar mudah untuk melakukan penelitian semula oleh ketua bahagian
pemprosesan dan sewaktu penggunaan audit dan sebagainya. Kesilapan sewaktu
mengisi borang rekod dapat menjejaskan rekod keseluruhan pada bahagian rekod
bahan mentah sehingga ke bahagian pengurusan produk.

Selain itu, saya turut membantu pekerja lain dalam melakukan pemprosesan
filet ikan. Tugas yang terlihat ringan itu sangat memerlukan fokus yang tinggi serta
stamina yang sangat banyak. Sekiranya pekerja hilang fokus atau penat, perkara
seperti ini dapat mengakibatkan kemalangan sewaktu mengendalikan peralatan
tajam. Oleh itu, sebagai pekerja yang memantau aktiviti pemprosesan, saya perlu
memastikan bahawa semua pekerja dalam keadaan kesihatan yang baik dan fokus.
Sekiranya terdapat pekerja yang penat atau kurang fokus, pekerja tersebut akan
diarahkan untuk rehat seketika sehingga 10 minit sebelum menyambung tugas
mereka.

Saya turut memantau dan memastikan bahawa tiada pekerja yang makan,
membawa telefon bimbit atau melanggar mana-mana peraturan yang telah

24
ditetapkan oleh syarikat. Sebagai seorang yang diberi tanggungjawab yang sangat
besar, saya perlu bersikap tegas terhadap semua pekerja di bahagian pemprosesan.

Seterusnya, saya telah diberikan cabaran oleh penyelia untuk mengumpul


maklumat aliran pemprosesan untuk digunakan dalam tugasan lanjut. Oleh kerana
itu, saya telah meneliti semua aliran pemprosesan dari hari ke hari dan membuat
catatan secara lengkap berkaitan jenis bahan mentah yang diproses, teknik
pemprosesan serta perincian dari setiap yang dilakukan sepanjang pemprosesan
sehingga ke pembungkusan produk tersebut. Dalam tempoh masa seminggu, saya
telah berjaya mengumpul data berkaitan empat (4) produk makanan laut yang terdiri
dari ikan merah filet, hirisan ikan merah bersaiz besar (L), hirisan ikan merah bersaiz
sederhana (M) dan juga kepala ikan merah.

Di penghujung bulan ini, satu aktiviti cucian dan sanitasi secara besar-
besaran telah dijalankan sebagai rutin yang ditetapkan syarikat. Semua peralatan,
kawasan pemprosesan yang telah digunakan serta bilik simpanan beku sementara
telah dibersihkan dan dicuci dengan sebersihnya. Segala palet besi dan kayu yang
telah digunakan akan disusun semula di tempat yang telah ditetapkan. Setelah
selesai aktiviti pencucian dan sanitasi, alat pelindung diri (P.P.E) akan dikumpulkan
di dalam sebuah bakul untuk dicuci dan dikeringkan sebelum digunakan semula
pada minggu seterusnya.

Di sebalik tugasan yang dilakukan sepanjang bulan pertama ini, terdapat


banyak objektif yang dapat ditentukan. Contohnya, dengan melakukan kemaskini
maklumat produk dan bahan halal di dalam laman sesawang My e-Halal, dapat
mengelakkan berlaku kekeliruan antara pengguna, Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dengan syarikat pemprosesan. Ini bukan sahaja memudahkan
pihak pengguna dan pengesahan malah turut memberi banyak faedah kepada
syarikat kerana lebih memudahkan proses audit produk. Pengenalan lawan
sesawang My e-Halal juga banyak memudahkan pihak syarikat di seluruh Malaysia
untuk mendaftarkan produk yang dikeluarkan oleh mereka. Ia bukan sahaja pantas,
malah dapat dilakukan dimana sahaja.

25
Selain itu, dengan melakukan pemantauan terhadap aktiviti pemprosesan,
saya dapat mempelajari secara mendalam tentang aktiviti yang dilakukan pada
setiap peringkat di dalam pemprosesan. Apabila sudah memahami setiap aktiviti,
saya dapat mengenalpasti Titik Kawalan Kritikal bagi setiap aktiviti tersebut samada
dari mula penerimaan bahan mentah sehingga ia dibungkuskan dan disimpan di
dalam simpanan beku. Melalui perkara ini juga, saya dapat mengenalpasti bahawa
terdapat pekerja yang melakukan pekerjaan mereka tanpa mengikut prosedur
pemprosesan yang betul. Walaubagaimanapun, ia tidak membahayakan pekerja dan
tidak menyebabkan kerosakan kualiti ke atas produk. Dengan itu, perkara tersebut
dapat dijadikan contoh untuk mengeluarkan prosedur yang lebih baik dan pantas.

Seterusnya, antara perkara penting di dalam sebuah organisasi adalah untuk


mengenali ramai jika tidak mampu mengenali semua pekerja di dalam organisasi.
Dengan mengenali setiap pekerja yang terlibat di dalam organisasi dapat
memudahkan saya untuk membuat rujukan dengan pekerja yang tertentu. Apabila
menghadapi masalah buat kali pertama dan tidak mengenali ramai pekerja,
membuat kerja saya menjadi tidak teratur dan sukar untuk rujuk kepada orang yang
lebih tahu. Ini menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti membuang
masa dan melambatkan aktiviti pemprosesan.

Selepas itu, kawalan penukaran dan pembuangan alat pelindung diri (P.P.E)
dilakukan adalah untuk mengurangkan kos pembelian. Perkara ini sangat penting di
samping dapat mendidik pekerja-pekerja untuk mengamalkan disiplin untuk
membuat keputusan yang baik. Alat pelindung diri yang masih dalam keadaan baik
tidak seharusnya dibuang begitu sahaja terutama sekali jika masih bersih sekaligus
dapat membantu menjaga alam sekitar.

Kemudian, saya perlu memantau dan memastikan pekerja tidak membawa


masuk makanan atau telefon bimbit ke tempat pemprosesan. Hal ini adalah kerana
penggunaan telefon bimbit mampu membuatkan pekerja hilang fokus sewaktu
bekerja kerana berkemungkinan mendapat panggilan telefon atau melayari media
sosial. Perkara seperti ini dapat menyebabkan kemalangan di tempat kerja.
Larangan membawa makanan pula adalah supaya dapat mengekalkan jaminan
halal serta kualiti produk. Ia akan menjadi masalah yang besar sekiranya pengguna
membuka produk lalu menjumpai sesuatu yang tidak sepatutnya berada di dalam

26
produk. Turut merisaukan juga sekiranya ada pekerja asing yang memakan sejenis
makan berunsur daun sirih. Makanan ini merupakan kegemaran kebanyakan pekerja
asing berjantina lelaki dan apabila mereka memakan-nya, mereka akan mula
meludah di merata tempat yang menyebabkan pelanggaran etika kebersihan di
dalam pemprosesan makanan.

Kemudian, penulisan rekod dilakukan adalah untuk merekod semua


maklumat yang berkenaan dengan bahan mentah dan produk. Dengan rekod ini,
segala kesilapan atau keraguan dapat dikenal-pasti semula. Selain itu, sekiranya
terjadi perkara seperti isu penarikan semula produk, ia akan dapat dilakukan dengan
mudah kerana segala rekod telah terkumpul dan hanya perlu meneliti semula
berdasarkan tarikh serta nombor kumpulan pemprosesan.

Rajah 2.0 : Perbuatan pekerja yang telah melanggar prosedur pemprosesan.

27
Rajah 2.1 : Proses membuang sisik serta sirip ikan sebelum diproses menjadi
filet.

28
4.02 Bulan Mac

Saya telah mendapat arahan untuk menjalani latihan di bahagian pemprosesan


daging beku. Terdapat banyak jenis daging yang di-import seperti daging kambing,
lembu, dan ayam. Setiap jenis daging pula terbahagi kepada beberapa jenis
bahagian pemprosesan seperti daging paru-paru, hati, stik dan lain-lain. Saya telah
ditempatkan untuk membantu di bahagian pemotongan daging yang menguruskan
semua bahagian. Oleh itu, saya perlu ingat saiz dan spesifikasi potongan setiap
bahagian daging untuk diarahkan kepada pekerja yang mengendalikan mesin
pemotong. Saya turut membantu untuk menimbang berat daging beku dan
mencatatkan-nya di dalam rekod verifikasi. Antara tugas lain yang dilakukan adalah
membantu untuk membersihkan dan menyediakan semua yang diperlukan untuk
proses audit. Saya telah mengambil tugas untuk menyediakan pelabelan mesin yang
telah didaftarkan dan menampal di setiap mesin di seluruh kawasan pemprosesan.
Saya juga ada melakukan proses penentu-ukuran ke atas semua mesin penimbang
yang digunakan di dalam pemprosesan. Proses penentu-ukuran mesin penimbang
melibatkan pemberat yang beratnya mencecah sehingga 10kilogram dan berjumlah
30kilogram semuanya.

Selain itu, saya telah terlibat di dalam aktiviti audit dalaman. Audit dalaman telah
diketuai oleh Eksekutif Halal iaitu Pn. Nurafiqah Aqilah dan beliau sangat teliti dalam
menjalankan tugas. Setiap kawasan pemprosesan, penerimaan bahan mentah serta
tempat penyimpanan produk telah diperiksa secara mendalam.

Seterusnya, saya telah ditempatkan di bahagian pembungkusan produk. Yang


pertama adalah pembungkusan daging beku yang telah dipotong. Saya akan
memasukkan daging yang telah dipotong ke dalam plastic gred makanan kemudian
ditimbang untuk mendapatkan berat yang sepatutnya bergantung kepada bahagian
daging. Selepas itu, produk akan dimasukkan pula ke dalam kotak mengikut saiz
dan ditutup dengan menggunakan pita pelekat. Produk yang siap dibungkus akan
ditampalkan label yang dicetak mengikut hari, tarikh dan nombor kumpulan. Akhir
sekali produk akan disusun di atas palet dengan susunan yang betul dan tidak
melebihi jumlah kotak yang telah ditetapkan bagi setiap palet besi. Palet tersebut
akhirnya akan dibalut dengan menggunakan pembalut plastik. Kedua, saya telah

29
melakukan pembungkusan produk makanan laut. Produk makanan laut terbahagi
kepada ikan, udang, kerang dan lain-lain lagi. Untuk produk ikan, saya perlu
menimbang dahulu ikan yang telah dipotong untuk mendapatkan berat yang
ditentukan. Seterusnya, ia akan dimasukkan ke dalam plastik pembungkus ber-gred
makanan dan memastikan plastik pembungkus dalam keadaan baik. Plastik itu
kemudian-nya akan dikedapkan dengan menggunakan mesin pengedap semi
automatik yang akan menggerakkan produk ke dalam tong besi. Dengan
penggunaan mesin tersebut, pekerja hanya perlu menyusun produk dengan betul di
atas mesin dan lebih mudah dari melakukan secara manual. Produk yang telah
dibungkus akan disusun di dalam kotak mengikut jenis ikan yang diproses dan
ditampal label yang telah dicetak mengikut tarikh diproses, tarikh luput, nombor
kumpulan dan berat. Yang ketiga adalah pembungkusan produk moluska seperti
kerang, lala dan skalop. Pembungkusan produk jenis moluska adalah lebih kurang
sama seperti pembuungkusan produk ikan. Cuma, ia melibatkan proses
pengeluaran bahan dari plastik pembungkusan awal, kemudian ditimbang semula
lalu dibungkuskan dan ditampal label. Pemprosesan ini juga dikenali sebagai
pembungkusan semula dan selalunya dilakukan oleh syarikat kecil (SME) selain dari
proses penjenamaan semula. Saya juga turut membantu pekerja lain untuk
melakukan tugas lain seperti membersihkan kawasan pemprosesan, mencuci mesin
dan utiliti dan menyediakan utiliti seperti pita pelekat dan pisau.

Antara objektif yang ingin dicapai adalah, dengan mencatat rekod verifikasi di
dalam pemprosesan, segala maklumat tentang produk akan memudahkan apabila
perlu melakukan penelitian atau urusan-urusan lain yang melibatkan produk dan
bahan mentah. Teknik penelitian dan merekod maklumat telah digunakan sewaktu
melakukan catatan borang rekod verifikasi. Saya perlu memastikan maklumat pada
bahan mentah, produk, palet dan sebagainya, tepat dengan apa yang perlu
dicatatkan di dalam borang rekod verifikasi. Selain dari itu, pematuhan prosedur
dapat dicapai dengan melakukan pemprosesan sesuai dengan apa yang telah
ditetapkan dan diarahkan berbanding dengan melakukan pemprosesan tanpa
mengikut sebarang arahan atau tidak patuh dengan prosedur. Usaha yang terlibat di
dalam proses ini adalah memahami langkah-langkah yang terlibat dan prosedur

30
yang telah ditetapkan di dalam sesebuah pemprosesan. Untuk melakukan perkara
tersebut, saya mestilah rajin membaca dan melibatkan diri di dalam pemprosesan.
Dengan usaha ini, saya dapat mengingati prosedur dan aliran pemprosesan dengan
lebih baik berbanding dengan hanya mengingati secara teori. Seterusnya, objektif
merekod bahan mentah adalah untuk mengira jumlah bahan mentah yang
digunakan dibandingkan dengan jumlah produk yang telah dikeluarkan. Teknik yang
terlibat adalah teknik pengiraan yang telah dipelajari di dalam subjek kos &
perakaunan. Untuk membuat kiraan, saya perlu mendapatkan jumlah berat bahan
mentah yang telah dikeluarkan kemudian membahagikan dengan berat produk.
Maka, akan dapat jumlah produk yang sepatutnya dikeluarkan mengikut bahan
mentah yang telah digunakan dan membuat perbandingan dengan jumlah produk
yang ada. Objektif dari proses ini adalah untuk mendapatkan cara untuk mencari
jalan yang terbaik dalam pemprosesan supaya dapat mencapai keuntungan yang
tinggi sambil mengeluarkan modal pada tahap minima.

31
4.03 Bulan April

Pada awalnya saya telah ditempatkan di kawasan pemprosesan buah durian.


Buah durian menghasilkan banyak jenis produk seperti durian beku sebiji, durian
beku yang dipaketkan seulas, pes durian dan juga mochi durian. Terdapat juga
banyak jenis durian seperti durian musang king, D24, udang merah dan sebagainya.
Produk berunsurkan buah durian adalah khas untuk dieksport ke pasaran negara
Cina sahaja. Sewaktu di tempat pemprosesan durian, saya melakukan kerja
pemebersihan durian yaitu dengan memberus buah durian untuk membuang habuk,
daun atau apa-apa kotoran yang melekat pada buah. Buah durian yang bersih
diletakkan di dalam bekas kemudian akan dibawa ke penyejuk-beku letupan untuk
dibekukan. Buah durian yang sudah pecah pula akan diasingkan untuk dibuka dan
ambil isinya. Isi yang dikeluarkan akan diproses menjadi produk baru sekiranya
masih elok dan boleh dimakan. Selepas itu, saya telah diajar cara-cara untuk
memeriksa kualiti dan suhu buah durian yang akan diproses. Untuk memeriksa,
saya perlu menggunakan mesin penebuk dan juga termometer. Buah durian akan
ditebuk sehingga mencecah bahagian isi. Kemudian, termometer akan dimasukkan.
Suhu yang ideal adalah sekitar -18 darjah celcius dan jika suhu lebih tinggi iaitu
mencecah sehingga -13 darjah celcius ditakuti akan memberi masalah sewaktu
proses pengeksportan. Selain itu, saya turut melakukan tugas menyusun isi durian
yang dipaketkan di atas mesin vakum dan kedap. Durian yang siap dipaketkan akan
disusun di dalam bekas yang dikhaskan untuk pembungkusan suasana yang diubah
suai (MAP). Seteleh siap proses tersebut barulah produk akan dimasukkan ke dalam
bekas polisterin, dibalut dan ditampalkan label. Saya juga turut melaksanakan tugas
menyediakan pelabelan yang perlu disunting tarikh proses, tarikh luput, nombor
kumpulan dan nama produk.

Setelah dua minggu menjalankan tugas di kawasan pemprosesan durian, saya


telah dipindahkan ke kawasan pemprosesan bebola. Pertama sekali, saya perlu
melakukan pengubahan pelabelan untuk proses pengauditan. Terdapat banyak label
yang perlu diubah untuk mengemaskini bahan yang digunakan serta jenama yang
telah ditukar. Setelah melalui beberapa proses suntingan dan mendapat pelepasan
dari penyelia di tempat pemprosesan, label-label tersebut dicetak untuk dibuat
sebagai sampel. Setelah itu, saya mempelajari cara-cara untuk memproses bahan

32
mentah berupakan daging dan ikan hancur menjadi bebola. Untuk menghasilkan
campuran bebola, dua orang pekerja akan memasukkan bahan yang telah
disediakan seperti tepung, daging atau ikan hancur, garam dan sebagainya.
Kemudian, campuran bebola diisi ke dalam mesin seterusnya. Pemprosesan ini
sangat bergantung kepada mesin semi-automatik yang akan mengeluarkan
campuran bebola mengikut berat yang ditetapkan setiap sebiji. Selepas itu, pekerja
perlu membentuk bebola menggunakan tangan di sepanjang tali pinggang
penghantar. Bebola yang sudah terbentuk akan diletakkan kedalam tong besi yang
besar untuk direbus. Saya akan memastikan bebola yang direbus adalah pada suhu
yang tepat dan tidak terlalu lama kerana proses merebus hanya untuk menganjalkan
bebola sebelum dibekukan. Bebola yang siap direbus akan disusun di dalam dulang
yang kemudian-nya akan disusun di atas rak bertingkat untuk dimasukkan ke dalam
mesin penyejuk-beku letupan. Bebola yang dibekukan dibungkus di dalam plastik
be-gred makanan, dikedapkan dengan mesin pengedap, ditampal label pada setiap
plastik pembungkus, disusun di dalam kotak tertentu, dan akhirnya ditampal label
pada kotak. Saya juga membuat rekod verifikasi pemprosesan produk bebola yang
tidak jauh berbeza dari rekod verifikasi produk-produk sebelumnya. Dan di akhir
bulan tersebut, pekerja di bahagian pemprosesan melakukan pencucian dan sanitasi
secara besar-besaran yang telah dijadikan rutin.

Tujuan pembersihan buah durian dibuat adalah supaya produk terlihat bersih dan
cantik sebelum dimakan oleh pelanggan. Produk yang berkeadaan baik dan cantik
akan lebih menarik minat pelanggan untuk terus membeli kerana jangkaan kualiti
pelanggan terhadap produk dirasakan lebih terjamin berbanding produk yang tidak
dijaga penampilan-nya meskipun rasa produk yang sama bagus. Penampilan produk
juga merupakan salah-satu dari teknik pengiklanan yang dapat digunakan untuk
menarik minat pembeli untuk mencuba sesuatu produk. Ini kerana manusia turut
mementingkan impresi pada pandangan pertama. Selepas itu, suhu produk telah
ditetapkan untuk dibekukan sehingga suhu yang tertentu. Hal ini adalah untuk
menjamin ketahanan produk sehingga jangka masa yang sangat panjang. Sewaktu
produk dipindahkan dari suatu tempat ke suatu tempat, atau dieskport ke negara
lain. Ia akan mengambil masa yang sangat panjang dan jika produk tidak dibekukan
dengan baik sehingga suhu tertentu, produk akan mula menjadi rosak akibat dari

33
pertumbuhan bakteria yang mula membiak pada suhu yang tinggi dan tahap
kelembapan yang diperlukan oleh bakteria untuk membiak. Selain itu, objektif yang
boleh didapatkan dari aktiviti mengasingkan buah durian yang sudah pecah adalah
supaya dapat menjimatkan kos dengan menghasilkan produk baru dari isi durian
yang masih boleh digunakan dan berkualiti. Seperti yang kita tahu, isi durian yang
telah dikeluarkan selalunya akan dijual lebih mahal kerana kos pemprosesan untuk
mengeluarkan isi durian telah diambil kira kerana ia juga mengambil masa yang
lebih lama untuk diproses. Oleh itu, syarikat akan mendapat untung yang lebih baik
berbanding jualan buah durian yang belum dikupas dan segelintir pengguna lebih
gemar produk yang boleh terus dimakan. Seterusnya, pemeriksaan suhu yang
dilakukan terhadap buah durian yang dibekukan adalah bertujuan sebagai satu
sistem jaminan kualiti terhadap produk. Pemeriksaan suhu terhadap produk mestilah
dibuat dengan menggunakan alat yang telah ditetapkan seperti di dalam prosedur
supaya dapat mengelakkan berlakunya kesilapan di dalam proses. Adakalanya
produk hanya beku dari luaran kerana proses pembekuan tidak mencecah sehingga
ke bahagian isi yang terdapat di dalam buah durian. Jika proses pemeriksaan suhu
tidak dijalankan, terdapat kemungkinan bahawa produk akan rosak sewaktu
dipindahkan atau dieskport dan pengguna yang telah membeli produk akan menjadi
tidak berpuas hati dengan kualiti produk yang dikeluarkan. Ini juga akan memberi
kesan kepada syarikat kerana perlu melakukan prosedur penarikan produk yang
berpunca dari aduan pengguna sepertimana yang termaktub di dalam Akta &
Peraturan Makanan Malaysia. Kemudian, produk dari isi durian dipaketkan dengan
menggunakan mesin vakum atau pembungkusan suasana yang diubah-suai (MAP)
kerana pembungkusan jenis begini akan dapat mengelakkan pertumbuhan bakteria
pada makanan pada jangka masa yang lama dan akan membuatkan produk dapat
bertahan dengan lebih lama berbanding dengan pembungkusan dengan
pengedapan plastik yang biasa. Maka, produk akan dapat bertahan di pasaran
sehingga lebih setahun dan syarikat juga tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak
ke atas proses penarikan produk yang telah luput tarikh. Objektif dari tugasan
suntingan pula adalah untuk mengemaskini bahan yang digunakan atau nama
bahan yang boleh berubah dari masa ke semasa. Mana-mana produk yang
mempunyai pelabelan atau bahan digunakan yang tidak sama seperti apa yang
telah didaftarkan, boleh dikenakan dengan yang sangat tinggi kerana melanggar
perundangan pemprosesan makanan di Malaysia. Nama bahan yang rumit seperti
34
Sodium Glutamat juga ditukar kepada garam untuk memudahkan lagi pengguna
untuk memahami isi kandungan bahan yang terdapat di dalam produk.

Rajah 3.1 : Produk durian Musang King yang dibungkus dengan menggunakan
teknologi vakum untuk di-eksport ke negara Cina.

Rajah 3.2 : Kopi berperisa durian jenama Happy di bawah syarikat Joo Lee Import &
Export Co Sdn Bhd dengan kerjasama dari syarikat tempatan.

35
36
4.04 Bulan Mei

Saya telah ditempatkan di pemprosesan daging beku yang menjalankan proses


pemotongan, timbang dan pembungkusan daging. Saya telah melakukan tugas
seperti menimbang berat produk, membantu pembungkusan, dan mencatatkan
rekod verifikasi pemprosesan. Saya juga telah menyediakan kelengkapan alat
pelindung diri untuk pekerja pemprosesan seperti sarung tangan pakai buang,
topeng muka dan apron pakai buang dan menyusun alat pelindung diri di bilik
persalinan pakaian. Selepas itu, saya membantu proses pencucian dan sanitasi
yang dijalankan sebelum dan selepas waktu bekerja. Pekerja akan mencuci mesin
dan utiliti dengan menggunakan berus dan pemancut air tekanan tinggi. Setiap sudut
mesin akan dicuci dan digosok sehingga bersih dan memastikan tidak ada sisa
pemprosesan yang tertinggal. Setelah siap proses pencucian dan sanitasi, saya
akan menyerahkan catatan rekod verifikasi yang telah disediakan kepada ketua
bahagian pemprosesan untuk penelitian semula dan pengesahan. Selain itu, saya
juga turut terlibat di dalam proses audit yang telah dijalankan oleh syarikat luar yang
mengaudit pemprosesan daging. Syarikat tersebut memerhatikan pemprosesan
daging yang dijalankan sehingga ke proses pembungkusan. Bahagian mesin
pengesanan logam di dalam produk adalah antara bahagian yang penting dan
diambil berat oleh mereka. Audit telah dijalankan selama satu jam di kawasan
pemprosesan. Kemudian, mereka bergerak untuk melakukan pemeriksaan di
kawasan kantin dan mesin pencuci baju. Selain itu, saya juga turut membantu
proses yang di panggil pengkacaan. Proses ini melibatkan pembekuan ikan yang
menghasilkan lapisan ais pada isi ikan yang telah dipotong. Untuk mendapatkan
keputusan ini. Isi ikan akan dibekukan selama beberapa jam. Setelah beku, isi-isi
ikan akan direndam ke dalam air bercampur garam beberapa kali sehingga
mendapat ketebalan yang diinginkan. Kemudian isi ikan akan disimpan di dalam
simpanan beku.

Objektif yang dapat dicapai dari aktiviti yang dilakukan adalah, dengan
menimbang berat produk sebelum ia dibungkuskan dapat memastikan berat produk
akhir adalah seperti yang telah ditetapkan di dalam prosedur. Jika berat produk

37
terlebih dari yang sepatutnya, ia akan menyebabkan kerugian kerana penggunaan
bahan mentah yang lebih banyak dibandingkan dengan jumlah produk akhir yang
dikeluarkan. Jika berat produk tidak mencukupi, ia akan menyebabkan pengguna
tidak berpuas hati dengan pembelian dan boleh menyebabkan potensi kehilangan
pelanggan. Untuk memastikan berat produk sentiasa menepati kehendak, saya akan
menimbang secara manual untuk setiap daging yang dipotong kerana proses
pemotongan daging adalah secara manual. Proses pemotongan daging akan
membuatkan saiz daging menjadi tidak sekata dan berat setiap ketulan atau
kepingan menjadi berbeza. Seterusnya, rekod verifikasi pemprosesan telah dibuat
dengan tujuan untuk memudahkan proses penelitian dan perbandingan bahan
mentah dengan produk yang dikeluarkan. Ini dapat membantu bahagian jualan dan
perolehan bahan mentah untuk membuat pengiraan dan meminimakan kos yang
dikeluarkan serta keuntungan yang dapat dicapai. Maka, sebagai seseorang yang
bertanggungjawab untuk menyediakan rekod verifikasi pemprosesan, saya perlu
fokus untuk mencari dan mencatatkan segala maklumat yang diperlukan. Selain itu,
dengan menyediakan alat pelindung diri dengan lengkap dan diletakkan di tempat
yang sepatutnya akan membuat pemakaian alat pelindung diri lebih terjaga. Dengan
itu, pekerja-pekerja tidak boleh membuat alasan seperti tidak tahu tempat atau alat
pelindung diri tidak disediakan sekiranya mereka dilihat tidak memakai alat
pelindung diri yang lengkap. Saya perlu memastikan almari alat pelindung diri dalam
keadaan yang bersih dan menambahkan alat pelindung diri yang hampir habis
dengan mengambilnya dari pejabat di tempat yang telah disediakan. Proses
pencucian dan sanitasi yang dijalankan pula adalah untuk memastikan mesin dan
utiliti sentiasa dalam keadaan yang baik dan bersih sebelum memulakan
pemprosesan. Sekiranya pencucian dan sanitasi tidak dilakukan sebelum dan
selepas pemprosesan, risiko pembiakan bateria pada mesin akan wujud dan boleh
menyebabkan bahan yang diproses terdedah kepada risiko kerosakan. Bahan yang
diproses akan menjadi makanan kepada bakteria dan kelembapan di dalam
kawasan pemprosesan adalah tempat yang terbaik untuk pembiakan. Oleh itu, saya
akan memastikan proses pencucian dan sanitasi dijalankan secara menyeluruh.
Akhir sekali, proses pengkacaan adalah satu proses untuk daya tahan produk yang
berunsur protein terutamanya seperti ikan dan daging. Proses ini membuatkan
produk menjadi beku dengan lebih lama kerana lapisan ais yang terbentuk di
sekeliling akan menghalang bakteria untuk membiak.
38
5.0 BAHAN / TEKNIK / USAHA/ PENGETAHUAN YANG TERLIBAT

Teori-teori dan praktikal yang dipelajari sewaktu di Kolej UNITI sangat berkait
dengan aktiviti yang dilakukan sewaktu di dalam latihan industri. Selain itu, terdapat
juga banyak perkara baru yang telah dipelajari dan ilmu dan teknik-teknik yang baru
yang turut terlibat di dalam menjalankan latihan di dalam sebuah organisasi
bergantung kepada jenis industri yang dijalankan oleh sesebuah organisasi tersebut.

Antara bahan yang terlibat adalah nota-nota pelajaran yang digunakan sebagai
rujukan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai kawalan kualiti selain digunakan
sebagai manual untuk memahami sesuatu prosedur atau membantu dalam
menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberi. Sebagai contoh, untuk menghasilkan
satu prosedur yang baik, pelajar harus memahami titik-titik penting dalam sebuah
pemprosesan. Oleh itu, apa yang telah diajarkan di institusi serta nota yang
dibekalkan dapat menjadi satu garis panduan dalam membuat penilaian.

Selain itu, rujukan dari dokumen seperti MPPHM, Standard Malaysia, Akta
Kawalan Makanan dan Titik Kawalan Kritikal Analisis Bahaya (HACCP) juga sangat
membantu saya mehamami peraturan dan akta yang perlu dipatuhi dalam
menjalankan pemprosesan. Dengan itu, saya dapat menilai sesuatu proses dengan
lebih baik samada proses tersebut mematuhi kehendak dan piawaian yang
ditetapkan sebagai sebuah syarikat yang memiliki persijilan halal, ISO 22000,
HACCP, GMP dan MeSTi.

Seterusnya, keberanian menyatakan pendapat yang dibina dari aktiviti di dalam


bilik kuliah sangat berkait sewaktu bergiat di dalam industri. Ini kerana keyakinan diri
dan keberanian untuk menyuarakan pendapat telah dibina sejak awal maka saya
tidak gugup untuk memberi pendapat dan menyuarakan perkara yang tidak
mematuhi piawaian pemprosesan makanan dan persijilan halal di dalam
pemprosesan yang dijalankan.

Kemudian, teknik menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan


industri pemprosesan produk halal yang telah diajarkan oleh pensyarah banyak
memberi pembangunan awal kepada saya dan membuatkan saya jelas tentang

39
langkah-langkah yang perlu diambil-kira sewaktu menyediakan dokumen yang
berkaitan seperti Sistem Jaminan Halal yang menitik-beratkan pelabagai aspek
dalam pemprosesan dari penerimaan bahan mentah sehingga produk sampai di
tangan pengguna.

40
6.0 MASALAH YANG DIHADAPI DAN CADANGAN PENYELESAIAN

Antara masalah yang dihadapi adalah, kesukaran untuk berkomunikasi dengan


pekerja bukan tempatan yang terdiri dari berbagai bangsa seperti warga Vietnam,
Burma dan Nepal. Adakalanya saya perlu menggunakan pihak ketiga sebagai
perantaraan untuk menyampaikan maklumat penting dan menjadi lebih sukar jika
tidak ada pihak ketiga yang dapat membantu. Masalah ini boleh diatasi sekiranya
pekerja asing dapat berbahasa inggeris yang menjadi bahasa global. Pekerja juga
boleh diberikan kelas bahasa inggeris atau bahasa melayu asas sebagai permulaan.

Selain itu, saya turut menghadapi masalah berkaitan syarikat yang ingin
mengambil jalan mudah dalam pemprosesan sehingga melanggar Peraturan
Makanan 1985. Pekerja akan dimarahi sekiranya menyatakan sesuatu yang betul,
tetapi memakan kos dan masa yang banyak. Untuk mengatasi masalah ini, pihak
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia perlu memperketatkan perundangan dan
menggunakan cara baru seperti pelantikan Eksekutif Halal secara terus di bawah
perbadanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Dengan cara ini, isu Eksekutif Halal
syarikat swasta yang mendiamkan perkara yang salah akan dapat diatasi dan
syarikat yang mendapat pengiktirafan Halal Malaysia akan lebih patuh dan berhati-
hati dengan perundangan makanan di Malaysia.

Selain itu, tindakan pemerhatian dan ketegasan ke atas jabatan yang


bertanggungjawab untuk melakukan proses audit juga perlu diperkuatkan lagi seperti
pihak Jabatan Agama Islam Selangor, Kementerian Kesihatan Malaysia dan
jabatan-jabatan lain yang berkuasa. Ini kerana terdapat syarikat yang tidak
bertanggungjawab yang menyembunyikan ketidakpatuhan mereka hanya sewaktu
pihak berkuasa melakukan tugas dan proses audit. Maka, pihak berkuasa mungkin
boleh menggunakan cara seperti komunikasi bersemuka dengan pekerja yang
terlibat dalam pemprosesan tanpa melibatkan pihak berjawatan di syarikat yang
audit untuk mengambil kenyataan mereka tentang aktiviti yang dijalankan.

Seterusnya, terdapat juga masalah di mana pihak industri dan penyelia yang
mengambil kesempatan terhadap pelajar yang menjalani latihan industri. Pelajar
dikerah untuk melakukan tugas-tugas berat dan tidak dibenarkan untuk mencari

41
pengalaman lain seperti membabitkan diri dengan bahagian pemprosesan lain atau
aktiviti yang berkaitan dengan kursus yang dipelajari. Pihak pengurusan yang
mengenakan ugutan untuk menggagalkan pelajar yang cuba untuk melibatkan diri di
dalam aktiviti yang lebih meluas perlulah dikenakan tindakan undang-undang. Pihak
penyelia juga perlu mengambil berat tentang keadaan pelajar dan mungkin boleh
mewujudkan sesi pengakuan pelajar tentang keadaan serta aktiviti yang dijalankan
di dalam latihan industri. Ini turut membantu pihak penyelia untuk mengenal pasti
golongan pelajar yang tidak menjalankan latihan industri dengan betul.

Kemudian, pihak penyelia dari bahagian industri dapat menyediakan jadual atau
rangka perjalanan buat pelajar dan lebih tegas terhadap pelajar yang menjalani
latihan industri sekiranya perlu demi mengelakkan berlakunya masalah seperti tiada
tugasan yang dapat dijalankan yang membuatkan pelajar yang menjalani latihan
membuang masa dengan perkara yang tidak berkaitan.

Akhir sekali, terdapat beberapa masalah yang berkaitan antara pihak pengurusan
dan penyelia industri yang melibatkan isu penempatan pelajar latihan industri di
bahagian yang sesuai. Isu yang tersebut berlaku apabila pihak penyelia industri
mengambil pelajar latihan di bawah jagaan mereka, berkaitan dengan kursus yang
telah diambil. Namun, pihak pengurusan dan syarikat ingin menempatkan pelajar
yang sedang menjalani latihan di jabatan yang lain. Langkah yang terbaik untuk
menangani masalah ini adalah dengan susunan pindahan jabatan yang teratur sejak
awal agar tidak berlaku sebarang kekeliruan. Dengan itu, pelajar juga dapat
memperluaskan bidang serta kemampuan yang dimiliki dengan mempelajari perkara
yang luar dari apa yang dipelajari.

42
7.0 PENGAJARAN

Meskipun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang tempoh 14 minggu


menjalani latihan industri. Saya menyedari bahawa sebagai pelajar yang ingin
memperluaskan pengetahuan, saya perlu usaha dengan lebih baik untuk menerima
ilmu yang ingin dicurahkan oleh orang-orang di sekeliling. Saya juga telah
mempelajari cara untuk menguruskan pendokumentasian produk Halal dengan cara
yang cepat dan teratur. Melakukan pendokumentasian secara teratur akan
membantu untuk menguruskan tugasan yang ada dengan lebih kemas dan
mengelakkan berlaku kekeliruan untuk tugas yang akan datang.

Saya juga telah mendapatkan cara yang betul untuk merekod serta menguruskan
bahan mentah. Pengurusan bahan mentah yang baik akan menyumbang kepada
ketahanan bahan dan dapat mengurangkan risiko kerugian yang besar.

Selain itu, sebagai orang yang berkecimpung di dalam organisasi. Saya perlu
memberikan lebih perhatian terhadap orang di sekeliling dan tidak mementingkan
diri sendiri sekiranya terdapat apa-apa tugasan yang dapat dibantu. Dalam proses
membantu orang lain, saya juga dapat mempelajari dengan lebih mendalam apabila
berinteraksi dengan orang yang lebih tahu tentang sesuatu perkara.

Seterusnya, sebagai orang yang diberi tanggungjawab yang besar. Saya tidak
boleh melakukan tugasan dengan jalan singkat yang menyebabkan ketidakpatuhan
terhadap prosedur. Walaupun tugasan yang diberikan terpaksa mengambil masa
dan tenaga yang lebih, saya mestilah sentiasa menjadi contoh yang baik kepada
para pekerja yang menerima arahan dari saya.

43
8.0 KESIMPULAN

Setelah 14 minggu menjalani Latihan Industri di syarikat Joo Lee Import & Export
Co. Sdn. Bhd., banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna
telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri
saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan kini yang
semakin mencabar. Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu atau teori yang
dipelajari. Ini jelas dengan konsep ilmu dan amal, di mana ilmu yang dipelajari tanpa
mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa-apa kesan. Begitulah
jika kita beramal tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari segi pegangan
dan pendirian yang sentiasa berubah- ubah.

Sepanjang saya menjalani latihan industri, terdapat banyak perubahan dari


sudut pembelajaran, persekitaran dan pergaulan sesama rakan sekerja. Ia secara
langsung dapat meningkatkan dedikasi, sikap rasional dan profesional terhadap diri
saya sendiri. Saya juga berpeluang mempraktikkan dan mengaplikasi sebahagian
perkara yang dipelajari, sama ada teori ataupun praktikal sewaktu pengajian di Kolej
UNITI sebelum ini. Namun demikian, di tempat kerja yang sebenar, kepantasan,
kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan sesuatu dengan efisien adalah
aspek yang dinilai pada keberkesanannya iaitu adakah ia memenuhi fungsinya
secara optimum.

Seseorang yang ingin menceburi alam pekerjaan bukan sahaja perlu kuat dari
sudut fizikal malah perlu mempunyai mental yang sangat kuat untuk menghadapi
setiap hari yang akan memberikan cabaran yang berbeza dan pelbagai. Mental yang
lebih kuat berbanding fizikal akan dapat membantu membina peribadi seorang
pekerja dalam meneruskan tugas tanpa rasa putus asa. Latihan industri yang
dijalankan juga banyak membantu untuk menguatkan mental serta membina daya
pemikiran dan tindak balas pantas terhadap sesuatu perkara lantas memberikan
satu permulaan pantas untuk pelajar membina semangat sebelum menceburkan diri
dengan pekerjaan tetap.

Walaubagaimanapun, masih wujud beberapa kelemahan yang akan saya


perbaiki pada masa hadapan. Oleh itu dapat saya simpulkan bahawa program

44
latihan industri banyak memberi manfaat kepada para pelajar. Pelajar juga akan
lebih menyedari bahawa pentingnya subjek yang dipelajari sebagai pegangan dalam
meneruskan cita-cita yang ingin dikejar walaupun teori yang dipelajari tidak
semestinya sama dengan yang apa dilakukan sewaktu menjalankan latihan industri.
Namun, kesungguhan dan semangat amat penting sebelum melibatkan diri di alam
pekerjaan.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak JAKIM
kerana telah mengajar saya banyak pendedahan dalam dunia Halal ini. Saya juga
ingin mengucapkan terima kasih juga kepada pihak Kolej UNITI yang memberi
peluang kepada pelajar untuk mencari pengalaman sendiri dengan mengadakan
latihan Industri agar dapat membantu negara melahirkan lebih ramai tenaga pekerja
yang profesional yang berkemahiran dalam pelbagai bidang kerjaya.

45
9.0 RUJUKAN
Latar Belakang Syarikat. (t.t). Didapatkan dari Joo Lee Import & Export Co. Sdn.
Bhd.: https://www.joolee.com.my/index.php/about-us/company-profile

MyeHALAL. (t.t). Didapatkan dari Sistem Pensijilan Halal Malaysia:


http://apps.halal.gov.my/myehalal/pemohon/index.php

Visi & Misi. (t.t). Didapatkan dari Joo Lee Import & Export SDN. BHD.:
https://www.joolee.com.my/index.php/about-us/vision-mission

10.0 LAMPIRAN

Pemotongan daging kambing dengan


ketebalan 2 inci.

46
Memantau pembungkusan ikan sambil
memahami prosedur pemprosesan.

Menyediakan dokumen Sistem Jaminan


Halal.

47
Menimbang hirisan ikan sewaktu proses
pembungkusan.

Susunan produk siap di atas palet besi


sebelum dibalut dengan menggunakan
pembalut plastic.

48
Proses yang dikenali sebagai “glazing”

49

Anda mungkin juga menyukai