Anda di halaman 1dari 53

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN BATU PAHAT


JALAN BAKAU CONDONG,
PETI SURAT 61,
83007 BATU PAHAT, JOHOR.
TEL: 07-4328935 FAX: 07-4312954

1 JULAI 2018 – 6 SEPTEMBER 2018

NAZIRUL BIN KAMISAN


AA160300

SEMESTER 3 TAHUN 2 2017/2018


“Saya mengakui bahawa laporan ini dibuat oleh saya sendiri”

Tandatangan :.................................

Nama penulis : NAZIRUL BIN KAMISAN

Tarikh :...................................
ABSTRAK

Latihan industri adalah satu cara untuk mahasiswa/mahasiswi mendapatkan sesuatu


yang tidak dapat semasa sesi kuliah di kelas. Semasa sesi kuliah di kelas,
mahasiswa/mahasiswi kurang didedahkan dengan suasana persekitaran kerja di mana-mana
syarikat yang dipilih.

Latihan industri ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada mahasiswa/wi


pengalaman bekerja dan mengaplikasi teori yang dipelajari terhadap kerja yang dilakukan. Ia
juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan sama ada yang sedia tahu mahupun ilmu yang
baru dipelajari.

Laporan ini menerangkan aktiviti yang saya lakukan semasa tempoh latihan saya di
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Batu Pahat selama 2 bulan. Jabatan ini adalah jabatan
kerajaan yang menguruskan mengenai pengairan dan saliran di daerah Batu Pahat.

Laporan ini menunjukkan butiran tentang latar belakang syarikat dan aktiviti yang
saya lakukan semasa latihan saya. Ia juga menggambarkan masalah yang dihadapi,
bagaimana menyelesaikan masalah dan cadangan yang membina untuk organisasi dan
universiti.
PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya amat berterima kasih kepada ALLAH s.w.t kerana memberkati
saya dengan kesihatan dan idea yang baik dalam menyelesaikan tempoh latihan ini. Saya
ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah atas tangan firmaNya dalam membimbing
saya dalam menyelesaikan laporan ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan Dan Saliran Batu
Pahat yang terletak di kawasan Batu Pahat, Johor kerana memberikan peluang untuk
melengkapkan latihan perindustrian saya selama 2 bulan bermula dari 1 Julai 2018 hingga 6
September 2018. Pada masa yang sama, saya berjaya menyelesaikan laporan latihan industri
saya yang ditetapkan untuk memenuhi syarat utama untuk menyelesaikan pengajian saya
dalam Diploma Kejuruteraan Awam.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia saya, Puan Nor Maizzaty
Binti Abdullah dan pemimpin saya, Encik Anwar Bin Ibrahim atas bimbingan, dorongan dan
nasihat mereka semasa latihan saya. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan terima kasih kepada keluarga, kawan, jurutera, juruteknik dan sesiapa sahaja
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung membantu saya mempelajari perkara-
perkara baru dan menyelesaikan latihan saya.

Segala tunjuk ajar daripada kakitangan syarikat terutamanya dalam bahagian


pembangunan iaitu Puan Nor Maizzaty Binti Abdullah, Encik Anwar Bin Ibrahim, Puan Nor
Elyya Binti Muhari serta kesemua kakitangan yang lain kerana telah banyak memberi tunjuk
ajar dan bimbingan dalam selok belok syarikat. Segala latihan yang saya peroleh mungkin
tidak dapat saya kutip tanpa kerjasama yang baik daripada seluruh kakitangan syarikat.
Terima kasih kepada semua warga kerja Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Batu Pahat
kerana sanggup meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar walaupun sibuk menjalankan
tugasan harian. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh semua warga kerja
syarikat akan saya jadikan pedoman dan manfaatkan sebaik mungkin. Beribu kemaafaan turut
saya pohonkan sekirannya terdapat kesilapan sepanjang latihan saya di sisni. Setiap
pengetahuan yang saya perolehi amatlah berharga dan bermanfaat buat saya pada masa akan
datang dalam melangkah kearahalam pekerjaan
Tidak lupa juga kepada ayah saya Kamisan Bin Said dan ahli keluarga yang lain telah
memberikan dorongan kepada sayadari segi kewangan dan sokongan padu untuk menyiapkan
laporan akhir dan menamatkan latihan industri selama 10 minggu.

Akhir sekali kepada rakan-rakan saya yang turut memberi sokongan dan cadangan
kepada saya untuk membuat laporan latihan industri. Tidak lupa juga kepada rakan
seperjuangan saya di Jabtan Pengairan Dan Saliran Batu Pahat iaitu Syarifuddin Bin Kamari
dan Husna Binti Zakaria yang banyak memberi kerjasama dan perbincangan sepanjang kami
berada di syarikat. Sedikit sebanyak telah membantu saya dalam membuat kerja harian di
tempat latihan. Walaupun banyak dugaan dan getir yang kami tempuhi, akhirnya kami dapat
menghabiskan latihan industri kami.

Sekian, terima kasih.


INDEKS
LATAR BELAKANG MAHASISWA/MAHASISWI

NAMA : NAZIRUL BIN KAMISAN


NOMBOR MATRIK : AA160300
KURSUS : KEJURUTERAAN AWAM
NAMA SYARIKAT : JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN BATU PAHAT
ALAMAT : NO 84 TIANG LAMPU PB 46/A, KAMPUNG PARIT
BENGKOK, MUKIM 2 BAGAN, 83000, BATU PAHAT,
JOHOR.
PENYELIA UNIVERSITI : PUAN AIDA
PENYELIA INDUSTRI : PUAN NOR MAIZZATY BINTI ABDULLAH
BAB 1

PENGENALAN LATIHAH INDUSTRI

1.1 PENDAHULUAN

Latihan industri adalah salah satu syarat utama yang perlu diambil, diselesaikan dan
diluluskan oleh setiap pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk
melengkapkan diploma. Tempoh latihan perindustrian adalah untuk satu semester. Sepanjang
tempoh pelajar dapat mengumpulkan pengetahuan serta pengalaman dan kepakaran pelbagai
kerja yang dilakukan. Pelajar juga boleh mengaitkan teori yang telah dipelajari dalam bentuk
praktikal semasa latihan.
Untuk menjalani latihan industri ini, pelajar-pelajar akan ditempatkan ke syarikat-
syarikat yang terlibat dalam bidang-bidang kejuruteraan awam samada syarikat swasta
mahupun kerajaan yang telah dipohon oleh pelajar-pelajar itu sendiri ataupun yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan UTHM. Dasar utama yang ada dalam program latihan
industri ini adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar suapaya mereka dapat
merasai sendiri bagaimana rasanya situasi alam pekerjaan yang sebenar.
Di samping itu, latihan ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk
mengaplikasikan teori-teori yang dipelajari di dalam bilik darjah atau makmal dengan
persekitaran kerja yang sebenar. Ia juga boleh meningkatkan kemahiran komunikasi serta
memberi semangat kepada semangat kerja yang produktif dan hubungan baik dengan pekerja.
Seterusnya, para pelajar juga akan mengetahui bagaimana keadaan di tempat kerja
serta kerja-kerja yang akan dilakukan bagi mempraktikkan dan memahirkan lagi apa yang
telah dipelajari selama tempoh berada di UTHM. Pengalaman ini adalah sangat penting bagi
pelajar-pelajar apabila mereka sudah menamatkan pengajian di UTHM kelak.

Pendedahan yang selalu ditekankan sewaktu latihan industri ini ialah untuk
meningkatkan lagi pengetahuan para pelajar di dalam bidang-bidang kemahiran dan juga
teknikal yang berkaitan dengan bidang yang telah dipelajari sewaktu di UTHM. Di samping
itu, latihan industri juga dapat menanamkan semangat bekerjasama dan menjalinkan
hubungan yang baik sesama pekerja ataupun majikan. Latihan industri juga dapat
memberikan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai kecanggihan teknologi yang ada
pada masa kini. Secara keseluruhannya, latihan industri ini juga banyak membantu pihak
UTHM dalam sistem pembelajaran. Hal ini kerana pihak UTHM sendiri tidak dapat
menyediakan alatan yang lengkap bagi tujuan pembelajaran sepenuhnya memandangkan kos
pembiayaan yang tinggi dan perubahan-perubahan teknologi sentiasa berkembang pesat dari
masa ke semasa. Selain itu, para pelajar juga dapat melihat sendiri perkaitan di antara teori
yang telah dipelajari di dalam kelas dengan praktikal yang dijalani sewaktu berada di
makmal-makmal dan kelas. Ini juga dapat memberikan pendedahan kepada pelajar supaya
menceburi bidang-bidang yang mencabar dan memerlukan ketabahan serta tanggungjawab
yang tinggi bagi menjayakan sesebuah organisasi itu sendiri.

Dari sudut kerohanian, para pelajar yang menjalani latihan industri ini dapat melatih
diri sebagai pekerja yang bertanggungjawab di dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan
ataupun arahan. Sikap tersebut juga dapat membantu diri sendiri sebagai seorang pekerja
yang berjaya dan berkaliber. Jika dipandang dari sudut lain, latihan industri ini merupakan
satu objektif yang tepat bagi mencari penyelesaian bagi sesuatu perkara khususnya yang
berkaitan dengan pekerjaan.

Justeru itu, latihan industri juga memberi peluang kepada para pelajar untuk menilai
sendiri perbezaan antara teori dan latihan praktikal yang dijalankan sendiri oleh pelajar ketika
berada di firma. Segala cabaran yang diterima semasa latihan industri akan mengukuhkan
lagi keyakinan pelajar terhadap pekerjaan yang bakal dijawat selepas tamat tempoh pengajian
disamping memberi rangsangan serta minat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian
kelak.
1.2 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Tujuan utama Latihan Industri adalah:

a) Untuk mendedahkan pelajar ke sektor industri yang sebenar. Melalui latihan industri,
dalam beberapa cara pelajar dapat merasakan dan memahami keadaan sebenar dunia
kerja. Pelbagai pengalaman dan kemahiran boleh diambil untuk faedah pekerjaan
masa depan.

b) Untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi.


Komunikasi yang berkesan tidak dapat dikesan semasa latihan perindustrian.
Komunikasi dua hala yang berlaku di kalangan pelajar tidak hanya dengan pekerja
tetapi juga dari pelbagai pihak, dari kalangan pelajar kepada majikan, pelanggan,
pembekal, dan pihak lain. Pelajar harus bersedia untuk menghadapi pelbagai situasi
dan memastikan untuk berkomunikasi dengan baik supaya maklumat yang tepat boleh
dihantar dan diterima dengan jelas.

c) Meningkatkan tahap keyakinan. Setiap organisasi mempunyai peraturan dan etika.


Pelajar harus melakukan tugas yang diberikan dengan betul dan sesuai dengan waktu
yang ditetapkan berdasarkan peraturan kerja yang telah ditetapkan.

d) Mengamalkan peraturan keselamatan dalam industri. Latihan industri boleh membina


keyakinan diri pelajar. Pelbagai situasi dan orang perlu dihadapi dan ruang lingkupnya
lebih luas daripada sesi seperti pembelajaran di dalam kelas. Untuk sedikit sebanyak
rasa takut, kegelisahan dan 3rasa malu untuk berkomunikasi dengan orang ramai
boleh diselesaikan, dan secara tidak langsung membina keperibadian individu yang
berjaya.

e) Menyediakan laporan latihan industri. Penyediaan laporan latihan industri ini dapat
melatih pelajar untuk menulis laporan teknikal.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa latihan industri ini adalah amat penting kepada
para pelajar kerana ia memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk dan
mewujudkan pelajar-pelajar lulusan dari politeknik yang berpengetahuan luas, berdisiplin
tinggi, mahir dalam segala bidang serta mempunyai akhlak yang mulia dan keyakinan diri
yang tinggi. Dengan yang demikian, ia akan dapat menjamin serta meningkatkan lagi mutu
pendidikan yang diterapkan dikalangan pelajar universiti di seluruh Malaysia ini dan
menjamin tenaga kerja yang mahir, berkualiti dan terbaik bagi pembangunan ekonomi negara
kita.

1.3 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI


Latihan industri berfungsi untuk memberi peluang kepada pelajar memahami lebih
banyak tentang persekitaran kerja yang sebenar. Pelajar diberi pembukaan untuk
mengamalkan pengetahuan yang diperoleh semasa teori kepada pembelajaran praktikal. Teori
dan amalan adalah dua perkara yang sama pentingnya untuk menyesuaikan diri.

Para pelajar dapat berfikir di luar kotak bahawa dengan memikirkan teori tidak
semestinya sama seperti yang praktik, dengan kata lain, apa yang kita pelajari tidak
semestinya sama dengan situasi sebenar.

Antara kepentingan latihan industri:


a) Pelajar boleh mengamalkan persekitaran kerja seumur hidup.
b) Pelajar boleh mengamalkan peraturan keselamatan dalam industri.
c) Boleh mengenal pasti masalah yang timbul dan penyelesaiannya.
d) Boleh menambah pengalaman di lapangan.
e) Meningkatkan tahap keyakinan dengan berkomunikasi dengan pekerja dalam
organisasi.

1.4 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI


Objektif laporan latihan industri adalah:
a) Bukti latihan semua kerja yang dilakukan oleh pelajar dicatatkan dalam laporan
harian laporan sebagai bukti latihan. Dari laporan ini, UTHM boleh membuat pelajar
berdasarkan pemahaman pelajar dan pencapaian semasa tempoh latihan.

b) Dokumentasikan semua aktiviti semasa latihan Latihan latihan industri hendaklah


disediakan oleh pelajar sebagai kaedah mendokumentasikan kerja dan aktiviti semasa
tempoh latihan. Pengalaman dan pengetahuan baru boleh dihasilkan melalui laporan
yang dibuat oleh pelajar.

c) Laporan ini berguna dalam Pengalaman masa depan adalah salah satu syarat utama
untuk dipertimbangkan oleh organisasi untuk mencari pekerja. Sijil daripada
organisasi latihan industri yang berkaitan boleh digunakan sebagai bukti bahawa
pelajar mempunyai pengalaman dalam bidang ini.

1.5 FALSAFAH LATIHAN INDUSTRI


Konsep mengadakan latihan industri telah diasaskan kepada tiga perkara yang
secara langsung merangkumi falsafah pendidikan politeknik. Kesimpulan falsafah ini ialah :

i. Setiap pelajar mempunyai keupayaan semulajadi untuk belajar.


ii. Pendidikan dan latihan industri boleh memainkan peranan yang penting dalam
mengubah status sosio ekonomi.
iii. Sesuatu kejayaan hanya akan dapat dicapai ke tahap yang paling optimum melalui
penimbaan pengalaman yang secukupnya.

1.6 MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI


Berdasarkan falsafah di atas, matlamat latihan industri telah diwujudkan untuk :
i. Mengeluarkan lulusan yang serba boleh dari segi mental, fizikal dan kerohanian
dalam teknologi,mekanikal dan pengurusan yang selaras dengan matlamat wawasan
2020.

ii. Membentuk dan memupuk sifat yang amanah, dedikasi, toleransi dan kesetiaan di
kalangan pelajar melalui penamaan nilai-nilai kepimpinan dan disiplin supaya mereka
dapat menjadi pemimpin yang cekap, berdisiplin dan produktif sambil menyedari
hakikat perlunya mengimbangkan pembangunan dengan meninggikan taraf hidup
masyarakat.

iii. iii. Menanam sikap keberanian dan keyakinan untuk menjadi lulusan yang boleh
berdikari.
BAB 2

LATAR BELAKANG INDUSTRI

2.1 PENGENALAN

Rajah 2.1 Bangunan JPS Batu Pahat.

Rajah 2.2 Logo Jabatan Pengairan Dan Saliran


2.2 LOGO JPS
Lima kumpulan pancadarma bergelombang pada logo tersebut membawa maksud
bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran terdiri daripada pengairan, saliran, kejuruteraan
sungai, kejuruteraan pantai dan pengurusan sumber air.

Gelombang Jabatan menggambarkan arus yang dinamik, sentiasa siap dan


bersemangat, sejajar ke arah kemajuan, ke hadapan tanpa menghiraukan kecewa, tidak
bersedia menyerah untuk mencapai perkhidmatan yang sempurna.

Strain pelepasan kebiruan yang akhirnya menggabungkan ke dalam langit-langit dan


juga pembangunan pertanian hijau dan kualiti alam sekitar, kejuruteraan dan penyatuan
produk alam semesta sehingga persekitaran yang harmoni dicipta sejajar dengan falsafah "Air
dan Alam Sekitar, Warisan Saya."

2.3 VISI DAN MISI


 Visi : Menjadi organisasi sektor awam antara yang unggul di dunia.
 Misi : Menerajui dan menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dalam pengurusan
sumber air khususnya pengurusan banjir, sungai dan zon pantai bagi meningkatkan
kualiti hidup dengan memastikan sekuriti air dan kelestarian alam sekitar.

2.4 OBJEKTIF JPS

Menyediakan perkhidmatan kejuruteraan yang di luar kemampuan sesuatu kumpulan


sasar dan seterusnya memastikan penggunaan tanah yang optimum dan pengurusan air negara
yang cekap.

2.5 SEJARAH JABTAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

Sebelum pembentukan JPT pada tahun 1932, semua kerja yang berkaitan dengan parit
dan tali air menjadi tanggungjawab Jabatan Kerja Raya. Ekoran kemerosotan industri timah
dan getah pada lewat tahun dua puluhan dan keadaan beras yang menjadi semakin runcing di
negara ini, Pesuruhjaya Tinggi British pada waktu itu melantik Jawatankuasa Penanaman
Padi pada tahun 1930 untuk menentukan “langkah terbaik yang perlu diambil bagi
menggalakkan penanaman padi di Tanah Melayu”.

Jawatankuasa ini telah membuat kajian yang menyeluruh dan menerbitkan laporannya
pada tahun 1931. Salah satu saranan utamanya adalah “sebuah Jabatan Parit dan Tali Air
hendaklah ditubuhkan untuk Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan
penasihat di Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu, yang akan menyerapkan Cawangan
Hidraulik Jabatan Kerja Raya, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu”. Saranan ini telah diterima
sebagai sebuah jabatan yang berasingan pada 1hb. Januari 1932. Dalam masa 10 tahun
pertama kewujudan Jabatan ini sehingga pendudukan Jepun, 20,000 hektar tanah padi baru
telah dimajukan dan dibangunkan, kemudahan pengairan dan saliran telah disediakan untuk
lebih kurang 50,000 hektar tanah padi yang sedia ada. Jabatan telah mengambil alih kerja-
kerja penyenggaraan saliran bagi 40,000 hektar tanah estet dan pekebun kecil di Selangor dan
Perak.

Pembinaan semula kerja-kerja ini dan penyambungannya telah menaikkan jumlah


kawasan kepada kira-kira 80,000 hektar pada tahun 1942. Semasa pendudukan Jepun, sedikit
atau tiada langsung pembangunan baru selain penyiapan beberapa struktur yang separuh siap
apabila perang berlaku. Di kawasan-kawasan saliran, pengabaian mengakibatkan parit penuh
dengan kelodak dan semak, dan dalam keadaan tertentu hampir-hampir tertimbus
sepenuhnya.

Sewaktu penjajahan semula Tanah Melayu pada tahun 1945, penekanan telah
diberikan terhadap pemulihan kerja-kerja pengairan. Dasar Kerajaan telah dibentuk untuk
mengurangkan pergantungan negara terhadap bekalan makanan import, dengan penekanan ke
arah mampu diri beras, dan semua usaha telah dibuat bagi meningkatkan pengeluaran padi
tempatan. Berikutan Kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, penekanan yang lebih
besar diberikan terhadap peningkatan pendapatan dan peluang pekerjaan rakyat miskin luar
bandar. Dengan objektif ini, rancangan pengairan dan perparitan telah dirumus untuk
menyediakan kemudahan pengairan yang mencukupi bagi membolehkan penanaman padi
dua kali setahun, dan kemudahan saliran supaya pengeluaran tanaman pokok diperbaiki
terutamanya di kebun kecil.

Berikutan pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Jabatan Parit dan Tali Air Negeri
tambahan telah ditubuhkan di Sabah dan Sarawak dan ini menambah bilangan Jabatan-
jabatan Negeri kepada tiga belas dengan Ibu Pejabat Persekutuan dipertanggungjawabkan
dengan hal ehwal parit dan tali air keseluruhan negara ini. Peningkatan yang besar dalam
pembangunan selepas tahun 1957 dibayangkan dengan kawasan yang disediakan dengan
kemudahan pengairan yang meningkat daripada 205,000 hektar (3,000 hektar dengan
kemudahan penanaman dua kali setahun) kepada 332,000 hektar (249,000 hektar dengan
kemudahan penanaman dua kali setahun) menjelang akhir tahun 1981. Kawasan yang
disediakan dengan kemudahan saliran, juga telah bertambah daripada 142,000 hektar kepada
476,000 hektar dalam tempoh yang sama. Kawasan yang disediakan dengan kemudahan
saliran, juga telah bertambah daripada 142,000 hektar kepada 476,000 hektar dalam tempoh
yang sama. Berikutan kejadian ini, tebatan banjir telah dijadikan tanggungjawab tambahan
Jabatan daripada tahun 1972 dan seterusnya. Sejak tahun 1986, kejuruteraan pinggir laut telah
menjadi satu lagi fungsi tambahan JPS.

Adalah menjadi matlamat kami untuk memberikan maklumat asas yang perlu agar
peranan JPS dapat difahami dan dapat memberi impak yang positif kepada orang awam dan
para stakeholders. JPS Negeri Johor yang ber ibu pejabat di Iskandar Puteri, mempunyai 10
buah cawangan daerah. Di antara perkhidmatan yang diberikan adalah menyediakan
kemudahan saliran bandar dan melaksanakan projek tebatan banjir bagi mengurangkan kesan
banjir, melaksanakan kerja-kerja kawalan hakisan pantai dan memberi khidmat nasihat
teknikal berkenaan pembangunan di zon pantai dan kejuruteraan pantai, mengendali dan
menyenggara semua stesen hidrologi untuk pengutipan data hidrologi jangka panjang dan
untuk ramalan dan amaran banjir bagi mengurangkan kerosakan akibat banjir, melaksanakan
program pemulihan dan pemeliharaan sungai termasuk penyelesaian masalah hakisan tebing
sungai, memulihkan dan menambahbaik keadaan sungai dan menyediakan dan
menyelenggara kemudahan sistem pengairan dan saliran untuk pertanian

Visi JPS iaitu ‘Menjadi Organisasi Sektor Awam Antara Yang Terunggul Di Dunia’
adalah amat bertepatan dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada JPS sebagai
penggerak utama di dalam sektor Pengurusan Sumber Air. Visi ini akan memacu JPS
terhadap pembangunan sumber air yang mampan demi menjamin kesejahteraan hidup
masyarakat dan alam sekitar. Oleh itu, demi memenuhi agenda dan visi tersebut, JPS telah
merangka pelbagai dasar untuk memastikan mutu perkhidmatan sentiasa mencapai kualiti
yang telah ditetapkan.

2.6 PERKHIDMATAN JPS


2.6.1 Sungai dan Pantai, Hidrologi dan Saliran Pertanian

 Mengkaji, merancang dan melaksanakan program pemeliharaan dan pemuliharaan


sungai-sungai di Negeri Johor bagi penduduk-penduduk luar bandar dan bandar
dengan melindungi nyawa, harta benda dan kawasan-kawasan pertanian serta
menyediakan kemudahan rekreasi di sepanjang koridor sungai.
 Memungut data-data mengenai kejuruteraan pantai untuk mengesan hakisan dan bagi
kegunaan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan dalam perancangan dan rekabentuk
projek-projek spesifik dan untuk tujuan penyelidikan. Menjalankan kerja-kerja
mengawal dan mencegah hakisan pantai.
 Mengumpul data hidrologi diseluruh negeri bagi memenuhi keperluan pembangunan
dan pengurusan sumber air yang dikendalikan oleh pelbagai jabatan dan agensi
kerajaan.
 Membangun, mengendali dan menyelenggara kemudahan-kemudahan pengairan,
saliran dan tebatan banjir serta menjalankan kerja pemeliharaan sungai bagi
mendokong pembangunan dan kemajuan sektor pertanian, khususnya bagi faedah
sektor pekebun-pekebun dan petani-petani kecil.

2.6.2 Saliran Mesra Alam

 Memberi khidmat nasihat teknikal berdasarkan MSMA Edisi 2 dan lain-lain


garispanduan jabatan bagi tujuan mengurangkan masalah saliran dan banjir melalui
pengurusan air ribut (storm water management) yang cekap, ke atas :-

i. Permohonan pembangunan tanah bagi tujuan perumahan,


perindustrian, komersial, perladangan, perlombongan, tukarsyarat
tanah, pecah sempadan dan lain-lai
ii. Permohanan kelulusan kajian EIA oleh pemaju bagi tujuan
pembangunan tanah/projek yang berisiko
iii. Permohonan Projek pengswastaan tanah kerajaan oleh pihak swasta
iv. Permohonan pembinaan sistem saliran dalam bandar, jambatan,
lintasan (kabel, paip air) dan lain-lain struktur hidraulik

 Membantu menyelia perlaksanaan perkhidmatan perundingan bagi sesuatu projek


Saliran Bandar.
 Memproses permohonan CFO dan CCC bagi sesuatu projek siap.
 Membantu pemantauan kerjatanah pihak pemaju bagi memastikan aktiviti kerja tanah
tidak mencemar sistem sungai sediada.
 Memberi input teknikal bagi Penggubalan dan Pengubahahsuai Rancangan Fizikal
Negara/Negeri serta Rancangan Struktur Tempatan/Daerah
 Pemantauan terhadap kerja-kerja kawalan hakisan dan kelodak bagi aktiviti yang
melibatkan kerja tanah

2.6.3 Korporat dan Kontrak

Latarbelakang

Ditubuhkan untuk menyelaraskan dan mengumpulkan segala data – data


serta kemajuan kewangan dan fizikal mengenai projek – projek
pembangunan. Ia berfungsi sebagai unit sokongan untuk keseluruhan JPS
Negeri Terengganu serta nadi penyelaras peruntukan induk belanjawan
mengurus.

Objektif

Bertanggungjawab menjalankan kerja – kerja pengesanan dan penilaian,


pengurusan maklumat, laporan dan perhubungan awam yang mana berkaitan
dengan fungsi jabatan.

Fungsi Dan Aktiviti

1. Pengesanan dan Penilaian

 Penyediaan belanjawan jabatan


 Pengurusan pengagihan peruntukan jabatan

2. Pengurusan Maklumat

 Pengumpulan data data kewangan dan projek jabatan


 Mengurus sumber sumber maklumat berkaitan perkembangan kewangan dan
projek

3. Laporan

 Penyediaan laporan kewangan dan projek bulanan dan tahunan


 Laporan pengesanan kemajuan fizikal projek dan jabatan.

2.6.4 Unit Ukur Bahan

Misi

Meningkatkan kualiti, keberkesanan dan kecekapan dalam pelaksanaan


projek JPS dengan memberi perkhidmatan Ukur Bahan yang mantap dan
menyeluruh dalam pengurusan tender dan perkhidmatan kontrak.

Objektif

 Mengadakan perkhidmatan Ukur Bahan yang efektif untuk


mempastikan projek-projek JPS dilaksanakan dengan adil dan efisyen
serta memenuhi ciri-ciri pertanggungjawaban awam.
 Menentukan projek-projek kerajaan yang dikendalikan oleh JPS adalah
sepadan dengan nilai yang diperolehi.

Piagam Pelanggan

 Memberi perkhidmatan kepakaran Ukur Bahan yang berkualiti,


sempurna dan mantap dari segi kontraktual dan selaras dengan
peraturan/prosedur serta Arahan Perbendaharaan dan Jabatan, mengikut
pelaksanaan yang ditetapkan.

Perkhidmatan Kami:

i) Peringkat Pra Kontrak iaitu dari penyemakan dokumen tender


sehingga pengeluaran Surat Setujuterima Tender.
ii) Peringkat Pos Kontrak bermula dari Pemilikan Tapak sehingga
penyelesaian Akaun Muktamad.

 Merumus peraturan/prosedur serta garispanduan yang efektif mengenai


tender dan kontrak yang memenuhi ciri-ciri pertanggungjawaban awam
dan selaras dengan dasar-dasar semasa Kerajaan.
 Memberi perkhidmatan yang teliti berkaitan dengan kadar harga
supaya kos projek adalah berpatutan dan sepadan dengan nilai yang
diperolehi.

2.6.5 Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal

Objektif

Untuk menyediakan perkhidmatan perundingan dan pengurusan Mekanikal


dan Elektrikal yang profesional serta bermutu ke arah kepuasan hati
pelanggan, amalan kejuruteraan yang baik dan serasi dengan alam sekitar.

Misi

Untuk dikenali sebagai badan yang terulung bagi menyediakan perkhidmatan


Mekanikal dan Elektrikal dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan
air, menyumbang ke arah kejayaan pelanggan, peningkatan tahap
kejuruteraan negara dan pemuliharaan alam sekitar.

Fungsi

 Perolehan jentera dan kelengkapan mekanikal yang sesuai, yang


diperlukan oleh Jabatan dari semasa ke semasa.
 Peningkatan dan pembaikan kelengkapan mekanikal dan juga jentera
Jabatan untuk traktor, kenderaan dan pam tertentu (termasuk pam
pegun dan pam bergerak).
 Reka cipta dan / atau pengumpulan, pentauliahan, pengujian dan
pembaikan semua Pintu Air dan komponennya di bawah skim Jabatan
Pengairan dan Saliran.
 Reka bentuk, pentauliahan, pengujian dan pembaikan semua Pam dan
komponen pam di dalam skim Jabatan Pengairan dan Saliran.
 Reka bentuk, pentauliahan, pengujian dan kemudian menjaga semua
peranti mekanikal yang digunakan oleh Jabatan
 Menguruskan semua item kejuruteraan mekanikal terpilih.
 Program latihan dan pembinaan kemahiran kakitangan Jabatan dalam
menguruskan dan menyelenggara item mekanikal Jabatan.

2.6.6 Pentadbiran dan Kewangan

Misi

Memberi perkhidmatan cemerlang dalam membantu Jabatan dalam


pembangunan dan pengurusan saliran, sungai dan pantai sebagai sumbangan
kepada pemodenan sector pertanian selari dengan Tonggak 10, 6M dan 4E.

Objektif

 Memberi perkhidmatan sokongan kepada semua bahagian di Ibupejabat


JPS.
 Mempastikan perkhidmatan pegawai dan kakitangan dapat diuruskan
dan ditadbir dengan sempurna.
 Mempertingkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran pegawai dan
kakitangan melalui program latihan yang telah ditetapkan.
 Mempastikan semua arahan-arahan Pekeliling Perkhidmatan dan
Pekeliling Pentadbiran dilaksanakan dan diterimapakai dalam
melaksanakan tugas.
 Mempastikan semua pegawai dan kakitangan mematuhi arahan
Perintah Am dalam melaksanakan tugas.
 Mempastikan semua bayaran dapat diselenggarakan dengan teratur
mengikut tatacara kewangan dan akaun.
 Memastikan pengurusan kewangan dapat berjalan dengan teratur
dengan berpandukan peraturan kewangan dan prosidur kerja yang
ditetapkan.
Matlamat

Untuk menyumbangkan kearah perkhidmatan cemerlang dalam


pembangunan dan pengurusan sumber manusia bagi memnuhi kehendak dan
keperluan anggota Jabatan sepanjang tempoh perkhidmatan dalam kerajaan.

Piagam Pelanggan Email & Direktori

 Mempastikan semua urusan perkhidmatan yang melibatkan pegawai


dan kakitangan dapat disempurnakan dengan cekap dan berkesan.
 Mempastikan semua baucer bayaran dapat disediakan mengikut jadual
dan bayaran dapat disempurnakan mengikut masa yang ditetapkan.
 Mempastikan setiap perolehan dan pesanan barangan dapat diuruskan
mengikut keperluan Bahagian di Ibupejabat JPS Johor dan semua JPS
Daerah, dalam tempoh satu bulan.
 Mempastikan semua maklumat mengenai arahan Jabatan / Pekeliling
Perkhidmatan / Pekeliling Perbendaharaan / Pekeliling Kemajuan
Pentadbiran Awam dapat disalurkan kepada semua Bahagian di JPS
Johor dan semua JPS Daerah dalam tempoh satu minggu.

2.6.7 Unit Pelaksanaan Projek Persekutuan Negeri Johor

 Melaksanakan projek-projek di bawah Peruntukan Kerajaan Persekutuan.


 Memastikan projek-projek yang dilaksanakan seperti struktur tebatan banjir (kolam
takungan banjir, rumah pam, perangkap sampah, benteng/tebing sungai), pembaikan
sungai, hakisan pantai, empangan dan sebagainya berfungsi sebagaimana
direkabentuk, sentiasa berkeadaan baik dan sempurna dalam tempoh tanggungan
kecacatan sebelum ianya diserahkan kepada jabatan/agensi yang berkaitan.
 Memastikan pemasangan struktur mekanikal dan elektrikal mengikut piawaian
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Akta Bekalan Elektrik serta
agensi-agensi berkaitan yang masih berkuatkuasa.
 Melaksana pengesanan dan penilaian projek (selaras dengan SPP II arahan Perdana
Menteri 2007) serta penyediaan laporan projek-projek yang telah disiapkan.
 Melaksana/mengkaji impak dan output projek yang telah selesai.
2.7 CARTA ORGANISASI
BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 PENGENALAN
Latihan industri boleh dijalankan di jabatan kerajaan ataupun firma swasta supaya pelajar
dapat membezakan suasana kerja yang sebenar dengan suasana di universiti. Pelajar juga
didedahkan dengan cabaran dan masalah yang akan dilalui setelah bekerja kelak.

Setiap pelajar yang menjalani latihan industri mestilah merekodkan setiap kerja yang
terlibat di tempat latihan di dalam buku laporan harian/buku log. Ringkasan mingguan adalah
ringkasan bagi kegiatan atau kerja yang dilakukan semasa menjalani latihan industri.

Sepanjang menjalani latihan industri di Jabatan Pengairan Dan Saliran Batu Pahat,
saya telah ditempatkan dibawah bahagian Pembangunan. Tidak terdapat tugas yang tetap
diberikan kepada saya. Tugas atau kerja yang diberikan bergantung kepada penyelia industri
sama ada kerja pejabat mahupun kerja di tapak.

3.2 RINGKASAN AKTIVITI HARIAN

Aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh latihan industri selama satu semester adalah
diringkaskan seperti berikut :

Hari bekerja : Ahad – Khamis


Waktu kerja biasa : 8.00 a.m – 5.00 p.m (Khamis : 8.00a.m – 3.30 p.m)

3.2.1 Ringkasan aktiviti mingguan

Minggu 1

Tarikh : 1/7/2018 – 5/7/2018

Ringkasan kerja :

 Lapor diri di pejabat JPS Batu Pahat dan esi taklimat bersama Ketua Pentadbir.
 Melawat ke Empangan Sembrong.
 Pengiraan kadar harga berpandukan Jadual Kadar Harga (JKH).
 Mesyuarat lawatan tapak (sebut harga).
 Melawat ke Empangan Sembrong.
 Menyemak dan mengkaji semula lukisan pelan.

Minggu 2

Tarikh : 8/7/2018 – 12/7/2018

Ringkasan kerja :

 Sesi taklimat bersama Puan Nor Maizzaty.


 Menjaga kaunter jual sebut harga.
 Merangka Laporan Bulanan Unit Lanskap.
 Melawat ke kawasan tapak pembersihan longkang dan mengambil jarak longkang
tersebut.
 Melawat ke Empangan Bekok.
 Menganalisis semula borang sebut harga daripada Puan Nor Maizzaty.
 Belajar cara membuat anggaran kos.
 Majlis Sambutan Hari Raya JPS Batu Pahat.
 Membuat pembetulan anggaran kos.

Minggu 3

Tarikh : 15/7/2018 – 19/7/2018

Ringkasan kerja :

 Mengulangkaji mengenai tender/sebut harga.


 Melawat ke tapak pembinaan MTB Parit Hitam Khamis.
 Menjaga “piling”.
 Belajar cara untuk membuat “claim”.
 Melawat ke tapak MTB di kawasan Ayer Hitam.
 Melawat bangunan skim Ayer Hitam.
 Belajar membuat kadar harga elektrik.
 Membuat perakuan sebut harga.

Minggu 4

Tarikh : 22/7/2018 – 26/7/2017

Ringkasan kerja :
 Melawat ke tapak pembinaan MTB di Kg. Muhibbah, Peserai.
 Melawat ke tapak MTB di Parit Bayumas.
 Parit Bayumas-MTB coring test.
 Mesyuarat taklimat sebut harga.
 Menyediakan borang sebut harga.
 Kuliah mingguan.

Minggu 5

Tarikh : 29/7/2018 – 4/8/2018

Ringkasan kerja :

 Melawat ke tapak pembinaan MTB di Lorong Murni, Kg. Olak Batu.


 Menjaga kaunter sebut harga bagi jualan boang sebut harga.
 Penggunaan “drone” untuk mengambil gambar di Empangan Bekok.
 Kuliah mingguan.
 Menjaga “piling” di Kg. Muhibbah, Peserai.

Minggu 6

Tarikh : 5/8/2018 – 9/8/2018

Ringkasan kerja :

 Lawatan ke tapak MTB Parit Hitam Khamis


 Memeriksa besi “capping beam”
 Proses menuang konkrit gred 30 pada “capping beam” Parit Hitam Khamis.
 Ulangkaji mengenai jenis-jenis konkrit.
 Ulangkaji mengenai jenis-jenis besi tetulang.
 Kuliah mingguan.
Minggu 7

Tarikh : 12/8/2018 – 16/8/2018

Ringkasan kerja :

 Menjaga kaunter bagi menjual borang sebut harga.


 Mensyuarat lawatan tapak MTB gred G2.
 Latihan kaad kaki Hari Kebangsaan.
 Lawatan ke tapak pembinaan MTB di Lorong Murni, Kg. Olak Batu.

Minggu 8

Tarikh : 19/8/2018 – 23/8/2018

Ringkasan kerja :

 Latihan kawad kaki Hari Kebangsaan.


 Lawatan ke tapak pembinaan MTB Parit Hitam Khamis.
 Memeriksa besi tetulang bagi “long beam”.
 Proses menuang konkrit pada “long beam”.
BAB 4

LAPORAN LATIHAN

BAHAGIAN 1
KERJA DI PEJABAT
ISI KANDUNGAN

Sebelum sesuatu kontrak pembinaan dimeteri, proses tender/sebut harga/undi akan dijalankan
bagi memilih atau menentukan kontraktor yang layak untuk berkontrak dengan pihak klien.
Tender merupakan satu kaedah untuk memilih kontraktor yang biasa diamalkan di negara
kita.

4.1.0 PENGENALAN

Tender merukan satu proses yang dilaksankan oleh klien atau wakilnya untuk mendapatkan
kontraktor yang benar-benar layak dan mampu melaksankan kerja pada kos, masa dan syarat-
syarat yang telah ditentukan.

Selain daripada tender, terdapat du acara lain kontraktor boleh dipilih untuk
melaksankan kerja-kerja pembinaan iaitu melalui kaedah sebut harga dan undi.

a. Sebut harga

Ia tidak diiklankan di dalam akhbar tetapi hanya dilaksanakan dengan mengutuskan


surat kepada kontraktor-kontraktor yang layak atau sebut harga di pamerkan di
pejabat klien. Had nilai untuk sebut harga ialah sehingga RM 500,000.00. Kontraktor-
kontraktoryang berminat akan membeli dokumen sebut harga dan seterusnya
meletekkan harga masing-masing.

b. Undi

Ia khusus diamalkan oleh jabatan-jabatan kerajaan untuk kontraktor-kontraktor


bumiputra berdaftar di Gred 1. Had nilai kerja undi ialah RM 100,000.00. Sekiranya
nilai melebihi RM 100,000.00 kelulusan perlu di pohon daripada Kemeterian
Kewangan.
4.1.1 Tender dan Pemilihan Kontraktor di JPS Batu Pahat

Di Jabatan Pengairan dan Saliran ini kebiasaanya menggunakan kaedah sebut harga untuk
memilih atau menentukan kontraktor-kontraktor yang layak. Pengiklanan sebut harga bagi
kerja-kerja yang akan dijalankan akan diiklankan di JPS itu sendiri.

Selain itu, iklan juga akan dikeluarkan atau disebarkan melalui laman Facebook rasmi
JPS Batu Pahat. Pihak kontraktor yang terlihat iklan tersebut dan berminat dengan kerja yang
ditawarkan perlu datang pada tarikh dan masa yang telah di tetapkan untuk mensyuarat
lawatan tapak.

Rajah 4.1 Contoh pengiklanan sebut harga di laman Facebook JPS Batu Pahat
Mesyuarat lawatan tapak bukanlah bermaksud membawa kontraktor-kontraktor yang
berminat ke tapak pembinaan. Tetapi, mesyuarat lawatan tapak tapak ini adalah bertujuan
memberi penerangan kepada kontraktor-kontraktor kerja-kerja yang perlu dibuat dengan lebih
terperinci. Perincian kerja-kerja tersebut biasanya disampaikan oleh Penolong Jurutera.

Rajah 4.2 Suasana mesyuarat lawatan tapak di Bilik Gerakan JPS.

Selain itu, mesyuarat ini juga bertujuan untuk menilai kontraktor-kontraktor yang
benar-benar layak berdasarkan lesen yang mereka miliki. Jika kontraktor-kontraktor tersebut
mempunyai lesen yang lengkap dan memenuhi syarat untuk menjalankan kerja tersebut,
bermakna mereka layak untuk membeli dokumen sebut harga dan seterusnya meletakkan
harga mereka sebelum dihantar semula dokumen sebut harga tersebut kepada pihak klien
pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Jika mereka gagal menghantar dokumen sebut
harga itu semula bermakna mereka tidak layak untuk dipilih untuk dibuat penilaian pemilihan
kontraktor.
Kebiasaanya mesyuarat lawatan tapak ini akan diadakan pada waktu pagi sekitar jam
9.30 pagi pada waktu “office hour”. Kemudian, borang dokumen sebut harga akan dijual
pada waktu petang sekitar jam 2.30 petang sehingga 4.30 petang.

4.2 PENJUALAN DOKUMEN SEBUTHARGA

Dokumen sebut harga merupakan dokumen yang berbentuk borang yang perlu diisi
oleh kontraktor yang berminat dengan kerja yang ditawarkan. Borang sebut harga tersebut
penting dan perlu disiapkan sebelum sesuatu lawatan tapak itu dilakukan.

Borang dokumen sebut harga tersebut akan dijual di kaunter sebut harga pada tarikh
dan masa yang telah ditetapkan oleh pihak klien atau majikan. Pihak kontraktor yang
berminat untuk membeli dokumen tersebut perlu membawa slip kehadiran lawatan tapak
yang telah diberikan semasa mesyuarat lawatan tapak sebagai bukti hadir semasa mesyuarat
lawatan tapak.

Rajah 4.3 Kaunter penjualan sebut harga.


Penjualan dokumen sebut harga tersebut dijual dengan menggunakan wang pos atau
wang kiriman pos yang boleh dibeli di mana-mana pejabat pos. Penggunaan wang pos ini
adalah disebabkan untuk memudahkan proses penjualan dokumen tersebut kerana tidak
memerlukan wang baki.

Rajah 4.4 Contoh wang pos.

Waktu operasi bagi kaunter sebut harga di JPS Batu Pahat bermula pada jam 8.30 pagi
seningga jam 4.30 petang. Selepas kaunter ditutup pada hari tersebut, wang pos tersebut perlu
diserahkan kepada pihak kewangan di bahagian pentadbiran JPS.

4.3 DOKUMEN SEBUTHARGA

Dokumen sebut harga ialah dokumen yang disediakan untuk kegunaan petender bagi
meletakkan harga tawaran mereka. Dokumen sebut harga di sediakan dan diedarkan pada satu
kos yang minimum iaitu RM 10. Kandungan dokumen sebut harga termasuk umun dan terma
dan syarat khusus, penentuan, satu salinan perjanjian, jadual harga, tempoh penyerahan,
tempoh bantahan dan skop kerja menjangka.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk mempelawa Sebutharga bagi perolehan
bekalan/perkhidmatan adalah seperti berikut:-

a. Kenyataan Sebutharga
b. Arahan Kepada Penyebutharga - Dokumen A
c. Syarat-Syarat Sebutharga - Dokumen B
d. Lampiran Q - Dokumen C
e. Surat Akuan Pembida - Dokumen D1
f. Surat Akuan Pembida Berjaya - Dokumen D2
g. Spesifikasi - Dokumen E
h. Ringkasan Sebutharga - Dokumen F
i. Senarai Lukisan/Lukisan - Dokumen G
j. Format Borang Jaminan Bank/
Insurans/Syarikat Kewangan untuk Bon Pelaksanaan (Untuk bekalan/
perkhidmatan melebihi RM200,000.00 sahaja) - Dokumen H
k. Laporan Bank/Syarikat Kewangan
Ke Atas Kedudukan Kewangan
Penyebutharga jika berkenaan
(Untuk Bekalan/Perkhidmatan melebihi RM200,000.00 sahaja) - Dokumen J
Dokumen- dokumen Sokongan - Dokumen K
Secara umumnya, tujuan utama proses sebut harga adalah untuk memilih seorang
kontraktor/ pembida yang benar-benar berkelayakan dan bagi mendapatkan satu sebut harga
yang boleh dipersetujui dan diterima oleh kedua-dua pihak yang terlibat.

4.4 TATACARA PEROLEHAN SEBUTHARGA


4.4.0 Had Nilai Sebutharga
1. Perolehan Bekalan/Perkhidmatan
a) Perolehan bekalan/perkhidmatan yang bernilai melebihi RM50,000.00 hingga
RM100,000.00 hendaklah dipelawa secara sebutharga dikalangan sekurangR
kurangnya lima (5) pembuat/pembekal tempatan bertaraf Bumiputera yang
berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan.
b) Perolehan bekalan/perkhidmatan yang melebihi RM100,000.00 hingga
RM500,000.00 hendaklah dipelawa secara sebutharga di kalangan sekurangR
kurangnya lima (5) pembuat/pembekal tempatan yang berdaftar dengan
Kementerian Kewangan dalam kod bidang yang berkaitan. Sebutharga
hendaklah terbuka kepada pembuat/pembekal bertaraf Bumiputera dan Bukan
Bumiputera. Syarikat pembuat/pembekal bertaraf Bumiputera hendaklah
diberi keutamaan harga mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan yang
berkuatkuasa.
c) Maksud pembuat/pembekal tempatan bagi perolehan bekalan/perkhidmatan
adalah pembuat/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan
beralamat di negeri berkaitan. Sekiranya bilangan pembuat/pembekal di negeri
berkenaan tidak mencukupi, pembuat/pembekal di negeri berhampiran/
sempadan boleh dipelawa.

2. Perolehan Kerja
a) Perolehan kerja bernilai melebihi RM20,000.00 sehingga RM200,000.00
hendaklah dipelawa secara sebutharga daripada sekurang-kurangnya lima (5)
kontraktor tempatan Kelas `F’ yang berdaftar dengan Pusat Khidmat
Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(LPIPM/CIDB) di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan.
b) Perolehan kerja bernilai melebihi RM200,000.00 sehingga RM500,000.00
hendaklah dipelawa secara sebutharga daripada sekurang-kurangnya lima (5)
kontraktor tempatan Kelas `E’ yang berdaftar dengan Pusat Khidmat
Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(LPIPM/CIDB) di bawah kepala dan sub kepala yang berkaitan.
c) Semua perolehan kerja elektrik bernilai melebihi RM50,000.00 sehingga
RM500,000.00 hendaklah dipelawa secara sebutharga di kalangan sekurangR
kurangnya lima (5) kontraktor elektrik tempatan yang berdaftar dengan PKK
di bawah kelas elektrik yang berkaitan dan LPIPM/CIDB dalam gred dan
kategori yang berkenaan.
d) Maksud kontraktor tempatan bagi perolehan kerja secara sebutharga untuk
kontraktor Kelas F adalah kontraktor yang berdaftar dengan PKK di daerah
berkenaan dan berdaftar dengan LPIPM/CIDB. Sekiranya bilangan kontraktor
di daerah berkenaan tidak mencukupi, kontraktor di daerah
berhampiran/sempadan boleh dipelawa.
e) Maksud kontraktor tempatan bagi perolehan kerja secara sebutharga untuk
kontraktor Kelas E dan kontraktor elektrik adalah kontraktor yang berdaftar
dengan PKK di negeri berkenaan dan berdaftar dengan LPIPM/CIDB.
Sekiranya bilangan kontraktor di negeri berkenaan tidak mencukupi,
kontraktor di negeri berhampiran/sempadan boleh dipelawa.
f) Perolehan secara pakej merangkumi kerja induk dan kerja yang lazimnya
dipelawa secara Wang Kos Prima seperti kerja-kerja mekanikal dan elektrik
adalah dibenarkan. Walaubagaimanapun, kontraktor utama mestilah
disyaratkan melantik subkontraktor yang berdaftar dengan PKK dalam kelas
dan kepala yang bersesuaian serta LPIPM/CIDB dalam gred dan kategori yang
berkaitan.
3. Dalam menentukan kaedah perolehan secara sebutharga, Agensi hendaklah
mengambilkira nilai perolehan tahunan atau nilai kontrak. Agensi adalah dilarang
memecahkecilkan perolehan bekalan/perkhidmatan atau kerja bagi mengelakkan
pelawaan secara tender.

4.4.1 Pelawaan Sebutharga

a) Surat Pelawaan beserta dengan Kenyataan Sebutharga hendaklah dibuat


samaada melalui pos berdaftar ataupun serahan tangan.
b) Kenyataan Sebutharga hendaklah dipamerkan di papan kenyataan disepanjang
tempoh sebutharga dibuka.
c) Kenyataan Sebutharga hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:-
 Nama Projek
 Kod Bidang pendaftaran Pembekal/Kelas Kontraktor (Kepala dan
Subb kepala) yang dipelawa
 Kod Bidang pendaftaran Pembekal/Kelas Kontraktor (Kepala dan
Subb kepala) yang dipelawa
 Bayaran keatas Dokumen Sebutharga (jika ada)
 Masa dan tarikh lawatan tapak (jika ada)

Contoh Surat Pelawaan dan Kenyataan Sebutharga adalah seperti berikut:-

a. Lampiran A1 – Contoh Surat Pelawaan Menyertai Sebutharga


b. Lampiran A2 - Contoh Kenyataan Sebutharga bagi perolehan bekalan/
perkhidmatan
c. Lampiran A3 - Contoh Kenyataan Sebutharga bagi perolehan kerja
d) Tempoh Sebutharga hendaklah sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dari tarikh
dokumen mula dijual atau tarikh lawatan tapak; yang mana terkemudian.
e) Bagi Sebutharga yang memerlukan lawatan tapak, Kenyataan Sebutharga
hendaklah dipamerkan sekurang-kurangnya tiga (3) hari sebelum lawatan
tapak diadakan dan hendaklah sentiasa berada di papan kenyataan disepanjang
tempoh tersebut.
f) Satu (1) salinan kenyataan sebutharga perolehan kerja hendaklah dihantar
kepada Dewan Perniagaan Melayu dan Persatuan Kontraktor Melayu
Malaysia.
g) Dokumen Sebutharga hanya boleh dikeluarkan kepada Kontraktor atau wakil
kontraktor yang bertauliah, dengan menunjukkan Sijil Pendaftaran ASAL yang
masih SAH, yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Kontraktor dan Lembaga
Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau Sijil Pendaftaran ASAL
dengan Kementerian Kewangan; yang mana berkenaan.
h) Semasa mengeluarkan dokumen Sebutharga, nama, alamat dan butiran
pendaftaran Kontraktor/pembekal hendaklah dicatatkan di atas borang-borang
tersebut.
i) Satu (1) daftar hendaklah diwujudkan dan diselenggarakan untuk mencatatkan
senarai edaran sebutharga atau kontraktor/pembekal yang telah mengambil
dokumen sebutharga.
j) Semua dokumen sebutharga hendaklah diberi nombor siri untuk pengawalan.
k) Satu (1) penyebutharga hanya dibenarkan mengemukakan satu (1) tawaran
sebutharga sahaja. Tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.

4.5 ANGGARAN JABATAN

Sebelum Sebutharga ditutup, Anggaran Jabatan hendaklah disediakan dan


ditandatangani oleh Pegawai Inden. Anggaran ini hendaklah dimasukkan ke dalam sampul
surat yang berlakri dan ditandakan sebagai ‘Anggaran Jabatan’ dan menyatakan ‘Tajuk
Sebutharga’ dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga sebelum waktu tutup Sebutharga.
Anggaran Jabatan tidak boleh dipinda selepas Sebutharga ditutup.

4.6 JAWATANKUASA BAGI SEBUTHARGA

a) Terdapat tiga (3) Jawatankuasa yang terlibat dalam Kerja-kerja Sebutharga,


iaitu Jawatankuasa Pembuka Sebutharga, Jawatankuasa Penilaian Sebutharga
dan jawatankuasa menyetujuterima sebutharga atau yang dikenali sebagai
Jawatankuasa Sebutharga.
b) Jawatankuasa Pembuka Sebutharga hendaklah terdiri daripada sekurang-
kurangnya dua (2) orang pegawai di mana seorang daripadanya hendaklah
pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan hendaklah dilantik secara
bertulis oleh Ketua Pejabat yang memanggil sebutharga.
c) Keahlian Jawatankuasa Sebutharga mengikut Surat Pekeliling Perbendaharaan
hendaklah terdiri daripada tiga (3) orang pegawai dan dipengerusikan oleh
Pemegang Waran atau Pemegang Peruntukan Kecil atau mana-mana pegawai
yang dilantik oleh Pegawai Pengawal atau Pegawai Kewangan Negeri dari
Kumpulan Pengurusan dan Profesional. Bagi ahli-ahli lain, sekiranya Jabatan
tidak mempunyai pegawai yang mencukupi dari Kumpulan Pengurusan dan
Profesional bagi menganggotai Jawatankuasa Sebutharga maka pegawai JPS
dari Daerah yang berdekatan dari Kumpulan yang sama hendaklah dilantik
untuk menjadi ahli Jawatankuasa.
d) Di dalam memilih ahli-ahli Jawatankuasa, perkara-perkara berikut perlulah
dipatuhi :-
 Ahli-ahli Jawatankuasa Pembuka Sebutharga dalam masa yang sama
tidak boleh menjadi ahli Jawatankuasa Sebutharga kepada sebutharga
yang dibuka olehnya.
 Pegawai yang menganggotai Jawatankuasa Sebutharga dalam masa
yang sama tidak boleh menjadi ahli kepada Jawatankuasa Penilaian
Sebutharga ke atas Sebutharga yang diterima.
 Bagi projek-projek Negeri, Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri
hendaklah memastikan bahawa ahli-ahli Jawatankuasa Sebutharga di
Jabatannya telah mendapat kelulusan daripada Pegawai Kewangan
Negeri.
4.7 PENILAIAN SEBUTHARGA

a) Penilaian ke atas Sebutharga hendaklah disempurnakan dengan lengkap dan


dikemukakan kepada Urusetia Sebutharga dalam tempoh empat belas (14) hari
dari tarikh dokumen sebutharga diterima oleh Jawatankuasa Penilaian
Sebutharga. Semua Dokumen yang diterima hendaklah dirahsiakan.
b) Jawatankuasa Penilaian Sebutharga hendaklah menyediakan Laporan
Penilaian kepada Jawatankuasa Sebutharga.
c) Laporan Penilaian Sebutharga yang dikemukakan hendaklah disediakan dalam
lima (5) salinan.
d) Semua Laporan Penilaian dan Kertas Perakuan kepada Jawatankuasa
Sebutharga hendaklah disediakan mengikut format seperti di Lampiran D dan
dikemukakan kepada Urusetia Jawatankuasa Sebutharga yang ditubuhkan di
Peringkat Ibu Pejabat/ Negeri/Daerah/Projek.

4.8 KEPUTUSAN JAWATANKUASA SEBUTHARGA

a) Semua keputusan Jawatankuasa Sebutharga hendaklah diminitkan.


b) Di mana Sebutharga yang disyorkan untuk disetujuterima berharga melebihi
RM500,000.00, Jawatankuasa Sebutharga hendaklah membuat perakuan untuk
pertimbangan dan keputusan oleh Lembaga Perolehan yang berkenaan.
c) Keputusan muktamad Jawatankuasa Sebutharga hendaklah dipamerkan di
papan kenyataan Jabatan dengan menyatakan nama syarikat yang berjaya,
harga tawaran dan tempoh siap kerja secepat mungkin selepas pesanan
Kerajaan/inden kerja dikeluarkan.
BAHAGIAN 2

KERJA DI TAPAK

PENGENALAN

Kebanyakkan kerja di tapak adalah melibatkan kerja-kerja membina dan menyiapkan saliran
utama, kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran seperti longkang dan parit, kerja-kerja
pembinaan MTB (Medium Traffic Bridge) dan kerja-kerja rutin seperti kerja menggali dan
membersihkan longkang dan parit.

Kami pelatih industri tidak didedahkan dengan mendalam tentang kerja membina
saliran utama, kerja-kerja menggali dan membersihkan longkang dan parit serta kerja-kerja
yang lain. Malah, kami kerap didedahkan dengan suasana kerja-kerja di tapak pembinaan
MTB (Medium Traffic Bridge).

4.9 KERJA-KERJA MEMBINA DAN MENYIAPKAN SALIRAN UTAMA.

Kerja-kerja ini termasuklah kerja menaiktaraf parit dengan membina “precast Concrete ‘L ‘
Unit Drain” dan kerja menaiktaraf sebuah pembentong kekotak sedia kepada pembentong
kekotak yang lebig besar.

4.9.1 Objektif projek ini :

 Mengatasi masalah banjir kilat di sesuatu tempat apabila hujan lebat berlaku.
 Menaiktaraf sistem perparitan sediada kerana sistem saliran sediada yang terdapat
dikawasan tersebut tidak lagi dapat menampung air yang semakin bertambah akibat
daripada pembangunan yang pesat di kawasan tersebut.
 Mengurangkan kerugian kerosakan hartabenda akibat banjir.

4.10 KERJA-KERJA MENGGALI DAN MEMBERSIHKAN LONGKANG DAN


PARIT.

Seperti kerja yang lain, kerja menggali dan membersihkan longkang dan parit ini juga dibuat
sebutharga untuk memilih kontraktor yang layak bagi lesen Gred 1.
4.10.1 Objektif kerja-kerja menggali dan membersihkan longkang dan parit :

 Memulihara kebersihan parit dan longkang.

 Meningkatkan keupayaan hidraulik di dalam parit dan longkang dan mengurangkan


risiko banjir kilat.

 Mengekalkan kelestarian ekologi di dalam parit dan longkang.

 Mewujudkan suasana yang lebih sihat dan segar di koridor saliran ini ke arah
persekitaran mesra alam semulajadi.

Rajah 4.5 Kerja mengukur jarak longkang menggunakan odometer.

Kerja-kerja awal seperti mengukur jarak perlu dilakukan untuk membuat anggaran
kos sebelum sebutharga dibuat. Kerosakan yang terdapat pada longkang tersebut juga perlu
diambilkira sebagai kerja tambahan. Antara contoh kerosakan pada longkang ialah pagar
penghadang roboh atau patah.
Rajah 4.6 Melawat ke tapak kerja-kerja menggali dan membersihkan longkang.

4.11 KERJA-KERJA PEMBINAAN MTB (MEDIUM TRAFFIC BRIDGE)

Jambatan MTB ini direka oleh pihak Jabatan JPS sendiri. Setiap jambatan yang dibina oleh
JPS Batu Pahat adalah sama dari segi reka bentuk dan bahan yang digunakan. Namun kerja
MTB ini terbahagi kepada dua iaitu kerja membina jambatan baru dan kerja melebarkan
jambatan yang sedia ada.

Turutan bagi kerja-kerja MTB :

1. Kontraktor akan dimaklumkan tentang tawaran kerja oleh pihak Jabatan Pengairan
Dan Saliran (JPS).
2. Kerja-kerja membersihkan tapak.
3. Kerja-kerja menanam cerucuk (RC pile).
4. Membuat End Capping Beam.
5. Membuat Long Beam.
6. Membuat Slab/Decking
7. Memasang Railing.
8. Approach Road.
9. Memasang papan tanda had berat.
10. Kerja-kerja di tapak siap dijalankan.
4.11.1 Kerja-kerja Asas Bagi MTB

Jambatan ini direka supaya menggunakan Reinforced Concrete (RC) pile. Ia


digunakan dalam asas-asas untuk meningkatkan keupayaan galas dan untuk mengurangkan
penempatan di tapak dengan tanah yang mudah ditampal, yang sebaliknya tidak boleh
digunakan untuk pembinaan.

Reinforced Concrete (RC) Piles sesuai untuk menyokong:

 Struktur bangunan bermula dari rendah hingga meningkat sederhana dan bertingkat
tinggi.
 Infrastruktur yang akan dibina di bawah pelbagai keadaan tanah.

Rajah 4.7 Reinforced Concrete (RC) pile

Kelebihan :

 Pengeluaran Kualiti yang Diinsuranskan - RC Piles dihasilkan di bawah keadaan


terkawal untuk memastikan kualiti dan kebolehpercayaan produk. RC Piles membawa
Sijil SIRIM di bawah Sistem Kualiti MS ISO 9001: 2008.
 Pemilihan Saiz Yang Luas dan Kelas - RC Piles dihasilkan dalam saiz antara
150mm x 150mm hingga 400mm x 400mm. Untuk memenuhi syarat tanah dan reka
bentuk yang berbeza, RC Piles boleh didapati dalam dua kelas untuk setiap saiz
timbunan, iaitu Standard dan Disesuaikan.
 Kapasiti Bearing Beban Tinggi - Dengan menggunakan konkrit kekuatan tinggi
dalam Gred 45 atau Gred 60, RC Piles direka bentuk untuk menahan beban yang lebih
tinggi semasa memandu dan dalam perkhidmatan. Ini memudahkan reka bentuk asas
ekonomi untuk memenuhi pelbagai keadaan tanah.

Di tapak pembinaan, RC pile ini akan dibeli daripada pembekal dengan mengikut
jumlah yang terdapat dalam anggaran kos (BQ). Pihak pembekal akan menghantar RC pile
yang dibeli ke tapak pembinaan dengan menaiki lori. Kebiasaanya pihak kontraktor akan
menempah RC pile yang berukuran 0.3m x 0.3m x 6.0m seperti yang tertera di dalam BQ.

Rajah 4.8 Proses menurunkan RC pile dari lori pembekal.

4.11.2 Pemasangan RC pile.

Di setiap ‘point’ pile akan dibuat satu penanda berdasarkan jarak yang terdapat di dalam
pelan jambatan tersebut.

Rajah 4.9 Pemasangan RC pile pada tanda yang telah ditetapkan.


Rajah 4.9 tersebut menunjukkan kerja-kerja menanam pile sedang dilakukan. Kerja
pembinaan ini berada di Kampung Muhibbah, Peserai. Di setiap titik pile akan ditanam 4
batang RC pile berukuran 0.3m x 0.3m x 6.0m. Berapa banyak batang pile yang akan
digunakan itu berdasarkan jenis tanah di tapak pembinaan.

Sebelum projek ini bermula, akan ada satu badan yang akan membuat SI (Soil
Investigation) bagi menentukan keadaan tanah di tapak pembinaan.

Penyambungan RC pile dari batang ke batang menggunakan pateri. Pemateri RC pile


dipilih daripada mereka yang mahir memateri. Mesin pemateri akan dibawa sekali ke tapak
pembinaan bagi memudahkan proses memateri penyambungan batang pile. Selepas memateri
batang pile, tempat yang dipateri tersebut akan dicat bagi mengelakkan karat berlaku semasa
berada di dalam tanah seperti yang ditunjukkan di Rajah 4.11.

Rajah 4.10 Mesin pemateri yang berbentuk kekotak kuning.


Rajah 4.11 Kerja memateri dan mengecat penyambungan batang pile.

4.12 CAPPING BEAM (RASUK PENGAPUNGAN)


Rasuk pengapungan adalah rasuk keluli dan konkrit yang mengikat semua cerucuk
bersama, mewujudkan asas untuk papak (slab) yang digantung dan membantu memegang
bumi. Tetulang keluli diletakkan di bahagian atas sangkar cerucuk direka untuk spesifikasi
jurutera.

Fungsi rasuk pengapungan adalah dua kali ganda untuk mencegah atau menghalang
anjakan sisi tumpukan atau lajur penahan yang dipasang semasa proses penggalian dan ntuk
memindahkan beban struktur menegak dari bangunan apabila dibina ke lajur atau struktur
penahan, yang boleh termasuk shotcrete.

Rajah 4.12 Besi tetulang capping beam.

Sebelum rasuk penyekat ini dituangkan konkrit, pihak JPS akan hadir untuk sesi
memeriksa besi tetulang dan keadaan rasuk penyekat tersebut. Pemeriksaan ini bagi
memastikan pihak kontraktor membuat dan menggunakan besi dan reka bentuk yang sama
seperti yang terdapat di dalam pelan jambatan.

Rajah 4.13 Capping beam sebelum dan selepas dituang konkrit.


Sebaik sahaja konkrit kering, acuan boleh dikeluarkan dan proses seterusnya boleh
dijalankan.

4.13 LONG BEAM

Rasuk panjang ini dibina dia antara dua end capping beam jambatan tersebut. Kerja-kerja
membuat long beam ini termasuklah kerja membuat formwork, memasang besi dan keja
konkrit.

Panjang bagi long beam ini bergantung kepada lebar parit tersebut. Kerja-kerja
pengukuran akan dilakukan sebelum jambatan ini dibina.

Rajah 4.14 Besi tetulang bagi long beam MTB.

Selepas kerja-kerja memasang besi tetulang dan kerja membuat formwork siap
dilakukan, pihak kontraktor akan memanggil pegawai penguasa untuk memeriksa besi
tetulang dan keadaan long beam tersebut. Kemudian, menempah konkrit premix dari syarikat
pembuat konkrit. Setelah lori pembancuh konkrit tiba di tapak, beberapa ujian konkrit akan
dilakukan di tapak. Selepas itu, konkrit akan di tuang ke dalam formwork long beam.
Rajah 4.15 Kerja-kerja menuang konkrit pada long beam giat dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai