Anda di halaman 1dari 173

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH

MUHD AIZAT BIN ROHIZAN

DI

DZA CONSULT SDN. BHD.


105B, Tingkat 2, Kompleks Alor Setar,
05100 Alor Star, Kedah Darulaman.

Buku laporan ini dikemukakan kepada


Jabatan Kejuruteraan Awam
Sebagai memenuhi sebahagian dari syarat
penganugerahan
Diploma Kejuruteraan Awam

JANUARI 2006

i
PERAKUAN

Penghasilan buku laporan industri ini adalah

daripada usaha dan penglibatan saya sendiri kecuali

pada bahagian lampiran yang memuatkan beberapa

contoh sebagai panduan dan kegunaan saya sendiri.

…………………………………… 13 JULAI 2006


MUHD AIZAT BIN ROHIZAN

……………………………………… 13 JULAI 2006


EN. ABDUL MANAF B. JAAFAR
@ YAHAYA

JURUTERA DZA CONSULT. SDN. BHD

ii
PENGHARGAAN

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dan juga
dengan keizinan dari-Nya dapatlah saya menamatkan program latihan industri bagi
menyempurnakan program pengajian saya di Politeknik Kulim didalam Jurusan
Diploma Kejuruteraan Awam.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga kepada DZA Consult Sdn. Bhd. kerana memberi peluang kepada saya untuk
menimba pengalaman dan menerima saya untuk menjalani latihan industri ini.
Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak amatlah saya hargai terutama kepada Ir. Hj.
Wan Zabidi B. Hj. Wan Omar yang merupakan Pengarah Urusan syarikat. Juga
kepada seluruh kakitangan syarikat kerana telah memberikan kerjasama dan membantu
saya dalam menjalankan kerja-kerja di syarikat ini.

Akhir sekali, kepada keluarga tersayang serta rakan – rakan yang banyak
membantu saya sepanjang menjalani latihan industri untuk pengajian saya di Politeknik
Kulim ini, terima kasih segalanya.

SEKIAN.

iii
ISI KANDUNGAN

BAB KANDUNGAN MUKASURAT

JUDUL i
PERAKUAN ii
PENGHARGAAN iii

BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 PENDAHULUAN 2
1.2 OBJEKTIF LATIHAN 3
1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN 4
INDUSTRI
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI 5
KEPADA PELAJAR
1.5 LATAR BELAKANG ORGANISASI 6
1.5.3 AHLI LEMBAGA PENGARAH 7
1.5.4 AKTIVITI ORGANISASI 18
1.5.5 SKOP KERJA SYARIKAT 20
1.5.6 CARTA ORGANISASI 21

BAB 2 RINGKASAN AKTIVITI


LATIHAN INDUSTRI 20

BAB 3 KANDUNGAN LATIHAN


3.1 AKTIVITI UTAMA 41
3.2 PERLAKSANAAN KERJA 42
3.3 PERKARA UTAMA DICAPAI 43
3.4 HURAIAN SKOP LATIHAN 44

iv
BAB KANDUNGAN MUKASURAT

BAB 4 KERJA – KERJA PEMBINAAN


MENARA TELEKOMUNIKASI
4.1 KERJA DITAPAK BINA 46
4.2 PERSEDIAAN TAPAK 47
4.3 PEMANTAUAN KERJA TANAH
DITAPAK BINA 50
4.4 KERJA PENANAMAN CERUCUK 50
4.5 PENGAWASAN TAPAK PROJEK 51
4.6 KERJA BINAAN ASAS 52
4.7 BINAAN TAPAK CABIN 53
4.8 PEMBINAAN JALAN 54
4.9 BINAAN PAGAR 55
4.10 TURAPAN PERMUKAAN TAPAK 56
4.11 BINAAN PERPARITAN 56
4.12 PEMERIKSAAN TUNTUTAN KERJA 57
4.13 PENYERAHAN TAPAK 58
4.14 KERJA PEMUTIHAN 59
4.15 PENYEDIAAN LAPORAN PROJEK 60
4.16 PENYEDIAAN KONKRIT DITAPAK
BINA 65
4.17 KERJA PEMASANGAN STRUKTUR
MENARA 69
4.18 PEMBINAAN SISTEM SALIRAN 71
4.19 PENANAMAN RUMPUT 73
4.20 PEMERIKSAAN KERJA 75

v
BAB KANDUNGAN MUKASURAT
BAB 5 REKABENTUK ASAS MENARA
5.1 PENGENALAN ASAS 80
5.2 DEFINISI ASAS 80
5.3 PEMILIHAN ASAS 80
5.4 JENIS ASAS 81
5.5 PENGENALAN ASAS PAD DAN
CERUCUK 82
5.6 ASAS CERUCUK 83
5.7 KELAS CERUCUK 83
5.8 ASAS PAD 85
5.9 PENGIRAAN STRUKTUR 85
5.10 KAEDAH PENGIRAAN 86

BAB 6 REKABENTUK SALIRAN


6.1 PENDAHULUAN 87
6.2 JENIS – JENIS SALIRAN 88

BAB 7 KAJIAN LALULINTAS


7.1 PENDAHULUAN 90
7.2 HASIL KAJIAN 91

BAB 8 KESIMPULAN 97

BAB 9 KOMEN DAN CADANGAN


9.1 CADANGAN KEPADA SYARIKAT 99
9.2 CADANGAN KEPADA UNIT
PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUS TRI 100
9.3 CADANGAN SKOP LATIHAN 101

vi
BAB KANDUNGAN MUKASURAT

RUJUKAN 102

LAMPIRAN 103

PENGIRAAN STRUKTUR 104

PENGIRAAN HIDRAULIK 109

DESIGN CHARTS 119

DESIGN TEMPORAL PATTERNS 120

FITTED COEFFICIENTS FOR IDF CURVES 121

IDF VALUES FOR SHORT DURATION STROMS 122

LUKISAN BERKAITAN

TYPICAL CROSS SECTION OF 2.4m


SUBGRADE ROAD 123
TYPICAL DETAILS OF 300mm BLOCK DRAIN 123
TYPICAL SECTION OF STD ROAD R3 124
CROSS SECTION (A) 125
CROSS SECTION (B) 126
LAYOUT PLAN 127
TOWER ORIENTATION LAYOUT 128
ROAD AND DRAINAGE 129
CROSS SECTION (A) 130
CROSS SECTION (B) 131

vii
BAB KANDUNGAN MUKASURAT

SETTING LAYOUT PLAN


STANDARD DRAWING 132
TOWER SECTION 133
FENCING, CROSS SECTION, PERIMETER
DRAIN & CABIN GANTRY LAYOUT 134
DETAIL OF CABIN PLINTH &
GENSET PLINTH 135
GROUND FLOOR KEYPLAN SECTION
& DETAILS 136
TYPICAL 4m X 7.2m CABIN CONFIGURATION 137
FOUNDATION PLAN FOR MONOPOLE 138

viii
SENARAI RAJAH

RAJAH KANDUNGAN MUKASURAT

1.1 CARTA ORGANISASI 21


3.2 CARTA ORGANISASI PROJEK MENARA
TELEKOMUNIKASI 45
4.1 PEMASANGAN KOTAK BENTUK 60
4.2 PEMASANGAN KOTAK BENTUK 60
4.3 PEMASANGAN J – BOLT 61
4.5 KERJA KONKRIT 62
4.6 PENGGETAR UNTUK MEMADAT KONKRIT 62
4.7 KERJA KONKRIT 63
4.8 PENGELOMPOKAN KONKRIT 64
4.9 LANGKAH KERJA KONKRIT 65
4.10 PENGGAUL 67
4.17.1.1 KERJA – KERJA MENGECAT 68
4.17.2.1 KERJA – KERJA MENGARAS 68
4.17.3.1 PEMASANGAN SRTUKTUR MENARA 69
4.17.3.2 PERALATAN BERJENTERA 69
4.18.1 PEMBINAAN SISTEM SALIRAN 70
4.18.2 PEMBINAAN SISTEM SALIRAN 70
4.18.3 PEMBINAAN SISTEM SALIRAN 71
4.18.4 PEMBINAAN SISTEM SALIRAN 71
4.20.1 TURFING 72
4.20.2 PENANAMAN RUMPUR 73
4.20.1.3 PENANAMAN RUMPUT 73

ix
RAJAH KANDUNGAN MUKASURAT
4.21.1 PEMERIKSAAN KERJA BINAAN 75
4.21.2 PEMERIKSAAN KERJA BINAAN 75
4.21.3 PEMERIKSAAN KERJA BINAAN 76
4.21.4 PEMERIKSAAN KERJA BINAAN 76
4.21.5 PEMERIKSAAN KERJA BINAAN 77
4.21.6 PEMERIKSAAN KERJA BINAAN 77
4.21.7 PEMERIKSAAN KERJA BINAAN 78
4.21.8 PEMERIKSAAN KERJA BINAAN 78
5.6.1.1 JENIS ASAS 81
5.7.1 CERUCUK 82
5.8.1.2 END BEARING PILE 83
5.8.2.1 CERUCUK GESERAN 83
5.10.1 ASAS PAD 84
6.2.1 CASCADING DRAIN 87
6.2.2 SUMP 87
6.2.3 BLOCK DRAIN 88
6.2.4 V – SHAPE DRAIN 88

x
BAB 1 :
PENGENALAN

1.1 Pendahuluan.

Latihan Industri merupakan satu komponen utama dalam kurikulum pembelajaran


Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Pelajar disyaratkan lulus
Latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan Sijil atau Diploma
Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Pelajar akan ditempatkan di
organisasi tertentu selama satu semester bagi mendedahkan pelajar kepada suasana
pekerjaan yang sebenar.

Semasa menjalani latihan industri, saya telah ditempatkan disebuah firma perundingan
awam dan struktur selama 20 minggu, dan dalam tempoh tersebut pelbagai perkara baru
berkaitan Kejuruteraan Awam telah saya pelajari dan mempraktikan perkara yang telah
saya pelajari semasa mengikuti kuliah di Politeknik Kulim. Latihan industri dapat
mendidik pelajar supaya lebih berdisiplin dan berdaya saing dalam menempuhi alam
pekerjaan yang sebenar dan mampu bekerja dibawah tekanan yang sebenar dalam alam
pekerjaan kelak.

1
1.2 Objektif latihan industri.

Objektif latihan industri adalah untuk membolehkan pelajar;


a. Membina personaliti individu.
b. Berkomunikasi dengan berkesan.
c. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik.
d. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan.
e. Memberikan peluang kepada pelajar untuk mengamalkan apa yang telah
dipelajari di kuliah dalam pekerjaan.
f. Memberikan pelajar peluang untuk mempelajari perkara yang belum
pernah dipelajari di kuliah.
g. Menghasilkan laporan latihan industri.

2
1.3 Objektif laporan latihan industri.

Laporan Latihan Industri adalah wajib disediakan oleh semua pelajar yang telah
mengikuti latihan industri. Laporan ini mestilah disiapkan dan diserahkan kepada
penyelaras di Unit Perhubungan dan Latihan industri pada masa yang ditetapkan.
Diantara objektif latihan industri adalah seperti berikut:

1. Untuk menerangkan apakah yang telah dipelajari dan aktiviti- aktiviti


yang telah dijalankan sepanjang tempoh menjalani latihan industri.

2. Bagi dijadikan bahan bukti untuk dikemukakan kepada Unit


Perhubungan dan Latihan Industri berkenaan dengan apa yang telah
dijalankan dan dipelajari semasa menjalani latihan industri.

3. Sebagai bahan dokumen temuduga sekiranya ianya berkualiti dan


menerangkan bahawa pelajar tersebut berupaya menjalankan tugas
dengan baik.

4. Menjadi sebahagian dari bahan rujukan pada masa akan datang


sekiranya ia berkaitan dengan pekara yang telah dipelajari semasa
latihan industri.

3
1.4 Kepentingan latihan industri kepada pelajar.

Latihan industri adalah penting kepada setiap pelajar untuk dijadikan bekalan dalam
menghadapi alam pekerjaan yang sebenar setelah tamat pengajian nanti. Bagi pelajar
yang telah menghadapi latihan industri ini ia tidak akan berasa janggal dengan kerja-
kerja yang akan ditempuhi kelak.
Kepentingan latihan industri kepada pelajar :

1. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui dan mempelajari


dengan lebih terperinci kera- kerja serta aktiviti yang dijalankan
dalam bidang yang diceburi.

2. Membolehkan pelajar menimba ilmu serta pengalaman dengan lebih


mendalam sebelum menghadapi alam pekerjaan sebenar.

3. Dapat meningkatkan kecekapan individu di dalam melakukan kerja


yang berkaitan dengan bidang yang dipelajari.

4. Membiasakan diri dengan alam pekerjaan.

5. Memudahkan pelajar untuk memohon pekerjaan sesudah tamat


pengajian nanti kerana telah mempunyai pengalaman bekerja
dilapangan.

4
1.5 Latar Belakang Organisasi.

1.5.1 Pengenalan Organisasi.

DZA Consult Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat perunding


kejuruteraan awam dan struktur yang terletak di 105B, Tingkat 2,
Kompleks Alor Star, Lebuhraya Darulaman, 05100 Alor Star, Kedah.
Pengurusan dan pentadbirannya diketuai oleh Ir. Hj. Wan Zabidi Wan Omar selaku
Pengarah Urusan dibantu oleh 8 orang kakitangan profesional dan staff sokongan.

1.5.2 Latar belakang penubuhan organisasi.

DZA Consult Sdn. Bhd. mula beroperasi pada 15 Ogos 2001 dengan objektif utama
adalah untuk menjadi sebuah syarikat firma perunding yang menerajui kepakaran dalam
bidang kejuruteraan awam dan struktur, perkhidmatan elektrik yang berkaitan dengan
bangunan, infrastruktur, pengurusan projek, penyeliaan dan pemantauan pembinaan
projek dan juga perancangan projek. Aktiviti utama syarikat termasuklah dalam
perkhidmatan perundingan dan pengurusan projek.

Sebelum penubuhannya, pemegang saham syarikat dan pengarah bagi syarikat ini telah
terlibat secara langsung dalam perkhidmatan kejuruteraan untuk pelbagai jabatan
kerajaan dengan mempunyai pengalaman meluas dalam bidang kejuruteraan awam dan
struktur, kerja-kerja kejuruteraan elektrik dan elektronik beserta kepakaran dalam bidang
perancangan projek dan pengurusan.

5
Dengan pengalaman lebih dari 30 tahun kombinasi kepakaran dengan perkhidmatan
kerajaan, pihak pengurusan syarikat memahami keperluan semasa bagi melengkapkan
rekabentuk struktur terbaik yang diperlukan untuk memenuhi kehendak klien dengan
memberikan kualiti dan rekabentuk yang praktikal bagi tempoh masa serta kos
berpatutan dalam khidmat perundingan projek yang diamanahkan kepada syarikat.

Pihak syarikat dengan penuh kepercayaan dan berkeyakinan untuk memberikan khidmat
perundingan dan pengurusan projek yang dilaksanakan oleh kontraktor dengan jayanya.
Pemantauan dan pengawasan yang diberikan oleh syarikat dalam perlaksanaan sesuatu
projek adalah secara berkesan dengan tiada kompromi terhadap mutu kerjanya. Syarikat
memberikan penekanan menyeluruh bagi kesemua projek dengan perancangan kerja
terbaik diberikan dalam segenap aspek kerja binaan yang dilaksanakan.

Syarikat percaya dengan perhubungan yang rapat dengan klien dan organisasi
professional terlibat dalam sektor kejuruteraan awam ini akan dapat mewujudkan
tindakan makluman bersistematik dan memenuhi keperluan projek yang dilaksanakan
bersama. Setiap projek diuruskan, dirancang dan direkabentuk dengan penyeliaan dan
kawalan sepenuhnya di bawah kepakaran jurutera mengikut spesifikasi projek.

6
1.5.3 Ahli lembaga pengarah

Director

NAME : IR. DZULKIFLI BIN ABDULLAH


DATE OF BIRTH : 10TH October 1955
NATIONALLITY : Malaysian
PRESENT POSITION : Director / Principal
QUALIFICATION : Bachalor In Engineering (CIVIL)
(Dreakin University –Australia
-1983) Diploma In Engineering
(Universiti Teknologi Malaysia
-1977)
COPARATE BODIES : Member Of Institute
Engineer’s Malaysia (I.E.M)
Member Of Road Engineer Association
Malaysia
PRO. QUALIFICATION : Profesional Engineer /Board Of
Engineer Malaysia (B.E.M) Register
NO: LJM 8494

7
AS A DIRECTOR/PRINCIPAL, ENCIK DZULKIFLI IS RESPONSIBLE FOR DESIGNING,
MANAGEMENT AND MARKETING, HE WAS A FOUNDER AND HAS CONTRIBUTED
TO THE FIRM’S POLICY DEVELOPMENT, WORKING SYSTEM AND DESIGN
PROCESS.

ENCIK DZULKIFLI RECEIVED HIS DIPLOMA OF CIVIL ENGINEERING FROM


UNIVERSITY TEKNOLOGY OF MALAYSIA AND HIS BACHELOR DEGREE FROM
DREAKIN UNIVERSITY, AUSTRALIA. HE IS HIMSELF ALSO A MEMBER OF
INSTITUTE OF ENGINEERS MALAYSIA AND MEMBER OF ROAD ENGINEERING
ASSOCIATION OF MALAYSIA.

ENCIK DZULKIFLI IS ALSO REGISTERED PROFESIONAL ENGINEER WITH


REGISTRATION NO: LJM 8494

ENCIK DZULKIFLI HAS GAINED A LOT OF EXPIRIENCE TROUGHOUT HIS CAREER


AS AN ENGINEER EITHER WITH THE GOVERNMENT OR PRIVATE SECTORS. HE
HAS BEEN INVOLVED IN NUMBEROUS OF ASSIGNMENT AS DESCRIBED:

STARTING FROM 2001 – PRESENT


DZA CONSULT SDN BHD
ENGAGED AS A DIRECTOR

MAY 1996 – 31ST DECEMBER 1998


INTEGRATED PERUNDING SDN. BHD
RESIDENT ENGINEER

SCOPE OF WORK :

MONITORING, SUPERVISION AND REPORTING OF CONSTRUCTION AND


CERTIFYING OF PROGRESS, CLAIMS OF MARUBENI SDN. BHD.

8
AHLI LEMBAGA PENGARAH

NAME : IR. WAN ZABIDI B HJ. WAN OMAR BCK


DATE OF BIRTH : 20TH July1955
NATIONALLITY : Malaysia
PRESENT POSITION : Director / Principal
QUALIFICATION : Bachelor In Engineering (CIVIL)
(UNIVERSITY OF WALLONGGONG NEW
SOUTH – AUSTRALIA -1983)
Diploma Of Engineering
(Universiti Teknologi Malaysia -1977)
COPARATE BODIES : Member Of Institute Engineer
Malaysia (I.E.M)
Profesional Engineer Board Of Engineer M’sia
WORKING EXPERIENCE: Technical Assistant – 15 YEARS
Working Engineer – 19 YEARS

TECHNICAL ASSISTANT

a) TECHNICAL ASSISTANT WITH JABATAN PERUMAHAN NEGARA,


KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN, 1977-1981

i. DESIGN OF LOW COST HOUSING AND LOW COST FLATS


ii. SUPERVISION OF LOW COST HOUSING, LOW COST FLATS IN
PULAU PINANG, KEDAH AND PERLIS
ENGINEER

a) ENGINEER AT TECHNICAL DIVISION FOR KEDAH STATE


DEVELOPMENT CORPORATION

9
i. RESPONDSIBLE FOR THE PLANNING, DESIGN AND CONSTRUCTION
OF ALL INDUSTRIAL ESTATES FOR PKNK
ii. RESPONSIBLE FOR THE PLANNING DESIGN AND CONSTRUCTION
OF NEW TOWNSHIP
 KUALA KETIL NEW TOWN SHIP
 KOTA PERDANA, BUKIT KAYU HITAM

b) GENERAL MANAGER FOR KEDAH MARBLE SDN. BHD (KMSB)-A


SUBSIDIARY COMPANY OF PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI
KEDAH (PKNK)

i. RESPONSIBLE FOR THE OPERATION OF QUARRIES FACTORY


PRODUCTION AND SALES OUTLET OF KMSB
ii. SUPPLY AND INSTALLATION OF MARBLE & GRANITE WORK FOR
SELANGOR STATE MOSQUE AND PETRONAS TWIN TOWER

c) HEAD OF TECHNICAL DIVISION FOR PERBADANAN KEMAJUAN


NEGERI KEDAH (PKNK)
 OVERALL PLANNING AND IMPLEMENTATION FOR THE
DEVELOPMENT OF STATE OF KEDAH UNDERTAKEN BY PKNK
d) HEAD OF CORPORATE DIVISION FOR PKNK
 STRATEGIC PLANNING FOR KEDAH MAJU 2010 FOR PKNK

10
LIST OF PROJECT UNDERTAKEN THROUGH OUT WORKING
EXPERIENCE

a) JOINT VENTURE RESORT PROJECT BETWEEN KEDAH STATE


DEVELOPMENT CORPORATION (KSDC) AND PROMET AT TANJUNG
RHU, PULAU LANGKAWI : RM 40 MILLION 1985-1987
b) 4 STOREY – 24 UNITS OF SHOP LOTS AT BANDAR KULIM FOR KSDC :
RM 3 MILLION
c) MERGONG BARRAGE INDUSTRIAL ESTATE PHASE II FOR KSDC : RM 16
MILLION 1989-1993 : RM30 MILLION
d) LADANG PERBADANAN KEDAH (LPK) INDUSTRIAL ESTATE IN SUNGAI
PETANI 1990-1993 : RM30 MILLION
e) KUALA KETIL INDUSTRIAL ESTATE SUNGAI PETANI FOR KSDC, 1993-
1996 : RM 35 MILLION
f) BUKIT KAYU HITAM INDUSTRIAL ESTATE SUNGAI PETANI FOR KSDC
1996-1998 : 32 MILLION
g) GURUN HEAVY INDUSTRIAL ESTATE FOR KSDC, 1996-2000: RM42
MILLION
h) PLANNING AND CONSTRUCTING OF ALL ACRESS ROAD FOR ALL
ACRESS ROAD FOR ALL INDUSTRIAL ESTATE IN KEDAH, 1997-2000
i) PLANNING AND CONSTRUCTING OF MEDIUM COST AND BUNGALOW
LOTS FOR KSDC IN ALOR SETAR
j) PLANNING AND CONSTRUCTING OF NEW TOWNSHIP FOR KSDC
k) DESIGN SUPPLY OF MARBLE AND GRANITE WORK FOR SELANGOR
STATE MOSQUE, SHAH ALAM :RM 22 MILLION
l) 4-STOREY-12 BLOCKS OF 40 UNITS EACH LOW COST FLAT AT SIMPANG
KUALA, ALOR SETAR : RM 60 MILLION
m) PLANNING AND DESIGNING OF TOURIST FACILITIES AT GUNUNG
JERAI FOR KSDC 2001 : 20 MILLION

11
COMMITTEE MEMBERS

i. COMMITTEE MEMBERS OF STATE MTEN ON


INDUSTRIAL DEVELOPMENT FOR KEDAH STATE
ii. COMMITTEE MEMBERS FOR THE STRUCTURAL
AND PLANNING FOR STATE OF KEDAH
iii. COMMITTEE MEMBERS FOR THE DEVELOPMENT
AND RELOCATION
iv. COMMITTEE MEMBERS FOR FLOOD MITIGATION
FOR ALOR SETAR TOWN
v. MEMBER OF KEDAH COMMERCIAL GROUP FOR
LANGKAWI INTERNATIONAL DIALOUGE 2002(LID
2002)

12
AHLI LEMBAGA PENGARAH

NAME : IR. ZULKEFLEE BIN KHALIDIN


DATE OF BIRTH : 17TH November 1956
NATIONALLITY : Malaysian
PRESENT POSITION : Director
QUALIFICATION : Master In Engineering
(Electronic)
(KUMAMOTO UNIVERSITY –
KYUSHU, JAPAN -1986)
Bachelor In Engineering
(Electrical)
(UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
-1979)
COPARATE BODIES : Member Of Institute Of Engineer
M’sia (I.E.M)
PRO.QUALIFICATION : Registered Profesional Engineer
With B.E.M
Registration NO: LJM 6430

AS A DIRECTOR, ENCIK ZULKEFLEE IS RESPONSIBLE FOR DESIGNING,


MANAGEMENT AND MARKETING. HE HAS CONTRIBUTED TO THE FIRM’S
POLICY DEVELOPMENT, WORKING SYSTEM AND DESIGN PROCESS BUT
MOST ROUGHLY TO THE ELECTRICAL AND ELECTRONICS ENGINEERING

ENCIK ZULKEFLEE RECEIVED HIS DEGREE IN ENGINEERING FROM


UNIVERSITY TECHNOLOGY OF MALAYSIA AND HIS BACHELOR MASTER
DEGREE FROM KUMAMOTO UNIVERSITY, JAPAN. HE HIMSELF ALSO A
MEMBER OF INSTITUTE OF ENGINEERS MALAYSIA

13
ENCIK ZULKEFLEE IS ALSO A REGISTERED PROFESSIONAL ENGINEER
WITH B.E.M SPECIALIZED IN ELECTRICAL AND ELECTRONICS
ENGINEERING

ENCIK ZULKEFLEE HAS GAINED A LOT OF EXPERIENCE TROUGHTOUT HIS


CAREER AS AN ENGINEER EITHER WITH THE GOVERNMENT OR PRIVATE
SECTORS.

HE HAS BEEN INVOLVED IN NUMEROUS OF ASSIGNMENTS AS DESCRIBED:

STARTING FROM 2001-PRESENT


DZA CONSULT SDN BHD
ENGAGE AS A DIRECTOR

1997-2001
BINARY VISION SDN BHD
DIRECTOR

1995-1997
CLARITY ENGINEERING SDN BHD (PASIFIC SATELITE CO. LTD OF HONG
KONG)

SCOPE OF WORK: INVOLVED AS SYSTEM INTERGRATED IN CABLE AND


SATELLITE TELEVISION BUSSINESS

14
1994-1995
ENF RESOURCES (M) SDN BHD
GENERAL MANAGER

SCOPE OF WORK: INVOLVED REGARDING THE IMPLEMENTATION


ELECTRICAL WORKS FOR PETRONAS RESERCH
INSTITUTE IN BANGI

OCTOBER 1992-1994
SUPERIOR COMMUNICATIONS (M) SDN BHD
GENERAL MANAGER

SCOPE OF WORK: TO SELL AND MARKET VARIOUS TELECOMMUNICATIONS


EQUIPMENT AND SYSTEM TO MALAYSIAN
TELECOMUNICATIONS INDUSTRY

1991-OCTOBER 1992
TANAC SALES AND SERVICES SDN BHD
ELECTRONIC ENGINEER

SCOPE OF WORK: TO SELL THE TANAKE SEIKI (TANAC) BRAND OF COIL


WINDING MACHINES TO ASIA, INDIA AND AUSTRALIA

JUN 1990-DECEMBER 1990


RENONG TECHNOLOGIES SDN BHD
ASSISTANT ACCOUNT MANAGER

SCOPE OF WORK: RESPONSIBLE TO SELL AND MARKETING LOCALLY


DEVELOP MRP II STRUCTURE PACKAGE USING PICK
SYSTEM ON IBM RISC 6000 PLATFORM TO MANUFACTURER

15
1988-1990
FUJITSU MICROELECTRONICS (M) SDN BHD
SENIOR ENGINEER

1979-1988
MALAYSIA TELECOM DEPARTMENT/TELECOM MALAYSIA SDN BHD
ASSISTANT MANAGER

SCOPE OF WORK: INVOLED IN TWO MAJOR SUBMARINE PROJECTS:

 MEDAN-PENANG SUBMARINE CABLE


 ASEAN MALAYSIA-SINGAPORE-THAILAND OF
SUBMARINE CABLE

COURSE/SEMINAR ATTENDED:

JAPANESE LANGUAGE CERTIFICATE FROM OSAKA UNIVERSITY OF FOREIGN


STUDIES.

16
ASSOCIATE DIRECTOR PROFILE

NAME : MOHD RASDI B MOHD NOR


DATE OF BIRTH : 30TH MAY 1955
NATIONALLITY : Malaysian
PRESENT POSITION : Associate Director
QUALIFICATION : Bachelor Of Science Civil
Engineering
(MONTANA STATE UNIVERSITY–USA -1984)
Diploma In Engineering
(UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA -1977)
COPARATE BODIES : Member Of Institute Of Engineers
M’sia (I.E.M)

AS A ASSOCIATE DIRECTOR ENCIK MOHD RASDI IS RESPONSIBLE FOR PROJECT


MONITORING, MANAGEMENT AND MARKETING. HE HAS CONTRIBUTED TO THE
FIRM’S POLICY DEVELOPMENT, WORKING SYSTEMAND DESIGN PROCESS. HE
ADVICES ON THE NEED FOR GEOTECHNICAL AND OTHERS SURVEYS, PREPARES
SKETCHES, GENERAL ARRANGENT DRAWINGS, SPECIFIKATIONS ESTIMATION.

ENCIK MOHD RASDI RECEIVED HIS DIPLOMA OF CIVIL ENGINEERING FROM


UNIVERSITY TECHNOLOGY OF MALAYSIA AND HIS BACHELOR DEGREE FROM
MONTANA STATE UNIVERSITY, USA. HE IS HIMSELF ALSO MEMBER OF INSTITUTE
OF ENGINEERS MALAYSIA.

ENCIK MOHD RASDI HAS GAINED A LOT OF EXPIRIENCE TROUGHTOUT HIS


CAREER AS ENGINEER EITHER WITH THE GOVERNMENT OR PRIVATE SECTORS.
HE HAS BEEN INVOLVED IN NUMEROUS ASSIGNMENTS AS DESCRIBED.
STARTING FROM 2001-PRESENT
DZA CONSULT SDN BHD, ENGAGED AS A ASSOCIATE DIRECTOR

17
1.5.4 Aktiviti organisasi

DZA Consult Sdn. Bhd. adalah merupakan sebuah syarikat yang memberikan
perkhidmatan perundingan dalam segala aspek kejuruteraan awam dan struktur untuk
pelbagai projek. Pihak syarikat memberikan perkhidmatan perundingan dalam
menjalankan penilaian dan laporan kesesuaian projek. Ini adalah bagi memastikan
perlaksanaan projek dapat dijalankan secara terbaik dan berkesan tanpa menghadapi
permasalahan.

Memberikan taksiran dan anggaran kos awalan bagi perlaksanaan sesuatu projek yang
akan dijalankan. Ini dapat mengawal perbelanjaan kos kerja pembinaan. Perlaksanaan
kerja penyediaan spesifikasi tender dan dokumen kontrak untuk kerja-kerja pembinaan
yang bakal dilakukan oleh pihak kontraktor. Penilaian terhadap tender dan taksiran bagi
memastikan kontraktor yang dilantik dapat menjalankan kerja-kerja pembinaan dengan
sebaik-baiknya mengikut kehendak klien dan spesifikasinya.

Penghasilan pelan projek melalui penyediaan pra rekabentuk dan perincian bagi projek
yang akan dilaksanakan. Rekabentuk pelan ini akan diteliti untuk digunakan dalam
perlaksanaan projek pembinaan. Perkhidmatan dalam kejuruteraan awam dan struktur
diberikan melalui pemberian pendapat dan analisis sistem rekabentuk struktur.
Mewujudkan pengurusan masa, kos dan kualiti bagi perlaksanaan projek dengan
kawalan menyeluruh. Penyeliaan kawalan kuasa untuk kelulusan sesuatu projek melalui
hubungan dalam organisasi di bawah kawalan syarikat. Memberikan kawalan
menyeluruh antara kontraktor dan klien untuk semua peringkat kerja bagi memastikan
perhubungan dan kawalan terbaik diberikan.

Pemantauan dan pengawasan dilakukan di tapak projek agar segala kerja-kerja


pembinaan projek menepati mutu kerjanya dan mengikut sepertimana pelan projek.
Penyeliaan dari masa ke semasa untuk memastikan perjalanan projek berjalan lancar

18
mengikut perancangan. Antara projek-projek terbaru yang dikendalikan oleh pihak
syarikat :
 Kerja membina dan menyiapkan menara telekomunikasi di negeri Kedah di
bawah TeleFlow (M) Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Yayasan Islam
Negeri Kedah (YIKED).

 Pembinaan laluan jalan masuk 1.2km dari jalan Gunung Keriang ke Stadium
Akuatik Sukma, Alor Star, Kedah di bawah Kedah Sato Sdn. Bhd.

 Kerja menaiktaraf kemudahan kafeteria (medan makan) di Pejabat


Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Alor Star, Kedah.

 Kerja-kerja menaiktaraf Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di


Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok dan Kem Beringin di Langkawi.

 Pembinaan Kem Sri Kandi untuk Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
di Bukit Kachi, Sintok, Kedah di bawah Yayasan Al-Bukhari.

Pada masa kini, projek utama yang dikendalikan oleh syarikat adalah dalam projek
pembinaan menara telekomunikasi di negeri kedah. Pihak DZA Consult Sdn. Bhd.
telah dilantik oleh TeleFlow (M) Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat Tetuan
YIKED (Yayasan Islam Negeri kedah) Bina Sdn. Bhd. sebagai syarikat perunding
yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan dan menyelia projek pembinaan
menara telekomunikasi ini. Pihak syarikat telah memberikan perhatian yang penuh
dalam projek ini dan telah menjalankan projek bermula dari awal fasa sehinggalah
peringkat fasa kelima ini.

19
1.5.5 SKOP KERJA SYARIKAT

Perancangan Konsep Pembangunan


 Penilaian dan laporan kesesuaian projek.
 Perundingan analisis sistem rekabentuk struktur.
 Taksiran dan anggaran kos awalan.
 Penyediaan jadual kerja cadangan.

Penyediaan Rekabentuk Perincian


 Penghasilan pelan pra rekabentuk dan perincian
 Perlaksanaan spesifikasi tender dan dokumen kontrak.
 Kawalan kontraktor dan klien

Pengurusan Projek
 Penilaian terhadap tender dan taksiran.
 Pemantauan aliran kewangan.
 Penyeliaan kawalan kuasa kelulusan.
 Pengurusan masa, kos dan kualiti kerja.
 Penyediaan manual operasi.

Perkhidmatan Perundingan Projek


 Bangunan industri, gudang dan kilang
 Bangunan tinggi, supermarket dan bangunan umum lain
 Medan makan, sekolah, universiti, masjid dan dewan bertingkat
 Kawasan kediaman perumahan
 Infrastruktur : jambatan, jalan, perparitan, pembentungan dan bekalan air.
Pengawasan Tapak
 Tinjauan kerja pembinaan di tapak.
 Pemeriksaan mutu kerja kontraktor.

20
1.5.6 Carta organisasi

DZA Consult. Sdn. Bhd.


Consulting Engineers (Civil & Structure)
Ir. Hj. Wan Zabidi B. Hj. Wan Omar
(Pengarah Urusan)

Noor Hayati Abdullah


(Pengurus Projek)

BAHAGIAN BAHAGIAN BAHAGIAN


PENTADBIRAN TEKNIKAL PELAN
& (Pengawasan Tapak) PROJEK
KEWANGAN

Sazlyna Saad Abdul Manaf Jaafar Hasrol Azlan Che Me


(Juruukur) (Jurutera) (Pelukis Pelan 1)
Bahan) 2

Adhwa Hanis Hussein Staf Sokongan Noorhaida Muhd Radzi


(Perhubungan) (Pelukis Pelan 2)

Nor Asmahan Ruslan Khairul Azlan Ahmad Zain


(Akaun) (Pelukis Pelan 3)

Rajah 1.1: Carta organisasi.

21
BAB 2 :
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

MINGGU PERTAMA ( 09.01.2006 hingga 12.01.2006 )

Lapor diri untuk latihan industri di DZA Consult SDN. BHD.


Sesi suaikenal dengan kakitangan syarikat serta beberapa pelajar IPTA dan IPTS yang
menjalani latihan industri disyarikat.
Pendedahan terhadap pelan-pelan projek seperti :
 ‘survey plan’
 ‘cross section plan’
 ‘detail of cabin plinth and genset plinth plan’
 ‘road and drainage plan’
 ‘layout plan’
 ‘ground floor keyplan section and details’

Lawatan tapak, projek cadangan membina dan menyiapkan menara telekomunikasi


setinggi 60meter di Kampung Hangus, Daerah Baling,

22
Menjalankan pemeriksaan terhadap struktur binaan iaitu ‘stump’ tunggul tiang, dan
pemeriksaan aras tanah samada setara dengan aras tunggul tiang.

MINGGU KE DUA ( 15.01.2006 hingga 19.01.2006 )

Mempelajari skop kerja yang dijalankan oleh syarikat berdasarkan Laporan


Projek, mempelajari cara pengiraan struktur ‘structure calculation’ untuk rekabentuk asas
‘foundation’, seperti ‘Meyerholf’s Formula’ untuk mendapatkan jumlah bilangan point
cerucuk yang diperlukan bagi setiap asas.

Menggunakan pengiraan struktur untuk merekabentuk saiz, ketebalan, dan panjang asas
yang terdiri dari tunggul tiang dan balak. Saiz, ketebalan, dan panjang asas adalah
berbeza berdasarkan jumlah beban yang dikenakan ataupun yang perlu ditanggung oleh
asas.

‘Hydraulic calculation’ pengiraan hidraulik digunakan untuk mengira kadar aliran serta
isipadu air hujan yang melalui kawasan pembinaan untuk merekabentuk sistem saliran
yang sesuai bagi menampung jumlah aliran air hujan dari segi jenis perparitan, saiz parit,
dalam, dan kelebaran parit tersebut.
Ia adalah bertujuan untuk mengelakan dari berlakunya limpahan air keatas tapak dan air
bertakung didalam kawasan tapak,

Mengadakan lawatan tapak projek menara telekomuikasi di Kuala Pegang, Daerah


Baling, tujuan lawatan adalah untuk melihat proses pemeriksaan terakhir sebelum
penyerahan tapak kepada pelanggan iaitu syarikat telekomunikasi, pihak terlibat adalah
pelanggan, kontraktor projek, perunding dan beberapa pemeriksaan terakhir telah
dijalankan oleh pelanggan supaya pembinaan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan.

23
Mempelajari kaedah pengiraan kerja tanah ‘earth work’ iaitu penambakan dan
pemotongan yang diperlukan bagi satu-satu kerja tanah untuk mendapatkan jumlah
penambakan dan jumlah pemotongan, juga untuk menentukan jumlah bayaran bagi kerja
tanah yang dikira oleh jurukur .

MINGGU KE TIGA ( 23.01.2006 hingga 26.01.2006 )

Lawatan tapak cadangan membina dan menyiapkan menara telekomunikasi


diatas sebahagian lot 4937, Mukim Alor Malai, Alor Setar. Jenis menara adalah menara
monopole ketinggian 36meter, tujuan lawatan adalah untuk menjalankan pemeriksaan
terhadap mutu pembinaan samada mengikut spesifikasi atau tidak seperti yang
dinyatakan dalam pelan pembinaan.

Mempelajari kaedah pengiraan merekabentuk struktur asas bagi menara jenis monopole,
merekabentuk saiz, lebar, panjang, dan ketinggian serta saiz dan bilangan tetulang yang
diperlukan untuk rekabentuk asas tersebut.

Pemeriksaan terhadap asas dari segi saiz, panjang, lebar, ketinggian serta mutu binaanya.
Pemeriksaan terhadap ‘cabin plinth’ dari segi saiz, panjang, lebar, serta ketebalanya
samada mengikut spesifikasi yang diberikan dalam pelan atau tidak.

Lawatan tapak projek cadangan membina dan menyiapkan menara telekomunikasi di


Bukit Tembaga, Daerah PadangTerap, tujuan lawatan adalah untuk mengambil ukuran
cerun ditapak supaya lakaran awal pemotongan cerun dapat dilakukan untuk
menentukan ketinggian cerun dan jumlah kecerunan yang sesuai.

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Padang Durian, Daerah Pendang, tujuan
lawatan adalah untuk menjalankan pemeriksaan spesifikasi rekabentuk binaan asas

24
samada mengikut rekabentuk asas seperti dalam pelan atau tidak. Pemeriksaan dari segi
saiz, panjang, lebar san ketinggian serta saiz dan bilangan keluli yang digunakan.

MINGGU KE EMPAT ( 27.01.2006 hingga 02.02.2006 )

Mempelajari cara merekabentuk asas menggunakan pengiraan struktur ‘structure


calculation’ berdasarkan laporan projek pembinaan menara telekomunikasi Cadangan
Membina Dan Menyiapkan Menara Telekomunikasi Setinggi 150kaki diatas Lot 1283,
Mukim Alor Merah, Daerah Kota Setar.

Lawatan tapak projek pembinaan menara telekomunikasi di Bukit Selambau, Sungai


Lalang. Tujuan lawatan adalah untuk mengadakan pemeriksaan spesifikasi rekabentuk
binaan asas samada mengikut rekabentuk asas seperti dinyatakan didalam pelam
pembinaan atau tidak, pemeriksaan merangkumi saiz asas dari segi lebar, panjang,
ketebalan asas serta saiz dan bilangan keluli yang digunakan.

25
MINGGU KE LIMA ( 05.02.2006 hingga 09.02.2006 )

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Tembaga, Daerah Padang


Terap. Tujuan lawatan adalah untuk memantau kerja- kerja pemotongan cerun.

Mempelajari kaedah pengiraan struktur asas berdasarkan laporan projek menara


telekomunikasi bagi:

 Cadangan Membina Dan Menyiapkan Menara Telekomunikasi


Setinggi 60meter diatas sebahagian Lot 6150, Mukim Kupang,
Daerah Baling (Kampung Hangus).
 Cadangan Membina Dan Menyiapkan Menara Telekomunikasi
Setinggi 60meter diatas sebahagian Lot 889, Mukim Jeneri,
Daerah Sik (Dusun Pengapit).

 Cadangan Membina Dan Menyiapkan Menara Telekomunikasi


Setinggi 200kaki diatas sebahagian Lot 2198, Mukim Bukit
Meriam, Daerah Kuala Muda (Pulau Sayak).

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Padang Durian, Daerah Pendang.


Tujuan lawatan adalah untuk menjalankan pemeriksaan ukuran spesifikasi keatas
demensi panjang, lebar dan ketebalan asas iaitu balak, tunggul tiang, serta memeriksa
kekemasan ‘formwork’ kotak bentuk , ikatan tetulang samada kukuh dan kuat, dan
memastikan penbinaan mengikut pelan.

26
MINGGU KE ENAM ( 12.02.2006 hingga 16.02.2006 )

Mempelajari kaedah pengiraan struktur asas berdasarkan laporan projek menara


telekomunikasi bagi:

 Cadangan Membina Dan Menyiapkan Menara Telekomunikasi


Setinggi 200kaki diatas sebahagian Lot 839, Bandar
Darulaman, Daerah Kubang Pasu (Taman Tunku Sarina)

 Cadangan Membina Dan Menyiapkan Menara Telekomunikasi


Setinggi 60meter diatas sebahagian Lot 545, Mukim Merbok,
Daerah Kuala Muda (Lembah Bujang)

Mempelajari kaedah pengiraan hidraulik untuk merekabentuk sistem saliran dan


perparitan berdasarkan laporan projek menara telekomunikasi :

 Cadangan Membina Dan Menyiapkan Menara Telekomunikasi


Setinggi 200kaki diatas sebahagian Lot 545, Mukim Merbok,
Daerah Kuala Muda (Lembah Bujang)

Kerja-kerja pemutihan, lawatan tapak menara telekomunikasi sedia ada di Kampung


Lalang, Weng, serta tapak menara telekomunikasi dan stesen pemancar sedia ada di
Hutan Simpan Gunung Inas, Daerah Baling.

Menjalankan pemeriksaan dan memastikan komponen-komponen yang terdapat di tapak


serta melakukan ukuran keluasan dan jarak didalam tapak untuk di pelan semula.

27
Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Tembaga, Daerah Padang Terap,
tujuan lawatan adalah untuk memantau kerja-kerja memecah lapisan tanah keras dan
memantau kerja-kerja pemotongan cerun.

MINGGU KE TUJUH ( 19.02.2006 hingga 23.02.2006 )

Mempelajari kaedah pengiraan untuk merekabentuk sistem saliran dan perparitan


berdasarkan laporan projek menara telekomunikasi :

 Cadangan Membina Dan Menyiapkan Menara Telekomunikasi


Diatas Sebahagian Lot 255, Mukim Sok, Daerah Sik.

Mempelajari kaedah pengiraan kerja tanah ‘earth work’ iaitu penambakan dan
pemotongan yang diperlukan bagi satu-satu kerja tanah untuk mendapatkan jumlah
penambakan dan jumlah pemotongan, juga untuk menentukan jumlah bayaran bagi kerja
tanah yang dikira oleh jurukur berdasarkan laporan projek menara telekomunikasi yang
telah siap :

 Cadangan Membina Dan Menyiapkan Menara Telekomunikasi


Setinggi 200kaki diatas sebahagian Lot 839, Bandar
Darulaman, Daerah Kubang Pasu (Taman Tunku Sarina)

 Cadangan Membina Dan Menyiapkan Menara Telekomunikasi


Setinggi 200kaki diatas sebahagian Lot 545, Mukim Merbok,
Daerah Kuala Muda (Lembah Bujang)

MINGGU KE LAPAN ( 26.02.2006 hingga 02.03.2006 )

28
Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Selambau, Sungai Lalang,
tujuan adalah untuk melihat kemajuan kerja dan memantau kerja-kerja pembinaan yang
sedang berjalan, kerja-kerja penbinaan sistem saliran sedang dijalankan.

Mempelajari kaedah pengiraan kerja tanah ‘earth work’ iaitu penambakan dan
pemotongan yang diperlukan bagi satu-satu kerja tanah untuk mendapatkan jumlah
penambakan dan jumlah pemotongan, juga untuk menentukan jumlah bayaran bagi kerja
tanah yang dikira oleh jurukur berdasarkan laporan projek menara telekomunikasi yang
telah siap.

Mempelajari cara pengiraan struktur ‘structure calculation’ untuk rekabentuk asas


‘foundation’, seperti ‘Meyerholf’s Formula’ untuk mendapatkan jumlah bilangan point
cerucuk yang diperlukan bagi setiap asas.

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Tembaga, Daerah Padang Terap.
Tujuan adalah untuk pemantauan kerja tanah serta perbincangan dengan pihak
kontraktor berhubung kaedah pembinaan ‘cascading V-shape drain’ serta penanaman
rumput pada cerun.

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Padang Durian, Daerah Pendang


serta tapak projek menara telekomunikasi di Kampung Jerlun, Daerah Kota Star. Tujuan
lawatan adalah untuk melihat kemajuan kerja supaya bayaran kemajuan kerja kepada
kontraktor dapat diluluskan.

MINGGU KE SEMBILAN ( 05.03.2006 hingga 09.03.2006 )

29
Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Kampung Pulau Sayak, Daerah
Kuala Muda bersama-sama jurukur. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kemajuan
kerja supaya bayaran kemajuan kerja dapat diluluskan, memeriksa ukuran ‘cabin plinth’
dan ‘stump’, memeriksa kualiti kerja dan bahan yang digunakan.

Lawatan tapak , Cadangan Pembesaran Jalan Alor Janggus – Gunung Keriang, Daerah
Kota Setar. Tujuan lawatan dalah untuk memantau kerja- kerja pembinaan jalan tersebut
supaya mengikut rekabentuk jalan seperti yang telah ditetapkan didalam pelan.

Membuat pengiraan hidraulik untuk merekabentuk sistem saliran dan perparitan bagi
Cadangan Membina Dan Menyiapkan Menara Telekomunikasi di Bukit Penarak, Daerah
Langkawi.

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Tembaga, Daerah Padang Terap,
tujuan lawatan adalah untuk memantau kerja-kerja tanah dan memastikan aras tanah
mengikut ‘level’ yang telah ditetapkan.

Membuat pengiraan kerja tanah ‘earth work’ untuk projek cadangan membina dan
menyiapkan menara telekomunikasi di Bukit Penarak, Daerah Langkawi.

MINGGU KE SEPULUH ( 12.03.2006 hingga 16.03.2006 )

30
Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Tembaga, Daerah Padang
Terap, tujuan lawatan adalah mengambil ukuran batu (lapisan tanah keras) yang terdapat
pada lubang yang dikorek untuk dan kedudukanya supaya keputusan samada batu
tersebut dibiarkan ataupun dipecahkan dapat dilakukan.

Membuat pengiraan kerja tanah ‘earth work’ bagi cadangan membina dan menyiapkan
menara telekomunikasi di Bukit Penarak, Daerah Langkawi untuk mendapatkan jumlah
kerja tanah bagi penambakan atau pemotongan tanah.

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Tembaga, Daerah Padang Terap,
tujuan lawatan adalah untuk memantau kerja-kerja memecah batu.
Kerja-kerja memasang dan mengikat tetulang untuk asas. Kerja mengaras untuk
mendapatkan aras asas yang sama.

Mempelajari cara pengiraan struktur ‘structure calculation’ untuk rekabentuk asas


‘foundation’, seperti ‘Meyerholf’s Formula’ untuk mendapatkan jumlah bilangan point
cerucuk yang diperlukan bagi setiap asas.

MINGGU KE SEBELAS ( 19.03.2006 hingga 23.03.2006 )

31
Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Tembaga, Daerah Padang
Terap, tujuan adalah untuk memantau kerja-kerja di tapak.

Membuat pengiraan hidraulik bagi projek Cadangan Membina


Dan Menyiapkan Menara Telekomunikasi Setinggi 60meter diatas sebahagian Lot Tanah
Kerajaan , Mukim Kedawang, Daerah Langkawi, tujuan adalah untuk merekabentuk
sistem saliran dan perparitan.

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Dulang Kecil, Daerah Yan, tujuan
lawatan adalah untuk memantau dan memeriksa kualiti kerja samada mengikut
spesifikasi atau tidak supaya bayaran kemajuan kerja dapat diluluskan, pemerisaan
binaan asas iaitu ‘stump’, pelantar kabin ‘cabin plinth’, longkang, pagar dan turapan
menggunakan ‘crusher run’.

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Pokok Tai, Daerah Pendang, tujuan
lawatan adalah untuk memantau dan memeriksa kualiti kerja samada mengikut
spesifikasi atau tidak supaya bayaran kemajuan kerja dapat diluluskan, pemerisaan
binaan asas iaitu ‘stump’, pelantar kabin ‘cabin plinth’, longkang, pagar dan turapan
menggunakan ‘crusher run’.

MINGGU KE DUABELAS ( 26.03.2006 hingga 30.03.2006 )

32
Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Tembaga, Daerah Padang
Terap, tujuan lawatan adalah untuk memantau kerja-kerja pemasangan J- bolt pada
tunggul tiang ‘stump’.

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Tembaga, Daerah Padang Terap,
tujuan lawatan adalah untuk memantau kerja-kerja konkrit untuk tunggul tiang ‘stump’.

Lawatan tapak , Cadangan Pembesaran Jalan Alor Janggus – Gunung Keriang, Daerah
Kota Setar. Tujuan lawatan dalah untuk memantau kerja- kerja pembinaan jalan tersebut
supaya mengikut rekabentuk jalan seperti yang telah ditetapkan didalam pelan,
memantau kerja-kerja merata dan memadat ‘crusher run’, pemasangan ‘box culvert’,
pembinaan takungan ‘sump’, serta pengorekan tanah untuk memasang paip bawah tanah.

MINGGU KE TIGABELAS ( 02.04.2006 hingga 06.04.2006 )

33
Mesyuarat tergempar untuk mengumumkan pengambil alihan tugas sebagai
pengurus projek oleh En. Abdul Manaf yang menggantikan Puan Noorhayati yang
sedang cuti bersalin.

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Tembaga, Daerah Padang Terap,
tujuan adalah untuk memantau kerja-kerja penanaman rumput pada lereng cerun, serta
kerja pengorekan untuk pembinaan saliran ‘V- shape drain’.

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Selambau, Daerah Padang Terap,
tujuan lawatan adalah untuk pengawasan projek, memeriksa mutu binaan seperti pelantar
kabin, menara, saliran, serta asas supaya bayaran kemajuan kerja dapat diluluskan
mengikut kemajuan kerja.

Penyediaan laporan projek bagi Cadangan Membina Dan Menyiapkan Menara


Telekomunikasi Setinggi 200kaki Diatas Sebahagian Tanah Kerajaan, Mukim
Kedawang, Daerah Langkawi.

Menyediakan kesimpulan laporan yang mengandungi hasil jumlah kerja tanah bagi
penambakan dan pembuangan tanah, hasil dari penyiasatan tanah digunakan didalam
kesimpulan laporan untuk menunjukkan bahawa asas pad boleh digunakan untuk
menampung beban dari struktur menara.

MINGGU KE EMPATBELAS ( 09.04.2006 hingga 13.04.2006 )

34
Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Tembaga, Daerah Padang
Terap, tujuan lawatan adalah untuk memantau kerja-kerja yang sedang dijalankan bagi
memastikan pembinaan berjalan lancar dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Penyediaan laporan projek bagi Cadangan Membina Dan Menyiapkan Menara


Telekomunikasi Setinggi 200kaki Diatas Sebahagian Tanah Kerajaan, Mukim
Kedawang, Daerah Langkawi, merangkumi pengiraan hidraulik, pengiraan struktur, dan
dokumen-dokumem yang berkaitan seperti hasil penyiasatan tanah.

Mewarna cetakan biru ‘blue print’, mewarna konkrit(hijau), ‘V-shape drain’(biru),


‘crusher run’(kuning), dinding bata (merah).

Kerja-kerja pemutihan di Hotel Grand Crystal, Alor Setar, mengambil gambar keadaan
persekitaran antena dan kabin di atas bumbung hotel.

MINGGU KE LIMABELAS ( 16.04.2006 hingga 20.04.2006 )

35
Mengadakan perubahan pada pengiraan hidraulik seperti yang diarahkan oleh
Jabatan Perparitan dan Saliran Kedah.

Mewarna cetakan biru ‘blue print’, mewarna konkrit (hijau), ‘V-shape drain’(biru),
‘crusher run’(kuning), dinding bata (merah), bagi projek Cadangan Membina dan
Menyiapkan Menara Telekomunikasi, Setinggi 60meter Diatas Sebahagian Lot 3610,
Mukim Teloi Kiri, Daerah Kuala Muda.

Melakukan tinjauan tapak untuk projek pembinaan jambatan baru bagi menggantikan
jambatan sedia ada di Sungai Kuah. Mengambil gambar-gambar butiran kawasan serta
komponen-komponen binaan yang sedia ada terdapat di sekitar jambatan tersebut untuk
memudahkan kerja-kerja merekabentuk dan merancang pembinaan jambatan
dikemudian hari.

MINGGU KE ENAMBELAS ( 23.04.2006 hingga 27.04.2006 )

36
Lawatan tapak projek dan pemeriksaan kualiti kerja bagi Cadangan Membina
Dan Menyiapkan Kem Tambahan Program Latihan Khidmat Negara Di Universiti Utara
Malaysia, Sintok, Kedah Darul Aman untuk tetuan UNIUTAMA Management Holding
SDN. BHD. . Pihak terlibat adalah pelanggan, kontraktor tapak, arkitek, perunding,
serta wakil dari Jabatan Pengurusan dan Pembangunan Universiti Utara Malaysia.
Pemeriksaan kerja-kerja awam, struktur, dan elektrik.

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Tembaga, Daerah Padang Terap,
tujuan lawatan adalah untuk memantau kerja-kerja pengorekan longkang ‘V- shape
drain’, kerja- kerja penanaman rumput pada cerun tanah, dan pemantauan kerja
pembinaan 300mm cascading V- shape drain pada cerun paling atas.

MINGGU KE TUJUHBELAS ( 30.04.2006 hingga 04.05.2006 )

37
Taklimat ‘traffic survey’ kajian lalulintas oleh pengarah urusan untuk
menjalankan satu ‘traffic survey’ di jalanraya Pekan Kuah, Pulau Langkawi.

Mengadakan ‘traffic survey’ kajian lalulintas untuk dua hari berturut- turut bermula dari
jam 7 pagi sehingga jam 7 petang pada 1 haribulan May 2006 dan 2 haribulan May
2006, tujuan menjalankan kajian lalulintas ini adalah bertujuan untuk mencatat jumlah
lalulintas yang melalui jalanraya tersebut untuk dijadikan bahan rujukan dalam proses
merekabentuk jambatan yang baru untuk menggantikan jambatan sediada.

Melakukan pengiraan jumlah lalulintas, purata lalulintas per jam, per hari, dan per tahun.

Lawatan tapak projek unit rumah kediaman di Taman Desa Sapura, Kuala Nerang,
mendapatkan butir-butir dan gambaran kawasan untuk memudahkan proses
merekabentuk dan pembinaan di kemudian hari.

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi setinggi 60 meter di Bukit Tembaga,


Daerah Padang Terap, tujuan lawatan adalah untuk memantau kerja-kerja pembinaan
supaya berjalan dengan lancar dan siap mengikut jadual.

Penyediaan Buku Taklimat Rekabentuk Jambatan Sungai Kuah, Langkawi, oleh DZA
consult., penyediaan gambar-gambar butiran berkaitan untuk pembentangan rekabentuk
jambatan.

Pembetulan laporan projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Menara


Telekomunikasi Setinggi 60 meter Diatas Sebahagian Lot 1623, Mukim Kupang, Daerah
Baling (Kuala Pegang). Penambahan “ The Cost Of Variation Order ” pada kesimpulan.
Pembetulan lukisan rekabentuk.

38
MINGGU KE LAPANBELAS ( 07.05.2006 hingga 11.05.2006 )

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi setinggi 60 meter di Bukit


Tembaga, Daerah Padang Terap, melihat kerja- kerja memasang kotak bentuk untuk ‘V-
shape Drain’, serta melihat kerja- kerja pembinaan Cascading V- shape Drain pada
lereng bukit.

Lawatan tapak projek Proposed To Upgrade Existing Drain System Pusat Latihan
Khidmat Negara Zon Utara, Diatas Sebahagian Lot 2522, Beringin Beach Resort ,
Mukim Kuah, Langkawi, melihat hasil kerja pembinaan untuk memastikan ianya
mengikut spesifikasi seperti dalam lukisan rekabentuk.

MINGGU KE SEMBILANBELAS ( 15.05.2006 hingga 18.05.2006 )

39
Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Desa Utara, Tasik Pedu.

Mewarna pelan ‘blue print’ Cadangan Membina Dan Menyiapkan 19 unit Rumah
Kediaman,

Lawatan tapak projek menara telekomunikasi di Bukit Tembaga Daerah Padang Terap,
melihat kerja- kerja pembinaan takungan, dan pemasangan kotak bentuk untuk ‘genset
plinth’.

MINGGU KE DUAPULUH ( 21.05.2006 hingga 31.05.2006 )

Mempelajari kerja – kerja dari ‘Model Site Specification’ berkaitan kerja Penyiasatan
Tanah dan Kerja – kerja Pembersihan Tapak.

Menyerahkan buku Laporan Harian, Borang Pengesahan Tamat Latihan, dan


Menyarahkan Borang Penilaian Prestasi kepada penyelia untuk dinilai.

40
BAB 3:
KANDUNGAN LATIHAN

3.1 AKTIVITI UTAMA

Dalam menjalani latihan industri di syarikat perundingan ini,saya telah


ditugaskan untuk membantu dalam urusan projek terbesar kendalian syarikat pada masa
kini iaitu memberikan khidmat perundingan dan pengurusan terhadap kerja-kerja
pembinaan menara telekomunikasi di negeri Kedah. Saya telah terlibat dalam
menguruskan dan menyelia kerja-kerja pembinaan untuk projek menara telekomunikasi
di bawah seliaan Puan Noor Hayati Abdullah dan Encik Abdul Manaf Jaafar yang
merupakan jurutera syarikat.

Perlaksanaan kerja-kerja projek menara telekomunikasi ini dilakukan secara tersusun


mengikut peringkat-peringkat kerjanya dari penerimaan tapak sehinggalah projek
disiapkan. Segala kerja yang saya jalankan dalam menguruskan projek ini adalah
sepertimana dalam carta alir peringkat-peringkat perlaksanaan kerja bagi projek
pembinaan menara telekomunikasi :

41
Rajah3.1: Carta Perlaksanaan kerja

Perolehan tapak baru dari pihak Teleflow

Tinjauan ke tapak projek

Perancangan dan penelitian projek

Analisis rekabentuk struktur, hidraulik dan kerja tanah

Rekabentuk perincian pelan (lukisan) projek

Penyediaan senarai kerja dan anggaran kos

Penghantaran pemeriksaan pelan kepada TeleFlow

Pengawasan dan penyeliaan tapak binaan


(perlaksanaan kerja pembinaan oleh kontraktor)

Pemeriksaan mutu kerja


(kelulusan tuntutan kos kerja binaan)

Penyediaan laporan projek

Penyerahan projek
(penyiapan projek)

42
3.2 PERKARA UTAMA DICAPAI

Ketika menjalani latihan industri di DZA Consult ini, saya telah menerima
pendedahan dan pengalaman berharga yang dapat digunakan dalam menempuh alam
pekerjaan sebenar. Ini dapat meningkatkan dan menambahkan lagi amalan dan
kemahiran teknikal dalam diri dengan mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari.

Pelbagai aspek pengurusan dan pemantauan projek dapat dimanfaatkan agar lebih
mantap serta cekap perlaksanaannya. Penyeliaan dan pengawasan kerja-kerja di tapak
projek memberikan pemahaman yang jelas mengenai aspek pembinaannya. Oleh
itu, saya dapat menyesuaikan diri dalam kerja yang dilakukan melalui aplikasi teknikal
yang diterapkan.

Perhubungan dan kerjasama dengan pihak kontraktor mewujudkan keyakinan dalam


penampilan diri dalam suasana kerja awam. Melalui latihan industri ini membantu saya
dalam menerokai dan mempelajari pelbagai aspek pengurusan, perancangan, komunikasi
dan kemahiran teknikal secara menyeluruh yang diperlukan untuk menjadi seorang
berwibawa dalam mengendalikan projek. Oleh itu, dengan pengalaman dan
pengetahuan yang diberikan semasa di DZA Consult adalah diharap saya dapat menjadi
penyumbang yang berkesan dalam melaksanakan tugasan yang diberikan dalam
organisasi syarikat yang akan dikendalikan.

43
3.3 HURAIAN TERPERINCI SKOP LATIHAN

3.3.1 PEMANTAUAN PROJEK MENARA

Sepanjang mengikuti latihan industri di DZA Consult Sdn. Bhd., saya telah
terlibat dalam perlaksanaan projek pembinaan menara telekomunikasi. Saya ditugaskan
untuk memantau projek menara jenis 3-legged dan monopole. Keseluruhan binaan
menara ini dalam ketinggian yang berbeza-beza mengikut keadaan kesesuaian tapak dan
kehendak pihak syarikat telekomunikasi.

Kebanyakan projek binaan menara ini adalah jenis 3-legged dengan ketinggian kerangka
menara 45 meter dan 60 meter. Antara projek-projek pembinaan menara telekomunikasi
yang dipantau oleh saya adalah di Lot 1224, Felda Bukit Tembaga, Mukim Padang
Tembak, Daerah Padang Terap, Kedah. Perlaksanaan tugasan saya untuk projek ini
merangkumi perancangan dan pengurusan projek, menganalisis rekabentuk,
penghasilan pelan projek, pengawasan kerja binaan dan juga perhubungan dengan
pihak TeleFlow serta kontraktor berhubung dengan perlaksanaan projek.

Selain itu, saya juga terlibat dalam pemantauan pembinaan menara telekomunikasi jenis
monopole tree yang mempunyai ketinggian 36m di tapak projek Lot 4937, Masjid
Sultanah, Mukim Alor Malai, Kota Star, Kedah. Pemantauan dilakukan secara
berkesan bagi menjayakan projek-projek tersebut.

44
Rajah 3.2: Carta Organisasi Projek Menara Telekomunikasi

Tetuan YIKED
(Yayasan Islam Negeri Kedah)
Bina Sdn. Bhd.

TeleFlow (M) Sdn. Bhd. penyewaan MAXIS,CELCOM,DIGI


(Klien) menara telekomunikasi (syarikat telekomunikasi)

khidmat perundingan
projek menara
kepada klien
Cadence Kontrak Bina Sdn. Bhd.
(syarikat penyiasatan tanah)
penyiasatan
tanah
DZA Consult Sdn. Bhd.
(Perunding Projek)

pengukuran
tanah Jurukur Teras
pengawasan & pemantauan (jurukur tanah)
kerja pembinaan oleh
kontraktor

Kontraktor dilantik
(perlaksanaan pembinaan projek)

45
BAB 4 :
LAPORAN TEKNIKAL ( MENARA TELEKOMUNIKASI )
KERJA KERJA PEMBINAAN MENARA TELEKOMUNIKASI

4.1 Kerja di tapak bina adalah melibatkan kerja – kerja :

4.1.1 Penyiasatan Tapak dan Persediaan Tapak :

Penyiasatan dan persediaan tapak adalah prosedur untuk mengenalpasti


keadaan permukaan tanah ditapak cadangan pembinaan.
Keadaan tapak tersebut mungkin akan mempengaruhi rekabentuk dan
pembinaan dimasa akan datang.
Maklumat keadaan tapak adalah perlu untuk merancang teknik dan
kaedah pembinaan.
Keadaan topografi disekitar tapak mungkin akan mempengaruhi
perhubungan ketapak dari segi peralatan, jentera serta pengangkutan,
juga mempengaruhi keupayaan jentera bekerja ditapak.

46
Penyiasatan tapak perlu mengenalpasti :
 Keadaan tumbuh- tumbuhan disekitar tapak termasuk
ketebalan dan ketinggian tumbuh- tumbuhan.
 Sistem perparitan dan sistem perpaipan sedia ada di
tapak cadangan.
 Kabel elektrik dan telefon sedia ada.
 Struktur binaan lama.

4.2 Persediaan Tapak

7.2.1 PEMOTONGAN DAN PENAMBAKAN TANAH

Penambakan dan pemotongan tanah, memerlukan ‘mass haul diagram’.


Penambakan dan pemotongan tanah ini adalah bertujuan untuk memberikan suatu
keadaan permukaan tapak yang rata dan berada pada aras yang sama.

Kawasan tanah di tapak dijalankan kerja pemotongan dan penambakan mengikut


kesesuaian kerja pembinaan untuk kawasan persekitaran tapaknya. Adalah sangat
mustahak pihak perunding mengadakan pengawasan yang lebih teliti bagi kerja tanah
di tapak disebabkan penentuan aras tanah sebelum kerja pembinaan akan memastikan
kelancaran projek seterusnya. Oleh itu, pemantauan yang saya lakukan untuk tapak
mengambil kira keadaan ini. Pengawasan terutamanya untuk kawasan berbukit yang
perlukan kerja pemotongan dan penambakan yang begitu ketara berbanding kawasan
mendatar. Bagi penjagaan tapak yang djalankan kerja pemotongan cerunnya akan
ditanam dengan rumput melalui kaedah close turfing,hidro seeding dan spot turfing
mengikut kesesuaian keadaan kawasannya.

47
Kawasan tanah berbukit (bercerun)
 Kerja pemotongan dilakukan dengan memastikan kecerunan
cerunnya pada had yang selamat iaitu binaan teres 20 kaki dan
cerunnya 10 kaki dengan mempunyai kecerunan 45°.
 Keadaan tapak yang kritikal terletak di lereng bukit adalah di
Mukim Padang Tembak (Felda Bukit Tembaga).

4.2.1.2 Kawasan tanah pamah (mendatar)


 Kerja penambakan dilakukan bagi memastikan aras tanah
tapaknya adalah berada lebih tinggi dari aras tanah asal. Ini untuk
mengelakkan daripada berlakunya kejadian banjir yang
menenggelamkan kawasan tapaknya. Kerja penambakan
ditinggikan tapaknya lebih 300mm arasnya daripada tanah
asalnya. Keseragaman dan darjah pemadatan tanah pada 90%.
 Keadaan tapak di Dulang Kechik, Yan, Kedah yang merupakan
kawasan sawah padi.

4.2.2.2 Pemancangan Tanda.

Kegunaan adalah untuk membina cadangan binaan dilokasi yang betul dan tepat, dibuat
sekurang- kurangnya 1 meter dari tepi binaan untuk mengelakkan sebarang kerosakan
semasa kerja- kerja penggalian parit. Ketebalan dinding dan kelebaran tapak ditanda
dengan paku, cat atau pemotong gergaji.

48
4.2.2.3 HOS GETAH

Penggunaan hos getah, hos getah telus cahaya yang berisi air digunakan untuk
mendapatkan aras yang sama pada kedudukan titik yang berlainan. Proses kerja :
 Hos getah yang berisi air diletakkan pada titik A dan satu hujung lagi
pada titik B, gerakan hos keatas dan kebawah sehingga aras air sama
pada kedua- dua titik, setelah sama titik B ditanda arasnya yang sama
dengan aras pada titik A tadi.

4.2.3 WATER LEVEL

Sejenis alat untuk mendapatkan dan menetapkan kerataan sesuatu permukaan mendatar
dan pugak, jika rata maka gelembung udara pada water level akan berada pada tengah-
tengah.

49
4.3 PEMANTAUAN KERJA TANAH DI TAPAK

4.3.1 KERJA KOREKAN BINAAN ASAS

Untuk projek ini, pemantauan bagi kerja-kerja pengorekan tanah sedalam


3meter dilakukan bagi binaan asasnya. Dalam menjalankan kerja-kerja pengorekan di
kawasan tapak, saya telah menemui permasalahan dari segi kejuruteraan tanah untuk
langkah penyelesaiannya. Penyelesaian yang sewajarnya telah dilakukan terhadap
permasalahan tanah tersebut. Berikut adalah pemantauan tapak yang dilakukan oleh
saya dengan keadaan tapak yang menghadapi permasalahan dalam kerja
pengorekan tanahnya :

Tapak Felda Bukit Tembaga, Pokok Sena, Kedah.


- Penggunaan alatan pemecah batu (breaker) yang dipasangkan pada
jentolak untuk kerja-kerja pemecahan batuan di dalam tanahnya.

4.4 KERJA PENANAMAN CERUCUK

Bagi kawasan tapak yang mempunyai tanah yang lemah sepertimana kawasan
tanah pamah, penggunaan cerucuk adalah diperlukan bagi mengukuhkan struktur
tanahnya. Ini dapat diketahui hasil daripada penyiasatan tanah (S.I.) yang dilakukan
menunjukkan kedalaman batuan dasarnya jauh berada ke dalam tanah. Oleh itu, cerucuk
diperlukan agar binaan asasnya yang dibina pada kedalaman 3meter dapat ditampung
kestabilannya dan berada dalam keadaan selamat. Untuk menetukan penggunaan
cerucuk yang bersesuaian, maka analisis rekabentuk cerucuk (pile design) dilakukan.
Daripada analisis tersebut dapat ditentukan saiz dan bilangan cerucuk yang diperlukan
untuk kawasan tapak.

50
Semasa kerja-kerja penanaman cerucuk dilakukan, bilangan ketukan (blow)
penusukan cerucuk pada keadalaman tertentu dicatatkan sehinggalah cerucuk
menemui batuan dasar. Ia dipastikan mencapai set yang telah ditetapkan untuk kerja
penanaman cerucuk di tapak tersebut. Apabila siap perlaksanaan penanaman cerucuk,
seterusnya dijalankan ujian PDA (dynamic pile test) bagi memastikan kerja
penanaman cerucuk menepati prosedur dan tiada kerosakan terhadap cerucuk
yang ditanam ke dalam tanah di tapak tersebut.

4.5 PENGAWASAN TAPAK PROJEK

Pengawasan tapak dilakukan ke tapak menara telekomunikasi bagi meninjau


kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh kontraktor agar mengikut
sepertimana spesifikasi pelan projek. Kerja pengawasan dilakukan dari masa ke
semasa bagi memantau perjalanan kerja pembinaan.

Lawatan tapak telah saya lakukan bersama-sama pihak kontraktor agar


permasalahan yang berlaku di tapak dapat diselesaikan dengan segera.
Mutu kerja kontraktor dipantau secara berkala bagi memastikan perlaksanaan kerja
sepertimana dirancang. Spesifikasi kerja dipastikan mengikut pelan dengan
pengukuran saiz serta rekabentuk binaan asas bagi menara menepati ukurannya.
Kerja-kerja pengkonkritan juga diawasi. Pihak kontraktor perlu mendapatkan
kebenaran pihak DZA sebelum dilaksanakannya. Ini sepertimana lawatan secara
berkala yang dijalankan ke menara telekomunikasi di Padang Durian, Mukim
Padang Kerbau, Pendang, Kedah. Selain itu, kerja-kerja binaan infrastruktur seperti
jalan masuk, turapan permukaan tapak, binaan tapak kabin, sistem perparitan dan
binaan pagar di tapak turut diawasi.

51
4.6 KERJA BINAAN ASAS

Dalam kerja pembinaan menara telekomunikasi ini, kedalamannya tanah 3meter


dikorek bagi binaan ketiga-tiga asasnya (footing dan stump) bagi menara jenis 3-
legged. Kerja binaan ini asas ini adalah berjarak 8meter antara satu sama lain pusatnya.
Penyediaan platform untuk tapak binaan asas dibuat dengan menjalankan pengkonkritan
50mm lean konkrit. Seterusnya kerja-kerja penyediaan kerangka tetulang dilakukan
dengan penggunaan besi Y20. Sebelum kerja konkrit dijalankan akan dibinaan kotak
acuan (framework) untuk footing dan stump dibinakan di atasnya.

Bagi kerja-kerja pengkonkritan asasnya adalah dilakukan secara berperingkat-peringkat


bermula dari binaan footing dan dikuti dengan stumpnya beserta binaan struktur tie-
beamnya secara serentak. Penghantaran konkrit ke tapak menggunakan lori mixer
dengan kapasiti muatan konkrit 4m³. Gred konkrit yang digunakan bagi binaan asas ini
adalah 30kN/m². Ianya dibiarkan mengeras selama 2 hari dan dijalankan kerja
pengawetan. Berikut adalah ukuran binaan asas yang dihasilkan :

4.6.1 Footing
Binaan footing ini adalah berukuran 3.5m x 3.5m atau 3m x 3m
dengan ketebalan 0.65m. Kerja binaanya dirancang mengikut
saiznya yang selamat untuk digunakan di tapak.

4.6.2 Stump
Ukuran stump yang digunakan bagi projek ini berukuran 750mm
x 750mm dengan ketinggian 3.1m dalamnya. Binaan stump ini
berfungsi menerima bebanan ke atasnya dan menyalurkan ke
bahagian footing, seterusnya ke bawah tanah.

4.6.3 Tie-beam

52
Ukuran 0.65m dengan 8m panjang dengan dibina mengunjur dari
atas footing bagi menahan dan mengukuhkan lagi struktur
asasnya. Ianya akan mengikat dan memegang asas pada
kedudukannya. Tie-beam disambungkan terus kepada bahagian
bawah stump.

4.7 BINAAN TAPAK CABIN

Binaan tapak kabin (cabin plinth) ini bertindak sebagai platform untuk
perletakan kabin untuk operasi menara. Ukuran saiz kabin yang praktikal digunakan
adalah 4m x 7.2m dimana di dalamnya diletakkan perkakasan telekomunikasi seperti
kotak suis utama (main switch board) dan sebagainya.

Kerja binaan tapak kabin ini mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam pelan.
Ukuran binaan tapak kabin ini adalah 9.15m x 5.35m dengan ketinggian tapak 900mm.
Untuk kerja binaannya, tanah dikorek sedalam 300mm dari permukaan tanah dengan
ukuran tinggi 600mm berada di atas permukaan.

Tanah untuk kerja binaan tapaknya dipadatkan dengan 100mm batuan keras (hardcore).
Pemasangan kotak acuan dilakukan untuk kerja-kerja pengkonkritan. Seterusnya kedua-
dua penjuru tapak dicondongkan 45º kepada 150mm ketebalan tapaknya. Konkrit
bergred 20kN/m² digunakan dengan dilapisi 2 lapisan jejaring BRC A7. Untuk bahagian
tertentu tapak disediakan pit kawalan saluran elektrik bagi penyelenggaraan kabel ke
dalam kabin.

Begitu juga dengan kerja binaan tapak bagi genset dan tapak tangki minyak (fuel
tank) yang mempunyai ukuran 4257mm x 7300mm dengan ketebalan tapak 500mm,
kaedah pembinaan tapaknya adalah sepertimana tapak bagi kabin.

53
4.8 PEMBINAAN JALAN

Bagi kerja-kerja pembinaan laluan masuk ke tapak projek terdapat 2 kaedah


binaan yang dipraktikkan iaitu penggunaan permukaan jalan turapan bertar
(bitumen) dan juga turapan konkrit. Kerja binaan di tapak dilaksanakan mengikut
arahan daripada pihak TeleFlow mengikut tapak menara telekounikasi. Namun begitu,
mengikut spesifikasi Time-2 kaedah turapan konkrit digunakan untuk binaan jalan
masuk ini.

Perlaksanaan kerja binaan jalan dilakukan dengan mengenalpasti laluan terbaik untuk ke
tapak dengan mengambil kira aspek rupa bumi persekitaran tapaknya. Setelah itu kerja-
kerja tanah dijalankan dengan dijalankan kerja pemotongan dan penambakan tanah
untuk kerja mengaraskannya mengikut kecerunan yang bersesuaian keadaan tapaknya.
Seterusnya turapan batuan (crusher run) akan ditebarkan sepanjang jalan sebagai asas
turapan. Dengan itu, jalan akan diturap mengikut kehendak TeleFlow samada turapan
bertar atau konkrit.

54
4.9 BINAAN PAGAR

Kerja binaan pagar disekeliling tapak dilakukan bagi kawalan dan keselamatan
tapak dari pencerobohan. Pagar dibina setinggi 1.8m mengelilingi tapak sepanjang
longkang yang dibina dalam tapak. Penggunaan pagar PVC coated digunakan dalam
kebanyakan projek yang telah disiapkan. Untuk projek yang akan dilaksanakan, arahan
dari pihak TeleFlow bagi penggunaan pagar galvani sepertimana mengikut spesifikasi
Time-2.

Bagi kerja binaan footing pagar, tanah akan dikorek sedalam 600mm dengan ukuran
350mmx 350mm. Penggunaan tiang pagar dengan jarak 3m setiap satunya. Seterusnya
saiz 50mm x 50mm jaringan chain link dipasang mengelilinginya.

Bagi mengukuhkan binaan pagar, dibinakan kerb konkrit berukuran 150mm x 250mm
sepanjang jaringan pagar. Penggunaan konkrit gred 25kN/m² dengan nilai nisbah
bancuhan konkrit 1:0.5:3. Oleh itu, binaan pagar yang menepati kehendak pelan
dihasilkan.

Pintu pagar laluan masuk ke tapak dipasangkan 2 bukaan dengan lebar 2m setiap
satunya. Pintu pagar diperkukuhkan lagi dengan binaan tiang pagar 100mm yang
dikonkrit ke dalam tanah footing berukuran 600mm x 600mm. Bahagian atas pagar
dikemaskan dengan bulk wire dalam 3 lapisan untuk keselamatan tapak.

55
4.10 TURAPAN PERMUKAAN TAPAK

Kerja akhir di tapak adalah kerja-kerja menurap permukaan kawasan tapak.


Kebiasaannya permukaan tapak hanya ditebarkan dengan 50mm batuan (crusher run)
yang diratakan di keseluruhan kawasan tapak. Namun demikian, dalam spesifikasi
terbaru Time-2, permukaannya perlu di turap dengan konkrit. Dalam kerja binaan
turapan ini, tanahnya akan dipadatkan terlebih dahulu sebelum diturap dengan 50mm
konkrit di atasnya.

4.11 BINAAN PERPARITAN

Suatu sistem perparitan yang sempurna perlu dibina untuk projek ini bagi
penyaliran air dari kawasan tapak keluar ke saliran sediada ataupun di takungan yang
dibina. Oleh itu, dapat menampung kapasiti air yang diterima di tapak dan berlakunya
penyahairan air lancar dengan binaan longkang yang sempurna.

Binaan sistem longkang dibina sekeliling tapak projek dengan penggunaan pre cast drain
berukuran 150mm atau 300mm bagi menampung air dari kawasan tapak. Seterusnya air
disalirkan keluar terus dari tapak samada dengan binaan takungan (sump) mahupun
penyaliran air menuruni tapak sepanjang kedua-dua tepi laluan jalan masuk. Untuk
binaan longkang sepanjang jalan ini digunakan 450mm atau 600mm V-shape drain yang
dibina di tapak. Air ini akan disalirkan terus ke saliran sediada di kawasan tersebut.

Bagi kawasan cerun berbukit dibinakan perparitan bertingkat 300mm cascading V-shape
drain bagi penyaliran air dari kawasan cerun terus ke bawah dengan 400mm V-shape

56
drain untuk penerimaan airnya. Setiap teres bertingkat itu dibina parit pemintas 300mm
V-shape drain.

Untuk pemintasan air sepertimana di jalan masuk akan dibina pipe culvert yang
kebiasaannya berukuran 600mm atau 900mm penggunaanya bagi menampung
penyaliran air. Kedua-dua hujung culvert dibinakan takungan (sump).

4.12 PEMERIKSAAN TUNTUTAN KOS KERJA (CLAIM)

Proses untuk meluluskan kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor bagi tujuan
tuntutan kos kerja binaan merangkumi pemeriksaan kerja di tapak. Apabila sesuatu
kerja-kerja binaan selesai dilaksanakan, dengan secara berperingkat – peringkat pihak
perunding DZA Consult akan meluluskan tuntutan kerja yang telah dikemukakan
oleh pihak kontraktor bagi pembayaran kemajuan kerjanya setakat tuntutan kos
kerja tersebut.

Pemeriksaan kerja-kerja di tapak binaan telah saya lakukan bersama jurukur bahan
bagi memastikan pembinaan yang dilakukan menepati tuntutan kos kerja yang telah
dilaksanakan pihak kontraktor. Juruukur bahan akan bertindak meneliti tuntutan kos
kerja (claim) tersebut agar menepati kerja yang telah dilakukan oleh kontraktor.
Penelitian dokumen tuntutan seterusnya akan diluluskan oleh pihak syarikat sebelum di
hantar kepada Teleflow untuk urusan pembayaran kemajuan kerja tersebut kepada
kontraktor. Kebiasaannya tuntutan oleh kontraktor ini dilakukan pada 2 peringkat iaitu
pada pertengahan dan akhir kerja-kerja pembinaan. Ini sepertimana pemeriksaan tapak
ke Menara Telekomunikasi lot 3499, Pokok Tai, Mukim Jenun, Daerah Pendang,
Kedah.

57
4.13 PENYERAHAN TAPAK

Tapak projek yang telah siap sepenuhnya akan diserahkan oleh pihak TeleFlow
kepada syarikat telekomunikasi terbabit dalam bentuk penyewaan tapak bagi
perlaksanaan operasi menara telekomunikasi itu. Tapak akan dikendalikan operasinya
samada oleh pihak CELCOM, DIGI, MAXIS atau gabungan ketiga-tiga syarikat
terbabit dalam satu tapak menara telekomunikasi. Pihak yang terlibat dalam penyerahan
tapak ini adalah seperti berikut :

 DZA Consult (perunding)


 TeleFlow (kontraktor utama)
 Syarikat telekomunikasi
 Subkontraktor

Semasa proses penyerahan tapak ini dilakukan, bahagian teknikal syarikat


telekomunikasi terbabit akan memeriksa keadaan keseluruhan tapak yang telah siap
sepenuhnya agar mematuhi piawaian yang ditetapkan sebelum kelulusan penerimaan
tapak. Saya telah menghadiri penyerahan tapak untuk projek menara telekomunikasi ini
di Kuala Pegang, Baling, Kedah.

58
4.14 KERJA PEMUTIHAN TAPAK

Kerja-kerja pemutihan tapak ini dilaksanakan bagi tujuan penyeragaman dan


penyusunan semula tapak-tapak menara telekomunikasi yang sediada serta telah
beroperasi. Proses ini merangkumi penentuan dan pengukuran semula koordinasi di
tapak untuk dijadikan rujukan maklumat terkini pihak Majlis Daerah di kawasan terbabit
bagi penyelarasan kedudukannya.

Ini sepertimana arahan daripada pihak Majlis Daerah Baling utihan menara
telekomunikasi Telekom di Kampung Lalang, Weng dan juga menara pemancar di
Bukit Palong, Baling. Saya telah diarahkan untuk melaksanakan kerja-kerja pemutihan
di tapak tersebut. Oleh itu, saya telah berurusan dengan pihak TELEKOM untuk kerja
pemutihan tersebut.

Tinjauan ke tapak menara telekomunikasi terbabit dilakukan bertujuan untuk


menjalankan pengukuran semula ukuran binaan dan jarak koordinasi binaan di tapak
untuk tujuan penghasilan pelan lantai (pelan bangunan) tapak. Tinjauan terhadap
keadaan fizikal dan aspek kejuruteraan binaan tapak dibuat bagi mengenalpasti
susunatur binaan di tapak dan keadaan persekitarannya.

59
4.15 PENYEDIAAN LAPORAN PROJEK

Projek yang telah dibina disediakan laporan lengkap mengenai perlaksanaan


kerja pembinaannya. Laporan projek yang disediakan oleh DZA Consult ini
merangkumi maklumat dari awal perlaksanaan sehinggalah akhir projek. Laporan ini
dihantar kepada pihak TeleFlow dengan pelan projek disertakan bersama. Antara
laporan projek yang telah saya sediakan adalah projek pembinaan menara
telekomunikasi Desa Utara Pedu Lake Resort dengan laporan penuh. Segala butiran
mengenai projek dimasukkan ke dalam laporan ini dengan kandungan isinya :

 Pengenalan projek
 Pelan Ukur Tanah
 Analisis penyiasatan tanah
 Analisis beban menara
 Pengiraan struktur asas dan kestabilan menara
 Pengiraan hidraulik
 Kesimpulan kerja-kerja untuk projek
 Lukisan struktur dan kejuruteraan awam

60
4.15.1 Kerja – kerja pemasangan kotak bentuk ( formwork ).

Rajah 4.1: Pemasangan kotak bentuk di tapak


Kampung Hangus. Merangkumi asas pad,
tunggul tiang, dan balak.

Rajah 4.2: Pemasangan kotak bentuk di tapak


Bukit Tembaga.

61
4.15.2 Kerja – kerja pemasangan J- bolt pada tungul tiang (stump).

Rajah 4.3: Pemasangan J – bolt pada kepingan


besi yang telah dipasang pada tungul tiang di tapak
projek menara telekomunikasi di Bukit Tembaga.

Rajah 4.4: Pemasangan bold dan nut untuk


mengukuhkan ikatan J – bolt pada tunggul tiang.
Sebanyak 8 batang J – bolt yang dipasang pada tiap –
tiap satu tunggul tiang.

62
4.15.3 Kerja – kerja menuang konkrit kedalam acuan.

Rajah 4.5: Pekerja sedang menuang konkrit kedalam


acuan tunggul tiang di tapak projek menara telekomunikasi
di Felda Bukit Tembaga.

Rajah 4.6: Penggetar digunakan untuk


memadatkan konkrit.

63
Rajah 4.7: Pekerja sedang menuang konkrit
kedalam acuan di tapak projek menara telekomunikasi
di Masjid Sultanah, Alor Star.

4.16 PENYEDIAAN KONKRIT DI TAPAK BINA

64
Konkrit Siap Campur (Ready Mixed Concrete) digunakan secara meluas di negara ini
bagi industri pembinaan. Penghasilan konkrit siap campur memerlukan perancangan
yang teliti kerana ianya melibatkan kuantiti penghasilan konkrit yang besar.

4.16.1 Langkah-langkah Pengelompokan

Konkrit siap campur ini dihasilkan di Loji Penggaulan/Pengelompokan konkrit


(Batching Plant) yang biasanya berdekatan dengan tapak bina bagi memudahkan
penghantaran konkrit dengan menggunakan trak penggaul (truck mixer)

Rajah 4.8: Pengelompokan Konkrit (Batching


Plant)

65
Rajah 4.9: Langkah-langkah kerja konkrit
Langkah-langkah Kerja Konkrit Gambar

1) Pengelompokan dan Penggaulan


Konkrit

2) Mengangkut Konkrit

3) Penempatan dan Pemadatan


Konkrit

4) Meratakan (Levelling) Konkrit

Langkah-langkah Kerja Konkrit Gambar

5) Kerja Kemasan menggunakan

66
Hand Floating

6) Pengawetan (Curing)

4.16.2 Jenis-jenis Loji Pengelompokan

Terdapat 2 jenis loji pengelompokan asas :

67
i. Loji Pengelompokan Kering
Simen dan batu baur ditimbang dan dicurah terus ke dalam trak penggaul (truck mixer).
Air akan dimasukkan ke campuran di loji. Campuran konkrit dibuat di dalam drum trak
penggaul dengan menggunakan 80-100 pusingan drum bagi 8-10 minit masa penggaulan
untuk menjamin campuran konkrit yang dihasilkan adalah seragam (Rujuk Gambar
4.2).

ii. Loji Penggaul Pusat


Simen, batu baur dan air digaul di dalam penggaul sebelum dimasukkan ke dalam trak
penggaul. Semasa pemindahan, drum trak penggaul berputar perlahan-lahan pada kadar
1 atau 2 putaran per minit untuk membalik-balikkan konkrit.
Apabila trak penggaul tiba di tapak bina, dram perlu sentiasa berputar antara 10-15
putaran per minit sekurang-kurangnya selama 3 minit. Ini adalah untuk memastikan
campuran digaul secara menyeluruh sebelum dikeluarkan.

Rajah 4.10 Penggaul

4.17 Kerja – kerja memasang struktur menara.

68
4.17.1 Kerja – kerja megecat.

Rajah 4.17.1.1 Pekerja sedang megecat struktur menara


menggunakan cat perlindungan kalis cuaca.

4.17.2 Kerja – kerja mengaras.

Rajah 4.17.2.1 Pekerja sedang mengaras untuk


mendapatkan kedudukan aras untuk memasang struktur
menara supaya ia berada dalam keadaan stabil.

4.17.3 Pemasangan struktur menara.

69
Rajah 4.17.3.1 Pemasangan struktur menara sedang dijalankan.

Rajah 4.17.3.2 Peralatan berjentera yang digunakan semasa


kerja memasang struktur menara dijalankan. Tujuan
menggunakan alat ini adalah untuk menarik kabel yang
mengangkut struktur menara keatas.

4.18 Pembinaan Sistem Penyaliran.

70
Rajah 4.18.1 Kerja – kerja mengorek tanah sedang dijalankan untuk menyediakan parit
untuk ditempatkan Block Drain didalamnya.

Rajah 4.18.2 Block Drain yang telah siap disusun di dalam parit yang digali.

71
Rajah 4.18.3 Jengkaut sedang mengorek kelur tanah untuk dijadikan parit supaya
kerja – kerja pemasangan kotak bentuk untuk V – shape drain dapat dilakukan.

Rajah 4.18.4 Pemasangan kotak bentuk untuk Cascading Drain.

4.19 Penanaman Rumput ( Closed Turfing )

72
4.19.1 Turfing

Turfing adalah bertujuan untuk menstabilkan cerun. Turfing membantu


mengelakkan berlakunya tanah runtuh semasa berlakunya hujan lebat. Terdapat dua
jenis turfing, Pertama adalah spot turfing iaitu penanaman rumput secara bertompok.
Rumput ditanam pada jarak antara 150mm- 300mm. Kedua adalah Closed turfing iaitu
penanaman runput secara rapat.

Grass planted
closely

Grass planted every 150mm to


300 mm

Rajah 4.20.1.1: Turfing

73
Rajah 4.20.1.2 Kerja – kerja penanaman rumput pada cerun.

Rajah 4.20.1.3 Pekerja sedang menanam rumput pada cerun.


Penggunaan rumput jenis ‘Cow Grass’

4.20 Pemeriksaan Kerja ( work inspection ).

74
Pemeriksaan kerja adalah untuk menjamin dan memastikan bahawa kerja – kerja
yang dilakukan oleh kontraktor mengikut rekabentuk dan spesifikasi seperti yang telah
ditetapkan.

Antara pemeriksaan yang dijalankan adalah pemeriksaan ukuran demensi asas pad,
tunggul tiang, dan balak ( beam ) serta pemeriksaan gred, saiz dan jenis keluli yang
digunakan. Ukuran yang diambil ditapak bina akan dipadankan dengan pelan, jika
terdapat perubahan ukuran seperti lebar asas pad kurang dari nilai rekabentuk seperti
dalam pelan maka kerja – kerja yang telah dilakukan itu perlu diubah semula supaya
ianya mengikut seperti yang telah ditetapkan didalam pelan.

Selain itu mutu binaan juga diperiksa sama ada mengikut piawai yang telah ditetapkan
oleh CELCO’s atau tidak, jika terdapat hasil kerja – kerja yang tidak mengikut piawai
dan spesifikasi maka perubahan semula kerja perlu dilakukan supaya ianya mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan.

75
Rajah 4.21.1 Pemeriksaan terhadap ukuran panjang bengkokan
keluli.

Rajah 4.21.2 Pemeriksaan terhadap ukuran lebar keluli dalam


tunggul tiang.

76
Rajah 4.21.3 Pemeriksaan terhadap ukuran lebar balak.

Rajah 4.21.4 Pemeriksaan terhadap ukuran ketinggian balak.

77
Rajah 4.21.5 Pemeriksaan ukuran lebar tunggul tiang ( stump ).

Rajah 4.21.6 Pemeriksaan ukuran panjang pelantar kabin.

78
Rajah 4.21.7 Pemeriksaan ukuran lebar pelantar kabin.

Rajah 4.21.8 Pemeriksaan ukuran ketebalan pelantar


kabin.

79
BAB 5:
REKABENTUK ASAS MENARA

5.1 Pengenalan Asas

Beban pada struktur binaan mengandungi beban mati dan beban kenaan yang
menurunkan beban dari struktur binaan kepada asas dan dipindahkan kepada
lapisan tanah dibawahnya.

5.2 Definasi Asas

Asas adalah tapak untuk bangunan, kegunaanya adalah untuk memindahkan


beban daripada bangunan kepada tanah dibawahnya.

5.3 Pemilihan Asas

Pemilihan asas adalah bergantung kepada dua factor iaitu jumlah beban yang
dihasilkan oleh struktur atau bangunan dan pengiraan untuk ‘worst case’

80
5.4 Jenis Asas

5.4.1 Asas Cetek – memindahkan beban dari bangunan ketanah pada point yang
berhampiran tapak bangunan seperti asas rakit, asas pad dan asas jalur.

5.5 Asas Dalam – memindahkan beban dari bangunan kepada tanah dikedalaman
tertentu dari tapak bangunan seperti asas cerucuk.

5.6 Pengenalan Asas Pad dan Cerucuk

Didalam pembinaan menara telekomunikasi, asas yang biasa digunakan adalah


asas pad dan asas cerucuk.
Asas Pad digunakan untuk menyokong dan memindahkan beban dari tiang. Bentuk
yang paling sesuai untuk asas ini adalah segi empat.

81
Rajah 5.6.1.1 Jenis- jenis Asas

5.7 Asas Cerucuk didefinasikan sebagai tiang yang ditanam didalam tanah untuk
memindahkan beban dari struktur kepada lapisan tanah paling bawah yang dapat
menampung beban tersebut. Asas ini digunakan sejak 200 tahun dahulu dan
dipraktikkan penggunaanya sehingga sekarang.

82
Rajah 5.7.1 Cerucuk.

5.8 Kelas Cerucuk :


5.8.1 End Bearing pile : Asas cerucuk yang bertindak sebagai tiang yang menanggung
beban dan memindahkanya melalui lapisan tanah lemah
dibawahnya sehingga kelapisan tanah terkeras.

83
Rajah 5.8.1.2 Endbearing pile.

5.8.2 Frintion pile : Asas cerucuk yang memindahkan


beban kepada tanah melalui geseran, tekanan dari
cerucuk kepada tanah menghasilkan geseran yang
dapat menampung beban. Sesuai digunakan jika
tidak terdapat lapisan tanah keras pada kedalaman
sesuai, digunakan pada tanah liat keras. Geseran
pada cerucuk terapung ini disokong dari rekatan
atau tindakan geseran dari tanah terhadap
permukaan disekeliling cerucuk.

Rajah 5.8.2.1 Cerucuk Geseran

84
5.9 Asas Pad

Rajah 5.10.1 Asas Pad yang digunakan dalam pembinaan


asas untuk Projek Menara Telekomunikasi.

5.10 Pengiraan struktur ‘structure calculation’ untuk rekabentuk asas ‘foundation’,


seperti ‘Meyerholf’s Formula’ untuk mendapatkan jumlah bilangan point cerucuk
yang diperlukan bagi setiap asas,

Menggunakan pengiraan struktur untuk merekabentuk saiz, ketebalan, dan


panjang asas yang terdiri dari tunggul tiang dan balak. Saiz, ketebalan, dan
panjang asas adalah berbeza berdasarkan jumlah beban yang dikenakan ataupun
yang perlu ditanggung oleh asas.

85
5.11 Kaedah Pengiraan

5.11.1 Pile Design – Mayeholf Formulae*


5.11.2 Structure Calculation*
5.11.3 4 leg
5.11.4 3 leg*
5.12.5 Monopole*

*Sila rujuk bahagian lampiran.

86
BAB 6 :
REKABENTUK SALIRAN

6.1 Pendahuluan

Didalam pembinaan menara telekomunikasi, system penyaliran air adalah sangat penting
untuk mengekalkan keadaan tapak supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini
seperti tanah runtuh ataupun banjir kilat. Jika sesuatu pembinaan dijalankan disuatu
kawasan terutamanya kawasan bukit atau pun lereng bukit ia mungkin akan menjejaskan
system penyaliran air semulajadi dikawasan tersebut dan mungkin akan menyebabkan
kandungan air didalam tanah meningkat memungkinkan berlakunya tanah mendap.
Oleh sebab itu pembinaan system saliran adalah dititikberatkan. Untuk kaedah
pengiraan sila rujuk bahagian lampiran.

87
6.2 Didalam pembinaan menara telekomunikasi ini, antara jenis – jenis longkang dan
saliran yang diguna pakai adalah :

6.2.1 Cascading Drain.

6.2.2 Block Drain

88
6.2.3 Block Drain

6.2.4 V – shape Drain

89
BAB 7 :
KAJIAN LALULINTAS

7.1 PENDAHULUAN

Pada 1 haribulan Mei 2006 hingga 2 haribulan Mei 2006, saya telah diarahkan
oleh Pengurus Projek untuk menjalankan satu kajian lalulintas bertempat di
Jalan Pekan Kuah, Kuah, Daerah Langkawi.

Tujuan Kajian Lalulintas ini dijalankan adalah untuk mengetahui keadaan serta jumlah
isipadu lalulintas yang menggunakan jalan tersebut supaya kerja – kerja merekabentuk
laluan baru serta pembinaan jambatan baru dapat dilakukan dengan lancar.

90
7.2 Berikut adalah hasil daripada kajian lalulintas yang telah dijalankan dan
analisis pengiraanya.

7.2.1 TRAFFIC STUDIES- VOLUME STUDIES AT SUNGAI KUAH BRIDGE

Sunday
WEST-EAST EAST-WEST
TIME BOUND BOUND SIDE-ROAD
PC M PC M PC M
7 - 8 AM 151 53 214 73 16 23
8 - 9 AM 374 84 509 105 45 42
9 - 10 AM 540 124 531 136 63 36
10 - 11 AM 588 147 680 200 67 24
11 - 12
NOON 541 145 602 123 55 21
12 - 1 PM 561 27 521 21 61 10
1 - 2 PM 619 100 621 61 80 35
2 - 3 PM 675 150 619 119 67 45
3 - 4 PM 585 156 625 195 67 50
4 - 5 PM 569 186 518 153 78 42
5 - 6 PM 589 241 589 197 54 46
6 - 7 PM 477 145 338 142 49 37

Monday

WEST-EAST EAST-WEST
TIME BOUND BOUND SIDE-ROAD
PC M PC M PC M
7 - 8 AM 175 122 292 84 11 21
8 - 9 AM 355 165 439 101 53 52
9 - 10 AM 437 171 406 198 39 47
10 - 11 AM 500 191 553 208 92 64
11 - 12
NOON 551 147 563 147 80 39
12 - 1 PM 658 140 566 112 105 36
1 - 2 PM 575 167 547 165 80 39
2 - 3 PM 536 185 493 100 87 59
3 - 4 PM 438 152 480 135 75 52
4 - 5 PM 602 242 486 156 65 45
5 - 6 PM 543 187 490 135 50 20

91
Tuesday

WEST-EAST EAST-WEST
TIME BOUND BOUND SIDE-ROAD
PC M PC M PC M
7 - 8 AM 175 122 291 84 10 24
8 - 9 AM 355 155 440 109 52 55
9 - 10 AM 436 171 405 190 40 41
10 - 11 AM 490 191 552 208 96 62
11 - 12
NOON 551 147 563 152 77 35
12 - 1 PM 670 140 565 115 102 37
1 - 2 PM 577 167 546 165 83 43
2 - 3 PM 440 185 493 107 78 58
3 - 4 PM 437 152 479 133 74 55
4 - 5 PM 610 242 485 149 67 49
5 - 6 PM 550 187 489 130 54 21

Wednesday

WEST-EAST EAST-WEST
TIME BOUND BOUND SIDE ROAD
PC M PC M PC M
7 - 8 AM 177 121 198 81 17 23
8 - 9 AM 345 129 459 112 54 50
9 - 10 AM 466 143 410 193 38 45
10 - 11 AM 497 162 557 209 91 61
11 - 12
NOON 553 123 572 150 83 36
12 - 1 PM 657 117 562 113 98 37
1 - 2 PM 574 139 543 166 83 38
2 - 3 PM 435 154 494 104 83 56
3 - 4 PM 437 127 482 136 77 55
4 - 5 PM 601 202 486 157 71 46
5 - 6 PM 542 156 490 136 45 22

*PC = PASSENGER CAR


*M = MOTORCYCLES

92
Thursday

WEST-EAST EAST-WEST
TIME BOUND BOUND SIDE-ROAD
PC M PC M PC M
7 - 8 AM 175 123 289 87 13 18
8 - 9 AM 350 156 432 121 55 49
9 - 10 AM 437 175 410 187 39 44
10 - 11 AM 490 198 552 203 94 63
11 - 12
NOON 555 156 543 136 82 38
12 - 1 PM 660 145 547 106 103 35
1 - 2 PM 576 167 548 176 82 37
2 - 3 PM 434 186 443 122 89 58
3 - 4 PM 437 154 478 133 77 49
4 - 5 PM 600 244 487 153 67 46
5 - 6 PM 544 188 486 135 52 23

Friday

WEST-EAST EAST-WEST
TIME BOUND BOUND SIDE-ROAD
PC M PC M PC M
7 - 8 AM 151 53 213 73 12 26
8 - 9 AM 373 84 507 105 45 42
9 - 10 AM 538 124 529 136 68 28
10 - 11 AM 586 147 678 199 70 24
11 - 12
NOON 539 145 601 123 54 24
12 - 1 PM 559 27 519 21 66 15
1 - 2 PM 618 100 619 61 80 33
2 - 3 PM 673 150 617 119 66 45
3 - 4 PM 583 156 623 194 64 50
4 - 5 PM 568 186 516 152 65 45
5 - 6 PM 587 240 587 196 60 38
6 - 7 PM 443 147 337 142 50 42

*PC = PASSENGER CAR


*M = MOTORCYCLES

93
Saturday

WEST-EAST EAST-WEST
TIME BOUND BOUND SIDE-ROAD
PC M PC M PC M
7 - 8 AM 152 53 215 74 18 23
8 - 9 AM 376 85 513 106 40 41
9 - 10 AM 544 125 534 137 66 36
10 - 11 AM 592 148 685 201 67 29
11 - 12
NOON 545 146 607 124 51 18
12 - 1 PM 565 27 525 21 66 7
1 - 2 PM 624 101 625 61 80 35
2 - 3 PM 680 151 623 120 68 43
3 - 4 PM 589 157 629 196 67 47
4 - 5 PM 573 187 522 154 73 44
5 - 6 PM 593 243 593 198 52 46
6 - 7 PM 447 148 340 143 44 36

*PC = PASSENGER CAR


*M = MOTORCYCLES

7.2.2 TOTAL VEHICLE PASSING

94
WEST-EAST
DAY BOUND EAST-WEST BOUND
SIDE-ROAD
PC M PC M
PC M
Sunday 6269 1558 6367 1525
702 411
Monday 5370 1869 5315 1541
737 474
Tuesday 5291 1857 5310 1541
733 480
Wednesday 5284 1574 5252 1555
740 469
Thursday 5258 1892 5215 1559
753 460
Friday 6217 1556 6348 1520
700 411
Saturday 6280 1571 6412 1536
693 406

7.2.3 VEHICLE PASSING THE ROAD PER HOUR

MAIN ROAD SIDE-ROAD


DAY
PC M PC M
Sunday 1053 257 59 34
Monday 971 310 67 43
Tuesday 964 309 67 44
Wednesday 958 284 67 43
Thursday 952 314 68 42
Friday 1047 256 58 34
Saturday 1058 259 58 34

7.2.4 VEHICLE PASSING THE ROAD PER DAY (use 17 hours as 1 day)

95
MAIN ROAD SIDE-ROAD
DAY
PC M PC M
Sunday 17,901 4,368 995 582
Monday 16,513 5,270 1,139 733
Tuesday 16,383 5,252 1,133 742
Wednesday 16,283 4,835 1,144 725
Thursday 16,187 5,333 1,164 711
Friday 17,800 4,358 991 582
Saturday 17,980 4,402 982 575
ADT 17,007 4,831 1,078 664

Total vehicle passing the bridge (main road) Total vehicle passing the side road

≈ 17,000 + 5000 ≈ 1,100 + 700

≈ 22,000 veh/day ≈ 1,800 veh/day

VEHICLE PASSING THE BRIDGE VEHICLE PASSING THE SIDE-


(BY TYPES) ROAD (BY TYPES)
22%

PC 38% PC
M M

62%
78%

96
BAB 8 :
KESIMPULAN

Setelah 20 minggu saya menjalankan latihan industri di DZA Consult Sdn. Bhd.
saya telah memperolehi pelbagai pengalaman bekerja di sebuah syarikat perundingan
sebagai seorang pelatih yang terlibat dalam pengurusan dan pengendalian perjalanan
projek pembinaan. Dalam tempoh tersebut saya dapat mempraktikkan pembelajaran
subjek kejuruteraan awam yang dipelajari di Politeknik.

Saya dapat merasai cabaran dan kredibiliti sebagai seorang pelatih yang
dipertanggungjawabkan bagi menjayakan sesuatu projek agar perlaksanaaannya berjalan
lancar sehingga ke akhir proses pembinaan dijayakan. Oleh itu, latihan industri yang
dilalui di DZA Consult menjadi platform terbaik untuk saya berusaha meningkatkan lagi
ilmu pengetahuan dan pengalaman dengan sebanyak mungkin bagi menjadi seorang
professional yang mempunyai kepakaran berkualiti. Latihan ini telah melatih saya
dalam aspek perundingan rekabentuk struktur dan pengawasan kerja-kerja pembinaan
dengan penyelesaian masalah secara berkesan. Segala kerja dirancang dan diteliti
mengikut perancangan.

97
Saya dapat mengikuti latihan industri di syarikat ini dengan kerjasama penuh diberikan
daripada semua pekerja syarikat yang membantu menyelesaikan permasalahan kerja
bersama. Perlaksanaan kerja yang dilakukan telah mewujudkan keyakinan dalam
perhubungan interpersonal dan kerjasama dalam suatu kumpulan. Gabungan ilmu teori
yang dipelajari dengan pengaplikasian kemahiran semasa latihan industri memberikan
suatu kelebihan dalam menguruskan projek untuk saya menempuhi alam pekerjaan
kelak.

98
BAB 9 :
KOMEN DAN CADANGAN

9.1 CADANGAN KEPADA INDUSTRI

Saya dapat mengikuti latihan industri ini dengan baik dan bergembira sepanjang tempoh
latihan dari awal sehinggalah akhir. Saya telah mendapat kerjasama penuh daripada
kesemua kakitangan DZA Consult yang banyak membantu dalam melaksanakan kerja
yang saya lakukan. Keseluruhan tempoh menjalani latihan industri di syarikat ini adalah
menghasilkan suasana kerja yang baik dengan kerjasama semua kakitangan syarikat.

Bagi memperbaiki perjalanan operasi dan produktiviti syarikat, saya mencadangkan


beberapa perkara yang boleh diambil perhatian dalam melincinkan perjalanan kerja-kerja
syarikat :

 Memperbaiki lagi penyusunan kerja mengikut bahagian dengan


lebih tersusun agar tidak berlaku pertindihan kerja.

99
 Peningkatan mutu kerja melalui penghantaran pekerja mengikuti
kursus dan seminar yang berkaitan.
 Penyampaian maklumat projek perlu lebih jelas bagi mengelakkan
sebarang maklumat penting tidak diterima pada sasaran.
 Perlukan suatu sistem penfailan dokumen yang lebih bersistematik
dan terkini agar rujukan maklumat lebih pantas.

9.2 CADANGAN KEPADA UNIT LATIHAN INDUSTRI

Pendedahan latihan di sektor pekerjaan ini adalah telah meningkatkan kualiti pelajar
untuk pasaran kerja. Berikut adalah cadangan untuk perlaksanaan latihan bagi proses
penghantaran pelajar menjalani latihan industri pada masa yang akan datang :

 Pemantauan dan pengawasan latihan industri pelajar dilaksanakan


secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali pada pertengahan dan
akhir latihan bagi mengetahui perkembangannya.
 Penilaian pemarkahan untuk latihan industri ini dimasukkan
dalam pengiraan himpunan purata nilai gred (HPNG) bagi
memastikan kesungguhan pelajar untuk menjalani latihan ini.
 Pada akhir latihan diadakan persembahan (presentation) mengenai
kerja yang dilakukan. Persembahan boleh dilaksanakan di syarikat
agar perbincangan yang lebih teliti diperolehi.
 Penghantaran laporan latihan industri secara mingguan terus ke
POLITEKNIK melalui e-mail bagi pemantauan yang berkesan.
 Penghantaran pelajar untuk menjalani latihan industri perlu
disesuaikan dengan pengkhususannya.

100
9.3 CADANGAN SKOP LATIHAN

Bagi meluaskan skop latihan yang digariskan oleh pihak POLITEKNIK, di bawah ini
adalah dicadangkan beberapa skop tambahan bidang tugas yang bersesuaian untuk
latihan industri yang diikuti oleh pelajar :

 Mengetahui cara penyediaan dokumen tender dan kontrak


(taksiran dan anggaran) bagi perlaksanaan sesuatu projek.
 Membuat analisis kerja tanah (penambakan dan pemotongan) dan
penyaliran air (hidraulik).
 Merekabentuk struktur binaan yang bersesuaian dan selamat
binaannya.
 Penyediaan jadual kerja untuk penyusunan dan pengawalan
operasi organisasi projek pembinaan.
 Mewujudkan perhubungan interpersonal dan juga kerjasama
berkumpulan dalam perlaksanaan kerjanya.

101
102
103
104
105
106
107
108
109
110
111
112
113
114
115
116
117
118
119
120
121
122
123
124
125
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38

Anda mungkin juga menyukai