Anda di halaman 1dari 23

iog rafi Tokoh Usahawan

B
Dato’ Chef Li
Tip Panas
3Mendapatkan
Suntikan Motivasi
24 Jam
Soal Jawab
bersama Prof. Niaga

6 Tip Kekayaan
dikongsikan oleh Bisnes Beli Dunia
Pak Kia i M uhidin Jual Akhirat
Tempat Untuk Menjualbeli Baran
gan
Kraftangan Perhiasan
A ssalamualaikum dan salam sejahtera, kepada para pembaca setia Komik Niaga. Pertama
sekali, kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana masih setia bersama Komik Niaga.
Jutaan terima kasih juga kepada barisan Tim Komik Niaga kerana tidak henti-henti, dan terus me-
nyokong usaha kami, bagi memandaikan bangsa.

Sedar tidak sedar, sudah cukup 1 tahun usia Komik Niaga. Kami dengan sepenuh hati, memanjat
kesyukuran kepada Allah s.wt kerana telah memudahkan urusan kami, ketika mengurus Komik
Niaga selama ini.

Edisi 5 kali ini, kami bawakan kepada seorang tokoh usahawan yang agak terkenal di Malaysia.
Kisah beliau di buku-buku terbitan beliau, pernah menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia.
Beliau dikatakan seorang usahawan yang berani & lantang dalam mengupas isu masa depan per-
niagaan kaum Melayu di Malaysia.

Dahulunya, beliau pernah gagal ketika menjalankan bisnes burger. Namun, berkat kesabaran & ke-
tabahan menghadapi cabaran, termasuklah sanggup merantau ke Indonesia untuk mencari ilham
dari mentor, kini beliau digelar Jutawan Senyap.

Individu yang kami maksudkan ialah Dato’ Dr Rusly bin Abdullah, atau dikenali sebagai Chef
Li. Di Edisi 5 ini, kami akan bawakan kisah sebenar beliau bagaimana beliau memulakan bisnes
burger dahulu, sehinggalah digelar jutawan senyap.

Oleh itu, harapan kami adalah supaya para pembaca dapat mempelajari sesuatu di sebalik kisah
kehidupan beliau ini. Semoga kisah kehidupan beliau juga dapat menyemarakkan & menaikkan
semangat para pembaca untuk mengejar kejayaan dalam berbisnes. Banyak lagi perkongsian kami
hidangkan seperti sudut motivasi, sudut kewangan, dan kami harap ia memberi 1001 manafaat
kepada para pembaca semua

Salam kejayaan & selamat membaca!

Edisi 5 Komik Niaga

Aqif Azizan & Hasbul Aqill


www.KomikNiaga.com
Penerbit

Inovattic Solutions (Part Of Flarebiz Network)

Pihak Pengurusan Komik Niaga

Matbiz
Hasbul ‘Ariff
Kartunis Ubi
Abang Is
Hasbul ‘Aqill
Aqif Azizan

Krew Komik Niaga

Nik Ujang
Kia Kartunis
Baloot
Nurul Luvleey
Zamzami
Edy
Soal
Jawab
1) Kenapa Dato’ Chef
Prof. bersa
Li memilih bidang
masakan sebagai bidang Niaga m a
utama perniagaan?
Sebab pertama adalah bisnes makanan adalah
satu bisnes yang senang dijual, kerana harga
boleh diubah mengikut kaedah dan keperluan.

Sebab kedua, adalah bisnes makanan boleh di-


jual selama 24 jam tanpa henti. Sebenarnya su-
dah banyak restoran yang beroperasi selama 24
jam, terutama sekitar bandaraya Kuala Lumpur.
Setiap saat ada sahaja masyarakat yang keluar untuk makan, tak mengira waktu.

Sebab ketiga, tidak timbul masalah untuk membina lokasi bagi bertujuan memulakan bis-
nes makanan. Asalkan tempat mmepunyai ramai orang, itulah tempat sesuai untuk mem-
bina restoran. Bahkan di lombong, boleh dibina restoran berkonsepkan restoran terapung.

Sebab terakhir, satu-satunya bisnes orang Melayu yang melibatkan kaum lain adalah bis-
nes makanan. Kaum lain seperti kaum Cina dan India tiada masalah untuk datang ber-
sarapan, makan malam di restoran kaum Melayu. Sedangkan, sekiranya kita memulakan
bisnes jahit, workshop, mereka boleh dikatakan kurang selesa untuk berkunjung di kedai-
kedai milik kaum Melayu.

2) Apakah faktor utama yang menyebabkan berjaya bangkit semula selepas


kegagalan pada bisnes pertama yang diceburi?
Faktor utama adalah saya segera mencari mentor. Antara sebab bisnes kilang
burger saya gagal adalah disebabkan saya tidak mempunyai mentor. Saya
bergegas ke Indonesia semata-mata untuk mencari guru/mentor iaitu Pak Kiyai
Muhidin. Selepas mendapat nasihat Pak Kiyai, barulah saya sedar, bisnes burger
tidak serasi dengan jiwa saya.

Sebaliknya, bisnes berkongsepkan latihan dan kursus yang mempunyai kesera-


sian dalam jiwa saya. Sebab itulah saya menubuhkan kolej iaitu Kolej Kulinari
Anjung Utara dan sampai sekarang, saya tiada masalah untuk mengendalikan
pengurusan kolej ini disebabkan serasi dengan jiwa saya.

3) 3 nasihat utama kepada para pembaca yang baru nak memulakan


perniagaan?
Nasihat pertama kepada para pembaca budiman sekalian adalah segeralah
mencari mentor. Secara tidak langsung, perjalanan dan pengurusan bisnes
anda menjadi teratur dan kemas disebabkan anda mempunyai panduan , dan
jalan yang diturunkan oleh mentor.

Nasihat kedua adalah, terus bertindak tanpa terlalu banyak membuat perse-
diaan. Akibat terlalu banyak membuat persediaaan, segala tindakan terpaksa
ditangguh akibat takut sekiranya berlaku perkara di luar jangkaan.

keti ga ada lah cari lah sahabat yang rele van . Bag i saya, hanya 4 orang sahabat sejati sa-
Nasihat
gan guru/mentor. Sahabat juga memainkan
haja iaitu mereka yang selalu berdampingan den
isnes mengikut aturan dan acuan yang
peranan untuk menasihati, mendorong untuk berb
betul.
1. Mempunyai satu usaha yang mendatangkan wang

Setiap perkara yang dilaku-


kan dalam berbisnes mestilah
mendatangkan wang. Sebab
utama masyarakat kita masih
belum kaya adalah kerana mem-
perkayakan orang lain. Setiap hari, kita diibaratkan
mengerah keringat semata-mata memperkayakan orang lain.
Jadi, untuk mengatasi masalah ini, caranya hanyalah satu, iaitu
berniaga. Dengan berniaga, ia berlaku sebaliknya. Orang lain pula berhempas pulas memper-
kayakan kita sendiri. Dengan itu, kita mampu untuk menyimpang wang dengan lebih banyak lagi.

2. Kekayaan bermula dengan menyimpan sebahagian wang secara beterusan

Tiada gunanya sekiranya kita berjaya dalam perniagaan, berjaya memperolehi keuntungan lu-
mayan dalam perniagaan, tetapi gagal untuk menyimpan. Jadi, untuk menjadi kaya raya, ber-
mula dengan menyimpan wang.

Menyimpan juga perlulah dalam kadar yang berterusan, tidak mengira jumlah pendapatan yang
kita perolehi setiap bulan. Sekiranya keuntungan adalah RM10,000 untuk bulan ini, maka meny-
impanlah sebahagiannya. Sekiranya keuntungannya adalah RM1,000 untuk bulan ini, maka meny-
impanlah sebahagiannya.

3. Tunaikan hak-hak mereka yang berhak


Dalam masa kita menerima wang, kita juga perlu memberi wang.
Menggunakan sebahagian wang untuk kegiatan kebajikan , tanda
kita menghargai rezeki yang Allah berikan. Contohnya, membayar
zakar, bersedekah kepada fakir miskin, bersedekah kepada orang
tua, beramal jariah dan lain-lain lagi.

4. Jangan berhutang dan jangan memberi hutang 5. Berdoa Bertakwa dan bertawakal

Elakkan daripada berhutang dan memberi hutang Berserah diri sepenuh


kepada orang lain. Berhutang ibaratkan kita kepada Allah s.wt sete-
menyemarakkan lagi benih apa yang memakan lah kita berusaha ber-
secara perlahan simpanan kita. Jangan mem- sungguh-sungguh. Sen-
beri hutang kepada orang lain, untuk mengelak- tiasa dekati Allah s.w.t
kan daripada persengketaan dan penganiayaan dengan doa dan sela-
yang berpanjangan sekiranya si peminjam enggan wat. Senantiasa berdoa
menyelesaikan hutang. Pemberian wang haruslah kepada Allah supaya
dalam bentuk bersedekah, infaq mengikut kadar segala usaha, titik peluh
yang kita mampu. kita selama berbisnes ini
membawa berkat.

6. Menggandakan wang kita melalui pelaburan yang bersih dan menguntungkan


Sebahagian wang yang kita perolehi eloklah dilaburkan semula dalam perniagaan, supaya
sumber simpanan wang itu dapat dipelbagaikan. Cara ini sebagai persediaan sekiranya berlaku
sebarang masalah pada perniagaan utama kita. Dalam bidang perniagaan apa pun, pelaburan
perlu dilakukan bagi menjamin perniagaan dalam jangka masa yang panjang, sekaligus dapat
menyimpan wang secara berterusan.
“Hidup ini umpama roda. Sekejap kita di atas,
sekejap lagi kita berada di bawah.” – Anonymous
kekal bertenaga.
Hidup ini ada turun naiknya. Tidak semua manusia mempunyai kuasa untuk terus
berusaha se-
Kerana tenaga mutlak adalah hak milik Tuhan. Kita sebagai hamba-NYA hanya mampu
habis baik, kemudian berserah untuk mendapatkan hasilnya.
situasi naik
Dalam dunia bisnes, ia tidak terkecuali. Kita akan alami situasi seperti roda, yakni
mengha dapi situasi sukar
dan turun. Ramai yang kecundang dan mengaku kalah, apabila mereka
dalam bisnes. Persoalannya, bagaimana kita boleh mengatasi masalah ini?
jam.
Semuanya ada dalam suntikan motivasi, dan ia boleh diamalkan dalam masa 24

Suntikan #1 – Baca Buku Kejayaan Bisnes Orang Lain


Christian Owens, seorang remaja jutawan yang berusia 16 tahun menjadi Steve
Jobs sebagai idolanya. Beliau sentiasa mengikuti perkembangan idolanya itu me-
nerusi pelbagai bahan, antaranya adalah buku.

Sehingga kini, beliau berjaya mengikut jejak langkah CEO Apple itu dan menjadi
jutawan muda. Oleh itu, kita perlu cari dan baca buku-buku bisnes yang sudah
berjaya. Lebih baik jika ia ditulis oleh idola kita sendiri.

Suntikan #2 – Jumpa Rakan-rakan Bisnes


Berjumpa dengan rakan-rakan bisnes yang lain dapat membantu untuk meningkat-
kan momentum bisnes. Ia juga dapat memberikan idea-idea baru untuk penambah-
baikan bisnes, menerusi perkongsian daripada rakan-rakan kita.

Jadi, hubungi rakan-rakan bisnes hari ini dan tetapkan tarikh untuk berjumpa.

Suntikan #3 – Berdoa
Bagi yang beragama Islam, doa itu adalah kuasa motivasi terunggul. Lu-
angkan masa kita untuk menunaikan ibadat, terutamanya di malam hari.
Banyakkan berdoa kepada Tuhan, agar perjalanan bisnes kita sentiasa
dipermudahkan.

Kuasa motivasi sebenarnya terletak pada diri kita sendiri. Kita yang me-
milih untuk terus menyalahkan keadaan, atau mengubah keadaan. Jadilah
invididu yang sentiasa positif dan optimistik.
Bisnes Beli
DUNIA Jual
AKHIRAT Oleh: Nik Wafdi

D i suatu pagi, di kedai kopi yang


tak begitu ramai pelanggannya,
duduk dua orang lelaki berpakaian se-
gak di satu sudut kedai, bermuzakarah
berdua sambil menikmati dua cawan lahualaihiwasallam. Bukankah Baginda pemimpin
kopi-o pekat yang masih berasap. yang hebat suatu masa dahulu?” Dolah seolah setuju
dengan Najib.

“Aku beranggapan orang yang berkata bahawa “Aku taknak sentuh bab politik, terlalu sensitif.”
dia mahu meninggalkan dunia, ialah orang yang Kata Najib cuba mengelak dari menyentuh bab
gagal kerana mereka sudah putus asa dari ikhtiar politik di kedai kopi. Baginya kalau mahu berpolitik
untuk memperoleh kejayaan dunia maka sebab itu pergi saja ke Parlimen.
mereka berselindung di sebalik kenyataan mereka
kononnya dunia ini tidak ada nilainya.” Jelas Najib “Tapi kau sendiri pun masuk politik, kenapa perlu
memberi pandangan peribadinya terhadap golon- sensitif?” Dolah mempersoal kenyataan Najib.
gan yang menumpukan usaha terhadap akhirat se- Dolah tahu Najib seorang ahli politik yang aktif.
hingga dianggapkan sebagai meninggalkan dunia.
“Aku masuk politik kerana bisnes. Nak hidup.”
“Mungkin juga betul, tapi bukankan Nabi sallal- Najib berterus terang, tiada apa yang perlu dia sem-
lahualaihiwasallam pernah menunjukkan bangkai bunyikan.
binatang di tepi jalan kepada para sahabat Baginda
dan bertanya jika ada sesiapa yang mahu mengam- “Maksud kau, politik wang?” tanya Dolah ringkas
bilnya dan Baginda kiaskan bangkai itu dengan sambil senyum sinis. Dolah bergurau.
dunia?” Dolah beri pandangan.
“Mulalah tu nak tuduh aku bukan-bukan” Najib
“Aku bukan nak menolak hadis Nabi sallal- nampak kurang selesa dengan soalan Dolah tadi.
lahualaihiwasallam tapi aku sekadar tak setuju
dengan mereka yang menolak dunia sewenang- “Betul apa…kau buat bisnes kerana wang…kau
wenangnya kerana mengejar akhirat semata-mata. berpolitik kerana bisnes…kesimpulannya ini ialah
Mustahil umat Islam dapat bangun semula jika politik kerana wang. Betul tak?” Dolah merumus-
hanya beramal ibadat sedangkan orang kafir me- kan kenyataan Najib. Matematik moden tahun satu.
monopoli semua sudut kehidupan dunia baik dari Siapa saja boleh faham.
sudut ekonomi hingga politik.” Najib menyambung
hujjahnya. “Aduh…betul juga tu. Habis tu nak buat macam
mana? Dah sememangnya zaman sekarang haki-
“Betul apa yang kau kata. Umat Islam perlu meli- katnya macam tu. Nak bisnes kena join politik. Dah
hat ibadat dalam sudut yang lebih luas. Kerja pun tu semuanya ditentukan oleh ahli politik.” Najib
ibadat juga. Membangunkan ekonomi pun jihad akui kepentingan politik dalam perniagaan.
juga. Malah politik pun sunnah Rasulullah sallal-
“Maafkan aku bertanya tapi apa benar hidup kau un-
tuk bisnes dan kau buat bisnes untuk hidup?” Dolah “Habis tu, apa yang perlu aku buat?” Najib nampak
cuba merumuskan lagi sekali. risau.

“Dah tu? Nama pun businessman. Aku bisnes untuk “Buatlah apa yang kau biasa buat, berniagalah, tapi
hidup dan hidup aku untuk bisnes.” Najib menje- jangan buat macam biasa.” Dolah beri cadangan.
laskan rukun hidupnya yang ringkas. Bisnes adalah
nyawanya. “Buat apa yang aku biasa buat tapi jangan buat
macam biasa? Pening aku dengar ayat kau ni.” Najib
“Ini bermakna ungkapan kau dalam doa iftitah sele- keliru.
pas takbiratulihram adalah palsu.” Sekali lagi Dolah
memerangkap Najib dalam kenyataannya sendiri. “Maksud aku, berniagalah macam biasa tapi biasan-
ya kau tak nampak berniaga itu suatu ibadah, kau
“Hah? Kenapa pulak?” Najib kurang mengerti. Apa hanya nampak tanda ringgit sahaja. Jadi janganlah
kaitan bisnes dengan doa iftitah? buat apa yang kau biasa buat iaitu berkiblatkan
wang ringgit, buatlah kerana Allah.” Pesan Dolah
“Iyelah, dalam doa tu kau kata ‘innassolati-wanusu- kepada temannya.
ki-wamahyaya-wamamati-lillahirabbil’alamin’ yang
bermakna ‘sesungguhnya solatku-dan ibadatku-dan “Maksud kau, apa yang aku buat selama ini dah
hidupku-dan matiku-hanya kerana Allah Tuhan betul Cuma nak diperbetulkan hati aku ni aje, niat
sekalian alam” terang Dolah. aku, macam tu?” tanya Najib mencari kepastian.

“Betul apa?” Najib masih samar. Bacaannya tepat. “Betul lah tu. Bunyi macam senang bukan? Cuba
Dalam bahasa Arab serta pengertiannya dalam ba- praktikkan, baru tahu senang ke susah.” Dolah
hasa Melayu. membenarkan. Ajaran Islam itu mudah tapi jangan
mempermudahkan ajaran Islam.
“Baru tadi kau kata hidup kau untuk bisnes dan
kau bisnes untuk hidup. Bermakna kau seolah-olah “Aku faham maksud kau. Bila kita berkiblatkan
menyatakan bahawa sesungguhnya solatku-dan wang ringgit semuanya macam yang biasa ahli per-
ibadahku-dan hidupku-dan matiku-hanya untuk bis- niagaan berjaya cakap ‘everything is in dollar and
nes dan bukan kerana Allah…dan kau hanya perlu- cents’. Sama seperti kita menyembah wang ringgit,
kan bisnes untuk hidup, kau tak perlukan Allah. Tak semuanya nampak dari sudut kewangan dan keun-
gitu?” Dolah menerangkan secara terperinci. tungan. Kalau aku nak berniaga kerana Allah, kiblat
aku tak boleh menghadap ke arah wang ringgit lagi
“Astaghfirullahaladzhim...” Najib ternganga sambil dah, aku perlu niatkan semua urusan aku kerana
beristighfar. Baru dia perasan betapa jauh dia telah Allah. Aku kena percaya rezeki, untung rugi, ber-
tersesat hanya kerana satu kenyataan yang ringkas. jaya gagal setiap tindakan aku dalam menjalankan
perniagaan adalah mengikut kehendak serta ke-
“Kau nampak kan apa yang aku maksudkan?” Dolah tentuan Allah, bukan kehendak pasaran, kehendak
cuba memastikan yang Najib memahami apa yang pelanggan mahupun kehendak diri sendiri.” Najib
mahu dia sampaikan. dah dapat. Dia cepat faham.

“Nampak dah. Habis tu macam mana? Bukankah “Subhanallah. Nampaknya kau jelas tentang apa
Nabi sallallahualaihiwasallam juga yang bagitahu yang aku cuba sampaikan. Kau ahli dalam berniaga,
sembilan dari sepuluh sumber rezeki itu dari bernia- dah tentu kau arif tentang alam perniagaan. Syuku-
ga?” Najib masih mencari hujjah yang dapat memb- rlah kau dikurniakan mata hati yang dapat melihat
ela dirinya. jauh dalam sudut syariat Islam yang sebenar.” Dolah
bersyukur kawannya tidak sejahil yang disangka-
“Ramai orang kata itu Nabi sallallahualaihiwasallam kan.
yang kata tapi belum tentu dengan ramainya orang
berkata maka hadis tu hadis sahih. Wallahua’lam” “Benar kata kau. Dunia ni hina macam Nabi sal-
Dolah bukan jahil orangnya, keluarganya dari ketu- lallahualaihissalam cakap. Aku yang sudah lama
runan ahli agama. bergelumang dalam dunia bisnes ni sudah lalu
bermacam-macam perkara keji yang dah jadi ma-
kanan harian manusia yang bangga menggelarkan “Wak, tumpang Tanya sikit. Dua orang yang kat meja
diri mereka ahli perniagaan berjaya. Rasuah diang- sana tu siapa ye? Dengar bersembangnya macam ahli
gap hadiah, tipu helah ditukar nama menjadi teknik perniagaan berjaya aje. Jutawan ke?” tanya pelanggan
berniaga, tindas menindas di panggil persaingan itu cuba mendapatkan kepastian.
dalam perniagaan, ambil risiko sampai tahap macam
berjudi, main bomoh, hentam orang sana-sini, se- “Oh…dua orang tu? Hari-hari dua orang tu meny-
hinggakan sifat keji seperti tamak haloba disanjung embang kat situ. Jutawan? Taklah. Sawan mungkin.
sebagai sikap mulia yang perlu ada bagi meraih ke- Hehehe…” orang tua itu berseloroh sambil meletak-
jayaan serta kemajuan. Terus terang cakap, mungkin kan kopi yang dipesan.
hanya seorang dalam seribu yang berniaga kerana
Allah, selainnya semua kerana hawa nafsu, wang “Hah?” pelanggan itu kehairanan.
ringgit, harta, kuasa, nama, title dan sebagainya.
Yang satu tu pun kalau tak kuat iman boleh hanyut “Mereka berdua tu dulu memang usahawan berjaya
macam yang lain. Wallahua’lam.” Najib membong- tapi lepas dua-dua jatuh berniaga, ini le jadinya.
karkan apa yang dilihatnya selama ini. Sekeru tak berapa nak ketat. Wak hari-hari jamu
diorang kopi sorang secawan. Dia orang berdua
“Entahlah. Mungkin sembilan persepuluh yang bersembanglah sampai ke petang. Tak kacau orang.”
dimaksudkan tentang berniaga itu ialah rezeki di du- Jelas orang tua pelayan kedai kopi itu sambil berlalu.
nia. Satu persepuluh lagi tak ada siapa atas dunia ini Tiada apa yang nak dihairankan.
mahu pandang.” Dolah nampak kesal dengan sifat tahu ini peluang keemasan.
umat manusia yang masih dijajah dan diperham-
bakan oleh hawa nafsu walau Nabi sallallahualaihi-
wasallam telah membebaskan mereka dengan
sempurnanya ajaran Islam seribu empat ratus tahun
dahulu.

“Apa dia yang satu persepuluh tu?” Najib ingin tahu.

“Bahagian akhirat barangkali.” Dolah beri pandan-


gan.

“Mungkin juga. Ramai kita sibuk cari


dunia sampai lupa Tuhan, nak da-
pat buat ibadat satu persepuluh dari
jumlah usia kita kat dunia ni pun be-
lum tentu.” Sambung Najib bersetuju
dengan apa yang Dolah fikirkan.
“Kita jual akhirat untuk beli dunia. Bijak ke berniaga
macam tu?” Dolah simpulkan perbualan mereka.

“Hmmm…tu la pasal…semua mengaku ahli per-


niagaan. Sudahnya barang kekal digadai buat beli
barang sementara. Apa nak jadi la kita ni.” Najib
setuju benar.

Di satu sudut lain kedai kopi, seorang pelanggan


yang dari tadi memperhatikan sambil memasang
telinga atas apa yang diperbualkan menyapa orang
tua yang menghantarkan kopi kepadanya.
Tempat Untuk Menjualbeli Barangan Kraftangan Perhiasan
Menjual barangan-barangan kraftangan di internet adalah suatu perkara yang
tidak mustahil. Malahan , mengikut peratusan yang dikeluarkan oleh pihak pe-
masaran Etsy.com , para penjual dan pembeli di laman jualan mereka bertambah
sebanyak 15% setiap tahun dan Etsy.com telah meluaskan jaringan perniagaan
mereka kepada lebih 150 negara.

Sekiranya anda amat gemari barangan kraftangan ataupun pandai menghasilkan


barangan kraftangan, kak Luvleey dedahkan 10 senarai laman jualan , yang boleh
mendatangkan pendapatan lumayan kepada pembuat kraftangan serta tempat
membeli belah para penggemar kraftangan.

Bonanza ArtFire.com DaWanda


http://www.bonanza.com http://www.arfire.com http://en.dawanda.com

Folksy Foodzy MadeItMyself


http://www.folksy.com http://www.foodzy.com http://www.madeitmyself.com
E-komik ini diberikan
PERCUMA!
Hak cipta terpelihara oleh KomikNiaga.com,
dilarang sama-sekali menerbit semula dalam
lain-lain bentuk atau mempergunakan e-komik ini
untuk tujuan keuntungan kecuali dengan
kebenaran bertulis dari pihak KomikNiaga.

Namun begitu anda dibenarkan, bahkan


digalakkan menyebar e-majalah ini untuk
tujuan kebaikan, tetapi haruslah dikekalkan
sifatnya tanpa sebarang ubahan.

www.KomikNiaga.com

Inovattic Solution
(Part of Flarebiz)

Anda mungkin juga menyukai