Anda di halaman 1dari 39

Hakcipta terpelihara.

Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana


bahagian artikel dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan
apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman
atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada penulis.
Walaubagaimanapun anda dibenarkan berkongsi, pos di blog anda dan
memberi eBook ini kepada sesiapa yang anda rasa boleh mendapat manfaat
daripadanya dengan syarat meletakkan kredit kepada saya sebagai penulis
dengan harapan tidak wujud konflik pemilikan di masa akan datang.

Hak Milik Al Faruq Academy Training & Consultancy









Terima kasih
Allah SWT kerana memudahkan segala urusan.
Ayahanda dan Bonda tercinta, En Mahamad Fuad dan Puan Wan Ropiah atas
sokongan yang diberikan.
Ahli Keluarga tercinta.

Tuan Kamarulzaman
Tuan Mohd Rizal
Tuan Harun aka Cikgu Jinggo
Cik Noor Shahbina Omar
Tuan Sultan Al Farahin
Tuan Ejul Lutfi
dan rakan-rakan PLF yang disayangi.


Seterusnya pembaca yang dimuliakan Allah SWT.























Dengan Nama Allah,yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.













Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi
(faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara
yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji),
serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan
kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang
semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) diantara
mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.
[Surah Ali Imran : 110]









Bab 1
Definisi saya



Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barokatuh.
Alhamdullillah. Segala puji bagi Allah SWT, Pemilik segala cinta dan rasa kerana masih
memberi kita kesempatan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.
Penulisan buku ini saya mulakan pada jam 07.41 pagi, bertarikh 27 Februari 2013
sebagai memenuhi salah satu tanggungjawab yang saya kira, buku seperti ini masih
kurang di pasaran.
Buku ini, yang bertajuk Oh Yeah! Skil Asas menghimpunkan skil asas yang perlu dimiliki
oleh seorang fasilitator untuk menjadikan suasana pembelajaran menarik dan super
attractive!
Penulisan ini juga saya harap dapat menjadi pelaburan di akhirat kelak, dan semoga
ia dikira sebagai salah satu amal kebaikan.
Penulisan ini juga bertujuan perkongsian saya menjadi fasilitator, dan bagaimana saya
menjadi fasilitator.
Ia menghimpunkan pengalaman saya, dan pengalaman fasilitator yang lain,
sepanjang mereka membina diri untuk menjadi seorang fasilitator.
Sebelum anda meneruskan bacaan, izinkan saya untuk memetik definisi fasilitator.
Menurut Kamus Dewan (2002), fasilitator bermaksud individu yang membimbing suatu
program pengajaran dan pembelajaran dengan tujuan memudahkan, membebaskan
daripada kesusahan dan halangan, menggalak dan membantu supaya berkembang
maju dan berjaya.
Kesimpulannya, fasilitator adalah pemudahcara.

Definisi saya
Definisi di atas, adalah yang saya petik dari Kamus Dewan (2002).
Namun, saya mempunyai pemahaman saya yang tersendiri tentang istilah fasilitator ini.
Fasilitator adalah jurujual, yang mempromosikan nilai hidup serta menyeru ke arah
kebaikan dan mencegah kemungkaran. Fasilitator juga menunjukkan cara atau
membantu seseorang individu atau sekumpulan individu dan membantu
menyelesaikan masalah.
Saya memetik firman Allah di dalam Al Quran, surah Ali Imran, ayat 110.
Kamu [umat Islam] adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, iaitu kamu
menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan kamu
beriman kepada Allah.

Anda akan mendapati bahawa perkataan ohsem akan wujud di dalam buku ini.
Jangan pelik dan juga bimbang, kerana ohsem bukanlah perkataan yang dipinjam
daripada planet marikh.
Perkataan Ohsem adalah perkataan yang disebut di dalam bahasa Inggeris iaitu
awesome yang bermaksud hebat, dan menginspirasi.


Kenapa Ohsem?
Kerana fasilitator yang Ohsem itu sendiri
menginspirasi audiens untuk menggencarkan
perubahan, ke arah yang lebih baik.
Fasilitator yang ohsem itu adalah fasilitator yang
penuh dengan kualiti.
Fasilitator yang ohsem akan berkasih sayang
dengan pesertanya seikhlas hati, bagaikan saudara
sendiri.
Fasilitator yang ohsem akan berkongsi semua ilmu yang ada pada dirinya, tanpa ada
hasrat untuk menyembunyikan ilmu itu, walaupun sedikit.
Fasilitator yang ohsem akan memastikan proses pembelajaran sepanjang program
bukanlah sesuatu yang kosong, tetapi padat dengan isi.
Jika anda ingin menjadi fasilitator yang ohsem. Maka buku ini wajib dimiliki oleh anda.
Seterusnya, ketahuilah bahawa buku ini bukanlah buku berfakta yang mengumpulkan
pelbagai kajian daripada tokoh ternama tentang konsep fasilitator.
Tetapi ia adalah bacaan santai tentang tips dan sumber inspirasi untuk menjadi
fasilitator yang ohsem.
Buku ini merupakan perkongsian pengalaman saya dan teman yang lain, sepanjang
beberapa tahun kami menjadi fasilitator.
Ianya perkongsian berdasarkan pengalaman saya dan teman yang lain.
Buku ini mungkin akan memuatkan perkataan yang biasa kita dengar, namun lain di
dengar oleh kaki program.
Errr.. Kaki program?
Maka sukalah untuk saya jelaskan beberapa terma berikut menurut pemahaman saya.
Modul : rangkuman aktiviti dan maklumat yang disusun secara sistematik untuk
memudahkan pemahaman target dalam memahami sesuatu objektif.
Program : kursus, kem mahupun seminar yang digelar sebagai program. Program ini
merangkumi kursus mahupun kem berbentuk kepimpinan, motivasi, akademik,
pembangunan kerohanian dan sebagainya.
Kaki Program : seseorang yang suka melibatkan diri secara aktif di dalam program
program motivasi kepimpinan, akademik mahupun pembangunan kerohanian.
Peserta : sekumpulan manusia yang menjalani program sebagai target untuk
memastikan tercapainya objektif sesebuah program itu.
Fasi : Singkatan daripada perkataan fasilitator.
Siapa patut baca?
Buku ini amatlah dicadangkan kepada mereka yang ingin menjejakkan diri dalam
dunia kejurulatihan samada fasilitator, jurulatih dan sebagainya.
Buku ini juga sesuai dijadikan panduan oleh naqib mahupun naqibah.
Ini bukanlah buku yang memberitahu anda apa yang perlu dilakukan, tetapi ia
menerangkan bagaimana ianya harus dilakukan.
Diharapkan agar penulisan ini, dapat memberi impak yang besar kepada barisan
fasilitator secara amnya, dan barisan daie secara khusus.
Semoga penulisan ini, menjadi pelaburan dan hujah untuk saya di hadapan Allah SWT.
Semoga Allah bantu saya.


_________________________
Syafiq Aizat
Kerana kita Abdullah
27 Februari 2013






































Bab 2
Bercakaplah!








Seorang doktor perlu mempunyai skil dan ilmu pengetahuan berkenaan anatomi
manusia dan juga ilmu biologi.
Seorang jurutera mesti mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu
ilmu kejuruteraan.
Seorang guru matematik pula perlu mempunyai ilmu pengetahuan mengenai nombor
, tambah kira, dan sebagainya sesuai dengan keperluan guru tersebut untuk mengajar.
Maka, begitulah juga halnya dengan fasilitator.
Apakah skil asas yang perlu ada pada seorang fasilitator?
Berikut saya kongsikan skil asas yang wajib ada pada fasilitator.
Bercakaplah!
Skil yang wajib ada pada seorang fasilitator adalah seseorang fasilitator itu mestilah
boleh bercakap di hadapan audiens.
Masakan mahu menjadi fasilitator yang ohsem kalau masih malu malu untuk berucap
di khalayak?
Saya merupakan seorang pemidato sekolah. Menjadi seorang pemidato sekolah
merupakan satu bonus buat saya. Jadi, bercakap di hadapan audiens bukanlah satu
masalah yang besar bagi saya.
Maka bagi anda yang merupakan seorang pemidato sekolah, mungkin pendebat
sekalipun. Maka ia adalah bonus untuk anda.
Ini kerana pemidato dan pendebat sekolah ini mempunyai level keyakinan yang tinggi
untuk bercakap di hadapan.
Namun, bagaimana pula dengan anda yang tidak mempunyai level keyakinan yang
tinggi untuk bercakap di hadapan khalayak?
Adakah anda mempunyai masalah untuk bercakap di khalayak audiens?
Adakah ini bermakna anda tidak layak dikategorikan sebagai fasilitator yang ohsem?
Relaks.Tenangkan diri.
Tarik nafas sedalamnya, hembus perlahan lahan.
Masa is TIME!
Saya menggagumi Demosthenes, yang dianggap sebagai antara jurucakap terbaik
pada masa silam. Pada awalnya, dia seorang yang pemalu bahkan dia seorang yang
tergagap gagap dan mempunyai kesukaran untuk bercakap.
Dia bertekad untuk menjadi seorang pemidato yang hebat. Bagi mengatasinya, dia
meletakkan batu di dalam mulutnya dan bercakap dengan lantang ke arah laut
selama berjam-jam setiap hari. Akhirnya, dia berjaya menghilangkan gagap dan
kesukarannya untuk berucap. Suaranya menjadi lebih lantang, kuat dan berkeyakinan.
Dia muncul antara pemidato terbaik dalam sejarah ketamadunan Yunani.
Persoalannya sekarang, adakah saya akan sarankan anda untuk letakkan ketulan
batu di dalam mulut anda dan bercakap ke arah laut?
Tidak!
Skil bercakap di hadapan khalayak ini dapat dibentuk, bahkan semua orang
sebenarnya boleh bercakap di hadapan.
Namun disebabkan sikap kita yang malu malu seperti kucing ini, menyebabkan kita
menolak untuk bercakap di depan khalayak.
Saya dapati, meskipun saya sering mewakili sekolah mahupun universiti ke
pertandingan debat dan pidato, saya masih lagi mempunyai masalah kurang
keyakinan diri untuk bercakap di hadapan audiens.
Simptom gementar, jantung berdegup kencang, gelabah di atas pentas.
Adakah anda juga merasakannya?
Semua simptom ini saya rasakan disebabkan saya juga mempunyai masalah
keyakinan diri.
Apakah yang saya lakukan untuk mengatasinya?
Berikut adalah beberapa cara yang saya praktiskan untuk meningkatkan keyakinan diri
saya, sekaligus menambahbaik skil pengucapan awam saya di khalayak.
1. Sentiasa memulakan salam perkenalan.
Apabila saya berada di tempat yang asing, saya akan pastikan diri saya
memulakan salam perkenalan dengan orang lain.

Misalnya, sewaktu saya menunggu giliran untuk membayar bil air, saya akan
cuba tegur pak cik yang duduk di sebelah saya.
Tegur, lemparkan senyuman dan berbual.

Memulakan perkenalan dengan orang lain meningkatkan keyakinan diri untuk
berkomunikasi dengan orang di sekeliling kita.


2. Hadiahkan senyuman sebanyak mungkin.
Saya suka membeli belah, samada di pasaraya, pesta buku, mahupun jualan
gudang. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menghadiahkan senyuman
kepada sesiapa yang terpandang wajah dan cuba bertentang mata dengan
saya.

Sikap menghadiahkan senyuman kepada orang lain ini terbukti mampu
meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri.


3. Banyakkan mendengar ceramah
Sentiasa memperbanyakkan diri anda mendengar ceramah mahupun tazkirah
ringkas daripada sesiapa sahaja dan sesekali cubalah curi skil dia.

Wow! Curi skil dia?

Maksud saya, belajar untuk tiru gaya percakapan penceramah tersebut, dan
gabungkan dengan skil yang ada pada anda. Maka ini akan memudahkan
anda untuk menambahbaik skil pengucapan awam anda.

Saya gemar mendengar ceramah daripada Shaykh Zahir Mahmood. Ceramah
beliau sentiasa menyemarakkan semangat sesiapa sahaja yang
mendengarnya. Adakalanya, isi isi penting ceramah Shaykh Zahir Mahmood ini
saya kongsikan pula dengan audiens saya, malahan dengan cara yang sama
seperti yang dipersembahkan oleh Shaykh Zahir Mahmood sendiri.


4. Cabar diri sendiri.
Saya mencabar diri saya sendiri, dengan tujuan untuk meningkatkan keyakinan
diri saya. Maka apakah yang saya buat?

Saya masih ingat, pada hari tu saya menghadiri kenduri kahwin seorang teman
saya di Sungai Petani. Maka untuk pulang ke rumah saya yang terletak di
Kampung Sanglang,ia memerlukan saya untuk menaiki bas ekspress ke Alor Star.

Sepanjang perjalanan ke Alor Star, saya perhatikan kebanyakkan penumpang
bas tersebut adalah pelajar universiti dan juga pelajar sekolah.

Saya minta kebenaran pemandu bas, kemudian saya sampaikan tazkirah
ringkas kepada 30 penumpang bas tersebut.

Hasilnya, masa lapang di dalam bas itu diisi dengan tazkirah ringkas daripada
saya.


Ini adalah cara yang saya gunakan, untuk meningkatkan keyakinan diri saya. Maka
bagaimana dengan anda?
Penutup
Ada seorang pelajar datang berjumpa dengan saya.
Abang, saya nak jadi fasilitator boleh? Faizal meluahkan hasrat hatinya.
Boleh, minggu depan datang lah ke surau Damansara. Saya ada program kat situ.
Saya membalas mengalu-alukan hasrat hati beliau itu.
Tapi saya tak boleh bercakap di depanlah, abang.
Saya terdiam, kemudian menyoal.
Awak ada suara?
Ada.
Awak tahu bahasa melayu atau bahasa inggeris?
Tahu.
Cuba ceritakan pada saya, seringkas mungkin tentang diri awak.
Faizal pun bercerita tentang dirinya kepada saya. Selepas selesai, saya bertanya lagi.
Apa yang awak buat tadi?
Saya bercerita tentang diri saya kepada abang, macam yang abang minta.
Apa perbuatan awak tadi tu?
Bercakap.
Jadi, bagaimana awak katakan yang awak tak boleh bercakap di hadapan?
Apa alasan awak?
Begitulah perbualan saya dan Faizal. Bahkan sepanjang saya bergelar pengendali
program ini ada beberapa orang teman rapat saya yang ingin menjadi fasilitator.
Mereka bertanya saya sekiranya ada kekosongan fasilitator dalam setiap program
yang saya sertai.
Maka, sudah tentulah saya akan mengajak mereka untuk menjadi fasilitator. Namun,
apabila mereka diberikan tanggungjawab untuk mengemudi sesuatu aktiviti, mereka
menolak tanggungjawab tersebut.
Alasan mereka,
Eh Syafiq, seganlah saya nak bercakap di hadapan orang ramai ni. Malu.
Nantilah, saya belum bersedia nak bercakap di hadapan.
Aduh. Stres saya dibuat mereka.
Mereka memberi alasan!
Jika anda termasuk di dalam kategori orang seperti ini, sila ubah sikap anda!
Sampai bila mahu beralasan?







BONUS!





Bab 3
Lapangkan hati!
Dalam dunia kejurulatihan, ada tiga watak fasilitator.
Satu. Watak fasilitator yang sangat garang. Mana-mana fasilitator yang memegang
watak ini tidak boleh senyum, dan harus bersikap ala-ala diktator . Tugas fasilitator ini
adalah untuk mengawal disiplin peserta, selain memastikan peserta patuh kepada
arahan.
Mudah kalau saya simpulkan unsur api terletak pada fasilitator ini. Fasilitator ber-unsur
api akan memegang portfolio Disiplin dan Keselamatan.
Dua. Watak fasilitator yang sangat penyayang. Sesiapa yang memegang watak ini
harus sentiasa senyum dan bersikap mesra peserta. Tugas fasilitator ini adalah untuk
meneutralkan situasi apabila peserta rasa tertekan atau stress.
Fasilitator jenis ini mempunyai unsur yang berlawanan dengan api, iaitu air.
Tiga. Watak fasilitator yang tidak memihak kepada mana-mana pihak. Samada
peserta atau fasilitator. Kebiasaannya fasilitator yang memegang watak ini adalah
ketua fasilitator atau kem komandan.
Unsur tanah dimiliki oleh fasilitator ini.
Hati yang tertutup
Sepanjang tahun 2010 saya menjadi fasilitator , saya sering ditugaskan memegang
watak garang.
Saya dilatih dengan formula ini. Saya melihat logiknya apabila disiplin peserta sudah
tidak dapat dikawal, maka fasilitator yang memegang watak garang ini akan
memainkan peranannya.
Meninggikan suara dan menengking mereka untuk diam. Untuk senyap.
Tindakan saya ini akan menyebabkan mereka stress, maka fasilitator yang berperanan
sebagai peneutral akan menyejukkan suasana. Peserta akan lebih relaks.
Logik juga formula ini.
Maka kerana telah terbiasa, saya sentiasa mengaplikasikan formula ini di mana-mana
program yang saya kendalikan. Watak garang seolah sebati dengan diri saya.
Malahan saya berbangga dengan watak garang yang saya pegang itu.
Namun, pada penghujung Disember 2010. Saya dihubungi oleh saudara Firdaus.
Dia meminta bantuan dan khidmat saya, menjadi fasilitator untuk sebuah program
kerohanian di utara tanah air.
Saya tiba agak lewat, dan ketika itu sesi pembahagian kumpulan telah pun selesai.
Seramai sepuluh orang remaja berumur sekitar 12 - 15 tahun diamanahkan kepada
saya. Saya perlu mengendalikan sesi taaruf di dalam kumpulan.
Saya membawa mereka agak jauh dari dewan utama. Sengaja mencari ruang yang
agak jauh dari kumpulan kecil yang lain.
Kami saling berdiri, dan membentuk bulatan.
Saya tersenyum, cuba mengambil mood garang yang telah sebati dengan jiwa saya.
Dengan suara sedikit garang, saya memulakan sesi taaruf itu.
Assalamualaikum.
Semua peserta menanti perkataan seterusnya.
Nama aku Syafiq Aizat bin Mahamad Fuad. Kalian boleh panggil aku, Syafiq.
Dengan nada yang sama, saya arahkan seorang demi seorang untuk
memperkenalkan nama masing masing. Sesi taaruf yang sepatutnya menyeronokkan
berlangsung dengan hambar. Tiada warna ceria terpalit pada sesi pagi itu. Saya
dapat melihat betapa wajah tidak senang mereka terhadap tindakan saya itu.
Serius, antara saya dan peserta kumpulan saya langsung tidak ada chemistry.
Namun, semua itu tidak saya pedulikan, lantaran formula garang telah sebati dengan
diri saya.
Pada hari kedua program, kami para fasilitator diminta untuk duduk bersama dengan
para peserta. Kem Komandan mulai bercakap dan bertanya kepada peserta.
Antara soalannya yang paling saya ingat ialah,
Adik-adik, ingat tak apa nama fasilitator kamu?
Salah seorang peserta dalam kumpulan saya pantas menjawab,
Nama aku Syafiq.

Sambil disambut oleh gelak temannya yang lain.
Malam itu, usai post motem. Saya termenung, bermonolog sendirian.
Apa yang aku dah buat?


Itu dan ini berbeza
Manakala di dalam program yang sama, ada seorang fasilitator daripada institusi
pengajian tinggi di utara. Namanya Shahril.
Pendekatan yang digunakan oleh Shahril jauh berbeza dengan saya.
Shahril mudah mesra dengan peserta. Melihat keletah beliau beraksi di pentas
membuat semua hadirin ketawa geli hati. Beliau dikenali dengan slogan, Terbaik
daripada ladiang.
Ladiang adalah perkataan ladang, yang disebut dengan pelat dari utara.
Begitu juga pendekatan antara Shahril dengan ahli kumpulannya. Shahril melayani
mereka seolah-olah mereka telah bertemu sekian lama.
Disebabkan pendekatan yang saya dan Shahril gunakan jauh berbeza, maka kami
juga menerima hasil yang berbeza.
Pada hari terakhir program, ramai peserta yang menangis seolah tidak merelakan
perpisahan antara mereka.
Bukalah hatimu
Cuba anda lihat penggunaan kata ganti diri yang saya gunakan sewaktu komunikasi
pertama antara saya dengan peserta.
AKU.
Saya menggunakan kata ganti diri AKU apabila membahasakan diri dengan peserta.
Kata ganti diri AKU telah membunuh segala rasa ceria yang peserta inginkan.
Dan itulah antara faktor yang menyebabkan kita tidak memiliki ciri-ciri seorang
fasilitator yang ohsem.
Adakah anda pernah melakukan kesilapan seperti yang saya lakukan?















Bab 4
Rapport oh Rapport!

Perbualan pertama :
Syafiq : helo, siapa di sana?
Lim Che Sern : Sayalah, Lim Che Sern. Lu ala masa tak? Lantii lu jumpa gua..
Syafiq : haiii yaaa Lim wa talak senang ooo.. lu latang sini la gua lagi sibuk
oo..

Perbualan kedua :
Syafiq : Helo, siapa di sana?
Raju : Sayalah Raju. Ayoo yoo awak suda lupa saya punya nama ka?
Syafiq : Ayoo yooo bukan sudah lupa lah. Saya tukar telefon baru, habis
hilang awak punya nombor telefon la.

Adakah perbualan ini pernah terjadi pada diri anda?
Semua ini terjadi secara spontan, kerana minda bawah sedar kita cuba untuk
menjalinkan hubungan yang erat bersama orang yang sedang bercakap dengan kita.
Dalam NLP, ini disebut sebagai rapport.
Apakah rapport itu? Biskut Chipsmore ke?
Sekali lagi, tidak ada biskut Chipsmore!
Saya memahami bahawa rapport adalah teknik untuk menjalinkan perhubungan
dengan baik dan berkesan. Noktah.
Rapport merupakan sebuah alat komunikasi yang sangat luarbiasa. Ia amat berkesan
untuk memulakan komunikasi, perbualan dan menjalin hubungan sedar mahupun
bawah sedar, terutama dengan orang yang baru kita kenal.
Tetapi jika kita tidak memahami apa itu rapport, senjata ini akan menikam kita kembali.
Kerana dengan menggunakan rapport kita dapat memasuki wilayah hubungan yang
lebih mendalam dan mesra. Dengan cara tersebut kita mudah mengendalikan fikiran
orang yang disasarkan.
Rapport dimulakan dengan mencari titik persamaan, dengan tujuan mencari
keserasian. Semua ini akan saya ceritakan di dalam Bab Campuran Bahan Kimia.
Ini Penting
Saya percaya, mudah untuk kita capai objektif sesebuah program apabila rapport
telah terbina antara kita dan peserta.
Apakah yang menyebabkan pasukan bola sepak Sepanyol memenangi piala Eropah
pada tahun 2012?
Keserasian.
Keserasian perlu wujud di antara peserta dan fasilitator untuk memudahkan proses
tercapainya objektif program.
Kadang kadang saya hairan, dengan sikap sesetengah fasilitator yang memarahi
peserta kerana tidak mendengar arahan daripada fasilitator.
Bukanlah saya katakan bahawa tindakan memarahi peserta yang melanggar
peraturan itu salah, tetapi berpada-padalah.
Janganlah sampai langsung tidak nampak senyuman pada wajah anda selaku
fasilitator.
Masih ingat definisi saya tentang fasilitator?
Menurut pandangan saya, fasilitator adalah jurujual, yang mempromosikan nilai hidup
serta menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Fasilitator juga
menunjukkan cara atau membantu seseorang individu atau sekumpulan individu dan
membantu menyelesaikan masalah.
Jadi bagaimana anda mahu menjual objektif program untuk disematkan ke dalam
jiwa peserta sekiranya anda gagal mencari titik kemesraan antara anda dan peserta?

Cara Saya berrapport
Saya ditugaskan untuk mengendalikan program Kepimpinan Super Leader bersama
barisan pengawas SMK Banting.
Ia permintaan last minute. Saya telah maklumkan kepada penganjur bahawa saya
ada kursus yang perlu dihadiri di Jelebu.
Tiba hari program yang telah ditetapkan, saya baharu sahaja pulang daripada Jelebu,
dan setibanya di Kuala Lumpur. Saya terus bergegas ke tapak program yang terletak
di Hulu Langat. Badan sangatlah letih.
Saya tiba agak lewat, dan ketika itu baharu sahaja selesai sesi taaruf berkumpulan.
Setibanya saya di tapak kem, saya diminta untuk mengendalikan slot Excellent
Coaching.
Saya kongsikan teknik mengenal karakter individu menerusi anak mata. Saya lihat
peserta begitu teruja dan bersemangat untuk belajar teknik ini.
Slot Excellent Coaching itu tamat pada jam 10.30 malam. Fasilitator Fifi lantas
mengarahkan peserta untuk menikmati minum malam sebelum program dilanjutkan
untuk aktiviti yang seterusnya.
Saya duduk berehat di satu sudut di dalam dewan utama. Ada beberapa orang
peserta yang tidak mahu menikmati minum malam. Kata mereka, sudah kenyang.
Saya berjalan perlahan, dan mampir dekat dengan mereka.
Nama awak siapa? Saya menghulurkan tangan.
Hakim. Tangan yang dihulur bersambut.
Yang sebelah Hakim pulak? Saya menghulurkan tangan lagi. Senyuman
dilemparkan. Saya betul betul ikhlas nak berkenalan!
Saya Fahmi.
Begitulah saya menghulurkan salam perkenalan. Saya pastikan perkenalan kami pada
waktu itu tidak sia sia. Saya cuba sedaya upaya untuk mengingati nama mereka.
Saya buktikan pada mereka bahawa saya ingat pada mereka dengan menjadikan
mereka sebagai watak dalam setiap contoh yang saya berikan sepanjang tempoh
pembelajaran.
Saya sebut nama mereka sewaktu sesi ceramah saya. Saya yakin, mereka gembira
apabila nama mereka disebut sebut!
Hasilnya saya dapati mereka lebih bersemangat untuk terus menjalani program
bersama saya!
Oh, tersentuh hati!
Saya ingin berkongsi sebuah kisah yang menarik, tentang Imam Hassan Al Banna yang
merupakan pengasas Ikhwanul Muslimin.
Imam Hassan Al Banna adalah seorang daie yang sangat gemar menghafal nama.
Ketika Dewan Tertinggi Tentera mengumumkan pemindahan beliau ke Kota Qina di
wilayah Shaid, Mesir pada tahun 1941.
Pada waktu itu, diadakan majlis sambutan kedatangan beliau oleh pemuda pemuda
yang bergabung dalam gerakan Ikhwanul Muslimin, yang baru pertama kali itu
bertemu dengan beliau.
Mereka memberikan salam. Lalu Imam Hassan Al Banna berjabat tangan dan
menyebut nama beberapa orang daripada mereka.
Mereka hairan, kerana detik itu adalah pertama kali mereka bertentang mata dan
bersua wajah bersama dengan Imam Hassan Al Banna, apatah lagi duduk semeja.
Pemuda pemuda itu bertanya, Bagaimana Imam Hassan Al Banna boleh tahu nama
kami? Sedangkan kita belum pernah bertemu?
Imam Hassan Al banna melemparkan senyuman yang paling manis, lalu menjawab,
Ketika saya menandatangani kad pendaftaran ahli Ikhwanul Muslimin, saya berusaha
menghafal nama yang tertera dan raut wajahnya.
Masa is TIME!
Ya, bina rapport antara anda dengan peserta. Dimulakan dengan mengingat nama
mereka.
Mengingat nama merupakan salah pintu yang membuka ruang ke arah pembinaan
rapport yang baik.
Hubungan yang baik antara peserta dan fasilitator membantu memudahkan objektif
program dapat dicapai.
Mahukah anda jika saya kongsikan bagaimana saya membina rapport dengan cepat
secara praktikal?
Saya dilantik untuk mengendalikan sesi pembangunan potensi diri menggunakan
teknik SOIF untuk pelajar SPM seluruh daerah Pasir Gudang di UNIKL MITEC.
Saya tiba dua jam lebih awal.
Program itu dikendalikan oleh saudara Fakhrudin, Fyda, dan teman sekampus. Mereka
merupakan mahasiswa di UNIKL MITEC.
Saya mengambil kesempatan masa yang ada, dengan saya pergi berjalan jalan di
kafetaria. Saya dapati ada beberapa peserta sedang duduk sementara menanti
program bermula.
Sengaja saya capai segelas air, dan duduk mampir dengan mereka.
Peserta program ini ke? Tanya saya memulakan perbualan.
Mereka mengangguk. Saya segera menghulurkan tangan, Saya Syafiq Aizat.
Mereka menyambut salam perkenalan, sambil memperkenalkan nama masing masing.
Mengapakah saya memperkenalkan diri saya dahulu?
Kerana jika saya yang mula-mula bertanyakan nama mereka, pasti akan menimbulkan
syak wasangka di dalam diri mereka. Dek kerana itulah, saya harus memulakan salam
perkenalan.
Jadi bagaimana?
Anda sudah mengetahu tiga Skil Asas sebagai seorang fasilitator.
Sudah belajar, ayuh praktikkan dan bina rapport anda sekarang!




TAHNIAH!
Tahniah diucapkan kepada anda yang telah membaca ebook ini sehingga ke
akhirnya. Maka untuk menjadikan input yang anda baca itu diserap dan dipraktikan
sepenuhnya. Maka, ayuh isikan dengan nota anda.
Tuliskan pembelajaran anda sepanjang pembacaan anda tanpa melihat kembali bab
tersebut.

Bab 1 : Definisi Saya
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________

Bab 2 : Bercakaplah!
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

Bab 3 : Lapangkan Hati
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

Bab 4 : Rapport oh Rapport
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________













_____________________________________________________________________________________
Tentang Penulis
____________________________________________________________________________________









PLF Syafiq Aizat bin Mahamad Fuad
Syafiq Aizat Mahamad Fuad atau lebih dikenali dengan panggilan mesra Abang
Syafiq merupakan mahasiswa tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan major Kewangan Islam.
Memulakan kerjaya beliau sebagai seorang fasilitator dengan menubuhkan Belia Islam
Al Fateh, sebuah badan NGO yang bertindak menganjurkan Kem Smart Soleh di masjid
sekitar daerah Kubang Pasu dan seterusnya menjadi fasilitator sambilan bersama BMQ,
AW-C dan CSQ. Pada tahun 2012, beliau dilantik sebagai Ketua Fasilitator Kem Bina
Insan, anjuran Sekretariat Pembangunan Insan Negeri Kedah Darul Aman.
Syafiq Aizat juga merupakan Certified SOIF (MASTERY) coach dan juga seorang
pengamal sistem Profesional Learning Facilitator.
Kini, PLF Syafiq Aizat Mahamad Fuad merupakan pengasas Akademi Al Faruq.
Beliau telah mengendalikan lebih daripada 10,000 peserta di seluruh Malaysia.
Antara pengalaman beliau adalah :
Speaker, Program TeamBuilding, bersama staf Sime Darby Property.
Speaker, Program Pembangunan Personaliti bersama 100 pelajar Tahfiz Banting.
Speaker, Program Teambuilding bersama pelajar BKP MRSM Baling.
Speaker, Program Pembangunan Diri, bersama pelajar Sekolah Arab Mersing.
Ketua Fasilitator, Kem Bina Insan, SAIF
Ketua Fasilitator, Kem Smart Soleh utk empat siri. (Jun dan Dis 2011, Mac dan Jun 2012)




Let s Get Ohsem!
Sebuah modul pembangunan diri dengan mengenalpasti
potensi yang ada pada diri peserta. Fokus diberikan kepada
mengenali diri sendiri, seni menghargai orang lain, teknik
bekerja bersama kumpulan dan dipasakkan dengan
membina pelan tindakan sebagai action kepada modus
akhir program. Teknik pembelajaran yang menggunakan
teori VAKD, experiental Learning, dan pendekatan NLP
menjadikan suasana pembelajaran sentiasa ceria dan superb attractive!
Aktiviti Menarik :
1. Break the Wall!
2. Choice vs Want
3. Saya Mahu! Saya Buat!
4. Value Of Me!
5. Kawan Oh Kawan.
6. Traffic Jamned
7. Get SMART.
8. SOIF

Cadangan Program : 2 Hari / 1 Hari.





Get in Team, Mate!
Program ini akan membantu peserta untuk kenalpasti teknik
kepimpinan dan praktiskan secepat boleh. Peserta akan
belajar bagaimana untuk memenangi hati anak buah,
mengubah lawan menjadi kawan dan memahami peri
pentingnya bekerja sebagai 1 pasukan. Di akhir program,
peserta akan mempunyai visi dan misi yang jelas dan akan
memimpin dengan pelan tindakan yang sangat cemerlang.

Aktiviti Menarik :
1. Gunting Batu Kain.
2. Break The Wall!
3. Siapa Pencuri?
4. Excellent Connection!
5. The Art Of Followership
6. Get in team!
7. Traffic Jamned.
8. Lontarkan Ekspresimu
9. Branding People
10. SOIF

Cadangan Program : 3 hari / 2 hari



.


Awesome Facilitator!
Program ini akan mendedahkan peserta tentang elemen
penting di dalam dunia fasilitator dan mempraktiskannya
sepantas mungkin. Pendekatan NLP dan experiental
learning dikongsikan untuk diaplikasikan oleh peserta. Tips
tips untuk melaksanakan program, memudahcarakan
peserta akan dikongsikan untuk dipraktiskan oleh peserta.
Program ini sesuai untuk PRS, badan Usrah (Naqib dan Naqibah), dan bakal fasilitator.

Aktiviti Menarik :
1. Know You
2. Break the Wall
3. Get the Belief System
4. VAKD - People Around You
5. Make The Excitement
6. Bind The Bond
7. Api - Air - Tanah
8. The Modul of Learning
9. Create the Modul.
10. Let s Get the Program.

Cadangan Program : 3 Hari / 2 Hari.


Untuk maklumat lanjut mengenai modul dan program,PLF Syafiq Aizat boleh dihubungi
di talian 017 592 5439 / 019 246 8922

Tahukah Anda?
Ada empat elemen penting untuk anda menjadi seorang fasilitator
yang awesome!
1. Saya sebagai seorang fasilitator.
2. The A of fasilitator.
3. Seni Pembentangan
4. Lets Get a Program!

Dapatkan sebuah bahan bacaan yang mempunyai empat elemen
penting tersebut dan mantapkan diri anda untuk menjadi seorang
fasilitator yang super duper awesome!

ebook yang wajib anda miliki!

Harga promosi RM13 sahaja!



Dapatkan segera!

Dapatkan Ebook OH YEAH! Sebenarnya saya
seorang Fasilitator! pada harga promosi RM13
sahaja!

Bank in RM13 ke akaun
CIMB Islamic
Syafiq Aizat bin Mahamad Fuad
14040009863202

Anda mungkin juga menyukai