Anda di halaman 1dari 2

Mural

Ada banyak cara untuk mengekspresikan luahan hati kita. Mungkin sesetengah
orang akan meluahkannya dengan berterus terang, cara yang paling mudah dan lebih
kepada maksud yang sebenar. Mungkin sesetengah orang yang bersikap pendiam
akan menulis apa yang dirasainya di dalam diari. Luahan hati yang bersifat rahsia dan
hakikatnya terlalu rahsia. Ada juga yang meluahkan apa yang mereka rasai dengan
melukis. Sebab itulah dikatakan sebuah lukisan membawa seribu satu erti buat
pelukisnya. Atau mungkin ada yang meluahkan perasaan dengan melukis mural atau
grafik pada dinding – dinding. Grafik atau mural ini juga bersifat lukisan tetapi dilukis
dengan menggunakan spray atau cat dan biasanya dilakar dalam bentuk perkataan
atau frasa ringkas yang menggambarkan keseluruhan perasaan. Walau bagaimanapun
itulah yang dikatakan setiap orang itu adalah berbeza. Lain orang lainlah caranya.
Cuma persamaan yang dapat dilihat di sini adalah kita mengekspresikan hati melalui
perbuatan.

Melihat Mural

Mural sebagai bentuk kreativiti yang mampu mengubah wajah sesuatu dari
menjadi lebih ”berwarna” dan penuh pesan positif. Ia bukan lagi sekadar lukisan di
dinding. Namun, sejauh mana mural menjadi bahan untuk ”mengalami ruang” secara
kukuh, perlu penelitian lanjut. Kerana pada asasnya, mural adalah juga ”cara untuk
mengalami” kembali ruang, tempat, atau lingkungan yang selama ini seolah menghilang
atau dihilangkan.

Seniman mural melakukan komunikasi secara visual kepada masyarakat


terhadap apa yang ingin dicurahkannya, sedangkan masyarakat sebagai penikmat
dalam praktiknya mampu berinteraksi langsung kepada seniman. Hal ini semakin
menunjukkan dalam seni mural, bahawa interaksi tidak hanya dilakukan secara visual
yang mengangap pandangan ‘seni adalah seni’, namun mural juga mampu
mendekatkan dirinya sebagai seni yang berinteraksi juga secara meluas.
Dalam hal ini, masyarakat memperolehi pencerahan dalam dunia seni rupa,
masyarakat awam dapat mengambil hasil lukisan sebagai seniman juga. Melukis
adalah member pandangan visual atau menerangkan secara estetika kaedah-kaedah
dalam seni rupa. Melukis di dinding (mural) secara prinsip berbeza dengan melukis di
kanvas. Lukisan di atas kanvas, sejak pertama mulai dipraktikkann pada zaman
Renaissen dianggap membawa serta memberia semangat pembaharuan dan cita-cita
modern. Berbeza dengan tradisi mural yang penuh dengan mesej dan nilai keyakinan
adat bersama maupun pemahaman karakteristik sosial, melukis pada kanvas lebih
mencirikan semangat individual.

Dinding digunakan sebagai media dalam mural antaranya adalah dinding


penyangga jambatan layang, tembok sisi sungai dan tembok rumah pinggir jalan yang
terbiar. Sebagai contoh di Jogja, dinding yang digunakan adalah tembok di
pinggir-pinggir kampung yang dihasilkan dengan cara beramai-ramai oleh masyarakat
setempat. Sebelum ada mural tembok-tembok tersebut terlihat kotor, walaupun bersih
warna putih kelihatan memukau mata terutama pada siang hari dan mempunyai kesan
apabila melihatnya.

Anda mungkin juga menyukai