Anda di halaman 1dari 2

Kelas Perniagaan

-------------------Sudah beberapa kali Mutalib Uthman menegur aku, yang selagi mana aku terus menjual kemurnian dan akal
budi Takaful semata mata, maka selagi itu lah aku akan gagal menarik minat Takafulmen dan Takafulwati untuk
serius berkecimpung dalam perniagaan Takaful.
Kerana katanya, orang kita mahukan benda cepat, benda duit, benda reward, benda nampak mudah, benda
kekayaan, kesenangan, percutian, hadiah hadiah, dan rileks rileks.
"Kalau kau setakat cerita Takaful tolong orang, Takaful bayar bill, Takaful bagi pampasan, kau boleh dapat klien,
tapi nak tarik minat orang meniaga Takaful macam kau, susah..sangat susah"
Kurang lebih begitu kata kata Mutalib beberapa kali, dalam tempoh beberapa tahun ini.
Aku mengambil masa agak lama menilai posisi dan letak duduk misi membina pasukan Takafulmen dan
Takafulwati supaya idea meletakkan konsep memberi kesedaran sentiasa di hadapan dan reward datang
kemudian kekal kukuh tidak terusik.
Ada kebenarannya. Siapa yang mahu bersusah payah berjumpa orang ke sana ke mari kalau dia tidak nampak
reward yang dia akan dapat untuk diri dia sendiri?
Beberapa masa, aku terfikir untuk menceritakan, supaya yang mahu terus mahu, dan yang tak berapa mahu pula
tertarik untuk lebih tahu, supaya mahu.
Sepanjang 4 tahun menjadi Takafulman, aku sudah tolak kurang lebih 8 oversea trip.
Antaranya San Francisco 2012 (1 tiket), Munich 2013 (2 tiket), Prague 2013 (1 tiket), Guangzho 2013 (2 tiket) ,
Vietnam 2013 (1 tiket), Barcelona 2014 (2 tiket), Valencia 2014 (2 tiket), Los Angeles dan San Diego 2015 (2
tiket) juga aku sudah tolak tak mahu pergi.
Susah juga bila aku nak bercakap;
"Mai ikut aku buat kerja Takafulman sungguh sungguh, nanti boleh pergi oversea trip free!".
Kenapa susah? sebab aku sendiri pun tak pergi.
Begitu juga dengan hadiah hadiah seperti ipad, ipad air, ipad mini, samsung S3, samsung galaxy note, samsung
galaxy note 2, mac book air, iphone 4, iphone 4s, iphone 5, iphone 6, apa segala jenis gadjet ni semua syarikat
Takaful bagi. Yang ini aku tak tolak lah, aku ambil lepastu aku bagi ke ayah aku, atau cikgu, atau ke Fateem, atau
aku jual half price ke mutalib.
Secara jujurnya, aku tak cenderung untuk kejar benda benda ni. Kalau ada, ada lah, kalau tak ada pun ok, hidup
mesti terus untuk bagi kesedaran Takaful pada semua yang bernama manusia.
Itu cara aku, yang makin memakan diri sebab tidak berupaya menginspirasi orang untuk menceburkan diri dalam
Perniagaan Takaful.
Hal ini seperti infinite loop, di mana aku sendiri berulang kali bertarung atas kepercayaan, patutkah aku menjual
kekayaan dan kesenangan yang ada dalam Perniagaan Takaful supaya orang mahu turut serta (seperti mana
peniaga peniaga industri lain mempromosi perniagaan mereka yang serba serbi best);

atau,
aku mesti terus dengan cara menjual kemurnian dan akal budi Takaful yang secara tak langsung akan menutup
hijab dan hakikat, bahawa Takaful bukan sekadar alat untuk mencapai kebaikan, namun lebih dari itu Takaful
adalah sejenis perniagaan yang lumayan dan sangat menguntungkan.
Jadi beritahu aku, macam mana lagi aku harus buat untuk membawa lebih ramai Takafulmen dan Takafulwati
terjun ke dalam industri ini?
Takkanlah sampai aku nak kena berdiri atas kereta Golf GTI, pegang duit, bergambar depan rumah agam dan
beritahu berapa puluh ribu monthly income baru orang semua nak peduli dan percaya?
Takkanlah motivasi hidup kita semua murah sampai macam tu?

Anda mungkin juga menyukai