Anda di halaman 1dari 7

TERMA DAN SYARAT MENYERTAI GROUP OGY’S FOOD BIZ

1. Sila baca dan fahami terma dan syarat Stokist ini dengan teliti.
2. Fees pendaftaran STOKIST RM HARGA, anda layak mendapat Set Sambal Goreng
Saadiah dan menjadi group Ogy’s Food Biz dengan berbagai insentif yang akan kami
sediakan.
3. Set sambal telah disediakan mengikut Stokis.
4. Anda perlu komited, bersungguh, jujur, amanah dan berhasrat ingin meningkatkan
kehidupan anda serta berkongsi rezeki.
5. Anda perlu mengisi borang, segala butiran perlu ditulis dengan jelas, betul dan
menghantar borang tersebut ke, Pejabat Ogy’s Food Biz untuk Perakuan dan Pengesahan
dari pihak kami yang anda adalah Stokis yang SAH dan layak mendapat harga dan
komisyen yang ditetapkan. Sekiranya anda memberi maklumat palsu, pihak pengurusan
akan menolak permohonan anda tanpa sebarang alasan. (Syarat WAJIB menjadi Stokis)
6. Semua stokis diwajibkan membuat sasaran sales dan pembelian yang berterusan dari
Pejabat Ogy’s Food Biz.
7. Stokis diwajiban menyediakan Salinan kad pengenalan, Salinan SSM (sekiranya ada) dan
2 keping gambar berukuran paspot dan Salinan kad pengenalan untuk memohon menjadi
stokes Ogy’s Food Biz.
8. Pembelian adalah berbentuk tunai atau bank in kepada Ogy’s Food Biz. Resit bayaran
atau bank in perlu di hantar ke Pejabat Ogy’s Food Biz untuk membuktikan pembayaran
telah dibuat.
9. Stokis perlu menandatangani Kontrak Insentif yang disediakan oleh pihak Ogy’s Food
Biz.
10. Pasangan suami/ isteri boleh bergabung menjadi stokis, dimana fees pendaftaran boleh
digabungkan.
11. Hak pengerdaran tidak boleh ditukar milik tanpa kelulusan dari Ogy’s Food Biz.
12. Stokis perlu mengambil sendiri produk di pejabat Ogy’s Food Biz. Dan cas penghantaran
akan dikenakan jika stokis memilih untuk produk di hantar kepada stokis sendiri.
A. PEMULANGAN BARANGAN

Pemulangan Barang hanya dibenarkan pada barangan yang rosak kibat pengilangan
sahaja.

Anda dikehendaki memulangkan barangan yang rosak berserta dengan salinan resit
pembelian sebagai bukti.

Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana barangan yang rosak
akibat bencana alam contohnya seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya.

B. PERTUKARAN BARANGAN

Pertukaran barangan hanya dibenarkan untuk barangan yang rosak sahaja dan hanya
boleh dibuat dalam masa 10 hari (Isnin - Jumaat) dari tarikh invois pembelian.

Barangan berbentuk set yang telah rosak jika telah dibuka dan diasingkan daripada kotak
produk, tidak boleh ditukar, anda mesti mengambilkan produk tersebut dengan lengkap.

Anda dikehendaki menyertakan salinan resit pembelian sebagai bukti pembelian.

Barangan yang mempunyai tarikh luput hendaklah di jual habis dan sebarang masalah
berkenaan tarikh luput akan menjadi tanggungjawab stokis dan pihak Ogy’s Food Biz
tidak akan menerima pemulangan atau pertukaran barangan tersebut.

Barangan keluaran terdahulu (sekiranya ada) atau pek lama tidak akan diterima untuk
pertukaran. (simpanan melebihi tarikh luput)

Anda juga tidak dibenarkan menukar barangan Ogy’s Food Biz dengan barangan yang
lain walaubagaimanapun pertukaran barangan yang rosak atau reject semasa
penghantaran dari pihak Ogy’s Food Biz adalah dibenarkan.

C. PEMBAYARAN & PEGESAHAN BARANGAN

Semua stokis diminta memberi kerjasama sepenuhnya dalam urusan pembayaran supaya
pengurusan penghantaran dapat dijalankan dengan lancar.
Semua pesanan barangan hanya akan diproses selepas pembayaran oleh pihak stokis.

Pembayaran perlu dibuat dimana-mana cawangan bank CIMB Bank Berhad, atas nama

OGY VENTURES & NETWORK – no acc

Stokis perlu menghantar SLIP Bank atau Whatsapp/ SMS ke talian no phone dan sila
nyatakan jumlah bayaran, tarikh, masa dan lain-lain maklumat.

Pihak pengurusan tidak akan melayan sebarang pembelian tanpa mengemukakan bukti
pembayaran.

Pihak pengurusan hanya menerima pembayaran melalui Pindahan Wang (Credit


Transfer), Kemasukan Wang (Cash Deposit) dan Cek (Bank In Chegue) untuk cek bank
in barangan hanya akan dihantar selepas Cek berkenaan selesai.(Clear)

D. PEMASARAN DAN PENGAWAL HARGA PASARAN

Ogy’s Food Biz mempunyai Jabatan Pemasaran & Pengawalan Harga yang akan
memantau harga jualan yang dipasarkan oleh Stokis.

Sekiranya pihak Ogy’s Food Biz menerima laporan tentang sebarang aduan berkaitan
perubahan harga pasaran peoduk Ogy’s Food Biz, juruaudit akan dihantar untuk
mengenalpasti dan meninjau keadaan masalah yang sebenar. Sekiranya benar berlaku dan
didapati melanggar Terma dan Syarat Kontrak pihak pengurusan akan menamatkan
kontrak Stokis tersebut dan memberi notis bertulis.

Stokis diharap dapat menjuak produk mengiku harga yang telah ditetpkan oleh
pengurusan.

Pihak pengurusan Ogy’s Food Biz akan memanggil atau menghubungi pihak stokis
sekiranya berlaku perkara yang melibatkan masalah di atas tersebut.

E. HAD KAWASAN (STOKIS)

Semua stokist hanya mempunyai hak keatas kawasannya sendiri sahaja.


Stokist tidak dibenarkan menceroboh kawasan stokis lain. (Rujuk Terma dan Syarat)

Sekiranya perkara (Item 2) berlaku, pihak pengurusan akan mengambil tindakan


menamatkan kontrak stokis.

F. DISIPLIN DAN SALAH LAKU

Semua stokis diingatkan supaya menjual produk Ogy’s Food Biz mengikut harga pasaran
yang ditetapkan. Stokis dilarang sama sekali mejual dengan harga yang melebihi atau
kurang daripada harga pasaran yang telah ditetapkan.

Stokis diingatkan supaya menjaga nama baik Ogy’s Food Biz sentiasa dan memberi
bantuan kepada pelanggan yang membeli produk dengan betul tanpa merosakkan nama
baik produk.

Sekiranya terdapat berlakunya perkara-perkara seperti diatas, pihak pengurusan Ogy’s


Food Biz berhak mengambil tindakan tegas dan menamatkan Kontrak Stokis.

G. PERTUKARAN PRODUK OGY’S FOOD BIZ DENGAN PRODUK LAIN

Semua stokis dilarang sama sekali membuat pertukaran produk keluaran Ogy’s Food Biz
dengan mana-mana produk makanan syarkat lain ataupun bukan produk makanan yang
lain.

Sekiranya terdapat berlakunya perkara-perkara seperti diatas, pihak pengurusan Ogy’s


Food Biz berhak mengambil tindakan tegas dan menamatkan Kontrak Stokis.

H. PENILAIAN PRESTASI

Setiap bulan, pihak Ogy’s Food Biz akan menilai prestasi stokis.

Sekiranya prestasi jualan tidak memuaskan atau tidak aktif sedangkan permintaan
pelanggan dikenalpasti tinggi dikawasan tersebut, pihak pengurusan Ogy’s Food Biz
berhak melantik stokis yang baru tanpa merujuk kepada stokis sedia ada.
Sekiranya stokis tidak aktif atau TIDAK mencapai sasaran yang ditetapkan oleh pihak
pengurusan Ogy’s Food Biz, Ogy’s Food Biz berhak manamatkan kontrak.

I. REKOD JUALAN PELANGGAN

Semua stokis dikehendaki menghantar dan mengemaskini rekod jualan ejennya kepada
pihak pengurusan Ogy’s Food Biz setiap bulan dengan menggunakan/ berpandukan resit
pembelian wakil Ogy’s Food Biz.

J. PELANCARAN PRODUK BARU DAN PAKEJ PEMULAAN MUSIM

Stokis perlu sentiasa berhubung dengan pihak pengurusan untuk mendapat info jika ada
sebarang pelancaran produk baru oleh Ogy’s Food Biz.

Stokis perlu memperkenalkan dan memasarkan produk baru dan perlu mendapatkan
informasi tentang produk tersebut.

Untuk produk baru, stokis perlu membuat pembelian pakej permulaan produk yang
dikeluarkan oleh Ogy’s Food Biz dan sedia untuk mengedarkan produk tersebut kepada
ejen dalam tempoh masa 2 minggu selepas pelancaran.

K. SEMINAR, BENGKEL ATAU KURSUS

L. PERTUKARAN POLISI, TERMA DAN SYARAT KONTRAK

Pihak pengurusan Ogy’s Food Biz berhak meminda, mengubah atau menukar segla polisi
atau terma dan syarat kontrak mengikut kesesuaian dan yang dianggap perlu dari masa ke
semasa.

Sekiranya perubahan pindaah dibuat pihak pengurusan Ogy’s Food Biz akan
memaklumkan kepada stokis secara whatsapp.

M. MEMBEKAL KEPADA EJEN/ WAKIL YANG TIDAK SAH


Semua penghantara produk kepada ejen-ejen perlu ditanggung oleh pihak stokis sendiri
termasuk kos penghantaran.

Pihak stokis perlu memastikan tiada pembekalan produk Ogy’s Food Biz kepada mana-
mana ejen/ wakil yang tidak mendaftar atau tidak sah sebagai ejen/ wakil Ogy’s Food
Biz.

Jika pihak stokis gagal, pihak pengurusan Ogy’s Food Biz tidak akan bertanggungjawab
atas sebarang masalah yang timbul mahupun dari hal produk.

Sekiranya terdapat berlakunya perkara-perkara seperti diatas, pihak pengurursan Ogy’s


Food Biz berhak mengambil tindakan tegas dan menamatkan Kontrak Stokis.

N. PERLUCUTAN SEBAGAI STOKIS

Sekiranya berlaku perlucutan status stokis, pihak pengurusan TIDAK akan membeli
balik semua produk Ogy’s Food Biz yang ada dalam simpanan stokis, sebaliknya pihak
stokis perlu bertanggungjawab atas produk atau barangan tersebut.

Sekiranya stokis ingiin menamatkan atau menutup perniagaan atas sebab-sebab tidak
dapat dielakkan, pihak pengurusan Ogy’s Food Biz juga TIDAK akan membeli balik
semua produk Ogy’s Food Biz yang ada pada stokis, sebaliknya pihak stokis sendiri perlu
bertanggungjawab atas produk atau barangan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai