Anda di halaman 1dari 3

Anda dikehendaki memahami polisi syarikat kami sebelum berurusan dengan kami agar

tidak timbul sebarang masalah:

1. Deposit pendahuluan, apa-apa bayaran & barang yang telah dijual atau dibuat tidak boleh
dikembalikan semula.
2. Disyorkan tempah & mencuba sampel berbayar dahulu sebelum membuat produk yang
sebenar.
3. Deposit pendahuluan 50% dari jumlah bayaran dikenakan jika setuju untuk membuat
produk. Baki 50% lagi dibayar setelah produk siap & sedia untuk dipos.
4. Harga produk & perkhidmatan di dalam website ini bukanlah harga terkini. Harga mungkin
berubah-ubah mengikut harga semasa pasaran bahan mentah, jenis bahan mentah, kos
overhead kilang, kos perkhidmatan dan kuantiti produk yang diminta.
5. Bahagian Promosi terhebat hanya untuk produk tertentu dan sah untuk tempoh tertentu
sahaja selagi stok masih ada.
6. Pihak kami tidak terlibat dalam sebarang promosi jualan produk pelanggan yang telah siap.
7. Gambar-gambar kilang, pekerja, alatan pengilangan dan cara proses tidak dibenarkan
diambil.
8. Kami tidak melantik sebarang ejen atau orang tengah untuk mengambil tempahan daripada
pelanggan.
9. Sebarang maklumat mengenai pelanggan, produk, bahan-bahan dan formulasi yang
menjadi milik pelanggan adalah dirahsiakan.
10. Pihak kami berhak menggunakan khidmat pihak ketiga dalam urusan pensijilan &
perlesenan jika perlu tanpa merujuk pada pemilik produk. Syarikat pihak ketiga biasanya
mempunyai kelengkapan & sijil-sijil  yang mencukupi untuk urusan perlesenan berbanding
syarikat milik pelanggan.
11. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerugian produk atau kelewatan
urusan akibat perubahan undang-undang baru oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia,
JAKIM dan agensi-agensi berkaitan.
12. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan produk akibat
dari penghantaran oleh syarikat kurier & penghantaran. Contohnya penghantaran produk
siap kepada pelanggan atau penerimaan botol / bekas (kami tempah untuk pelanggan)
yang dihantar pembekal kepada kami.
13. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan produk yang
disimpan di dalam stor kami lebih dari seminggu selepas tarikh produk siap.
14. Produk yang tidak dituntut lebih dari 4-6 bulan dari tarikh siap akan dilupuskan atau dilelong
jika ruangan stor penyimpanan tak mencukupi.
15. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan produk akibat penyimpanan
yang salah oleh pelanggan.
16. Untuk sesetengah kes, terdapat 1-2 bekas (botol kaca biasanya) & kotak yang rosak
semasa pemprosesan produk. Oleh itu pelanggan hendaklah lebihkan sedikit bilangan
bekas & kotak yang dihantar. Bilangan yang rosak adalah kecil & ia dibawah tanggungan
pelanggan.
17. Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu produk biasanya 2-5 minggu selepas rekaan
grafik produk siap, tidak termasuk tempoh permohonan perlesenan dan pensijilan. Jadual
maklumat mengenai tempoh perlesenan & pensijilan sila rujuk Asas.
18. Untuk kes tertentu seperti produk gagal disiapkan, bayaran ganti balik (refund) akan diberi
setelah ditolak kos perkhidmatan kami untuk sediakan produk. Bayaran ini tidak termasuk
kos menunggu anda, kos lantik pengedar, kos promosi dan lain-lain kos yang tidak
melibatkan kami. Bayaran ini tidak melibatkan kes seperti ada sedikit kelainan pada produk
yang anda tempah akibat pembekal atau bahan mentah yang berlainan (bahan sama cuma
tempat atau pembekal berlainan).
19. Untuk produk custom made: Jika ada sedikit lebihan bancuhan, anda kena ambil semuanya
pada kos yang baru. Contoh anda order 100 botol produk, tapi kami terpaksa keluarkan 109
botol akibat lebihan bancuhan, maka anda kena ambil semua 105 botol. Lebihan 5 botol tu
akan dicaj lebih murah. 
20. Khidmat pereka grafik disediakan secara percuma untuk semua produk.
Softcopy grafik yang telah siap adalah menjadi milik syarikat kami & tidak akan diberi
kepada pelanggan.
21. Kotak karton disediakan percuma untuk penghantaran.
22. Caj tambahan RM100-RM2000 akan dikenakan untuk penghantaran ke Sabah & Sarawak
bergantung pada jenis & kuantiti produk.
23. Finishing & mockup untuk kotak & sticker ditentukan oleh kami jika kuantiti tempahan
adalah kecil. Rekaan grafik ditentukan oleh pemilik produk melalui nasihat kami.
24. Demi melindungi produk kami dari ditiru, kami berhak merahsiakan sesetengah bahan
dengan cara-cara tertentu yang tidak melanggar undang-undang.
25. Untuk repeat order produk, harganya akan sama (kebanyakannya) atau lebih rendah sedikit
(kuantiti moq yang sama) dari tempahan yang pertama.
26. Kami tidak mendaftarkan produk buatan pelanggan sendiri (home made) atau dari kilang
lain.
27. Kami tidak menerima bahan mentah dari pihak luar atau pelanggan
28. Kami tidak akan bertanggungjawab jika berlaku masalah apabila anda berurusan dengan
pihak ketiga yang kami senaraikan. Contohnya pembekal & pengilang botol.
29. Boleh menempah produk sebenar secara terus tanpa beli atau membuat sampel, tetapi
tiada ganti rugi jika anda tidak berpuas hati dengan produk OEM tersebut.

Polisi Untuk Sampel

1. Semua sampel adalah berbayar, harga purata RM50-80 bergantung pada jenis & kuantiti
produk.
2. Sampel ready made (produk sedia ada) boleh diterima dalam masa 7 hari bekerja. Stok
Ready Made bergantung pada siapa cepat dia dapat.
3. Sampel Custom Made (produk baru, bahan & tujuan khasiat ditentukan oleh anda) siap
dalam masa 2-12 minggu bergantung pada queue & stok bahan mentah.
4. Bayaran & Sampel yang telah dibuat / dijual tidak boleh dipulangkan.
5. Caj tambahan RM20 akan dikenakan untuk penghantaran ke Sabah & Sarawak.
6. Bayaran ganti balik (refund) akan diberi jika jika sampel yang diterima tak mencukupi,
sampel tak siap dalam masa yang ditetapkan atau kami gagal (tak berjaya setelah cuba
banyak kali) buat produk. Bayaran ini hanya melibatkan kos yang anda bayar untuk buat
sampel, tidak termasuk kos menunggu anda, kos lantik pengedar, kos promosi dan lain-lain
kos yang tidak melibatkan kami.Tiada jaminan sampel produk anda kami dapat buat &
urusan ini berakhir dengan penerimaan sampel.
7. Jika ada produk yang hendak ditiru, hendaklah hantar terus pada kami kerana syarikat tidak
menyediakan khidmat membeli atau mencari produk tersebut. Bayaran RM30-40 biasanya
akan dikenakan jika nak mengubah atau naik taraf sampel. Tempoh menunggu 2-6 minggu.
8. Sebahagian bekas, saiz & packing sampel yang diberi tak mewakili saiz yang sebenar.
 Contohnya:
 sampel collagen 6g tak mewakili saiz sachet yang sebenar,
 sampel serum atau toner saiz kandungannya bergantung pada stok bekas yang ada,
 sampel jus dalam sachet akan diberi dalam botol,
 tablet akan dihantar dalam beg plastik.

1. Perhatian:1. Sebarang produk yang mempunyai tuntutan perubatan perlukan kelulusan


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
2. Semua produk kecantikan atau kosmetik perlu mendapat notifikasi yang diberikan oleh
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.
3. Produk makanan & minuman adalah dikategorikan sebagai makanan dan tidak perlu
berdaftar dengan KKM. Ia dikawal oleh pihak Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan
(BKKM). Produk kategori makanan adalah dilarang untuk membuat sebarang tuntutan
perubatan.

Anda mungkin juga menyukai