Anda di halaman 1dari 213

KANDUNGAN

Titah Perutusan DYTM Tuanku Raja IV


Muda Perlis
Kata Aluan SS Mufti Negeri Perlis VI
Panduan Membaca Buku Tazkirah XV
Penyumbang Artikel XVI

Tazkirah Seminit
ANJURAN MENGGUNAKAN TANGAN KANAN 2
ANCAMAN MENINGGALKAN SOLAT 4
BALASAN DI DUNIA BAGI SESIAPA YANG
MENDERHAKAI IBU BAPA 6

Tazkirah Dua Minit


LAYANI WANITA DENGAN BAIK 9
PERTEMUAN KEMBALI 11
KEUTAMAAN PENGHULU ISTIGHFAR 14
GALAKAN BERDOA SESAMA ISLAM 16
KENALI HATI 19
MARI MENJADI ULUL ALBAB 22
SIKAP PENGOTOR DIBENCI ISLAM 25
SUNAT MEMBERI KHABAR GEMBIRA KEPADA
ORANG YANG DIKURNIAKAN ANAK 28
DOA YANG MUSTAJAB 31
HINANYA MENJADI PAK TURUT 34
BERSABAR DENGAN UJIAN SAKIT 37
TUNTUTAN MEMELIHARA SOLAT 40
PELIHARA HAK PERSAUDARAAN & HAK INSAN 43

Tazkirah Tiga Minit


REZEKI YANG DIBERKATI 47
ISLAM MELARANG BERBURUK SANGKA 51
HARGAI NIKMAT WALAU KECIL 55
CARI, PEGANG DAN PERTAHANKAN YANG BENAR 58
SUAMI MENJADI TELADAN KEPADA KELUARGA 61
MENJADI PENDENGAR YANG BAIK 64

II
BERSABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP 67
LARANGAN MEMBAZIR 70
MAKSUD REZEKI YANG SEBENAR 74
MENGINGATI KEMATIAN 77
TOLONG MENOLONG SESAMA MUSLIM 81
MENAHAN AMARAH 84
PELIHARA WAKTU SOLAT KITA 88

Tazkirah Empat Minit


HUTANG WAJIB DIBAYAR 93
SEDEKAH DAN KELEBIHANNYA 97
JAGALAH KESIHATAN 102
ISTIQAMAH DALAM IBADAH 106
HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH 111
KEISTIMEWAAN SOLAT SUBUH 115
PASTIKAN AHLI KELUARGA MENUNAIKAN SOLAT 120
TANDA-TANDA MENCINTAI ALLAH DAN RASUL 124
MENGHARGAI UMUR YANG ADA 129
PERHATIKAN SUMBER REZEKIMU 134
ANAK-ANAK SEBAGAI PENYEJUK MATA 139
KEBAIKAN BERUSAHA MENCARI REZEKI 144
FADILAT SOLAT BERJEMAAH 149
KEWAJIPAN MENJALANKAN AMAR MAKRUF DAN
NAHI MUNGKAR 154
MEMUDAHKAN PERKAHWINAN 159
TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG SUAMI 164
MEMANFAATKAN MASA 169

Tazkirah Lima Minit


ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU DAN
KELEBIHANNYA 175
BERBUAT KEBAJIKAN DAN BERAKHLAK MULIA
TERHADAP IBU BAPA 180
JANGAN SOMBONG 185
KELEBIHAN ISTIGHFAR 190

III
TITAH PERUTUSAN
DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS
MERANGKAP YANG DIPERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU
PERLIS

TAJUK: HIMPUNAN 50 TAZKIRAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha


Penyayang. Selawat dan salam buat junjungan
besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan
para sahabat baginda sekalian.

Alhamdulillah, pertamanya Beta ucapkan puji dan


syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT
kerana dengan izin, limpah, kurnia dan rahmat-Nya
jua, Beta diberi kesempatan menzahirkan Titah
Perutusan di dalam buku bertajuk Himpunan 50
Tazkirah ini.

Sukacita Beta mengucapkan setinggi-tinggi


tahniah dan syabas kepada Jabatan Mufti Negeri
Perlis di atas usaha menerbitkan buku Himpunan
50 Tazkirah ini. Himpunan tazkirah ini merupakan
hasrat Beta, iaitu agar ditulis pesanan-pesanan dan
nasihat-nasihat yang dapat dibacakan di majlis-
majlis rasmi atau tidak rasmi. Dengan Penerbitan
terbaru Jabatan Mufti Negeri Perlis ini, terkabullah
hasrat Beta itu.

IV
Akhir titah, Beta berharap mudah-mudahan buku himpunan
tazkirah ini sedikit sebanyak dapat memberi faedah
kepada segenap lapisan masyarakat yang mendengar dan
membacanya.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Sekian,
Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

DYTM TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA


IBNU TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL,
D.K.,S.P.M,P.A.T.
RAJA MUDA PERLIS

Termaktub di Istana Arau,


Arau, Perlis.
Malaysia.

Tarikh : 23hb Mei 2022

V
Kata
Aluan Oleh
S.S. Prof. Dato'
Mohd Asri bin
Zainul Abidin
Mufti Negeri Perlis
�‫الرح‬
‫بمس الهل الرمحن ي‬
‫ن‬
‫ ومن‬،‫ ونعوذ ب�لهل من ش�ور أنفسنا‬،‫ ونستغفره‬،‫ �مده ونستعينه‬،‫احلمد لهل‬
‫وأ�د‬‫ ش‬،‫ ومن يضلل فال هادي هل‬،‫الهل فال ُم ِض َّل هل‬
ُ ‫ من ي�ده‬،‫سيئات أمعالنا‬
‫ أما‬،‫وأ�د أن حممدا عبده ورسوهل‬‫ ش‬،‫أن ال إهل إال الهل وحده ال ش� يك هل‬
‫بعد‬
Tazkirah bermaksud peringatan, ia mengingatkan apa
yang kita lupa atau lalai. Maka, setiap dari kita memerlukan
peringatan atau tazkirah. Tidak kira siapa pun diri
seseorang itu, dia memerlukan peringatan atau tazkirah
daripada pihak lain untuk dia dengari supaya dirinya dapat
diingatkan apa yang dia terlupa, atau terlepas pandang,
atau kurang memberikan perhatian. Firman Allah SWT:

ّ
٥٥ �َ‫َو َذ ِّك ْر َف ِإ َّن ِٱلذ ْك َر ٰى َت َنف ُع ْ ُٱل ْؤ ِم ِن ي ن‬
‫۝‬
(Maksudnya): “Dan berilah peringatan, kerana
sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah
kepada orang-orang yang beriman”.
(Surah al-Zariyat: 55)

Al-Imam al-Sa’di dalam tafsirnya menyatakan bahawa


peringatan ada dua jenis. Maksud al-Sa’di, pertama;
peringatan untuk apa yang seseorang tidak tahu
perinciannya, tapi dia tahu secara umumnya. Ini kerana
Allah telah menjadikan manusia pada fitrah dan akal
menyukai dan bersetuju dengan kebaikan. Dalam masa
yang sama membenci keburukan. Secara fitrahnya
manusia bersetuju bahawa suruhan dan larangan syarak
adalah kebaikan. Maka, mengingatkan mereka tentang
syarak adalah mengingatkan tentang kebaikan yang wajar
mereka ikuti. Mereka mengetahui secara umum, tapi
mungkin tidak mengetahui secara detail. Kedua; peringatan

VII
untuk perkara yang seseorang memang tahu cumanya dia
mungkin terlalai dan terlupa.

Tazkirah Keperluan Hidup

Allah S.W.T telah mengingatkan kita bahawa semua


insan dalam kerugian melainkan mereka yang beriman,
beramal soleh dan sering berpesan kepada kebenaran
dan kesabaran. Ini seperti firman Allah SWT:

ْ ُ َ ْ َّ َّ
‫۝ ِإل ٱل ِذ ي نَ� َء َام ُنوا َو ِعلوا‬ ٢ ‫۝ ِإ َّن ۡ ِإٱل َٰنس َن َل ِف ي� ُخ ۡ ٍس‬١‫ص‬ ۡ ‫َو ۡٱل َع‬
ِ
ۡ ‫ٱ‬ ْ َ ّ ۡ ‫ٱ‬ ْ َ ٰ ٰ
‫۝‬٣�ِ ‫ٱلص ِلح ِت َوت َواص ۡوا ِب� َل ِق َوت َواص ۡوا ِب� َّلص ب‬
َ َ َ َّ
(Maksudnya): “Demi Masa! Sesungguhnya insan itu
dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan
kesabaran”.
(Surah al-'Asr: 1-3)

Ertinya, tiada siapa pun yang dapat selamat dari kerugian


hidup di dunia ini melainkan diiringi dengan iman dan
amalan soleh, dia hendaklah sentiasa pesan-memesan
ۡ ‫َََ َ ْ ٱ‬
dengan kebenaran dan kesabaran. Ungkapan ‫اص ۡوا ِب� َل ِّق‬ ‫وتو‬
‫ٱ‬ ْ َ ‫ َو َت َو‬iaitu al-tawasi ‫ التواص‬atau dengan kata lain bahawa
�ِ ‫لص ۡب‬
َّ �‫اص ۡوا ب‬
ِ ‫ي‬
setiap kita hendaklah saling berpesan atau mengingatkan
antara satu sama lain dengan 2 perkara tersebut; al-Haq
(kebenaran) dan al-Sabr (sabar). Al-Haq itu kadangkala
sudah kita tahu, namun pesan memesan memberikan
semangat untuk kita berpegang dengannya. Untuk
berterusan dalam memegang perkara yang benar, kita
memerlukan sabar. Semua kita tahu tentang itu. Namun,
pesan memesan membantu diri seseorang insan untuk
terus tegar bersama kebenaran. Demikian juga kehidupan
ini. Banyak cabaran dan ujian. Pesan memesan antara kita

VIII
agar terus berada atas jalan yang benar dan sabar dalam
menghadapi gelora kehidupan agar tidak tergelincir dari
jalan kebenaran merupakan keperluan yang teramat
penting dalam hidup setiap insan.

Ini bermaksud, tiada siapa yang dapat keluar dari kerugian


hidup di akhirat nanti tanpa dia menyertai rangkaian
pesan memesan sesama insan dengan kebenaran dan
kesabaran. Samada insan itu seorang yang berlatarkan
pengajian agama ataupun tidak, dia mestilah berada
dalam rangkaian pesan memesan dengan kebenaran dan
kesabaran.

Justeru, dapatlah kita fahami betapa pentingnya untuk


saling bekerjasama dalam memberikan nasihat dan tazkirah
antara satu sama lain dalam kehidupan ini. Malangnya,
ramai yang memandang enteng hal ini, padahal itulah
penyelamat setiap insan dari kerugian.

Jika kita perhatikan, kita akan tahu bahawa pesan-


memesan dengan kebenaran dan kesabaran itu sendiri
termasuk dalam amalan soleh. Namun, Allah SWT
menyebutnya secara khusus disebabkan kepentingannya.
Juga bagi mengingatkan kita bahawa amalan soleh yang
hanya berkisar pada diri sendiri tanpa berusaha mengajak
masyarakat di sekeliling kepada kebenaran dan kesabaran
tidak memadai untuk mengeluarkan seorang insan dari
kerugian hidup di dunia ini.

Tazkirah Dengan Hikmah

Apabila kita menyedari bahawa tazkirah dan nasihat


sesuatu yang sangat diperlukan oleh setiap insan, maka
kita dengan sendirinya akan tahu bahawa menyampaikan
tazkirah atau nasihat dengan cara yang berkesan juga
merupakan sesuatu yang sangat diperlukan. Jika tidak,

IX
tujuan tazkirah atau nasihat itu tidak tercapai sedangkan
perkara itu dilaksanakan dengan tujuannya. Apa yang
hendak dicapai dalam penyampaian atau perlaksanaan
tazkirah atau nasihat ialah pendengar dapat memahami
dan mengikuti nasihat dan peringatan yang diberikan. Inilah
yang dimaksudkan dengan hikmah. Perkataan hikmah
atau boleh diterjemahkan juga dengan “kebijaksanaan”
bermaksud menggunakan uslub (pendekatan) yang
sesuai. Ini merangkumi pemilihan perkataan, cara, nada,
waktu dan tempat yang sesuai dengan isi kandungan
nasihat yang disampaikan. Firman Allah SWT:

ۖ َْ َ ْ َ ْ َ َ ْ ْ ‫َ ّ َ ٱ‬
َ ِ �‫ٱل َس َن ِة َو َج ٰـ ِد ْ ُلم ِب ٱ� َّل ِ ت‬
‫ه‬
َ
‫ْٱد ُع ِإ ٰل َس ِب ِيل ر ِبك ِب� ِلك ِة وٱلو ِعظ ِة‬
َ َ ۖ َّ َ َ َ َّ ۚ َ
‫يلۦ َو ُه َو أ ْع ُل‬ ِ ِ ‫أ ْح َس ُن ِإن َر َّبك ُه َو أ ْع ُل ِب َ�ن َضل َعن َس ِب‬
١٢٥ �َ‫ِب ٱ� ْ ُل ْه َت ِد ي ن‬
‫۝‬
(Maksudnya): “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai
Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah
(nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka
dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu
Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat
dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui
akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”.
(Surah al-Nahl: 125)

Justeru, Rasulullah s.a.w dan para sahabat sendiri sentiasa


mencari pendekatan yang sesuai semasa menyampaikan
nasihat. Dielakkan tindakan yang boleh menyebabkan
kebosanan di pihak yang mendengar. Ini seperti
mengelakkan kekerapan yang membosankan, pemilihan
perkataan atau nada yang menimbulkan penolakan
terhadap tazkirah atau nasihat yang disampaikan, suasana
yang tidak serasi dengan isi kandungan tazkirah dan
seumpamanya. Rasulullah SAW bersabda;

X
َ َ ََ
‫ فقال ُل‬،‫يس‬ ِ
َ‫َ َ َ َ َ ْ ُ َّ ُ َ ّ ُ َّ َ ف ُ ّ �خ‬
‫ك‬ � ِ ‫اس‬ ‫الن‬ ‫ر‬ ‫ك‬ِ ‫ذ‬ ‫ي‬ ‫الل‬
ِ ‫د‬‫ب‬ ‫ع‬ ‫ن‬ ‫ك‬ ‫ال‬‫ق‬ ، ‫ل‬ ‫ئ‬ِ ‫ا‬‫و‬ َ �‫َع ْن َأ‬
ٍ ِ ‫ي‬ ٍ ‫ِب ي‬
ُ‫‏ َق َال َأ َما إ َّنه‬.‫حن َل َود ْد ُت َأ َّن َك َذ َّك ْر َت َنا ُ َّك َي ْو ٍ ‏م‬ ْ
َ ‫الر‬َّ ‫د‬ ‫ب‬
َ
ْ ‫َر ُج ٌل َ ي� أ َ ب� ع‬
َ
ِ ِ ِ ِ
ََ َ ْ َ ْ ْ ُ ُ َّ َ‫َ ْ َ ُ ن ْ َ َ َ نّ َ ْ َ ُ َ ْ ُ َّ ُ ْ َ نّ َ تَ خ‬
‫ و ِإ ِ ي� أ�ولك ِب�لو ِعظ ِة كا‬،‫ي�نع ِ ي� ِمن ذ ِلك أ ِ ي� أ كره أن أ ِملك‬
َ َّ ‫ َ خَم َاف َة‬،‫الن ُّ� صىل الهل عليه وسمل َي َت َخ َّوُل َنا ب َ�ا‬
‫الس َآم ِة َعل ْي َنا‬ َّ َ َ
ِ ‫كن ِ ب ي‬
(Ertinya): Daripada Abu Wail, beliau berkata: Abdullah
(bin Mas’ud) memberikan tazkirah (nasihat peringatan)
setiap hari Khamis. Seorang lelaki berkata: “Wahai
Abu ‘Abd al-Rahman (gelaran untuk Abdullah bin
Mas’ud)! Aku suka jika engkau mengingatkan kami
(memberikan tazkirah) setiap hari. Kata Abdullah bin
Mas’ud: “Apa yang menghalang daku dari perkara itu
adalah aku benci untuk membosankan kamu.
Sesungguhnya aku memilih waktu yang sesuai untuk
memberikan nasihat seperti mana dahulu Nabi s.a.w
memilih waktu yang sesuai untuk kami kerana
bimbang perasaan bosan ke atas kami”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Demikian Nabi SAW meraikan sudut kemanusiaan yang


ada dalam diri insan yang kadang-kadang terdedah
kepada jemu atau bosan sekalipun pada perkara yang
baik apabila ia terlalu kerap. Demikian juga antara yang
boleh membosankan jika ia terlalu panjang melebihi
kadar kebiasaan untuk seseorang mendengar sesuatu
peringatan ataupun pengajaran.

Kesimpulan dalam hal ini ialah kita semua memerlukan


tazkirah ataupun peringatan yang berkesan dalam
kehidupan ini. Maka, setiap kita berperanan menunaikan
tanggungjawab pesan memesan dengan kebenaran dan
sabar dengan cara yang terbaik yang kita mampu. Cara
terbaik itulah yang disebut sebagai ‘dengan hikmat’.
Ertinya, kita bukan sahaja wajib pesan memesan dengan
kebenaran dan sabar, kita juga bertanggungjawab

XI
melakukan tugasan tersebut dengan berkesan iaitu
melakukannya dengan hikmah.

Buku Tazkirah Direnjis, Penghias Majlis

Saya memilih nama buku ini, agar kedengaran sedap di


telinga dan ringan pada perasaan. Sesuai dengan tujuan
buku iaitu satu usaha membantu kita semua agar dapat
menjalankan sebahagian dari maksud sering mengingati
antara satu sama lain atau pesan memesan dengan ajaran
Allah dan Rasul-Nya.

Himpunan tazkirah dalam buku ini sebenarnya adalah


koleksi dari ramai penulis yang menyumbang tazkirah
masing-masing. Tazkirah-tazkirah itu disusun dalam buku
ini mengikut panjang tempoh masa setiap satu tazkirah jika
dibaca oleh seseorang. Ini dengan tujuan yang akan saya
sebutkan nanti.

Dalam kehidupan harian, kita ada majlis yang pelbagai.


Rasmi dan tidak rasmi. Saya berharap buku ini boleh
digunakan bagi mengisi ruang masa yang terluang atau
kesempatan masa yang ada dalam sesuatu majlis. Salah
seorang yang hadir boleh membacanya dan didengari
oleh yang lain. Maka, setiap majlis sama ada anjuran
persendirian atau di peringkat pertubuhan atau kerajaan,
ruangkanlah sedikit masa untuk mengisinya dengan
tazkirah. Oleh itu, kewujudan bahan dalam buku ini dapat
memudahkan tujuan itu dilaksanakan. Lebih baik lagi jika
kita semua menetapkan peruntukan waktu untuk tazkirah
bagi setiap majlis. Ini terutamanya di Negeri Perlis ini.

Seperti yang dinyatakan tadi, bagi memudahkan, setiap


tazkirah dalam buku ini telah diukur kadar waktunya. Ini
bagi membolehkan penyampai tazkirah atau pihak yang
menguruskan majlis menganggarkan tempoh waktu yang

XII
diperlukan untuk sesuatu tazkirah itu diselesaikan.

Penyampai atau pembaca tazkirah buku ini nanti mungkin


dari pelbagai latar. Jika seseorang itu menguasai bacaan
Arab, maka seeloknya dia membaca teks nas-nas al-
Quran dan al-Sunnah yang ada. Jika tidak, memadai dia
membaca terjemahan teks sahaja.

Penyampai atau pembaca tazkirah itu bukanlah semestinya


seorang dipanggil ‘ustaz’ dalam budaya kita. Sesiapa
sahaja yang mempunyai niat yang ikhlas untuk menunaikan
peranan ‘pesan-memesan’ atau ‘ingat mengingati’ yang
kita sebutkan tadi, dia boleh melakukannya. Juga mungkin,
mereka yang ditugaskan oleh pihak pengurusan sesuatu
majlis.

Kita berharap himpunan ini akan menjadi pemangkin


dalam menggalakkan amalan tazkirah dalam majlis-
majlis yang kita anjurkan. Perlu kita sedar bahawa majlis
yang berakhir tanpa kita mengingati Allah dalamnya akan
menjadi penyesalan buat kita pada Hari Kiamat kelak. Nabi
bersabda:
َّ َ ُ َّ َ َّ ُ ُ َ َ َ َ َ َ َ ْ َ ُ َ ْ َ
‫ َ“ما ِم ْن‬:‫الهل َعل ْي ِه َو َس َل‬ ‫الل صل‬ ِ ‫ قال رسول‬:‫ قال‬،‫عن أ ِب ي� هر ي�ة‬
َ ْ َ َّ َ ُُ َْ َ َْ ْ َ ُ َُ َْ
َ َّ ‫ون‬
‫ ِإل ق ُاموا َع ْن ِمث ِل ِجيف ِة‬،‫الل ِف ِيه‬ ‫قو ٍم يقومون ِمن جم ِل ٍس ل يذكر‬
ً َ ْ َ ْ َُ َ َ َ َ ِ
‫سة‬ ‫ وكن لم ح‬،‫ح ٍار‬
(Ertinya): Daripada Abu Hurairah, beliau berkata:
Sabda Rasulullah s.a.w: Tiada suatu kaum (kumpulan)
yang bangun dari suatu majlis yang mereka tidak
mengingati Allah pada majlis itu, melainkan mereka
bangun seperti bangkai kaldai. Ia merupakan
penyesalan itu mereka.
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dll - Sahih)

XIII
Mudah-mudahan himpunan tazkirah seperti ini antara
yang boleh menjadi sebab yang menyelamatkan kita dari
penyesalan tersebut pada Hari Kiamat kelak.

Akhirnya, Saya ingin mengucap terima kasih kepada semua


penyumbang artikel dalam koleksi ini yang dijelmakan
dalam bentuk tazkirah ringkas yang boleh dibaca dalam
majlis. Juga, tahniah kepada Ustazah Nor Faezah binti
Hassan dan rakan-rakan beliau yang bertungkus lumus
mengumpulkan tazkirah-tazkirah tersebut dari para penulis,
mengemaskannya untuk disesuaikan dengan tujuan buku
ini, mengira tempoh minit dan menyusunkannya. Semoga
semua pihak mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

Prof. Dato Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin


Mufti Negeri Perlis

XIV
NOTA PENTING!

PANDUAN KETIKA MEMBACA BUKU


TAZKIRAH INI:

Tazkirah hendaklah dibaca dengan suara yang


jelas sehingga dapat didengari oleh hadirin.

Pentazkirah boleh memilih tajuk yang sesuai


dengan majlis yang dihadiri dan mengikut
tempoh masa yang diperuntukkan, kerana
setiap tazkirah telah diletakkan tempoh masa.

Penetapan tempoh minit yang dinyatakan


adalah berdasarkan teks tazkirah tanpa
mengambil kira teks dalam bahasa Arab,
sekiranya perkara tersebut turut dibaca, maka
tempoh pembacaan tazkirah tersebut akan
bertambah.

Pentazkirah yang lancar dan mahir membaca


ayat-ayat Al-Qur’an dan teks hadis di dalam
Bahasa Arab, boleh membaca teks tersebut.
Manakala, bagi mereka yang kurang mahir,
boleh terus membaca terjemahan tanpa
membaca teks di dalam Bahasa Arab.

XV
PENYUMBANG ARTIKEL:

S.S Profesor Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd


Asri Bin Zainul Abidin
Ustaz Syed Abdullah Idid bin syed Salim Idid
Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil
Ustaz Mohamad Abdul Kadir Bin Sahak
Ustaz Muhammad Khidhir Bin Abdul Ghani
Ustaz Mohammad Wafiq Bin Desa
Ustaz Mohd Shahril Bin Mohd Shukri
Ustaz Ahmad Al Qarni Bin Edrus
Ustaz Mohd Zulhilmi Bin Khobin
Dr. Roshimah Binti Shamsudin
Ustazah Emi Yusmidar Binti Md. Yusoff

XVI
Tazkirah
Seminit
ANJURAN MENGGUNAKAN TANGAN KANAN

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Anjuran Menggunakan Tangan Kanan.

Antara adab-adab yang diajarkan oleh Nabi SAW


sepertimana yang direkodkan oleh al-Imam al-Bukhari
dalam kitabnya al-Adab al-Mufrad ialah tidak makan,
minum, mengambil atau memberi sesuatu dengan tangan
kiri. Nabi SAW bersabda:
ُ ُ ْ‫َ َّ َّ َ َ أ‬ ُ ٌ َّ َ ُ ْ‫َ أ‬
َ ْ‫ َ َول َي ش‬،‫نك ِ شب� ِ ِل‬
،‫ ف ِإن الش ْيطان َ ي� ك ِ شب� ِ ِل‬،‫� َب نَّ� ِب َ�ا‬ ‫ل ي� كن أحد ِم‬
َ ْ
ُ ُ ‫َ أ‬ َ َ َ َ َ
ُ َ ْ‫َو َي ش‬
ِ‫ َول ُي ْع ي‬،‫ َوال َ ي� خذ ِب َ�ا‬:‫ َوكن ن� ِف ٌع َ ي ز ِ� يد ِف ي َ�ا‬:‫ قال‬.‫� ُب ِب َ�ا‬
‫ط ِب َ�ا‬

2
Ertinya: “Jangan sesekali di antara kamu makan dan
minum dengan tangan kirinya, kerana syaitan itu
makan dan minum dengan tangan kiri!”. Nafi’ (perawi)
telah menambah (lafaz hadis ini), ertinya: “Janganlah
mengambil dan memberi dengan tangan kiri”.
(Riwayat Muslim)

Oleh itu, bagi kita yang mengakui mencintai sunnah Nabi


SAW hendaklah mengikut Sunnah seperti yang diajarkan
oleh Nabi SAW ini.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

3
ANCAMAN MENINGGALKAN SOLAT

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Ancaman Meninggalkan Solat.

Barangsiapa dengan sengaja meninggalkan kewajipan


solat maka dia akan dihimpun dan dibangkitkan di hari
akhirat bersama orang-orang yang dilaknat dan dihina oleh
Allah SWT, sepertimana Rasulullah SAW bersabda:
َ ْ ً َ‫ن‬ ُ َ ََ َ ََ
‫َم ْن َحافظ َعل يْ َ�ا كن ْت ُل ن ًورا َوُ ب ْ� َه نًا� َو ج َ�اة َي ْو َم ال ِق َي َام ِة َو َم ْن ْل‬
ْ َ َ ٌ َ‫ٌ َ ن‬ َ ُ َ ُ َ َ ْ ُ
‫ي َ� ِافظ َعل يْ َ�ا ْل َيك ْن ُل ن ٌور َوال ُ ب ْ� َهان َوال ج َ�اة َوكن َي ْو َم ال ِق َي َام ِة َم َع‬
ََ ُ َ َ َ َ
‫ق ُارون َو ِف ْر َع ْون َو َه َامان َوأ ب َ ّ ِي� ْب ِ ن� خل ٍف‬
Ertinya: “Barangsiapa yang menjaga (solatnya), maka
(solatnya itu akan) menjadi cahaya baginya, dan bukti
serta penyelamat pada hari kiamat, dan barangsiapa
yang tidak menjaga solatnya maka tiadalah baginya

4
mendapat cahaya, bukti dan keselamatan (pada hari
kiamat kelak), malah pada hari kiamat (kelak) dia akan
(dibangkitkan) bersama-sama dengan Firaun, Qarun,
Haman, dan Ubai bin Khalaf”.
(Riwayat Ahmad - Hasan)

Oleh itu, janganlah kita dengan sengaja meninggalkan


kewajipan solat, mudah-mudahan kita diberi kemuliaan
oleh Allah SWT kerana memelihara solat.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

5
BALASAN DI DUNIA BAGI SESIAPA YANG
MENDERHAKAI IBUBAPA

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ َ َ‫أ‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِ ّينا م َّم ٍد‬،�َ‫ول ال ِم ي ن‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan disampaikan, mudah-mudahan ia memberi manfaat
kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Balasan Di Dunia Bagi Sesiapa Yang Menderhakai Ibu
bapa.

Allah menyuruh kita berbuat baik kepada ibu bapa dan


berlaku ihsan terhadap mereka. Menderhakai ibu bapa
merupakan dosa yang besar di sisi Allah SWT dan akan
dipercepatkan balasannya di dunia lagi. Rasulullah SAW
pernah bersabda:
ْ َ ُ َّ ْ َ َ ُ َّ ُ ّ َ ُ ُ ُّ ُّ ُ
�‫الل َما ش َاء ِم نْ َ�ا ِإل َي ْو ِم ال ِق َي َام ِة ِإال ُعقوق ال َوا ِل َد ْي ِ ن‬ ‫وب يؤ ِخر‬ ِ ‫ك الذن‬
‫ات‬ َ ْ ‫ال َي ِاة َق ْب َل‬
ِ ‫ال َم‬ َ َّ ‫َفإ َّن‬
َ ْ �‫الل َت َع َال ُي َع ِ ّج ُ ُل ِل َص ِاحب ِه ِ ف‬
‫ِ ي‬ ِ
Ertinya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah
hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari
kiamat kecuali (dosa) derhaka kepada ibu bapa. Maka

6
sesungguhnya Allah akan menyegerakan hukuman ke
atas pelakunya semasa hidup sebelum kematian.”
(Riwayat al-Hakim - Sahih)

Mulianya kedudukan ibu bapa sehingga Nabi SAW telah


memberi ancaman kepada sesiapa yang menderhakai ibu
bapa, akan dihukum oleh Allah SWT di dunia ini.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

7
Tazkirah
Dua Minit
LAYANI WANITA DENGAN BAIK

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat dan salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Layani Wanita Dengan Baik

Dalam kehidupan ini, kita tidak dapat lari daripada


berinteraksi dengan kaum wanita. Oleh itu, marilah
sama-sama kita hayati pesanan khusus Nabi SAW agar
memberikan layanan yang baik terhadap kaum wanita,
iaitu hadis berikut:
ّ َ َ ‫آ‬ َّ َ َ
‫ َو ْاس َت ْو ُصوا ِب� ِلن َس ِاء‬،‫لل َو َالي ْو ِم ال ِخ ِر فال ُي ْؤ ِذ ْي َج َار ُه‬ِ �‫َم ْن كن ُي ْؤ ِم ُن ِب‬
ْ َ َ َ َ ّ ‫َ ْ ً َ نَّ ُ َّ ُ ْ َ ْ َ َ َّ َ ْ َ َ شَ ْ ف‬
‫ ف ِإن‬،‫الضل ِع أ ْعال ُه‬ ِ �‫� ٍء ِ ي‬ ‫ و ِإن أعوج ي‬،‫ ف ِإ�ن خ ِلقن ِمن ِضل ٍع‬،‫خ ي�ا‬
ّ َ َ ْ َ ْ ْ َْ َ َ ُ ُ ُ َ َْ َ
‫ ف ْاس َت ْو ُصوا ِب� ِلن َس ِاء‬،‫ َو ِإن َت َ�ك َت ُه ْل َ ي زَ�ل أ ْع َو َج‬،‫ست ُه‬ ‫ذهبت ت ِقيمه ك‬
َ
‫خ ْي ً�ا‬

9
Ertinya: Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari
Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya, dan
terimalah pesanan agar menjaga wanita dengan
sebaik-baiknya, kerana sesungguhnya mereka
diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya
tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian
yang paling atas. Jika kamu berusaha untuk
membetulkannya, kamu akan mematahkannya. Jika
kamu terus membiarkan begitu sahaja, ia akan terus
bengkok. Oleh itu, terimalah pesanan agar menjaga
kaum wanita dengan sebaik-baiknya.
(Riwayat al-Bukhari)

Hadis tersebut mengandungi suruhan Nabi SAW agar


wasiat baginda tentang perlunya melayani kaum wanita
dengan baik diterima dan diamalkan (Ibn Hajar, Fath al-
Bari).

Selain itu, Ibn Baz dalam Majmu’ al-Fatawa turut menyatakan


bahawa hadis tersebut merupakan perintah terhadap para
suami, bapa dan saudara lelaki agar melayani wanita
dengan baik, iaitu tidak menzalimi mereka, memberikan
hak-hak mereka, membimbing mereka ke arah kebaikan
di samping tidak menyakiti mereka dari segi percakapan
dan juga perbuatan. Ini merupakan kewajipan yang perlu
ditunaikan meskipun terdapat kekurangan pada wanita
dalam sesetengah perkara.

Pengajaran yang dapat diambil daripada hadis ialah


perlunya untuk melayani wanita dengan baik dan bersikap
lemah lembut terhadap mereka. Hadis tersebut juga
mengandungi galakan agar bersabar dengan kelemahan
kaum wanita dan memberikan kemaafan terhadap mereka.

ُ َ ّ ُ َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ َ ُ َ َّ َ ُ َ َ ْ َ ُ ْ َ ّ َ
‫الل َوَ ب َ�كت ُه‬
ِ ‫لل التو ِفيق وا ِهلداية والسلم عليك ورحة‬
ِ �‫و ِب‬

10
PERTEMUAN KEMBALI

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Pertemuan Kembali

Di dunia ini, apa sahaja yang kita miliki pasti akan hilang,
termasuk orang yang kita sayangi. Kerana itu, Nabi SAW
memperingatkan;
ُ َ َ َّ َ ْ َ
‫َوأ ْح ِب ْب َم ْن ِشئ َت فإنك ُمف ِارق ُه‬
Ertinya: “Sayangilah siapa sahaja yang ingin kamu
sayangi, namun kamu pasti akan berpisah dengannya”
(al-Jami’ as-Saghir - Hasan)

Namun menurut al-Quran, perpisahan di dunia bukan


selamanya bagi orang-orang yang beriman. Mereka akan
bertemu kembali di akhirat dengan orang yang mereka
kasihi di dalam syurga. Antara nas tersebut:

11
1. Suami akan bertemu kembali isterinya yang beriman.
Sebagaimana firman Allah SWT:
َ َ
٧٠ ‫ٱل َّن َة أ تُ ْن� َوأ ْز َٰو ُج ُ ْك تُ ْ� َب ُ� َون‬
‫۝‬ َ ‫ْٱد ُخ ُل ۟وا ْ ج‬
Maksudnya: “Masuklah kamu ke dalam Syurga
bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman),
dengan menikmati sepenuh kegembiraan dan
kesenangan”.
(Surah al-Zukhruf: 70)

2. Ibu bapa akan dihimpunkan kembali bersama zuriat


keturunannya yang beriman:
ََ ٓ ُ ْْ َ ُ َّ ۟ َّ
‫َوٱل ِذ ي نَ� َء َام ُنوا َوٱت َب َع تْ ُ� ْم ذ ِّر َّي تُ ُ�م ِب ِإ� ي َ� ٰـ ٍن أ َلق َنا ِب ِ� ْم ذ ِّر َّي تَ ُ� ْم َو َما أل ْت َن ٰـ ُهم‬
‫۝‬ ٢١ �ٌ‫ِّم ْن َ َع ِل ِهم ِّمن شَ ْ� ٍءۚ ُ ُّك ْٱم ِر ٍۭئ ِب َ�ا َك َس َب َر ِه ي ن‬
Maksudnya: “Orang-orang beriman dan anak-cucu
mereka yang turut dengan mereka dalam iman, Kami
(Allah) akan pertemukan mereka dengan anak-cucu
mereka (di dalam syurga), dan Kami tidak mengurangi
sedikit pun pahala amalan mereka”
(Surah at-Tur: 21)

3. Sahabat-sahabat karib yang bertakwa akan terus


berkawan hingga akhirat. Firman Allah SWT:
َ َّ ْ َّ ٌّ ُ َ ْ ُ ْ ٓ َّ َ‫ْ أ‬
‫۝‬
٦٧ �‫ٱل ِخلء يوم ِئ ِۭذ بع�م ِلبع ٍض عدو ِإل ٱلت ِق ي‬
‫ن‬ ُ َ ْ ُ ‫ض‬ َ َ ْ َ ُ
Maksudnya: “Pada hari itu sahabat-sahabat karib:
setengahnya akan menjadi musuh kepada
setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang
persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal
soleh).”
(Surah al-Zukhruf: 67)

12
Oleh itu, jika benar kita ingin sehidup semati bersama
orang yang kita kasihi, sama-samalah kita menjaga iman.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

13
KEUTAMAAN PENGHULU ISTIGHFAR

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Keutamaan Penghulu Istighfar.

Amalan istighfar yang terbaik ialah apabila seseorang itu


mengamalkan istighfar sepertimana yang telah diajarkan
oleh Nabi SAW. Terdapat beberapa fadilat atau kelebihan
bagi sesiapa yang mengamalkan istighfar yang diajarkan
oleh Nabi SAW. Antaranya ialah; mati dalam keadaan
husnul khatimah. Lafaz penghulu istighfar tersebut ialah:
َ َ َ َ َ َْ َ ْ َ َّ َ َ ْ َ َّ
‫ َوأ نَ� َعل َ ْع ِدك‬،‫ َوأ نَ� َع ْب ُدك‬،�ْ‫ خلق َت ِ ن ي‬،‫ ل ِإ َل ِإل أن َت‬،�‫الل ُه َّم أن َت َر ِب ّ ْ ي‬
َ َ َ َ
‫ أ ُب ُوء لك‬،‫� َما َص َن ْع ُت‬ ِّ َ‫ أ ُع ُوذ ِب َك ِم ْن ش‬،‫َو َو ْع ِد َك َما ْاس َت َط ْع ُت‬
َّ َ ُ ُّ ُ ْ َ َ ُ َّ َ ْ ْ ْ َ ْ ْ َ َ َ ُ ُ َ َ َّ َ َ َ َ ْ
‫وب ِإل‬ ‫ ف ِإنه ل يغ ِفر الذن‬،‫ فاغ ِفر ِ يل‬،�‫ وأبوء لك ِبذن ِب ي‬،‫ِب ِنعم ِتك ع يل‬
َْ
‫أن َت‬

14
Ertinya: “Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada
Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau,
Engkau yang menciptakan aku, dan aku adalah
hamba-Mu, dan aku sentiasa berusaha setia pada
perjanjianku dengan-Mu sedayaku, aku berlindung
kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui
nikmat-Mu kepadaku, dan aku mengakui dosaku
kepada-Mu, maka ampunilah aku. Sesungguhnya,
tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan
Engkau”.
(Riwayat al-Bukhari)

Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang mengucapkannya


(sayyidul Istighfar) di pagi hari serta membenarkan
dan meyakini isi kandungannya, jika dia meninggal
pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia
termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan
sesiapa yang mengucapkannya di waktu petang serta
membenarkan dan meyakini isi kandungannya, lalu
dia meninggal sebelum waktu pagi, maka dia termasuk
dalam kalangan penghuni syurga”.
(Riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengamalkan


penghulu segala istighfar ini, mudahan-mudahan kita
semua memperolehi kelebihan tersebut.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

15
GALAKAN BERDOA SESAMA ISLAM

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Galakan Berdoa Sesama Islam.

Salah satu sunnah yang mungkin sangat jarang kita lakukan


adalah mendoakan sesama muslim antaranya; saudara
mara, guru-guru, teman dan lain-lain tanpa pengetahuan
mereka, agar mendapat kebaikan di dunia dan di akhirat.

Tetapi, sunnah ini tidak mudah dilaksanakan kerana


memerlukan keimanan yang tinggi serta hati yang tulus dan
ikhlas. Oleh kerana itu, para ulama menjelaskan bahawa
sunnah ini adalah tanda jujurnya keimanan seseorang
sebagaimana hadis Nabi SAW:
ْ ُ َ‫أ‬ ُ ُ َ َ
‫ َح تَّ� ي ِ� َّب ِل ِخ ِيه َما ي ِ� ُّب ِل َنف ِس ِه‬،‫ل ُي ْؤ ِم ُن أ َح ُد ْك‬

16
Ertinya: “Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga
dia suka kebaikan untuk saudaranya sebagaimana dia
suka kebaikan untuk dirinya sendiri.”
(Riwayat al-Bukhari)

Antara kelebihan lain sunnah mendoakan saudara muslim


ini ialah, para malaikat akan mendoakan kembali untuk
kita. Rasulullah SAW bersabda:
ْ ٌ َْ َ َ‫أ‬
ٌ َ ُ ْ ‫ال ْر ِء‬
‫ ِع ْن َد َرأ ِس ِه َملك‬،‫ال ْس ِ ِل ِل ِخ ِيه ِبظ ْه ِر الغ ْي ِب ُم ْس َت َج َابة‬ َ ْ ‫َد ْع َو ُة‬
ْ َ َ ُ َّ ُ ْ ُ َ َ ْ َ َ ْ َ‫خ‬ َ‫أ‬
‫ َولك ِب ِ�ث ٍل‬،�َ‫ ِآم ي ن‬،‫ال َوك ِب ِه‬ ‫ قال اللك‬،�ٍ ‫كا َد َعا ِل ِخ ِيه ِب� ي‬ َ َّ ُ ،‫ُم َو َّ ٌك‬
Ertinya: “Doa seorang muslim untuk saudaranya
(seislam) tanpa pengetahuannya adalah mustajab. Di
sampingnya ada malaikat mengaminkan doa yang
baik setiap kali dipanjatkan untuk saudaranya, dan
berkata malaikat itu: amin, semoga engkau juga akan
mendapat kebaikan (yang sama) seperti yang engkau
doakan untuk saudaramu itu”.
(Riwayat Muslim)

Jelas daripada hadis di atas, Islam sangat menggalakkan


kita semua supaya sentiasa berdoa kepada orang lain. Hal
ini kerana, apa sahaja doa yang baik, yang kita doakan untuk
orang lain, maka Allah SWT juga akan memperkenankan
doa yang sama seperti yang kita doakan untuk saudara
kita sesama Muslim.

Oleh itu, marilah sama-sama kita mendoakan kebaikan


untuk ibu bapa, sahabat handai dan saudara sesama
Muslim.

Semoga Allah SWT menjadikan kita dari kalangan orang-


orang yang mendoakan kebaikan buat dirinya dan orang
lain.

17
Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk
kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

18
KENALI HATI

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ َ َ‫أ‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِ ّينا م َّم ٍد‬،�َ‫ول ال ِم ي ن‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Kenali Hati

Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyebut tentang


hati (lebih 100 ayat). Jiwa manusia bergantung kepada
hatinya. Ada banyak sifat hati yang disebut dalam al-
Quran, namun boleh disimpulkan kepada dua sahaja iaitu:

1. Hati yang bersih


2. Hati yang kotor

Di akhirat, hanya hati yang bersih sahaja akan diterima


oleh Allah SWT. Sepertimana firmanNya:
َ
َ َّ �َ‫۝ إ َّل َم ْن أ ت‬ َ َُ ََ ٌ َ ُ َ َ َ َ َْ
٨٩ �ٍ ‫ٱلل ِب َق ْل ٍب َس ِل ي‬
‫۝‬ ِ ٨٩ ‫يوم ل ينفع مال ول بنون‬

19
Maksudnya: “Hari (kebangkitan nanti) tidak berguna
lagi harta benda dan anak-pinak, melainkan orang
yang datang mengadap Allah dengan hati yang
bersih.”
(Surah al-Syuara’: 88-89)

Hati yang bersih bermaksud hati yang bebas dari penyakit-


penyakit hati; iaitu kufur, syirik, nifaq, riyak, hasad, takbur
dan sebagainya. Hati yang bersih dimiliki oleh orang
mukmin yang sentiasa bertakwa kepada Allah. Dalam
ayat yang lain, hati yang bersih ini diungkap dengan hati
yang sentiasa kembali kepada Allah (qalbun munib).
Sepertimana firman Allah SWT :

٣٣ ‫َّم ْن َخ ِش َ� َّٱلر ْ َح ٰـ َن ِب ٱ� ْل َغ ْي ِب َو َج ٓا َء ِب َق ْل ٍب ُّم ِن ٍيب‬


‫۝‬
Maksudnya: “Iaitu orang yang takut (melanggar
perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak
dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah,
serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang
tunduk taat.”
(Surah Qaf: 33)

Hati yang kotor pula merangkumi hati yang disebut al-


Quran sebagai hati yang keras, berpenyakit, sombong dan
angkuh, hati yang tertutup, terkunci dan yang diselaputi
dosa. Hati yang kotor ini dimiliki oleh orang kafir, orang
munafik dan orang fasik. Kesudahan bagi pemilik hati jenis
ini ialah kebinasaan, berdasarkan firman Allah SWT:
َّْ ٌ َ ۚ ُ َ َ‫ْ َ ف‬ َ
ُ َّ ‫� َح‬
‫ٱلل َص ْد َر ُهۥ ِل ِإل ْسل ٰـ ِم ُ� َو َع ٰل ن ٍور ِّمن َّر ِّب ِهۦ ف َو ْيل ِللق ٰـ ِس َي ِة‬ َ َ‫أ فَ َ�ن ش‬
ُ َّ ْ ّ
‫۝‬٢٢ �‫ٱللۚ أ ۟وَل ٰٓـ ِئ َك ِ ف� َض َل ٰـ ٍل ُّم ِب ي ٍن‬
ِ ‫و�م ِمن ِذ ك ِر‬ ُ ُ‫ُق ُل ب‬

20
Maksudnya: “Maka kecelakaan besarlah bagi orang-
orang yang keras membatu hatinya daripada menerima
peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang
demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang
nyata.”
(Surah al-Zumar: 22)

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

21
MARI MENJADI ULUL ALBAB

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Mari Menjadi Ulul Albab.

Banyak peristiwa berlaku di hadapan kita, namun kita gagal


mengambil peringatan dan pengajaran darinya. Akibatnya
kita selalu mengulangi kesilapan yang serupa yang
dilakukan orang lain atau generasi terdahulu atau masa
silam kita sendiri. Kenapa hal ini berlaku? Jawapannya:
kerana kita tidak membentuk diri menjadi Ulul Albab.

Perkataan Ulul Albab disebut oleh Allah SWT sebanyak


16 kali dalam al-Quran. Yang paling banyak disebut ialah
sikap mereka yang sentiasa mengambil peringatan dan
pengajaran. Antaranya ialah firman Allah SWT:

22
َ ُ َّ
٢٦٩ ‫َو َما َيذ َّك ُر ِإ َّ ٓل أ ۟وُل ۟وا ْ أٱل ْل َب ٰـ ِب‬
‫۝‬
Maksudnya: “Tidak ada yang mahu mengambil
peringatan melainkan ulul albab”
(surah al-Baqarah: 269)

Firman Allah SWT lagi:


َ ُ َ
١٩ ‫ِإ نَّ َ�ا َي َتذ َّك ُر أ ۟وُل ۟وا ْ أٱل ْل َب ٰـ ِب‬
‫۝‬
Maksudnya: “Sesungguhnya yang mahu mengambil
peringatan hanyalah ulul albab”
(surah ar-Ra’d: 19)

Berdasarkan dua ayat di atas, jelas Allah SWT memuji ulul


albab yang mahu mengambil pengajaran dan peringatan.
Termasuklah mengambil pengajaran dan peringatan dari
kisah-kisah atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan. Sebagaimana Allah SWT gambarkan dalam
surah Yusuf:
َ ُ
١١۱ ‫ص ْم ِع ْب َ� ٌة ّ ِ أل ۟و ِل ْ أٱل ْل َب ٰـ ِب‬
‫۝‬ َ َ ‫ََ ْ َ َ ف‬
ِ ِ ‫لقد كن ِ� قص‬
Maksudnya: “Sesungguhnya dalam kisah mereka itu
ada ‘ibrah (pengajaran) bagi ulul albab”
(Surah Yusuf: 111)

Malah kejadian alam dan fenomena yang berlaku dalam


alam juga tidak disia-siakan oleh ulul albab untuk menimba
pengajaran dan peringatan. Hal ini dapat dilihat dalam
surah Ali Imran ayat 190 dan surah az-Zumar ayat 21.

Perkataan “ulul” bermaksud: yang mempunyai atau yang


memiliki. Manakala “albab” menurut al-Imam ar-Raghib
bermaksud: akal yang jernih dari sebarang kecelaruan.
Maka ulul albab membawa maksud orang-orang yang
memiliki akal yang jernih.

23
Untuk memastikan akal kita jernih, maka cara berfikir
kita mesti diluruskan. Hal tersebut dapat dicapai dengan
mendalami ilmu pengetahuan yang berpandukan wahyu.

Akan tetapi, kebanyakkan umat Islam hari ini, tidak belajar


ilmu cara berfikir tersebut. Ini disebabkan cara berfikir
mereka yang bercelaru kerana sibuk melayani isu-isu
semasa, sentiasa dihantui sentimen dan emosi.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

24
SIKAP PENGOTOR DIBENCI ISLAM

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Sikap Pengotor Dibenci Islam.

Tidak ada sesiapa pun di kalangan kita yang mahu digelar


pengotor. Malah, jika gelaran pengotor ini ditujukan kepada
kita, pasti kita akan marah dan geram. Namun, kenapa
sikap suka membuat kotor ini masih lagi berlaku dalam
kalangan masyarakat kita? Sewajarnya, sikap pengotor ini
perlulah diubah. Sikap mengutamakan kebersihan perlu
disematkan dalam diri kerana kebersihan adalah amalan
yang sangat dituntut di dalam Islam. Islam sendiri adalah
agama yang bersih. Oleh itu, kita sebagai penganutnya
hendaklah menjaga kebersihan zahir dan batin. Allah SWT
berfirman:

25
‫۝‬٤‫َوِث َي َاب َك َف َط ِّه ْر‬
Maksudnya: “Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau
bersihkan.”
(Surah al-Muddathir: 4)

Menurut Imam al-Baidhawi dalam kitab tafsirnya, maksud


dari ayat ini ialah;

“Bersih pakaian ialah bersih daripada segala najis,


kerana sesungguhnya menyucikan pakaian itu adalah
kewajipan sebelum melaksanakan solat”.

Hal ini bermakna, seseorang yang solat, berpuasa,


mengerjakan haji, membaca al-Quran, berzakat dan
sebagainya masih belum dikatakan lengkap keimanannya
jika mengabaikan aspek kesucian diri. Rasulullah SAW
bersabda:
ْ َ ُّ ْ َ
‫الط ُه ْو ُر شط ُر ِإال ْي َ� ِان‬
Ertinya: “Kesucian itu (adalah) sebahagian daripada
iman”.
(Riwayat Muslim)

Hadis ini telah menjelaskan kepada kita semua bahawa,


bersuci adalah termasuk dalam salah satu perkara
yang berkaitan dengan iman. Allah SWT tidak menyukai
kekotoran. Justeru, kita tidak boleh bersikap pengotor.

Ingatlah bahawa, sebagai seorang muslim, kita bukan


hanya diwajibkan mengerjakan ibadah-ibadah khusus
sahaja, malah bersuci juga adalah salah satu kewajipan
dan merupakan suatu ibadah dalam Islam. Jika ada dalam
kalangan umat Islam yang bersikap pengotor dan tidak
tidak menjaga kesucian, semua itu bukan salah agama
Islam, sebaliknya berpunca daripada sikap umat Islam itu

26
sendiri yang tidak peka terhadap ajaran Islam yang suci.

Islam menggalakkan supaya umatnya menjaga kebersihan


termasuk kawasan persekitaran, kerana ia mencerminkan
imej agama Islam yang bersih dan suci.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

27
SUNAT MEMBERI KHABAR GEMBIRA KEPADA
ORANG YANG DIKURNIAKAN ANAK

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ َ َ‫أ‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِ ّينا م َّم ٍد‬،�َ‫ول ال ِم ي ن‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Sunat Memberi Khabar Gembira Kepada Orang Yang
Dikurniakan Anak

Seorang yang beriman bergembira dengan kebaikan yang


diterima oleh saudara seislamnya yang lain. Allah SWT
berfirman:
َ ْ ‫س ٰـ َق َو ِمن َو َر ٓا ِء إ‬
َ ْ �‫� َن ٰـ َها ب إ‬ َّ‫َ ْ َ َ ُ ُ َ ٓ ئ َ ٌ َ َ َ ْ َ َ ش‬
‫س ٰـ َق‬ ِ ِِ
ْ ‫وٱمرأتهۥ قا ِ�ة فض ِحكت فب‬
‫۝‬ ٧١ ‫وب‬ َ ‫َي ْع ُق‬

28
Maksudnya: “Dan isterinya pada ketika itu berdiri
(mendengar) lalu dia didatangi haid. Maka Kami
sampaikan kepadanya berita gembira tentang
(kelahiran) Ishak dan dari Ishak (akan lahir puteranya)
Ya’qub.”
(Surah Hud: 71)

Firman Allah SWT lagi:

١٠١ �ٍ ‫َف َب شَّ ْ�َن ٰـ ُه ِب ُغ َل ٰـ ٍم َح ِل ي‬


‫۝‬
Maksudnya: “Maka Kami beri dia khabar gembira
dengan seorang anak (Nabi Ismail) yang amat sabar.”
(Surah as-Saffat: 101)

Firman Allah SWT lagi:

‫۝‬٧ ‫ٱس ُهۥ ي َ ْ� يَ ٰ� َ ْل نَ ج ْ� َعل َّ ُلۥ ِمن َق ْب ُل َ ِس ًّيا‬


ُ ْ ‫� َك ب ُغ َل ٰـم‬ّ َ ُ َّ‫َ ٰ َ َ َّ ٓ ن‬
ٍ ِ ُ ِ‫يـز ك ِر ي� ِإ� نب ش‬
Maksudnya: “Wahai Zakaria, sesungguhnya kami
memberi khabar gembira kepadamu akan (beroleh)
seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya
kami belum pernah menciptakan orang yang serupa
dengan dia.”
(Surah Maryam: 7)

Akan tetapi, tidak terdapat lafaz ucapan tahniah yang


khusus dari Nabi SAW. Namun, terdapat riwayat dari al-
Hasan al-Basri yang menganjurkan supaya diberikan
ucapan tahniah dengan menyebut:
َُ ََ ْ َ َ َ َ ُ ْ َ ْ �ْ ‫الل َل َك ف‬
ُ َّ ‫َ ب� َر َك‬
،‫ َو َبلغ أش َّد ُه‬،‫ َوشك ْر َت ال َو ِاه َب‬،‫وب لك‬ ِ ‫الوه‬ ‫ِي‬
ْ
‫َو ُر ِزق َت َ ب َّ� ُه‬
Ertinya: “Semoga Allah memberi berkat kepadamu
dengan anugerah ini, dan semoga engkau bersyukur
kepada tuhan yang menganugerahkannya, dan
semoga dia (bayi ini) sampai ke umur dewasa, dan

29
semoga direzekikan kepadamu kebaktiannya (anak
itu).”

selain lafaz di atas, boleh juga dengan ucapan seperti


berikut:
ُ ُ َ َ َ ً َُ َّ ُ َ َ َ
‫الل ُم َب َارك َعل ْيك َو َعل أ َّم ِة َم َّم ٍد‬ ‫جعل‬
Ertinya: “Semoga Allah menjadikan keberkatan ke
atasmu dan ke atas umat Muhammad SAW”

Al-Imam al-Nawawi RH berkata di dalam al-Azkar:


“Disunatkan mengucap tahniah kepada yang dikurniakan
anak (dengan ucapan ini).

Disunatkan untuk orang yang mendapat ucapan di atas


supaya membalas dengan ucapan seperti berikut:
َ ْ ُ َّ َ َ َ َ َ ً ْ َ ُ َّ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ ُ َّ َ َ َ
‫الل ِمث ُل ْأو‬ ‫ ورزقك‬،‫ وجزاك الل خ ي�ا‬،‫ و ب�رك عليك‬،‫ب�رك الل لك‬
َ َ ُ َّ َ َ ْ َ
‫الل ث َو َابك‬ ‫أجزل‬
Ertinya: “Semoga Allah memberi dan menurunkan
berkat kepadamu, dan membalas kebaikan kepadamu,
merezekikan kepadamu seperti permintaanmu itu, dan
melipat-gandakan pahalamu.”

Seperti yang telah dinyatakan bahawa, lafaz-lafaz ucap


tahniah dan jawapannya ini bukan diriwayatkan daripada
Nabi SAW. Sebaliknya ia merupakan lafaz cadangan dari
para ulama. Oleh itu kita dibenarkan untuk mencontohinya
dengan syarat tidak menganggapnya daripada Nabi SAW.
Boleh juga diucapkan dengan sebarang bentuk ucapan
lain yang mengandungi maksud yang baik.

ُ َ ّ ُ َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ َ ُ َ َّ َ ُ َ َ ْ َ ُ ْ َ ّ َ
‫الل َوَ ب َ�كت ُه‬
ِ ‫لل التو ِفيق وا ِهلداية والسلم عليك ورحة‬
ِ �‫و ِب‬

30
DOA YANG MUSTAJAB

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Doa Yang Mustajab.

Berdoa merupakan suatu ibadah yang sangat dituntut


dalam Islam. Allah SWT berfirman:
َ
٦٠ ‫و� أ ْس َت ِج ْب َل ُ ْك‬
‫۝‬ ُ ُ ‫َو َق َال َر ُّب‬
ٓ ‫ك ْٱد ُع ِ ن‬
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah
kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa
permohonan kamu.”.
(Surah al-Ghafir: 60)

Allah SWT amat menyukai hamba-Nya yang rajin berdoa


tanpa mengira waktu dan keadaan. Mereka yang istiqamah
dalam berdoa secara tidak langsung telah menjadikan
dirinya dekat dengan Allah SWT. Antara sebab-sebab doa
seseorang itu dikabulkan oleh Allah SWT ialah:

31
Pertama: Apabila seseorang itu berdoa dalam keadaan
hatinya tidak lalai dan dengan penuh keyakinan, bahawa
doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT. Nabi SAW
bersabda:
َ َّ ‫ َو ْاع َ ُلوا َأ َّن‬،‫ون ب� إل َج َاب ِة‬
ُ ‫الل َال َي ْس َت ِج‬
‫يب ُد َع ًاء‬
َ ُ ُ ْ ُ‫ُ ْ ُ َّ َ َ َ ْ ت‬
‫ادعوا الل وأن� م ِوقن‬
ِ ِ
َ َ َْ ْ
‫ِمن قل ٍب غ ِاف ٍل ال ٍه‬
Ertinya:“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin
akan dimakbulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak
memakbulkan doa dari hati yang lalai lagi “leka”.
(Riwayat al-Tirmizi - Hasan)

Kedua: Doa seseorang akan dimakbulkan oleh Allah


SWT, apabila hamba itu berdoa pada waktu-waktu yang
dimustajabkan doa. Antaranya ialah ketika satu per tiga
malam. Nabi SAW bersabda:
ُ ُُ َ ْ ُّ َ َّ َ ‫َ نْ ز ُ َ ُّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ُ َّ َ ْ َ ة‬
‫ ِح ي نَ� َي ْب ق� ثلث‬،‫الدن َيا‬ ‫ي ِ�ل ر بنا تبارك وتعال ك لي ٍل ِإل السم ِاء‬
ُ َ ُ َ َ َ َ ْ َ َ ‫َّ ْ آ ُ َ َ ُ ُ َ ْ َ ْ ُ ن‬
،‫ َم ْن َي ْسأل ِ ن� فأ ْع ِط َي ُه‬،‫يب ُل‬ ‫و� فأست ِج‬ ‫ من يدع ِ ي‬:‫ فيقول‬،‫اللي ِل ال ِخر‬
َ ْ َ َ ْ
‫َم ْن َي ْس َتغ ِف ُر ِ ن ي� فأغ ِف َر ُل‬
Ertinya:“Tuhan kita tabaraka wa ta’ala turun ke langit
dunia ketika satu per tiga malam terakhir. Lalu Allah
SWT berfirman, “Sesiapa sahaja yang berdoa kepada-
Ku, maka Aku akan makbulkan. Sesiapa yang meminta
kepada-Ku, maka Aku akan berikan. Sesiapa yang
meminta ampun kepada-Ku, maka akan Aku
ampunkan” .
(Riwayat al-Bukhari)

Ketiga: Seseorang yang mahu supaya doanya dimakbulkan


oleh Allah SWT hendaklah dia menjauhi dirinya dari
melakukan perkara-perkara yang menjadi penghalang
dimakbulkan doa. Antara perkara yang menjadi penghalang

32
daripada terkabulnya doa ialah, apabila seseorang itu
makan, minum dan memakai pakaian dari sumber yang
haram, sepertimana Nabi SAW bersabda:
َ َ َ َ َّ ُ‫ث‬
َّ ‫ َي ُ� ُّد َي َد ْي ِه إ َل‬،�َ ‫الس َف َر أ ْش َع َث أ ْغ َب‬
�‫ َ ي‬،‫الس َم ِاء‬ َّ ‫الر ُج َل ُي ِط ُيل‬ َّ ‫ر‬ َ ‫ك‬ ‫�ذ‬
ِ
ُ ْ َ ْ‫ َو َم ش‬،‫َر ِّب! َ ي� َر ِّب! َو َم ْط َع ُم ُه َح َر ٌام‬
‫ َوغ ِذ َي‬،‫ َو َمل َب ُس ُه َح َر ٌام‬،‫� ُب ُه َح َر ٌام‬
َ َ ُ َ َ ْ ُ َّ‫ْ َ َ َ َ ن‬
‫اب ِلذ ِلك‬ ‫ فأ� يستج‬،‫ِب�لر ِام‬
Ertinya: “(Nabi SAW) telah menceritakan tentang
seorang lelaki, yang telah bermusafir jauh, sehingga
rambutnya menjadi kusut-masai dan berdebu. Dia
mengangkat tangannya ke langit lalu berdoa: “Wahai
Tuhanku! wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya
dari yang haram, minumannya dari yang haram,
pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dengan
makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan
memperkenankan doanya?”.
(Riwayat Muslim)

Oleh itu, janganlah kita berputus asa untuk berdoa kepada


Allah SWT. Boleh jadi, Dia tidak memberikan sesuatu
seperti yang kita minta, tetapi Dia memberikan apa yang
terbaik dan yang bersesuaian dengan kita. Hal ini kerana,
Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi para
hamba-Nya. Berdoalah kepada Allah dengan penuh
keyakinan, di mana jua kita berada, sama ada semasa
susah mahupun senang. Peliharalah diri kita daripada
memperolehi rezeki dari sumber yang haram agar doa kita
dimakbulkan oleh Allah SWT.

ُ َ ّ ُ َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ َ ُ َ َّ َ ُ َ َ ْ َ ُ ْ َ ّ َ
‫الل َوَ ب َ�كته‬
ِ ‫لل التو ِفيق وا ِهلداية والسلم عليك ورحة‬
ِ �‫و ِب‬

33
HINANYA MENJADI PAK TURUT

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ َ َ‫أ‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِ ّينا م َّم ٍد‬،�َ‫ول ال ِم ي ن‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Hinanya Menjadi Pak Turut

Antara anugerah yang paling bernilai dari Allah SWT untuk


makhluk di bumi ini ialah akal. Hanya manusia diberikan
anugerah ini dan menjadikan mereka terpilih sebagai
khalifah di bumi.

Orang-orang yang malas berfikir, akan menjadi pak turut.


Menurut peribahasa Melayu; mereka diibaratkan seperti
lembu dicucuk hidung. Al-Quran memberi ibarat yang lebih
keras sepertimana firman Allah SWT :
َ ُ ٰ َ ْ ُ ُ َ ٰٓ َ ۟ ُ ۚ ُّ َ َ ْ ُ ْ َ ٰ َ ْ َ‫ُ ۟ َ ٰٓ َ َ ٱ ْ أ‬
‫۝‬
۱٧٩ ‫أولـ ِئك كلنعـ ِم بل ه أضل أولـ ِئك ه ٱلغـ ِفلون‬

34
Maksudnya: “Mereka itu seperti binatang ternak,
bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-
orang yang lalai.”
(Surah al-A’raf: 179)
Firman Allah SWT lagi:

١٧١ ‫ع فَ ُ� ْم َل َي ْع ِق ُل َون‬
‫۝‬ ٌ ُْ ‫ك‬
ٌ ْ ‫ص ُب‬
ۢ ٌّ ُ
Maksudnya: “Mereka itu ialah orang-orang yang pekak,
bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat
menggunakan akalnya.”
(Surah al-Baqarah: 171)

Al-Quran menjelaskan sikap manusia pak turut ini


sepertimana firman Allah SWT :
ۗ ٓ َ‫َ َ َ َ ُ ُ َّ ُ ۟ َ ٓ َ ن زَ َ َّ ُ َ ُ ۟ َ ْ َ َّ ُ َ ٓ َ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ َ ٓ َ ن‬
�‫و ِإذا ِقيل لم ٱت ِبعوا ما أ�ل ٱلل قالوا بل نت ِبع ما ألفينا علي ِه ء با�ء‬
َ
١٧٠ ‫أ َوَل ْو َك َن َء َ ب ٓا� ُؤ ُ ْه َل َي ْع ِق ُل َون َش ْي ًٔـا َ َول يَ ْ� َت ُد َون‬
‫۝‬
Maksudnya: “Dan apabila dikatakan kepada mereka”
Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah”
mereka menjawab: “(Tidak), bahkan kami (hanya)
menurut apa yang kami dapati datuk nenek kami
melakukannya”. Patutkah (mereka menurutnya)
sekalipun datuk neneknya itu tidak faham sesuatu
(apa pun tentang perkara-perkara agama), dan tidak
pula mendapat petunjuk hidayah (dari Allah)?”
(Surah al-Baqarah: 170)

Ayat ini memberi panduan yang berguna buat kita, iaitu


sesiapa sahaja yang cuba mempengaruhi kita dengan
pandangannya, dia perlu meyakinkan kita melalui dua
perkara :

1. Dia berada di landasan yang betul (al-Quran dan as-


Sunnah)

35
2. Pandangannya berasaskan ilmu

Maka al-Quran mengajar kita menilai berdasarkan ilmu


dan petunjuk, bukan menilai pada peribadi semata-mata.

Seseorang hanya boleh memberi pandangan. Yang


menilainya ialah kita sendiri, kerana setiap orang diberi akal.
Apa guna akal jika kita hidup hanya dengan menumpang
akal orang lain dan tidak yakin dengan akal sendiri.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

36
BERSABAR DENGAN UJIAN SAKIT

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat
dan salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad
SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti
jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Bersabar Dengan Ujian Sakit.

Salah satu ujian yang menduga keimanan dan kesabaran


kita ialah ujian sakit. Ketahuilah, bahawa terdapat hikmah
dan kebaikan untuk kita, disebalik ujian kesakitan yang
menimpa diri kita. Sekiranya kita reda, sabar dan tabah
dalam menghadapi ujian ini, maka kita akan mendapat
ganjaran pahala dan pengampunan daripada Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
ْ َ َ َ ََ ُ ْ ‫يب‬
‫ال ْؤ ِم َن ِم ْن َو َص ٍب َوال ن َص ٍب َوال َسق ٍم َول َح َز ٍن َح تَّ� َال ِ ّم‬ ُ ‫َما ُي ِص‬
َ ّ ُ َّ
‫يُ َ� ُّم ُه ِإال ك ِف َر ِب ِه ِم ْن َس ِ ّيئا ِت ِه‬

37
Ertinya: “Tidaklah menimpa seorang mukmin itu
penderitaan, kesusahan, penyakit dan juga kesedihan,
hinggalah kerisauan yang merunsingkan, melainkan
akan dihapus darinya kesalahan-salahan (dosa)nya”.
(Riwayat Muslim)

Kadangkala, ujian kesakitan juga akan menyebabkan kita


lebih mensyukuri nikmat sihat yang telah dikurniakan oleh
Allah SWT kepada kita selama ini, kerana nikmat kesihatan
dan kelapangan adalah dua perkara yang sering kali
dilupakan dan diabaikan oleh manusia. Perkara ini pernah
disebut oleh baginda Rasulullah SAW:
ُ َْ ُ ّ َّ َ ٌ ْ َ َ ٌ ُ ْ َ َ َ ْ
‫الص َّحة َوالف َراغ‬ ِ ‫ِنعمت ِان مغبون ِف ي ِ�ما ك ِث ي� ِمن الن‬
ِ :‫اس‬
Ertinya: “Dua nikmat yang ramai manusia tertipu,
nikmat sihat dan masa lapang.”
(Riwayat al-Bukhari)

Oleh itu, kita semua hendaklah memanfaatkan masa yang


ada dengan sebaik-baiknya dan kita tidak boleh menunda-
nunda dari melakukan amal soleh dan kebaikan.

Sakit juga merupakan satu ketetapan yang telah ditetapkan


oleh Allah SWT yang Maha Mengetahui rahsia dan hikmah
disebalik ujian sakit tersebut. Rasulullah SAW bersabda:
َ ُ َّ ْ ُ ْ َ
‫الل ِب ِه خ ْي ً�ا ُي ِص ْب ِم ْن ُه‬ ‫من ي ِ�د‬
Ertinya: “Barangsiapa yang Allah inginkan sesuatu
kebaikan untuknya, maka Allah akan menimpakan
ujian musibah kepada dirinya”.
(Riwayat al-Bukhari)

Sesungguhnya sakit itu adalah suatu ujian atau dugaan


untuk menguji keimanan dan ketaqwaan seseorang. Oleh
itu, jadikanlah sakit sebagai suatu pengajaran untuk kita
bermuhasabah diri dan memupuk kesabaran.

38
Seseorang yang ditimpa sakit perlu menghadapi ujian
ini dengan reda di samping berusaha untuk merawatnya
dan bertawakal kepada Allah SWT. Seandainya kita telah
pun berusaha mendapatkan rawatan, namun masih juga
belum sembuh, maka kita hendaklah tingkatkan usaha
dan tawakal kepada Allah SWT dan tidak berputus asa
untuk memohon kesembuhan daripada-Nya. Allah SWT
berfirman:

‫۝‬٨�‫َو ِإ َذا َم ِر ْض ُت فَ ُ� َو َي ْش ِف ي ِن‬


Maksudnya: “Dan apabila aku sakit, maka dialah (Allah)
yang menyembuhkan penyakitku”.
(Surah al-Syuara: 8)

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

39
TUNTUTAN MEMELIHARA SOLAT

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Tuntutan Memelihara Solat.

Alhamdulillah, sama-sama kita panjatkan rasa syukur


kepada Allah SWT yang menciptakan kita dengan sebaik-
baik penciptaan. Semoga kewujudan kita di dunia ini
menjadikan kita hamba yang taat dalam menunaikan
ibadah kepada Allah SWT.

Solat lima waktu adalah salah satu amal ibadat yang wajib
dan paling utama bagi umat Islam, sehingga ia disebut
sebagai tiang agama. Kewajipan mendirikan solat lima
waktu telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk ditunaikan
pada waktu-waktu yang tertentu, sepertimana Allah SWT
berfirman :

40
١٠۳ �‫ٱلص َل ٰو َة َك َن ْت َع َل ْ ُٱل ْؤ ِم ِن ي نَ� ِك َت ٰـ ًبا َّم ْو ُق تًو‬
‫۝‬ َّ ‫إ َّن‬
ِ
Maksudnya: “Sesungguhnya solat itu adalah satu
ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang
beriman yang tertentu waktunya.”
(Surah al-Nisaa’:103)

Solat juga adalah amalan pertama yang akan dihisab oleh


Allah SWT di hari Akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda:
ْ َ ُ َ َ ْ ْ ُ َ َ َّ
‫ ف ِإن‬،‫ِإن أ َّول َما ي َ� َاس ُب ِب ِه ال َع ْب ُد َي ْو َم ال ِق َي َام ِة ِم ْن َع ِ ِل َصلت ُه‬
ْ َ َ َ َ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َ ْ َ َ َ ْ‫َ ُ َ ْ َ َ ْ َ ْ َ َ َ َ ن‬
‫ ف ِإن‬،‫س‬ ِ ‫ و ِإن فسدت فقد خاب وخ‬،‫صلحت فقد أفلح وأ ج�ح‬
ْ ُ ْ َ َ َ َ َّ َ َ ً ْ َ َ َ ْ َ َ َ ْ
‫ انظ ُروا َهل‬:‫الر ُّب ت َب َارك َوت َعال‬ ‫انتقص ِمن ف ِر يض ِت ِه شيئا قال‬
ُ ُ ُ َ ‫ك ُل َ�ا َما ْان َت َق َص م ْن ْال َفر‬ َ َ َ َ
�‫ ث َّ� َيكون َس ئ ِ ُا‬،‫يض ِة‬ ِ ِ ‫ِل َع ْب ِدي ِم ْن تط ُّو ٍع ف ُي َّ ِب‬
َ َ َ َ
‫َع ِ ِل َعل ذ ِلك‬
Ertinya: “Sesungguhnya amalan yang pertama kali
dihisab bagi seorang hamba pada hari kiamat nanti
adalah solatnya. Maka, jika solatnya baik,
sesungguhnya dia telah beruntung dan berjaya, dan
jika solatnya rosak, sesungguhnya dia telah gagal dan
rugi. Jika ada sesuatu kekurangan dari solat wajibnya,
maka Allah Azzawajalla berfirman, ‘Lihatlah apakah
hamba-Ku (melakukan) tatawwu’ (solat sunat)? maka
disempurnakanlah dengannya apa yang kurang dari
solat wajibnya, kemudian begitu pula dengan seluruh
amalannya.”
(Riwayat al-Tirmizi - Sahih)

Hadis ini mengingatkan kita kepentingan menjaga solat,


kerana segala amalan lain tidak dapat menyelamatkan kita
daripada azab neraka jika kita gagal memelihara solat, dan
solat adalah hak Allah yang pertama yang akan dihisab
oleh-Nya. Maka, jangan sampai ada solat yang pernah
kita tinggalkan dengan sengaja kerana amal pertama yang

41
diminta untuk dipertanggungjawabkan di hadapan Allah
adalah solat.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menjaga solat lima


waktu sehari semalam dengan cara menunaikannya
sebaik mungkin sepertimana yang diperintahkan. Mudah-
mudahan hidup kita ini akan sentiasa dirahmati, diberkati
serta mendapat kebahagian hidup di dunia dan akhirat.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

42
PELIHARA HAK PERSAUDARAAN & HAK INSAN

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Pelihara Hak Persaudaraan & Hak Insan.

Antara kita sesama mukmin memiliki ikatan persaudaraan


(ukhuwwah) yang mewajibkan kita saling kasih-
mengasihi antara satu sama lain, tidak bercakaran,
apatah lagi berperang. Bahkan, hendaklah menjauhi
sebarang perlakuan yang mengguris sesama kita seperti
memperolok, memperlekeh, memberi gelaran yang buruk
dan sebagainya. Firman Allah SWT:
ْ ُ ‫ٱلل َل َع َّل‬ ۚ ْ ُ ْ َ َ َ َ‫نَّ َ ْ ُ ْ ُ َ ْ َ ٌ َ َ ْ ُ ۟ َ ْ ن‬
َ َّ ‫ك َو َّٱت ُق ۟وا‬
‫ك‬ ‫ِإ�ا ٱلؤ ِمنون ِإخوة فأص ِلحوا ب ي� أخوي‬
َ ُ َ ْ ُ‫ت‬
‫۝‬١٠ ‫حون‬ �

43
Maksudnya: Sebenarnya orangg yang beriman itu
adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua
saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah
kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.
(Surah al-Hujuraat: 10)
Begitu juga Allah SWT berfirman:
َ ۟ ُ ُ َ ٰٓ َ َ ْ َ ّ ٌ ْ َ ْ َ ْ َ َ ۟ ُ َ َ َ‫َ ٰٓ َ ُّ َ َّ ن‬
‫س أن َيكونوا خ ْي ً�ا ِّم نْ ُ� ْم‬ ‫يـأ ي�ا ٱل ِذ ي� ءامنوا ل يسخر قوم ِمن قو ٍم ع‬
َ
َ ْ ُ َ ُ ۟ ٓ ُ ْ َ َ َ ۖ َّ ُ ْ‫َ َ َ ٓ ٌ ّ ّ َ ٓ َ َ ٰٓ َ َ ُ َّ َ ْ ً ّ ن‬
‫ك َول‬ ‫ول ِنساء ِمن ِنسا ٍء عس أن يكن خ ي�ا ِم�ن ول ت ِلزوا أنفس‬
ُ َّ ۚ ْ َ ُ ُ ْ ُ ْ ‫َ َ َ زُ ۟ ٱ ْ أَ ْ َ ٰ ۖ ْ َ ٱ‬
‫ٱل ي َ� ٰـ ِن َو َمن ْل َيت ْب‬ ‫س ٱلف ُسوق َب ْعد ِإ‬ ‫تن با�وا ِب�للقـ ِب ِبئس ِٱل‬
ُ
‫۝‬١١ ‫َفأ ۟وَل ٰٓـ ِئ َك ُ ُه َّٱلظ ٰـ ِ ُل َون‬
Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Janganlah
sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan
merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana)
harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada
mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum
perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan
puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan
janganlah setengah kamu menyatakan keaiban
setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu
panggil-memanggil antara satu dengan yang lain
dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang
tersebut menyebabkan orang yang melakukannya
menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama
fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan
(ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada
perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang
zalim.
(Surah al-Hujuraat: 11)

Menjaga persaudaraan sesama mukmin tidak bermakna


kita boleh melanggar hak manusia yang bukan muslim.
Hal ini kerana manusia yang bukan muslim juga memiliki
ikatan kemanusian dengan kita. Oleh sebab itu, al-Quran

44
menyuruh kita berbuat baik dan berlaku adil sesama
manusia. Sebagaimana firman Allah SWT:
َ
ْ ُ ‫� َد ٓا َء ِب ٱ� ْل ِق ْس ِطۖ َ َول ي َ ج ْ�ر َم َّن‬
‫ك‬ َ ُ‫َي ٰٓـأ يُّ َ�ا َّٱل ِذ ي نَ� َء َام ُن ۟وا ُك ُون ۟وا َق َّٰو ِم ي نَ� ِل َّ ِل ش‬
ِ
َّ ۚ َ َّ ۟ ُ َّ َ ۖ ٰ َ ْ َّ ُ َ ْ َ َ ُ ۟ ُ ْ ۚ ۟ ُ ْ َ َّ َ ٰٓ َ َ ْ َ ُ َٔ َ َ
‫شنـان قو ٍم عل أل تع ِدلوا ٱع ِدلوا هو أقرب ِللتقوى وٱتقوا ٱلل ِإن‬
‫۝‬٨‫ٱلل َخ ِب ي ٌۢ� ِب َ�ا َت ْع َم ُل َون‬ َ َّ
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, hendaklah
kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan
keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak
melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil
(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir
kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.”
(Surah al-Maidah :8)

Oleh itu, seorang mukmin hendaklah sentiasa memelihara


persaudaraan sesama mereka dan pada masa yang sama
berbuat baik dan berlaku adil kepada seluruh manusia
tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

45
Tazkirah
Tiga Minit
REZEKI YANG DIBERKATI

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Rezeki Yang Diberkati.

Rezeki yang berkat adalah rezeki yang diperolehi dari


sumber-sumber yang halal walaupun sedikit. Terdapat
banyak dalil dalam al-Quran dan hadis yang sahih tentang
amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh para hamba
untuk mendapat kemurahan rezeki serta keberkatannya.
Antaranya ialah:

Pertama: Beriman serta bertaqwa. Allah SWT berfirman:


ٓ َّ َ ّ ٰ َ َ َ ْ َ َ َ ْ َ َ َ ۟ ْ َ َّ َ ۟ ُ َ َ ٰٓ َ ُ ْ َ ْ َ َّ َ ْ َ َ
‫ٱلس َما ِء‬ ‫ولو أن أهل ٱلقرى ءامنوا وٱتقوا لفتحنا عل ي ِ�م ب�كـ ٍت ِمن‬
ْ َ َّ َ
‫۝‬ ٩٦ ‫َو ْ أٱل ْر ِض َوَل ٰـ ِكن َكذ ُب ۟وا َفأ َخذ َن ٰـ ُهم ِب َ�ا َك ُن ۟وا َي ْك ِس ُب َون‬

47
Maksudnya: “Dan sekiranya penduduk sesebuah
negeri, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan
membuka kepada mereka (pintu kurniaan) yang
melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.
(Surah al-A’raaf: 96)

Rezeki yang diberkati oleh Allah SWT adalah rezeki yang


mencukupi walaupun sedikit, sepertimana Rasulullah SAW
telah bersabda:
َ َ َ‫أ‬ ْ ْ َ ْ ْ ْ َ
‫ َوط َع ُام‬،‫ َوط َع ُام ِاالث َن ْ ي ِن� َيك ِف يْ� ال ْر َب َعة‬،�‫اح ِد َيك ِف يْ� ِاالث َن ْ ي ِن‬
ِ ‫ط َع ُام ال َو‬
َ َّ ْ َ‫أ‬
‫ال ْر َب َع ِة َيك ِف يْ� ثال� َما ِن َية‬
Ertinya: “Makanan untuk seorang mencukupi untuk
dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi
untuk empat orang dan makanan untuk empat orang
mencukupi untuk lapan orang.”
(Riwayat Muslim)

Kedua: Amalan melazimi istighfar. Sentiasa beristighfar


dan bertaubat, iaitu ia juga dapat memberi keberkatan
serta kemurahan rezeki. Allah SWT berfirman:

ُ َ ٓ َّ
‫ٱلس َما َء َعل ْيكم‬ ‫۝ ُي ْر ِس ِل‬ ١٠ ‫َف ُق ْل ُت ْٱس َت ْغ ِف ُر ۟وا َر َّب ُ ْك ِإ َّن ُهۥ َك َن َغ َّف ًارا‬
َ
ْ ُ ‫ك َج َّن ٰـ ٍت َ يو َ ج ْ� َعل َّل‬
‫ك‬ ْ ُ ‫۝ َو ُي ْ� ِد ْد ُك ِب أ� ْم َٰو ٍل َو َب ِن ي نَ� َ يو َ ج ْ� َعل َّل‬
١١ ‫ِّم ْد َر ًارا‬
َ
‫۝‬ ١٢ ‫أ نْ َ� ٰـ ًرا‬
Maksudnya:”Aku berkata (kepada mereka): “Mohonlah
keampunan kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia
adalah Maha Pengampun. Nescaya Dia akan
menurunkan hujan lebat mencurah-curah kepadamu.
Dan Dia akan memberi kepadamu harta yang banyak
serta zuriat yang ramai dan Dia akan mengadakan
bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan
bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

48
(Surah Nuh :10-12)

Rasulullah SAW juga turut bersabda:


ُّ َ َ ُّ َ ُ َّ َ َ َ َ ْ ْ َ َ َ‫َ ْ َ ْ ث‬
‫ َو ِم ْن ِك‬،‫الل ُل ِم ْن ِك ٍ ّه ف َر ًجا‬ ‫ جعل‬،‫من أ ك� ِمن ِاالس ِتغف ِار‬
َ ُ َ ُ ََ َ
‫ َو َرزق ُه ِم ْن َح ْيث ل ي َ�ت ِس ُب‬،‫ِض ٍيق خْم َر ًجا‬
Ertinya: “Sesiapa yang memperbanyakkan istighfar,
Allah menjadikan baginya jalan keluar dari segala
kesusahan, dan jalan keluar bagi segala kesempitan
(hidup), dan mengurniakan rezeki yang tidak disangka-
sangka”.
(Riwayat Ahmad)

Ketiga: Bersedekah. Amalan bersedekah turut membantu


dalam membuka pintu rezeki seseorang. Allah SWT
berfirman:

َْ َ ٓ ۚ َ ْ َٓ َ ْ ّ ُ ُ ْ َ ّ َ َّ ْ ُ
�ُ‫ٱلرزق ِ َلن َيشا ُء ِم ْن ِع َب ِاد ِهۦ َو َيق ِد ُر ُلۥ َو َما أنفق ت‬ ِ ‫قل ِإن ر ِب� يبسط‬
‫۝‬٣٩ �َ‫ِّمن شَ ْ� ٍء فَ ُ� َو ي ُ خْ� ِل ُف ُهۥۖ َو ُه َو َخ ْي ُ� َّٰٱلر ِز ِق ي ن‬
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad):
“Sesungguhnya Tuhanku meluaskan rezeki bagi
sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-hamba-
Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya, dan
apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan
menggantikannya, dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi
rezeki.”
(Surah Saba’:39)

Semoga apa yang disampaikan sebentar tadi, dapat


kita semua fahami dan amalkan. Mudah-mudahan kita
dapat meraih keberkatan, kenikmatan, kesenangan, dan
dikurniakan rezeki yang diberkati serta melimpah ruah dari
sisi Allah SWT.

49
Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk
kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

50
ISLAM MELARANG BERBURUK SANGKA

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat dan salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Islam Melarang Berburuk Sangka.

Islam melarang kita berburuk sangka terhadap pihak lain


tanpa alasan yang benar. Berburuk sangka bermaksud
kita bersangka buruk kepada sesuatu pihak sedangkan
kita tidak mempunyai alasan yang kukuh atau benar atas
sangkaan tersebut. Akhirnya, kita menuduh atau menzalimi
suatu pihak tanpa kesalahan yang dilakukannya. Allah
SWT berfirman:
َ ۖ ْ َّ َّ َّ َ ۟ ْ ۟ ُ َ َ َ‫َ ٰٓ َ ُّ َ َّ ن‬
‫ٱج َت ِن ُبوا ك ِث ي ً�ا ِّم َن ٱلظ ِّن ِإن َب ْع َض ٱلظ ِّن ِإ ث ٌ� َول‬ ‫يـأ ي�ا ٱل ِذ ي� ءامنوا‬
َ ْ َ َ ُ ْ‫۟ َ َ َ ْ َ َّ ْ ُ ُ َ ْ ً ۚ َ ُ ُّ َ َ ُ ُ َ َ أ‬ َ‫ت‬
‫ج َ� َّس ُسوا ول يغتب بعضك بعضا أ ي ِ�ب أحد ْك أن ي� ك ل َم أ ِخ ِيه‬
‫۝‬ َ َّ ‫ٱللۚ إ َّن‬
١۲ �ٌ ‫ٱلل َت َّو ٌاب َّر ِح ي‬ َ َّ ‫َم ْي ًتا َف َكر ْه ُت ُم ُوهۚ َو َّٱت ُق ۟وا‬
ِ ِ

51
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Jauhilah
kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya
sebahagian dari prasangka itu adalah dosa, dan
janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain
dan janganlah sebahagian kamu mengumpat
sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di
antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah
mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya.
Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesunguhnya
Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.
(Surah al-Hujurat: 12)

Rasulullah SAW bersabda:


َ‫َ ت‬ َ‫َ ت‬
،‫ َول َ� َّس ُسوا‬،‫ َول ج َ� َّس ُسوا‬،‫يث‬ ‫د‬ َْ ‫الظ َّن َأ ْك َذ ُب‬
‫احل‬
َّ َّ َ َّ َّ َ ْ ُ َّ
‫ ف ِإن‬،‫ِإ ي� ك والظن‬
ِ ِ
ُ ُ َ َ َ َ َ َ‫َ ت‬ َ َ َ
‫ َوكونوا ِع َب َاد‬،‫ َول ت َد َ ب ُا�وا‬،‫ َول ت َباغ ُضوا‬،‫ َول َ� َاس ُدوا‬،‫َول ت َناف ُسوا‬
ْ َّ
�‫الل ِإخ َو نًا‬
ِ
Ertinya: “Berhati-hatilah kamu dari prasangka (buruk).
Sesungguhnya prasangka (buruk) itu adalah sesuatu
yang paling bohong. Dan janganlah kamu mengintip,
janganlah mencari-cari yang tersembunyi, janganlah
kamu saling jatuh-menjatuhkan, jangan saling
berhasad (dengki), jangan saling benci-membenci,
janganlah membelakangkan (saudaramu seagama).
Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang
bersaudara”.
(Riwayat Muslim)

Penyakit berburuk sangka dilihat semakin berleluasa dalam


masyarakat masa kini. Kemudahan dan kecanggihan
teknologi seperti telefon pintar dan seumpanya
menyuburkan lagi budaya negatif ini.

Sesuatu isu yang kecil apabila disensasikan akan tersebar


dengan pantas dan meluas. Seterusnya orang ramai
membuat kesimpulan tanpa memilik asas yang kukuh.

52
Nabi SAW bersabda:
‫ف‬ ً ْ َّ
�‫ يَ ْ� ِوي ب�ا ي‬،‫ ال ُيل ِق ي� هلا ب�ل‬،‫الل‬
ِ ‫س ِط‬
َ‫َ خ‬
‫لك ِة ِمن‬ ُ َّ َ ‫الع ْب َد َل َي َت‬
َ ِ َ �‫ك ب‬ َّ
َ ‫وإن‬
�َ َّ‫� ن‬
َ ‫َج‬
Ertinya: “Sesungguhnya seorang hamba
mengungkapkan satu kalimah yang tidak dipeduli
olehnya, sedangkan ungkapan tersebut mendatangkan
kemurkaan Allah SWT, lalu dia dimasukkan ke neraka
Jahannam”.
(Riwayat al-Bukhari)

Sekalipun Islam menyuruh kita berbaik sangka. Namun,


Islam juga menyuruh kita berhati-hati agar tidak dianiayai
atau diperangkap oleh pihak yang jahat. Maka hendaklah
ada imbangan antara berbaik sangka dengan berwaspada.
Apabila kita berbaik sangka, tidak bererti kita membiarkan
diri kita menjadi mangsa oleh pihak yang zalim.

Oleh itu, kita tidak dibenarkan menuduh tanpa bukti.


Sebaliknya kita hendaklah mengambil langkah berhati-hati
supaya tidak menjadi mangsa penipuan. Jika seseorang
itu dikenali dengan akhlak yang buruk, maka kita jangan
menuduh tanpa bukti, tetapi hendaklah kita berhati-hati
terhadapnya. Namun jika seseorang itu dikenali sebagai
orang yang soleh atau baik, maka kita hendaklah bersangka
baik kepadanya. Sayidina Umar bin al-Khattab RA berkata:
َ َّ ُ ْ ‫ك ٍة َخ َر َج ْت ِم ْن َا ِخ ْي َك‬
‫ال ْؤ ِم ِن اِ ال خ ْي ً�ا‬ َ ِ َ ‫َ َول َت ُظ ُّن ب‬
ِ
Ertinya: Janganlah kamu bersangka terhadap kalimah
yang keluar dari (mulut) saudara kamu yang mukmin
kecuali yang baik”.

Bagi mengelak berburuk sangka, Islam melarang


perbuatan mengintip dan mencari-cari keaiban orang
lain, terutamanya jika membabitkan urusan peribadi.

53
Namun jika sesuatu perbuatan dosa dilakukan secara
terang-terangan, menjadi kewajipan ke atas kita untuk
mencegahnya berdasarkan hadis Nabi SAW:
َ ْ َ َ َ ْ َ َ َْ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ
‫ ف ِإن ْل‬،‫ ف ِإن ْل َي ْس َت ِط ْع ف ِب ِل َسا ِن ِه‬،‫ك ُم ْنك ًرا فل ُيغ ِّي ْ� ُه ِب َي ِد ِه‬‫من رأى ِمن‬
ْ ُ َ َ َ َْ َ
‫ َوذ ِلك أ ْض َعف ِإال ْي َ� ِان‬،‫َي ْس َت ِط ْع ف ِبقل ِب ِه‬
Ertinya: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat
kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan
tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan
lisannya (perkataan), sekiranya dia masih tidak
mampu maka dengan hatinya. Dan itulah selemah-
lemah iman.”
(Riwayat Muslim)

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ َ ْ َ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم بو�مدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

54
HARGAI NIKMAT WALAU KECIL

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Hargai Nikmat Walaupun Kecil

Setiap kali kita makan, pasti ada makanan tersisa yang


kita buang ke dalam tong sampah rumah kita. Cuba hitung,
berapa banyak makanan yang telah kita buang? Mungkin
lebih banyak dari makanan yang pernah kita sedekah
kepada orang lain.

Itu baru makanan. Cuba lihat pula nikmat-nikmat yang lain;


nikmat akal, agama, anggota badan, masa, air, harta atau
wang, kesihatan, keluarga, anak-anak, rakan-rakan dan
sebagainya. Berapa banyak yang telah kita bazirkan, kita
sia-siakan dan tidak kita pedulikan?

Kita diperingatkan oleh al-Quran bahawa setiap nikmat


yang kita dapat akan disoal di akhirat nanti.

55
Sebagaimana Allah SWT berfirman:
ُ
‫۝‬٨�ِ ‫ث َّ� َل ُت ْس َٔـ ُل َّن َي ْو َم ِئ ٍذ َع ِن َّٱلن ِع ي‬
Maksudnya: “Kemudian kamu pasti akan ditanya pada
hari itu (hari kiamat) tentang segala nikmat (yang
kamu perolehi dari Tuhan kamu).”
(Surah al-Takasur: 8)

Dalam al-Quran terdapat lebih dari 60 ayat yang menyebut


tentang pelbagai nikmat, seperti: nikmat jasmani dan
rohani, sama ada untuk individu dan masyarakat.

Nabi SAW mengajar kita agar menghargai nikmat walaupun


kecil. Bila kita makan, baginda menyuruh kita menghabiskan
semua makanan dalam pinggan dan menjilat sisa-sisa
makanan di jari-jemari. Ka’ab RA menceritakan:
َ َ َ َ َ ُ ُ ْ‫َّ َ َ أ‬ َ ُ َّ َّ َ َّ َ ُ َ َّ َ
‫ ف ِإذا‬،‫ كن َ ي� ك ِبثل ِث أ َص ِاب َع‬،‫الل َعل ْي ِه َو َس َل‬ ‫الل صل‬
ِ ‫أن رسول‬
َ َ َ َ
‫ف َرغ ل ِع ق َ�ا‬
Ertinya: “Bahawa Rasulullah SAW selalu makan
dengan menggunakan tiga jari, apabila selesai,
baginda menjilat jarinya.”
(Riwayat Muslim)

Untuk mengelak pembaziran makanan, baginda SAW


memberi saranan seperti berikut:
َ‫َّ َ َ َ ف ْ أ‬ َ َ َ َّ ‫ْ َ ف‬ َ
‫ َوط َع ُام الثلث ِة ك ِ ي� ال ْر َب َع ِة‬،‫ط َع ُام ِاالث َن ْ ي ِن� ك ِ ي ْ� الثلث ِة‬
Ertinya: “Makanan dua orang mencukupi untuk tiga
orang dan makanan tiga orang mencukupi untuk
empat orang.”
(Riwayat al-Bukhari)

56
Baginda SAW juga pernah bersabda;
َ َّ ُ َّ
‫الن َار َول ْو ِب ِش ِّق تَ ْ� َر ٍة‬ ‫اتقوا‬
Ertinya: “Selamatkan dirimu dari neraka walaupun
hanya dengan separuh buah Tamar.”
(Riwayat al-Bukhari)

Maksud baginda ialah; dengan bersedekah sekalipun separuh


buah tamar.

Perhatikan, nikmat sekecil buah tamar, namun di sisi Allah


begitu besar nilainya sehingga mampu menyelamatkan
manusia dari neraka.

Marilah kita menjadi hamba yang menghargai nikmat.


Sebelum kita meminta dari Allah nikmat baru, ayuh kita
jaga nikmat yang sudah ada pada kita.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

57
CARI, PEGANG, PERTAHANKAN YANG BENAR

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Cari, Pegang dan Pertahankan Yang Benar.

Perkataan al-haq yang bermaksud kebenaran. Terdapat


sebanyak 227 kali dalam al-Quran. Dengan sebegitu
banyak perkataan al-haq dalam al-Quran, maka sewajibnya
seseorang Muslim itu menjadi “pencinta kebenaran”.

Allah sendiri menyebut diri-Nya sebagai al-Haq (Zat yang


Maha Benar), dan Dia tidak menyukai dari hamba-hamba-
Nya melainkan sesuatu yang benar.

Allah menyebutkan sifat-sifat manusia yang tidak akan


rugi, antaranya dengan saling berpesan-pesan dengan
kebenaran sepertimana firman Allah SWT :

58
۟ َ َََ ْ ‫َّ َّ نَ َ َ ُ ۟ َ َ ُ ۟ َّ ٰ َ ٰ َ َ َ َ ۟ ٱ‬
‫اص ْوا‬‫وتو‬ ‫اص ْوا ِب� َل ِّق‬‫ِإل ٱل ِذ ي� ءامنوا و ِعلوا ٱلصـ ِلحـ ِت وتو‬
‫۝‬۳ِ �‫ِب ٱ� َّلص ْب‬
Maksudnya: “Kecuali orang-orang yang beriman dan
beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan
sabar.”
(Surah al-’Asr: 3)

Selain itu, terdapat juga firman Allah yang menyebut:


َ ۖ َٓ ْ َ َّ َّ َ َ ۚ َ ٰ َ ْ َ َّ َ ْ ُ َّ ُ ْ‫َ َٰ َ َ �ض‬
‫ٱلز َب ُد ف َيذ َه ُب ُجفا ًء َوأ َّما َما‬ ‫فأما‬ ‫كذ ِلك ي ِ ب ٱلل ٱلق وٱلبـ ِطل‬
َ ٰ ۚ ْ َ‫َ َ ُ َّ َ َ َ ْ ُ ُ ف ْ أ‬
‫۝‬ ُ َّ ‫َك َذ ِل َك َي�ضْ ُب‬
١٧ ‫ٱلل ْ أٱل ْم َث َال‬ ‫ينفع ٱلناس فيمكث ِ� ٱلر ِض‬
ِ
Maksudnya: “Demikianlah Allah memberi misal
perbandingan tentang perkara yang benar dan yang
salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia
hanyut terbuang, manakala benda-benda yang
berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di
bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal
perbandingan.”
(Surah al-Ra’d: 17)

Jika bangsa kita sentiasa memperjuangkan yang hak,


nescaya bangsa kita akan kekal di muka bumi ini. Namun
jika yang kita perjuangkan adalah kebatilan, kita akan
lenyap sebagaimana lenyapnya umat-umat batil terdahulu
seperti kaum Nabi-Nabi terdahulu yang dibinasakan oleh
Allah kerana kebatilan mereka.

Al-Quran juga berpesan supaya tidak meragui kebenaran


yang telah ditemui sepertimana firman Allah SWT :
َّ‫َف َل َت ُك نَ ن‬ ۖ َ ّ َّ َْ
۱٤٧ �َ‫و� ِم َن ْ ُٱل ْم تَ ِ� ي ن‬
‫۝‬ ‫ٱل ُّق ِمن ر ِبك‬

59
Maksudnya: “Kebenaran itu datang dari Tuhanmu,
maka janganlah kamu termasuk dalam golongan
orang-orang yang ragu.”
(Surah al-Baqarah: 147)

Ketika mencari kebenaran, jangan hanya bersuluhkan


akal, tetapi mestilah meletakkan kitab Allah SWT iaitu
al-Quran dan juga Sunnah Nabi SAW sebagai panduan.
Sebagaimana firman Allah SWT :
َ ۚ ُ َّ َ ٰ َ َ ٓ َ َّ �َ‫ك َب ْ ن‬ ُ ْ َ ّ َ ْ ‫نَّ ٓ َ ن زَ ْ َ ٓ َ ْ َ ْ َ ٰ َ ٱ‬
‫ٱلل َول‬ ‫اس ِب�ا أرىك‬ِ ‫ٱلن‬ َ
‫ِإ� أ�لنا ِإليك ٱل ِكتـب ِب�ل ِق ِلتح ي‬
١٠٥ ‫َت ُكن ِّل ْل َخ ٓا ِئ ِن ي نَ� َخ ِص ي� ًما‬
‫۝‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah turunkan
kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Allah dengan
membawa kebenaran, agar engkau memutuskan di
antara manusia dengan keputusan yang diperlihatkan
Allah kepadamu. Janganlah engkau menjadi pembela
bagi orang-orang khianat.”
(Surah al-Nisa’: 105)

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

60
SUAMI MENJADI TELADAN KEPADA KELUARGA

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Suami Menjadi Teladan Kepada Keluarga.

Sebagai seorang lelaki yang bergelar suami, hendaklah


menunjukkan contoh teladan yang terbaik kepada ahli
keluarga, sehingga dapat diikuti kebaikan itu oleh isteri
dan anak-anak. Tidak hanya menyuruh ahli keluarga
melakukan kebaikan, tetapi suruhan ini perlu disertakan
dengan contoh dan didikan.

Hal ini kerana terdapat para suami yang hanya menyuruh


anak-anaknya menunaikan solat, namun dia sendiri tidak
solat. Ada juga yang melarang anak-anaknya bercakap
kasar dengan ibu bapa, tetapi dia juga yang bercakap kasar
kepada kedua orang tuanya. Ada juga yang menyuruh
isteri berbuat baik kepada suami, tetapi dia sendiri bersikap
kasar kepada isterinya.

61
Inilah sebahagian dari keadaan yang wujud dalam
masyarakat kita pada hari ini. Bak kata pepatah; “Bagaikan
ketam mengajar anaknya berjalan lurus”. Maksudnya ialah,
seperti seseorang yang memberi nasihat kepada orang
lain, tetapi dia sendiri tidak mengamalkan nasihat tersebut.
Allah SWT berfirman:
َ َّ َ ً ْ َ ُ َ َ
ِ ‫۝ ك ب َ� مقتا ِعند‬
‫ٱلل أن‬ ٢ ‫َي ٰٓـأ يُّ َ�ا َّٱل ِذ ي نَ� َء َام ُن ۟وا ِ َل َت ُقوُل َون َما َل َت ْف َع ُل َون‬
‫۝‬٣ ‫َت ُقوُل ۟وا َما َل َت ْف َع ُل َون‬
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman!
mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak
melakukannya! amat besar kebenciannya di sisi Allah
- kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak
melakukannya.”
(Surah as-Saff:2-3)

Seorang suami yang beriman, tidak akan sesekali


membiarkan isteri dan anak-anaknya dalam keadaan
mendedahkan aurat atau berpakaian dengan cara yang
tidak wajar dan tidak sanggup membiarkan ahli keluarga
mereka berada dalam keadaan yang lagha serta tidak
menjaga batas perhubungan dengan yang bukan mahram.

Suami yang tidak menasihati dan berusaha mengubah


kemungkaran yang berlaku di dalam keluarganya
tergolong dalam suami yang dayus, sepertimana Nabi
SAW bersabda:

ُ ْ ُّ ْ َ‫ ُم ْدم ُن ْ خ‬،‫الل َع َل ْ� ُم الج َْ َّن َة‬


‫ َوال َّد ُّيوث‬،‫ َوال َعاق‬،‫ال ْم ِر‬
َّ َْ ٌ ََ َ
ِ ‫ثالثة قد َح َّر َم ُ ِي‬
َ ُ‫َّ ْ ُ ُّ ف َ ْ ْ خ‬
‫ال ْبث‬ ‫ال ِذي ي ِقر ِ� أه ِ ِل‬

62
Ertinya: “Ada tiga golongan yang Allah haramkan
masuk syurga iaitu: peminum arak yang tegar,
penderhaka kepada orang tua, dan (lelaki yang)
dayyus, (iaitu) seorang lelaki yang membiarkan ahli
keluarganya melakukan perbuatan yang keji.”
(Riwayat Ahmad - Sahih)

Tanggungjawab suami dan bapa adalah besar dan berat


termasuk memberi perlindungan dan keselamatan kepada
ahli keluarga di dunia dan di akhirat.

Oleh itu, jadilah suami dan bapa yang memberikan contoh


teladan yang baik kepada isteri dan anak-anak. Ajaklah
isteri dan anak-anak untuk sama-sama mentaati perintah
Allah dan menjauhi larangan-Nya.

Suami yang berakhlak mulia akan menjadi contoh teladan


dan ikutan yang terbaik buat ahli keluarga. Semoga
dengan kasih sayang yang diberikan oleh suami dan bapa
boleh menyemarakkan lagi kebahagiaan dan kemakmuran
dalam sesebuah keluarga. Allah SWT berfirman:
ْ ْ َ ‫َ َّ نَ َ ُ ُ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ْ َ ْ َٰ َ َ ُ ّ َّ ٰ َ ُ َّ َ َ ْ ُ ن‬
‫ٱج َعل َنا‬‫وٱل ِذ ي� يقولون ر بنا هب لنا ِمن أزو ِجنا وذ ِر يـ ِتنا قرة أع ي ٍ� و‬
‫۝‬٧٤ ‫ِل ْ ُل َّت ِق ي نَ� ِإ َم ًاما‬
Maksudnya:”Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu
ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami
pasangan-pasangan dan zuriat keturunan kami
sebagai penyejuk hati, dan jadikanlah kami imam
(ikutan) bagi orang yang bertaqwa.”
(Surah al-Furqan: 74)

ُ َ ّ ُ َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ َ ُ َ َّ َ ُ َ َ ْ َ ُ ْ َ ّ َ
‫الل َوَ ب َ�كته‬
ِ ‫لل التو ِفيق وا ِهلداية والسلم عليك ورحة‬
ِ �‫و ِب‬

63
MENJADI PENDENGAR YANG BAIK

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Menjadi Pendengar Yang Baik

al-Imam al-Hasan al-Basri RH pernah berkata:


ََْ َ ْ َ َ َ ََْ َ ُْ َ ْ َ َ َ
‫ َو ِإذا َجال ْس َت ال ُع َل َاء فأن ِص ْت‬،‫ال َّهال فأن ِص ْت ُل ْم‬ ‫ِإذا جالست ج‬
َ ْ ‫َّ ف‬ ْ ْ ْ‫َ ٌَ ف‬ ْ َ َ ‫َ َ َّ ف‬
‫ َو ِإن ِ ي ْ� ِإن َصا ِتك‬،‫ال ِل‬ِ �‫ ف ِإن ِ ي ْ� ِإن َصا ِتك ِلل ُج َّه ِال ِز ي�دة ِ ي‬،‫ُل ْم‬
ْ ْ ‫ٌ ف‬ َ ْ
‫ِلل ُع َل ِاء ِز َ ي� َدة ِ ي ْ� ال ِع ِل‬
Ertinya: “Apabila kamu duduk dalam majlis orang yang
jahil hendaklah kamu diam dan apabila kamu duduk
dalam majlis orang alim (beri tumpuan), maka
hendaklah kamu diam, kerana sesungguhnya diamnya
kamu terhadap orang jahil akan menambah
kesantunan. Sesungguhnya diamnya kamu terhadap
orang alim akan menambahkan ilmu.”

64
Ungkapan hikmah di atas mengajak kita mengenepikan
ego diri, supaya kita boleh menjadi seorang pendengar
yang baik.

Menjadi pendengar yang baik bermakna kita bersedia


mendengar segala idea dan pandangan, nasihat, teguran
dan tunjuk ajar yang baik dari sesiapa sahaja, tanpa
mengira status pemberi nasihat.

Dalam al-Quran, kita bukan sahaja diajar menjadi


pendengar yang baik, juga menjadi pendengar yang teliti,
iaitu mendengar sambil memikir dan menilai apa yang
didengari. Dalam surah al-Zumar, Allah SWT menyebut
tentang Ulul Albab, sebagaimana firman-Nya:
ۖ ُ َّ ُ ُ ٰ َ َ َ‫ُ ۟ َ ٰٓ َ َّ ن‬ ۚ َ َ َّ َ َ َ ْ َ َّ
‫أولـ ِئك ٱل ِذ ي� هدىم ٱلل‬ ‫ٱل ِذ ي نَ� َي ْس َت ِم ُعون ٱلق ْول ف َيت ِب ُعون أ ْح َس َن ُه ٓۥ‬
ْ َ‫َ ُ ۟ َ ٰٓ َ ُ ْ ُ ۟ ُ ۟ ْ أ‬
‫۝‬
۱٨ ‫وأولـ ِئك ه أولوا ٱللبـ ِب‬
ٰ َ
Maksudnya: “Mereka yang berusaha mendengar
perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu
mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-
baiknya (pada segi hukum ugama); mereka itulah
orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah
dan mereka itulah orang-orang yang berakal
sempurna.”
(Surah al-Zumar: 18)

Perkara yang perlu untuk kita dengar ialah kalam Allah,


Allah SWT berfirman:
َ
٢٠٤ ‫َو ِإ َذا ُق ِر َئ ْٱل ُق ْر َء ُان َف ْٱس َت ِم ُع ۟وا َ ُلۥ َوأ ِنص ُت ۟وا َل َع َّل ُ ْك تُ ْ� َ ُح َون‬
‫۝‬
Maksudnya: “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan,
maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan
sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya
kamu beroleh rahmat.”
(Surah al-A’raf: 204)

65
Diikuti dengan kalam Rasul SAW dan seterusnya kalam-
kalam hikmah dari ahli ilmu dan pandangan serta nasihat
yang baik dari sesiapa sahaja.

Kita dikurniakan Allah SWT dengan dua mata dan dua


telinga, tetapi hanya satu lidah dan mulut. Ada ahli hikmah
berkata, kerana Allah ingin kita lebih banyak melihat dan
mendengar dari bercakap.

Begitu juga, bila kita lahir, kita diberikan kebolehan


mendengar dan melihat sebelum kebolehan bercakap.
Hikmahnya ialah sebelum bercakap, lihat-lihat dan dengar-
dengar dahulu. Jika perlu bercakap, barulah kita bercakap.
Jika tidak perlu, lebih baik diam sahaja.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

66
BERSABAR DALAM MENGHADAPI UJIAN HIDUP

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Bersabar Dalam Menghadapi Ujian Hidup.

Sepertimana yang kita ketahui sesungguhnya dunia


ini merupakan pentas ujian buat kita semua. Tidak ada
seorang pun dari kalangan kita yang terlepas daripada
diuji. Hanya bentuk ujian sahaja yang berbeza. Allah SWT
telah memberi khabar gembira kepada orang-orang yang
bersabar ketika ditimpa ujian musibah di dalam hidup ini
sebagaimana Allah SWT berfirman:
ُ َ‫ْ أ‬ َ‫ْ أ‬ ْ َ َ ُ ْ َ ْ َ‫َ َ َ ْ ُ َ َّ ُ شَ ْ ّ َ ْ خ‬
‫ص ِّم َن ٱل ْم َٰو ِل َوٱلنف ِس‬ ٍ ‫ٱل ِوع ونق‬ ‫ولنبلونك ِب� ٍء ِمن ٱلو ِف و ج‬
َّ ۟ ُ َ ٌ َ َٓ َّ ۗ َٰ َ َّ َ
َّ �ِّ‫ت َو َب ش‬
‫۝ ٱل ِذ ي نَ� ِإذا أ َص ٰـ َب تْ ُ�م ُّم ِص َيبة قال ٓوا ِإ نَّ� ِل ِل‬
١٥٥ �َ‫ٱلص ٰـ ِب ِ� ي ن‬ ِ ِ ‫وٱلثمر‬
ۖ ٌ َ ْ َ َ ْ ّ َّ ّ ٌ َٰ َ َ ْ ْ َ َ َ ٰٓ َ ۟ ُ
‫۝ أولـ ِئك عل ي ِ�م صلوت ِمن ر ِب ِ�م ورحة‬ ١٥٦ ‫َو ِإ نَّ ٓ� ِإ َل ْي ِه َٰر ِج ُع َون‬
ُ
‫۝‬ ١٥٧ ‫َوأ ۟وَل ٰٓـ ِئ َك ُ ُه ْ ُٱل ْه َت ُد َون‬
67
Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami akan menguji
kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan,
kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.
Dan berilah berita gembira kepada orang yang sabar.
(Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu
kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami
adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami
kembali.” Mereka itu ialah orang yang dilimpahi
dengan pelbagai kebaikan daripada Tuhan mereka
serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang yang
mendapat petunjuk hidayah-Nya”.
(Surah al-Baqarah: 155-157)

Allah SWT tidak akan menimpakan ujian dan dugaan di


luar kemampuan hamba-hamba-Nya. Kadangkala kita diuji
dengan pelbagai bentuk ujian sama ada ujian kesenangan
mahupun kesusahan, atau diuji dengan harta-benda
sama ada kekayaan atau kemiskinan, atau diuji dengan
kehilangan atau kematian orang yang tersayang, wabak
penyakit berjangkit dan sebagainya.

Oleh yang demikian, jika kita ditimpa ujian dan musibah, kita
wajib bersabar, janganlah bersangka buruk terhadap Allah
SWT dan beranggapan bahawa kita adalah orang yang
paling malang, kerana setiap ujian itu pasti ada hikmahnya.
Berusahalah menghadapi ujian tersebut dengan mencari
jalan penyelesaian yang bijaksana, bersabar, berdoa,
bertawakal dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Nabi
SAW bersabda:
َ َ َ َ َ َ ُ ْ ‫يب‬
‫ َول‬،‫ َول ُح ْز ٍن‬،‫ َول ٍ ّه‬،‫ َول َو َص ٍب‬،‫ال ْس ِ َل ِم ْن ن َص ٍب‬ ُ ‫َما ُي ِص‬
َ َ ُ َّ ‫ إ َّل َك َّف َر‬،‫اكا‬ُ َ ُ َ ْ َّ َّ‫َ ً َ َ غَ ّ َ ت‬
‫الل ِب َ�ا ِم ْن خط َ يا� ُه‬ ِ َ ‫ ح� الشوك ِة يش‬،�ٍ ‫ ول‬،‫أذى‬
Ertinya: “Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu
penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan,
gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang
melukainya, melainkan Allah SWT akan menghapus

68
(dosa-dosa) kesalahannya”.
(Riwayat al-Bukhari)

Ketahuilah, sesungguhnya sabar itu adalah anugerah


terindah yang menjanjikan pelbagai kurniaan dan ganjaran.
Antaranya: orang yang sabar mempunyai kedudukan
tinggi di sisi Allah SWT, mendapat keampunan, rahmat
dan pentunjuk daripada Allah SWT dan mendapat balasan
yang lebih baik daripada Allah SWT.

Akhirnya, sebagai hamba Allah hendaklah kita sentiasa


bersabar dalam menghadapi segala ujian dan dugaan
kerana semua itu adalah ketentuan dan ketetapan Allah
SWT.

Ingatlah, Allah SWT akan sentiasa bersama kita


sebagaimana yang dijanjikan dalam al-Quran bahawa
Allah SWT sentiasa mengasihi dan bersama-sama orang
yang bersabar.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT limpahkan


kesabaran pada hati dan diri kita dan dimatikan sebagai
orang Islam, sebagaimana firman Allah SWT:
َ
١٢٦ �َ‫َر َّب َن ٓا أ ْف ِر ْغ َع َل ْي َنا َص ْب ً�ا َوَت َو َّف َنا ُم ْس ِ ِل ي ن‬
‫۝‬
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah
kesabaran kepada kami dan matikanlah kami sebagai
orang Islam.”
(Surah Al-A’raf: 126)

ُ َ ّ ُ َ ْ َ َ ْ ُ ْ َ َ ُ َ َّ َ ُ َ َ ْ َ ُ ْ َ ّ َ
‫الل َوَ ب َ�كت ُه‬
ِ ‫لل التو ِفيق وا ِهلداية والسلم عليك ورحة‬
ِ �‫و ِب‬

69
LARANGAN MEMBAZIR

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Larangan Membazir.

Islam amat melarang umatnya melakukan segala bentuk


perbuatan yang boleh membawa kepada pembaziran,
sehinggakan Allah menyifatkan orang-orang yang suka
membazir itu sebagai saudara syaitan, sepertimana Allah
SWT berfirman:
ّ
۲٧ ‫ِإ َّن ْ ُٱل َب ِذ ِر ي نَ� َك ُن ٓو۟ا ِإ ْخ َٰو َن َّٱلش َي ٰـ ِط ي ِن� ۖ َو َك َن َّٱلش ْي َط ٰـ ُن ِل َر ِّب ِهۦ َك ُف ًورا‬
‫۝‬
Maksudnya:”Sesungguhnya orang-orang yang boros
itu adalah saudara-saudara syaitan, sedangkan
syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur
kepada tuhannya.”
(Surah al-Israa’: 27)

70
Al-Imam Ibnu Katsir RH telah menjelaskan ayat ini di dalam
kitab tafsirnya:

“Bahawasanya orang-orang yang boros itu menjadi


saudara syaitan kerana dia melakukan perbuatan
yang bodoh, tidak taat serta derhaka kepada Allah
SWT. Syaitan itu kufur kepada Tuhannya kerana
kekufuran terhadap nikmat yang diberikan kepadanya.
Bahkan, dibalasnya pula dengan perbuatan derhaka
dan menyalahi perintah Allah SWT.”

Ingatlah, Ketika kita semua dilimpahkan oleh Allah SWT


dengan pelbagai rezeki, masih ramai lagi manusia yang
kebuluran dan susah di luar sana yang terpaksa berjuang
untuk hidup, tetapi kita sewenang-wenangnya membuang
makanan yang berlebihan tanpa rasa bersalah. Allah SWT
berfirman:
ۚ ۟ ُ ْ ُ َ َ ۟ ُ َ ْ‫َ ُ ُ ۟ َ ش‬
٣۱ �َ‫ِإ َّن ُهۥ َل ي ُ ِ� ُّب ْ ُٱل ْ ِس ِف ي ن‬
‫۝‬ ‫سف ٓوا‬
ِ ‫وكوا وٱ� بوا ول ت‬
Maksudnya: Makan dan minumlah, dan jangan berlebih-
lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-
orang yang berlebih-lebihan.
(Surah al-A’raf: 31)

Rasulullah SAW bersabda:


َ َ َ
‫اف َول ِ خم ْي ةٍل‬ َ ْ ‫ َو ْال َب ُسوا ِ ف ي ْ� َغ ْي ِ� ِإ‬،‫ُ ُكوا َو َت َص َّد ُقوا‬
ٍ ‫س‬
Ertinya: “Makan dan bersedekahlah, serta
berpakaianlah dengan tidak berlebihan dan bersikap
sombong.”
(Riwayat an-Nasa’i - Sahih)

Oleh itu, terdapat beberapa cara yang boleh kita amalkan


agar dapat mengelakkan diri daripada melakukan
pembaziran, terutamanya yang melibatkan makanan, iaitu:

71
Pertama: Sebelum membeli makanan, fikirlah dahulu,
supaya tidak tersalah beli atau jika hendak memasak,
anggarkan kuantiti makanan yg sesuai dengan bilangan
ahli keluarga atau tetamu yang bakal hadir.

Kedua: Jika setelah selesai makan, tapi masih berbaki,


simpanlah makanan itu supaya boleh dimakan kemudian.

Ketiga: Jika makanan yang lebih masih dalam keadaan


elok janganlah dibuang, kerana masih ramai saudara kita
yang kurang bernasib baik.

Ketahuilah, perbuatan membazir merupakan satu tabiat


buruk manusia yang sering terjadi apabila mereka diuji
oleh Allah SWT dengan dikurniakan pelbagai rezeki atau
nikmat yang banyak. Mereka seolah-olah lupa bahawa
rezeki yang diperolehi itu sebenarnya datang daripada
Allah SWT. Mereka menggunakan rezeki tersebut secara
tidak wajar dan bukan pada tempat yang sepatutnya.

Oleh itu, kita hendaklah menjauhi sikap pembaziran


tersebut agar mendapat keredhaan Allah SWT di dunia
dan di hari akhirat kelak.

Mudah-mudahan dengan menjauhkan diri daripada


melakukan segala bentuk pembaziran kita tergolong dalam
golongan para hamba-Nya yang sentiasa bersyukur diatas
limpahan rezeki yang telah dikurniakan-Nya. Allah SWT
berfirman:
َ َّ ُ َ َ َ ۖ ْ ُ َّ َ َ‫َ ْ تَ أَ َّ َ َ ُّ ُ ْ َ ئ ن َ َ ْ تُ ْ َ أ‬
�‫ك َول ئ ِ ن� كف ْر ت ْ� ِإن َعذ ِبا‬ ‫و ِإذ �ذن ر بك ل ِ� شكر� ل ِز يدن‬
‫۝‬٧ ‫َل َش ِد ٌيد‬

72
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu
memberitahu: “Demi sesungguhnya, jika kamu
bersyukur pasti Aku akan tambahkan nikmat-Ku
kepada kamu, dan sesungguhnya, jika kamu kufur
ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”.
(Surah Ibrahim: 7)

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

73
MAKSUD REZEKI YANG SEBENAR

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat dan salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Maksud Rezeki Yang Sebenar

Ketika mana anda tidak dikurniakan rezeki berbentuk


makanan, minuman, pekerjaan dan perniagaan, akan
datang pula rezeki yang lain iaitu rezeki balasan baik dan
pahala dari Allah SWT. Bukankah kita semua akan diberi
pahala apabila bersabar dengan setiap musibah yang
menimpa? Oleh yang demikian, apabila ada rezeki di dunia
yang kita tidak memperolehinya, ia akan membuka pintu
rezeki yang lain iaitu rezeki di akhirat dan ia lebih utama.
Allah SWT berfirman:
ُ
‫۝‬٤‫َوَل ْ َٔل ِخ َر ُة َخ ْي ٌ� َّل َك ِم َن ْ أٱل َ ٰول‬
Maksudnya: “Dan sesungguhnya akhirat itu adalah
lebih baik untukmu berbanding dunia”
(Surah al-Dhuha: 4)

74
Seseorang yang bijak, adalah orang yang tahu menentukan
rezeki yang sebenar. Ramai di kalangan kita, jika ditanya
apakah rezeki yang telah Allah kurniakan kepadanya?
Kebiasaannya jawapan pertama yang terlintas di fikiran
mereka ialah rezeki makanan, minuman, anak-pinak,
kerjaya, barangkali juga rumah atau seumpamanya.

Akan tetapi, sebenarnya rezeki bukan terhenti sekadar itu


sahaja. Bahkan, terdapat rezeki yang lebih afdhal dan yang
lebih kekal iaitu rezeki yang berbentuk balasan baik dan
pahala. Sebenarnya, itulah rezeki yang lebih kekal. Adapun
rezeki harta benda hanyalah rezeki yang sementara. Maka,
solat yang kita tunaikan juga dikira sebagai rezeki, zikir-
zikir yang kita baca pada pagi dan petang, selepas solat
fardhu semuanya adalah rezeki.

Tambahan, jika kita mampu bangun pada 1/3 akhir


malam ketika mana orang lain sedang nyenyak tidur,
kita bersendirian, tidak diperhatikan oleh sesiapa dan
dapat menunaikan solat dua rakaat. Maka, ia sebahagian
daripada rezeki. Bahkan, jika kita dapat menunaikan solat
Subuh ketika mana masih ramai yang langsung tidak
bangun pagi untuk menunaikan solat Subuh, maka ianya
juga adalah rezeki.

Demikian juga ketika kita berhadapan dengan ujian, lalu


Allah kurniakan kekuatan bersabar menghadapinya,
sehinggalah ujian itu selesai. Itu juga adalah satu rezeki.
Sama halnya, kadang-kala ketika menunaikan solat, kita
merasakan fikiran kita melayang-layang. Tiba-tiba kita
tersedar, lalu bersegera memberikan tumpuan kepada
solat. Sedarilah, rasa tersedar ini adalah daripada Allah
dan ia merupakan satu rezeki.

Inilah rezeki yang sebenar, iaitu rezeki yang kekal sehingga


hari kiamat, yang akan tercatat di dalam buku catatan

75
amalan anda di akhirat kelak, kita semua berharap agar
buku catatan itu akan diserahkan kepada tangan kanan
kita. Inilah rezeki yang sebenar. Ia bukanlah sebuah kereta,
bukan juga sebuah rumah, bukan juga sejumlah bayaran
gaji yang lumayan. Sesungguhnya, rezeki berbentuk harta
akan dikurniakan kepada semua makhluk Allah SWT,
samada dia seorang yang soleh mahupun seorang yang
jahat. Adapun rezeki berbentuk balasan kebaikan dan
pahala, ia tidak akan dikurniakan oleh Allah melainkan
untuk orang-orang yang dikasihi-Nya sahaja.

Oleh itu, sebelum kita bersedih disebabkan kelewatan


kurniaan rezeki, kita wajib terlebih dahulu mengetahui,
apakah rezeki yang wajar ditangisi kelewatannya, dan
apakah pula rezeki yang kelewatannya itu dikira sebagai
suatu rezeki yang lain pula.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

76
MENGINGATI KEMATIAN

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Mengingati Kematian.

Sesungguhnya kematian itu suatu peringatan yang penting


buat manusia yang benar-benar beriman kepada Allah dan
hari Akhirat. Sikap manusia yang sering leka dan alpa
dengan keseronokkan kehidupan di dunia boleh membawa
kepada melupai adanya hari pembalasan selepas
kematian, sebagaimana golongan fasik yang melupai Allah
SWT. Firman Allah SWT:

ُ َ َ
١٩ ‫ٱلل َفأ َنس ٰ ُى ْم أ ُنف َ ُس ْم ۚ أ ۟وَل ٰٓـ ِئ َك ُ ُه ْٱل َف ٰـ ِس ُق َون‬
‫۝‬ َ َّ ‫َ َول َت ُك ُون ۟وا َ ٱك َّل ِذ نَ� َن ُس ۟وا‬
‫ي‬

77
Maksudnya: “Dan janganlah kamu menjadi seperti
orang yang melupakan Allah, sehingga Allah
menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka
itulah orang yang fasik.”
(Surah al-Hasyr: 19)

Umat Islam perlu sedar tujuan sebenar Allah SWT mencipta


kita di atas muka bumi ini, untuk beribadah kepada Allah
SWT. Kehidupan dunia ini yang penuh dengan tipu daya
banyak melalaikan kita umat Islam daripada beribadah
kepada-Nya. Sebagaimana firman Allah SWT:

١٨٥ ‫ٱل َي ٰو ُة ُّٱلد ْن َي ٓا ِإ َّل َم َت ٰـ ُع ْٱل ُغ ُر ِور‬


‫۝‬ َ ْ ‫َو َما‬
Maksudnya: “Dan tidaklah kehidupan dunia itu
melainkan kesenangan yang melalaikan.”
(Surah Ali ‘Imran: 185)

Dalam ayat lain, Allah SWT berfirman:


ۗ َ ُ َّ َ َ‫َ َ ْ َ َ ٰ ُ ُّ ْ َ ٓ َّ َ ٌ َ َ ْ ٌ ۖ َ َ َّ ُ ْ َٔ َ ُ َ ْ ٌ ّ َّ ن‬
‫وما ٱليوة ٱلدنيا ِإل ل ِعب ولو وللدار ٱل ِخرة خ ي� ِلل ِذ ي� يتقون‬
َ
‫۝‬٣٢ ‫أ َف َل َت ْع ِق ُل َون‬
Maksudnya: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia
melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang
melalaikan. Sesungguhnya negeri akhirat itu lebih
baik bagi orang yang bertaqwa. Maka, tidakkah kamu
mahu berfikir?”
(Surah al-An’aam: 32)

Sesungguhnya kematian itu suatu yang pasti mendatangi


setiap makhluk-Nya, walau apa keadaan sekalipun, sama
ada tua atau muda, sihat atau sakit, kaya atau miskin, baik
atau jahat. Allah SWT berfirman:

78
َ ۖ ْ ُ ُ َ َّ ُ ۗ َ ْ ُ َ ٓ َ ْ َ ُّ ُ
‫ٱل ْو ِت َو ِإ نَّ َ�ا ت َوف ْون أ ُج َور ْك َي ْو َم ٱل ِق َي ٰـ َم ِة ف َ�ن‬ ‫ك نف ٍس ذا ِئقة‬
ََ ْ َ َ َ َّ َ ْ َ ْ ُ َ َّ َ َ ْ ُ
‫۝‬١٨٥ ‫زح ِزح ع ِن ٱلن ِار وأد ِخل جٱلنة فقد فاز‬
Maksudnya: “Setiap yang bernyawa akan merasai mati,
dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan
disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga
maka sesungguhnya dia telah berjaya.”
(Surah Ali ‘Imran: 185)

Kematian adalah ketetapan daripada Allah SWT. Apabila


disebutkan tentang kematian, semua orang pasti ingin
menyatakan tidak mahu atau belum bersedia untuk
menghadapinya. Tetapi kematian yang kita cuba lari
darinya itu tidak akan berhenti mengejar kita, hingga tiba
saat yang ditetapkan oleh Allah SWT. Allah berfirman:
َ َ ُ ۖ ُ ٰ َ ُ ُ َّ َ ُ ْ َ َ َّ َ ْ َ ْ َّ ْ ُ
‫يك ث َّ� تُ َ� ُّدون ِإ ٰل َع ٰـ ِ ِل‬
ْ ‫قل ِإن ٱلوت ٱل ِذى ت ِف ُّرون ِمنه ف ِإنهۥ ملـ ِق‬
‫۝‬٨ ‫ٱل� ٰـ َد ِة َف ُي َن ِّب ُئ ُك ِب َ�ا ُك تُ ْن� َت ْع َم ُل َون‬
َ َّ‫ْٱل َغ ْيب َو ش‬
ِ
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad):
Sesungghnya kematian yang kamu lari darinya itu,
pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan
dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala
yang ghaib dan yang nyata. Maka Dia memberitakan
kepada kamu apa yang telah kamu lakukan.”
(Surah al-Jumu’ah: 8)

Justeru, Islam menyuruh umatnya supaya sentiasa


mengingati kematian. Rasulullah SAW bersabda dalam
sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA:
َّ َّ َ ْ َْ
ِ ‫أ ك ثِ ُ�وا ِذ ك َر ه ِاذ ِم اللذ‬
‫ات‬

79
Ertinya: “Perbanyakkanlah mengingati pemutus
kenikmatan (kematian).”
(Riwayat Ibnu Majah-Hasan)

Orang yang banyak mengingati kematian dan


mempersiapkannya dengan iman yang benar, tauhid yang
murni, amal soleh yang sesuai dengan tuntutan, dengan
niat yang ikhlas, maka itulah orang yang paling berakal.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

80
TOLONG MENOLONG SESAMA MUSLIM

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan dapat memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Tolong Menolong Sesama Muslim.

Sikap saling membantu antara satu sama lain merupakan


salah satu ciri khas dalam budaya Islam. Sebagaimana
Firman Allah SWT:
۟ ُ َّ ۚ ْ ْ ْ َ َ ۟ ُ َ َ َ َ َ ۖ ٰ َ ْ َّ َ ّ ْ َ َ ۟ ُ َ َ َ َ
‫ٱل ث ِ� َوٱل ُع ْد َٰو ِن َوٱتقوا‬
‫وتعاونوا عل ٱل ِب ِ� وٱلتقوى ول تعاونوا عل ِإ‬
َ َّ ‫ٱلل ۖ إ َّن‬
‫۝‬۲ ‫ٱلل َش ِد ُيد ْٱل ِع َق ِاب‬ َ َّ
ِ
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tolong-menolong
dalam kebaikan dan ketakwaan. Dan jangan tolong-
menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan
hendaklah kamu bertakwa kepada Allah,
sesungguhnya siksa Allah sangat berat.”
(Surah al-Maidah: 2)

81
Seseorang yang beriman apabila hidupnya diberikan
rezeki yang cukup, tempat tinggal yang baik dan selesa
maka hendaklah membantu saudaranya yang hidup serba
daif. Bandingkan keluarga mereka yang kurang bernasib
baik dengan kehidupan kita yang serba cukup. Lihatlah
bagaimana Allah SWT telah memudahkan jalan hidup
kita dengan berbagai nikmat. Perhatikan juga bagaimana
mereka itu diuji dengan kehidupan yang serba kekurangan.
Maka sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah SWT,
cinta dan kasih kita sesama saudara muslim, hulurkanlah
bantuan buat mereka semampu yang mungkin. Nabi SAW
bersabda:
َ َ َ َ
‫ َو َج ُار ُه َجا ِئ ٌع ِإل َج ْن ِب ِه َو ُه َو َي ْع ُل ِب ِه‬،‫ َم ْن َ ب� َت ش ْب َعان‬،�‫َما َآم َن ِب ْ ي‬
Ertinya: “Tidak sempurna iman seseorang kepadaku,
sesiapa yang tidur dalam keadaan kenyang dan dia
tahu jirannya di sebelah rumah dalam kelaparan”.
(Riwayat al-Tabarani - Sahih)

Hadis ini bererti kurangnya kesempurnaan iman seseorang


yang dalam keadaan kenyang, namun tidak mempedulikan
jiran yang kelaparan. Sebaliknya, sikap terpuji dan tanda
cinta kepada saudara muslim ialah dengan membantu
pada kadar termampu. Itulah kesempurnaan iman. Apabila
memberikan sesuatu kepada orang lain bukan bererti kita
menjadi rugi.

Ketahuilah, sesungguhnya apa yang kita miliki hanyalah


pinjaman Allah SWT semata-mata. Bahkan dalam hadis
menceritakan, sesiapa yang membantu seseorang
yang dalam kesusahan di dunia maka Allah SWT akan
menghilangkan satu kesusahan darinya di hari kiamat.
Sepertimana Nabi SAW bersabda:

82
ً ُ ُ ّ ‫ َن َّف َس‬،‫الد ْن َيا‬ ُّ ‫َم ْن َن َّف َس َع ْن ُم ْؤمن ُك ْر َب ًة م ْن ُك َرب‬
‫الل َع ُنه ك ْر َبة ِم ْن‬ ِ ِ ٍ ِ
ْ ُّ ‫َ َّ َ ّ ُ َ َ ْ ف‬ ْ ُ َ َ َ َّ ‫ َو َم ْن َي‬.‫الق َي َام ِة‬ ُ
‫الدن َيا‬ �‫ يس الل علي ِه ِ ي‬،‫س‬ ٍ ِ ‫س عل مع‬ ِ ‫ك َر ِب َي ْو ِم‬
‫الل ف� ُّ ْ َ َ آ َ َ ّ ُ ف‬ ّ ً ‫آ‬
‫الل ِ ي� َع ْو ِن‬ ‫ و‬.‫ َو َم ْن َس تَ َ� ُم ْس ِلا َس تَ َ� ُه ُ ِ ي الدنيا وال ِخر ِة‬.‫َوال ِخ َر ِة‬
َ ‫َْ َ َ َ َ ف‬
‫الع ْب ُد ِ ي� َع ْو ِن أ ِخ ْي ِه‬ ‫العب ِد ما كن‬
Ertinya: “Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan
dari kesusahan-kesusahan dunia orang mukmin,
maka Allah akan menghilangkan darinya kesusahan-
kesusahan hari kiamat. Barangsiapa yang memberi
kemudahan orang yang kesulitan (hutang), maka Allah
akan memberi kemudahan baginya di dunia dan di
akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang muslim,
maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan di
akhirat. Sesiapa yang menolong saudaranya, maka
Allah akan menolongnya sebagaimana ia menolong
saudaranya.”
(Riwayat Muslim).

Sesungguhnya tidak akan sempurna iman seseorang


mukmin selagi mana dia tidak menyayangi saudaranya
yang lain sama seperti dia menyangi dirinya sendiri. Ciri-ciri
mukmin yang sempurna imannya adalah dia akan sentiasa
mengambil berat dan peduli tentang keadaan saudaranya
yang lain dengan menghulurkan tangan pada kadar yang
termampu, kerana itulah bukti kasih sayang kita kepada
sesama orang beriman.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

83
MENAHAN AMARAH

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Menahan Amarah.

Perasaan amarah merupakan salah satu sifat fitrah yang


ada di dalam diri setiap manusia. Ia berbeza bagi setiap
orang bergantung kepada bagaimana dia dapat mengawal
perasaan marah dalam dirinya. Bagi mencapai darjat iman
dan taqwa, dia hendaklah berusaha mengawal perasaan
amarahnya kerana ia salah satu sifat yang tidak disukai
oleh Allah SWT.

Sifat amarah yang melampau itu datang dari nafsu amarah


dan hasutan syaitan. Nabi SAW bersabda:
َْ َ َ َ َ َّ َ ُ ّ َّ ّ َّ َ َ ً ُ َ َّ
‫ ل تغ َض ْب‬:‫ قال‬،�ْ‫ أ ْو ِص ِ ن ي‬:‫الل َعل ْي ِه َو َسل‬ ‫أن رجل قال للن ِب ي� صل‬
ِ
ْ‫ ل َت ْغ َضب‬:‫ قال‬،‫َف َر َّد َد ِم َر ًارا‬
َ َ َ

84
Ertinya: “Seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW,
“Berilah aku wasiat” Baginda bersabda:”Janganlah
kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi beberapa
kali, (namun) Baginda tetap bersabda: “janganlah
kamu marah.”
(Riwayat al-Bukhari)

Jika kita renungi, hadis ini sangat pendek dan ringkas tetapi
pengajarannya amat mendalam. Pengabaian kita terhadap
nasihat Nabi SAW ini akan menyebabkan pelbagai
keburukan akan berlaku seperti kesedihan, kekecewaan,
dan kekesalan. Bahkan ia juga dapat membawa mudarat
kepada pihak lain. Rasulullah SAW bersabda:
َّ ‫الش ْي َط َان ي َ ْ�ري م َن ْال ْن َسان َ ْم َرى‬
‫الد ِم‬
َّ َّ
‫ِإن‬
‫ج ِ ِ ِإ ِ ج‬
Ertinya: “Sesungguhnya syaitan bergerak dalam diri
manusia melalui aliran darah.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Apabila syaitan mula membisikkan kejahatan disebabkan


seseorang yang tidak dapat menahan kemarahannya,
maka orang itu akan melakukan tindakan-tindakan di luar
batasan, seperti memaki hamun, memukul dan ada yang
sampai ke tahap membunuh disebabkan kemarahan yang
tidak dapat dikawal.

Oleh itu, bagi mereka yang merasakan dirinya mudah


untuk marah, maka terdapat beberapa cara yang boleh
diamalkan untuk meredakan kemarahan, antaranya seperti
saranan Nabi SAW ini:
َْ َ ْ َ َْ ٌ‫َ َ َ َ َ ُ ُ ْ َ ُ َ َ ئ‬
،‫ ف ِإن ذ َه َب َع ْن ُه الغ َض ُب‬،‫ فل َي ْج ِل ْس‬،�‫ا‬ِ ‫ِإذا غ ِضب أحدك وهو ق‬
َ ْ َ َّ
‫َو ِإل فل َي ْضط ِج ْع‬

85
Ertinya: “Apabila salah seorang dari kamu marah
dalam keadaan dia berdiri, hendaklah dia duduk; jika
marahnya hilang. Jika tidak, hendaklah dia berbaring.”
(Riwayat Abu Daud-Sahih)

Nabi SAW telah mengajar kita yang sedang marah supaya


menukar posisi kedudukan, kerana ia boleh meredakan
kemarahan sama ada dia duduk atau berbaring.

Oleh itu, bagi mereka yang datang perasaan marah,


hendaklah memperbanyakkan mengingati ganjaran yang
dijanjikan, kerana Allah SWT menggolongkan mereka
yang dapat mengawal diri ketika marah dalam golongan
orang yang berbuat baik, sebagaimana firman Allah:
ْ َ َْ َْ ٓ ٓ َّ َّ ‫َّ نَ ُ ُ َ ف‬
‫ٱلسا ِء َوٱل�ضَّ َّ ا ِء َوٱلك ٰـ ِظ ِم ي نَ� ٱلغ ْيظ َوٱل َع ِاف ي نَ� َع ِن‬ �ِ ‫ٱل ِذ ي� ي ِنفقون‬
ۗ
‫۝‬١٣٤ �َ‫ٱلل ي ُ ِ� ُّب ْ ُٱل ْح ِس ِن ي ن‬ُ َّ ‫ٱلناس َو‬
ِ
َّ

Maksudnya: “Iaitu orang yang mendermakan hartanya


pada masa senang dan susah, dan orang yang
menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan
kesalahan orang lain. Dan Allah mengasihi orang yang
melakukan kebaikan.”
(Surah Ali-Imran: 134)

Rasulullah SAW bersabda:


َْ َْ ُ َّ َ َّ َ ْ َ
‫ ِإ نَّ َ�ا الش ِد ُيد ال ِذي َي ْ� ِلك نف َس ُه ِع ْن َد الغ َض ِب‬،‫لص َع ِة‬
َ ُّ �‫الش ِد ُيد ِب‬ ‫ليس‬
Ertinya: “Bukanlah orang yang kuat itu orang yang
menang dalam pertarungan, tetapi orang yang kuat
sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya
ketika marah.”
(Riwayat al-Bukhari)

86
Bersabarlah, ia merupakan satu sifat yang cukup hebat.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

87
PELIHARA WAKTU SOLAT KITA

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat dan salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Pelihara Waktu Solat.

Solat merupakan urusan terpenting dalam kehidupan


seorang Muslim. Urusan solat hendaklah diambil berat.
Solat adalah tiang agama atau tunjang kekuatan dan
keteguhan pegangan agama yang ada dalam diri
seseorang Muslim.

Justeru, kita telah diajar dan diasuh tentang kewajipan


solat 5 waktu sehari semalam. Namun berapa ramai yang
benar-benar mengambil berat untuk memelihara solat
yang diwajibkan itu? Sebagaimana yang diketahui, Allah
SWT telah memerintahkan kita untuk solat dan memelihara
ibadah solat ini agar ditunaikan dengan sempurna. Firman
Allah SWT:

88
٢٣٨ �َ‫ٱلص َل ٰو ِة ْٱل ُو ْس َ ٰط َو ُق ُوم ۟وا ِل َّ ِل َق ٰـ ِن ِت ي ن‬
‫۝‬ َّ ‫َح ٰـ ِف ُظ ۟وا َع َل‬
َّ ‫ٱلص َل َٰو ِت َو‬
Maksudnya: “Peliharalah kamu (lakukanlah dengan
tetap dan sempurna pada waktunya) segala solat
fardhu, khasnya solat Wusta (solat Asar), dan
berdirilah kerana Allah (dalam solat kamu) dengan
taat dan khusyuk.”
(Surah al-Baqarah: 238)

Al-Imam Ibn Kathir RH menyatakan di dalam tafsirnya


berkaitan ayat di atas, iaitu Allah SWT memerintahkan
agar semua solat dipelihara dalam waktunya masing-
masing, dan memelihara batasannya agar ditunaikan di
dalam waktunya. Ini memenuhi kehendak yang Allah SWT
sendiri telah tetapkan berkaitan waktu solat sebagaimana
firman-Nya:

١٠٣ �‫ٱلص َل ٰو َة َك َن ْت َع َل ْ ُٱل ْؤ ِم ِن ي نَ� ِك َت ٰـ ًبا َّم ْو ُق تًو‬


‫۝‬ َّ ‫إ َّن‬
ِ
Maksudnya: “Sesungguhnya, solat itu adalah
kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang
yang beriman.”
(Surah an-Nisaa’: 103)

Maka kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengubah


ketetapan ini dengan menunaikan solat di luar waktunya
tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak. Adapun bagi
mereka yang bermusafir mempunyai rukhsah (keringanan)
untuk melakukan solat secara jamak atau qasar. Manakala
mereka yang tertidur atau terlupa hendaklah menunaikan
solat setelah terjaga atau mengingatinya. Nabi SAW
bersabda:
ْ َ َ َّ ‫َ ْ َ َ َ َ ً َ ْ ُ َ ّ َ َ َ َ َ َ َّ ّ َ َ َ َ ق‬
‫الصلة ِل ِذك ِري‬ �ِ ِ ‫ أ‬:‫ فإن الل قال‬،‫س صالة فليص ِلها ِإذا ذ كرها‬
‫من ن ِ ي‬

89
Ertinya: “Sesiapa yang terlupa dari menunaikan solat,
maka hendaklah menunaikannya apabila
mengingatinya. Sesungguhnya Allah SWT berfirman:
Dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”
(Riwayat Muslim)

Antara aspek pemeliharaan solat dengan sempurna ialah,


menunaikan solat di awal waktu, kerana ia merupakan
sebaik-baik amalan sebagaimana jawapan Nabi SAW
kepada Ibnu Mas’ud RA yang bertanya:
َ َ ُ َ َ َ َ ْ ُّ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ َّ َّ َ َّ َ ُ َ ُ ْ َ َ
:‫فضل؟ قال‬ ‫ أي العم ِل أ‬:‫الل صل الل علي ِه وسل‬ ِ ‫سألت رسول‬
ْ ‫َّ َ ُ ف‬
‫الصلة ِ ي� َوق ِت َ�ا‬
Ertinya: “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah
SAW: “Amalan apakah yang paling utama?” Baginda
menjawab, “Mengerjakan solat pada waktunya.”
(Riwayat al-Bukhari)

Solat dalam waktunya bermaksud menunaikan solat


sebelum waktunya berakhir. Lebih diutamakan lagi untuk
solat di awal waktunya. Jika dia sengaja lalai sehingga
berakhir waktu solat, maka itu merupakan satu dosa yang
besar. Perkara ini telah diberi amaran oleh Allah SWT
dalam firman-Nya:

‫۝‬٥ ‫۝ َّٱل ِذ ي نَ� ُ ْه َعن َص َل ِت ِ� ْم َس ُاه َون‬٤ �َ‫َف َو ْي ٌل ِّل ْ ُل َص ِّل ي ن‬


Maksudnya: “Maka celakalah bagi orang yang solat.
(laitu) orang yang lalai terhadap solatnya.”
(Surah al-Maa’un: 4 – 5)

Al-Imam al-Qurtubi RH berkata:

“Orang yang lalai terhadap solatnya” bermaksud: Di


kalangan orang yang solat, ada yang tidak memperolehi
pahala dengan solatnya dan ada yang tidak takut siksaan

90
yang akan menimpanya jika dia meninggalkan solat.
Termasuk juga dalam ayat tersebut ialah orang yang
melewatkan solat sehingga keluar dari waktunya dan juga
orang yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya
ketika solat.”

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

91
Tazkirah
Empat Minit
HUTANG WAJIB DIBAYAR

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Hutang Wajib Dibayar.

Islam tidak menggalakkan umatnya untuk berhutang.


Hal ini kerana, hutang merupakan satu beban yang perlu
ditanggung oleh kedua-dua pihak, iaitu penghutang dan
pemiutang. Sekiranya seseorang itu berhutang dia tetap
akan memikul bebanan hutang walaupun seseorang itu
telah meninggal dunia. Besarnya beban ini sehingga
Baginda Nabi SAW enggan menunaikan solat jenazah
kepada orang yang tidak membayar hutang.

Dalam sepotong hadis, Baginda Nabi SAW mendatangi


jenazah seseorang, lalu baginda Nabi SAW bertanya:
“Adakah beliau (si mati) mempunyai hutang?”. Setelah
diberitahu oleh para sahabat RA bahawa si mati ada
meninggalkan hutang, (lalu) Nabi SAW bersabda:

93
َ َّ َ ْ ُ َ َ َ ْ ُّ َ
‫ك ف ِإن َعل ْي ِه َد ْي ًنا‬ ‫صلوا عل ص ِاح ِب‬
Ertinya: “Solatlah kamu ke atas sahabat kamu (baginda
tidak menunaikannya), sesungguhnya dia mempunyai
hutang”.
(Riwayat al-Tirmizi-Sahih)

Hal ini menunjukkan tindakan Nabi SAW itu sebagai


pengajaran kepada mereka yang enggan membayar
hutang tanpa alasan, kerana Nabi SAW sendiri tidak suka
meminta-minta, walaupun daripada para sahabat. Baginda
SAW lebih rela berusaha sendiri bagi mendapatkan
makanan untuk ahli keluarga baginda SAW, walaupun
terpaksa berhutang dengan menggadaikan baju besi
Baginda SAW bagi mendapatkan perbelanjaan ahli
keluarganya, sepertimana yang diriwayatkan oleh Aisyah
RA:
َ َ َ ْ َّ َ ُ َّ َّ َ َّ َّ َّ َ
‫الل َعل ْي ِه َو َس َل اش تَ�ى ط َع ًاما ِم ْن يَ ُ� ِود ٍّي ِإل أ َج ٍل‬ ‫أن الن ِب ي� صل‬
‫َو َر َه َن ُه ِد ْر ًعا ِم ْن َح ِد ٍيد‬
Ertinya:“Bahawasanya Nabi SAW telah membeli
makanan dari seorang Yahudi secara berhutang
sehingga satu tempoh yang ditetapkan dengan
baginda menggadai baju besinya”.
(Riwayat al-Bukhari)

Di dalam Islam, terdapat beberapa tanggungjawab yang


perlu difahami oleh para penghutang, antaranya ialah:

Pertama: Hutang adalah satu bentuk amanah dan amanah


tersebut adalah sesuatu yang wajib dipulangkan kepada
pemilik asalnya. Allah SWT berfirman:

94
َ َ‫َّ َّ َ أْ ُ َ ُ َ ُّ ۟ ْ أ‬
ْ َ ‫ٱل َم ٰـ َن ٰـ ِت ِإ َ ٰٓل أ ْه ِل َها َو ِإ َذا َح‬
�َ‫ك تُ� َب ْ ي ن‬ ‫ِإن ٱلل َ ي� ُم ُر ْك أن تؤدوا‬
َ َ َ َّ َّ ۗ ٓ ُ ُ َ َّ َ َّ َّ ۚ ْ َ ْ ‫َّ َ تَ ْ ُ ُ ۟ ٱ‬
‫ٱلل كن‬ ‫اس أن �كوا ِب�لعد ِل ِإن ٱلل ِن ِعما ي ِعظك ِب ِهۦ ِإن‬ ِ ‫ٱلن‬
٥٨ ‫َ ِس ًۢيعا َب ِص ي ً�ا‬
‫۝‬
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu
supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada
ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu
menjalankan hukum di antara manusia, (Allah
menyuruh) kamu menghukum dengan adil.
Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu
memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada
kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi
sentiasa Melihat”.
(Surah al-Nisa: 58)

Di penghujung ayat ini Allah SWT telah memberitahu


kepada kita semua, bahawa Dia sentiasa mendengar janji
yang kita ungkapkan untuk memenuhi sesuatu amanah dan
Allah juga sentiasa memerhatikan kita, adakah kita telah
bertindak dengan cara yang betul untuk memulangkan
sesuatu amanah tersebut.

Kedua: Berdosa besar bagi sesiapa yang berhutang


dengan niat serta merancang untuk tidak membayar
hutangnya, demi mendapatkan keuntungan dan lari
daripada tanggungjawab. Berkaitan hal ini, Allah SWT
memberi ancaman melalui lisan Baginda Nabi SAW,
dengan balasan seksaan di dunia dan di akhirat:

َ ََ ُ َّ ‫ َأ َّدى‬،‫الناس ُ� ُيد َأ َد َاء َها‬


َّ ‫َم ْن َأ َخ َذ َأ ْم َو َال‬
‫ َو َم ْن أخذ ُ ي ِ� ُيد‬،‫الل َع ْن ُه‬ ِ‫ِ ي‬
َُّ ُ َ َ ْ َ َ َ‫ْ َ ف‬
‫ أتلفه الل‬،‫ِإتال�ا‬

95
Ertinya: “Barangsiapa yang mengambil harta orang
lain (secara berhutang) dengan niat untuk
membayarnya, maka Allah akan (memudahkan untuk
dia) membayarnya. Dan barangsiapa yang
mengambilnya (secara berhutang) dengan tujuan
(tidak) mahu membayarnya maka Allah akan
membinasakannya”.
(Riwayat al-Bukhari)

Kesimpulannya, berhutang merupakan jalan keluar yang


dibenarkan oleh syarak bagi sesiapa yang berada di
dalam kesempitan dan kesusahan hidup. Barangsiapa
yang berhutang dengan niat akan berusaha melangsaikan
hutang tersebut, maka mudah-mudahan Allah SWT akan
membantu untuk melangsaikannya. Barangsiapa yang
sengaja tidak membayar hutang tersebut dalam keadaan
mempunyai kemampuan untuk melunaskannya, maka dia
telah melakukan satu dosa yang besar di sisi Allah SWT.

Oleh itu, hendaklah dia bertaubat dengan cara berusaha


melangsaikan hutang tersebut dan memohon ampun
kepada Allah SWT.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

96
SEDEKAH DAN KELEBIHANNYA

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Sedekah Dan Kelebihannya.

Amalan bersedekah merupakan ibadah yang amat mulia


di sisi Allah SWT. Sedekah dalam Islam sangat luas dan
bukan tertumpu dalam bentuk wang ringgit semata-mata.
Sedekah meliputi apa jua pemberian atau amal kebaikan
dari segi rohani atau fizikal. Bahkan senyuman itu pun
dikira sebagai sedekah.

Keikhlasan dalam mengeluarkan sedekah menjadi petanda


kekuatan iman seseorang. Allah SWT telah menjanjikan
pahala dan ganjaran yang amat besar di dunia dan di
akhirat kepada orang-orang yang suka bersedekah, firman
Allah SWT:

97
َ َۢ َ َ َّ ‫ُ َ َ َٰ ف‬ َّ ُ َ
‫ٱلل َكث ِل َح َّب ٍة أن َبت ْت َس ْب َع‬ ِ ‫َمثل ٱل ِذ ي نَ� ُي ِنفقون أ ْم َو ُل ْم ِ� َس ِب ِيل‬
ُ َّ ‫ٱلل ُي َض ٰـ ِع ُف ِ َلن َي َش ٓا ُء ۗ َو‬
‫ٱلل َٰو ِس ٌع‬ ُ َّ ‫َس َناب َل ف� ُ ّك ُس ۢن ُب َ ةٍل ِّم ۟ا َئ ُة َح َّب ٍة ۗ َو‬
ِ ِ ِ
‫۝‬٢٦١ �ٌ ‫َع ِل ي‬
Maksudnya: “Perumpamaan orang yang
membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama
seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh
tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi
seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan pahala
bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha
Luas kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-Baqarah: 261)

Perbandingan kelebihan orang yang bersedekah dan


balasan kepada orang yang bakhil (tidak suka bersedekah)
telah dinyatakan dalam banyak hadis Rasulullah SAW.
Antaranya adalah kisah dua malaikat yang mendoakan
kebaikan untuk mereka yang pemurah dan medoakan
keburukan bagi mereka yang bakhil. Rasulullah SAW
bersabda:
َّ ُ َ ُ ُ َ َ َ َ َّ‫ل‬ ْ
‫ الل ُه َّم‬،‫ ف َيقول أ َح ُد َها‬،‫َما ِم ْن َي ْو ٍم ُي ْص ِب ُح ال ِع َب ُاد ِف ِيه ِإ َملك ِن َي نْ زِ�ل ِن‬
ًََ ً َ َّ َ‫ً َ ًَ ُ ُ ْآ‬ َ
‫ الل ُه َّم أ ْع ِط ُ ْم ِسك تلفا‬،‫ َو َيقول الخ ُر‬،‫أ ْع ِط ُم ْن ِفقا خلفا‬
Ertinya: “Pada setiap pagi turun dua malaikat, lalu
yang salah satunya berdoa: “Ya Allah, berilah gantian
kepada orang yang membelanjakan (berinfak atau
bersedekah)”. Dan yang kedua berdoa: “Ya Allah,
berikanlah kebinasaan kepada orang yang kedekut
(yang tidak suka bersedekah).”
(Riwayat Muslim)

98
Hadis ini menunjukkan kelebihan mereka yang
bersedekah, di mana orang yang yang bersedekah akan
diberikan gantian yang lebih baik, manakala orang yang
kedekut, mendapat ancaman yang buruk dan harta yang
dibelanjakannya habis begitu sahaja.

Antara waktu yang paling utama untuk mengeluarkan


sedekah, adalah ketika kita sihat dan merasa sayang
terhadap harta yang di kurniakan Allah SWT. Sesiapa
sahaja yang menunaikan sedekah, sama ada yang wajib
atau yang sunat bererti dia telah melaksanakan perintah
Allah SWT.

Kelebihan bersedekah sangat banyak, antaranya:

1. Sedekah adalah salah satu perintah, Allah SWT


berfirman:
َّ ْ‫َ َ أ‬ ُ َْ ۟ ُ َ ۟ َّ َ
‫َي ٰٓـأ يُّ َ�ا ٱل ِذ ي نَ� َء َام ُن ٓوا أ ِنفقوا ِ َّما َرزق َن ٰـك ِّمن ق ْب ِل أن َ ي� ِ ت َ� َي ْو ٌم ل َب ْي ٌع ِف ِيه‬
‫۝‬ ٢٥٤ ‫َ َول ُخ َّ ةٌل َ َول َش َف ٰـ َع ٌة ۗ َو ْٱل َك ٰـ ِف ُر َون ُ ُه َّٱلظ ٰـ ِ ُل َون‬
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Infakkanlah
sebahagian daripada rezeki yang telah Kami berikan
kepada mu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak
ada jual-beli padanya, dan tidak ada persahabatan
(yang memberi manfaat), serta tiada lagi syafaat. Dan
orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang
zalim.”
(Surah al-Baqarah: 254)

2. Sedekah juga dapat menghapuskan kesalahan dan


dosa. Rasulullah SAW bersabda:
َ ْ ‫الن َار‬
‫ال ُاء‬ َّ �ُ‫ال ِط َيئ َة َ َكا ُي ْط ف ئ‬ ُ‫الص َد َق ُة ُت ْط ف ئ‬
َ‫� ْ خ‬ َّ
ِ ِ

99
Ertinya: “Sedekah itu menghapuskan (dosa) kesalahan
sebagaimana air memadamkan api.”
(Riwayat al-Tirmizi - Sahih)

3. Sedekah harta yang disayangi memperolehi pahala


yang sempurna. Firman Allah SWT:
َ َّ ‫� ٍء َفإ َّن‬
ْ َ‫ش‬ ۟ ُ ُ َ َ ۚ َ ُّ ُ‫َ َ َ ُ ۟ ْ َّ َ تَّ ٰ ُ ُ ۟ ِ َّ ت‬
‫ٱلل ِب ِهۦ‬ ِ ‫ن‬ ‫م‬ِ ‫وا‬ ‫لن تنالوا ٱل ِب� ح� ت ِنفقوا ما ِ�بون وما ت ِنفق‬
‫۝‬٩٢ �ٌ ‫َع ِل ي‬
Maksudnya: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat
mencapai (hakikat) kebaikan (yang sempurna)
sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang
kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu
dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
(Surah Ali-Imran: 92)

4. Mendapat gantian yang lebih baik daripada Allah SWT.


Firman Allah SWT:
َْ َ ٓ ۚ َ ْ َٓ َ ْ ّ ُ ُ ْ َ ّ َ َّ ْ ُ
�ُ‫ٱلرزق ِ َلن َيشا ُء ِم ْن ِع َب ِاد ِهۦ َو َيق ِد ُر ُلۥ َو َما أنفق ت‬ ِ ‫قل ِإن ر ِب� يبسط‬
‫۝‬٣٩ �َ‫ِّمن شَ ْ� ٍء فَ ُ� َو ي ُ خْ� ِل ُف ُهۥۖ َو ُه َو َخ ْي ُ� َّٰٱلر ِز ِق ي ن‬
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad):
“Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi
sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-
hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya;
dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan
menggantikannya; dan Dialah sebaik-baik Pemberi
rezeki.”
(Surah Saba: 39)

100
Semoga Allah SWT menjadikan kita termasuk dalam
kalangan sebahagian hambaNya yang gemar memberi dan
mudah-mudahan amal kebajikan yang dilakukan tersebut
akan dibalas oleh Allah SWT di dunia dan di Akhirat.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

101
JAGALAH KESIHATAN

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan dapat memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Jagalah Kesihatan.

Islam menuntut kita semua supaya sentiasa menjaga


kesihatan tubuh badan. Sihat merupakan anugerah yang
amat berharga daripada Allah SWT. Memandangkan
betapa berharganya kesihatan itu pada diri kita, maka
sewajarnya kita berusaha menjaga kesihatan diri dengan
sebaik mungkin.

Dalam usaha menjaga dan menghindarkan diri daripada


terkena penyakit, kita perlulah menitik beratkan kebersihan
diri dan penjagaan tubuh badan dalam semua keadaan.
Kerana itulah, Islam awal-awal lagi memberikan peringatan
kepada kita semua supaya tidak berlebihan dalam
pengambilan makanan. Allah SWT berfirman:

102
٣١ �َ‫ٱ� ُب ۟وا َ َول ُت ْ ِس ُف ٓو۟ا ۚ ِإ َّن ُهۥ َل ي ُ ِ� ُّب ْ ُٱل ْ ِس ِف ي ن‬
‫۝‬ َ ْ‫َو ُ ُك ۟وا َو ش‬
Maksudnya: “Dan makanlah serta minumlah, dan
jangan pula kamu melampaui batas; Sesungguhnya
Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui
batas.”
(Surah al-A’raaf: 31)

Al-Imam Ibn Kathir RH telah menyebut tentang penafsiran


ayat ini, sepertimana yang telah ditafsirkan oleh Ibn Abbas
RA, beliau berkata;
َّ ‫ف‬
َ َّ‫الط َع ِام َو ش‬
‫اب‬
ِ �‫ال‬ �‫ِ ي‬
Ertinya: “(Jangan kamu melampaui batas) dalam hal
makan dan minum.”

Oleh itu, kita hendaklah berusaha mengubah cara makan


dan minum kita. Hendaklah kita makan dan minum
sepertimana yang telah diajarkan oleh Islam. Nabi SAW
bersabda:
ٌ ُ ُ َ َ‫ْ ن َ َ ُ ُ َ ٌ ُ ْ َ ُ ْ َ ُ َ ْ َ َ َ َ َ َ ة‬ َْ
‫ فثلث‬،‫ال‬ ‫ ف ِإن كن ل م‬،‫ا� آدم أ كت ي ِقمن صلبه‬ ِ ‫ِب�س ِب ب‬
َ ٌ ُُ ُ
َ َ‫ َوث ُل ٌث ِل ش‬،‫ِل َط َع ِام ِه‬
‫ َوثلث ِل َنف ِس ِه‬،‫� ِاب ِه‬
Ertinya: “Cukuplah bagi anak Adam (agar) makan
sekadar untuk menegakkan tulang sulbinya. Melainkan
jika dia tidak dapat mengelak, maka isilah satu per tiga
untuk makanannya, satu per tiga untuk minumannya
dan satu per tiga untuk nafasnya.”
(Riwayat al-Tirmizi - Hasan Sahih)

103
Hadis ini menjelaskan bahawa, kadar makanan dan
minuman yang terbaik adalah satu per tiga. Kadar
yang ditentukan ini mampu meringankan kerja-kerja
penghadaman, bermanfaat bagi tubuh, dan mampu
menguatkan tubuh serta menjauhkannya daripada
pelbagai penyakit.

Kita hendaklah makan dan minum dalam jumlah yang


sederhana, mengurangkan kandungan lemak, manis dan
masin dalam makanan dan minuman, memperbanyakkan
minum air serta banyak makan ulam-ulaman serta buah-
buahan yang segar. Insya-Allah, jika kita mengamalkan
cara makan dan minum yang betul, maka sedikit sebanyak
dapat mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit.

Di samping kita berusaha untuk sihat, kita juga digalakkan


untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT, supaya kita
dikurniakan kesihatan yang baik. Antara doa yang diajarkan
oleh Baginda Rasulullah SAW untuk dibaca tiga kali di
waktu pagi dan tiga kali di waktu petang:

،‫ص ْي‬َ َ ‫َّ ُ َ ن ف‬ ْ َ ‫َّ ُ َ ن ف َ َ ن َّ ُ َ ن ف‬


ِ ‫ الله َّم ع ِاف ِ يْ� ِ ي ْ� ب‬،‫ الله َّم ع ِاف ِ يْ� ِ َ ي ْ� س ِ يْع‬،�‫الله َّم ع ِاف ِ يْ� ِ ي ْ� بد ِ ْ ي‬
ْ َ َّ َ َ
‫ال ِإ َل ِإال أن َت‬
Ertinya: “Ya Allah, engkau sihatkanlah tubuh badanku,
ya Allah engkau sihatkanlah pendengaranku, ya Allah
engkau sihatkanlah penglihatanku, tiada tuhan (yang
disembah dengan sebenar-benar sembahan)
melainkan engkau”.
(Riwayat Abu Daud - Hasan)

Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan para


hamba-Nya yang sentiasa mensyukuri nikmat sihat yang
dikurniakan oleh Allah SWT, serta mendapat penambahan
nikmat sihat ini dari sisi-Nya, sepertimana Allah SWT
berfirman:

104
َ َّ ُ َ َ َ ۖ ُ َّ َ‫ْ َ َ َّ َ ُ َ َ َ ُ َ أ‬
‫َو ِإذ تأذن َر ُّبك ْم ل ِئن شك ْرت ْم ل ِز َيدنك ْم َول ِئن كف ْرت ْم ِإن َعذ ِابى‬
‫۝‬٧ ‫َل َش ِد ٌيد‬
Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu
memberitahu: “Demi sesungguhnya, jika kamu
bersyukur pasti Aku akan tambahkan nikmat-Ku
kepada kamu, dan sesungguhnya, jika kamu kufur
ingkar, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras”.
(Surah Ibrahim: 7)

Mudah-mudahan dengan nikmat sihat yang dikurniakan


oleh Allah SWT kepada kita semua, dapatlah kita
melaksanakan ibadah kepadanya dengan sebaik mungkin.

Untuk mengakhiri tazkirah ini, marilah kita memohon doa


perlindungan kepada Allah SWT sepertimana yang telah
diajarkan oleh Nabi SAW supaya kita semua dilindungi
serta dihindari pelbagai penyakit yang tidak diingini:
َ َ‫َ ْ ُ ُ َ ْ ُ َ َ ْ َ ّ ئ ْ أ‬ َ َ ْ َ َ ُ ْ ُ َ َّ‫َّ ُ ن‬
‫� ال ْسق ِام‬ ِ ‫ و ِمن س ِي‬،‫الذ ِام‬
‫ و ج‬،‫الن ِون‬ ِ �‫الله َّم ِإ� نعوذ ِبك ِمن ال ب‬
‫ و ج‬،‫ص‬
Ertinya: “Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung
dengan-Mu daripada penyakit sopak, penyakit gila,
penyakit kusta dan penyakit-penyakit yang buruk”.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

105
ISTIQAMAH DALAM IBADAH

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Istiqamah Dalam Ibadah.

Sesungguhnya, umat Islam dianjurkan terus istiqamah


dengan amalan soleh. Amalan soleh tersebut akan
memberatkan timbangan kita di Akhirat kelak. Bahkan
orang yang beristiqamah akan mendapat kelebihan seperti
dalam firman Allah SWT:
۟ ُ ‫َّ َّ نَ َ ُ ۟ َ ُّ َ َّ ُ ثُ َّ ْ َ َ ٰ ُ ۟ َ َ نَ زَّ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ َ ُ َ َّ َت‬
‫ٱلل ٰٓـ ِئكة أل خَ�افوا‬ ‫ِإن ٱل ِذ ي� قالوا ر بنا ٱلل � ٱستقـموا تت�ل عل ي ِ�م‬
َ
‫۝‬۳٠ ‫َ َول تَ ْ� َزُن ۟وا َوأ ْب شِ ُ� ۟وا ِب ٱ� ْ ج َل َّن ِة َّٱل ِت� ُك تُ ْن� ُت َوع ُد َون‬
Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang menegaskan
keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah
Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan
yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka
dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham):

106
“Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian
yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu
berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa
kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan
kepada kamu.”
(Surah Fussilat: 30)

Namun sebagai manusia, kita sering kali didorong oleh


hawa nafsu yang tidak terkawal. Firman Allah SWT:
ۢ َ ْ َ ُ ّ َُ ٓ َ َ
ّ�‫ح َر ّ ٓ�ۚ إ َّن َر‬ َّ ‫سۚ إ َّن‬
َ ِ ‫ٱلن ْف َس َ أل َّم َار ٌة ب ٱ� ُّلس ٓو ِء إ َّل َما َر‬ ٓ ِ ‫ف‬ ‫وما أ ب ِ�ئ ن‬
‫ِب ِ ِب‬ ِ ِ ِ
ُ َ
‫۝‬ ٥۳ �ٌ ‫غف ٌور َّر ِح ي‬
Maksudnya: “Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat
menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang
telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah
dia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Yusuf: 53)

Oleh itu, marilah kita tanamkan azam untuk meneruskan


segala amal soleh. Perasaan sedih meninggalkan amal
kebaikan adalah ciri-ciri orang yang beriman. Sebagai
umat Islam, kita perlu bermuhasabah dengan kedudukan
kita hari ini. Sewajarnya, semangat dan kesungguhan
kita dalam mentaati perintah Allah SWT perlu diteruskan
sepanjang kehidupan kita di dunia.

Antara amalan yang boleh dijadikan panduan untuk kekal


istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT ialah,
sentiasa berusaha mengikhlaskan niat dalam setiap
amalan yang kita lakukan. Rasulullah SAW bersabda:
َ
َ
‫ك ْام ِر ٍئ َما ن َوى‬
ّ ُ َ َّ‫َ ن‬
‫ل‬
ِ ‫ا‬ � ‫إ‬ ‫و‬ ،‫ات‬
ِ ‫ي‬َّ ‫إ نَّ َ�ا ْا أل ْ َع ُال ب� ِّلن‬
ِ ِ ِ ِ

107
Ertinya: “Sesungguhnya setiap perbuatan itu hanya
tergantung pada niat. Dan sesungguhnya setiap orang
(akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan..”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Selain itu, kita digalakkan supaya perbanyakkan berdoa


kepada Allah SWT, agar dikurniakan kekuatan untuk
melakukan amalan soleh secara istiqamah. Selain itu,
memohon agar dijauhkan daripada godaan iblis dan
syaitan. Anas bin Malik RA menyatakan bahawa Rasulullah
SAW sering membaca:
َ َ َْ َ ُُ َ َُّ َ
‫ ث ِّب ْت قل ِب يْ� َعل ِد ْي ِنك‬،‫وب‬
ِ ‫ي� مق ِلب القل‬
Ertinya: “Wahai (Tuhan) Yang Membolak-balikkan hati,
teguhkanlah hatiku agar berada di atas agama-Mu.”
(Riwayat al-Tirmizi - Sahih)

Hadis ini menunjukkan bahawa Rasulullah SAW sering


mengungkapkan doa tersebut. Ini kerana hati manusia
adakalanya cenderung kepada ketaatan dan kadang-
kala pula cenderung kepada kemaksiatan. Oleh itu, kita
dianjurkan untuk memperbanyakkan membaca doa ini
supaya hati kita sentiasa istiqamah di atas agama yang
lurus ini.

Bagi memastikan amalan dapat dilakukan secara


istiqamah, kita hendaklah beramal menurut kemampuan
dan secara berperingkat-peringkat tetapi berterusan. Nabi
SAW pernah ditanya:
ُ َ ْ َ َ َّ َ ْ َ َ َ َّ َ ُّ َ َ ْ َ‫َ ُّ ْ أ‬
‫ اِ كفوا ِم َن‬:‫ َوقال‬،‫ أ ْد َو ُ َما َو ِإن قل‬:‫الل؟ قال‬ِ ‫أي ال َع ِال أحب إل‬
َ ُ ُ ْ َ‫ْ أ‬
‫ال َع ِال َما ت ِطيقون‬
Ertinya: “Apakah amalan yang paling dicintai oleh
Allah SWT? Jawab Rasulullah SAW: “(Amalan) yang
dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.”

108
Baginda SAW juga bersabda: “Lakukanlah amalan
sesuai dengan tahap kemampuan kamu..”
(Riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menunjukkan amalan yang terbaik di sisi


Allah SWT ialah apabila ia dilakukan secara berterusan
walaupun sedikit. Rasulullah SAW sentiasa istiqamah dan
berterusan dalam melakukan amalannya. Ini sebagaimana
yang dijelaskan oleh Alqamah bin Qais al-Nakha’i yang
bertanya kepada Ummul Mukminin, Aisyah RA:
َ ‫ َك َيف َك َن َ َع ُل‬،�َ‫املؤمن ن‬ُْ َّ ُ َ ُ ُ َ َ َ َ‫َ َ ْ ُ ُ َّ ُْ ن‬
�ّ‫الن ِب ي‬ ‫ي‬ ِ ِ ‫ ي� أم‬:‫ قلت‬،‫سألت أم املؤ ِم ِن ي� عا ِئشة‬
َِ
َ َ َ ‫أ‬ َ َ َ َ ْ َّ َ ُ ّ َّ َ
‫ كن‬،‫ ل‬:‫ َهل كن ي خُ� ُّص ش ْي ًئا ِم َن ال َّ ي� ِم؟ قال ْت‬،‫الل َعل ْي ِه َو َس َل‬ ‫صل‬
َّ َ
َ ُ ّ َّ َ ُّ َّ َ َ َ ُ َ ْ َ ْ ُ ُّ ً َ ْ ُ ُ َ َ
‫الل َعل ْي ِه َو َس َل‬ ‫ وأيك يست ِطيع ما كن الن ِب ي� صل‬،‫عل ِد ي�ة‬
‫َي ْس َت ِط ُيع‬
Ertinya: “Aku bertanya: “Wahai Ummul Mukminin.
Bagaimanakah amalan Rasulullah SAW? Apakah
Baginda ada mengkhususkan hari tertentu untuk
beribadah?” Aisyah RA menjawab: “Tidak. Amalan
Baginda itu sentiasa berterusan. Dan siapakah di
antara kamu yang mampu seperti Rasulullah SAW?”
(Riwayat al-Bukhari)

Sehubungan dengan itu, marilah kita semua lakukan amal


soleh secara istiqamah. Berpeganglah sungguh-sungguh
dengan Sunnah Nabi SAW dengan cara mengamalkannya
seikhlas mungkin kerana dengan istiqamah melakukan
ibadah tersebut, kita akan diberkati dan dirahmati Allah
SWT. Firman Allah SWT:

109
َ‫ٓ ْ أ‬
َّ ‫�ا َك َع ْرض‬
‫ٱلس َما ِء َوٱل ْر ِض‬ ِ ْ ُ ‫َس ِاب ُق ٓو۟ا ِإ َ ٰل َم ْغ ِف َر ٍة ِّمن َّر ِّب‬
َ ُ‫ك َو َج َّن ٍة َع ْر ض‬
ۚ ُ ٓ َ َ َ ْ ُ َّ ُ ْ َ َ َٰ ۚ ُ ُ َ َّ ‫ُ َّ ْ َّ نَ َ َ ُ ۟ ٱ‬
‫ٱلل يؤ ِت ِيه من يشاء‬ ِ ‫لل ورس ِ ِلۦ ذ ِلك فضل‬ ِ �‫أ ِعدت ِلل ِذ ي� ءامنوا ِب‬
۲۱ �ِ ‫ٱلل ُذو ْٱل َف ْض ِل ْٱل َع ِظ ي‬
‫۝‬ ُ َّ ‫َو‬

Maksudnya: “Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan


amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan
dari Tuhanmu, dan Syurga yang bidangnya seluas
segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-
orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.
Yang demikian adalah limpah kurnia Allah yang
diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia
yang besar.”
(Surah al-Hadid: 21)

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

110
HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH

‫السالم عليمك ورمحة الهل بو�اكته‬


ُ َ َ َ‫أ‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِ ّينا م َّم ٍد‬،�َ‫ول ال ِم ي ن‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Hikmah Di Sebalik Musibah.

Dalam kehidupan seharian, kita pasti akan diuji oleh


Allah SWT dengan pelbagai bentuk ujian musibah. Antara
bentuk musibah tersebut adalah ujian ketakutan atau
kelaparan, kesenangan atau kesusahan, kekayaan atau
kemiskinan, kehilangan atau kematian dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, kita wajib meyakini bahawa Allah
SWT tidak akan menimpakan sesuatu ujian dan dugaan
dalam kehidupan seseorang itu di luar batas kemampuan
para hamba-Nya. Allah SWT berfirman:
ُ َ ‫ّ َ ْ أ َ ْ َٰ َ ْ أ‬ ْ َ َ ُ ْ َ ْ َ‫َ َ َ ْ ُ َ َّ ُ شَ ْ ّ َ ْ خ‬
‫ص ِمن ٱلمو ِل وٱلنف ِس‬ ٍ ‫ٱل ِوع ون‬
‫ق‬ ‫ولنبلونك ِب� ٍء ِمن ٱلو ِف و ج‬
‫۝‬ َّ �ِّ‫ٱلث َم َٰر ِت ۗ َو َب ش‬
١٥٥ �َ‫ٱلص ٰـ ِب ِ� ي ن‬ َّ َ
‫و‬
ِ

111
Maksudnya: “Demi sesungguhnya! Kami akan menguji
kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh)
dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan
berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa
serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira
kepada orang-orang yang sabar.”
(Surah al-Baqarah:155)

Oleh yang demikian, jika kita ditimpa ujian berupa musibah-


musibah, maka kita wajib bersabar. Allah SWT berfirman:


َ ُ ْ َ َ‫َ ْ ْ َ ْ َ َ َ َ َّ ن‬
ّ ِ ‫ون َر بَّ ُ�م ِب ٱ� ْل َغ َد ٰو ِة َو ْٱل َع ِش‬ ‫وٱص ِب� نفسك مع ٱل ِذ ي� يدع‬
‫۝‬۲٨ ‫ُي ِ� ُيد َون َو ْج َ� ُهۥ‬
Maksudnya: “Dan jadikanlah dirimu sentiasa
berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat
kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang,
yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata.”
(Surah al-Kahfi: 28)

Orang yang beriman kepada Allah SWT akan sentiasa


melalui dan menghadapi ujian tersebut dengan berusaha
mencari jalan penyelesaiannya secara bijaksana, bersabar,
berdoa, bertawakal dan mendekatkan diri kepada Allah
SWT. Kita tidak boleh bersangka buruk terhadap Allah
SWT. Musibah yang dilalui ini akan menjadikan seseorang
muslim lebih tabah dan bertenang dengan ujian atau
musibah yang sentiasa dihadapinya.

Ketika kita diuji dengan keburukan, janganlah pula kita


beranggapan bahawa kita adalah orang yang paling
malang, kerana setiap ujian yang ditimpakan kepada diri
kita tersebut adalah antara peringkat-peringkat dalam
kehidupan yang disusun oleh Allah SWT bagi meningkatkan
kualiti kehidupan kita di dunia ini. Di samping itu, pasti akan
ada hikmah di sebalik musibah tersebut berlaku. Allah
SWT berfirman :

112
ْ ۚ ً َ َ ُ ُّ َ ُ ُ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َ
�ُ‫ك أ ْح َس ُن َعل َو ُه َو ٱل َع ِز ي ز‬ َ ‫َّٱل ِذى خلق‬
ْ ‫ٱل ْوت وٱل َي ٰوة ِل َي ْبل َو ْك أي‬
‫۝‬۲‫ْٱل َغ ُف ُور‬
Maksudnya: “(Dia) Yang menjadikan mati dan hidup,
supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang
lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha
Pengampun”.
(Surah al-Mulk: 2)

Ujian berupa musibah seperti penyakit, kesedihan,


kesusahan, keletihan, gangguan, atau terkena sesuatu
yang menyakitkan, adalah suatu kebaikan buat diri kita.
Hal ini kerana, musibah tersebut akan menghapuskan
dosa-dosa kita. Rasulullah SAW telah bersabda:
َ َ َ َ َ َ ُ ْ ‫َما ُي ِص ْي ُب‬
‫ َول‬،‫ َول ُح ْز ٍن‬،‫ َول ٍ ّه‬،‫ َول َو َص ٍب‬،‫ ِم ْن ن َص ٍب‬،‫ال ْس ِ َل‬
َ َ ُ َّ ‫ إ َل َك َّف َر‬،‫اكا‬ ُ َ ُ َ ْ َّ َّ‫َ ً َ َ غَ ّ َ ت‬
‫الل ِب َ�ا ِم ْن خط َ يا� ُه‬ ِ َ ‫ ح� الشوك ِة يش‬،�ٍ ‫ ول‬،‫أذى‬
Ertinya: “Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu
(musibah berupa) keletihan, penyakit, kebimbangan
dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan
duri yang melukainya, melainkan Allah SWT akan
menghapus (dosa-dosa) kesalahannya”.
(Riwayat al-Bukhari)

Tidak ada seorang pun yang akan terlepas daripada ujian


Allah SWT. Hanya bentuk ujian sahaja yang berbeza-
beza antara seseorang individu dengan individu yang lain.
Setiap ujian yang dialami oleh seseorang, Allah SWT akan
mengurniakan kepada mereka pelbagai kebaikan dan
rahmat dari sisi-Nya. Rasulullah SAW bersabda:
َ ُ َّ َ َ ْ ُ َ
‫الر ُجل َعل َح َس ِب ِد ِين ِه‬ ‫فيبتل‬
Ertinya: “Seseorang akan diuji berdasarkan kadar
agamanya (keimanannya)”.
(Riwayat Tirmizi - Hasan)

113
Jika sesorang itu ditimpa ujian, terdapat doa yang diajar
oleh Nabi SAW. Antaranya daripada Ummu Salamah RA,
Rasulullah SAW bersabda:

Ertinya: “Tidaklah seorang hamba (muslim) tertimpa


sesuatu musibah, lalu dia berdoa:
َ ْ َْ ‫ف‬ ْ َّ َ َ َّ
‫ َوأخ ِلف ِل خ ْي ً�ا‬،�‫ الل ُه َّم أ ُج ْر ِ ن� ِ� ُم ِص َيب ِ ت‬،‫ِإ نَّ� ِل ِل َو ِإ نَّ� ِإل ْي ِه َر ِاج ُعون‬
‫ِم نْ َ�ا‬
Ertinya: “Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan
sesungguhnya hanya kepada-Nya kita akan kembali.
Ya Allah, berilah aku pahala (ganjaran) terhadap
musibah (yang menimpa diri) ku ini, dan berilah
gantian yang lebih baik daripadanya”
َ َ َََْ ‫َّ َ َ َ ُ َّ ُ ف‬
‫ َوأخلف ُل خ ْي ً�ا ِم نْ َ�ا‬،‫الل ِ� ُم ِص َيب ِت ِه‬ ‫ِإال أجره‬
Ertinya: “Melainkan Allah memberikan ganjaran pahala
disebabkan musibah (yang menimpanya) serta
memberi gantian yang lebih baik daripadanya”.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Mudah-mudahan Allah SWT memberi pahala dan


mengantikan kepada kita dengan sesuatu yang lebih baik
dari apa yang telah hilang serta dikurniakan kesabaran,
kekuatan dan ketabahan kepada kita semua untuk
menghadapi segala ujian.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

114
KEISTIMEWAAN SOLAT SUBUH

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Keistimewaan Solat Subuh.

Allah SWT telah memerintahkan umat Islam supaya


melaksanakan solat Subuh. Terdapat banyak dalil
dari al-Quran dan al-Sunnah yang berkaitan dengan
keistimewaan solat Subuh, sehinggakan Rasulullah SAW
dan para sahabat RA sangat mengambil berat tentang
solat Subuh dan melaksanakannya secara berjemaah.
Antara keistimewaan solat Subuh ialah:

Pertama: Dihadiri dan disaksikan oleh para malaikat,


sepertimana firman Allah SWT:
َ ُ َّ ۖ َ ْ َ ُ َّ َ َ َّ ُ ُ َ َ َّ ‫َ ق‬
‫وك ٱلش ْم ِس ِإ ٰل غ َس ِق ٱل ْي ِل َوق ْر َءان ٱلف ْج ِر ِإن ق ْر َءان‬ِ ‫ٱلصل ٰوة ِلدل‬ �ِ ِ ‫أ‬
ْ
‫۝‬ ٧٨ ‫ٱل َف ْج ِر َك َن َم شْ ُ� ًودا‬

115
Maksudnya: “Dirikanlah solat ketika gelincir matahari
hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) solat
Subuh, sesungguhnya solat Subuh itu adalah
disaksikan (oleh malaikat).”
(Surah al-Isra’: 78)

Kedua: Sesiapa yang melaksanakan solat Subuh akan


memasuki syurga. Rasulullah SAW bersabda:
َ َ َ ْ َّ
‫َم ْن َصل ال َب ْ� َد ْي ِ ن� َدخل الج َْ َّنة‬
Ertinya: “Sesiapa yang solat pada dua waktu yang
dingin (Subuh dan Asar), maka dia akan masuk
syurga”.
(Riwayat al-Bukhari)

Ketiga: Mendapat ganjaran pahala sama seperti


menghidupkan seluruh malam dengan ibadah. Nabi SAW
bersabda:
َّ ُ َ َّ َ َ َ‫ف‬ ‫َ ْ َ َّ ُّ ف‬
‫ ُ� َو َك ْن ق َام الل ْيل ك ُه‬،‫الص ْب َح ِ ي ْ� �جَ َ َاع ٍة‬ ‫من صل‬
Ertinya: “Sesiapa solat Subuh secara berjemaah, maka
dia seperti orang yang bangun (menghidupkan)
keseluruhan malam (dengan ibadah)”.
(Riwayat Muslim)

Keempat: Dapat melihat wajah Allah SWT di dalam syurga.


Rasulullah SAW bersabda:
ْ َ ‫َ ف‬ ُ َ َْ َ َ َ ْ ُ َّ َ َ ْ َ َ‫َّ ُ ْ َ ت‬
‫ ف ِإن‬،‫ ل ت َض ُامون ِ ي� ُر ْؤ َي ِت ِه‬،‫ك َكا تَ َ� ْون َهذا الق َم َر‬ ‫ِإنك س�ون ر ب‬
َ َ َ َّ ُُ َ َ َ َ َُْ َ ْ َ َ
‫ َو َصل ٍة ق ْبل‬،‫ْاس َتط ْع تُ ْ� أن ل تغل ُبوا َعل َصل ٍة ق ْبل طل ِوع الش ْم ِس‬
ُ ْ َ َّ ُ
‫ فاف َعلوا‬،‫وب الش ْم ِس‬
ِ ‫غ ُر‬
Ertinya: “Sesungguhnya, kamu akan melihat tuhan
kamu sepertimana kamu melihat bulan ini, yang mana
kamu tidak bersesak (susah payah) untuk melihatnya,

116
apabila kamu mampu maka jangan kamu kalah untuk
melaksanakan solat sebelum terbit matahari (solat
Subuh) dan solat sebelum terbenam matahari (solat
Asar), maka laksanakanlah”.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Kelima: Mendapat jaminan perlindungan daripada Allah


SWT. Rasulullah SAW pernah bersabda:
ُ َّ ‫ك‬
ْ ‫الل ِم ْن ِذ َّم ِت ِه ِب شَ ي‬ ْ ُ ‫ َف َل َي ْط ُل َب َّن‬،‫الل‬ َّ ‫َم ْن َص َّل ُّ فَ ف‬
،‫� ٍء‬ ِ ‫الص ْب َح ُ� َو ِ ي� ِذ َّم ِة‬
َ ‫َف ُي ْدر َك ُه َف َي ُك َّب ُه ِ ف ي ْ� نَ�ر َج‬
�َ َّ‫� ن‬ ِ ِ
Ertinya: “Sesiapa solat Subuh, maka dia berada dalam
jaminan Allah SWT, jangan kamu semua dituntut oleh
Allah disebabkan jaminan-Nya yang kamu cerobohi,
sehingga Allah SWT mendapatinya dan
menyembamkannya ke dalam neraka Jahanam.’’
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Keenam: Pembebasan daripada neraka. Rasulullah SAW


bersabda:
َ ‫الش ْمس َو َق ْب َل ُغ ُر ِب‬
َّ ُ ُ َ ْ َ َّ َ ٌ َ َ َ َّ َ َ ْ َ
‫و�ا‬ ِ ‫وع‬
ِ ‫لن ي ِلج النار أحد صل قبل ط‬
‫ل‬
Ertinya: “Tidak akan masuk neraka seseorang yang
solat sebelum terbit matahari (solat Subuh) dan
sebelum terbenamnya (solat Asar)”.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Ketujuh: Mendapat cahaya yang sempurna di hari Kiamat.


Rasulullah SAW bersabda:
ْ ُّ ‫َ شّ ْ ْ َ َّ َ ف‬
َ ْ ‫الظ َل إ َل‬
َّ ‫ال َساجد � ُّلنور‬
‫الت ِ ّام َي ْو َم ال ِق َي َام ِة‬ ِ ‫ِ ِ ِب‬ ِ ِ �‫� الشا ِئ ي ن� ِ ي‬ِ‫ب‬
Ertinya: “Berilah berita gembira bagi orang yang
berjalan kaki dalam kegelapan menuju masjid dengan
cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”
(Riwayat Ibn Majah - Sahih)

117
Kelapan: Selamat daripada penyakit munafik. Rasulullah
SAW bersabda:
َ َْ ُ َ َ ْ ُ َ
‫ َول ْو‬،‫ َصلة ال ِعش ِاء َو َصلة الف ْج ِر‬،�َ‫ال َن ِاف ِق ي ن‬ َّ ‫َأ ْث َق ُل‬
ُ ْ ‫الص َل ِة َع َل‬
َ ُ َ َ‫َ أ‬ َ َ
‫ لت ْو َها َول ْو َح ْب ًوا‬،‫َي ْع ُلون َما ِف ي ِ� َما‬
Ertinya:”Solat yang paling berat bagi orang munafik
ialah solat Isyak dan solat Subuh. Seandainya mereka
mengetahui kebaikan yang ada pada keduanya,
tentulah mereka mendatanginya walaupun dengan
merangkak”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Kesembilan: Solat sunat sebelum Subuh pahalanya lebih


baik berbanding dunia dan seisi nya. Rasulullah SAW
bersabda:
ْ ُّ ْ ٌ ْ َ ْ َ ْ َ َ ْ َ
‫الدن َيا َو َما ِف ي َ�ا‬ ‫ خ ي� ِمن‬،‫ركعتا الفج ِر‬
Ertinya: “Dua rakaat fajar lebih baik berbanding dunia
dan seisi nya.”
(Riwayat Muslim)

Kesepuluh: Orang yang konsisten menjaga solat subuh


ialah orang yang sihat rohaninya, cerdas otaknya dan
cergas tubuh badannya. Rasulullah SAW bersabda:
َ َ ََ َ ُ َ ْ َ َ ُ َ َّ
،‫َي ْع ِق ُد الش ْيطان َعل ق ِاف َي ِة َرأ ِس أ َح ِد ْك ِإذا ُه َو نَ� َم ثلث ُعق ٍد‬
َ َّ ‫ َف َذ َك َر‬،‫ َفإ ْن ْاس َت ْي َق َظ‬،‫ َف ْار ُق ْد‬،‫َي�ضْ ُب ُ َّك ُع ْق َد ٍة َع َل ْي َك َل ْي ٌل َطو ٌيل‬
،‫الل‬ ِ ِ ِ
ٌ َ ْ ُ ْ َّ َ ْ‫نْ َ َّ ْ ُ ْ َ ٌ َ ْ َ َ َّ َ نْ َ َّ ْ ُ ْ َ ٌ َ ْ َ َّ ن‬
،‫ ا�لت عقدة‬،‫ ف ِإن صل‬،‫ اِ �لت عقدة‬،‫ ف ِإن توضأ‬،‫ا�لت عقدة‬
َ َ َ ْ َّ َ َ َ َ ْ َ َّ‫َ ل‬ ْ َّ َ ّ َ ً َ َ َ ْ َ َ
‫النف ِس ك ْسلن‬ ‫ و ِإ أصبح خ ِبيث‬،‫النف ِس‬ ‫فأصبح ن ِشيطا ط ِيب‬
Ertinya: “Syaitan mengikat tengkuk seseorang kamu
ketika dia tidur dengan tiga ikatan, dan syaitan
mengikatkannya sedemikian rupa sehingga setiap

118
ikatan diletakkan pada tempatnya (dia berkata),
“Malam masih panjang, tidurlah.” Jika dia bangun dan
mengingat Allah maka lepaslah satu ikatan. Jika dia
berwuduk maka terlepaslah ikatan yang seterusnya
dan apabila dia mendirikan solat terlepaslah seluruh
ikatan maka dia berpagi hari dalam keadaan cergas
dan segar jika tidak dia akan berasa lemah dan malas.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Inilah antara beberapa keistimewaan solat Subuh yang


tersebut di dalam al-Quran dan hadis-hadis Nabi SAW yang
besar ganjaran pahalanya di sisi Allah SWT, sekiranya kita
dapat melaksanakan solat Subuh secara berjemaah di
masjid.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

119
PASTIKAN AHLI KELUARGA MENUNAIKAN SOLAT

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat dan salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Pastikan Ahli Keluarga Menunaikan Solat.

Tanggungjawab memelihara solat adalah dipikul oleh setiap


individu muslim yang mukallaf dan menjadi tanggungjawab
ketua keluarga untuk mendidik dan memastikan ahli
keluarga memelihara solat. Perkara ini dinyatakan oleh
Allah SWT melalui nasihat Luqman kepada anaknya,
sebagaimana firman-Nya:
ٓ َ ْ َ َ ُْ َ َْ َ ْ ‫َ ٰ ُ نَ َّ َ ق َّ َ َ ْ ٱ‬
‫ٱص ِب ْ� َع ٰل َما‬‫وف وٱنه ع ِن ٱلنك ِر و‬ ِ ‫ٱلصل ٰوة َوأ ُم ْر ِب� َل ْع ُر‬ �ِ ِ ‫يـب� أ‬
ُ‫َ َ ۖ َّ َٰ َ ْ َ ْ ْ أ‬
‫۝‬۱٧ ‫أ َص َابك ِإن ذ ِلك ِمن عزِم ٱل ُم ِور‬

120
Maksudnya: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah
solat, dan suruhlah ke arah kebaikan. Cegahlah
perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah terhadap
apa yang menimpamu. Sesungguhnya itu adalah
antara perkara yang dikehendaki diambil berat
melakukannya.”
(Surah Luqman: 17)

Maka kita mestilah mengambil sikap yang tegas dan


berhikmah serta ambil peduli terhadap ahli keluarga kita
agar memelihara solat. Kita juga dituntut mendidik anak-
anak dari kecil untuk menunaikan solat.

Ibu bapa juga hendaklah menunjukkan contoh yang baik


dengan menjaga solat di awal waktu, selalu mengingatkan
tentang urusan solat apabila terleka, berhenti di masjid
untuk solat ketika dalam perjalanan, membangunkan ahli
keluarga daripada tidur untuk menunaikan solat, membawa
anak lelaki ke masjid dan seumpamanya.

Ketika membangunkan anak-anak ke sekolah, maka


jangan sesekali kita lupa untuk menyuruhnya solat Subuh
terlebih dahulu. Begitu juga dengan solat fardhu yang lain.
Ibu bapa tidak boleh ambil sikap mudah, bahkan perlu
benar-benar pastikan anak-anaknya menunaikan solat.

Selain itu, ahli keluarga hendaklah dididik agar tidak


meninggalkan solat walaupun ketika sakit dan ketika
musafir. Hal ini kerana, ada dalam kalangan umat Islam
yang menggunakan alasan sukar untuk menunaikan solat
ketika sakit sehingga meninggalkan solat. Bahkan, ada yang
sanggup menangguhkan solat sehingga luput waktunya
kerana melakukan aktiviti tertentu di luar rumah bersama
keluarga dan rakan-rakan seperti ke pusat membeli belah,
taman rekreasi, majlis kenduri dan sebagainya. Mereka
sanggup menangguhkannya dan menunaikannya secara
qada’ tanpa alasan yang dibenarkan oleh syarak.

121
Ingatlah wahai sekalian umat Islam, solat wajib ditunaikan
walau apa keadaan sekalipun, dengan cara yang telah
ditentukan oleh syariat Islam. Meninggalkan solat dengan
sengaja adalah satu dosa besar. Dalam masa yang sama,
syariat Islam memberikan keringanan bagi mereka yang
tidak mampu solat seperti biasa (berdiri) dengan cara solat
dalam keadaan duduk atau berbaring. Hal ini berdasarkan
hadis daripada Imran bin Husain RA yang berkata:
َ َّ َّ َ ُ َّ َّ َ َّ َّ ُ ْ َ َ َ ُ ْ َ َ ََ
،‫الصال ِة‬ ‫الل َعل ْي ِه َو َس َل َع ِن‬ ‫ فسألت الن ِب ي� صل‬،�‫كن ْت ِب ي� بو ِاس ي‬
َ َ َ َ ْ َ ََ َ َ ْ َ ً‫ََ َ َ ّ َ ئ‬
‫ ف ِإن ْل ت ْس َت ِط ْع ف َعل َج ْن ٍب‬،‫ ف ِإن ْل ت ْس َت ِط ْع فق ِاع ًدا‬،‫ا�ا‬
ِ ‫ ص ِل ق‬:‫فقال‬
Ertinya: “Aku mengidap penyakit buasir, lalu aku
bertanya Nabi SAW tentang solat. Baginda SAW
bersabda: “Tunaikan solat dalam keadaan berdiri,
sekiranya tidak mampu dalam keadaan duduk,
sekiranya tidak mampu solatlah secara mengiring.”
(Riwayat al-Bukhari)

Justeru, carilah pelbagai ikhtiar dan usaha untuk terus


memelihara solat walau di mana pun kita berada dan
walau apa keadaan sekalipun. Bak kata pepatah: “Hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Selain itu, kita juga
diperintahkan untuk menyuruh serta mendidik ahli keluarga
untuk menunaikan solat. Allah SWT berfirman:
َ ْ
۱٣٢ ‫َوأ ُم ْر أ ْه َل َك ِب ٱ� َّلص َل ٰو ِة َو ْٱص َط ِب ْ� َع َل يْ َ�ا‬
‫۝‬
Maksudnya: “Dan perintahkanlah keluargamu
mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun
bersabar menunaikannya.”
(Surah Taha: 132)

Ertinya, selamatkanlah ahli keluarga daripada azab


Allah dengan memelihara solat dan tekun dalam
mengerjakannya. Allah SWT juga memerintahkan orang
beriman agar pelihara diri dan ahli keluarga daripad azab

122
api neraka sebagaimana firman-Nya:

ُ ْ َ ُ َّ َ ُ ُ َ ً َ‫َ ٰٓ َ ُّ َ َّ نَ َ َ ُ ۟ ُ ٓ ۟ َ ُ َ ُ ْ َ َ ْ ُ ْ ن‬
‫ٱل َج َارة‬
ِ ‫يـأ ي�ا ٱل ِذ ي� ءامنوا قوا أنفسك وأه ِليك �را وقودها ٱلناس و‬
َ ُ ْ ُ َ ٓ َ َّ َ ُ ْ َ َّ ٌ َ ٌ َ ٌ َ ٰٓ َ َ َ ْ َ َ
‫ٱلل َما أ َم َر ْه َو َيف َعلون َما‬ ‫عل ي�ا ملـ ِئكة ِغلظ ِشداد ل يعصون‬
‫۝‬٦ ‫ُي ْؤ َم ُر َون‬
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah
diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan
bakarnya adalah manusia dan batu (berhala). Neraka
itu dikawal oleh para malaikat yang keras dan kasar,
yang tidak menderhaka kepada setiap perintah-Nya
dan mereka pula tetap melakukan apa yang
diperintahkan.”
(Surah al-Tahrim: 6)

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

123
TANDA-TANDA MENCINTAI ALLAH DAN RASUL

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat dan salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Tanda-Tanda Mencintai Allah Dan Rasul.

Sifat orang yang beriman adalah mencintai Allah dan


Rasul-Nya SAW. Terdapat beberapa tanda yang ada pada
diri seorang mukmin iaitu:

Pertama: Mentauhidkan Allah SWT dan tidak mensyirikkan-


Nya.
Sebagai seorang mukmin sejati yang mencintai Allah SWT
akan merealisasikan tujuan dia diciptakan iaitu dengan
mentauhidkan Allah SWT tanpa menyekutukan-Nya. Allah
SWT berfirman:

۳٦ ‫ٱلل َ َول ُت شْ ِ� ُك ۟وا ِب ِهۦ َش ْي ًٔـا‬


‫۝‬ َ َّ ‫َو ْٱع ُب ُد ۟وا‬

124
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadah
(mentauhidkan) Allah dan janganlah kamu sekutukan
Dia dengan sesuatu apa jua”.
(Surah al-Nisaa’: 36)

Kedua: Allah SWT dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari


segalanya.
Antara kemanisan iman ialah mendahulukan cinta kepada
Allah SWT dan Rasul SAW melebihi yang lain. Rasulullah
SAW bersabda:
َ ُ ُ ُ َ ُ َّ‫َ ْ َ ُ َ ل‬ ْ َ َ ُ ٌ ََ
‫ول أ َح َّب‬ ‫ أن يكون ال و َرس‬،‫ثلث َم ْن ك َّن ِف ِيه َو َج َد َحل َوة ِإال ْي َ� ِان‬
َ ُ ‫إ َل ْي ِه ِ َّما ِس َو‬
‫اها‬ ِ
Ertinya: “Ada tiga perkara yang jika seseorang
memilikinya akan merasai kemanisan iman, iaitu
hendaklah Allah SWT dan Rasul-Nya lebih dia cintai
melebihi segalanya.”
(Riwayat al-Bukhari)

Ketiga: Tidak mencintai seseorang kecuali kerana Allah,


sepertimana Rasulullah SAW bersabda:
َّ‫َ تَّ ُ َّ ْ َ ْ َ َ ُ ُّ ُ لَّ ل‬ َ ْ ْ َ ََ َ ٌ َ َ ُ َ َ
‫ل‬
ِ ِ ِ ِ ‫إ‬ ‫ه‬ ‫ب‬ �‫ي‬ ‫ل‬ ‫ء‬‫ر‬ ‫ال‬ ‫ب‬ �
ِ ‫ي‬ � ‫ح‬ ، ِ ‫ل ي ِج�د أحد حالوة ِإ ي‬
‫ان‬� ‫ل‬ ‫ا‬
Ertinya: “Tidak seorang pun mendapat kemanisan
iman, sehingga dia mencintai seseorang hanya kerana
Allah SWT semata-mata.”
(Riwayat al-Bukhari).

Keempat: Membenci untuk kembali kepada kekufuran


setelah Allah menyelamatkannya, sebagaimana dia benci
untuk dilempar ke dalam neraka, sepertimana Rasulullah
SAW bersabda:
َّ �‫ َ َكا َي ْك َر ُه َأ ْن ُي ْق َذ َف ف‬،‫َوَأ ْن َي ْك َر َه َأ ْن َي ُع َود ف ْ� ْال ُك ْفر‬
‫الن ِار‬ ‫ِي‬ ِ ‫ِي‬

125
Ertinya: “Dan hendaklah dia membenci untuk kembali
kepada kekufuran (setelah Allah menyelamatkan
daripadanya), sebagaimana dia benci untuk
dilemparkan ke neraka”.
(Riwayat al-Bukhari)

Kelima: Mengikuti sunnah Rasulullah SAW dalam ucapan


dan amalan. Allah SWT berfirman :
ْ ُ ‫ٱلل َو َي ْغ ِف ْر َل‬
ْ ُ ‫ك ُذ ُن َوب‬ ُ َّ ‫ك‬ َ ُّ ُ‫ُ تُ ْ ت‬
َ َّ ‫ون‬
ُ ُ ‫ٱلل َف َّٱت ِب ُع ِ نو� ي ُ ْ� ِب ْب‬ ُْ
ۗ‫ك‬ ‫قل ِإن كن� ِ�ب‬
‫۝‬۳۱ �ٌ ‫ٱلل َغ ُف ٌور َّر ِح ي‬ ُ َّ ‫َو‬
Maksudnya: “Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika
benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku,
nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan
dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
(Surah Ali ‘Imran: 31)

Al-Imam Ibn Kathir RH berkata: “Ayat ini sebagai pemutus


hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah
SWT, namun tidak mahu mencontohi Rasulullah SAW,
maka orang tersebut berdusta dalam pengakuannya,
sehinggalah dia mengikuti syari’at dan agama yang
dibawa oleh Rasulullah SAW dalam semua ucapan dan
perbuatannya. Sepertimana Rasulullah SAW bersabda:
َ‫َ َ ف‬ ًَ َ َ َ
‫َم ْن ِعل َعال ل ْي َس َعل ْي ِه أ ْم ُر نَ� ُ� َو َر ٌّد‬
Ertinya: “Sesiapa yang beramal dengan amalan yang
tiada contoh dari kami, maka ia tertolak.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Keenam: Sentiasa berusaha untuk mengikhlaskan niat


ketika melaksanakan ibadah dan ketaatan. Allah SWT
berfirman:

126
َ َ َّ ۟ ُ ُ َ َ ٓ َ َ ُ َ‫َ َ ٓ ُ ُ ٓ ۟ َّ َ ْ ُ ُ ۟ َّ َ ُ خْ نَ َ ُ ّ ن‬
‫ٱلصل ٰوة‬ ‫ٱلد ي� حنفاء وي ِقيموا‬ ِ ‫وما أ ِمروا ِإل ِليعبدوا ٱلل م ِل ِص ي� ل‬
ٰ
‫۝‬٥ ‫َو ُي ْؤُت ۟وا َّٱلز َك ٰو َة ۚ َو َذ ِل َك ِد ي نُ� ْٱل َق ِّي َم ِة‬
Maksudnya: “Padahal mereka tidak diperintahkan
melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ibadat kepadanya, lagi tetap teguh di
atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan solat
serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama
yang benar”.
(Surah al-Bayyinah: 5)

Syarat untuk dicintai oleh Allah SWT adalah dengan


mempelajari, mengikuti dan mengamalkan apa yang
dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW. Apabila Allah
SWT mencintai hamba-Nya, maka cinta Allah SWT akan
dipanjangkan ke dalam hati manusia yang lain. Rasulullah
SAW bersabda:
ََ َُ ُ ّ َ ََ َ َ َ َ َّ َّ
،‫ ِإ ِ ن ي� أ ِح ُّب فل نً� فأ ِح َّب ُه‬:‫ فقال‬،‫ َد َعا ِج ْب ِ� يل‬،‫الل ِإذا أ َح َّب َع ْب ًدا‬ ‫ِإن‬
ًَ‫ف َّ َ َ َ ُ ُ َّ َّ َ ُ ُّ ُ ن‬ ُ َ َ َ َ
�‫ ِإن الل ي ِ�ب فل‬:‫ فيقول‬،‫ ث َّ� ُي َن ِادي ِ ي� السم ِاء‬،‫ ف ُي ِح ُّب ُه ِج ْب ِ� يل‬:‫قال‬
َ‫َ َ ثُ َ َ ُ ْ َ ُ ف ْ أ‬ َ َ
،‫ َّ� ُيوض ُع ل الق ُبول ِ ي� الر ِض‬:‫ قال‬،‫الس َم ِاء‬
ْ َّ ‫ َف ُي ِح ُّب ُه أ ْه ُل‬،‫َفأ ِح ُّب ُوه‬
ََ َُ ُ ّ ُ ُ َ َ َ َ َ
،‫ ِإ ِ ن ي� أ ْب ِغ ُض فل نً� فأ ْب ِغ ْض ُه‬:‫ ف َيقول‬،‫َو ِإذا أ ْبغ َض َع ْب ًدا َد َعا ِج ْب ِ� يل‬
َ
‫الل ُي ْب ِغ ُض‬ َّ ‫ ثُ َّ� ُي َن ِادي ِ ف� أ ْهل‬،‫ َف ُي ْب ِغ ُض ُه ِج ْب� َيل‬:‫َق َال‬
َ َّ ‫ إ َّن‬،‫الس َم ِاء‬
ِ ‫ي‬ ِ
َ‫ُ َ ً َ َ ُ ُ َ َ َ ُ َ ُ ثُ ُ َ ِ َ ُ ْ ْ َ ف ْ أ‬
‫ ف ُي ْب ِغضونه � توضع ل ال َبغضاء ِ ي� الر ِض‬:‫ قال‬،‫فل ن� فأ ْب ِغضوه‬
ْ ُ ُ َّ

Ertinya: “Sesungguhnya Allah SWT apabila mencintai


seorang hamba, maka dia akan memanggil Jibrail AS
dan menyatakan kepadanya bahawa Allah SWT
mencintainya. Maka Jibrail RA akan memanggil
sekalian penghuni langit dan memberitahu, bahawa
Allah SWT mencintai fulan bin fulan, maka malaikat
turut mencintainya. Adapun kecintaan penghuni langit
ini akan turut diteruskan oleh penghuni bumi, sehingga

127
penghuni di bumi turut mencintainya. Sebaliknya, jika
Allah SWT membenci seseorang, maka dipanggil
Jibrail AS, dan dikatakan bahawa Allah SWT membenci
fulan bin fulan. Kemudian Jibrail AS akan
menyampaikan kebencian Allah SWT kepada sekalian
penghuni langit, sehingga mereka turut membencinya.
Kebencian penghuni langit ini akan diteruskan dengan
penduduk bumi turut membencinya”.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Berdasarkan hadis ini menunjukkan kita perlu berusaha


untuk mendapat kecintaan Allah SWT. Hal ini kerana,
jika kita berjaya mendapat cinta-Nya, nescaya kita akan
mendapat cinta penghuni langit dan bumi.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

128
MENGHARGAI UMUR YANG ADA

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Menghargai Umur Yang Ada.

Alhamdulillah bersyukur kita kepada Allah SWT kerana


dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya masih lagi kita
diberikan nikmat kehidupan. Semoga dengan nikmat yang
cukup besar dan bernilai ini menjadikan kita hamba Allah
SWT yang lebih bersyukur dan taat kepada perintah-Nya.

Umur kita di dunia ini terus berlalu, seiring dengan


berjalannya waktu, hari, bulan dan tahun, ada yang sudah
mencapai usia tiga puluhan, empat puluhan, lima puluhan,
enam puluhan, tujuh puluhan atau lebih. Rasulullah SAW
bersabda:

129
ً َ ً ُ ُ
‫ْع ُر أ َّم ِ ت يْ� ِم ْن ِس ِّت ي نَ� َس َنة ِإل َس ْب ِع ي نَ� َس َنة‬
Ertinya:”Umur umatku di antara enam puluh tahun
sehingga tujuh puluh tahun.”
(Riwayat al-Tirmizi - Hasan Sahih)

Oleh itu, apakah yang telah kita lakukan sepanjang tempoh


umur yang telah diberikan oleh Allah SWT? Adakah
kita telah menginsafi dan bertaubat kepada Allah SWT
terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan? Adakah kita
telah membuat persiapan diri untuk bertemu dengan Allah
SWT di hari akhirat kelak? Adakah kita telah benar-benar
melaksanakan segala yang diperintahkan oleh Allah SWT
serta meninggalkan segala apa yang dilarang?

Sekiranya saat ini nyawa kita terhenti, sudah cukupkah


amal ibadah kita untuk bekalan di hari akhirat nanti? Allah
SWT berfirman:
ۚ َ َّ ۟ ُ َّ َ ۖ َ ْ َ َّ َ َّ ٌ ْ َ ْ ُ َ ْ َ َ َّ ۟ ُ َّ ۟ ُ َ َ َ‫َ ٰٓ َ ُّ َ َّ ن‬
‫يـأ ي�ا ٱل ِذ ي� ءامنوا ٱتقوا ٱلل ولتنظر نفس ما قدمت ِلغ ٍد وٱتقوا ٱلل‬
‫۝‬۱٨ ‫ٱلل َخ ِب ي ٌۢ� ِب َ�ا َت ْع َم ُل َون‬
َ َّ ‫إ َّن‬
ِ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman!
Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan
suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya); dan
hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa
yang Dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk
hari esok (hari akhirat). Dan bertaqwalah kepada Allah,
sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya
akan segala yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Hasyr: 18)

Apabila tiba masa atau tempoh ajal seseorang maka ia


tidak akan dilewatkan dan tidak pula akan dipercepatkan
walaupun sesaat, sepertimana firman Allah SWT:

130
َ ً َ ْ َ ُ َ ٓ َ َ ۖ ٌ َ ُ ُّ َ
‫ك أ َّم ٍة أ َجل ف ِإذا َجا َء أ َجل ُه ْم ل َي ْس َتأ ِخ ُرون َس َاعة َول‬
ِ ‫وِل‬
‫۝‬٣٤ ‫َي ْس َت ْق ِد ُم َون‬
Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh
(yang telah ditetapkan); maka apabila datang
tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau
sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan.”
(Surah al-A’raf: 34)

Dunia ini hanya tempat persinggahan bagi menyediakan


bekalan untuk menuju ke akhirat. Di sinilah manusia akan
diuji siapakah di kalangan mereka yang benar-benar
bertaqwa kepada Allah SWT atau sebaliknya, Nabi SAW
bersabda:
َ َ ُ َ َ ّ ‫ َوإ َّن‬،‫الد ْن َيا ُح ْل َو ٌة َخ ِ�ض َ ٌة‬
ْ ُ ‫الل ُم ْس َت ْخ ِل ُف‬ ُّ ‫إ َّن‬
‫ ف َي ْنظ ُر ك ْيف‬،‫ك ِف ي َ�ا‬ ِ ِ
َْ ُّ ُ َّ َ َ ُ َ ْ َ
‫ فاتقوا الدنيا‬،‫تعملون‬
Ertinya: “Sesungguhnya dunia ini cantik dan indah.
Sesungguhnya Allah SWT menjadikan kamu khalifah
di dalamnya dan Dia akan memerhatikan bagaimana
kamu menguruskannya. Oleh itu takutlah kamu
kepada (fitnah atau ujian) dunia”.
(Riwayat Muslim)

Marilah sama-sama kita bermuhasabah atau menilai diri


kita dengan sepotong nasihat yang disampaikan oleh
sahabat Nabi SAW yang mulia, iaitu Ibnu Umar RA:

َ َّ ‫إ َذا َأ ْم َس ْي َت َف َال َت ْن َت ِظر‬


َ ْ ‫ َوإ َذا أ ْص َب ْح َت َف َال َت ْن َت ِظر‬،‫الص َب َاح‬
،‫ال َس َاء‬ ِ ِ ِ ِ
َ ْ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َّ ِ ْ ْ ُ َ
‫ و ِمن حيا ِتك ِلو ِتك‬،‫وخذ ِمن ص ِتك ِلر ِضك‬

131
Ertinya: “Apabila engkau berada di waktu petang,
maka jangan engkau menanti waktu pagi (untuk
melakukan amal ibadah), dan apabila engkau berada
di waktu pagi, jangan engkau menanti waktu petang
(untuk melakukan amal ibadah), dan gunakanlah masa
sihat kamu sebelum sakit, dan masa hidupmu sebelum
kematianmu”.
(Riwayat al-Bukhari)

Secara umumnya, nasihat Ibnu Umar RA di atas ini memberi


gambaran yang jelas bagaimana seorang mukmin perlu
muhasabah dirinya setiap waktu. Salah satu nikmat yang
amat bernilai ialah nikmat sihat yang Allah SWT kurniakan
kepada para hamba-Nya.

Kesimpulannya, marilah kita persiapkan diri dengan


bekalan untuk menuju ke alam akhirat yang kekal abadi.
Janganlah kita terlalu menurut hawa nafsu, sehingga leka
dan lalai melaksanakan titah perintah Allah SWT.

Maka sebagai ibu bapa, kita perlu ingat bahawa


tanggungjawab kita terhadap anak-anak ialah menjadikan
mereka insan yang tunduk kepada suruhan Allah SWT.
Manakala sebagai suami, hendaklah mendidik isteri
menjadi seorang wanita yang solehah serta mendapat
keredhaan Allah SWT.

Marilah kita semua bertaubat daripada segala dosa-dosa


yang dilakukan sebelum ajal menemui kita semua. Allah
SWT berfirman:
َ ۖ ْ ُ ُ َ َّ ُ ۗ َ ْ ُ َ ٓ َ ْ َ ُّ ُ
‫ٱل ْو ِت َو ِإ نَّ َ�ا ت َوف ْون أ ُج َور ْك َي ْو َم ٱل ِق َي ٰـ َم ِة ف َ�ن‬ ‫ك نف ٍس ذا ِئقة‬
َّ ٓ ْ ُّ ُ ٰ َ َ ْ َ َ ۗ َ َ ْ َ َ َ َّ َ ْ َ ْ َ َّ َ َ ْ ُ ُ
‫ٱلدن َيا ِإل َم َت ٰـ ُع‬ ‫ٱلنة فقد فاز وما ٱليوة‬ ‫زح ِزح ع ِن ٱلن ِار وأد ِخل ج‬
‫۝‬۱٨٥ ‫ْٱل ُغ ُر ِور‬

132
Maksudnya: “Setiap yang bernyawa akan merasai mati,
dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan
disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang
dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga
maka sesungguhnya dia telah berjaya. Dan tidaklah
kehidupan dunia itu melainkan kesenangan yang
melalaikan.”
(Surah Ali ‘Imran: 185)

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

133
PERHATIKAN SUMBER REZEKIMU

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Perhatikan Sumber Rezekimu.

Islam tidak pernah menghalang kita untuk mencari


seberapa banyak harta atau kekayaan di atas muka bumi
ini. Namun, Islam melarang kita bersikap gelojoh atau
tamak ketika mencari harta, sehingga tidak mempedulikan
sama ada harta itu daripada sumber yang halal ataupun
haram. Rasulullah SAW bersabda:
َ َ ْ َ ََ َّ ‫َل َي ْأت َ نَّ� َع َل‬
َ
‫ أ ِم ْن َحل ٍل‬،‫الال‬
َ ‫ال ْر ُء ب َ�ا أخذ‬ َ ْ ‫ال‬
ْ‫ َل ُي َب ِ ي‬،‫اس َز َم ٌان‬ ‫الن‬ ‫ِي‬
ِ ِ
َ
‫أ ْم ِم ْن َح َر ٍام‬

134
Ertinya: “Akan datang suatu zaman di mana manusia
tidak lagi peduli dari mana mereka mendapatkan
harta, apakah dari (sumber) yang halal atau (dari
sumber) yang haram.”
(Riwayat al-Bukhari)

Harta yang diperolehi daripada sumber yang haram dan


dimurkai oleh Allah boleh menyebabkan seseorang itu
dihumban ke dalam neraka di hari akhirat kelak. Walaupun
seseorang itu melakukan amal soleh seperti solat, puasa,
berjihad di jalan Allah, mati syahid dan sebagainya, dia
akan tetap mendapat azab di neraka jika dia memperolehi
dan memiliki harta dari sumber yang haram.
َ
Hal tersebut seperti yang berlaku kepada ( ‫ ) ِم ْدع‬Mid’am
yang mengambil harta rampasan sebelum harta tersebut
dibahagikan, lalu dia terkena anak panah dan meninggal
dunia. Para sahabat RA berkata: “untuknya syurga”, lalu
Nabi SAW bersabda:
َ َ ْ ْ َ َ ْ َ َ ْ َ َ َ َ َ ‫َّ َّ ْ َ َة َّ ت‬ ْ َ َّ َّ َ
�‫الغ ِن ِا‬ ‫ ِإن الشمل ال ِ ي� أخذها يوم خي ب� ِمن‬،‫س ِب َي ِد ِه‬ ِ‫ َوال ِذي نف ي‬،‫ك‬
َ ُ ْ ََ ُ َ َْ َْ ُ ْ َ
‫ لتش َت ِعل َعل ْي ِه نَ� ًرا‬،‫اس‬
ِ ‫ل ت ِص ب�ا الق‬
Ertinya:”Tidak! Demi zat yang jiwaku berada di tangan-
Nya, sesungguhnya selendang dari harta rampasan
perang yang telah dia ambil pada hari peperangan
Khaibar tanpa pembahagian yang betul benar-benar
menyalakan api neraka keatasnya”.
(Riwayat Abu Daud - Sahih)

Bahkan, kita tidak boleh mengambil harta hak milik


seseorang muslim melainkan dengan keizinannya. Sabda
Rasulullah SAW:
َْ َّ‫َ َ ُّ َ ُ ْ ُ ْ ل‬
‫يب نف ٍس ِم ْن ُه‬
ِ ‫ ِإ ِب ِط‬،‫ل ي ِ�ل مال ام ِر ٍئ مس ِ ٍل‬

135
Ertinya: “Tidak halal harta seorang muslim melainkan
dengan kerelaan darinya”.
(Riwayat al-Baihaqi-Sahih)

Ketahuilah, harta yang diperolehi daripada sumber yang


haram akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri
kita semua. Antara kesan buruk yang akan menimpa kita
disebabkan makan dari hasil harta yang haram ialah:

Pertama: Barangsiapa yang makan, minum, berpakaian


dan sebagainya daripada sumber yang haram maka
doanya tidak akan diterima atau tidak dimakbulkan oleh
Allah SWT sepertimana sabda Nabi SAW:
َ َ َ َ َّ ُ‫ث‬
َّ ‫ َي ُ� ُّد َي َد ْي ِه إ َل‬،�َ ‫الس َف َر أ ْش َع َث أ ْغ َب‬
�‫ َ ي‬،‫الس َم ِاء‬ َّ ‫الر ُج َل ُي ِط ُيل‬
َّ ‫ر‬ َ ‫ك‬ ‫�ذ‬
ِ
ُ ْ ْ
َ ْ‫ َو َم ش‬،‫َر ِّب! َ ي� َر ِّب! َو َمط َع ُم ُه َح َر ٌام‬
‫ َوغ ِذ َي‬،‫ َو َمل َب ُس ُه َح َر ٌام‬،‫� ُب ُه َح َر ٌام‬
َ َ ُ َ َ ْ ُ َّ‫ْ َ َ َ َ ن‬
‫اب ِلذ ِلك‬ ‫ فأ� يستج‬،‫ِب�لر ِام‬
Ertinya: “(Nabi SAW) telah menceritakan tentang
seorang lelaki, yang telah bermusafir jauh, sehingga
rambutnya menjadi kusut-masai dan berdebu. Dia
mengangkat tangannya ke langit lalu berdoa: “Wahai
Tuhanku! wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya
dari yang haram, minumannya dari yang haram,
pakaiannya dari yang haram dan diberi makan dengan
makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan
memperkenankan doanya?”.
(Riwayat Muslim)

Kedua: Daging yang tumbuh daripada harta yang haram


akan dibakar oleh api neraka, sepertimana Rasulullah
SAW bersabda:
ْ ُ ْ َ َ َ َْ ُ َ ُ َّ َ ْ ُ َ ُ ْ َ َ
َّ ‫ إ َّال َك َنت‬،‫ست‬
‫الن ُار‬ ِ ِ ٍ ‫ ِإنه ال َ ي ْ� بو حل ٌم نبت ِمن‬،‫ي� كعب ْب ن� جع َرة‬
َ َ
‫أ ْول ِب ِه‬

136
Ertinya: “Wahai Ka’ab bin ‘Ujrah, sesungguhnya tidak
ada daging yang tumbuh dari sesuatu yang haram
melainkan api neraka lebih berhak keatasnya.”
(Riwayat al-Tirmizi - Sahih)

Ketiga: Bersedekah daripada harta yang haram tidak akan


diterima oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda:
ُُ ًَ ُ ْ َ َ َ َ َ َ َّ َّ
‫الل ت َب َارك َوت َعال ل َيق َبل َص َدقة ِم ْن غل ٍول‬ ‫ِإن‬
Ertinya: “Sesungguhnya Allah Tabarakawataala tidak
akan menerima sedekah dari hasil harta yang
diseleweng.”
(Riwayat Ahmad - Hasan)

Keempat: Mendapat laknat. Iaitu dijauhkan dari rahmat


Allah SWT, sepertimana yang terdapat dalam sebuah
hadis:
ُ ْ ‫ا� َو‬
َ ‫ال ْر َت ِش‬ َّ ُ َ
� َ ِ‫الر ش‬ ِ ‫ل َع َن َر ُسول‬
َّ ‫الل‬
Ertinya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah
dan penerima rasuah”.
(Riwayat Abu Daud - Sahih)

Berdasarkan hadis di atas, orang yang terlibat dengan


rasuah, adalah penjenayah yang merompak harta rakyat,
tamak, mementingkan diri sendiri dan pemusnah negara.
Oleh itu, kita wajib berusaha bersungguh-sungguh mencari
harta daripada sumber yang halal serta menjauhi daripada
sumber yang haram. Di samping itu, kita berdoa kepada
Allah SWT agar dikurniakan harta yang halal sesuai
dengan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW:
َ َ َ َ َْ َ َ َ ْ َّ
‫ َوأغ ِن ِ ن يْ� ِبف ْض ِلك َّع ْن ِس َواك‬،‫الل ُه َّم اك ِف ِ ن يْ� ِب َ�ال ِلك َع ْن َح َر ِامك‬

137
Ertinya; “Ya Allah cukupkanlah aku dengan apa yang
Engkau halalkan dan jauhkanlah aku dari apa yang
Engkau haramkan, dan cukupkanlah aku dengan
kurniaan-Mu dari bergantung kepada selain-Mu”.
(Riwayat al-Tirmizi - Hasan)

Sesungguhnya harta daripada sumber yang halal walaupun


sedikit adalah lebih diberkati. Ibnu Taimiyyah RH pernah
berkata:
ُ َّ ‫ال َر ُام ْال َك ِث ي ُ� َي ْذ َه ُب َو َي ْ� َح ُق ُه‬
‫الل‬ َْ ‫َو ْال َقل ُيل م َن‬
َ ْ ‫ َو‬،‫احل َل ِل ُي َب َار ُك ِف ِيه‬ ِ ِ
َ َ
‫ت َعال‬
Ertinya: “Dan harta yang sedikit dari sumber yang halal
itu akan diberkati padanya, sedangkan harta yang
banyak daripada sumber yang haram itu akan lenyap
dan Allah Ta’ala akan menghilangkan keberkatannya.”
(Majmu’ Al-Fatawa)

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

138
ANAK-ANAK SEBAGAI PENYEJUK MATA

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Anak-Anak Sebagai Penyejuk Mata.

Anak adalah anugerah daripada Allah SWT yang tidak


ternilai buat kita. Oleh itu, kita disunatkan bercita-cita
memiliki anak soleh yang mentauhidkan Allah SWT. Di
samping keinginan mempunyai anak adalah impian bagi
setiap pasangan suami isteri. Anak-anak juga diibaratkan
oleh Allah SWT sebagai perhiasan hidup di dunia,
sepertimana Allah SWT berfirman:
َ ْ ‫ون ز َين ُة‬
٤٦ ‫ٱل َي ٰو ِة ُّٱلد ْن َيا‬
‫۝‬ َ َُْ َ ُ َْ
ِ ‫ٱلال وٱلبن‬
Maksudnya: “Harta dan anak-anak adalah perhiasan
kehidupan dunia….”
(Surah al-Kahf: 46)

139
Nabi SAW bersabda:
ُ‫َ ُ ْ ُ َ ْ ُ َ َ نّ َ ُ ْ أ‬
‫ك ال َ َم‬ ُ ‫ت زَ� َّوجوا ال َودود ال َولود ف ِإ ِ� ُمك ث ِ ٌ� ِب‬
‫ي‬
Ertinya: “Kahwinilah wanita yang penyayang dan dapat
melahirkan anak. Sesungguhnya aku berbangga
dengan ramainya kamu semua (umatku) pada hari
kiamat”
(Riwayat Abu Daud - Sahih)

Jiwa kita akan merasa bahagia ketika menatap anak-anak,


dan hati pun merasa sangat senang ketika bergurau dan
bermain dengan mereka. Tetapi perlu dingatkan, walaupun
anak-anak merupakan perhiasan hidup, namun mereka
juga merupakan ujian untuk kita. Allah SWT berfirman:
َ َ
ُ َّ ‫ك َوأ ْوَل ٰـ ُد ُ ْك ِف ْت َن ٌة ۚ َو‬ َ
١٥ �ٌ ‫ٱلل ِع َند ُه ٓۥ أ ْج ٌر َع ِظ ي‬
‫۝‬ ْ ُ ‫ِإ نَّ َ� ٓا أ ْم َٰوُل‬
Maksudnya: “Sesungguhnya harta benda kamu dan
anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di
sisi Allah jualah pahala yang besar.”
(Surah al-Taghabun: 15)

Antara ciri-ciri anak-anak yang akan menjadi penyeri serta


penyejuk mata bagi kedua ibu bapa yang tersebut di dalam
al-Quran dan al-sunnah ialah:

Pertama: Anak yang soleh dan solehah.


Anak yang soleh adalah penyeri kehidupan, sekaligus
membawa kebahagian hidup buat kedua ibu bapanya.
Doa yang sentiasa dipanjatkan oleh anak yang soleh dan
solehah akan menjadi penyelamat buat ibu bapa daripada
azab di alam barzakh dan di hari akhirat kelak. Nabi SAW
bersabda:
َ َّ‫َ َ َ ل‬ َّ‫َ ُ ل‬ َ َْ ُ ْ َ َ َ
‫ ِإ ِم ْن َص َدق ٍة‬: ‫ اِ نقط َع َع ْن ُه َع ُل ِإ ِم ْن ثالث ٍة‬،‫ات ِإالن َسان‬ ‫ِإذا م‬
َ َ
َ
‫ال َي ْد ُعو ُل‬ِ ‫ أ ْو َوَل ٍد َص‬،‫ أ ْو ِع ْ ٍل ُي ْن َت َف ُع ِب ِه‬،‫َج ِار َي ٍة‬
ٍ
140
Ertinya: “Apabila seorang manusia meninggal dunia,
akan terputuslah amalannya, kecuali tiga perkara;
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau doa anak
yang soleh”.
(Riwayat Muslim)

Kedua: Anak yang taat beribadah.


Kedua ibu bapa dituntut mendidik anak-anak melakukan
ketaatan kepada Allah SWT. Antara bentuk ketaatan yang
paling ditekankan ialah solat. Ini kerana solat merupakan
amalan pertama yang akan dihisab pada hari akhirat. Nabi
Ibrahim AS berdoa kepada Allah SWT, supaya baginda
dan keturunannya menjadi orang yang tetap mendirikan
solat. Allah SWT berfirman:

٤٠ ‫ٱلص َل ٰو ِة َو ِمن ُذ ِّر َّي ِت�ۚ َر َّب َنا َوَت َق َّب ْل ُد َع ٓا ِء‬
‫۝‬ َّ �َ ‫ٱج َع ْل ن� ُم ِق ي‬
ِ
ْ ‫َر ّب‬
ِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang
yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat
keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa
permohonanku.”
(Surah Ibrahim: 40)

Ketiga: Mencintai Allah dan Rasulullah.


Rasa cinta kepada Allah SWT merupakan cinta yang
paling agung. Cinta kepada Allah SWT hendaklah dengan
mengikuti petunjuk Nabi SAW. Hal ini berdasarkan firman
Allah SWT:

Ertinya: “Tidaklah beriman seorang dari kalangan


kamu, sehingga aku lebih dicintainya daripada orang
tuanya, anaknya dan dari seluruh manusia yang lain”.
(Surah Ali Imran)

Keempat: Berbakti kepada ibu bapa.


Anak yang menjadi penyejuk mata akan sentiasa berbakti
kepada kedua ibu bapa dalam perkara yang makruf.
Firman Allah SWT:

141
‫ُ ف‬ َ ُ َ َ ْ َ ٰ َ ٰ ْ َ َّ َ َ
�ِ ‫حل ْت ُه أ ُّم ُهۥ َو ْه ًنا َع ٰل َو ْه ٍن َو ِف َص ٰـ ُلۥ‬ َ ‫ٱل َنسـن ب َوِلدي ِه‬
ِ ‫ووص ْينا ِإ‬
َ
‫۝‬ ١٤ �ُ ‫َع َام ْ ي ِن� أ ِن ْٱش ُك ْر ِل َوِل َٰوِل َد ْي َك ِإ َ َّل ْ َٱل ِص ي‬
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik
kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan
demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian)
bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu
bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat
kembali (untuk menerima balasan).”

(Surah Luqman: 14)

Kelima: Meninggikan darjat ibu bapa di hari akhirat.


Memiliki anak soleh yang sentiasa mendokan kedua ibu
bapa akan mendapat ketinggian darjat di akhirat kelak.
Rasulullah SAW bersabda:
ُ ُ َ َ ْ ْ ‫َّ ِ ف‬
�‫ َ ي‬:‫ ف َيقول‬،‫ال َّن ِة‬ َّ ‫إ َّن اللَّ َ َع َّز َو َج َّل َل َ ْ� َف ُع‬
ْ ‫الد َر َج َة ِل ْل َع‬
‫ال ِ ي� ج‬
ِ ‫الص‬ ‫د‬ِ ‫ب‬ ‫ي‬ ِ
َ َ َ َ َ َ ْ ْ ُ ُ َ َ َ ْ َّ‫َ ّ َ ن‬
‫ ِب�س ِتغف ِار ول ِدك لك‬:‫ أ� ِ يل ه ِذ ِه؟ فيقول‬،‫ر ِب‬
Ertinya: “Sesungguhnya Allah SWT pasti akan
mengangkat darjat bagi seseorang hamba yang soleh
di syurga. Maka dia berkata: Wahai Tuhan, dari mana
yang aku dapat ini? Allah berfirman: dengan istighfar
anak kamu untukmu”.
(Riwayat Ahmad - Hasan)

Maka berbahagialah mereka yang mempunyai anak soleh


sebagai penyejuk mata. Mereka mendapat keuntungan
bukan sahaja di dunia bahkan di hari akhirat. Allah SWT
mengajarkan kepada kita di dalam al-Quran tentang
doa yang dibacakan oleh hamba-hamba yang soleh,
sebagaimana Allah SWT berfirman:

142
ْ ْ َ ‫َ َّ نَ َ ُ ُ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ْ َ ْ َٰ َ َ ُ ّ َّ ٰ َ ُ َّ َ َ ْ ُ ن‬
‫ٱج َعل َنا‬‫وٱل ِذ ي� يقولون ر بنا هب لنا ِمن أزو ِجنا وذ ِر يـ ِتنا قرة أع ي ٍ� و‬
‫۝‬ ٧٤ ‫ِل ْ ُل َّت ِق ي نَ� ِإ َم ًاما‬
Maksudnya: “Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu
ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata:
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-
isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang
menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami
imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
(Surah al-Furqan: 74)

Setiap muslim sepatutnya mengamalkan doa tersebut,


supaya anak-anak menjadi penyejuk hati.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

143
KEBAIKAN BERUSAHA MENCARI REZEKI

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat dan salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Kebaikan Berusaha Mencari Rezeki.

Orang yang bekerja bersungguh-sungguh untuk mencari


rezeki yang halal, adalah berada di jalan Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda:
َ َ ْ َّ‫ل‬ ْ‫فَ ف‬ َ َ َ َ َ َ ْ
‫ َو ِإن كن‬، ِ ‫ ُ� َو ِ ي� َس ِب ْي ِل ال‬،‫ِإن كن خ َر َج َي ْس َع َعل َول ِد ِه ِصغ ًارا‬
َ َ ْ َّ‫ل‬ ْ‫فَ ف‬ َ َ َ َ َ
‫ َو ِإن كن‬، ِ ‫ ُ� َو ِ ي� َس ِب ْي ِل ال‬،�‫خ َر َج َي ْس َع َعل أ َب َو ْي ِ ن� ش ْي َخ ْ ي ِن� ك ِب ْي َ� ْي ِ ن‬
َ َ َ ْ َّ‫ل‬ ْ‫ُّ فَ ف‬ َْ َ َ
‫ َو ِإن كن خ َر َج َي ْس َع‬، ِ ‫ ُ� َو ِ ي� َس ِب ْي ِل ال‬،‫خ َر َج َي ْس َع َعل نف ِس ِه َي ِع ف َ�ا‬
َ َّ ‫َ َ ً فَ ف‬
‫ ُ� َو ِ ي ْ� َس ِب ْي ِل الش ْيط ِان‬،‫ِر َ ي� ًء َو ُمفاخ َرة‬

144
Ertinya: “Sesiapa yang keluar bekerja demi anak-
anaknya yang masih kecil, maka dia berada di jalan
Allah. Sesiapa yang keluar berusaha demi orang
tuanya yang sudah lanjut usia, maka dia berada di
jalan Allah. Sesiapa yang keluar bekerja untuk dirinya
sendiri agar dia dapat menahan diri dari perkara haram
dan meminta-minta, maka dia berada di jalan Allah.
Sesiapa yang keluar bekerja dengan riya’ dan
menyombongkan diri, maka dia berada di jalan
syaitan” .
(Riwayat al-Tabarani - Sahih)

Hadis ini menunjukkan bahawa orang yang berusaha


mencari rezeki demi melaksanakan tanggungjawabnya
kepada orang di bawah tanggungannya atau untuk
memelihara dirinya daripada terjebak ke dalam perbuatan
haram, seperti mencuri dan meminta-minta, maka dia
memperolehi pahala sepanjang usahanya selagi dia
menjaga niatnya kerana Allah SWT.

Perkara ini merupakan galakan dalam Islam supaya


pengganutnya keluar bekerja, berusaha menguruskan
kehidupannya dengan kurniaan Allah SWT yang luas
terbentang di atas muka bumi ini.

Lihatlah disekeliling kita atau dalam negeri kita atau


dalam negara kita apakah peluang pekerjaan yang boleh
kita lakukan? Kadang-kadang disebabkan sikap malas,
seseorang sanggup tidak bekerja kerana pekerjaan itu
tidak memberi keselesaan hidupnya atau memenatkan
dirinya atau tidak sama dengan gaya hidupnya, sedangkan
ruang pekerjaan ada di hadapannya.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Yang penting apa


sahaja pekerjaan yang dibuat itu perlulah mendatangkan
rezeki yang halal dan dalam masa yang sama perlulah
cekalkan hati walaupun pekerjaan itu memenatkan.

145
Berusaha dan terus berusaha merupakan kunci kejayaan
tanpa mengenal erti putus asa. Bak kata pepatah gagal
sekali bukan bererti gagal selama-lamanya.

Allah SWT telah menyatakan bahawa rezeki telah


ditetapkan buat para hamba-Nya, maka bukanlah bererti
kita pasrah dan tidak berusaha mencari rezeki. Sebahagian
orang memiliki tanggapan yang salah dalam memahami hal
ini. Mereka hanya pasrah terhadap takdir tanpa melakukan
usaha sama sekali.

Sesungguhnya, ini adalah kesalahan yang besar.


Bukankah Allah juga memerintahkan kita untuk mengambil
sebab dan melarang kita dari bersikap malas? Apabila kita
sudah mengambil sebab dan mendapatkan hasil yang tidak
kita inginkan, maka kita tidak boleh sedih dan berputus
asa, termasuk dalam mencari rezeki. Kerana semuanya
merupakan ketetapan Allah SWT. Oleh kerana itu, Nabi
SAW bersabda:
َ َ َّ ْ َ ْ َ َ ُ َ ْ َ َ َ َ ْ ْ
‫ َول ت ْع َج ْز‬،‫لل‬
ِ �‫ واست ِعن ِب‬،‫اِ ح ِرص عل ما ينفعك‬
Ertinya: “Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat
bagimu. Dan minta tolonglah kepada Allah SWT dan
janganlah merasa lemah (semangat)!”
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa, hasil usaha seseorang


itu perlulah disandarkan kepada kepada Allah SWT yang
menentukan dan memberi rezeki kepada setiap hamba-Nya.
Dengan itu, setelah berusaha, hendaklah kita bertawakkal
kepada Allah SWT dan memohon pertolongan-Nya ketika
menghadapi kesusahan. Oleh kerana itu, Rasulullah SAW
bersabda:

146
ْ َ َّ ُ َ َ ْ َ ُّ َ َّ َ َ ُ َّ َ ُ ْ ُ َّ َ ْ َ
‫ ل ُر ِزق تُ ْ� َكا ُ ي ْ�زق الط ْي ُ� تغ ُد ْو‬،‫الل َح َّق ت َو ِك ِه‬
ِ ‫ك ك ْن تُ ْ� ت َوكون َعل‬ ‫لو أن‬
َ
�‫اصا َوتَ ُ� ْو ُح ِبط نًا‬ً َ ‫ِ�خ‬

Ertinya: “Seandainya kamu semua bertawakkal kepada


Allah SWT dengan sebenar-benarnya, nescaya kamu
akan diberikan rezeki, sepertimana seekor burung
yang diberikan rezeki, ketika ia keluar dalam keadaan
lapar dan kembali pada petang harinya dalam keadaan
kenyang”.
(Riwayat al-Tirmizi - Sahih).

Kesimpulannya adalah seperti berikut:

Pertama: Salah satu daripada sebab kebahagiaan


hidup adalah mempunyai harta yang mencukupi untuk
menampung keperluan hidup diri sendiri serta keluarga.

Kedua: Berusaha mencari harta yang halal bagi


menampung keperluan hidup diri sendiri serta keluarga
adalah suatu kewajipan.

Ketiga: Menadah tangan memohon simpati orang lain,


bagi orang yang masih mampu berusaha sendiri, adalah
satu perbuatan yang hina dan dilarang oleh Islam.

Keempat: Semua jenis pekerjaan yang halal adalah baik,


tidak ada yang cacat-cela. Apa yang menjadi kecelaannya
ialah perbuatan orang yang malas, yang mengambil jalan
pintas untuk mendapatkan harta tanpa mempedulikan
halal atau haram.

Kelima: Insan yang berjaya ialah insan yang berusaha


mencari rezeki yang halal dengan titik peluh dan daya
usahanya sendiri, tanpa bergantung harap kepada bantuan
orang lain.

147
Allah SWT berfirman:
َ َ َۖ ُ ْ ‫ولۥ َو‬
ُ ُ ‫ك َو َر ُس‬ ُ َّ ‫ٱع ُل ۟وا َف َس َي َ�ى‬
ْ ُ ‫ٱلل َ َع َل‬ َ ْ ‫َو ُقل‬
‫ٱل ْؤ ِم ُنون َو َس تُ َ� ُّدون ِإ ٰل َع ٰـ ِ ِل‬ ِ
َ ُ َ ْ َ ْ ُ‫ْ َ ْ َ شَّ َ ٰ َ َ ُ َ ّ ُ ُ َ ُ ت‬
‫۝‬۱٠٥ ‫ٱلغي ِب وٱل�ـد ِة فين ِبئك ِب�ا كن� تعملون‬
Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad):
Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan),
maka Allah SWT dan Rasul-Nya serta orang yang
beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan
kamu akan dikembalikan kepada (Allah SWT) Yang
Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang
nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa
yang kamu telah kerjakan”.
(Surah al-Taubah: 105)

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ َ ْ َ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم بو�مدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

148
FADILAT SOLAT BERJEMAAH

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua InsyaAllah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini bertajuk:


Fadilat Solat Berjemaah.

Barangsiapa yang memakmurkan masjid dengan


melaksanakan solat secara berjemaah, mempelajari
ilmu agama dan sebagainya, maka dia adalah orang
yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat,
serta termasuk dalam golongan mereka yang mendapat
petunjuk-Nya. Allah SWT berfirman:
َ ٰ َ َّ َ َ َ َ َ‫نَّ َ َ ْ ُ ُ َ َ ٰ َ َّ َ ْ َ َ َ ٱ َّ َ ْ َ ْ ْ أ‬
‫لل وٱليو ِم ٱل ِخ ِر وأقام ٱلصلوة‬ ِ �‫ٱلل من ءامن ِب‬ ِ ‫ِإ�ا يعمر مسـ ِجد‬
۟ ُ ُ َ َ َ ُ َ ۖ َ ‫ٱلز َك ٰو َة َو َ ْل ي َ خْ�ش إل‬
َّ َّ َ َّ �‫َو َء تَا‬
‫س أ ۟ول ٰٓـ ِئك أن َيكونوا ِم َن‬
ٰٓ َ ‫ٱلل ف َع‬ ِ
‫۝‬١٨ �َ‫ْ ُٱل ْه َت ِد ي ن‬

149
Maksudnya: “Hanyasanya yang memakmurkan masjid-
masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada
Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan
menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada
Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka
adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan
yang mendapat petunjuk.”
(Surah al-Taubah: 18)

Selain itu, ganjaran pahala yang lebih juga diberikan oleh


Allah SWT kepada mereka yang melaksanakan solat
secara berjemaah. Rasulullah SAW bersabda:
ً ْ ‫َ َ ُ َْ َ َ َ ْ ُ ُ َ َ َ ْ َ ّ َ ْ َ ش‬
‫� ي نَ� َد َر َجة‬
ِ ‫صلة الج ماع ِة تفضل صلة الف ِذ ِبسب ٍع و ِع‬
Ertinya: “Solat secara berjemaah (ganjarannya)
melebihi solat (secara) berseorangan, dengan dua
puluh tujuh darjat”.
(Riwayat Al-Bukhari)

Hadis ini menunjukkan sesiapa yang mendirikan solat


fardhu secara berjemaah, akan mendapat pahala melebihi
orang yang mendirikan solat fardu secara bersendirian.
Oleh itu, mengapa masih ada lagi dalam kalangan kita
yang mensia-siakan peluang yang besar ini?

Solat lima waktu yang wajib itu sebaik-baiknya hendaklah


dilaksanakan secara berjemaah. Di antara kelebihan bagi
sesiapa yang melaksanakan solat lima waktu secara
berjemaah ialah:

Pertama: Bagi sesiapa yang dapat mendirikan solat


berjemaah bersama imam pada takbir yang pertama
selama 40 hari, maka ditulis baginya pelepasan daripada
api neraka dan pelepasan dari sifat munafik, sepertimana
Rasulullah SAW bersabda:

150
َ ُ َ ُ‫َ ْ َ لَّ َّ ْ َ نَ َ ْ ً ف َ َ َ ُ ْ ُ َ ْ َ ْ أ‬
‫ ك ِت َب ُل‬،‫التك ِب ْي َ�ة الول‬ ‫ يد ِرك‬،‫من ص ِل ِل أر ب ِع ي� يوما ِ ي� �ج اع ٍة‬
َ ّ َ ٌ َ َ َ َ َّ َ ٌ َ َ َ َ‫َ َ َ ت‬
ِ ‫ و ب�اءة ِمن‬،‫ ب�اءة ِمن الن ِار‬: ‫ب�اء� ِن‬
‫النف ِاق‬
Ertinya: “Sesiapa yang solat kerana Allah selama 40
hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang
pertama. Ditulis untuknya dua pembebasan, bebas
dari neraka, dan bebas dari sifat munafik.”
(Riwayat al-Tirmizi - Hasan)

Kedua: Memperbanyakkan langkah menuju ke masjid


untuk solat secara berjemaah akan dapat menghapuskan
dosa-dosa dan meninggikan darjat. Rasulullah SAW
bersabda:
َ َُ َ َ َ‫ْ خ‬ َ َ
‫ قالوا َبل‬،‫ات‬ َّ
ِ ‫ َوَ ي ْ�ف ُع ِب ِه الد َر َج‬،�‫الط َ يا‬ ُ َّ ‫ك َع َل َما َي ْ� ُحو‬
‫الل ِب ِه‬ ْ ُ ‫أ َل أ ُد ُّل‬
َ َ ُ‫َ َ ث ْ َ ُ ْ خ‬ َ َ ْ َ َ ُ ُ ْ ُ َ ْ َ َ َّ َ ُ َ َ
‫الطا ِإل‬ ‫ وك�ة‬،‫الك ِر ِه‬ ‫ قال ِإسباغ الوض ِوء عل‬،‫الل‬ ِ ‫ي� رسول‬
ُ َ ّ ْ ُ َ َ َ َّ َ ْ َ َ َّ ُ َ ْ َ َْ
َ ‫ال‬
‫الر ب�ط‬ِ ‫ك‬ ‫ل‬ ِ ‫ذ‬ ‫ف‬ ، ‫ة‬ِ ‫ل‬ ‫الص‬ ‫د‬ ‫ع‬ ‫ب‬ ‫ة‬ ِ ‫ل‬ ‫الص‬ ‫ار‬‫ظ‬ ‫ت‬
ِ ‫ان‬‫و‬ ، ‫د‬ِ ‫اج‬
ِ ‫س‬
Ertinya: “Mahukah aku tunjukkan sesuatu yang
dengannya Allah menghapus kesalahan-kesalahan
dan mengangkat darjat?, mereka menjawab: Tentu
wahai Rasulullah! Baginda SAW bersabda:
Menyempurnakan wudhu pada (waktu) yang (tidak)
disukai (seperti dalam keadaan cuaca yang sangat
sejuk), banyak berjalan ke masjid, dan menunggu
solat berikutnya setelah solat, maka itulah arribath
(menahan diri untuk sentiasa melakukan ketaatan)”.
(Riwayat Muslim)

Ketiga: Barangsiapa yang menunggu untuk menunaikan


solat secara berjemaah, mendapat pahala seperti orang
yang mengerjakan solat. Rasulullah SAW bersabda:
ُ ُ َ َ َ َّ ُ َ ْ َ ُ َّ‫َ َ زَ ُ ْ َ ْ ُ ف َ َ َ َ َ ف ُ َ ل‬
‫ َوتقول‬،‫الصلة‬ ‫ل ي�ال العبد ِ� صال ٍة ما كن ِ� مص ه ينت ِظر‬
َ ُ َ َ َ ْ َ َّ‫ْ َ َ َ ُ َّ ُ َّ ْ ْ َ ُ َّ ُ َّ ْ َ ْ ُ َ ت‬
‫صف أ ْو ي ْ� ِدث‬ ِ ‫ ح� ين‬،‫ اللهم اغ ِفر ل اللهم ارحه‬:‫الال ِئكة‬
151
Maksudnya :”Seseorang hamba Allah itu dikira dalam
solat selama dia berada di tempat solatnya kerana
menunggu solat, dan berkata Malaikat: “Ya Allah,
ampuni dosanya dan rahmatilah dia, sehingga dia
beredar atau dia berhadas”.
(Riwayat Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang yang duduk


di tempat solatnya sambil menunggu untuk melaksanakan
solat fardu dikira seperti seorang yang mengerjakan solat,
di samping para malaikat berdoa untuknya.

Keempat: Sesiapa yang solat secara berjemaah maka


akan diampunkan dosa-dosanya. Rasulullah SAW
bersabda;
ْ َ ْ َ َّ َ َ‫َ ْ َ َ َّ َ َّ َ َ َ ْ َ َ ْ ُ ُ َ ثُ َّ َ ش‬
،‫الك ُت َوب ِة‬ ‫ � م� ِإل الصال ِة‬،‫ فأسبغ الوضوء‬،‫من توضأ ِللصال ِة‬
َ ُ َّ َ َ َ َ َ ‫ َأ ْو َم َع ْ ج‬،‫الناس‬
َّ َ َ َ َّ‫َ َ ل‬
‫الل ُل‬ َ ْ �‫ أ ْو ِ ف‬،‫ال َم َاع ِة‬
‫ غفر‬،‫ال ْس ِج ِد‬ ِ ‫فص ها مع‬
ُُ
‫ذن َوب ُه‬
Ertinya: “Sesiapa berwuduk untuk solat, lalu
menyempurnakan wuduknya, kemudian berjalan
untuk menunaikan solat fardu, lalu dia
melaksanakannya bersama orang ramai atau bersama
jama’ah atau di masjid, nescaya Allah akan
mengampuni dosa-dosanya”.
(Riwayat Muslim)

Maksud dosa-dosa di sini adalah dosa-dosa kecil, kerana


dosa-dosa besar memerlukan kepada taubat nasuha.

Sesungguhnya, banyak kelebihan-kelebihan yang akan


kita perolehi apabila kita dapat melaksanakan solat secara
berjemaah di masjid. Namun begitu, masih ramai dalam
kalangan kita yang leka dan lalai untuk menunaikan solat
secara berjemaah. Keadaan ini ternyata berbeza dengan

152
orang yang benar-benar beriman, kerana mereka tahu nilai
ganjaran serta kelebihan solat secara berjemaah di masjid,
sepertimana yang diberitahu oleh baginda nabi SAW.

Oleh itu, marilah sama-sama kita merebut peluang yang


ada ini untuk solat secara berjemaah di masjid sebelum
ajal menjemput kita. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-
Baqarah ayat 43:
َ
٤٣ �َ‫ٱلص َل ٰو َة َو َء ُات ۟وا َّٱلز َك ٰو َة َو ْٱر َك ُع ۟وا َم َع َّٰٱلر ِك ِع ي ن‬
‫۝‬ َّ ‫َوأ ِق ُيم ۟وا‬
Maksudnya; “Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah
zakat, dan rukuklah kamu semua bersama-sama orang
yang rukuk”.
(Surah Al-Baqarah :43)

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

153
KEWAJIPAN MENJALANKAN AMAR MAKRUF DAN
NAHI MUNGKAR

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ َ َ‫أ‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِ ّينا م َّم ٍد‬،�َ‫ول ال ِم ي ن‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Amar Makruf dan Nahi Mungkar.

Islam memerintahkan kita supaya menegakkan amar


makruf dan nahi mungkar, iaitu mengajak manusia kepada
kebaikan dan mencegah manusia daripada melakukan
kemungkaran. Firman Allah SWT:
َ ْ ‫َ ْ َ ُ ّ ُ ْ ُ َّ ٌ َ ْ ُ َ َ ْ خَ ْ َ َ أْ ُ ُ َ ٱ‬
‫وف َو َي نْ َ� ْون َع ِن‬
ِ ‫ر‬ُ ‫ع‬ْ َ
‫ل‬ �‫ولتكن ِمنك أمة يدعون ِإل ٱل ي ِ� و ي�مرون ِب‬
ُ
١٠٤ ‫ْ ُٱل َنك ِ ۚر َوأ ۟وَل ٰٓـ ِئ َك ُ ُه ْ ُٱل ْف ِل ُح َون‬
‫۝‬

154
Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu
golongan yang mengajak kepada kebaikan (Islam),
dan menyuruh melakukan perkara yang baik, serta
melarang daripada perkara yang buruk. Mereka itulah
orang-orang yang berjaya.”
(Surah Ali ‘Imran: 104)

Mencegah kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat


adalah sesuatu yang wajib berdasarkan hadis Nabi SAW:
َ ْ َ َ َ ْ َ َ َْ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ
‫ ف ِإن ْل‬،‫ ف ِإن ْل َي ْس َت ِط ْع ف ِب ِل َسا ِن ِه‬،‫ك ُم ْنك ًرا فل ُيغ ِّي ْ� ُه ِب َي ِد ِه‬‫من رأى ِمن‬
ْ ُ َ َ َ ْ َ َ
‫ َوذ ِلك أ ْض َعف ِإال ْي َ� ِان‬،‫َي ْس َت ِط ْع ف ِبقل ِب ِه‬
Ertinya: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang melihat
kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan
tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan
lisannya (perkataan), sekiranya dia masih tidak
mampu maka dengan hatinya. Dan itulah selemah-
lemah iman.”
(Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa


sesuatu kejahatan itu perlu ditegah oleh sesiapa yang
melihatnya. Tegahan tersebut sama ada dengan tangan
atau boleh juga difahami dengan hak kuasa yang diberikan
kepada pihak berautoriti.

Manakala yang dimaksudkan tegahan dengan lisan itu


ialah, dengan memberi nasihat mahupun teguran supaya
sesuatu kejahatan itu tidak berlaku. Sebagai contoh,
seorang bapa wajib menasihati anaknya yang melakukan
dosa seperti meninggalkan solat, merokok, minum arak,
pergaulan bebas antara berbeza jantina dan sebagainya.
Akan tetapi, sekiranya anak-anak tetap berdegil seperti
tidak mahu mendengar nasihat yang diberikan, maka
Islam membenarkan ibu bapa untuk memukul anaknya
setelah berumur sepuluh tahun dengan niat pukulan untuk

155
mendidik serta tidak menyebabkan kecederaan.

Oleh itu, sekiranya kita hidup dalam lingkungan


masyarakat maka nasihat-menasihati adalah cara terbaik
untuk mencegah kemungkaran yang yang berlaku dalam
komuniti kita. Tetapi teguran yang diberikan itu perlulah
baik dan berhikmah. Sebagaimana firman Allah SWT:
ۖ َْ َ ْ َ ْ َ َ ْ ْ ‫َ ّ َ ٱ‬
َ ِ �‫ٱل َس َن ِة َو َج ٰـ ِد ْ ُلم ِب ٱ� َّل ِ ت‬
‫ه‬
َ
‫ْٱد ُع ِإ ٰل َس ِب ِيل ر ِبك ِب� ِلك ِة وٱلو ِعظ ِة‬
َ
‫۝‬ ١٢٥ ‫أ ْح َس ُن‬
Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai
Muhammad) dengan hikmah dan pengajaran yang
baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau
serukan itu) dengan cara yang lebih baik.”
(Surah al-Nahl: 125)

Selain itu, sekiranya kita dapati terdapat kemungkaran yang


mendatangkan kerosakan dan menggugat keharmonian
masyarakat, hendaklah dicegah dan tidak boleh
disembunyikan. Hal ini kerana, sifat menyembunyikan
kejahatan orang lain yang mampu memberi mudharat
dalam kehidupan masyarakat adalah suatu dosa besar
yang ditegah sama sekali oleh agama. Perkara ini telah
dinyatakan oleh Rasulullah SAW melalui sabda Baginda
SAW iaitu:
َ َ‫ْ أ‬ َ َ َ ْ َ ُّ َ َََ ّ َْ ََ َ ْ َ ُّ َ ََ
‫ َول َع َن‬،‫سق َم َن َار ال ْر ِض‬ ‫ ولعن الل من‬،‫الل‬ ِ �ِ ‫لعن الل من ذ ب� ِلغ ي‬
ً ُ ُ ّ ‫ َوَل َع َن‬،‫الل َم ْن َل َع َن َوا ِل َد ُه‬
ُّ
�‫الل َم ْن َآوى ْم ِد ث‬

156
Ertinya: “Allah melaknat sesiapa yang menyembelih
untuk selain Allah SWT, Allah melaknat sesiapa yang
mencuri sempadan tanah (orang lain), Allah melaknat
siapa yang melaknat orang tuanya dan Allah melaknat
sesiapa yang memelihara orang yang melakukan
kejahatan”.
(Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, dapat difahami bahawa


perbuatan menutup atau menyembunyikan kejahatan
boleh memudharatkan kesejahteraan adalah haram dan
dilarang sama sekali dalam agama. Maka, pihak yang
bertanggungjawab dan masyarakat hendaklah berusaha
untuk mencegah kemungkaran pada kadar yang dia
mampu.

Oleh itu, kita hendaklah mengubah kemungkaran yang


berlaku dihadapan mata kita dengan melaporkan kepada
pihak berkuasa atas nilai tanggungjawab sebagai seorang
Muslim. Allah SWT berfirman:
۟ ُ َّ ۚ ْ ْ ْ َ َ ۟ ُ َ َ َ َ َ ۖ ٰ َ ْ َّ َ ّ ْ َ َ ۟ ُ َ َ َ َ
‫ٱل ث ِ� َوٱل ُع ْد َٰو ِن َوٱتقوا‬
‫وتعاونوا عل ٱل ِب ِ� وٱلتقوى ول تعاونوا عل ِإ‬
َ َّ ‫ٱللۖ إ َّن‬
‫۝‬٢ ‫ٱلل َش ِد ُيد ْٱل ِع َق ِاب‬ َ َّ
ِ
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tolong-menolong
dalam kebaikan dan ketakwaan. Dan jangan tolong-
menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Dan
hendaklah kamu bertakwa kepada Allah,
sesungguhnya siksa Allah sangat berat.”
(Surah al-Maidah: 2)

Akhir sekali, sebagai nasihat untuk kita bersama, jika


seseorang itu tidak mampu mengubah dengan tangan atau
lisannya maka sewajarnya ada perasaan benci terhadap
maksiat dan kejahatan yang berlaku di hadapan matanya.
Hal ini kerana selemah-lemah iman adalah apabila
seseorang itu melihat kemungkaran di hadapan matanya

157
lalu timbul perasaan benci dan tidak redha dengan apa
yang sedang berlaku.

Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang


sentiasa melakukan amar makruf dan nahi mungkar demi
kesejahteraan masyarakat serta mendapat keredhaan
Allah SWT.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

158
MEMUDAHKAN PERKAHWINAN

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat .

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Memudahkan Perkahwinan.

Allah SWT telah menciptakan manusia dan memasukkan


ke dalam diri mereka fitrah untuk hidup berpasangan
antara lelaki dan wanita. Sebagaimana firman Allah SWT :
۟ ُ ُ َ ۚ ْ ُ ٓ َ َ ْ ُ َ ْ َ‫َ َ ُ ۟ ْ أَ َ ٰ َ ٰ ُ ْ َ َّ ٰ ن‬
‫وأ ِنكحوا ٱليـم ِمنك وٱلصـ ِل ِح ي� ِمن ِعب ِادك و ِإما ِئك ِإن يكونوا‬
‫۝‬ ُ َّ ‫ٱلل ِمن َف ْض ِ ِلۦۗ َو‬
٣۲ �ٌ ‫ٱلل َٰو ِس ٌع َع ِل ي‬ ُ َّ ‫ُف َق َر ٓا َء ُي ْغ ِن� ُم‬
ِ

159
Maksudnya: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang
(lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan
orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu
lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah
kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan
limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
(Surah al-Nur: 32)

Al-Imam Ibn Kathir RH berkata dalam kitab tafsirnya: “ini


merupakan satu perintah untuk berkahwin. Sebahagian
ulama berpegang bahawa hukum berkahwin adalah wajib
bagi mereka yang berkemampuan. Mereka berhujah
dengan zahir hadis Rasulullah SAW:
َ َ َّ َ َْ َ ْ ْ ُ ْ َ َ َ ْ َ َّ َ َ‫َ َ ْ ش‬
‫ ف ِإن ُه أغ ُّض‬،‫ فل َي َت زَ� َّو ْج‬،‫ك ال َب َاءة‬ ‫اب م ِن استطاع ِمن‬ ِ ‫� الش َب‬ ‫ي� مع‬
َ َّ َ َ َ َ َ
َّ �‫ َو َم ْن ْل َي ْس َت ِط ْع ف َعل ْي ِه ب‬،‫ َوأ ْح َص ُن ِللف ْرج‬،‫ِل ْل َب َص‬
َ ْ
‫ ف ِإن ُه ُل ِو َج ٌاء‬،‫لص ْو ِم‬ ِ ِ ِ
Ertinya: “Wahai pemuda! Sesiapa dalam kalangan
kamu yang berkemampuan, hendaklah dia berkahwin.
Sesungguhnya perkahwinan membantu untuk
menundukkan pandangan, dan memelihara kemaluan.
Sesiapa yang tidak mampu, hendaklah dia berpuasa.
Sesungguhnya puasa itu baginya perisai.”
(Riwayat al-Bukhari)

Perkahwinan di dalam Islam hendaklah merujuk kepada


petunjuk Nabi SAW, yang tidak membebankan. Sebaliknya
perkahwinan bertujuan menjaga kesucian diri, maruah dan
agama.

Oleh itu, bagi yang mampu, maka mereka boleh


mengadakan walimah yang sesuai dengan kemampuan
mereka. Namun bagi yang tidak mampu, cukup sekadar
menyediakan hidangan makanan yang memenuhi maksud
walimah. Rasulullah SAW telah bersabda:

160
َ ّ َْ
ُ َ ‫الن َكح أ ْي‬
‫س ُه‬ ُ
ِ ِ �‫خ ي‬
Ertinya: “Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling
mudah.”
(Riwayat Abu Daud - Sahih)

Dan Nabi SAW telah bersabda:


َ َ ‫َّ ْ ُ ْ ْ َ ْ َ َ ْ ْ َ ْ َ ت َ َ َ ْ ْ َ َ َ ِق‬
‫ َوت ْي ِس ْي َ� َر ِ ِح َها‬،‫ا�ا‬ ‫ وتي ِس ي� صد‬،‫ تي ِس ي� ِخطب ِ�ا‬،‫ِإن ِمن ي� ِن الرأ ِة‬
Ertinya: “Sesungguhnya di antara kebaikan seorang
wanita adalah yang mudah urusan meminangnya,
mudah maharnya (mas kahwinnya) dan mudah
rahimnya (yakni mudah melahirkan zuriat).”
(Riwayat Ahmad - Hasan)

Hadis ini menunjukkan, terdapat tuntutan agar


mempermudahkan urusan berkaitan mas kahwin. Mas
kahwin yang membebankan hendaklah dijauhi bersesuaian
dengan sunnah Nabi SAW.

Mas kahwin yang membebankan menyalahi sunnah Nabi


SAW dan boleh memberi kesan buruk pada hubungan
rumah tangga untuk jangka masa panjang. Hal ini kerana,
perkahwinan adalah ikatan untuk menuju hidup bersama
pasangan dalam keadaan saling rasa kasih sayang dan
belas untuk memperolehi keredhaan Allah SWT.

Hal Ini selari dengan pesanan Rasulullah SAW bahawa


sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah. Majlis
kendurinya pun turut dianjurkan dengan cara yang mudah.
Ketika Nabi SAW mengetahui sahabatnya ‘Abdurrahman
bin ‘Auf RA baru sahaja bernikah, maka Nabi SAW pun
bersabda kepadanya:

161
َ َ َ َ َ ُ َّ َ َ
‫ أ ْو ِ ْل َول ْو ِبش ٍاة‬،‫الل لك‬ ‫ب� َرك‬
Ertinya: “Semoga Allah memberi keberkatan kepada
engkau, adakanlah walimah (yakni kenduri kahwin)
walaupun hanya dengan seekor kambing.”
(Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, Nabi SAW menggalakkan umatnya


supaya mengadakan kenduri kahwin menurut kemampuan,
walaupun sekadar seekor kambing, maka ia sudah
memenuhi tuntutan sunnah Nabi SAW.

Nabi SAW pernah melaksanakan walimah (kenduri kahwin)


ketika pernikahan baginda dengan Safiyyah berupa
makanan kurma tanpa biji yang dicampur keju dan tepung,
hasil sumbangan para sahabat RA. Kisah ini diriwayatkan
oleh al-Imam al-Bukhari.

Oleh itu, janganlah kita membazir semata-mata untuk


majlis kenduri kahwin, sehingga sanggup membuat
pinjaman hanya untuk kenduri kahwin yang mahu dilihat
besar dan hebat. Sebaliknya, laksanakanlah kenduri
kahwin tersebut menurut kemampuan. Majlis walimah juga
hendaklah bebas dari perbuatan maksiat dan mungkar,
seperti mendedahkan aurat, meninggalkan solat kerana
terlalu sibuk dengan majlis kenduri dan sebagainya.

Kesimpulannya, sama-samalah kita berusaha untuk


memudahkan urusan perkahwinan. Janganlah disebabkan
untuk bersaing antara satu sama lain, maka kita menjadikan
perkahwinan itu sesuatu yang sukar. Malah tidak perlu
untuk berasa malu untuk mempermudahkan urusan ini,
walaupun ia barangkali berbeza dengan adat kebiasaan
masyarakat setempat di negara kita. Mudah-mudahan
Allah SWT akan memberkati perkahwinan kita dengan
mengurniakan mawaddah serta sakinah dalam menghiasi
rumah tangga yang kita bina.

162
Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk
kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

163
TANGGUNGJAWAB SEBAGAI SEORANG SUAMI

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ َ َ‫أ‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِ ّينا م َّم ٍد‬،�َ‫ول ال ِم ي ن‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Tanggungjawab sebagai seorang suami.

Islam sangat mengambil berat pergaulan yang baik sesama


pasangan suami isteri, antara dalil yang disebut di dalam
al-Quran, Allah SWT berfirman:

١٩ ‫ا� ُوه َّن ِب ٱ� ْ َل ْع ُر ِوف‬


‫۝‬ ُ ِ‫َو َع ش‬
Maksudnya: “Dan bergaullah dengan mereka
(pasangan kamu) dengan cara yang baik.”
(Surah al-Nisaa :19)

Isteri atau wanita, dijadikan oleh Allah SWT dengan fizikal


dan emosi yang lemah. Fizikal dan emosi yang lemah tidak
bermakna akal mereka turut lemah. Kemampuan akal
fikiran mereka kadangkala jauh lebih baik daripada lelaki

164
tetapi dari sudut emosi dan perasaan, mereka mudah
terguris dan terluka. OIeh sebab itu, suami yang baik
perlulah memahami dan menyelami perasaan dan emosi
isterinya.

Pengetahuan mengenai sifat dan sikap wanita, kelemahan


dan kekurangan mereka perlu diketahui dengan sebaiknya
bagi mewujudkan sikap toleransi dan hormat-menghormati
antara satu sama lain. Perhatikanlah hadis Rasulullah
SAW yang menganjurkan sikap yang perlu ada pada para
suami dalam menangani kekurangan dan kelemahan
wanita, sebagaimana Nabi SAW bersabda:
‫ّ َ َ َّ ْ َ ْ َ َ ُ َ ْ ْ َ َ َّ َ ْ َ َ شَ ْ ف‬
�ِ ‫� ٍء‬ ‫ و ِإن أعوج‬،‫ ف ِإن الرأة خ ِلقت ِمن ِضل ٍع‬،‫َو ْاس َت ْو ُصوا ِب� ِلنس ِاء‬
َ ْ َ ْ ْ َ ْ َ َ ُ ُ ُ َ ْ َ َ ْ َُ ْ َ َ ّ
،‫ َو ِإن تَ َ�ك َت ُه ْل َ ي زَ�ل أ ْع َو َج‬،‫ست ُه‬ ‫ ِإن ذهبت ت ِقيمه ك‬،‫الضل ِع أعاله‬
ِ
َ ّ
‫ْاس َت ْو ُصوا ِب� ِلن َس ِاء خ ْي ً�ا‬
Ertinya: “Dan kamu telah diwasiatkan tentang para
wanita, maka sesungguhnya mereka telah dicipta
daripada tulang rusuk, bahagian yang paling bengkok
pada tulang rusuk ialah pada bahagian atasnya. Jika
engkau hendak meluruskan bahagian yang bengkok
itu, maka nescaya engkau akan mematahkannya,
tetapi jika engkau membiarkannya, maka ia akan terus
bengkok, maka berbuat baiklah kepada wanita”.
(Riwayat Muslim)

Tulang rusuk yang bengkok seperti yang dinyatakan


dalam hadis tersebut menggambarkan kelemahan para
wanita yang perlu diterima oleh para suami. Tetapi ini tidak
bermakna, kaum lelaki tidak mempunyai kelemahan. Apa
yang dimaksudkan daripada hadis ini ialah para suami
yang baik adalah suami yang boleh menerima kelemahan
yang ada pada isterinya di samping sentiasa berpesan
dengan kebaikan kepada isterinya.

165
Jika seorang suami mahukan kesempurnaan pada
isterinya, maka sudah pasti dia tidak akan menemuinya,
sekalipun isterinya bersilih ganti.

Namun, kelemahan yang ada pada isteri hendaklah dilihat


secara positif, sepertimana Allah SWT berfirman:
َ ُ َّ ‫س َأن َت ْك َر ُه ۟وا َش ْي ًٔـا َ يو َ ج ْ� َع َل‬
‫ٱلل ِف ِيه خ ْي ً�ا‬
َ ُ ُُْ َ َ
ٰٓ َ ‫وه َّن ف َع‬‫ف ِإن ك ِرهتم‬
۱٩‫َك ِث ي ً� ا‬
‫۝‬
Maksudnya: “Kemudian jika kamu (merasai) benci
kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya,
janganlah kamu terburu-buru menceraikannya),
kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang
Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci
itu kebaikan yang banyak”.
(Surah al-Nisa’ :19)

Sesungguhnya Islam melarang sebarang bentuk


penderaan sama ada dari sudut fizikal, mental dan emosi.
Rasulullah SAW telah memberi contoh kepada kita dalam
menyantuni isteri, sebagaimana Aisyah RA menceritakan:
ُّ َ ً َ َ َ َّ َ َّ‫ُ لَّ َّ ل‬
‫ َول ْام َرأة قط‬،‫� َب َر ُسول ال ِ َصل ال ُ َعل ْي ِه َو َس َل خ ِاد ًما‬
َ َ‫َما ض‬
Ertinya: “Rasulullah SAW tidak pernah memukul
seorang khadam mahupun seorang wanita sama
sekali.”
(Riwayat Abu Daud - Sahih)

Bahkan, Rasulullah SAW sangat menekankan agar


sentiasa menjaga hak para isteri berdasarkan beberapa
riwayat hadis, antaranya ialah ketika mana Rasulullah SAW
ditanya oIeh seorang sahabat RA mengenai hak seorang
isteri terhadap suaminya, maka baginda SAW menjawab:

166
ْ َ َ َْ َ ْ َ َ َ ْ ُ َْ
،‫ َوال ت�ضْ ِ ِب ال َو ْج َه‬،‫ َوتك ُس َو َها ِإذا اكت َس ْي َت‬،‫أن تط ِع َم َها ِإذا ط ِع ْم َت‬
ْ ‫َّ ف‬ َ َُ َ
‫ َوال تَ ْ� ُج ْر ِإال ِ� ال َب ْي ِت‬،‫َوال تق ِ ّب ْح‬
Ertinya: “Memberi makan kepadanya (isteri) jika kamu
makan dan menyediakan pakaian untuknya jika kamu
berpakaian dan jangan memukul mukanya dan jangan
menghina dan jangan memulaunya kecuali di rumah”.
(Riwayat Abu Daud - Hasan sahih)

Hadis ini memberikan panduan terbaik bagi para suami


dalam menjalankan tanggungjawab terhadap isteri.

Sesungguhnya, Rasulullah SAW merupakan model terbaik


bagi para suami dalam memimpin bahtera rumahtangga.
Malah, Rasulullah SAW sendiri menyifatkan Baginda
adalah orang yang paling baik terhadap kaum keluarganya,
sebagaimana sabda Nabi SAW:
َ‫َ ُ َ ُ أَ َ َ ُ أ‬
‫خ ْي ُ� ْك خ ْي ُ� ْك ِل ْه ِ ِل َوأ نَ� خ ْي ُ� ْك ِل ْه ِ يل‬
Ertinya: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang terbaik
terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang
terbaik dalam kalangan kamu terhadap ahli
keluargaku”.
(Riwayat Ibnu Majah - Sahih)

Oleh itu, setiap pasangan perlu berlapang dada untuk


menerima kelemahan dan kekurangan yang ada pada
diri masing-masing. Suami isteri hendaklah berusaha
mewujudkan hubungan harmoni sesama mereka, Allah
SWT berfirman:
َ َ ۟ ُ َّ َْ ْ ُ ُ َ ْ ّ ُ َ ََ َ ْ َ ٓ َٰ َ ْ َ
‫ك أز َٰو ًجا ِلت ْسك ُن ٓوا ِإل يْ َ�ا َو َج َعل‬ ‫و ِمن ءايـ ِت ِهۦ أن خلق لك ِمن أنف ِس‬
َ ُ َّ َ َ َ ْ َ ّ ٰ َ َٔ َ َ َٰ ‫َ ْ َ ُ َّ َ َّ ً َ َ ْ َ ً ۚ َّ ف‬
‫۝‬ ٢١ ‫بينك مودة ورحة ِإن ِ� ذ ِلك لـايـ ٍت ِلقو ٍم يتفكرون‬

167
Maksudnya: “Dan di antara tanda-tanda yang
membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya,
bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari
jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan (yang
menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir”.
(Surah al-Ruum :21)

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

168
MEMANFAATKAN MASA

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Memanfaatkan Masa.

Sesungguhnya, masa adalah antara anugerah terbesar


dan berharga bagi manusia. Masa menjadi sebab
pelbagai pencapaian cemerlang bagi seseorang jika dia
memanfaatkannya dengan bijaksana. Allah SWT telah
menggambarkan betapa besarnya nikmat masa dan
kemuliaannya sehingga Allah SWT bersumpah dalam al-
Quran berkaitan dengannya. Sebagaimana Allah SWT
berfirman:
۟ ُ َ ۟ َّ َّ
‫۝ ِإل ٱل ِذ ي نَ� َء َام ُنوا َو ِعلوا‬ ۲ ‫۝ ِإ َّن ْ ِإٱل َنس ٰـ َن َل ِف� ُخ ْ ٍس‬۱ ‫ص‬ ْ َْ َ
ِ ‫وٱلع‬
‫۝‬۳�ِ ‫ٱلص ٰـ ِل َح ٰـ ِت َوَت َو َاص ْو۟ا ِب ٱ� ْ َل ِّق َوَت َو َاص ْو۟ا ِب ٱ� َّلص ْب‬
َّ

169
Maksudnya: “Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu
dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan
beramal soleh. Dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan
sabar.”
(Surah al-Asr: 1-3).

Ketahuilah, masa sihat akan digantikan dengan sakit


dan waktu lapang akan digantikan dengan kesibukan.
Seseorang yang memiliki badan yang sihat tetapi tidak
menggunakannya untuk perkara yang berguna atau
tidak berusaha untuk akhiratnya, adalah orang yang
rugi. Hakikatnya, memang kebanyakan manusia tidak
memanfaatkan kesihatan dan waktu lapang mereka.
Mereka banyak membuang masa dan mensia-siakan
umur. Oleh itu, seorang muslim hendaklah memanfaatkan
masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Dia tidak boleh
menunda-nunda dari melakukan amal kebaikan. Nabi
SAW bersabda:
َ َ َ َ َ َّ ِ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ َ َ َ َ َ َ ْ
،‫ص َتك ق ْبل َسق ِمك‬ ‫ و‬،‫ شبابك قبل هر ِمك‬:‫اِ غ َت نِ ْ� �خ ْ ًسا ق ْبل �خ ْ ٍس‬
َ َ َ َ َ ْ ُ َ َ َ َ َ َ َْ َ َ َ
‫ َو َح َيا ِتك ق ْبل َم ْو ِتك‬،‫ َوف َراغك ق ْبل شغ ِلك‬،‫َو ِغ َناك ق ْبل فق ِرك‬
Ertinya: “Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara:
Masa mudamu sebelum masa tuamu. Dan masa
sihatmu sebelum masa sakitmu. Dan masa kayamu
sebelum masa miskinmu. Dan masa lapangmu
sebelum masa sibukmu. Dan masa hidupmu sebelum
matimu.”
(Riwayat al-Hakim & al-Baihaqi - Hasan)

Lima perkara ini hendaklah digunakan dengan sebaik-


baiknya, agar tidak menyesal di kemudian hari, kerana ia
hanya berlaku sekali dan tidak akan berulang. Seringkali
kita dapati dalam kalangan manusia yang menghabiskan
usianya dengan perkara yang sia-sia, seperti menyaksikan
hiburan yang melalaikan, lawak jenaka yang berlebihan,

170
dan sebagainya.

Masa yang Allah SWT berikan kepada kita lebih berharga


daripada emas kerana masa adalah kehidupan. Seorang
Muslim dianjurkan untuk menggunakan masa lapangnya
dengan menuntut ilmu, memperbanyakkan amal kebaikan
dan melakukan perkara yang bermanfaat untuk diri,
keluarga dan masyarakat kerana mengharapkan keredaan
dari Allah SWT.

Orang-orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari


Akhirat akan memanfaatkan masa mereka selagi hayat
dikandung badan. Sudah tentu ketika amalan ditimbang,
mereka akan memperolehi keberuntungan dengan
membawa pahala yang banyak disebabkan mereka telah
menggunakan masa di dunia ini dengan melakukan amal
soleh yang telah diperintahkan oleh Allah SWT dan Rasul-
Nya.

Namun begitu, mereka yang tidak menggunakan kehidupan


di dunia ini dengan sebaik-baiknya akan menyesal di hari
akhirat. Sebagaimana firman Allah SWT:

ُ َْ ّ َ َ
‫۝ ل َع ِ ٓل أ َعل‬ ٩٩ ‫َح تَّ ٰٓ� ِإ َذا َج ٓا َء أ َح َد ُ ُه ْ َٱل ْو ُت َق َال َر ِّب ْٱر ِج ُع ِون‬
َ ٌَ ٓ ۖ ُ ٓ َ ٌ َ َ َ َّ‫َ ٰ ً َ تَ َ ْ ُ ۚ َ َّ ٓ ۚ ن‬
‫كة ُه َو قا ِئل َها َو ِمن َو َرا ِئ ِ�م َ ب ْ�زخ ِإ ٰل َي ْو ِم‬ِ ‫صـ ِلحا ِف ي�ما �كت ك ِإ�ا‬
‫۝‬۱٠٠ ‫ُي ْب َع ُث َون‬
Maksudnya: Kesudahan golongan yang kufur ingkar
itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di
antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku,
kembalikanlah daku (hidup semula di dunia). Supaya
aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam
perkara-perkara yang telah aku tinggalkan”. Tidak
sekali-kali! Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah
kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya,

171
sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang
mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka
dibangkitkan semula (pada hari kiamat).”
(Surah al-Mu’minun: 99-100).

Manusia tidak pernah puas dengan harta. Itulah sifat


dan watak manusia yang tamak, kecuali orang yang
Allah SWT beri petunjuk kepadanya. Adapun bagi orang
yang beriman, mereka akan menggunakan masanya di
dunia secara berterusan untuk mengumpulkan harta dan
membelanjakannya ke jalan Allah SWT dengan memberi
nafkah kepada keluarga, menuntut ilmu, bersedekah,
membantu mereka yang lebih memerlukan, dan melakukan
perkara-perkara yang berfaedah untuk kehidupan selepas
kematiannya.

Kemewahan yang mereka kecapi tidak melalaikan mereka


dari ketaatan kepada Allah SWT dan hati mereka pula tidak
sibuk dengan urusan dunia serta sentiasa mengingati Allah
SWT di mana jua mereka berada. Sebagaimana firman
Allah SWT:
ُ َ ََ ً َ َ َ ُ ُ َ َّ
َ َّ‫ون أ ْم َٰوَ ُلم ِب ٱ� َّل ْي ِل َو ن‬
‫سا َو َعل ِن َية فل ُه ْم أ ْج ُر ْه ِع َند‬ ًّ ِ ‫ٱل� ِار‬ ‫ٱل ِذ ي ن� ي ِنفق‬
‫۝‬ ۲٧٤ ‫َر ِبّ ِ� ْم َ َول َخ ْو ٌف َع َل يْ ِ� ْم َ َول ُ ْه ي َ ْ� َزُن َون‬
Maksudnya: “Orang yang membelanjakan
(mendermakan) hartanya pada waktu malam dan
siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka
beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak
baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan
berdukacita.”
(Surah al-Baqarah: 274)

172
Manusia yang mempunyai sifat ingin berlumba-lumba
dalam kebaikan akan berusaha mengisi masa lapangnya
dengan memperbanyakkan amalan soleh.

Oleh itu, marilah kita berlumba-lumba melaksanakan


kebaikan, serta segera bertaubat dan memohon
keampunan di atas pembaziran waktu yang telah kita sia-
siakan, mudah-mudahan kita diberikan taufik dan hidayah
oleh Allah SWT.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

173
Tazkirah
Lima Minit
ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU DAN KELEBIHANNYA

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Adab-Adab Menuntut Ilmu Dan Kelebihannya.

Sepertimana yang kita ketahui, kedudukan orang yang


beriman dan berilmu tidak sama dengan orang yang jahil.
Allah SWT berfirman:
۟ ُ ُ َّ َ ۗ َ َ َ َّ َ َ َّ ْ ُْ
‫قل َهل َي ْس َت ِوى ٱل ِذ ي نَ� َي ْع ُلون َوٱل ِذ ي نَ� ل َي ْع ُلون ِإ نَّ َ�ا َي َتذك ُر أ ۟ولوا‬
ْ َ‫ْ أ‬
‫۝‬٩ ‫ٱللبـ ِب‬ ٰ َ
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah
sama orang yang mengetahui (orang berilmu) dengan
orang yang tidak mengetahui (orang jahil)”.
(Surah al-Zumar: 9)

Ayat ini menjelaskan kepada kita semua berkenaan


kelebihan orang yang berilmu berbanding dengan orang

175
yang tidak berilmu. al-Imam Al-Syafie RH pernah berkata:
ْ ْ َ َ َ ‫آ‬ َ ْ ْ َ َ ْ ُّ َ َ َ ْ َ
‫ َو َم ْن أ َر َاد ال ِخ َرة ف َعل ْي ِه ِب�ل ِع ِل‬،‫الدن َيا ف َعل ْي ِه ِب�ل ِع ِل‬ ‫من أراد‬
Ertinya: “Sesiapa yang inginkan dunia hendaklah
berilmu dan sesiapa yang inginkan akhirat hendaklah
ia berilmu.”

Ucapan di atas menunjukkan bahawa kesenangan dan


kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat kelak bukanlah
hanya dapat dicapai dengan pangkat, kedudukan, harta
mahupun kekayaan semata-mata, tetapi semua itu hanya
boleh diraih dengan memiliki ilmu pengetahuan.

Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT kebaikan


pada dirinya, maka Allah SWT akan menjadikannya
seorang yang berilmu dan dia diberi kefahaman agama,

sepertimana Rasulullah SAW bersabda:


ّ ‫َّ ُ ف‬ َ ُ َّ ُ ْ َ
ِ �ِ ‫ ُيف ق ِ ْ�ه‬،‫الل ِب ِه خ ْي ً�ا‬
�‫الد ي ِ ن‬ ‫من ي ِ� ِد‬
Ertinya: “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT
kebaikan untuknya, maka (Allah SWT) berikan
kefahaman agama kepadanya”.
(Riwayat al-Bukhari)

Tanpa ilmu pengetahuan, hidup manusia akan berada


dalam kegelapan, kerana ilmu itu cahaya yang dapat
menerangi kehidupan. Dalam mencari keberkatan
menuntut ilmu pengetahuan agama terdapat adab-adab
yang perlu kita jaga dan patuhi, antaranya ialah:

Pertama: Mengikhlaskan niat.


Rasulullah SAW bersabda;
َ َ َ ْ ّ ُ َ َّ‫َ ن‬ َّ ّ ُ َ ْ َ‫نَّ َ ْ أ‬
‫ك ام ِر ٍئ ما نوى‬
ِ ‫ و ِإ�ا ِل‬،‫ات‬
ِ ‫ِإ�ا العال ِب� ِلني‬

176
Ertinya:“Sesungguhnya setiap perbuatan itu hanya
tergantung pada niat. Dan sesungguhnya setiap orang
(akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan..”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Manakala orang yang menuntut ilmu agama bukan kerana


mengharapkan keredaan Allah SWT termasuk dalam
golongan mereka yang tidak dapat menghidu wangian
syurga dan akan dihumbankan ke dalam neraka. Rasulullah
SAW bersabda,
َّ َّ َ َّ َّ َ ْ َّ َ
‫ ال َي َت َع ُل ُه ِإال ِل ُي ِص ْي َب‬،‫الل َع َّز َو َجل‬ ِ ‫َم ْن ت َع َل ِع ًلا ِ َّما ُي ْب َت�غ ِب ِه َو ْج ُه‬
ْ َ ‫ َ ْل ي َ ِج� ْد َع ْر َف ْ ج‬،‫الد ْن َيا‬
ُّ ‫به َع َر ًضا م َن‬
‫ال َّن ِة َي ْو َم ال ِق َي َام ِة‬ ِ ِِ
Ertinya: “Barangsiapa yang mempelajari ilmu (agama)
yang sepatutnya dicari kerana Allah, tetapi dia
mempelajarinya untuk mencari harta benda dunia,
maka dia tidak akan dapat (menghidu) wangian syurga
di hari kiamat”.
(Riwayat Abu Daud - Sahih)

Kedua: Bersungguh-sungguh ketika menuntut ilmu.


Ilmu tidak dapat diperolehi dengan cara yang mudah,
sebaliknya ia menuntut kesungguhan. Al-Imam as-Syafie
berkata:
ٌ َْ ََ َّ‫َ خ ْ َ ْ َ َ َ ْ ل‬
،‫ َو ُبلغة‬،‫ َ اِو ْج ِت َ� ٌاد‬،‫ َو ِح ْر ٌص‬،‫ ذ ك ٌء‬:‫الع َل ِإ ِب ِس َّت ٍة‬ِ ‫ لن تنال‬،�
‫أِ ي‬
َ ُ ُ ُ ُ ْ ُ ‫َو‬
‫ َوطول ز َم ٍان‬،‫ص َبة أ ْس َت ٍاذ‬
Ertinya: “Wahai saudaraku, kamu tidak akan
memperolehi ilmu melainkan dengan enam perkara:
kecerdikan, bersemangat, kesungguhan, memiliki
belanja, mendampingi guru dan tempoh yang lama”.

Ketiga: Tidak boleh sombong dan tidak boleh malu ketika


menuntut ilmu.

177
Imam Mujahid RH berkata;
ْ َ ْ َ ْ ُ َ ْ ْ ُ َّ َ َ َ َ
�ٌ ‫ح َوال ُم ْس َتك ِب‬
ٍ ‫ال يتعل ال ِعل مست‬
Ertinya: “Dua orang yang tidak akan memperolehi
ilmu: orang yang pemalu dan orang yang sombong”.
(Riwayat al-Bukhari)

Keempat: Mendengar dengan baik setiap pelajaran yang


disampaikan oleh guru dan berusaha mengingati ilmu yang
dipelajari.
Rasulullah SAW bersabda,
َ َ َّ َ َ َ َ ً ُ َّ َّ َ
‫ ف ُر َّب َح ِام ِل‬،‫ َو َبل غ َ�ا‬،‫ َو َح ِفظ َها‬،‫ ف َو َع َاها‬،�‫الل ْام َرأ َ ِس َع َمقال ِ ت‬ َ ‫ن�ض‬
ََْ َ ْ
‫ِفق ٍه ِإل َم ْن ُه َو أفق ُه ِم ْن ُه‬
Ertinya: “Semoga Allah SWT menyerikan wajah orang
yang mendengar sabdaku lalu dia memahaminya,
menghafalnya, dan menyampaikannya. Berapa ramai
orang yang membawa ilmu agama kepada orang yang
lebih fakih (faham) daripadanya…”
(Riwayat al-Tirmizi - Sahih)

Dalam hadis tersebut Nabi SAW berdoa kepada Allah


SWT supaya memberikan cahaya pada wajah orang yang
mendengar, memahami, menghafal, dan mengamalkan
sabda Nabi SAW.

Kelima: Mencatat ilmu.


Ilmu yang disampaikan hendaklah ditulis dan dicatat agar
tidak hilang dari ingatan. Rasulullah SAW bersabda:
َ ْ ْ ْ ُ َ
ِ ‫ق ِّيدوا ال ِع َل ِب�ل ِكت‬
‫اب‬
Ertinya: “Ikatlah ilmu itu dengan tulisan”.
(Riwayat Ibn ‘Abdil Barr - Sahih)

178
Keenam: Mengamalkan ilmu yang dipelajari.
Nabi SAW bersabda:
َ ِّ ‫ َ َك َث ِل‬،‫ل ْي َ� َو َي ْن َس َن ْف َس ُه‬
‫الس ِاج‬ َ‫اس ْا ْ خ‬
َ ‫الن‬َّ ‫ َّالذى ُي َع ّ ُل‬،‫َم َث ُل ْا َلع ِال‬
ِ ِ ِ
َْ ُ َ
‫اس َو ي ْ� ِرق نف َس ُه‬ َّ ُ ْ ‫ُي ض‬
ِ ‫�ء ِللن‬ ‫ِ ي‬
Ertinya: “Perumpamaan seorang alim yang
mengajarkan kebaikan kepada manusia, kemudian dia
melupakan dirinya (tidak mengamalkan ilmunya)
adalah seperti pelita (lilin) yang menerangi manusia,
namun membakar dirinya sendiri”.
(Riwayat al-Tabarani - Sahih)

Ketujuh: Menyampaikan ilmu.


Menyampaikan ilmu merupakan satu tuntutan. Allah SWT
berfirman:
ُ َ
٦٧ ‫َ ي� أ يُّ َ�ا َّالر ُس ُول َب ِّل ْغ َما أ ن ز ِ� َل ِإ َل ْي َك ِمن َّر ِّب َك‬
‫۝‬
Maksudnya: “Wahai Rasulullah! Sampaikanlah apa
yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu
(Surah al-Maidah: 67)

Ayat ini sekalipun berbentuk seruan kepada Rasulullah


SAW, namun ia merupakan perintah kepada semua umat
baginda SAW.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

179
BERBUAT KEBAJIKAN DAN BERAKHLAK MULIA
TERHADAP IBU BAPA

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ َ َ‫أ‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِ ّينا م َّم ٍد‬،�َ‫ول ال ِم ي ن‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Berbuat Kebajikan Dan Berakhlak Mulia Terhadap Ibu
Bapa

Berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan


dan tanggungjawab anak-anak. Terdapat banyak ayat al-
Quran dan hadis Nabi SAW yang menyentuh berkenaan
kewajipan anak-anak kepada ibu bapa serta akhlak dan
adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka,
antaranya ialah sepertimana Allah SWT berfirman:

َ َُ ۚ ْ‫ٱ‬ ٓ َّ ۟ َ َّ َ َ ٰ َ‫َ َ ض‬
‫� َر ُّبك أل ت ْع ُب ُد ٓوا ِإل ِإ َّ ي� ُه َو ِب�ل َٰوِل َد ْي ِ ن� ِإ ْح َس ٰـ ًنا ِإ َّما َي ْبلغ َّن ِع َندك‬ ‫وق‬
ً َ َّ ُ ُ َ َ ّ ٓ َّ ُ َ َ َ ُ َ ٓ ُ ُ َ َ ْ
‫ٱل ِك َب َ� أ َح ُد َها أ ْو ِك َها فل تقل ُل َما أ ٍف َول ت نْ َ� ْر َها َوقل ُل َما ق ْول‬
‫۝‬ ٢٣ ‫َك ِر ي ً�ا‬
180
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya
engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya,
atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua
dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah
engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan
kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah
engkau menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada
mereka perkataan yang mulia (bersopan santun)”.
(Surah al-Israa’: 23)

Antara tanggungjawab yang wajib dilaksanakan terhadap


ibu bapa ketika mereka masih hidup di dunia dan setelah
mereka meninggal dunia ialah:

Pertama: Berbuat baik kepada kedua ibu bapa ketika


mereka masih hidup iaitu dengan cara membantu mereka
daripada sudut kebajikan, seperti memberi bantuan
kewangan kepada mereka menurut kemampuan. Allah
SWT berfirman:
ْ َ‫ْ أ‬ َْ َ َْ َ ٓ ُْ َۖ ُ َ َ َ ُ
�َ‫َي ْس َٔـلونك َماذا ُي ِنفقون قل َما أنفق تُ� ِّم ْن خ ْي ٍ� ف ِلل َٰوِل َد ْي ِ ن� َوٱلق َر ِب ي ن‬
‫ٱلل ِب ِهۦ‬ َ َّ ‫ٱلسبيلۗ َو َما َت ْف َع ُل ۟وا ِم ْن َخ ْي� َفإ َّن‬ َّ �‫ٱ‬
‫ن‬ ْ ‫و‬ َ ْ ‫م َو‬
َ �‫ٱل َس ٰـ ِك ي ن‬ ٰ َ ‫ـ‬ٰ ‫َو ْٱل َي َت‬
ِ ٍ ِ ِ ‫ب‬
ِ ِ
‫۝‬ َ
٢١٥ �ٌ ‫ع ِل ي‬
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai
Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan
(dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta
benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka
berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat,
dan anak-anak yatim, dan orang miskin, dan orang
yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa
jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka
sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan
akan membalas dengan sebaik-baiknya).
(Surah al-Israa’: 23)

181
Kedua: Berbuat baik kepada kedua ibubapa ketika mereka
sudah meninggal dunia.

Perkara kebaikan yang seharusnya dilakukan oleh


seorang anak ketika ibu bapanya yang telah meninggal
dunia antaranya ialah, melunaskan segala hutang ibu
atau ayah, membayar fidyah bagi pihak mereka sekiranya
perlu. Sebagai anak, kita hendaklah memenuhi wasiat bagi
ibu bapa yang telah meninggal dunia.

Selain itu, seorang anak juga masih boleh berbakti kepada


ibu bapa yang telah meninggal dunia dengan menunaikan
hutang puasa mereka, membuat badal haji, menunaikan
nazar dan sebagainya. Di antara dalilnya adalah, daripada
Ibn Abbas RA:
َّ َّ َ ُ َ َ َ َ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ُ ّ َّ َ ّ َّ َ ٌ ُ َ َ َ
‫ ِإن‬،‫الل‬ ِ ‫ ي� رسول‬:‫جاء رجل ِإل الن ِب ِي� صل الل علي ِه وسل فقال‬
َ َ َ َ َ َ ْ َ َ َ ْ َ‫ُ ّ َ َ ْ َ َ َ ْ َ َ ْ ُ ش‬
�ُ‫ ف َد ْي ن‬:‫ قال‬،‫ ن َع ْم‬:‫ أفأق ِض ِيه َع نْ َ�ا؟ قال‬،‫� ٍر‬ ‫م ماتت وعل ي�ا صوم‬ ‫أِ ي‬
ْ ْ َ َ َّ
�َ‫الل أ َح ُّق أن ُيق ض‬ ِ
Ertinya: “Telah datang kepada Nabi SAW seorang
lelaki, lalu berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya
ibuku telah meninggal dunia dan ke atasnya
(mempunyai hutang) puasa Ramadan. Adakah aku
perlu qada puasa bagi pihaknya? Rasulullah SAW
bersabda: “Ya, kerana hutang dengan Allah lebih
berhak untuk ditunaikan.”
(Riwayat al-Bukhari)

Seorang anak hendaklah sentiasa mendoakan kedua ibu


bapanya. Doa seorang anak yang soleh memberi manfaat
kepada ibu bapanya yang telah meninggal dunia. Demikian
juga seorang anak dituntut mendoakan kerahmatan dan
keampunan buat kedua ibu bapanya, sepertimana Allah
SWT berfirman:

182
َ ْ َ ْ ّ َّ ُ َ َ ْ َّ َ ّ ُّ َ َ َ َ ُ َ ْ ْ َ
�‫ح ُه َما َكا َر َّب َي ِ نا‬‫وٱخ ِفض لما جناح ٱلذ ِل ِمن ٱلرح ِة وقل ر ِب ٱر‬
‫۝‬۲٤ ‫َص ِغ ي ً�ا‬
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu merendahkan diri
kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih
sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan
berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada
mereka berdua sebagaimana mereka telah
(mencurahkan kasih sayangnya) memelihara dan
mendidikku semasa kecil.”
(Surah al-Isra: 24)

Ketiga: Memelihara hubungan dan berbuat baik kepada


ahli keluarga kedua ibu bapa dan juga sahabat-sahabat
mereka.

Agama kita amat menganjurkan untuk berbuat baik kepada


sesiapa sahaja terutamanya menjalin hubungan sesama
ahli keluarga. Hal ini berdasarkan hadis daripada Anas bin
Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
َ َ َ َ
َ ِ ‫ َف ْل َي ِص ْل َر‬،‫ َو ُي ْن َسأ َ ُل ِ ف� أ ثَ� ِه‬،‫َم ْن أ َح َّب أ ْن ُي ْب َس َط َ ُل ِ ف ْ� ر ْز ِق ِه‬
‫ح ُه‬ ِ ‫ي‬ ِ ‫ي‬
Ertinya: “Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya
serta dipanjangkan usianya, maka hendaklah dia
menyambung pertalian silaturrahim.”
(Riwayat al-Bukhari)

Keempat: Bersedekah (harta) bagi pihak ibu bapa yang


telah meninggal dunia.

Kita juga dianjurkan bersedekah bagi pihak ibu bapa yang


telah meninggal dunia. Hal ini dinyatakan di dalam sebuah
hadis daripada Ibn Abbas RA bahawa Sa’ad RA pernah
bertanya kepada Rasulullah SAW:

183
َ َ َ ُ َََ َ ُ ْ َ َ ْ َ َ ّ ُ َّ
‫ ن َع ْم‬:‫ أفأت َص َّدق َع نْ َ�ا؟ قال‬،‫وص‬‫ت‬
ِ ‫م ماتت ول‬ ‫ِإن أ ِ ي‬
Ertinya: “Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia
dan belum sempat dia berwasiat. Maka bolehkah aku
bersedekah untuknya? Baginda SAW menjawab: Ya.”
(Riwayat al-Nasa’ie - Sahih)

Menjadi kewajipan setiap anak untuk menjaga kedua ibu


bapa dan memberi khidmat yang terbaik buat mereka. Hal
ini kerana, balasan dosa orang yang menderhakai kedua
ibu bapa akan dipercepatkan oleh Allah SWT di dunia lagi.

Semoga Allah SWT menjadikan kita anak-anak yang


soleh dan solehah serta anak-anak yang sentiasa berbakti
kepada kedua orang tua.

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

184
JANGAN SOMBONG

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta


alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
Kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama


kita mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas
yang akan saya sampaikan, mudah-mudahan ia memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Jangan Sombong.

Sombong ialah sikap suka meninggi diri serta memandang


rendah kepada orang lain. Seseorang itu boleh menjadi
sombong kepada orang lain jika dia merasakan dirinya lebih
berilmu, lebih berkuasa serta kedudukannya lebih tinggi
berbanding orang lain. Sikap sombong juga boleh terjadi
dalam diri seseorang apabila dia amat membanggakan
keturunannya, rupa parasnya ataupun harta kekayaannya
dan dia merasakan dirinya lebih hebat berbanding dengan
orang lain. Sikap sombong adalah salah satu akhlak yang
buruk dan amat dilarang dalam Islam, sepertimana Allah
SWT berfirman:

185
ُ َ َ َّ َّ ۖ ً َ َ ْ َ‫َ َ ُ َ ّ ْ َ َّ َ َّ َ َ تَ ْ ف ْ أ‬
‫ٱلل ل ي ِ� ُّب‬ ‫اس ول � ِش ِ� ٱلر ِض مرحا ِإن‬ ِ ‫ول تص ِعر خدك ِللن‬
َُ‫ُ َّ ُ خْ َ ف خ‬
‫۝‬١٨ ‫ك مت ٍال � ٍور‬
Maksudnya: “Dan janganlah engkau memalingkan
mukamu (kerana memandang rendah) kepada
manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi
dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak
suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur,
lagi membanggakan diri”.
(Surah Luqman: 18)

Kesombongan, kebesaran atau kehebatan adalah menjadi


hak milik mutlak Allah SWT, dan tidak ada seorang pun
dikalangan para hambanya yang boleh memiliki sikap
tersebut, sepertimana Allah SWT berfirman dalam sebuah
hadis Qudsi:
‫ََ ْ ف‬ َ َ َ ُ َ ْ ْ‫ْ ْ َ ُ َ ئ‬
�ْ ‫اح ًدا ِم نْ ُ� َما قذف ُت ُه ِ ي‬
ِ ‫ ف َ� ْن نَ�ز َع ِ ن يْ� َو‬،‫ َوال َعظ َمة ِإز ِار ْي‬،�‫ا‬
‫ال ِك ب ِ� ي�ء ِرد ِ ي‬
َّ
‫الن ِار‬
Ertinya: “Kesombongan itu adalah selendang-Ku dan
kebesaran itu adalah sarung-Ku, maka barang siapa
yang merampasnya salah satu dari keduanya, maka
aku akan lemparkan dia ke dalam neraka”.
(Riwayat Abu Daud - Sahih)

Orang yang bersikap sombong tidak akan dapat memasuki


syurga. Kesombongan itu bukanlah kerana seseorang itu
menyukai sesuatu yang cantik seperti memakai pakaian
yang cantik, tinggal di rumah yang besar atau memiliki
kenderaan yang mewah. Sebaliknya yang dikatakan
kesombongan itu ialah jika seseorang menolak kebenaran
dan meremehkan orang lain, sepertimana sabda Nabi
SAW:

186
َّ ٌ َ َ َ ُ َْ َْ ‫َ َ ف‬ َ َْ ُ ُ ْ َ َ
‫ قال َر ُجل ِإن‬،�ٍ ‫ال َّنة َم ْن كن ِ� قل ِب ِه ِمثقال ذ َّر ٍة ِم ْن ِك ْب‬ ‫ال يدخل ج‬
َ
َ َّ ‫ إ َّن‬:‫ َق َال‬،‫ َو َن ْع ُ ُل َح َس َن ًة‬،‫ون ث ْو ُب ُه َح َس ًنا‬ َ
َ ُ َ ْ ُّ ُ َ ُ َّ
‫الل‬ ِ ‫الرجل ي ِ�ب أن يك‬
َ
َّ ُ ْ ‫�جَ ٌيل ي ُ ِ� ُّب ْ ج َ َ َ ْ ْ ُ َ َ ْ َ ّ َ �غ‬
ِ ‫ ال ِك ب� بط ُر ال ِق و ط الن‬،‫المال‬
‫اس‬ ِ
Ertinya: “Tidak akan masuk syurga orang yang di
hatinya terdapat kesombongan meskipun hanya
seberat zarah. Seorang lelaki bertanya (kepada Nabi
SAW); (jika) seseorang itu menyukai pakaiannya yang
cantik dan kasutnya yang cantik (adakah ini suatu
kesombongan?), (Nabi SAW) bersabda; Sesungguhnya
Allah itu indah dan Dia suka kepada keindahan,
kesombongan itu ialah menolak kebenaran dan
meremehkan orang lain”.
(Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis di atas, jika seseorang itu menolak


kebenaran dan suka meremehkan orang lain, maka
itulah yang dimaksudkan sebagai seorang yang bersikap
sombong, walaupun dia seorang yang miskin, tiada
memiliki apa-apa pangkat atau kemewahan. Allah SWT
juga telah menjelaskan tentang keharaman sifat sombong
yang tercela ini di dalam al-Quran, sebagaimana firman-
Nya:

َ ْ َ ُ ْ َ َ َ َ ْ َ‫َ َ تَ ْ ف ْ أَ ْ َ َ ً ۖ َّ َ َ َت خْ َ ْ أ‬
‫ٱل َبال‬
‫ول � ِش ِ� ٱلر ِض مرحا ِإنك لن � ِرق ٱلرض ولن تبلغ ِج‬
‫۝‬ ٣٧ ‫ُط ًول‬
Maksudnya: “Dan janganlah kamu berjalan di muka
bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya
kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan
sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung”.
(Surah al-Isra’: 37)

187
Maksud dari ayat di atas adalah agar kita tidak bersikap
angkuh dan sombong di muka bumi. Sikap sombong
muncul kerana adanya perasaan bangga terhadap diri
sendiri serta meremehkan orang lain.

Untuk menghindarkan diri daripada terkena penyakit


sombong, kita hendaklah melahirkan rasa insaf di dalam
diri bahawa segala apa yang kita miliki selama ini adalah
kurniaan Allah semata-mata. Kita hendaklah sentiasa
bersyukur kepada Allah SWT serta merasa malu atas
segala kekurangan dalam melaksanakan segala titah
perintahnya.

Jika Allah mahu, Dia boleh mencabut segala nikmat


yang diberikan kepada kita dalam sekelip mata. Dengan
kesedaran tersebut dapat menjadikan kita lebih tawaduk.
Seseorang yang bersifat tawaduk sentiasa mencari
kekurangan dan kelemahan diri serta bersedia menerima
kebenaran daripada orang lain. Apa yang lebih penting
ialah sifat tawaduk dapat memelihara diri kita daripada
sifat takbur, riak dan ujub yang merupakan sifat buruk lagi
keji yang sangat dibenci oleh Allah SWT.

Di samping itu, sifat tawaduk atau merendah diri akan


menyebabkan seseorang itu diangkat darjatnya oleh
Allah SWT di dunia dan di hari akhirat kelak, sepertimana
Rasulullah SAW bersabda:
ُ َّ ‫اض َع َأ َح ٌد ِل َّ ِل إ َّال َر َف َع ُه‬
‫الل‬ َ ‫َو َما َت َو‬
ِ
Ertinya: “Dan tidaklah seseorang (bersifat) tawaduk
(merendah diri) kerana Allah, kecuali Allah akan
mengangkat darjatnya”.
(Riwayat Muslim)

188
Disebabkan sifat sombong atau takbur inilah, Iblis enggan
mentaati perintah Allah SWT supaya sujud hormat
kepada Adam. Sifat sombong juga telah menyebabkan
Iblis mendapat laknat daripada Allah SWT buat selama-
lamanya. Adapun hamba Allah SWT yang baik adalah
seorang yang bersifat tawaduk yang berjalan di atas
muka bumi Allah SWT ini dengan penuh kerendahan diri,
sepertimana Allah SWT berfirman:
َ ُ َ ْ ُ ُ َ َ َ َ َ ً‫َ َ ُ َّ ْ َ ٰ َّ نَ َ ْ ُ َ َ َ ْ أَ ْ َ ْ ن‬
‫ٱل ٰـ ِهلون‬
‫و ِعباد ٱلرحـ ِن ٱل ِذ ي� ي�شون عل ٱلر ِض هو� و ِإذا خاط ب�م ج‬
‫۝‬٦٣ ‫َق ُال ۟وا َس َل ٰـ ًما‬
Maksudnya: “Dan hamba-hamba al-Rahman (Allah
Yang Maha Penyayang), ialah mereka yang berjalan di
muka bumi dengan rendah hati (tawaduk), dan apabila
orang-orang yang jahil menyapa mereka (dengan
kata-kata yang menghina mereka), mereka
mengucapkan salam”.
(Surah al-Furqan: 63)

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

189
KELEBIHAN ISTIGHFAR

ُ َ َّ‫َ َّ َ ُ َ َ ْ ُ ْ َ َ ْ َ ُ ل‬
‫حة ال ِ َوَ ب َ�كت ُه‬‫السلم عليك ور‬
ُ َ ّ َ َ‫أَ ن‬ َ َ َّ َ ُ َ َّ َ َ‫َ ْ ُ َّ َ ّ ْ َ َ ْ ن‬
َّ ِ ِ ‫السال ُم َع َل َر ُس‬
‫ ن ِب ِينا مم ٍد‬،�‫ول ال ِم ي‬ ‫ والصالة و‬،�‫احلمد ِل ِل ر ِب الع ِال ي‬
ُ‫صبه َأ�جْ َ ع نَ� أ َّما َب ْعد‬ َ ِ ِ ‫َو َع َل‬
‫آل َو ْ ِ ِ ِ ي‬
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta
alam, selawat dan salam ke atas junjungan teragung Nabi
Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka
yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari
kiamat.

Pada majlis perhimpunan hari ini, marilah sama-sama kita


mengambil pengajaran daripada tazkirah ringkas yang
akan saya sampaikan, mudah-mudahan ianya memberi
manfaat kepada kita semua insya-Allah.

Tajuk tazkirah yang akan dikongsikan pada hari ini ialah:


Kelebihan Istighfar

Maksud istighfar ialah seseorang memohon keampunan


kepada Allah SWT atas dosa-dosa yang dilakukan.
Keampunan juga membawa maksud penutupan, iaitu
Allah SWT menutupi kesalahan yang telah dilakukan oleh
seorang hamba.

Al-Imam Ibn Taimiyyah RH menyatakan bahawa


keampunan bermaksud mencegah keburukan dosa
daripada menghukum ke atas si pelakunya. Maka sesiapa
yang diampunkan dosanya, dia tidak akan diazab ke
atasnya.

Terdapat banyak ayat dalam al-Quran yang menggalakkan


supaya memperbanyakkan istighfar, serta menjelaskan

190
tentang kelebihan-kelebihannya. Oleh itu, seorang hamba
hendaklah beristighfar kepada Allah SWT dengan penuh
penghayatan, tawadduk dan rendah hati, sepertimana
Allah SWT berfirman:
َ َ ُ َ ۟ ُ ُ ْ ُ َّ َ ۟ ُ ْ َ ْ َ َ
‫ك ث َّ� ت ُوب ٓوا ِإل ْي ِه ُي َ� ِّت ْعك َّم َت ٰـ ًعا َح َس ًنا ِإ ٰٓل أ َج ٍل‬ ‫وأ ِن ٱستغ ِفروا ر ب‬
َ ُ َ َ ۟ َّ ۖ َ َ َ
ْ ُ ‫ُّم َس ًّم َو ُي ْؤ ِت ُ َّك ِذى ف ْض ٍل ف ْض ُلۥ َو ِإن َت َول ْوا ف ِإ ِ نّ ٓ� أ َخاف َعل ْي‬
‫ك‬
َ
‫۝‬۳�ٍ ‫َعذ َاب َي ْو ٍم َك ِب ي‬
Maksudnya : “Dan hendaklah kamu meminta ampun
kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian
hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya;
supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup
yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang
tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada
tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam
sebarang amal yang soleh) akan pahala kelebihannya
itu; dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga
perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu
akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-
haranya).”
(Surah Hud: 3)

Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT berjanji akan


memberi kepada orang yang beristighfar dengan segala
nikmat dan kesenangan hidup di dunia dan akhirat, serta
menghindarkannya daripada azab. Oleh itu, sebagai
seorang hamba hendaklah berkeyakinan terhadap janji
Allah.

Terdapat di dalam sebuah hadis yang menceritakan bahawa


Nabi SAW banyak melakukan istighfar, sebagaimana yang
diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW
bersabda:

191
ً َْ َ ‫َ َّ نّ َ أَ ْ َ ْ ُ َّ َ َ َ ُ ُ َ ف‬
‫وب ِإل ْي ِه ِ ي ْ� َالي ْو ِم أ ك ث َ� ِم ْن َس ْب ِع ْ ي نَ� َم َّرة‬ ‫ وأت‬،‫الل ِإ ِ ي� لستغ ِفر الل‬
ِ ‫و‬
Ertinya: “Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar
kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya dalam sehari
lebih daripada 70 kali”.
(Riwayat al-Bukhari)

Walaupun diketahui bahawa Nabi SAW dijamin keampunan


oleh Allah SWT, tetapi Baginda SAW adalah orang yang
paling banyak beristighfar dan bertaubat kepada Allah
SWT. Bahkan Baginda SAW juga menggalakkan kepada
umatnya agar memperbanyakkan istighfar dan bertaubat
kepada Allah SWT, sebagaimana Baginda SAW bersabda:
ََ َ ْ ‫َ َ ُّ َ َّ ُ ُ ُ َ َّ َ نّ َ ُ ُ ف‬
‫وب ِ� ال َي ْو ِم ِإل ْي ِه ِمائة َم َّر ٍة‬ ِ ‫ توبوا ِإل‬،‫ي� أ ي�ا الناس‬
‫ ف ِإ ِ� أت‬،‫الل‬
Ertinya: “Wahai manusia. Bertaubatlah (beristighfar)
kepada Allah, kerana aku bertaubat kepada-Nya dalam
sehari sebanyak 100 kali.”
(Riwayat Muslim)

Sebagai seorang manusia tidak terlepas daripada kesalahan


dan kelalaian samada dalam melaksanakan tanggungjawab
sebagai hamba Allah SWT atau meninggalkan larangan-
Nya. Malah seseorang itu tidak sunyi daripada godaan
penyakit rohani seperti sifat sombong, berbangga diri, suka
dengan pujian manusia, hasad dengki, riya’, sum’ah dan
sebagainya yang menyebabkan hati menjadi kotor serta
terhalang daripada rahmat Allah SWT.

Oleh itu, seseorang hendaklah berusaha melakukan


amalan yang boleh membersihkan dosa-dosa tersebut.
Nabi SAW bersabda:
َ َّ ‫ ثُ َّ� َي ْس َت ْغ ِف ُر‬،‫ ثُ َ� ُي َص ِّلى‬،‫طه ُر‬
،‫الل‬ َّ ‫ ثُ َّ� َي ُق ُوم َف َي َت‬،‫َما ِم ْن َر ُجل ُي ْذ ِن ُب َذ ْن ًبا‬
‫ي‬ ٍ
ُ َّ ‫إلَّ َغ َف َر‬
ُ‫الل َل‬
ِ

192
Ertinya: “Tidak seorang lelaki melakukan dosa,
kemudian dia berwuduk (dengan wuduk yang
sempurna). Kemudian dia solat dua rakaat lalu
memohon ampun kepada Allah SWT, kecuali Allah
SWT akan mengampuninya”.
(Riwayat al-Tirmizi - Hasan)

Antara kelebihan istighfar dapat memudahkan manusia


daripada kesulitan yang dihadapi. Terdapat sebuah athar
daripada Hasan al-Basri RH yang menunjukkan tentang
kelebihan istighfar yang luar biasa sepertimana yang
disebutkan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitab
Fathul Bari:

Ertinya: “Sesungguhnya seseorang pernah


mengadukan kepada al-Hasan tentang kemarau yang
berlaku, lalu al-Hasan menasihatkan, “Beristigfarlah
(mohon ampunlah) kepada Allah”. Kemudian orang
lain mengadu lagi kepada beliau tentang
kemiskinannya. Lalu al-Hasan menasihatkan,
“Beristigfarlah (mohon ampunlah) kepada Allah”.
Kemudian orang lain mengadu lagi kepada beliau
tentang kekeringan pada kebunnya. Lalu al-Hasan
menasihatkan, “Beristigfarlah (mohon ampunlah)
kepada Allah”. Kemudian orang lain mengadu lagi
kepada beliau kerana masih belum mempunyai zuriat.
Lalu al-Hasan menasihatkan, “Beristigfarlah (mohon
ampunlah) kepada Allah”.

Kemudian setelah itu al-Hasan al-Basri membacakan


Surah Nuh: 10-12
ُ َ ً ‫ك إ َّن ُه َك َن َغ َّف‬ ُ َّ َ ُ ْ َ ْ ُ ْ ُ َ
‫الس َم َاء َعل ْيك‬ َّ ‫۝ ُ ي ْ� ِسل‬
ِ ١٠ ‫ا‬ ‫ار‬ ْ
ِ ‫فقلت استغ ِفروا ر ب‬
َّ
ْ ُ ‫ات َ يو َ ج ْ� َعل ل‬ َّ ْ ُ ‫۝ َو ُ ْ�د ْد ُك أَ� ْم َوال َو َبن نَ� َ يو َ ج ْ� َعل ل‬
َّ ْ
‫ك‬ ٍ ‫ك َجن‬ ‫ ي ِ ِب ٍ ِ ي‬١١ ‫ِّمد َر ًارا‬
َ
‫۝‬ ١٢ ‫أ نْ َ� ًارا‬

193
Maksudnya: “Sehingga aku berkata (kepada mereka):
`Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu,
sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya
kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan
hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia
akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta
kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan
bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan
bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di
dalamnya)..”
(Surah Nuh: 10-12)

Ayat ini menunjukkan tentang kelebihan beristighfar dan


kesannya yang sangat ajaib. Oleh itu, sebagai seorang
hamba apabila menghadapi kesulitan dalam kehidupan
atau mempunyai hajat yang ingin dicapai, maka hendaklah
memperbanyakkan istighfar.

Oleh itu, marilah kita perbanyakkan istighfar dengan


penuh keikhlasan, kerana istighfar yang dilakukan
penuh keikhlasan akan diampuni oleh Allah SWT walau
banyaknya dosa seorang hamba itu. Allah SWT berfirman
dalam hadis qudsi:
َ َ َ َ َ َ ََ َ َ َ َّ
‫ غف ْر ُت لك َعل َما كن ِف ْيك‬،�ْ‫ا� َآد َم ! ِإنك َما َد َع ْوت ِ ن يْ� َو َر َج ْوت ِ ن ي‬ َ‫َ ي� ْ ن‬
‫ب‬
َْ ‫َ َ ُ َ ْ َ ْ نَ َ َ َ ْ َ َ َ ْ ُ ُ ُ َ َ َ َ َّ َ ثُ َّ ْ َ ْ َ ْ ن‬
�‫ � استغفرت ِ ي‬،‫ ي� با� آدم ! لو بلغت ذنوبك عنان الس ِء‬،‫ول أ ب� ِ يل‬
َ‫ْ أ‬ ُ ْ ‫َ َ ْ ُ َ َ َ َ ُ َ ْ َ ْ نَ َ َ َّ َ َ ْ َ َ ْ َ ن‬
‫اب ال ْر ِض‬ َ
ِ ‫ ي� با� آدم ! ِإنك لو أتيت ِ ي� ِب‬،‫غفرت لك ول أ ب� ِ يل‬
‫ر‬ ‫ق‬
ً ْ َ َ‫َ َ َ ثُ َّ َ ْ َ ن ْ َ ُ شْ ْ َ َ َ أ‬
‫ ل ْتي ُتك ِب ِق َرا ِب َ�ا َمغ ِف َرة‬،‫�ك ِب ْ ي� ش ْيئا‬
ِ ‫ � ل ِقيت ِ ي� ل ت‬،�‫خط يا‬
Ertinya: “Wahai anak Adam, selagi mana engkau
berdoa kepada-Ku dan mengharap kepada-Ku, Aku
akan ampunkan apa sahaja kesalahan yang ada pada
mu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika
dosamu mencapai hingga ke puncak langit, kemudian
engkau minta ampun kepada-Ku. Aku akan ampunkan
dan Aku tidak peduli. Wahai anak adam, jika engkau

194
datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi,
kemudian engkau jumpa dengan-Ku di akhirat dengan
tidak syirik kepada-Ku, nescaya Aku akan berikan
keampunan kepadamu.”
(Riwayat al-Tirmizi - Hasan )

Semoga dengan perkongsian ini ada manfaatnya untuk


kita semua, sama-samalah kita sudahi majlis ini dengan
tasbih kaffarah:

َ َ ُ ُ َ َ َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ َّ‫ُ ْ َ َ َ َّ ُ َّ َ َ ْ َ َ شْ َ ُ َ ْ َ َ َ ل‬
‫وب ِإل ْيك‬ ‫سبحانك اللهم ِبو�م ِدك أ�د أن ل ِإل ِإ أنت أستغ ِفرك وأت‬
َ ْ َّ‫َ َ َ َّ ُ َ َ َ ّ َ ُ َ َّ َ َ ل‬
�َ‫احل ْم ُد ِل ِ َر ِّب ال َع ِال ْ ي ن‬‫وصل الل عل ن ِب ِينا مم ٍد و‬

195
196
197

Anda mungkin juga menyukai