Anda di halaman 1dari 5

Pantang Batu Permata Beraura

Untuk kali ini kita buat penulisan sahaja sebab malam ni mata tok moody nak tidur dan disebabkan kurang tidur selama 2 hari. Insyallah kali ini Tok ingin mendedahkan pantangan dan penjagaan Permata beraura dan item lainnya yang beraura ( bahasa kunonya ialah Ber-khadam ) Dasarnya semua jenis batu adalah beraura, bermula dari berlian sehinggalah ke batu pasir, semuanya beraura dan mempunyai manfaat untuk tubuh manusia Aura aura ini bereaksi dengan aura diri kita yang berpusat di perut dan aura kita ini bertindak balas dengan suasana sekeliling, org sekeliling, benda yang berada di sekeliling. Ada aura manusia yang getarannya halus, ada yang halus kasar dan ada yang bergetar keras dan kasar. a) Aura halus : dimiliki oleh orang yang penyabar, tenang dan matang , jenis ini amat sukar di tembusi aura negatif atau bahasa mistik kita sebagai gangguan dan sihir yang di akibatkan oleh Jin dan syaitan, manusia yang memiliki aura ini adalah jenis: i) Zikir tinggi dengan pernafasan teratur ii) Selalu ber-meditasi iii) Seringkali berfikir akan kebesaran Allah, secara khususnya selalu berfikir akan keindahan alam dan ciptaan Allah iv) Individu yang pernah melalui pengamalan getir dan pada satu tahap ia mampu bersabar b) Aura Sederhana halus kasar : Jenis ini selalunya dan banyak dimiliki oleh orang umum dan selalunya di dalam pekerjaan pengurusan dan operasi ( tidak termasuk tentera dan polis ), jenis ini kadang kala runsing dan gelisah, namun apabila difikirkan semula mereka tidak dapat mengenal pasti apakah punca sebenar masalah mereka, jenis ini mudah terkena penyakit psikologi, histeria, gelisah, kehidupan tidak seimbang dengan pekerjaan dan pasangan malah keluarga. Mereka mudah dipengaruhi namun memiliki banyak persoalan negatif c) Aura bergetar Kasar dan Kuat : jenis ini dimiliki oleh jenis yang berada di dalam pekerjaan tertekan, pelajar yang tertekan dan suami isteri yang tertekan, mereka

mudah di rundung kerungsingan dan kemurungan, malah jenis ini amat mudah terpengaruh dan terjebak di dalam gejala tidak bermoral termasuk paling rendah ialah mengumpat. Mereka juga jenis mudah marah dan mudah sensitif dan tersinggung. Perlu diingatkan terlalu sensitif boleh merosakkan diri, keluarga dan masyarakat yang berada di sekeliling. Jenis aura getaran kuat boleh dikesan melalui titik di antara ke dua mata, di dahi dan pergerakan tangan serta kakinya. RUMUSAN AURA Melalui penilaian di atas Golongan B dan C Seringkali menghadapi masalah masalah di dalam kehidupan dan jenis ini bukan sekadar duduk sahaja, naluri mereka sentiasa meronta ronta untuk mencari jalan penyelesaian termasuklah hal hal mistik, namun apabila ilmu di dada belum mencukupi mereka mudah tertipu dan mereka juga mudah untuk terus melupakan, antara yang paling teruk ialah apabila golongan Suami bergetaran Kuat berjumpa Gadis bergetaran halus, maka perasaan tenang itu akan timbul dan akan wujud satu " Aura pemikat " secara tidak sengaja melalui gadis ini, apatah jika isteri di rumah mempunyai getaran B atau C , maka kepincangan di dalam institusi kekeluargaan juga akan turut berlaku. Pemakaian permata permata yang beraura alami ( khadam alami yang sudah di tempatkan oleh Allah swt ) ke atas sesuatu permata mampu membantu golongan ini dengan syarat mereka HANYA bertawaduk kepada Allah, dan Allah akan mengizinkan perkara perkara baik berlaku ke atas diri mereka. Ingat apabila anda memakai sesuatu permata dan anda mengharapkan ia membantu... ia tidak akan menjadi..kuncinya satu sahaja... Anda terlalu gelisah dan terlalu berharap ia menjadi sekaligus menjadikan getaran aura anda bertambah kuat dan keras getarannya, istilah ini kita panggil sebagai " BELUM SERASI " ... apabila anda mulai melupakan khasiat permata ini, maka ia akan mulai menunjukkan kesan kesannya ke atas diri kita seperti yang sebelum ini kita ketahui.. Apabila sampai ke tahap itu selalunya kita akan sedar dan mulai taksub dengan permata berkenaan, ini membuatkan getaran anda akan kembali bergetar kasar dan akan menyebabkan aura permata ini tidak dapat sebati dengan aura diri kita semula.. bermaksud khasiatnya akan luntur semula. * Semua aura permata dan aura alami getarannya sangat halus dan berintipati, ianya akan tetap halus sekiranya anda tidak mengubah ketetapan yang ada, iaitu menambahkan dengan zikir atau lain lain cara, ini akan merubahkan aura halus permata ini menjadi sedikit bergetar, malah lebih teruk lagi ia akan lebih kuat

getarannya dari getaran diri Anda, ini akan menyebabkan : a) Sakit kepala b) Panas c) Di rundung malang Apabila anda di kategori di rundung malang, bermaksud ia mulai memudaratkan anda sendiri dengan mencacatkan aura diri anda , aura wajah, aura tubuh, aura mahkota dan lain lain aura yang berada di tubuh kita. orang tengok kita jadi benci, menyampah dan sebagainya.

Lebih teruk lagi perilaku kita mampu berubah akibat perasaan a dan b, menjadi makin malas, makin panas baran dan sebagainya. Ibarat kereta keluar kilang dah lawa, tiba tiba anda tambah turbo... kan dah tak boleh nak jalan jauh, jalan jauh sikit dah kena berhenti nak sejukkan enjin. Ibarat air masak yang NEUTRAL anda tambahkan garam, gula dan milo... jika tidak pandai mengadun kan x sedap?.... sama juga dengan aura. Apa sahaja permata jika di kira di dalam mistik, ianya mempunyai nilainya yang tersendiri, faedah dan khasiatnya yang tersendiri. dari mana pun ia di miliki, perlu diingatkan dan di tegaskan KEASLIAN adalah yang paling penting, jika batunya plastik atau kaca, maka anda perlu tahu ia beraura ISIAN ( Jika ada getaran ), samada isiannya jin islam atau kafir, lebih teruk jika isiannya ialah makhluk yang di bela. Masalahnya kita tidak tahu apakah agamanya Jin Jin tersebut , jika sekadar pengakuan sahaja, itu belum memadai untuk kita mempercayai kata katanya. Nama pun JIN.... PANTANGAN PERMATA BERAURA a) Tak boleh kena udara tandas, auranya akan hilang 30-50% namun akan re-fill semula dalam masa 3 jam selepas keluar tandas b) Tidak boleh di bawa melawat orang meninggal dalam jarak 10 kaki atau seluruh auranya tersedut ke dalam jasad kosong, ingat Jasad manusia berpuluh tahun beraura dengan ROH, apabila meninggal jasadnya akan kosong dan jasad ini aka memberikan reaksi menyedut apa sahaja bentuk aura yang berada dalam jarak 10 kaki, sebab itu orang lemah semangat di larang mendekati jenazah atau boleh lemah semangat dan isitlah kita " BADI MAYAT ", ini kerana aura dirinya tidak cukup kuat untuk menampung

apa yang tersedut ke dalam jasad kosong... ada rahsia mengapa bila kucing melangkah , mayat akan bangun, ia melibatkan aura juga... itu cerita lain....dalam kes ini, aura permata akan pulih sendiri dalam tempoh 40-41 hari matang. c) Tidak boleh diletakkan berhampiran peralatan elektrik, komputer, peti ais , radio, Tv dll dalam jarak 2 kaki. getarannya akan berubah dari halus menjadi kasar selamanya akibat medan elektrik ini. d) Tidak boleh di bawa ke tempat maksiat namun tenaganya akan pulih dalam masa 37 hari mengikut suasana sekitar, kerana di dalam PUB dan DISKO hampir kesemuanya ber-AURA KASAR dan amat KASAR sekali, ini mampu mempengaruhi aura halus permata menjadi sama kasar getarannya dan akan mempengaruhi pemiliknya dalam tempoh 3 hari sebelum pulih, semasa 3 hari ini perasaan pemilik tidak akan menentu kerana perubahan aura halus ini menjadi kasar sekali. ini akan mewujudkan perasaan " RINDU" Terhadap getaran amat kasar di pub tadi dan pemiliknya akan mulai kerap ke sana, di sini melalui ugama kita, Khodam permata sudah mempengaruhi tuannya untuk melakuka kejahatan dan auranya akan terus berubah jika sebelum 3 hari pemiliknya masih kerap berulang ke PUB DISKO. e) Tidak boleh dilangkah walau auranya akan pulih semula selepas 1 minit di langkah, ini akan menyebabkan Pintu Aura terbuka dan memudahkan aura lain memasuki dan mencampuri aura asal permata, ini akan menyebabkan khasiatnya " TAWAR ", sebenarnya ia sedang merubah sifat akibat terbukanya hijab aura permata tersebut. Kerana itu Batang pancing yang sudah diisi di larang langkah... sebab ada pengisian padanya.. jika isian, maka ia akan tawar terus tanpa sebarang perubahan lain...senang kata jadi kosong lah.

PENJAGAAN Penjagaan yang Tok revealkan di sini adalah sebenar benar penjagaan yang boleh diterima di dalam logikal, metafizik dan mistik alam ghoib 1. Sebulan sekali ia perlu dibersihkan dengan di lap menggunakan kain puteh dan air mineral ( bagus air zam zam ), proses ini adalah untuk menjaga getaran aura agar terus kekal HARMONI dan air zam zam pula ialah Holy Water bagi islam dan air zam zam mempunyai molekul air yang paling seimbang di dalam kategori air mineral. 2. Diletakkan beras dengannya kerana beras mempunyai Haba yang seimbang, bukan sekadar ia di kunyah dan menjadi tenaga kepada manusia, malah untuk permata

batuan, jika diletakkan begitu sahaja, permata ini mampu menyerap zat beras ini ke dalam batu dan anda akan lihat beras ini makin lama mengecil atau menjadi habuk. manakala urat dan seri permata bertambah cantik dan menarik. Menarik dan cantiknya sesuatu permata akan membuatkan kita gembira dan perasaan ini akan menghasilkan satu AURA HALUS dan seimbang dan ini akan membuatkan aura diri kita dan aura permata ini mudah sebati. 3. Di Jemurkan dibawah rembulan , cara ini bagi menstabilkan aura permata dan melatihnya agar kekal halus, namun ia bersyarat, langit tidak boleh berawan dan bulan tidak di ganggu dengan awan, ini akan menyebabkan auranya sekejap halus dan sekejap makin halus, jika berulang kerap maka ia akan menjadi getaran yang tersangat keras dan kuat. Sama sepertimana Bola yag di gantungkan dan tali atasnya bergerak gerak, lama kelamaan akan menyebabkan bola itu berbuai lebih laju, sama sahaja dengan permata, anda boleh menganggap bahawa langit adalah benang yang mengikat permata anda semasa di bawah rembulan. 4. Di mandikan dengan air embun..sebenarnya menggantikan air zam zam, org dulu dulu mana nak dapat zam zam kecuali dari org yang balik dari Mekah. Sekarang berlambak lambak kan ada jual.

Semua penerangan di atas jika difikirkan sebenarnya tiada kaitan dengan alam ghoib pun, ianya cuma antara Auranya, diri kita dan Allah swt sahaja, namun bangsa kita ...apa sahaja benda pelik berlaku... perkara pelik dilakukan.,.. pasti melibakan Jin Jin... megah la Jin Jin Tu asyik di angkat angkat.... Ingatlah setiap BENDA CIPTAAN Allah itu ada rahsianya dan kegunaannya untuk kita manusia khususnya Umat Islam. Allah memberikan kita akal untuk berfikir di manakah sempadannya pemakaian benda benda ini. Allah tidak akan menjadikan sesuatu untuk perkara sia sia kerana Allah amat bencikan perkara yang sia sia. Jadikan Tauladan....Kongsikan...

Anda mungkin juga menyukai