Anda di halaman 1dari 8

Kaedah Mengetahui Rahsia Tarikh Lahir Individu - Ulasan Amiene Rev

Ulasan Mengenai Kaedah Mengetahui Rahsia Tarikh Lahir Manusia


Pengulas: Amiene Rev (C) 2009

Beberapa minggu sudah, seorang remaja perempuan memberitahu saya mengenai cara mengetahui rahsia tarikh
lahir individu dengan menggunakan kaedah numerologi, dilaksanakan secara metafizik terhadap berbilion-bilion
umat manusia untuk mengetahui skrip kehidupan seseorang. Sebenarnya saya kurang berminat dengan perkara-
perkara seperti ini, namun disebabkan ramai remaja yang meminta saya mengulas mengenainya, maka di sini,
setelah memiliki masa yang agak lapang, barulah saya berkesempatan untuk menulis mengenai rahsia tarikh
lahir yang dipopularkan oleh Dr. Azizan Osman.

Kaedah rahsia tarikh lahir ini dikatakan telah wujud sejak berkurun-kurun tahun lalu. Kaedah numerologi telah
diasaskan oleh Pythagoras, seorang ahli Matematik sekitar 2600 tahun yang lalu. Untuk menulis ulasan
mengenai rahsia tarikh lahir ini, saya telah merujuk beberapa sumber yang berlainan dan memadankannya
dalam satu entri seperti ini. Namun kebanyakan sumber adalah berdasarkan budak perempuan (remaja) tersebut
yang kebetulan mendapat maklumat ini daripada seseorang yang pernah menghadiri bengkel Mengetahui Rahsia
Tarikh Lahir Dr. Azizan Osman. Oleh itu, maklumat di bawah ini tidaklah selengkap mana jika dibandingkan
dengan pengetahuan orang yang pernah menghadiri bengkel Rahsia Tarikh Lahir Dr. Azizan. Ibarat sesudu kopi
berbanding secawan kopi.

Sebelum kita pergi dengan lebih


jauh. Saya ingin menyatakan sifat beberapa nombor di dalam rajah di atas.
 Pertama, nombor kod asas diwakili oleh huruf O di dalam bulatan biru. Nombor kod asas ini
mewakili ciri-ciri utama individu.
 Kedua, nombor-nombor cermin diwakili oleh huruf S dan T di dalam bulatan hijau. Sekiranya
nombor-nombor cermin ini memiliki nilai yang sama; sebagai contoh S = 6, dan T = 6, maka individu
tersebut dikatakan berpotensi besar untuk menjadi seorang individu yang amat hebat dan popular.

 Ketiga, nombor chassis atau nombor kod peribadi. Nombor chassis ini terdiri daripada I, J dan O.
Nombor chassis ini juga dikatakan sebagai nombor kombinasi penentu sifat peribadi seseorang.
Kedudukan nombor-nombor chassis ini telah saya warnakan dengan warna biru cair.

 Keempat, nombor-nombor circular yang terdiri daripada kesemua 16 nombor yang diwakili oleh
huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T. Kombinasi nombor-nombor
tertentu daripada nombor circular ini juga dikatakan satu cara lagi untuk menghalusi sifat peribadi
individu.

Ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh individu sebelum mengira nombor chassis atau kod asas
individu berdasarkan tarikh lahir mereka. Pertama AB mewakili dua digit hari lahir. Kedua DC mewakili dua
bulan lahir. EF dan GH pula mewakili empat digit tarikh lahir. Pendek kata, tarikh lahir individu perlulah
disusun mengikut format AB.CD.EFGH yang pada akhirnya akan bertumpu menjadi A+B+C+D+E+F+G+H
untuk mengetahui nombor kod asas.

Sebelum itu, perlu diketahui di sini, bahawa sebarang nombor dua digit seperti 10, 11, 12 dan ke atas perlulah
diubah menjadi nombor satu digit menerusi kaedah numerologi seperti berikut:
10 --> 1 + 0 = 1
11 --> 1 + 1 = 2
12 --> 1 + 2 = 3
19 --> 1 + 9 = 10 --> 1 + 0 = 1 maka untuk kes seperti ini, kita ambil 1
20 --> 2 + 0 = 2
94 --> 9 + 4 = 13 --> 1 + 3 = 4 maka untuk kes seperti ini, kita ambil 4
Sebagai contoh, saya akan ambil tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tokoh negara Malaysia ini dilahirkan
pada 10 Julai 1925 dan merupakan seorang tokoh yang amat dikagumi di kebanyakan negara, termasuk di
negara-negara maju.

Mari kita semak cara pengiraan


tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas. Mula-mula kita susun tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad
daripada 10 Julai 1925 kepada 10:07:1925 mengikut format AB:CD:EFGH, dan kita akan dapat menjalankan
pengiraan seperti di bawah:
AB:CD:EFGH --> 10:07:1925

A=1, B=0, oleh itu A+B= 10 --> I=1

C=0, D=7, oleh itu C+D= 7 --> J=7

E=1, F=9, oleh itu E+F=10 --> K=1

G=2, H=5, oleh itu G+H=7 --> L=7

dan seterusnya.
Berdasarkan kiraan rahsia tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas, maka kita dapati Tun Dr. Mahathir
memiliki nombor-nombor berikut:
 Nombor kod asas diwakili oleh huruf O = 7
 Nombor-nombor cermin diwakili oleh huruf S dan T adalah sama iaitu masing-masing ialah 6.

 Nombor chassis atau nombor kod peribadi I.J.O Tun Dr. Mahathir ialah 1.7.7.

 Nombor-nombor circular yang terdiri daripada kesemua 16 nombor yang diwakili oleh huruf A, B,
C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T bagi Tun Dr. Mahathir ialah
1,1,3,6,6,6,6,6,6,7,7,7,8,8,9 dan 9.
HURAIAN NOMBOR KOD ASAS:
Nombor kod asas ini diperolehi berdasarkan nombor chassis. Contohnya Tun Dr. Mahathir memiliki nombor-
nombor kod asas 1, 7 dan 7 atau nombor chassis 1.7.7. Ini bermaksud Tun Dr. Mahathir memiliki nombor
chassis berdasarkan 1 dan 7. Jika anda memiliki nombor chassis 1.2.3 maka sifat peribadi anda adalah
berdasarkan nombor 1.2.3. Namun kod asas yang paling utama bagi anda adalah nombor yang mewakili huruf
O. Dalam kes ini, nombor 7 mewakili ciri-ciri utama Tun Dr. Mahathir, manakala nombor 1 adalah
rangkaiannya. Begitulah apa yang saya faham berdasarkan apa yang diterangkan oleh remaja perempuan
tersebut.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1

Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan,
mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam
dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang
sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.

Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu
yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.

Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada
orang lain.

Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.

Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom Hanks dan Hulk
Hogan.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2

Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan
selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik
hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang
lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk
menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti
kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.

Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan
diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya
orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat
tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil).
Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi.
Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3

Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan
jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik.
Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-
sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).

Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting
atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan
bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan
nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang
lain.

Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk Seri Anwar
Ibrahim.

Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4

Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan
satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh
dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki
karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah
bangkit semula.

Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara.
Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah
mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.

Individu Dengan Kod Asas 5

Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh
memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap
kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas,
berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama,
perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.

Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun
dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan
satu-satu kerja.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan
Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6

Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam
kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya
memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup
senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan
kekayaan.

Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang
keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga
sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu
menjadi pendamai.

Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang
perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang
atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya.
Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk
menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak
Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan
Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).

Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7

Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu
dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangat-
sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka
kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan
perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan
tuah.

Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah
mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya
dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering
menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri
sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari
kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam
Hussein, Mawi dan Michael Jackson.

Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8

Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8
mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang
boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.

Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat
secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah
kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti
hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak
Liverpool).

Individu dengan Kod Asas 9

Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif.
Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan
untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa
sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap
persekitaran.

Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai
kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang
yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala
gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan Megawati
Sukarno.
NOMBOR-NOMBOR CIRCULAR

Nombor-nombor circular sebanyak 16 unit diambil daripada huruf A, B, C, D, E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P,


Q, R, S dan T. Nombor-nombor ini boleh dicantumkan menjadi kombinasi nombor tertentu yang membawa
makna tertentu juga. Berdasarkan Dr. Azizan Osman, ada antara kombinasi-kombinasi nombor circular yang
boleh membawa maksud seperti berikut:

1 2 3 @ 1 2 * bermaksud:
 Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
 Boleh bercakap dengan lancar dan pantas

 Kadangkala bercakap kosong

 Kadangkala tidak boleh mengawal mulut atau terlepas cakap/kurang pandai bergurau

 Boleh berhujah/berdebat

426@24
 Boleh berceramah
 Suka berkongsi ilmu

 Boleh menjadi seorang motivator

843
 Mudah berasa bosan dengan satu-satu perkara
 Terlalu suka berangan-angan

 Susah untuk berjaya jika tidak fokus dalam melakukan sesuatu perkara

 Suka mencari peluang baru

573
 Mudah bergaul dengan orang atasan atau VIP
 Orang atasan mudah percaya percakapannya

 Mudah dihentam dan menghentam orang (barangkali disebabkan kelantangan bercakap)

911
 Lebih suka berdikari dalam melakukan sesuatu
 Suka bekerja sendiri dan sukar bekerjasama dengan orang lain

 Susah ada rakan kongsi kerana mudah bertentangan pendapat

 Suka buat keputusan sendiri

 Boleh menjadi orang tengah

 Mudah berjaya atas usaha sendiri

 Keras kepala

 Senang dikhianati orang lain


1111@6666@1616
 Suka berfikir secara mendalam
 Tidak suka berkongsi masalah

 Mudah berasa kecewa

 Mudah dilanda tekanan emosi

456
 Sesuai menjadi akauntan
 Mudah terlibat dalam penyelewengan dan rasuah

999
 Banyak peluang dalam hidup hingga boleh mengubah diri menjadi seorang yang tamak
 Sunyi dan suka tinggal di kawasan yang banyak pokok

333@888
 Mudah tertekan
 Panas baran

 Berpontensi untuk menjadi seseorang yang memiliki pengaruh dan kuasa

 Pendendam

 Degil

 Mudah berasa resah dan gelisah (perlu belajar bertenang)

459
 Lebih suka mengikut gerak hati berbanding merancang dalam usaha mendapatkan sesuatu

67
 Mudah berbelanja untuk orang lain

156
 Lebih sesuai kerja di luar (outstation) sekiranya inginkan keuntungan atau rezeki lebih.

189
 Suka melancong, suka bergerak dan sentiasa tertekan

83
 Suka aktiviti luar rumah
 Tidak suka duduk diam di dalam rumah tanpa kerja

336
 Kebocoran wang.
 Duit senang masuk, senang keluar

PENUTUP
Setelah menjalankan kajian terhadap beberapa orang responden yang terdiri daripada kenalan dan sanak-saudara
yang terdekat, saya mendapati tidak semua keputusan yang diperolehi adalah betul-betul sama seperti ciri-ciri
yang dinyatakan. Ilmu seperti ini boleh membantu merangsang atau memotivasikan individu tetapi tidak boleh
diterima atau dipercayai seratus peratus kerana boleh menyesatkan akidah manusia. Sesiapa yang berminat
bolehlah menguji kaedah di atas dan menyatakan ketepatan atau peratus ketepatannya di sini.

Anda mungkin juga menyukai