Anda di halaman 1dari 10

KETAHUI RAHSIA TARIKH LAHIR ANDA DARI DR AZIZAN OSMAN

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh. Aku nak menyatakan sifat beberapa nombor di dalam rajah di bawah.

* Pertama, nombor kod asas diwakili oleh huruf O di dalam bulatan biru. Nombor kod asas ini mewakili ciri-ciri
utama individu.
* Kedua, nombor-nombor cermin diwakili oleh huruf S dan T di dalam bulatan hijau. Sekiranya nombor-nombor
cermin ini memiliki nilai yang sama; sebagai contoh S = 6, dan T = 6, maka individu tersebut dikatakan berpotensi
besar untuk menjadi seorang individu yang amat hebat dan popular.* Ketiga, nombor chassis atau nombor kod
peribadi. Nombor chassis ini terdiri daripada I, J dan O. Nombor chassis ini juga dikatakan sebagai nombor
kombinasi penentu sifat peribadi seseorang. Kedudukan nombor-nombor chassis ini telah aku warnakan dengan
warna biru cair.
* Keempat, nombor-nombor circular yang terdiri daripada kesemua 16 nombor yang diwakili oleh huruf A, B, C, D,
E, F, G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T. Kombinasi nombor-nombor tertentu daripada nombor circular ini
juga dikatakan satu cara lagi untuk menghalusi sifat peribadi individu.
Ada beberapa perkara yang perlu diketahui oleh individu sebelum mengira nombor chassis atau kod asas
individu berdasarkan tarikh lahir mereka. Pertama AB mewakili dua digit hari lahir. Kedua DC mewakili dua bulan
lahir. EF dan GH pula mewakili empat digit tarikh lahir. Pendek kata, tarikh lahir individu perlulah disusun
mengikut format AB.CD.EFGH yang pada akhirnya akan bertumpu menjadi A+B+C+D+E+F+G+H untuk
mengetahui nombor kod asas.
Sebelum itu, perlu diketahui di sini, bahawa sebarang nombor dua digit seperti 10, 11, 12 dan ke atas perlulah
diubah menjadi nombor satu digit menerusi kaedah numerologi seperti berikut:
10 > 1 + 0 = 1
11 > 1 + 1 = 2
12 > 1 + 2 = 3
19 > 1 + 9 = 10 > 1 + 0 = 1 maka untuk kes seperti ini, kita ambil 1
20 > 2 + 0 = 2
94 > 9 + 4 = 13 > 1 + 3 = 4 maka untuk kes seperti ini, kita ambil 4

Sebagai contoh, aku akan ambil tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tokoh negara Malaysia ini dilahirkan
pada 10 Julai 1925 dan merupakan seorang tokoh yang amat dikagumi di kebanyakan negara, termasuk di
negara-negara maju.

Mari kita semak cara pengiraan tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas. Mula-mula kita susun tarikh lahir
Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada 10 Julai 1925 kepada 10:07:1925 mengikut format AB:CD:EFGH, dan kita
akan dapat menjalankan pengiraan seperti di bawah:
AB:CD:EFGH > 10:07:1925
A=1, B=0, oleh itu A+B= 10 > I=1
C=0, D=7, oleh itu C+D= 7 > J=7
E=1, F=9, oleh itu E+F=10 > K=1
G=2, H=5, oleh itu G+H=7 > L=7
dan seterusnya.
Berdasarkan kiraan rahsia tarikh lahir Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas, maka kita dapati Tun Dr. Mahathir
memiliki nombor-nombor berikut:
* Nombor kod asas diwakili oleh huruf O = 7
* Nombor-nombor cermin diwakili oleh huruf S dan T adalah sama iaitu masing-masing ialah 6.
* Nombor chassis atau nombor kod peribadi I.J.O Tun Dr. Mahathir ialah 1.7.7.
* Nombor-nombor circular yang terdiri daripada kesemua 16 nombor yang diwakili oleh huruf A, B, C, D, E, F,
G ,H, I, J, K, L, M, N, O, P, Q, R, S dan T bagi Tun Dr. Mahathir ialah 1,1,3,6,6,6,6,6,6,7,7,7,8,8,9 dan 9.
HURAIAN NOMBOR KOD ASAS:
Nombor kod asas ini diperolehi berdasarkan nombor chassis. Contohnya Tun Dr. Mahathir memiliki nombornombor kod asas 1, 7 dan 7 atau nombor chassis 1.7.7. Ini bermaksud Tun Dr. Mahathir memiliki nombor chassis
berdasarkan 1 dan 7. Jika anda memiliki nombor chassis 1.2.3 maka sifat peribadi anda adalah berdasarkan
nombor 1.2.3. Namun kod asas yang paling utama bagi anda adalah nombor yang mewakili huruf O. Dalam kes
ini, nombor 7 mewakili ciri-ciri utama Tun Dr. Mahathir, manakala nombor 1 adalah rangkaiannya.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1


Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang berlainan,
mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam
dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang
sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.
Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana individu
yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.
Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen daripada orang
lain.
Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah majikan.
Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom Hanks dan Hulk Hogan.
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2
Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan tenang dan
selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik
hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang
lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk
menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti
kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.
Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan kebolehan
diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan) walaupun pada hakikatnya
orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat
tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil).
Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi.
Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.
Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3
Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan berpandangan jauh.
Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan
dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah
menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).
Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah melenting
atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan
bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan
nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan perhubungan dengan orang
lain.
Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk Seri Anwar
Ibrahim.

Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4


Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam melakukan
satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh
dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki
karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah
bangkit semula.
Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu perkara.
Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan luas. Mudah
mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret Thatcher.
Individu Dengan Kod Asas 5
Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara baru. Boleh
memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap
kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas,
berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satu-satu perkara yang sama,
perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu perkara yang dilakukan.
Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah cerewet biarpun
dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan
satu-satu kerja.
Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo, Abraham Lincoln dan
Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6
Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan dalam
kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi bahasa dan selalunya
memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor kod asas 6 juga mudah hidup senang
atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.
Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan bidang
keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu dengan nombor 6 juga
sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya. Suka membantu orang lain. Selalu
menjadi pendamai.
Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang yang
perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap kata-kata orang
atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain yang bukan ketuanya.
Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk
menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola sepak
Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia) dan
Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).

Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7


Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara. Individu
dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya. Seorang yang sangatsangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka
kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan
perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan
tuah.
Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau pendirian. Mudah
mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini selalunya menyebabkan dirinya
dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau persaudaraan yang sebenar. Sering
menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri
sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari
kawan apabila ada keperluan. Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea), Saddam
Hussein, Mawi dan Michael Jackson.
Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8
Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor kod asas 8
mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang
boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-mainkan orang lain.
Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur. Nampak kuat
secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya kepada pandangan diri. Mudah
kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa seperti
hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh ke jurang kegagalan.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain bola sepak
Liverpool).
Individu dengan Kod Asas 9
Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka dan sensitif.
Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati orang lain. Berkebolehan
untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa
sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap
persekitaran.
Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya memiliki ramai
kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu sehingga menjadi seorang
yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah mengikut perasaan, kadangkala
gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan Megawati
Sukarno.

NOMBOR-NOMBOR CIRCULAR :
The next section is hardcore! You have 16 circular box right? ALL 16 number inside the circular box can be used
for combination of the number below. For example num Dr Mahathir td ialah 1,1,3,6,6,6,6,6,6,7,7,7,8,8,9 dan 9.
So, jom kita tengok maksud dan ciri-ciri yang ada pada Pemimpin Terhebat kita ni. Check it out!
1 2 3 @ 1 2 bermaksud :

Ada kekuatan/bakat/anugerah suara


Boleh bercakap dengan lancar dan pantas
Kadangkala bercakap kosong
Kadangkala tidak boleh mengawal mulut atau terlepas cakap/kurang pandai bergurau
Boleh berhujah/berdebat
Boleh menjadi guru, pensyarah, ahli politik, sales person.
Bakat dalam menulis, melukis (untuk orang kurang upaya)

426@24

Boleh jadi penceramah/pandai berceramah.


Boleh berkongsi ilmu dengan sesiapa saja.
Boleh menjadi seorang motivator/presenter.

279

Ada daya penarik semula jadi.


Mempunyai karekter pelaris. (macam susuk gitu) haha!
Individu tersebut tidak semestinya kacak/cantik
Pandai memujuk orang
Mudah meyakinkan orang
Ayat power (bodek)
Mudah tarik ramai kawan yakni ramai org suka nak kawan dengan dia.
Ada kawan tapi tak ramai. (prob)
Ditakuti mempunyai hubungan sulit dengan orang lain. (prob)

843

Baik
Sentiasa ada idea baru
Selalu mencari kejayaan dan peluang.
Mempunyai bakat dalam penulisan/asyik bagi proposal.
Pandai membuat perancangan
Buruk
Mudah berasa bosan dengan satu-satu perkara
Terlalu suka berangan-angan
Susah untuk berjaya jika tidak fokus dalam melakukan sesuatu perkara
Suka bertukar-tukar syarikat (bagi usahawan)

573

Baik
Mudah bergaul dengan orang atasan atau VIP.
Boleh jadi VIP/Saudara kepada VIP
Orang atasan mudah percaya percakapannya
Buruk
Akan ada orang yang tak puas hati dengan anda

Senang disabotaj (tikam belakang)


Mudah difitnah
Duit selalu habis sebab selalu belanja orang atasan.
Mudah dihentam dan menghentam orang (kelantangan bercakap)

911

Baik
Lebih suka berdikari dalam melakukan sesuatu
Suka bekerja sendiri dan sukar bekerjasama dengan orang lain
Susah ada rakan kongsi kerana mudah bertentangan pendapat
Suka buat keputusan sendiri
Boleh menjadi orang tengah (consultant/negotiation)
Mudah berjaya atas usaha sendiri/Tak mudah give up.
Buruk
Akan ada rasa tidak puas hati kepada anda dan akan dikhianati
Tidak boleh bersendirian (mudah kesunyian gitu)
Keras kepala
Senang dikhianati orang lain

1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6 @ 6161

Baik
Pandai simpan maklumat/pandai berahsia
Akan berfikir dulu sebelum bercakap
Tapi bila dah bercakap, tak berhenti-henti pulak bercakap. adeh
Suka berfikir secara mendalam/Suka berfikiran jauh
Buruk
Tidak suka berkongsi masalah
Mudah berasa kecewa
Mudah dilanda tekanan emosi
Mudah Risau
Mudah buruk sangka
Ditakuti terkena penyakit mental
Senang kena migrain

456

Baik
Anda boleh dilatih dan sesuai menjadi akauntan
Boleh menjadi business owner, usahawan, akauntan.
Buruk
AWAS! Mudah terlibat dalam penyelewengan dan rasuah

999@955@959

Baik
Berpotensi berjaya dalam semua bidang
Banyak peluang dalam hidup
Buruk
Boleh mengubah diri menjadi seorang yang tamak
Sunyi dan suka tinggal di kawasan yang banyak pokok/berhutan/tempat tinggal kawasan bukit.

855 @ 8 8 8

Baik

Seorang yang hyperaktif


Berpontensi untuk menjadi seseorang yang memiliki pengaruh dan kuasa
Buruk
Panas Baran
Mudah berasa resah dan gelisah (perlu belajar bertenang)

333 @ 335

Seorang pendendam
Kurang sabar
sentiasa rasa resah gelisah
Keinginan sangat tinggi/nafsu kuat

459

Baik
Mempunyai deria ke 6 yang kuat
Mudah dapat ilham/firasat
Dapat mengetahui sesuatu lebih awal dari orang lain.
Pandai mendapatkan sesuatu
Buruk
Pandai menipu/muslihat
Pandai merancang strategi

Senang kasihankan orang lain.


Mudah belanja untuk orang lain (sebab tu sengkek)

67

156

Lebih sesuai kerja di luar (outstation) / senang buat duit dengan mengembara.

189

Suka melancong dan juga suka melencong.


Kena elajar hadapi tekanan kerana mudah rasa tertekan
Suka bergerak yakni tak boleh duk diam kat sesuatu tempat.

Baik
Suka aktiviti luar rumah
Seorang yang aktif
Buruk
Mudah bosan
Tidak suka duduk diam di dalam rumah tanpa kerja

83

336

966

Seorang yang luar biasa yakni :


Duit senang masuk, senang keluar
Anda aktif/senang untuk menarik duit. (money magnet)

Anda seorang yang boleh berniaga dan senang mendapat keuntungan.

Anda mudah ditipu oleh orang


Mudah percaya dekat orang.

71

933

Anda mempunyai bisnes tetapi prestasi tidak konsisten. Macam sekejap naik sekejap turun. Sekejap
untung dan sekejap rugi.
Kejayaan tak kekal lama.
Untuk mengelakkan perkara ini terus menghantui, ada 2 cara iaitu

1. Tenaga anda sangat bagus, maksimum, tapi tak bertahan lama. so, setiap 3 bulan anda kena pergi
bercuti untuk dapatkan balik keseimbangan anda. Environment spt Air Terjun, laut, hutan (berkelah di
hutan. Paling kurang 3 hari anda kena cuti dan tak boleh bawak hp dan komputer. Wahh, macam bawak
diri terus kan. hehehe
2. Masuk kelas Dr Azizan. Hahaha
944

Boleh duduk bahagian operation/management


Sangat bagus dalam bidang penyelidikan.
Orang yang mempunyai high taste.

555
Ada 2 kategori :
1. Senang menjadi orang yang berpengaruh dan berpangkat.
2. Tidak mempunyai pendidikan yang bagus :

Suka memberontak/agresif/tegas
Rasa rendah diri

786

Sangat bertanggungjawab
boleh menjadi ketua/pengurus/boleh menerima tekanan
orang yang motivated by material.
Seorang yang boleh membantu masalah orang lain.

Ok, sampai situ saja. lepas je balik dari kursus dulu.. aku terus praktikkan utk test benda ni. Most of 80%
adalah betul dan kena dengan dorang apabila terangkan ciri-ciri pada dorang. Like dorang buat kira-kira,
lepas tu aku bentangkan jawapan mengikut nombor yang dorang sebutkan. Dan 80% betul dan 20% lagi
tak berapa kena. So, di harap korang jangan terlalu taksub untuk percaya benda ni. Aku share je dan
korang nilaikan sendiri ok. :)

Anda mungkin juga menyukai