Anda di halaman 1dari 23

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1

Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina
yang berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan
menganalisis sesuatu perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan
ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat
teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya kreativiti yang sangat tinggi dan
kepekaan yang tinggi.
Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaikbaiknya kerana individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar
memperolehi keuntungan menerusi kreativiti dan kepekaan.
Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan
atau komen daripada orang lain.
Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding
bekerja di bawah majikan.
Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom
Hanks dan Hulk Hogan.

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2


Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah
kelihatan tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga
kebersihan. Rajin. Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan
keperluan orang lain. Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila
diberi tugasan, individu dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan
tugas tersebut dengan sebaik mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti
kepada masyarakat. Boleh dianggap sebagai seorang sahabat atau saudara.
Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin
dengan kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak
dilakukan) walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang
sememangnya mampu untuk melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya
mengikut nasihat tersebut (kelihatan seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil).
Lebih mengutamakan kepentingan orang lain berbanding kepentingan diri sendiri dalam
kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain sehingga boleh memudaratkan atau
menyusahkan diri sendiri.
Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar
Malaysia).

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3


Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik,
aktif dan berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan
antara perkara buruk dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi.
Berpotensi untuk hidup mewah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah
menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara (suka memberi komen).
Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang
yang mudah melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan
tidak tegas. Boleh jadi seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati
dengan perkataan yang digunakan semasa bercakap kerana individu dengan nombor
kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya merenggangkan
perhubungan dengan orang lain.
Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo
dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4


Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki
strategi dalam melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh
berjaya dalam peperiksaan. Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan
diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma.
Peramah. Suka mengembara dan mencari kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal,
akan mudah bangkit semula.
Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati
dalam sesuatu perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran
sempit, tidak berpandangan luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan
rumah tangga.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan
Margaret Thatcher.

Individu Dengan Kod Asas 5


Pro: Memiliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba
perkara-perkara baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang
jawatan tinggi. Sangat rajin dan selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau
berkeinginan untuk mencapai kejayaan tersebut. Berfikiran realistik, tegas,
berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak mudah melakukan satusatu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan satu-satu
perkara yang dilakukan.
Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu
perkara. Mudah cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan
sentiasa sibuk bekerja. Kurang teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.
Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears,
Ronaldo, Abraham Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6


Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan
dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi
bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor
kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan
seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.
Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan
bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu
dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya.
Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.
Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah.
Seorang yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh
terhadap kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orangorang lain yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan
dalam hasil kerja tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola
sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar
kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).

Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7


Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu
perkara. Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah
menolongnya. Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini
ghairah dengan cinta dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik
perhatian orang ramai. Suka menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh
menonjolkan dirinya di khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.
Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau
pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini
selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau
persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orangorang tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak
baik. Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan.
Cerewet. Sensitif dengan persekitaran.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak
Chelsea), Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.

Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8


Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor
kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat
bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan
mempermain-mainkan orang lain.
Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur.
Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya
kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara
tidak berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah
jatuh ke jurang kegagalan.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain
bola sepak Liverpool).

Individu dengan Kod Asas 9


Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka
dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati
orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai
penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah
secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.
Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya
memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi
satu sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami.
Mudah mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah
berputus asa apabila menghadapi cabaran yang sukar.
Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan
Megawati Sukarno.

NOMBOR-NOMBOR CIRCULAR :
123@12
Ada kekuatan/bakat/anugerah suara
Boleh bercakap dengan lancar dan pantas
Kadangkala bercakap kosong
Kadangkala tidak boleh mengawal mulut atau terlepas cakap/kurang pandai
bergurau
Boleh berhujah/berdebat
Boleh menjadi guru, pensyarah, ahli politik, sales person
Bakat dalam menulis, melukis (untuk orang kurang upaya)

426@24
Boleh jadi penceramah/pandai berceramah
Boleh berkongsi ilmu dengan sesiapa saja
Boleh menjadi seorang motivator/presenter

279
Ada daya penarik semula jadi.
Mempunyai karekter pelaris. (macam susuk gitu) haha!
Individu tersebut tidak semestinya kacak/cantic
Pandai memujuk orang
Mudah meyakinkan orang
Ayat power (bodek)
Mudah tarik ramai kawan yakni ramai org suka nak kawan dengan dia.
Ada kawan tapi tak ramai. (prob)
Ditakuti mempunyai hubungan sulit dengan orang lain. (prob)

843
Sentiasa ada idea baru
Selalu mencari kejayaan dan peluang
Mempunyai bakat dalam penulisan/asyik bagi proposal
Pandai membuat perancangan
Mudah berasa bosan dengan satu-satu perkara
Terlalu suka berangan-angan
Susah untuk berjaya jika tidak fokus dalam melakukan sesuatu perkara
Suka bertukar-tukar syarikat (bagi usahawan)

57
Mudah bergaul dengan orang atasan atau VIP
Boleh jadi VIP/Saudara kepada VIP
Orang atasan mudah percaya percakapannya
Akan ada orang yang tak puas hati dengan anda
Senang disabotaj (tikam belakang)
Mudah difitnah
Duit selalu habis sebab selalu belanja orang atasan.
Mudah dihentam dan menghentam orang (kelantangan bercakap)

911
Lebih suka berdikari dalam melakukan sesuat
Suka bekerja sendiri dan sukar bekerjasama dengan orang lain
Susah ada rakan kongsi kerana mudah bertentangan pendapat
Suka buat keputusan sendiri
Boleh menjadi orang tengah (consultant/negotiation)
Mudah berjaya atas usaha sendiri/Tak mudah give up
Akan ada rasa tidak puas hati kepada anda dan akan dikhianati
Tidak boleh bersendirian (mudah kesunyian gitu)
Keras kepala
Senang dikhianati orang lain

1 1 1 1 @ 6 6 6 6 @ 1 6 1 6 @ 6161
Pandai simpan maklumat/pandai berahsia
Akan berfikir dulu sebelum bercakap
Tapi bila dah bercakap, tak berhenti-henti pulak bercakap. Adeh
Suka berfikir secara mendalam/Suka berfikiran jauh
Tidak suka berkongsi masalah
Mudah berasa kecewa
Mudah dilanda tekanan emosi
Mudah Risau
Mudah buruk sangka
Ditakuti terkena penyakit mental
Senang kena migrain

456
Anda boleh dilatih dan sesuai menjadi akauntan
Boleh menjadi business owner, usahawan, akauntan
AWAS! Mudah terlibat dalam penyelewengan dan rasuah

999@955@959
Berpotensi berjaya dalam semua bidang
Banyak peluang dalam hidup
Boleh mengubah diri menjadi seorang yang tamak
Sunyi dan suka tinggal di kawasan yang banyak pokok/berhutan/tempat tinggal kawasan bukit.

855 @ 8 8 8
Seorang yang hyperaktif
Berpontensi untuk menjadi seseorang yang memiliki pengaruh dan kuasa
Panas Baran
Mudah berasa resah dan gelisah (perlu belajar bertenang)

333 @ 335
Seorang pendendam
Kurang sabar
sentiasa rasa resah gelisah
Keinginan sangat tinggi/nafsu kuat

459
Mempunyai deria ke 6 yang kuat
Mudah dapat ilham/firasat
Dapat mengetahui sesuatu lebih awal dari orang lain
Pandai mendapatkan sesuatu
Pandai menipu/muslihat
Pandai merancang strategi

67
Senang kasihankan orang lain
Mudah belanja untuk orang lain (sebab tu sengkek)

156
Lebih sesuai kerja di luar (outstation) / senang buat duit dengan mengembara

189
Suka melancong dan juga suka melencong
Kena elajar hadapi tekanan kerana mudah rasa tertekan
Suka bergerak yakni tak boleh duk diam kat sesuatu tempat

83
Suka aktiviti luar rumah
Seorang yang aktif
Mudah bosan
Tidak suka duduk diam di dalam rumah tanpa kerja

336
Duit senang masuk, senang keluar
Anda aktif/senang untuk menarik duit. (money magnet)

966
Anda seorang yang boleh berniaga dan senang mendapat keuntungan

71
Anda mudah ditipu oleh orang
Mudah percaya dekat orang

933
Anda mempunyai bisnes tetapi prestasi tidak konsisten. Macam sekejap naik sekejap turun. Sekejap
untung dan sekejap rugi
Kejayaan tak kekal lama

944
Boleh duduk bahagian operation/management
Sangat bagus dalam bidang penyelidikan
Orang yang mempunyai high taste

555
Senang menjadi orang yang berpengaruh dan berpangkat
Tidak mempunyai pendidikan yang bagus
Suka memberontak/agresif/tegas
Rasa rendah diri

786
Sangat bertanggungjawab
boleh menjadi ketua/pengurus/boleh menerima tekanan
orang yang motivated by material
Seorang yang boleh membantu masalah orang lain

Anda mungkin juga menyukai