Anda di halaman 1dari 9

Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 1

KETULENAN (ELEMENT METAL

Pro: Mempunyai sifat seorang pemimpin, ada daya tarikan yang tinggi daripada jantina yang
berlainan, mempunyai kebijaksanaan yang tinggi, berupaya mengkaji dan menganalisis sesuatu
perkara dengan mendalam dan spesifik, seorang yang sukakan ilmu pengetahuan dan memiliki ilmu
pengetahuan yang tinggi, seorang yang sangat teliti dalam kebanyakan perkara, memiliki daya
kreativiti yang sangat tinggi dan kepekaan yang tinggi.

Cadangan: Kepekaan dan kreativiti yang dimiliki hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya kerana
individu yang memiliki nombor kod asas 1 berpeluang besar memperolehi keuntungan menerusi
kreativiti dan kepekaan.

Kontra: Pentingkan diri sendiri, tidak suka dikritik, susah untuk menerima pandangan atau komen
daripada orang lain.

Cadangan: Individu dengan nombor kod asas 1 sesuai bekerja sendiri berbanding bekerja di bawah
majikan.

Selebriti dan tokoh yang memiliki nombor kod asas 1 termasuklah Arsene Wenger, Tom Hanks dan
Hulk Hogan.

Huraian kod asas 1 oleh Akademi Metafizik Excel 769:

Anda adalah seorang leader. Mempunyai kekuatan diri dan sentiasa berfikiran positif. Teliti dalam
melakukan sesuatu perkara.Mempunyai kebolehan dan kebijaksanaan untuk melakukan sesuatu
perkara.

Sentiasa berada di hadapan dan selalu menjadi pemimpin dalam sesuatu kumpulan, persatuan dan
sebagainya. Boleh berdikari, tegas dan mempunyai cita-cita yang tinggi. Keyakinan diri yang tinggi
dan suka bebas.

Ceburilah bidang yang anda minati dan akan membuahkan hasil yang baik kerana kejayaan adalah
milik anda. Anda bersungguh-sungguh melakukan sesuatu yang anda minati.

Yang tak bestnya adalah anda tidak mudah jadi pengikut, sebab anda mempunyai sifat ketua dan
kepimpinan. Anda dilihat sebagai diktator dan kurang berdiplomasi.

Anda mahukan pengikut/orang sekeliling anda setia dengan anda. Mementingkan diri sendiri dan
tidak mudah menerima kritikan.
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 2
PENDAMAI (ELEMENT WATER

Pro: Seorang yang berkemahiran tinggi dan memiliki personaliti yang menarik. Mudah kelihatan
tenang dan selamba dalam kebanyakan keadaan. Peramah. Sangat suka menjaga kebersihan. Rajin.
Berfikiran Matang. Baik hati, lembut hati dan suka menjaga kebajikan dan keperluan orang lain.
Mudah bergaul dengan golongan yang lebih tua daripadanya. Apabila diberi tugasan, individu
dengan nombor kod asas 2 akan berusaha untuk menyempurnakan tugas tersebut dengan sebaik
mungkin. Suka memberi sumbangan, berjasa dan berbakti kepada masyarakat. Boleh dianggap
sebagai seorang sahabat atau saudara.

Kontra: Adakalanya kurang berkeyakinan untuk memulakan sesuatu perkara (kurang yakin dengan
kebolehan diri, sekiranya kurang maklumat tentang sesuatu perkara yang hendak dilakukan)
walaupun pada hakikatnya orang lain melihat dia sebagai seorang yang sememangnya mampu untuk
melakukannya. Mendengar nasihat tetapi tidak semestinya mengikut nasihat tersebut (kelihatan
seperti seorang yang lurus tetapi sebenarnya degil). Lebih mengutamakan kepentingan orang lain
berbanding kepentingan diri sendiri dalam kebanyakan situasi. Suka berkorban untuk orang lain
sehingga boleh memudaratkan atau menyusahkan diri sendiri.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 2 ialah Adi Putra (kanak-kanak pintar Malaysia).

Huraian kod asas 2 oleh Akademi Metafizik Excel 769:

Dua adalah simbol untuk 2 perkara, 2 situasi, 2 benda dan 2 pilihan dimana anda perlu membuat
keputusan salah satu daripadanya.

Anda mempunyai kebijaksanaan dengan idea yang bernas, tetapi tidak mempercayai kebolehan diri
sendiri. Anda adalah follower, pembantu yang bagus, kawan yang ideal, pengikut yang baik dan
pekerja yang bagus. Seorang yang penyayang, pemaaf dan lembut hati membuatkan anda adalah
teman yang sempurna.

Dua perkara yang membuatkan anda mudah mencapai apa yang anda inginkan adalah dengan cara
diplomasi dan kebijaksanaan. Kunci kejayaan anda adalah bekerjasama dengan orang lain yang
memberikan anda halatuju dan arahan.

Yang tak bestnya adalah anda tidak mempercayai kebolehan sendiri. Sukar untuk membuat
keputusan yang muktamad dan mudah confuse untuk membuat keputusan. Disebabkan anda
lembut hati, anda tidak tahu mengatakan tidak kepada orang lain. Anda juga mudah dipengaruhi
oleh orang lain.
Sifat Peribadi Individu Nombor Kod Asas 3
KETELITIAN (ELEMENT - FIRE)

Pro: Dikatakan sebagai seorang individu yang serba boleh. Seorang yang idealistik, aktif dan
berpandangan jauh. Tahu dan faham keperluan diri. Mampu membezakan antara perkara buruk
dengan perkara baik. Berkebolehan dalam bidang yang diceburi. Berpotensi untuk hidup mewah
sekiranya berusaha bersungguh-sungguh. Mudah menyatakan pandangan terhadap sesuatu perkara
(suka memberi komen).

Kontra: Bersikap terlalu agresif, bukan seorang yang penyabar dan boleh jadi seorang yang mudah
melenting atau panas baran. Suka mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas. Boleh jadi
seorang yang nakal dan bermulut laser. Perlu berhati-hati dengan perkataan yang digunakan semasa
bercakap kerana individu dengan nombor kod asas 3 boleh menyakiti hati orang lain dan seterusnya
merenggangkan perhubungan dengan orang lain.

Selebriti yang mempunyai nombor 3 termasuklah Wayne Rooney, Christiano Ronaldo dan Datuk Seri
Anwar Ibrahim.

Huraian kod asas 3 oleh Akademi Metafizik Excel 769:

Anda dikaitkan dengan karektor serba boleh (all-rounder). Nombor tiga adalah nombor segitiga,
iaitu simbol kepada manusia yang mempunyai anggota badan, jiwa dan roh. jadi, anda lebih kepada
kerohanian, kekuatan pegangan adat kekeluargaan, peraturan turun temurun atau agamanya.

Anda dilihat sebagai agresif, kreatif, mudah bersosial, mudah mesra, pandai berjenaka, ceria selalu
dan mudah bergaul. Juga, kebolehan berfikir dengan baik.

Mempunyai kelebihan lisan/bercakap, yang boleh digunakan dalam bidang penulisan, percakapan
dan lakonan. Mudah mengekspresi pandangan dan perasaan anda terhadap sesuatu.

Yang tak bestnya, anda jarang dapat menghabiskan atau menyudahkan sesuatu perkara/projek. Juga
anda suka cakap lepas tanpa berfikir dan boleh menyebabkan orang lain terganggu.
Rahsia Peribadi Individu Nombor Kod Asas 4
KONSERVATIF (ELEMENT - WOOD)

Pro: Suka mempelajari sesuatu perkara, bekerja dengan tekun, tabah dan memiliki strategi dalam
melakukan satu-satu perkara. Memiliki jiwa seni dan biasanya boleh berjaya dalam peperiksaan.
Seseorang yang boleh dipercayai dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah
bersimpati dengan orang lain dan memiliki karisma. Peramah. Suka mengembara dan mencari
kebahagiaan dalam hidup. Apabila gagal, akan mudah bangkit semula.

Kontra: Suka memendamkan perasaan. Tidak mudah meluahkan rasa tidak puas hati dalam sesuatu
perkara. Terlalu mengutamakan perkara-perkara remeh dan berfikiran sempit, tidak berpandangan
luas. Mudah mengalami masalah dalam perhubungan dan rumah tangga.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 4 termasuklah Bill Gates, Alex Ferguson dan Margaret
Thatcher.

Huraian kod asas 4 oleh Akademi Metafizik Excel 769:

Analisa Umum:

Individu bernombor 4 adalah seorang yang mahu membina sesuatu berdasarkan logik dan asas yang
kukuh. Nombor ini juga menggambarkan Perancangan. Tidak suka membuat sesuatu dengan
sambil lewa. Mengambil berat kepada butiran terperinci.

Anda juga tekun bekerja, mampu bersabar, bekerja keras dalam sesuatu tugasan, sangat peka dan
tradisional. Suka kepada perkara yang mempunyai sistem, logik dan praktikal. Anda juga boleh fokus
dalam sesuatu walaupun orang lain sudah hilang tumpuan.

Anda adalah seorang yang loyal (setia) dan konservatif.

Yang tak bestnya, anda suka simpan sendiri, berfikiran sempit, cemburu, amat degil dan suka
menggunakan cara sendiri tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Terlalu menitik beratkan
perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara.

Individu bernombor empat ini perlu mengambil kira pandangan orang lain dan berterus terang
dalam sesuatu perkara itu.
Rahsia Individu Dengan Kod Asas 5

PERINTIS (ELEMENT - EARTH)

Pro: Memliki sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara
baru. Boleh memimpin dan ada karisma. Selalunya akan memegang jawatan tinggi. Sangat rajin dan
selalu fokus terhadap kejayaan masa depan jika beliau berkeinginan untuk mencapai kejayaan
tersebut. Berfikiran realistik, tegas, berkesedaran tinggi dan tidak suka berangan-angan. Tidak
mudah melakukan satu-satu perkara yang sama, perlukan kepelbagaian dan mudah asyik dengan
satu-satu perkara yang dilakukan.

Kontra: Keras kepala, tidak boleh dihalang sekiranya ingin melakukan sesuatu perkara. Mudah
cerewet biarpun dengan hal-hal kecil. Tidak mudah bertenang dan sentiasa sibuk bekerja. Kurang
teliti dalam menyempurnakan satu-satu kerja.

Contoh selebriti yang memiliki nombor kod asas 5 termasuklah Britney Spears, Ronaldo, Abraham
Lincoln dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Huraian kod asas 5 oleh Akademi Metafizik Excel 769:

Individu ini mempunyai tenaga dan semangat yang amat kuat. Sentiasa mahukan perubahan yang
berterusan. Suka mencuba perkara baru dan melakukan perubahan mengikut cara yang luar dari
kebiasaan.

Amat bangga dengan kebebasan dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu perkara. Sangat rajin
dan akan mencapai kejayaan di kemudian hari.

Sentiasa sibuk mencari sesuatu kerana merasakan dunia ini adalah sekolah. Individu ini juga
memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap pengalaman yang
diterima.

Berkarisma, boleh memimpin dan selalu menjadi centre of attraction. Tak suka berangan-angan.

Tetapi, anda juga adalah yang suka boasting atau jual minyak. Anda juga seorang yang degil,
keras kepala, emosional dan pemarah. Anda juga mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak puas
hati serta perasaan terlampau inginkan perubahan yang berterusan dan tidak tetap dalam
melakukan sesuatu.

Individu nombor 5 ini sepatutnya lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil, melihat sesuatu
dengan teliti serta menimbangtara semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sebarang
keputusan. Dengan cara ini, individu ini akan menjadi seorang yang dihormati oleh semua orang.
Ciri-ciri Peribadi Individu Dengan Nombor Kod Asas 6

ROMANTIS - (ELEMENT - METAL)

Pro: Nombor 6 dikatakan sebagai nombor untuk terus hidup atau wujud. Mempunyai perjuangan
dalam kehidupan. Individu dengan nombor 6 merupakan seorang yang sangat bersopan, berbudi
bahasa dan selalunya memiliki citarasa yang tinggi dalam kehidupannya. Individu dengan nombor
kod asas 6 juga mudah hidup senang atau mewah dan pada masa yang sama juga merupakan
seseorang yang mengawal harta benda dan kekayaan.

Individu dengan nombor 6 akan berjaya dalam karier dalam bidang pendidikan, bidang seni dan
bidang keagamaan. Individu dengan nombor 6 akan mejadi popular dalam masyarakat. Individu
dengan nombor 6 juga sangat mengambil berat dan menjaga kebajikan orang-orang bawahannya.
Suka membantu orang lain. Selalu menjadi pendamai.

Kontra: Individu dengan nombor 6 suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Seorang
yang perfectionist dan mahukan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Patuh terhadap
kata-kata orang atasan dan tidak mudah menerima cakap atau arahan daripada orang-orang lain
yang bukan ketuanya. Melakukan sesuatu adakalanya disebabkan ada kepentingan dalam hasil kerja
tersebut yang diperlukan untuk menyempurnakan sesuatu perkara yang lain.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 6 termasuklah Luis Felipe Scolari (pengurus pasukan bola
sepak Chelsea), Rafa Benitez (pengurus pasukan bola sepak Liverpool), Warren Buffett (pakar
kewangan dunia) dan Albert Einstein (genius dalam bidang Matematik dan Fizik).

Huraian kod asas 6 oleh Akademi Metafizik Excel 769:

Penyesuaian Diri adalah cara anda untuk mendapatkan apa yang diinginkan. Anda terror untuk
adjust dalam setiap perkara.

Anda selalu memainkan peranan pendamai kerana anda mempunyai kefahaman dan kesabaran
untuk melihat dua pihak yang bertelagah untuk mencapai persefahaman atau perdamaian.

Cinta merupakan kekuatan anda, apatah lagi anda adalah seorang yang mementingkan keadilan dan
saksama. Rumah dan kekeluargaan merupakan titik tolak untuk kebahagiaan anda. Paling produktif,
berorientasikan keluarga dan keluarga yang hadir selepas perkahwinan seperti anak-anak, adik-
beradik dan saudara mara.

Nombor enam mewakili kesenangan atau kekayaan. Tidak suka pada kemalasan dan membuat
sesuatu secara lewa.

Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang degil, suka mengarah, terlalu mahukan ketepatan dan
membuat sesuatu yang sukar diterima akal. Dan dalam melakukan sesuatu, anda akan buat
sekiranya ada benefit ataupun kepentingan.
Keperibadian Individu dengan Nombor Kod Asas 7

INTELEKTUAL (ELEMENT - WATER)

Pro: Memiliki kemahiran yang sangat tinggi dan sangat teliti apabila mengendalikan sesuatu perkara.
Individu dengan nombor kod asas 7 tidak akan lupa kepada orang yang pernah menolongnya.
Seorang yang sangat-sangat menghargai dan suka berterima kasih. Individu ini ghairah dengan cinta
dan seks. Seorang pemikir. Suka kedamaian dan ketenangan. Menarik perhatian orang ramai. Suka
menjadi perhatian ramai atau melakukan perkara-perkara yang boleh menonjolkan dirinya di
khayalak ramai. Suka mengejar kemasyhuran, populariti dan tuah.

Kontra: Pandai memutarbelit kata-katanya. Suka berlawan cakap. Tidak tetap pemikiran atau
pendirian. Mudah mengubah keputusan. Tidak tegas. Sangat suka berahsia dan sikap seperti ini
selalunya menyebabkan dirinya dipandang negatif. Tidak menghargai erti persahabatan sejati atau
persaudaraan yang sebenar. Sering menganggap semua orang adalah sama. Mendekati orang-orang
tertentu kerana ada kepentingan terhadap diri sendiri. Boleh bertindak kejam jika mood tidak baik.
Mudah berasa tertekan. Suka menyendiri dan akan mencari kawan apabila ada keperluan. Cerewet.
Sensitif dengan persekitaran.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 7 termasuklah Frank Lampard (pemain bola sepak Chelsea),
Saddam Hussein, Mawi dan Michael Jackson.

Huraian kod asas 7 oleh Akademi Metafizik Excel 769:

Individu yang bernombor 7 (tujuh) ini adalah Pencari . Seorang yang terlampau suka berfikir dan
cenderung untuk mengkaji diri sendiri. Anda akan menyelidik sesuatu perkara dengan mendalam
untuk mengetahui sebab musabab ianya berlaku.

Ada kekuatan 6th Sense. Sukakan originality. Merupakan pemikir, sukakan kedamaian, sukakan
ketenangan, suka kesempurnaan dan penganalisa yang hanya akan menerima sesuatu berdasarkan
fakta. Sukar untuk menerima sesuatu dengan mudah.

Penuh dengan belas kasihan, penuh dengan sifat membantu, punya minda yang baik dan mampu
untuk mengumpulkan pengetahuan dari semua bidang.

Yang tak bestnya, anda adalah seorang yang sensitif, berangin dan suka berahsia yang tidak
membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai
perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan taupun
persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika anda berada dalam mood yang salah.
Sikap Individu Dengan Nombor Kod Asas 8 (SAYA)

PENYELESAIAN (ELEMENT - FIRE)

Pro: Selalunya lebih aktif di kalangan kawan-kawan, dan ini menyebabkan individu dengan nombor
kod asas 8 mudah terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat
bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Boleh menyelesaikan masalah. Tidak akan mempermain-
mainkan orang lain.

Kontra: Kadangkala tidak jelas dengan apa yang hendak atau sedang dilakukan. Matlamat kabur.
Nampak kuat secara luaran tetapi sebenarnya berhati sensitif. Sangat berhati-hati dan percaya
kepada pandangan diri. Mudah kehilangan peluang. Sekiranya terjerat dengan perkara-perkara tidak
berfaedah dan membuang masa seperti hiburan, individu dengan nombor kod asas 8 mudah jatuh
ke jurang kegagalan.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 8 termasuklah Osama Laden dan Steven Gerrad (pemain
bola sepak Liverpool).

Huraian kod nombor 8 oleh Akademi Metafizik Excel 769:

Anda sentiasa mencari sesuatu. Mempunyai kebolehan dalam menguruskan sesuatu jabatan,
perniagaan, projek, tugasan ataupun institusi kekeluargaan. Sekiranya anda sudah berkahwin, sudah
semestinya anda pandai menguruskan keluarga.

Anda mempunyai perancangan yang hebat dan amat gemar akan suasana kehidupan yang baik.
Seorang yang bertanggungjawab, tabah, waras, adil, berterus terang, penilai yang baik, tegas dan
kuat bekerja.

Terkenal, kuasa dan bernasib baik adalah tiga perkara yang sentiasa mengelilingi anda. Anda juga
seorang yang materialistik.

Tetapi, yang tak bestnya adalah disebabkan anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat
sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk
tidak membuang masa melayan perkara-perkara yang tidak bermanafaat atau berfaedah.
Individu dengan Kod Asas 9

GLAMOUR (ELEMENT - WOOD)

Pro: Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka kelihatan cantik. Sangat beradab. Pintar, peka
dan sensitif. Berkebolehan untuk bersikap offensive dan defensive. Pandai dalam memenangi hati
orang lain. Berkebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mempunyai daya tarikan sebagai
penghibur. Boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Melakukan kerja dengan cepat tetapi tidaklah
secara terperinci atau khusus. Fleksibel terhadap persekitaran.

Kontra: Tidak mengambil berat terhadap orang bawahan. Bersikap emosional. Pada mulanya
memiliki ramai kawan, dan kemudian berkemungkinan besar akan kehilangan kawan satu demi satu
sehingga menjadi seorang yang kesunyian. Mudah berubah-ubah sikap dan sukar difahami. Mudah
mengikut perasaan, kadangkala gembira, kadangkala tertekan dan sebagainya. Mudah berputus asa
apabila menghadapi cabaran yang sukar.

Selebriti yang memiliki nombor kod asas 9 termasuklah Harrison Ford, Elvis Presley, Suharto dan
Megawati Sukarno.

Huraian kod nombor 9 oleh Akademi Metafizik Excel 769:

Anda mempunyai kebolehan sebagai penghibur. Anda adalah seseorang yang sensitif, mudah
memahami dan cepat respon kepada orang lain, suasana, sikap, bunyi dan personaliti. Mempunyai
minat yang mendalam dengan sesuatu yang berkaitan dengan perkara ghaib, magik ataupun mistik.

Anda seorang yang gagah, boleh dipercayai dan boleh diharap, serta menanggung beban tanpa
sungutan. Seorang yang cintakan sesama manusia dan sentiasa berhasrat untuk menolong orang
lain. Juga, tekun dalam membuat sesuatu dan sentiasa berusaha walaupun menghadapi pelbagai
rintangan dan kekecewaan.

Anda juga mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang lain memahaminya dan
terpedaya dengannya. Anda boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau
menjadi seorang yang depresi ataupun muram.

Yang tak bestnya, anda mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan
sesuatu. Oleh itu, anda perlu belajar mengawal emosi secara bijak melalui pemahaman prinsip
kejayaan, falsafah, metafizik dan kaedah kekuatan kerohanian yang lain.

Anda mungkin juga menyukai