TEAL MERAH (WARNA KAYU): Bukan main lagi kamu ni ya! Tak kira
lelaki ataupun perempuan, tentu menitikberatkan soal kecantikan
dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan
kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka
sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam
memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan
pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar
orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu
yang peramah membuatkan diri kamu punyai ramai teman
HIJAU: Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai
menyesuaikan diri dengan orang yang baru dikenali. Mungkin
kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu, namun dalam tidak
sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata-
kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi
perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini
lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis
yang benar-benar sesuai untuk dirinya!
EMAS:Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana
betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan
sesiapa saja dan setia serta tak suka bersedih biarpun pelbagai
masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa
dengan orang yang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu
menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila
sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang
seterusnya dalam tempoh yang lama.
KUNING: Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah
kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada disekeliling kamu.
Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah
perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung
bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu
membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke
dapan. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja
berminat hal-hal yang romantik bersama si dia
OREN: Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala
risiko atas tiap-tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah
macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga
bijak mengambil hati orang-orang disekeliling kamu dan ini
membuatkan diri kamu disenangai ramai. Kamu punya matlamat
tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan
sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu
sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi
bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia!
Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya
itu amat penting!
LIME (WARNA BUAH LIMAU): Sifat kamu yang tenang saja sepanjang
masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah
rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh
dikatakan agak cerewek juga kerana perkara-perkara kecil pun
kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personality
tersendiri yang membuat orang ramai menyukai diri kamu. Amboi!
Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yer?
OLIVE (WARNA BUAH ZAITON) :Bagi kamu yang mewakili warna ini
dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain.
Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak
menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu
menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang
yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu
percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup
menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
PERANG: Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam
saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang.
Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif
teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan
agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang.
Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar
cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah
dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap
itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin
‘rezeki’ kamu untuk memilikinya nanti?
AQUA) BIRU KEHIJAUAN: Mak oi! Angin satu badan kamu ni rupanya.
Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga
kedangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuat
kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu
suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang
yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi
percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu
mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu
serta gagal dalam bercinta …! Oleh itu, percaya boleh, tapi
jangan membuta tuli, kelak memakan diri.