Anda di halaman 1dari 9

Rahsia Personaliti Warna Melalui Tarikh Lahir

23 hingga 1hb Disember - Merah

2 hingga 11hb Januari - Oren

12 hingga 24hb Januari - Kuning

25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu

4 hingga 8hb Februari - Biru

9 hingga 18hb Februari - Hijau

19 hingga 28hb Februari - Perang

1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)

11 hingga 20hb Mac - Lime

21hb Mac - Hitam

22 hingga 31hb Mac - Ungu

1 hingga 10hb April - Biru

11 hingga 20hb April - Perak

21 hingga 30hb April - Putih

2 hingga 14hb Mei - Biru

15 hingga24hb Mei - Emas

25 hingga 3hb Jun - Krim

4 hingga13hb Jun - Kelabu

14 hingga 23hb Jun - Maroon

24hb Jun - Kelabu

25 hingga 4hb Julai - Merah

5 hingga 14hb Julai - Oren

15 hingga 25hb Julai - Kuning

26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu

5 hingga 13hb Ogos - Biru

14 hingga 23hb Ogos - Hijau

24hb Ogos 2hb September - Perang

3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)

13 hingga 22hb September - Lime

23hb September - Olive

24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu

4 hingga 13 Oktober - Biru

14 hingga 23hb Oktober - Perak

24hb Oktober hingga 11hb November - Putih

12 hingga 21hb November - Emas

22hb November hingga 1hb Disember - Krim


2 hingga 11hb Disember - Kelabu

12 hingga 21hb Disember - Maroon

22hb Disember - Teal Merah

MERAH 
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga
suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'!
Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa
bila berdampingan dengan mereka.

Krim 
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan
secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu
cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria
selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat
berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang
yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (Warna Kayu) 


Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan
penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang
suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup
tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut
perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu 
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka
menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi
keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan
percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau 
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali.
Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain
kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih
hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar
sesuai untuk dirinya!

Emas 
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah
bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal
percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak
akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya
dalam tempoh yang lama.

Kuning 
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling
kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang
semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat
kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja
berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon 
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga
suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi
masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia
kamu dalam perhubungan!

Oren 
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan.
Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di
sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang
menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu
sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan
percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu 
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang
benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh
dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu
seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu
juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan
dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime) 


Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa
tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun
kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri
kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak 
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang
berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun
sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan;bukan apa, kamu suka mencabar
diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap
'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak
begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam 
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada
sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan
mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah
cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan.
Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive) 


Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga
kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan
mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan
orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang 
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa
lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu
sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu
mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan
mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu 
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri
kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja!
Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya.
Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi
dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru 
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu.
Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu,
kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan
kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali
juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-
benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu
harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut 
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu
juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi
berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang
lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada
melakukan kesilapan!

Putih 
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering
memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya.
Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain.
Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang
tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru Kehijauan (Aqua) 


Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala
buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan
perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah
percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya
pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan
membuta tuli, kelak memakan diri!
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
7 thoughts on “Rahsia Personaliti Warna Melalui
Tarikh Lahir”
1.
Yayangnurzahara Aisyah2 NOVEMBER 2015 AT 04:27

sy suka merah n pink

Reply

2.
along336030 DECEMBER 2015 AT 23:54

boleh jadi ungu dan putih...😘😍

Reply

3.
along336030 DECEMBER 2015 AT 23:55

boleh jadi ungu dan putih...😘😍

Reply
Replies

1.
Sh Aishah20 JULY 2016 AT 05:26

dah jadi ke? ☺


2.
Sh Aishah20 JULY 2016 AT 05:27

dah jadi ke? ☺

Reply

4.
Unknown28 MARCH 2016 AT 05:10

Emm lekat kat warna kuning rupenyee...hiiii

Reply

5.
Deqz Har10 NOVEMBER 2016 AT 15:13

Saya suka warna aqua dan lahir bulan mac semua sikap yg ditulis memang betul

Reply

Load more...

Post navigation
Next »
« Previous

membebelku di sini kerana naluri hatiku .. =)


WELCOME TO CORETAN KECHIQ BLOG !!!!

| KECHiQ KET0T |
 
JiKA haTi saYa saYang dekAT seorang iTu , hANya itU Yang AkaN sayA SAyANG .. =) ..

MUHD LUTFI BIN MOHAMAD =)


sila klik PREVIOUS =)

Blogger Tricks
Google+ Followers
norhaslinda_kechiqketot@copyright.com. Powered by Blogger.

Follow by Email
Submit

Popular Posts
 Rahsia Personaliti Warna Melalui Tarikh Lahir
23 hingga 1hb Disember - Merah 2 hingga 11hb Januari - Oren 12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah ja...


50 SEBAB SAYA SAYANG AWAK =)
Nak tahu kenapa SAYA SAYANG AWAK ? >>>>> Saya sayang awak sebab : 1. Awak sentiasa
dalam hati saya . 2. Saya ...


JANGANLAH BUAT ORANG YANG MENCINTAI KAMU KECEWA
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai
kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada ...


cuma tinggal kenangan tentang saya dan awak .. =( ..
26 MAY 2013 ... tarikh yang payah nak lupakan .. tarikh kiteorg start chat dekat facebook .. dan
start rapat .. memang sebelum ni kiteorg d...
 TANDA - TANDA ANDA TERKENA SIHIR
Jika anda mengalami salah satu dari tanda-tanda di bawah, anda berkemungkinan diserang
penyakit bersifat non medic, terkena sihir atau berp...


......................................................


kecewa .. -_-
1. Kebahagiaan yang dicari, kekecewaan menanti. 2. Kekecewaan umpama bayang - bayang bagi
pecinta.  3. Cinta tidak bermakna jik...
 saya sayang awak kerana allah S.W.T
Awak, saya sayang awak kerana Allah. Saya harap cinta dan sayang saya untuk awak akan
sentiasa dijaga Allah..Saya sentiasa berdoa selepas so...


" tentang seorang sahabat dan sebuah persahabatan "
"Kelilingi diri anda dengan mereka yang akan mengangkat anda tinggi"  - Oprah Winfrey
"Persahabatan tidak bermaksud siapa ...


" SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 2 - ARTIS MULTIMEDIA INTERAKTIF "
yeahh !!!!!! setelah setahun bertungkus lumus belajar ..  akhirnya dapat sudah SIJIL
KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 2 - ARTIS MULTIMEDIA INTERA...

Blog Archive
 November (26)
 December (7)
 January (6)
 February (15)
 March (6)
 April (4)
 June (5)
 August (12)
 September (12)
 October (9)
 November (8)
 December (1)

About Me

coretan kechiq
penang, pulau pinang, Malaysia
tentang hidup saya disini .. tentang keluarga saya disini .. tentang sahabat saya disini ..
segalanya disini .. =)
View my complete profile

Followers
Blogroll
Archives

             

Converted by LiteThemes.com

Menu
Skip to content
 HOME
Go
Search  

q
i
H
C
E
K

Anda mungkin juga menyukai