Anda di halaman 1dari 11

Nota Kelas Dato’ Roslan Ab Hamid –

Momentum 2019
January 7, 2019 Suraya Ali  Leave a comment

Nota Kelas Dato’ Roslan Ab Hamid –


Momentum 2019
Saya mengenali Dato’ Roslan Ab Hamid sejak tahun 2012 sewaktu
didalam kelas bisnes Dr Azizan Osman. Menghadiri Program Public
Speaking Mastery dan Ekonomi Persahabatan yang dianjurkan oleh beliau
sepanjang 2013 dan 2014. Seterusnya belajar mengendalikan corporate
training dengan Ibu Hanim pada 2015.

SEGAR SUNGGUH RASANYA BILA DAPAT MENGHADIRI SESI


PERKONGSIAN ILMU BISNES BERSAMA DATO ROSLAN YANG TURUT
DIKENALI SEBAGAI PUBLIC SPEAKING GURU NUSANTARA PADA 6
JANUARI 2019. MOMENTUM 2019 UNTUK TAHUN BARU YANG PENUH
KECEMERLANGAN. DALAM USIA 53 TAHUN, BANYAK PERKARA
YANG BELIAU KATAKAN DAN LAKUKAN YANG SAYA BELAJAR
DARIPADANYA. SAYA PASTI BEGITU JUGA DENGAN PESERTA
PROGRAM BELIAU YANG LAIN.

BAGAIMANA MENETAPKAN AZAM BARU BOLEH DIBACA DISINI.


Majlis yang penuh bermakna ini dianjurkan oleh pemilik Dewan Sri
Hatinie, Shah Alam yang menyediakan tempat yang eksklusif dan
makanan yang sangat enak.
Dato Roslan Ab Hamid
menyampaikan perkongsian ilmu bisnes untuk Momentum 2019

HAMPIR DUA JAM DATO’ ROSLAN AB HAMID BERDIRI MENYAMPAIKAN ILMU


DAN AMALAN YANG BELIAU USAHAKAN DAN SERASANYA KURANG DARI 10
KALI SAYA MENGANGKAT MUKA. KEBANYAKAN MASA DARIPADA DUA JAM
INI DIAMBIL UNTUK MENCATAT SETIAP KATA-KATA YANG DILONTARKAN
OLEH BELIAU. KALAU TAK DENGAR BETUL-BETUL KALI INI, SUSAH NAK
JUMPA DATO’ ROSLAN KERANA JADUAL BELIAU SANGAT PENUH DI
INDONESIA. HARGAI SUNGGUH-SUNGGUH DUA JAM YANG BELIAU
LUANGKAN INI
Peserta
yang hadir ke program 6 Januari 2019

Berikut adalah antara nota yang dicatat sepanjang program bersama Dato
Roslan Ab Hamid hari ini.

Ringkasan Program

Semua kita dihadiahkan 365 hari sepanjang 2019. Ianya bagi kita bersedia
menghadapi tahun 2020 dengan lebih berani bervisi dan berbekalkan
strategi kepimpinan (leadership strategy). Jangan banyak berteori dan
terus lakukan pesan Dato Roslan.

Visi
1. DALAM PERNIAGAAN 

BAGI SETIAP USAHAWAN YANG HADIR UNTUK MELIHAT ‘SESUATU’


YANG LEBIH BESAR DI HADAPAN DALAM PERNIAGAAN KITA SEMUA
HARI INI. HAMPIR SETIAP HARI KITA MENGIRA JUALAN (SALES) HARI
INI, MINGGU ESOK DAN BULAN SETERUSNYA. MULALAH DENGAN
MELETAKKAN JUMLAH SIMPANAN TUNAI (CASH RESERVED) YANG
PERNIAGAAN KITA MAHU ADA SEPANJANG KITA BERNIAGA.
TANGIBLE VS INTANGIBLE

Tangible dalam perniagaan kita ialah jualan, jumlah cawangan,


jumlah SKU, jumlah pekerja dan apa sahaja yang menjadi ukuran
dalam kiraan akauntan.
Intangible adalah seperti nilai jenama kita, jumlah pelanggan sedia
ada kita dan kesetiaan mereka malah individu yang bersungguh
bangun didalam syarikat kita juga dikira.
2. KAREKTOR USAHAWAN

Proses membina karektor keusahawanan itu bukan sehari dua.


Usahawan ternama hari ini semakin dan semakin berjaya apabila
mereka turut sama membina perkara yang tidak dapat dihitung
(intangible) dalam perniagaan mereka.

Strategi : Perkongsian Ilmu Bisnes Dato Roslan Ab


Hamid
Strategi untuk Perniagaan
1. LETAKKAN ‘GRAND WHY’ IAITU MENGAPA KITA MELAKUKAN
SESUATU ITU DI TEMPAT YANG PALING UTAMA DALAM
PERNIAGAAN KITA.
2. APABILA IANYA BERBENTUK ‘INMATERIAL’ IAITU TIDAK
SEMATA-MATA KERANA KEBENDAAN (MATERIAL) SEPERTI
KERETA, RUMAH, WANG DAN LAIN-LAIN, IANYA AKAN LEBIH
BERJAYA.
3. Contohnya kita menjual pakaian solat dan umrah bagi menyediakan umrah
yang bermakna bagi setiap pemakai pakaian kita. Kepuasan terletak dalam
setiap pakaian yang terhasil akan mendorong sikap positif dalam setiap
anggota dalam perniagaan kita dan secara tidak langsung membawa kepada
kejayaan material.

Strategi untuk Pembinaan Karektor


1. Bila kita bangun awal jam 4 pagi, kita telah bangun lebih awal daripada orang
lain. Ia bermakna kita ada lebih waktu dan boleh melakukan lebih banyak
perkara berbanding orang lain. Atau mungkin dari diri kita sebelum ini! Pada
tahun-tahun sebelumnya. Orang yang lebih awal melakukan sesuatu akan
lebih berjaya.
2. SETIAP PAGI SEBELUM SUBUH AMBIL MASA UNTUK
MENYENARAIKAN 10 PERKARA MUSTAHIL YANG KITA MAHU
CAPAI. YANG TAK TERCAPAI DEK AKAL KITA BUAT MASA INI.

ANTARANYA IALAH (MUNGKIN) MENGHAFAL AL-QURAN,


BELAJAR DI UNIVERSITI OF HARVARD, BEKERJA DI JEPUN,
JADI PUTERI/PERMAISURI ATAU APA SAHAJA.

Jangan terhadkan kepada kewangan atau kemampuan yang kita ada


sekarang. Biarkan sahaja senarai itu lepas bebas seperti dunia ini ana
yang punya.
3. KAREKTOR YANG KITA MAHUKAN DIBENTUK OLEH KONSISTENSI DAN
FREKUENSI. KONSISTENSI KITA MELAKUKAN TAKTIK-TAKTIK DENGAN
TEKNIK-TEKNIK YANG AKAN DIKONGSIKAN.

Frekuensi ialah jumlah. Kita perlukan suatu jumlah yang optimum


untuk merealisasikan sebuah karektor.

4. BELAJAR BERFIKIR BESAR, BIARPUN BERMULA DENGAN


KECIL DAN BERTINDAK SEKARANG.
Nota Dato Roslan mengenai
senarai semakan 4 pagi

Taktik untuk Mengekalkan Momentum


1. Lihat gambaran masa hadapan. Ianya adalah vision of future.Tulis skrip untuk
hidup yang kita mahukan dalam tempoh 6 bulan, 12 bulan, 24 bulan dan
seterusnya sehingga tahun ke 10.
Untuk menulis, ianya memerlukan kita berfikir.
Berfikir mengenainya adalah sebuah kemahiran konseptual yang perlu dilatih.

ADA TIGA JENIS KEMAHIRAN YANG PERLU KITA LATIH DIRI


IAITU KEMAHIRAN TEKNIKAL, KEMAHIRAN KEMANUSIAAN DAN
KEMAHIRAN KONSEPTUAL.

Contoh kemahiran teknikal dalam bidang online marketing ialah


membuat FB Ads, copywriting mahupun menulis blog.
KEMAHIRAN KEMANUSIAAN PULA IALAH KEMAHIRAN CLOSING
JUALAN DARIPADA PELANGGAN DAN MENGHASILKAN
TULISAN-TULISAN YANG BERKUALITI. APA YANG MEREKA
SUKA, BAGAIMANA MENGURANGKAN HALANGAN DARIPADA
PELANGGAN MEMBUAT PEMBELIAN.

Kemahiran konseptual ialah memahami ‘siapa’ yang kita mahu dia


baca artikel kita, ‘berapa’ orang mereka ini, peratusan daripada
rakyat Malaysia mahupun Asia Tenggara dan ‘kemana’ mahu kita
bawa ‘pelanggan’ ini selepas daripada mula berhubungan.
2. Masuk kedalam bahagian atau bidang yang realiti semasa rasa susah. Pada
bahagian yang kita rasa ‘tak boleh’ kita lakukan, disanalah ada ‘sesuatu’
untuk kita. Yang senang itu maknanya minda dan emosi kita sudah boleh
terima.

TUGAS KITA IALAH MEMBESARKAN SAIZ OTAK DAN JUGA


EMOSI UNTUK TERUS TERBUKA DENGAN SETIAP SATU DEMI
SATU KEGAGALAN.

SIAPA YANG BELUM PERNAH GAGAL ITU MAKNANYA BELUM


CUKUP MENCUBA.

TAKUT UNTUK GAGAL KADANGKALA MEMBUATKAN KITA


TIDAK KE MANA-MANA SELAGI BELUM CUKUP SEMUANYA.

3. Cari lohong hitam untuk ke angkasa.


Mesti ada cara untuk berjaya.
Antaranya taktik bangun awal 4 pagi setiap hari.
4. Berhenti menjadi penggema pendapat orang lain. Apa yang orang rasa belum
tentu apa yang kita fikir.
Dan tidak semestinya kita setuju dengan apa sahaja yang orang kata.
5. Jadikan ekonomi kedermawanan sebagai sikap. Percaya dengan ‘lebih
banyak kita beri, lebih banyak akan kita dapat’ menjadikan kita orang yang
suka memberi.

MINDA SEDAR KITA 12% DAN MINDA SEPARA SEDAR KITA


ADALAH 88% MENYUMBANG KEPADA SETIAP TINDAKAN KITA.

PERCAYA PADA REZEKI DAN KONSEP MEMBERI ADALAH


TERTANAM DALAM ‘KEPERCAYAAN’ DIDALAM MINDA SEPARA
SEDAR.

IANYA KEPERCAYAAN YANG TIDAK LOGIK, BILA KITA BERI KITA AKAN
DAPAT SEMULA LEBIH BANYAK LAGI.
TAPI TIADA LOGIK DALAM KEPERCAYAAN. KITA PILIH KEPERCAYAAN
SENDIRI.

6. BERDIRI ATAS RAKSASA BERMAKSUD AKAN ADA SAHABAT


MAHUPUN INDIVIDU YANG BOLEH MEMBANTU KITA
MEMPERCEPATKAN PROSES KE ARAH SESUATU YANG MAHU
KITA CAPAI. BAWA SEKALI NILAI DIRI KITA SUPAYA INSAN
TERSEBUT JUGA MENDAPAT SESUATU DARI PERKONGSIAN
KITA INI.
7. Otak pintar bila badan bugar. Bersenam dan bergeraklah kerana ianya
membantu menyihatkan tubuh badan. Makan makanan yang kurang gula,
garam dan nasi serta tepung putih.
8. Jadilah pelabur kepada ‘Our Grand Why’.

Lihat semula tahun terdahulu. Jika kita mahu diri kita dua kali lebih baik dari sebelum
ini, lakukan pelaburan tiga kali lebih banyak dari sebelumnya. Jika sebelum ini kita beli
buku, hadiri kelas dan coaching sejumlah RM1000. Naikkan kepada RM3000 untuk
mendapatkan hasil berbeza. Bila minda sudah terbiasa besar, ia tak akan kecil semula.

APA BEZA ANAK ORANG KAYA DAN ORANG SUSAH?

BEZA KAYA DAN MISKIN BUKAN SEKADAR PADA PENDAPATAN


NAMUN PADA KOSAKATA MEREKA DIDIDIK UNTUK MELIHAT
MASA HADAPAN.
BILA MISKIN DAN BANYAK DITEGAH, SEMUANYA JANGAN.
ANAK ORANG KAYA, SEMUANYA BOLEH DAN PASTI ADA
JALAN.

JANGAN SENTAP, KITA SENDIRI TAHU IANYA KEBENARAN.


MENGAKHIRI NOTA KELAS DATO’ ROSLAN, BILA KITA SUDAH SEKALI
BERADA DIATAS PUNCAK TINGGI, MATA KITA AKAN SERING
MEMANDANG KE ATAS BIARPUN KAKI KITA DI BUMI.
PEMANDANGAN DIATAS PUNCAK CUKUP CANTIK UNTUK KITA
MELIHAT SEMUA PERKARA DI BAWAH SANA. IA AKAN MEMBUATKAN
KITA RASA SEMUANYA MUDAH DAN TIDAK MUSTAHIL UNTUK
DILAKUKAN.

Hari ini kita merasa mustahil banyak perkara.


Kerana kita berada di bawah dan melihat puncak itu sebagai tinggi dan
susah, perit dan payah.
Cubalah dari hari ini kita fokuskan pandangan kita kepada kemenangan
demi kemenangan.
Peluang demi peluang berbanding merasakan ianya sebagai cabaran dan
halangan.
INI KOMITMEN YANG DIMINTA UNTUK TETAMU YANG HADIR SIAPKAN. BILA
KITA TERBIASA CAPAI 5 KEMENANGAN KECIL SETIAP HARI YANG
DILENGKAPKAN SEBELUM TIDUR, KITA AKAN BERJAYA MENGHASILKAN 1800
KEMENANGAN TAHUN INI.

MINDA JUGA TERBIASA MENANG DAN MELAKUKAN PERKARA BAIK, POSITIF


DAN BERMAKNA KE ARAH ‘GRAND WHY’ YANG MAHU KITA CAPAI.

ANTARA KEMENANGAN BAGI DIRI SAYA IALAH BERJAYA


MENYIAPKAN SEBUAH ENTRI DI BLOG. TIPS MENULIS SETIAP HARI
BAGI USAHAWAN ADA DISINI YA. 

Anda mungkin juga menyukai