Anda di halaman 1dari 34

1

www.apeje.my

PeNGARAH Ammar Zahar editoR Leedya Azman PeRekA GRAfik Akmal Izzat teAm JootAwAN Amily Fikri, Ir. Ezwan, Nik Hisyam, Linn Comel, Rammel Firdaus PeNulis JemPutAN Hasryn Hamka, Mohd. Fathuallah, Linn Comel,Ir. Ezwan, Ir. Sofian, Ikram Adi, Ammar Zahar, Nik Hisyam, En Sunthara Segar Diterbitkan Oleh Ammar Zahar Sdn. Bhd, 52-3, Jalan Dagang SB 4/2, Taman Sg. Besi Indah, Seksyen 4, 43300 Seri Kembangan, Selangor. www.Jootawan.com

Jootawan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dalam majalah ini digunakan oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran penerbit, baik dalam bentuk cetakan semula, elektronik, rakaman, atau yang seperti dengannya.

Dari meja Jootawan


Setahun telah berlalu, banyak yang telah ditempuhi, namun 2013 akan menjadi titik perubahan kepada hidup kita.
Banyak yang telah dilalui, namun semuanya tak menjadi penghalang untuk tahun yang akan datang.

Jootawan
Editor Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan kami peluang sekali lagi untuk menulis dan bertemu dengan anda di majalah ini. Apa khabar pembaca semua? Kami di sini sangat terharu anda masih bersama kami selama ini dengan Jootawan, saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih tak terhingga kerana masih terus bersama kami. Sedar tak sedar dah nak masuk 2013 kan? Sekejap saja rasa 2012 ni. Sedar-sedar saja dah masuk 2013. Adakah semua azam anda tercapai dalam tahun ini? Bagi kami di Jootawan, banyak yang telah kami capai dalam tahun ini sahaja. Sepanjang tahun ini kami telah berjaya mencapai lebih kepada ribuan penduduk Malaysia dalam mendidik betapa pentingnya ilmu perniagaan menerusi sesi seminar yang dianjurkan sepanjang tahun. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anda semua kerana menghadiri seminar kami dan diharapkan anda dapat ambil yang positif/baik dari seminar kami dan aplikasikannya dalam perniagaan/ hidup anda. Secara tak langsung, 2012 telah membuktikan yang kami akan terus pergi jauh dengan tujuan kami yang satu = mendidik penduduk Malaysia akan ilmu perniagaan (dan lain-lain). Apa yang penting bagi kami sebenarnya bukanlah berapa banyak seminar yang kami buat, tapi berapa banyakkah nilai yang disampaikan daripada kami yang anda boleh dapat darinya? Itulah sebenar-benarnya kejayaan kami dalam 2012 ini.. Sekian, itu sajalah coretan saya untuk majalah akhir tahun ini. Jangan lupa untuk baca temubual khas Disember ini iaitu pengasas Jootawan, Ammar Zahar ;)

Kandungan

Aktifkan kekayaan dalam diri 8


6 8 10 22 24 22 26 28 Kandungan Aktifkan kekayaan diri Temubual Jootawan Saham Rakyat 3 Langkah Mencari Kejayaan Perhubungan Awam Kuasa Minda Sekitar Perniagaan Internet 2012

Temubual bersama Ammar Zahar 10

Saham rakyat
22

3 langkah mencari kejayaan 24

AKTIFKAN kekAYAAN DALAM DIRI


artikel Linn Comel

Kita dilahirkan dengan penuh kekayaan, malahan ALLAH telah membekalkan kita dengan kekayaan yang amat luar biasa dan kita sebagai hambaNYA juga dibekalkan dengan segala kelengkapan bagi kita memperolehi kekayaan yang tersedia dengan banyaknya di sekeliling kita.
Tidak dinafikan walau tidak semua, masih ramai yang percaya semua yang kita miliki hari ini datangnya dari usaha sendiri. Malah ramai yang mendabik dada bahawa setiap harta yang dimiliki adalah hasil dari kerja keras. Tetapi jika dilihat secara realiti hari ini, tidak semua orang dapat hidup dalam kekayaan, malah hanya sebahagian kecil manusia yang benar-benar menikmati kekayaan yang sememangnya telah tersedia. Menurut kajian hanya sekitar 2% manusia di dunia yang benar-benar kaya dan 20% hidup dalam kategori sederhana dan Selebihnya hidup dalam kekurangan, kemiskinan, dan penderitaan. Apa pun, satu hal yang pasti TIDAK semua orang ingin hidup dalam kemiskinan tetapi mengapa terdapat lebih ramai golongan yang miskin jika dibandingkan dengan golongan yang kaya ? Saya yakin semua orang inginkan kehidupan yang terbaik sesuai dengan keinginan, namun tidak semua yang mampu mencapai setiap apa yang diinginkan kerana tidak ramai yang mengaktifkan kekayaan yang telah tersedia ada di dalam diri. Bagaimana untuk mengaktifkan kekayaan ianya perlu bergantung kepada kesedaran yang ada di dalam diri kita sendiri. Melalui perkongsian ini saya akan kongsikan salah satu dari beberapa kaedah atau langkah penting bagaimana untuk mengaktifkan kekayaan yang ada di dalam diri malah saya rasakan ini adalah langkah yang super penting untuk kita miliki jika kita benar-benar ingin menikmati kekayaan. Untuk mengaktifkan kekayaan yang ada di dalam diri, kita perlu sedar dan tahu di mana letaknya SUMBER kekayaan tersebut. Apa juga yang kita miliki hari ini semunya datang dari ALLAH dan untuk

mendapatkan semua yang diinginkan kita perlu meminta dariNYA. Namun begitu ramai manusia yang masih lupa bahawa setiap apa yang kita miliki, malah apa juga yang berlaku semuanya datang dari ALLAH. Malah ada yang berpendapat semakin kuat berusaha, semakin banyak pendapatan dan harta yang dimiliki. Begitu juga sebaliknya jika usaha kita kurang, maka pendapatan juga akan berkurang. Persoalannya adakah benar setiap apa yang dimiliki hari ini datangnya dari usaha kita sendiri tanpa bantuan dariNYA? Apa juga yang ada didunia ini, apa juga kejayaan, harta dan rezeki yang kita miliki semuanya datang dari ALLAH semata-mata. Bukan dari majikan atau pekerjaan , malah juga bukan dari kebijaksanaan kita dalam menguruskan perniagaan malah juga bukan dari warisan nenek moyang. Benarkah kemampuan yang dimiliki ketika ini cukup untuk memungkinkan kita memiliki setiap yang dimiliki hari ini ? Berapa lama pula masa diperlukan untuk berusaha bagi memiliki sesuatu yang mampu untuk ALLAH berikan dengan sekelip mata?

Persoalannya adakah benar setiap apa yang dimiliki hari ini datangnya dari usaha kita sendiri tanpa bantuan dariNYA?

Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa sesungguhnya Allah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) dan menyempitkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu (terdapat) tanda-tanda bagi kaum yang beriman. Surah Al- Rum :37

Malah walau bekerja keras dan berusaha sekuat tenaga untuk seumur hidup ,tetapi jika ALLAH tidak mengizinkan anda untuk mendapatkan hasil seperti yang anda inginkan, kita pasti tidak akan memilikinya kerana Allah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah), dan (Dia juga) yang menyempitkannya. Dan mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia itu pada (perbandingan dengan) akhirat hanyalah kesenangan (yang sedikit). Surah Ar Rad:26 Jadi tugas kita sebagai hambaNYA adalah meminta dan berdoa untuk memperolehi apa jua yang diinginkan. Kerana hanya kita yang menentukan keinginan dan memutuskan apa yang diinginkan . jika kita tahu dimana letaknya SUMBER bagi segala kekayaan kita mampu untuk meminta kekayaan atau jua yang kita inginkan di dalam hidup kita.

10

Ammar Zahar atau nama sebenarnya Muhammad Ammar bin Zaharudin merupakan seorang pakar perniagaan Internet sejak 6 tahun yang lalu (ketika tulisan ini dibuat). Jejaka yang berasal dari Johor ini merupakan anak kedua dari enam beradik. Kini, beliau menetap di Selangor bersama isterinya. Anak muda yang cekal dan tabah ini memulakan perniagaan Internet sejak berusia 19 tahun lagi. Ketika itu, beliau masih lagi penuntut tahun pertama di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Senibina Landskap. Dek masalah kewangan keluarganya mendorong beliau untuk memulakan perniagaan. Bermula dengan belajar membina laman web semasa ditahun pertama pengajiannya di Universiti, beliau mula menawarkan servis kepada orang ramai. Dari situ beliau menawarkan servis rekabentuk logo, dan juga mempromosikan produk orang lain di Internet. Dalam setahun sahaja berkecimpung dalam dunia Internet, beliau mampu menjana pendapatan lima angka sebulan dengan menjual produk digital. S e t e l a h beberapa tahun bertapak dalam perniagaan Internet, beliau membuka syarikatnya sendiri iaitu Ammar Zahar Sdn Bhd ketika beliau masih lagi ditahun ketiga pengajian. Beliau juga giat mengadakan seminar-seminar untuk membantu golongan yang ingin mencari pendapatan tambahan. Tambahan lagi, dengan pengalaman yang begitu luas dalam pemasaran Internet, beliau juga telah menghasilkan lebih 100 produk informasi dalam pelbagai niche di dalam dan luar negara.

11

Ammar Zahar
Kini, beliau boleh tersenyum bangga dengan pencapaian yang diperolehinya kerana seawal usia 25 tahun, beliau sudah memiliki empayar perniagaannya sendiri. Dan namanya juga semakin dikenali ramai sebagai pakar produk Informasi.

12

Boleh Ammar ceritakan serba sedikit mengenai latar belakang Ammar? Nama penuh saya, Muhammad Ammar bin Zaharudin. Saya berasal dari Johor tetapi kini keluarga saya menetap di Seremban, manakala saya dan isteri menetap di Selangor. Saya mempunyai enam orang adik-beradik dan saya merupakan anak kedua. Sudah berapa lama Ammar menjalankan perniagaan Internet? Boleh ceritakan perjalanan Ammar dalam membina empayar perniagaan seperti sekarang? Saya sudah menjalankan perniagaan Internet secara serius sejak tahun 2007 lagi. Sebelum memulakan perniagaan Internet secara serius, saya banyak menghabiskan masa saya untuk belajar perkara-perkara berkaitan grafik dan laman web. Saya belajar bina laman web, kemudian saya mula tawarkan khidmat rekabentuk grafik, rekabentuk logo, dan sebagainya. Seterusnya, perniagaan khidmat rekabentuk laman web saya mula masuk satu fasa yang saya rasa bila saya tawarkan servis, saya ada masa yang terhad. Sebab bila saya tawarkan servis seperti ini kita kena buat kerja untuk orang lain (pelanggan kita), sesuaikan masa dengan kemahuan

pelanggan, dan dari situ saya belajar sedikit sebanyak tentang pengurusan perniagaan. Kemudian, saya ambil keputusan untuk memulakan perniagaan Internet dan saya bermula dengan mempromosikan produk orang lain yang juga dipanggil affiliate marketing. Pada tahun 2007, daripada saya tiada syarikat, tiada pengalaman, tiada pengetahuan langsung saya mula daftar syarikat enterprise sendiri dan pada tahun itu adalah tahun pertama saya di UPM. Di UPM, saya mengambil jurusan Senibina Lanskap. Saya menjalankan perniagaan sejak tahun pertama lagi saya di kolej adalah kerana saya tahu perniagaan merupakan satu-satunya cara saya boleh keluar dari masalah kewangan yang membelenggu saya dan keluarga. Kemudian pada tahun 2008 dan 2009, saya sudah berjaya menjana pendapatan sebanyak lima angka sebulan secara stabil melalui Internet dan saat itu, kedua ibu bapa saya tidak perlu beri duit belanja kepada saya lagi sekaligus memberi kepuasan kepada saya kerana dapat mengurangkan beban kewangan keluarga. Seterusnya pada tahun ketiga pengajian di UPM, saya tubuhkan Ammar Zahar Sdn Bhd sehinggalah sekarang. Dan pada tahun keempat saya betul-betul fokus dalam membina empayar perniagaan Internet saya, sehingga selepas habis belajar saya tidak

13

Sebaiknya anak muda perlu cari mentor yang boleh membimbing kita untuk bawa perniagaan kita ke tahap lebih jauh dan janganlah buang masa ketika muda ini. Saya punya matlamat, masa muda-muda ini lah kita perlu bina empayar supaya kita boleh nikmati banyak perkara.
menoleh kebelakang lagi dan terus kembangkan bisnes saya sehingga sekarang. Siapa pendorong kejayaan Ammar? di sebalik dengan orang yang merendahrendahkan Ammar dan bagaimana Ammar sahut cabaran mereka? Pada mulanya memang saya rasa sakit hati sebab saya selalu kena hina, maki, caci, dan banyak lagi. Ketika baru memulakan perniagaan Internet pun saya dah banyak berdepan dengan stuasi negatif dari orang sekeliling. Ini kerana sebelum ini saya pernah berniaga pasar malam, saya pernah berniaga depan pasaraya Giant, jual macam-macam barang. Ada yang memperlekehkan termasuk kawan yang baik dengan saya juga memperlekehkan saya. Malah, orang terdekat dengan saya pun tidak yakin dengan kebolehan saya berniaga. Mereka mencemuh, mengutuk, dan cuba menjatuhkan semangat saya dengan kata-kata mereka. Tetapi yang paling penting ialah diri kita sendiri. Kalau kita terima pandangan orang lain lebih daripada pandangan kita sendiri, ia akan menjadikan kita hidup bukan atas dasar hidup kita tapi atas dasar hidup orang lain. Itu cara saya berfikir. Oleh sebab itu kebanyakan keputusan yang saya buat berdasarkan keputusan saya sendiri. Memang ada orang lain yang akan cakap saya teruk dan saya tidak boleh buat, tetapi bagi saya kalau saya ikut cakap dia (mereka yang melemparkan katakata itu) saya yang akan tanggung bebannya, dan bukan dia. Saya pernah hidup susah dan tiada orang yang menghulurkan sumbangan wang. Pernah saya hidup berbekalkan RM100 sebulan (duit belanja termasuk makan dan sebagainya). Saya boleh hidup dengan duit sebanyak itu dan saya pernah tiada duit untuk makan dalam satu minggu sampai memaksa saya menjual baju saya didalam almari untuk beli makanan. Ketika itu tiada siapa pun hendak tolong beri saya pinjam duit atau sumbangan duit. Masa kita susah kita boleh kenal siapa yang sanggup tolong kita. Itu yang saya belajar ketika susah. Bagi saya, kalau saya susah, saya susah seorang. Jadi biarlah orang hendak cakap apa tentang saya, sebab kalau saya susah pun bukan mereka tolong. Itulah yang membuatkan saya kuat dan yakin serta membuatkan saya berfikir saya perlu ikut apa yang saya dah tetapkan kerana saya yang mencorakkan hidup saya. Bagaimana pula dengan penerimaan orang yang memperlekehkan Ammar bila lihat Ammar dah berjaya? Adakah

Pendorong utama saya ialah ibu saya sendiri, yang mendorong saya dan yang memberi satu keyakinan kepada saya bahawa saya boleh lakukan jika saya mahu. Orang lain yang memberi dorongan kuat dan banyak menyumbang idea kepada saya ialah ayah saya. Manakala insan lain yang memberi sokongan kuat dalam hidup saya ialah isteri saya, kerana beliau menyaksikan sendiri bagaimana saya membina perniagaan saya dari kosong sejak dari tahun pertama menuntut di UPM lagi. Ketika saya masih menuntut di UPM, saya masih mentah lagi. Saya buat banyak keputusan tanpa ada keyakinan yang tinggi. Ramai orang cakap saya tin kosong, mat jenin, dan macam-macam lagi tetapi isteri saya (ketika itu beliau belum bergelar isteri) percaya pada saya dan beri keyakinan kepada saya. Kini, saya turut bertuah kerana keluarga mertua saya turut menyokong bukan 100%, malah 200% apa yang saya buat. Bagaimana Ammar berdepan

14

FOKUS ITU PENTING Apa yang penting, teruskan usaha, jangan putus asa.

Bila saya lihat mereka berjaya, saya rasa sangat gembira. Dan apabila saya bantu mereka dengan cara berkongsi ilmu serta pengalaman saya, saya dapat lihat mereka merubah hidup meraka ke arah lebih baik lagi.
mereka ingin sertai Ammar dalam perniagaan? Yang itu memang normal. Bila orang tengok kita susah, mereka akan mencaci. Tetapi bila orang tengok kita berjaya, dan kita ceritakan kepada mereka bahawa kita pernah susah, mereka akan mula berfikir wah baguslah engkau boleh berjaya semula. Mereka memang ada nyatakan hasrat untuk sertai saya seperti bekerja dibawah saya dan belajar ilmu perniagaan daripada saya. Namun ada juga yang malu dengan saya kerana bagi saya itu semua normal. Apakah kenangan paling manis Ammar dalam dunia perniagaan? Kenangan paling manis saya adalah apabila orang yang saya bantu itu turut berjaya. Kalau hendak

diikutkan, saya boleh saja buat perniagaan Internet secara sendirian tanpa perlu mengajar orang lain. Tetapi keseronokan itu akan hilang bila saya simpan ilmu yang saya miliki ini. Apa yang membuatkan saya turut mengajar orang lain tentang perniagaan Internet adalah kerana cerita saya enam tahun lepas. Kalau saya tidak diajar tentang perniagaan Internet dahulu, saya juga tidak akan berada ditahap sekarang. Jadi, saya tahu setiap orang yang mempunyai masalah kewangan perlu dibantu. Saya bantu mereka capai apa yang mereka boleh capai dan ianya melakarkan kenangan-kenangan manis bagi saya. Bila saya lihat mereka berjaya, saya rasa sangat gembira. Dan apabila saya bantu mereka dengan cara berkongsi ilmu serta pengalaman saya, saya dapat lihat mereka merubah hidup meraka ke arah lebih baik lagi. Ada diantara pelajar saya yang hampir jual bisnes, disebabkan sudah tidak ada duit langsung. Tetapi bila saya kongsikan pengalaman dan ilmu saya, bisnes beliau semakin baik. Ada juga kes pelajar saya yang dah bekerja, tiada duit hendak beli susu anak. Apabila beliau sertai kursus yang saya anjurkan, hidup beliau terus berubah sehingga

15

beroleh pendapatan RM80,000 dalam masa beberapa bulan sahaja hanya melalui perniagaan Internet. Itu antara kenangan paling manis saya sepanjang saya menjalankan perniagaan saya. Bagaimana pula dengan perancangan jangka pendek dan jangka panjang dalam perniagaan? Rancangan jangka pendek saya, saya ingin membangunkan jenama Jootawan, menjadi satu jenama yang besar dan menjadikan setiap orang sebagai Jutawan. Jutawan pada saya bukanlah kita mempunyai duit yang banyak sahaja, tetapi turut mempunyai sejuta impian, sejuta ilmu, sejuta amal, sejuta pahala dan sebagainya. Perancangan jangka pendek saya adalah untuk memastikan setiap orang mengenali Jootawan, dan membantu mereka berjaya menjadi jutawan. Untuk tahun ini kita sudah capai apa yang kita rancangkan, yang mana kita berjaya adakan seminar pada setiap bulan, kita buat majalah online setiap bulan secara percuma, dan kita hasilkan produk setiap bulan. Dalam masa terdekat kita akan hasilkan aplikasi iPhone kita sendiri dan tahun depan juga saya ada rancang untuk anjurkan acara yang lebih besar. Perancangan jangka masa panjang saya pula masih sama dengan misi dahulu iaitu hendak bawa semua orang ke arah kejayaan yang sepatutnya mereka kecapi. Malah saya juga

merancang untuk tubuhkan akademi yang lebih besar iaitu Akademi Jootawan seperti universiti untuk melatih orang menjadi seorang yang berjaya. Itu antara misi jangka masa panjang saya. Apa Ammar lihat pada diri Ammar dalam masa lima tahun akan datang? Lima tahun akan datang saya ingin membina satu empayar yang saya boleh wariskan kepada orang lain. Dalam masa itu juga saya berhasrat untuk tinggalkan apa yang saya bina ini kepada orang lain supaya saya boleh kembangkan sayap ke luar negara. Saya yakin dalam lima tahun akan datang, Jootawan ini sendiri akan jadi satu jenama yang besar dan dikenali rakyat Malaysia. Dan saya akan pastikan bila orang ingat tentang kejayaan, ingat hendak mengubah hidup dia, orang akan ingat Jootawan. Siapa idola perniagaan? Ammar dalam

lebih besar pula, idola saya adalah mendiang Steve Jobs. Bagi saya beliau berjaya mengubah cara kita berkomunikasi dengan orang lain atau erti kata lain, beliau berjaya mengubah dunia. Mungkin tanpa beliau, industri animasi masih lagi dalam 2D dan jika beliau tidak sertai Apple semula, mungkin tidak ada iPhone, iPad, dan sebagainya. Apa nasihat Ammar kepada anak muda yang ingin menjadi usahawan? Nasihat saya jangan terlalu ikutkan darah muda. Walaupun darah muda ini bagus sebenarnya kerana ia bekalkan kita semangat yang tinggi, idea yang mencurahcurah, pemikiran kreatif, tetapi masalahnya pula adalah kita akan menjadi terlalu laju dalam mengemudi perniagaan kita. Sehingga kita membuat perniagaan yang salah dan membuat keputusan yang salah. Sebaiknya anak muda perlu cari mentor yang boleh membimbing kita untuk bawa perniagaan kita ke tahap lebih jauh dan janganlah buang masa ketika muda ini. Saya punya matlamat, masa muda-muda ini lah kita perlu bina empayar supaya kita boleh nikmati banyak perkara, seperti pergi melancong di usia muda dan sebagainya. Apa pandangan Ammar tentang perkembangan Jootawan dalam tahun ini? Yang pertama sekali

Saya mempunyai ramai idola antaranya ialah Tun Mahathir. Saya kagum bagaimana beliau boleh membina tanda dan mercu kemajuan tanpa mengambilkira kritikan pihak-pihak lain. Selain beliau adalah Tan Sri Tony Fernandes. Saya kagum bagaimana beliau bina satu jenama yang besar dalam jangka masa yang sangat singkat bagi saya. Dalam skop yang

16

MEMBERI KEMBALI KEPADA MASYARAKAT Berpuas hati ilmu yang disampaikan dapat dimanfaatkan masyarakat

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan jenama Jootawan yang saya bina pada tahun Mei 2011 yang mana kita dah mula lancarkan logo dan kita dah mula merangka perancangan Jootawan sebagai satu jenama untuk pelaburan, perniagaan, motivasi dan kewangan. Tetapi bila kita masuk bulan Januari 2012, kita terpaksa menjenamakan semula jenama Jootawan kerana model bisnes Jootawan pada tahun 2011 tidak berjalan seperti apa yang kita harapkan. Alhamdulillah perancangan baru, serta penjenamaan semula Jootawan berjalan lancar mengikut perancangan. Malah saya boleh katakan ia berkembang seperti yang dirancang. Saya juga tidak sangka ia berkembang

secepat ini. Saya beri kredit sepenuhnya kepada mereka yang terlibat dalam Jootawan kerana mereka yang banyak membantu menjayakan Jootawan ini. Saya rasa mereka yang terlibat dengan Jootawan sepatutnya berbangga dengan apa yang mereka capai.

17

18

sAHAm RAkYAt
FAKTA ATAU AUTA?
oleh: Sunthara Segar

Skema pengumpulan wang SAHAM RAKYAT ini muncul di internet dan peti surat fizikal orang ramai pertama kali di tahun 2003. Kini saya menemuinya kembali melalui email selepas hampir 9 tahun.
Tujuan utama saya menulis artikel ini ialah untuk meminta maklumbalas dari pembaca yang pernah melabur atau terserempak dengan skema ini.
kema pengumpulan ini bermula dengan satu cerita kisah benar yang dialami seorang insan seperti berikut (sedutan sahaja kerana tidak cukup ruang) :

........Setelah 4 bulan berlalu, sayapun telah terlupa kepada skim ini oleh kerana terlalu sibuk dengan tugas harian serta menguruskan persekolahan anak anak. Dari segi kewangan,saya benar - benar terdesak kerana penggal persekolahan akan dibuka tidak lama lagi, oleh itu banyak persiapan persekolahan yang perlu dibeli. Pada suatu petang selepas membeli barang Selepas cerita kisah benar barang keperluan di pasaraya, terlintas di hati saya untuk meli- pertama ini, pengarang surat hat baki akaun saya di bank. jualan skema ini memperkenal-

Sayapun singgah di mesin ATM untuk mengeluarkan sedikit wang sekiranya ada. Alangkah terperanjatnya saya apabila melihat baki wang yang tertera di skrin mesin ATM berjumlah lebih RM40,000. Antara percaya dengan tidak, tanpa saya sedari, air mata menitis dan saya sangat terharu kerana teringatkan skim yang saya sertai dahulu. Keadaan menjadi lebih terharu lagi apabila anak - anak memeluk saya di situ. Saya amat berterima kasih kepada peserta - peserta skim yang telah menyertainya dan saling tolong menolong untuk membantu saya dimasa saya susah........

kan pula kisah benar kedua yang menggunakan pelbagai kaedah psikologi minda untuk menarik minat bakal pelabur supaya bersedia mengambil langkah-langkah seterusnya (petikan sahaja kerana tidak cukup ruang).

....Surat yang seumpama ini entah berapa kali telah saya terima. Saya tidak kenal siapa pengirimnya dan saya beranggapan tujuannya tidak lain dari hendak mengena sahaja. Jadi setiap kali saya menerimanya saya campakkan sahaja surat - surat tersebut ke dalam bakul sampah. Maklumlah zaman sekarang zaman duit, maka teringatlah saya akan labu peram Pak Man Telo, Skim Cepat Kaya dan macam - macam lagi lah yang saya percaya anda pernah menden-

19

garnya. Hari ini wang RM10 hingga RM50 sudah kecil nilainya. Dari melibatkan diri dengan program yang belum tentu pasti sama ada betul atau tidak, adalah lebih baik saya membeli susu anak atau keperluan rumah yang lain. Itulah yang sering terlintas di dalam fikiran saya setiap kali saya diperkenalkan dengan program - program untuk menambahkan pendapatan seperti ini. Dalam 1 bulan, kadang - kadang sehingga 4 program yang saya terima. Pengirimnya memang saya tidak kenal sama sekali dan entah dari mana mereka mendapatkan nama dan alamat saya, saya pun tidak tahu. Sudah begitu lama masa berlalu. Fikir punya fikir maka tergerak hati saya untuk mencuba salah satu program yang saya terima.....
Selepas memaparkan dua kisah benar pengarang surat jualan skema ini kini memberikan pula alasan dan hujah terperinci mengapa kita semua patut menyertai skema sedemikian.

Sebarkan melalui risalah.

Adakah skim ini tipu?

Pagi Malaysia. Ia mendapat komen-komen yang positif dari pemanggil telefon yang pernah menySkim ini tidak menyalahi hukum syarak serta ertai skim tersebut. undang - undang perdagangan negara kita. Ini Dalam 100 keping risalah yang anda sebarKerana kan, besar kemungkinan anda boleh mendapat> Tiada pihak yang tertipu. Sila baca dengan tel- kan 20 orang peserta yang berminat menyertai iti dan fikirkan. Ianya mudah difahami. skim ini. Katakan 20 peserta tersebut membuat salinan yang sama seperti anda lakukan dan juga > Ianya berkonsepkan amal kebajikan dan mendapat bilangan peserta yang sama iaitu 20 sedekah sesama insan. orang setiap satu. Jadi jumlah sumbangan yang > Tidak memerlukan modal yang banyak, hanya anda dapati ialah ( 20 x 20 x RM30 = RM12,000). RM30 dan kos membuat salinan (Contoh : 100 Bagaimana jika anda membuat lebih banyak salinan dan lebih banyak peserta yang menyertainya, keping dan duit setem jika perlu). katakan 300 salinan dan purata peserta (katakan Anda juga boleh menyebarkan dengan apa cara 90) orang yang juga sama pengiraannya: ( 90 x 90 sekalipun sama ada melalui mulut ke mulut, in- x RM30 = RM243,000). ternet (email, facebook, dan lain-lain), pos ( surat, Skim ini telah dicipta oleh kalangan bijak pandan lain-lain), by hand (seperti edaran flyers, dan dai negara Asia Barat tetapi dengan formula yang lain-lain) dan sebagainya. agak susah yang mana memerlukan banyak perRancangan khas skim ini pernah disiarkan tel- ingkat peserta. Tetapi kini skim ini telah dipermuevisyen Malaysia di dalam rancangan Selamat dahkan sehingga hanya memerlukan 2 orang peserta sahaja untuk sampai ke giliran anda. Oleh yang demikian, masa menunggu tidaklah terlalu lama. Skim ini telah lama masuk ke negara kita. Jika ia tidak berkesan, masakan risalah ini masih wu-

20

jud hingga ke hari ini dan masih terus diedarkan. Untuk makluman saudara / saudari, risalah seperti ini juga telah lama diedarkan di negara-negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Filipina dan Thailand walaupun susunan ayat yang berbeza tetapi konsepnya tetap sama. Seterusnya, berikut langkah-langkah yang diberikan penganjur skema ini:

LANGKAH 1
Buka akaun bank (mana-mana bank) atas nama anda dengan simpanan permulaan sekadar mampu. Jika anda sudah ada akaun bank, teruskan ke langkah 2.

Keluarkan peserta TERDAHULU. Anjakkan peserta giliran SATU ke peserta TERDAHULU. Anjakan peserta giliran DUA ke tempat peserta giliran SATU.

Number di atas.

LANGKAH 6
Edarkan risalah ini kepada sesiapa yang anda kehendaki.

LANGKAH 4
Sekarang tuliskan nama dan maklumat akaun anda di ruang peserta giliran DUA bagi membolehkan anda menyertai program ini.

LANGKAH 2
Masukkan RM30.00 (TIGA PULUH SAHAJA) ke dalam akaun peserta giliran PERTAMA. Simpan salinan slip simpanan sebagai bukti.

LANGKAH 7
Sebulan setelah melaksanakan langkah 6, semak baki akaun anda. Peruntukkan sedikit wang yang diperolehi untuk mengulangi langkah 6.

LANGKAH 5
Taipkan Online Number yang tercetak pada resit bank tersebut pada ruangan Transaction

LANGKAH 3

Bagaimana adakah anda sudah tergerak hati untuk menyertainya? Atau ini satu lagi helah untuk mengumpan mereka yang benar-benar terdesak atau ingin menjadi cepat kaya.

En Sunthara Segar, seorang bekas jurutera awam yang turut memiliki kelulusan profesional RFP (Registered Financial Planner) serta Sijil Perancangan Kewangan Islam. Beliau mempunyai pengalaman lampau dalam aktiviti pemasaran produk-produk kewangan dan latihan teori serta lapangan untuk penasihat kewangan. Setakat ini sudah menghasilkan beberapa buku yang membongkar rahsia ilmu perancangan kewangan peribadi dalam bahasa yang mudah difahami orang awam.

Sunthara Segar www.suntharasegar.com


suntharasegar@gmail.com

21

22

SEMUA ORANG BOLEH BERJAYA JIKA TAHU CARANYA Ammar Zahar

23

3 LANGKAH MENCARI
artikel Ammar Zahar

keJAYAAN
Setiap manusia dahagakan kejayaan. Malah, kejayaan mempunyai pelbagai definisi. Bagi sesetengah orang, menjawat jawatan kerja kerajaan sudah menjadi satu kejayaan. Bagi sesetengah orang, mencapai gaji RM1000 sebulan sudah dikira kejayaan. Ada juga yang menyasarkan RM100000 sebagai sebuah sasaran kejayaan. Setiap orang berbeza definisinya. Namun, langkahnya sama sahaja. Dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan pembaca bagaimana mencapai kejayaan tak kira lah anda mencari kejayaan dalam bentuk kesihatan, kejayaan dalam bentuk kewangan, mahupun kejayaan dalam bidang pendidikan (khususnya bagi adik-adik yang menjalani peperiksaan).

1.

Bertanggungjawab atas segala apa yang berlaku.

Dalam buku saya berjudul Blueprint kejayaan, saya menggariskan langkah terawal untuk berjaya adalah dengan cara Tidak Menyalahkan Orang Lain. Sama sahaja maksudnya dengan bertanggungjawab atas segala yang berlaku. Kalau anda lambat ke temuduga, jangan salahkan bas. Kalau anda tidak ada modal untuk memulakan perniagaan, jangan salahkan keluarga anda yang tidak berduit. Kalau anda mempunyai suatu ketidakupayaan fizikal, jangan salahkan keturunan anda. Mula dengan bertanggungjawab terhadap apa saja yang berlaku yang melibatkan diri anda.

2.

Fokus terhadap sasaran anda

Bila anda mempunyai sasaran, anda tahu kemana anda perlu pergi. Sama juga seperti apabila anda memandu. Anda perlu tahu kemana nak tuju dan seterusnya, fokus kepada sasaran tersebut. Bukannya menetapkan sasaran dan kemudian membiarkannya begitu sahaja. Jika hidup anda mempunyai terlalu banyak anasir luar yang mengganggu fokus anda untuk mencapai kejayaan, abaikan anasir tersebut dan selesaikan perkara yang tidak berkaitan selepas anda mencapai kejayaan yang anda mahukan.

3.

Bertindak, bertindak, bertindak!!

Tiada satu kuasa dari diri anda yang lebih besar daripada tindakan anda sendiri. Orang yang berjaya, dia bertindak lebih daripada bercakap. Cakap sahaja tidak guna tanpa tindakan. Kita juga selalu dengar pepatah Ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah. Adakah anda orang yang suka melihat pohon anda rendang tak berbuah? Atau anda lebih gemar melihat pepohon anda berbuah dengan lebat sekali? Ambillah tindakan walaupun sedikit.

Saya gariskan 3 perkara utama ini sudah mencukupi untuk anda ambil iktibar dan belajar sesuatu daripada artikel ini. Ada lebih daripada 3 perkara sebenarnya untuk mencapai kejayaan. Tapi biarlah saya kongsikan poin yang lain dalam artikel akan datang.

24

PERHUBUNGAN

AwAm
artikel Emerilda Sani emerilda@gmail.com

Perhubungan Awam atau singkatannya PR selalu disebut-sebut. Tapi, apakah maksud PR yang sebenarnya?
PR adalah latihan pengurusan saluran informasi yang digunakan antara individu atau organisasi dan orang awam.
Tujuan utama PR ialah untuk memujuk orang awam, pelabur, rakan kongsi mahupun pekerja, untuk mewujudkan satu fahaman tentang sesuatu perkara mengenai isu yang sama. Aktiviti PR banyak dilakukan seperti semasa persidangan dan usahasama dengan pihak media. dap syarikat dan produk. Melalui kajian dan penyelidikan yang berterusan, kualiti produk serta imej syarikat dapat ditingkatkan.

Apa bezanya PR dengan pengiklanan? Sebenanya ia adalah 2 prinsip yang bertentangan! Pengiklanan, anda perlu membayar untuk menPR dapat membantu pengguna atau orang dapatkan paparan di dada akhbar, tv atau radio. Di ramai dan juga pihak media dengan memberi dalam PR, artikel yang ditulis mengenai syarikat pemahaman yang lebih jelas tentang syarikat atau organisasi dan ditulis oleh wartawan, anda yang diwakilinya. Mereka seringkali juga men- tak perlu membayarnya. Kerana itu adalah ganjajalankan kajian dan mencari bagaimana hendak ran anda berkongsi maklumat yang diminta oleh memuaskan kehendak pelanggan mereka terha- pihak media sebagai bahan kaji selidik.

25

BEZA IKLAN & PR


PR IKLAN
Melalui publisiti, selalunya orang ramai mempunyai tanggapan anda telah berjaya di dalam bidang yang anda ceburi, sebab itu cerita anda menjadi paparan di dada akhbar dan media! Kepakaran anda pelu digembar-gemburkan jika anda ingin dikenali ramai. bertulis dan lisan. Pengalaman dan pengetahuan di dalam pelbagai bidang serta memahami bagaimana pihak media beroperasi adalah menjadi satu kelebihan menjadi seorang pegawai PR. Selain daripada itu, pegawai PR perlu pandai untuk bertindak semasa di dalam tekanan yang tinggi. Terutama sekali apabila dia perlu menjadi Bagaimana hendak menghebahkan kepakaran perantara di antara syarikat dan juga pihak media anda? sekiranya ada isu-isu hangat sedang 1. Mulakan dengan memastikan anda tahu diperkatakan. Tugas paling utama PR adalah selok belok perniagaan anda, produk ser- untuk menjaga nama baik dan reputasi syarikat ta industri yang diwakilinya. 2. Bercakap dengan sebanyak mungkin kumpulan yang termampu, menjadi sukarelawan untuk berkongsi ilmu dengan organisasi yang mungkin mempunyai minat dengan apa yang anda lakukan. Pastikan ia dipenuhi dengan informasi yang padat, menghiburkan dan menarik! Skil PR telah sebati di dalam diri anda semenjak kecil lagi. Cuba ingat kembali saat anda di zaman kanak-kanak. Bila tiba waktunya anda menginginkan sesuatu daripada ibu dan bapa, mereka secara tidak langsung akan berkomunikasi secara bijak dengan anda dalam memastikan anda mendapat apa yang dihajati, dengan syarat, 3. Hubungi pihak penerbit dan menyum- anda mesti lulus cemerlang di dalam pelajaran. bang untuk menulis artikel atau ruangan Kini, saya dapat melihat PR yang dilakukan di di majalah secara percuma! antara anak-anak saya, semasa mereke berebut4. Jika berpeluang, jadi pengacara untuk rancangan di radio dan tv. Semua perkara di atas, akan berguna bila anda berhubung dengan media dan memperkenalkan diri anda sebagai pakar di dalam bidang anda. Telah terbukti, tidak kira besar atau kecil perniagaan anda, kunci kepada publisiti adalah degan mengenal pasti sasaran pasaran anda serta mengusahakan kempen PR yang berkesan. Berkhidmat di dalam bidang PR memerlukan skil yang tinggi di dalam komunikasi, secara

kan sesuatu barang. Sama ada kakak atau adik, mereka tahu, cara terbaik untuk mendapatkan barang yang dihajati, adalah dengan berkongsi. Seronok melihat telatah mereka ber PR dalam merebut barang tersebut. Tanpa sedar, seringkali kanak-kanak menggunakan tangisan mereka sebagai PR! Pandai sungguh! Bayi yang ingin menyusu juga hanya perlu menggunakan tangisan sebagai cara berkomunisai yang berkesan. Jadi, memang anda telah mempraktikkan PR di dalam diri anda sejak kecil lagi. Cuma perlu di asah berulang kali agar skil PR tampak lebih professional dengan imej anda yang terkini.

26

KUASAI miNdA
artikel Rozi Saarey

Ramai orang tidak mengamalkan adab yang betul di dalam perjalanan hidup mereka seharian. Menurut Law of Giving What we give - we get back. Apa yang kita berikan, kita akan dapat semula.
Hukum ini boleh diaplikasikan di dalam semua situasi. Tidak menghormati orang lain anda juga tidak akan dihormati. Layan orang - sebagaimana kita mahu dilayan. Berikan kasih sayang & sayangi orang lain - in shaa allah, kita akan dapat kasih sayang yang lebih banyak lagi. Berikan kebencian kepada orang lain - Insyaallah, lebih banyak kebencian akan datang di dalam hidup kita. Menurut Self Mastery - kita mempunyai dua jenis kuasa dan kehebatan di dalam diri. Kuasa ini dipanggil Kuasa Inner dan Kuasa Outer. Kuasa Inner adalah apa yang kita fikirkan di dalam minda dan Apa yang kita rasakan di dalam hati. Kuasa Outer adalah apa yang kita cakap dan Apa yang kita buat. Tiada orang boleh mempengaruhi apa yang kita ingin rasakan, kecuali kita yang memberikan KEIZINAN. Take Charge of your Life & Take Charge of your own Feeling. Ambil alih sepenuhnya hidup anda dan ambil alih perasaan anda sendiri. Jangan biarkan orang lain yang mengawal hidup anda. Jangan biarkan orang lain MEMPERKOTAKKATIKKAN EMOSI KITA. The Power to Choose - mengatakan bahawa kita BOLEH MEMILIH apa yang kita ingin rasakan dalam apa saja situasi Negatif yang menimpa kita. Kita tidak perlu aktifkan trigger automatik yang sudah terbiasa kita aktifkan dalam apa-apa situasi sekalipun. Jadi seorang Juara di dalam situasi apa pun. Sebagai contoh; 1) Apabila kita dimarahi -> kita akan berasa sedih dan tidak bersemangat. Ini akan mempengaruhi perjalanan hari kita tersebut. Kemungkinan banyak berita-berita yang tidak bagus akan datang kepada kita. Orang-orang yang menyakitkan hati ini atau situasi-situasi yang kurang bagus. Sebaiknya, lepaskan sahaja perasaan sedih itu. Boleh merasa sedih. Ambil sedikit masa. Kemudian, bangkit semula. Katakan kepada diri sendiri;

Jika ia bukan dari minda saya, bukan dari hati saya, bukan apa yang saya cakap dan bukan apa yang saya buat -> Itu bukan saya! Bukan saya! Bukan saya!
Rasakan tenaga kita akan naik semula bila kita kawal dan ambil alih perasaan diri kita.

27

2) Apabila bila kereta kita rosak -> kita akan marah sambil membebelbebel atau mungkin kita tertekan memikirkan di mana untuk mendapat wang bagi membaiki kereta tersebut. Kita jadi tidak bersemangat dan tertekan dengan situasi tersebut. Sebenarnya kita boleh memilih untuk bersyukur kerana sekurangkurang ia hanyalah kereta yang rosak dan bukannya, kemalangan dan kehilangan nyawa. Hindari situasi negatif selagi boleh. Apabila perkara yang berlaku adalah berada di dalam kawalan kita -> kawal ia secara Positif. Apabila perkara yang berlaku adalah berada di luar kawalan kita -> Kita boleh pilih, bagaimana kita mahu respon to it. Jangan menjadi MANGSA KEADAAN. Jadi JUARA di dalam apa jua keadaan.

Menurut Law of Attraction - kita akan menarik apa yang kita FIKIRKAN, RASAKAN, CAKAP dan BUAT. Diri kita ada VIBRATION yang dikeluarkan. VIBRATION ini terhasil daripada apa yang kita FIKIRKAN, RASAKAN, CAKAP dan BUAT. Jika kita tidak sukakan seseorang, sebagai contoh si A-> tanpa perlu berkata apa-apa, si A dapat merasakan. (Kuasa aura & telepati) VIBRATION atau aura ini - sama ada Positif atau Negatif. Jika vibration ini adalah negatif - lebih banyak event, berita, perkara-perkara negatif akan datang di hari anda. Jika vibration ini adalah positif lebih banyak event, berita, perkaraperkara positif akan datang di hari anda Jangan biarkan vibration anda menjadi negatif - dengan hindari

untuk memilih perasaan negatif dalam apa jua situasi. Semua situasi atau kejadian buruk yang terjadi kepada kita - adalah bersifat Sementara. Jangan bazirkan tenaga (energy) anda dengan terus-menerus membiarkan diri bergelumang dengan emosi negatif tersebut dan terus menerus down. Ambil masa untuk menangis untuk berikan kelegaan kepada hati. Kemudian, bangkit semula. Ini akan mempengaruhi Fisiologi (pergerakan tubuh) anda. Ada bezanya Fisiologi orang yang positif dengan orang yang sedang down. Apakah beza tersebut - nantikan perkongsian saya di dalam jilid Majalah Jootawan seterusnya.

KUASAI EMOSI, KUASAI DIRI & KUASAI KEJAYAAN!!


Salam Kejayaan, Rozi Saarey

Public Speaker, Jurulatih, Penulis berkenaan Self Mastery & Mind Mastery Certified Neuro Linguistic Programming (NLP), Neuro Semantic (NS), Hypnosis & Timeline) Practitioner, ISNS, Colorado, USA Certified Law of Attraction Coach Sebarang jemputan ceramah, boleh emel di Qyshelena@yahoo.com

Rozi Saarey www.facebook.com/rozi.saarey


qyshelena@yahoo.com

28

SEKITAR PeRNiAGAAN iNteRNet artikel Ammar Zahar

2012

1. Sesiapa saja boleh melancarkan produk


Kalau dulu, nak melancarkan produk perlu bina blog dahulu. Lepas bina blog, bina kredibiliti terlebih dahulu menggunakan blog supaya ramai orang percaya dengan perniagaan kita. Lepas bina kredibiliti, perlu promosikan produk JV partner dulu sebelum mereka mempromosikan produk kita. Tetapi kini, semua langkah tersebut boleh dilompat dengan syarat mempunyai produk yang baru serta on demand dipasaran. JV partner akan datang dengan sendirinya apabila produk kita sedia mempunyai permintaan yang tinggi. Tak mustahil, pelancaran produk pertama kali boleh mencecah keuntungan ratusan ribu ringgit.

dari kaca mata Ammar Zahar

Dalam artikel kali ini, saya cuba berikan anda perspektif saya dalam industri perniagaan internet sepanjang tahun 2012. Jarang-jarang saya kongsikan perspektif sebegini kepada umum kerana lazimnya, saya hanya berkongsi perspektif dalaman ini dengan rakan-rakan jaringan perniagaan saya sahaja. Jadi, saya harap anda manfaatkan sepenuhnya pengisian artikel kali ini supaya anda boleh gunakan inputnya demi perniagaan Internet anda pada tahun 2013.

fizikal 2. Perniagaan produkoffline online membina gedung


Konsep ini dapat dilihat daripada kebanyakan penjual produk fizikal di Internet seperti tudung muslimah, butik fesyen, dan banyak lagi. Saya ambil contoh Radiusite, dulunya hanya beroperasi dari rumah menggunakan Internet tetapi kini pembeli di Internet boleh terus mendapatkan produk dengan cara mengunjungi butik mereka. Ianya turut dibuktikan oleh beberapa gedung produk fizikal juga seperti Al Quran Digital, produk Dropship, dan macam-macam lagi termasuklah Groupon. Ianya bukan sahaja berlaku di dalam negara kita sahaja, malah fenomena ini sudah dimulakan diluar negara oleh Amazon. Gabungan online dan offline, adalah jauh lebih bagus daripada online sahaja, atau offline sahaja. Fenomena ini dijangka terus menular dalam industri perniagaan untuk tahun 2013.

29

3.

Konsep baru penerbitan digital

Dengan pertumbuhan mendadak pengguna-pengguna Internet, serta kenaikan jualan telefon pintar, tablet, dan yang seangkatan dengannya, tahun 2012 kita dapat lihat gergasigergasi penerbitan mula memasuki pasaran penerbitan digital seperti PTS, dan Karangkraf di Malaysia. Ini menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap pembelian produk digital semakin meningkat. Hal ini sekaligus memberi peluang kepada lebih ramai penulis berkongsi kepakaran dan menjana pendapatan darinya.

Faceb o dium ok Ads me peng iklana rupakan m Jika d n SM eili E gunn hat, 2011 ad ya meng Facebook alah zam an e A gajar luarkan pr ds dan sa banoduk orang ya se m n book t Ads s entang pe eletup me diri ebaga nggun nberke ik s a diliha an. Mulai t aedah pen an Facet a g mediu bahawa Fa hun 2012, iklanan dapat ceboo m uta Hal in k m i dijan a pengik Ads men ja la g sehin gga k ka akan te n bertaraf di e 201 rus m SME. 4. ening kat

4.

5. Perniagaan Internet diiktiraf sebagai satu perniagaan oleh masyarakat


Teringat ketika mula-mula saya menjalankan perniagaan Internet, agak sukar untuk menerangkan perniagaan saya kepada ahli keluarga serta pihak bank. Tetapi kini, dalam drama-drama sahaja sudah menunjukkan bahawa perniagaan Internet adalah trend masakini. 2012 adalah tahun semakin ramai individu membina perniagaan Internet samada melalui produk fizikal seperti pakaian, mahupun melalui produk informasi. Dijangka jumlah peniaga online akan terus meningkat pada tahun 2013.

Diatas ini adalah perspektif saya tentang industri perniagaan Internet pada tahun 2012. Penting untuk anda ikuti perpsektif 2013 saya dan kerana ada pro dan kon pada 2013. Ada ketakutan bagi peniaga online pada tahun 2013 nanti dan ada satu fenomena baru yang bakal muncul pada 2013 dalam industri perniagaan Internet. Jumpa anda dalam artikel Januari 2013 dimana saya berkongsi perspektif saya mengenai industri perniagaan Internet 2013.

30

31

32

33

Anda mungkin juga menyukai