Anda di halaman 1dari 6

7 langkah jadi jutawan hartanah dalam tempoh 7 tahun

02 SEPTEMBER 2015

Bolehkan anda jadi jutawan hartanah dalam tempoh 7 tahun ?


Sudah tentu jawapannya adalah boleh. Kebiasaannya, anda boleh jadi apa saja yang anda nak
jadi dalam tempoh yang mencukupi. Dan dalam bab kemahiran, kejayaan mencapai apa yang
nak dicapai, anda hanya perlukan 7 tahun untuk mencapainya.
Ada yang akan kata 7 tahun terlalu lama. Memang itu masa yang sesuai dan sebenarnya bukan
lamapun 7 tahun tu. Kalau anda tak buat apa-apa, 7 tahun tetap akan berlalu begitu saja. Jika
anda tangguh-tangguhkan tindakan dan tidak disiplinkan diri.
Untuk jadi jutawan hartanah dalam tempoh 7 tahun, syarat utama adalah anda mesti ada
kemampuan menjana pendapatan. Jarang sangat orang yang boleh baca blog ini, ada kemampuan
untuk akses internet, tak ada kemampuan untuk jana pendapatan.
Oleh itu pembaca blog yang boleh melayari internet dianggap ada daya jana pendapatan dengan
mudah. Mahu atau tidak mahu saja yang menentukan samada anda akan jana pendapatan atau
tidak.
Dengan andaian itu, berikut, diperturunkan 7 langkah bagaimana anda boleh jadi jutawan
hartanah dalam tempoh 7 tahun:

Langkah 1: Sentiasa bangun awal 2 jam sebelum kerja


Apa kerja atau urusan pertama anda setiap hari ? Mungkin kena hantar anak ke sekolah.
Mungkin perlu pergi pejabat atau apa-apa saja kerja. Tak kisah apapun kerja yang anda perlu
lakukan di awal hari, pastikan anda bangun 2 jam sebelum waktu tersebut.
Untuk satu jam pertama pastikan anda laburkan masa tersebut untuk tingkatkan daya kerohanian
anda. Sebagai seorang muslim, anda perlu mulakan dengan solat subuh. Samada berjemaah di
masjid atau berjemaah dengan keluarga sekali sekala, anda telah berjaya memenuhi aktiviti
kerohanian anda untuk permulaan hari.
Habis solah subuh, luangkan masa yang ada untuk membaca apa saja tulisan atau buku yang
membina jiwa. Anda boleh baca Tafsir dan Huraian Al-Quran. Anda boleh baca buku motivasi
bagi menaikkan semangat. Dan anda boleh juga membaca buku pendidikan atau pengurusan
untuk tingkatkan pengetahuan.
" Baca ebook berkenaan hartanah ini untuk jadi jutawan hartanah > Rahsia Ajen Hartanah "
Bayangkan jika anda amalkan tabiat membaca satu jam sehari. Dalam seminggu anda boleh

habiskan sebuah buku. Dalam setahun anda boleh habiskan sebanyak 52 buah buku. Dalam
tempoh 7 tahun, anda dah habiskan sebanyak 364 buah buku.
Buku sebanyak itu yang berjaya anda hadamkan untuk satu-satu jurusan yang anda mahu dalami
mampu menjadikan anda pakar dalam jurusan tersebut. Dan jika anda mahu jadi pakar hartanah,
pembacaan apa saja buku yang bersangkut dengan ilmu hartanah boleh menjadikan anda seorang
pakar dalam bab hartanah.

Langkah 2 : Tulis sasaran anda setiap hari


Pastikan anda ada sebuah buku nota untuk menulis 10 sasaran anda setiap hari. Jika matlamat
utama anda adalah untuk menjadi jutawan hartanah, tulislah sasaran kecil setiap pagi sebelum
anda mula buat kerja. Sasaran itu mestilah ke arah mencapai sasaran utama anda tadi iaitu untuk
menjadi jutawan hartanah.
Dengan berbuat begitu, anda membetulkan pemikiran untuk sentiasa fokus pada pencapaian yang
mesti anda dapatkan. Dengan menulis apa yang anda perlu buat hari itu, anda akan secara
automatik peka dengan apa yang berlaku di sekeliling anda. Segala peluang akan dicekup dan
dimanfaatkan dengan baik. Segala gangguan akan dielakkan dan waktu kerja anda penuh dengan
aktiviti ke arah mencapai matlamat anda setiap hari.

Langkah 3: Merancang terlebih dahulu setiap hari


Lanjutan daripada sasaran yang anda tulis tadi, merancanglah bagaimana anda pastikan untuk
laksanakannya.
Buat senarai dan susun secara menurun daripada yang paling utama ke yang kurang utama.
Dengan susunan itu anda boleh pastikan mana yang paling utama ditunaikan terlebih dahulu
diikuti dengan yang selepasnya. Pengurusan masa anda juga akan lebih efektif dan cekap dengan
berbuat begitu.

Langkah 4: Disiplinkan diri untuk fokus buat yang


penting
Bila anda mulakan sesuatu kerja yang penting. Berikan tumpuan untuk melakukannya sepenuh
hati. Abaikan segala gangguan dan nekad untuk siapkannya terlebih dahulu. Jangan berganjak
selagi ianya tidak dihabiskan.

Langkah 5: Dengar bahan audio bermanfaat dalam


kereta
Sepanjang anda berada di dalam kereta, pastikan anda sentiasa mendengar bahan-bahan yang
mendatangkan manfaat. Dengar maklumat bermotivasi dan seumpamanya dan bukan mendengar

hiburan lagha seperti celoteh di Era atau celoteh satay kenakan orang.
Jika anda berada di lembah klang, anda boleh buka saluran BFM. Di saluran itu penuh dengan
bahan-bahan ilmiah ke arah menjadikan anda seorang yang berjaya.

Langkah 6: Sentiasa bertanya soalan penting sehabis


urusan
Setiap kali anda habiskan segala urusan, bertanyalah pada diri sendiri apakah perkara bagus yang
telah aku lakukan tadi.
Kemudian bertanya lagi apakah yang boleh aku lakukan untuk menjadikan ianya jauh lebih baik
dari tadi.
Dua soalan itu sudah cukup untuk anda sentiasa membaiki diri dan melakukan yang terbaik
sepanjang hari sepanjang waktu.

Langkah 7: Layan semua orang yang anda berurusan


dengan hebat
Dalam anda melaksanakan segala urusan anda, tidak boleh tidak perlu berhubung dan
berkomunikasi degan orang lain.
Pastikan semua orang yang anda berurusan dilayan seperti raja sebaik mungkin. Dengan berbuat
begitu, anda akan dihormati dan mereka akan membalas layanan terhadap anda sebaik yang anda
lakukan terhadapnya.
Orang berebut untuk membantu anda menjayakan apa yang anda sasarkan. Orang akan
perkenalkan anda dengan lebih ramai lagi orang lain yang penting yang dapat membantu anda
menjadi jutawan hartanah.

Jadi jutawan hartanah


Demikianlah 7 langkah yang boleh anda laksanakan untuk menjadi jutawan hartanah. Insyaalah
jika anda lakukan semua itu, dalam tempoh 7 tahun sahaja sasaran untuk menjadi jutawan
hartanah akan menjadi kenyataan.
Tidak semestinya nak jadi jutawan hartanah sahaja. anda boleh gunakan teknik yang sama untuk
mencapai apa saja sasaran yang anda tentukan.
Sekali lagi, jika anda mahu belajar ilmu hartanah, dapatkan panduan dari sini >>>Rahsia ejen
hartanah.
Selamat mencuba

Untung Jual Beli Hartanah Via Sifu Rumah Lelong


Soalan popular kerap ditanya bila mahu menjadi agen hartanah:

Soalan pertama: Kenapa perlu jadi agen hartanah?


Jawapan:
Menjadi agen hartanah sangat mudah jika anda ambil tahu prosesnya
yang sangat STRAIGHT FORWARD. Dalam erti kata lain, anda tak perlu
pengalaman atau pendidikan yang tinggi untuk sertainya.

Jadi agen hartanah sangat mudah

Sesuai untuk sesiapa sahaja yang berminat

Tidak ada had pendidikan atau pengalaman

Untung yang sangat lumayan

Sesuai untuk yang tidak bekerja atau bekerja (part-time)

Soalan kedua: Mudah sangat ke menjadi agen


hartanah?
Jawapan:
Mudah tu bukan bermaksud terlalu mudah sampai anda tak perlu
tahu apa-apa langsung untuk terjun ke dalam bidang yang industrinya
mencecah bilion ringgit ini.
Anda tetap kena faham proses sebelum, semasa dan selepas menjadi agen
hartanah.

Sebelum: Proses mencari ilmu berkaitan hartanah seperti proses jual


beli hartanah, dokumentasi, mengenalpasti jenis hartanah yang mendapat
permintaan tinggi dan banyak lagi. Ilmunya ada dibincangkan disini.

Semasa: Mengaplikasikan ilmu yang dipelajari untuk mula menjana


pendapatan.

Selepas: Post mortem untuk penambahbaikan di masa akan datang.


Jadi, nak kata mudah tu bukanlah sampai tahap mudah tak perlu buat apaapa, goyang kaki duduk rumah sahaja (itu skim cepat kayap namanya.
Anda perlu ilmu dan tindakan (mengaplikasikan ilmu) untuk lihat hasil
lumayan dalam dunia hartanah ni.
P/S: Iffah Zaimi mendedahkan teknik paling simple menjadi seorang
agen hartanah walaupun secara part-time.

Soalan ketiga: Siapa boleh jadi Agen Hartanah?

Jawapan:
Seperti yang dijawab dalam soalan pertama tadi:

Sesiapa sahaja boleh menjadi agen dalam bidang hartanah


Tidak perlu kemahiran teknikal, pendidikan terlalu tinggi atau
pengalaman luas

Tidak kira lelaki atau wanita

Berkerjaya atau tidak berkerjaya

Soalan keempat: Untung ke jadi agen hartanah?


Jawapan:
Kalau anda tahu prosesnya serta menguasai proses-proses tersebut, insya
Allah, anda akan rasa keuntungan yang luar biasa.

Luar biasa?
Ya, luar biasa yang saya maksudkan sehingga mencecah 4 ke 5 ANGKA
keuntungan.

Apa proses yang dimaksudkan?


Proses yang dimaksudkan adalah:

Untuk yang masih baru, anda perlu lalui proses mencari ilmu.
Gunakan panduan ini.

Proses seterusnya Research.

Proses seterusnya, Listing.

Proses Inspecting.

Marketing

Proses Viewing.

Proses Closing (Ini penting! Sekali lagi, Iffah Zaimi


kongsikannya disini)

Soalan kelima: Tugas utama seorang agen hartanah?


Jawapan:
Ada 5 tugas utama seorang agen hartanah, secara umumnya. Telahpun
dijawab didalam soalan keempat
iaitu, Listing, Inspecting, Marketing, Viewing, dan Closing.
Tags AGEN HARTANAH AGEN HARTANAH BUMIPUTERA

Anda mungkin juga menyukai