Anda di halaman 1dari 4

RUBRIK SKOR SEJARAH SPM : (Bermula 2016)

1
CONTOH SOALAN :

Berikan cadangan anda untuk meningkatkan peranan akhbar dalam memajukan masyarakat. [8 markah]

FAKTA (F) HURAIAN (H) CONTOH (C) INFERENS (I)

Berita yang -pemberita akhbar janganlah -Contohnya, isu-isu yang


disampaikan memanipulasikan berita tidak tepat tentang
perlulah tepat dan sebenar perpaduan kaum di
sahih. negara ini sering Oleh itu, ketelusan dan
-untuk kepentingan tertentu dimuatkan di dada kebenaran berita yang
akhbar pada masa kini. dibawa oleh akhbar
-tiada tokok tambah berita akan meningkatkan
yang disampaikan peranan akhbar
tersebut
-supaya kepercayaan rakyat
akan meningkat terhadap
akhbar tersebut.

Akhbar perlu -mengelakkan pergaduhan -Isu perkauman Negara kita terdiri


mengelakkan antara kaum daripada pelbagai kaum
pemaparan isu-isu yang mempunyai hak
negatif dan sensitif -Akhbar perlu memuatkan -(Peristiwa 13 Mei) yang sama di sisi
berita dan rencana yang perlembagaan dan
menyatukan pelbagai kaum sewajarnya perlulah
di negara ini. hidup secara aman dan
harmoni.
-supaya negara sentiasa
aman dan makmur

Akhbar perlu - supaya dapat membantu - contohnya, maklumat


menyampaikan para penganggur mencari berkaitan peluang-
maklumat- pekerjaan dengan mudah peluang pekerjaan Rakyat yang mendapat
maklumat yang pengetahuan dan
membantu rakyat -menyampaikan maklumat -memperbanyak maklumat berguna
memperolehi tentang pendidikan ruangan pendidikan dapat memjajukan diri
pengetahuan yang boleh membantu sendiri, bangsa, agama
para pelajar. dan negara.

-menjadi panduan kepada -memuatkan isu-isu


rakyat untuk meningkatkan ekonomi semasa
pendapatan mereka

2
CADANGAN JAWAPAN :

Cadangan saya untuk meningkatkan peranan akhbar dalam memajukan masyarakat ialah berita yang
disampaikan perlulah tepat dan sahih (F). Di samping itu, pemberita akhbar janganlah memanipulasikan berita
sebenar (H) untuk kepentingan tertentu (H). Mereka perlu memastikan tiada tokok tambah berita yang
disampaikan (H) supaya kepercayaan rakyat akan meningkat terhadap akhbar tersebut (H). Contohnya, isu-isu
yang tidak tepat tentang perpaduan kaum di negara ini sering dimuatkan di dada akhbar pada masa kini (C).
Oleh itu, ketelusan dan kebenaran berita yang dibawa oleh akhbar akan meningkatkan peranan akhbar
tersebut (I).
F = 1 H = 3 C = 1 I = 1 / Jumlah = 6 markah

Seterusnya, akhbar perlu mengelakkan pemaparan isu-isu negatif dan sensitif (F)seperti isu perkauman
(C). Hal ini dapat mengelakkan pergaduhan antara kaum (H) seperti Peristiwa 13 Mei (C). Akhbar perlu
memuatkan berita dan rencana yang menyatukan pelbagai kaum di negara ini (H) supaya negara sentiasa aman
dan makmur (H). Tindakan ini perlu dilakukan keranan negara kita terdiri daripada pelbagai kaum yang
mempunyai hak yang sama di sisi perlembagaan dan sewajarnya perlulah hidup secara aman dan harmoni (I).
F = 1 H = 3 C = 2 I = 1 / Jumlah = 7 markah

Akhbar perlu menyampaikan maklumat-maklumat yang membantu rakyat memperolehi pengetahuan


(F) contohnya, maklumat berkaitan peluang-peluang pekerjaan (C) supaya dapat membantu para penganggur
mencari pekerjaan dengan mudah (H). Akhbar juga perlulah menyampaikan maklumat tentang pendidikan (H)
dengan memperbanyak ruangan pendidikan yang boleh membantu para pelajar (C). Akhbar juga perlu
memuatkan isu-isu ekonomi semasa (C) supaya menjadi panduan kepada rakyat untuk meningkatkan
pendapatan mereka (H). Rakyat yang mendapat pengetahuan dan maklumat berguna dapat memjajukan diri
sendiri, bangsa, agama dan negara (I).

F = 1 H = 3 C = 3 I = 1 / Jumlah = 8 markah

Perenggan 1 = 6 markah
Perenggan 2 = 7 markah
Perenggan 3 = 8 markah
Jumlah markah = 21 markah
Markah maksima = 8 markah

3
4

Anda mungkin juga menyukai