Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Pengenalan

Menurut Nugroho, "Kartun adalah imej yang mewakili dan simbolik, mengandungi
unsur sindiran, jenaka, atau jenaka. Kartun biasanya muncul dalam penerbitan berkala, dan
paling kerap mengetengahkan isu politik atau isu umum. Objektif kartun adalah untuk
membuat pembaca berfikir tentang peristiwa semasa dan kartun secara langsung tidak
memujuk pembaca atau mempengaruhi pembaca tetapi cuba menyampaikan pandangan
tentang isu tersebut. Kartun juga mempunyai keupayaan untuk mengubah fikiran pembaca
tentang sesuatu isu. Contoh yang lebih terdekat adalah berkaitan politik iaitu cara mengkritik
kerajaan. Kartunis sengaja melukis orang atau watak dengan ciri fizikal yang lebih besar
daripada mereka secara semula jadi. Kebiasaannya, adalah untuk menonjolkan sesuatu
tentang perwatakan seseorang. Selain daripada itu, kartunis menggunakan objek yang mudah
atau simbol yang menjadi kebiasaan bagi orang awam. Simbol ini digunakan untuk mewakili
konsep atau idea penting. Contohnya, menggunakan 'tengkorak dan tulang bersilang'
mewakili 'kematian' atau 'bahaya'.

Apakah yang dipelajari dari kursus ini terutama mengenai tajuk tugasan poster info
grafik?

Perkara yang dapat dipelajari dari kursus ini terutama mengenai tajuk tugasan poster
info grafik adalah kartunis memainkan peranan besar dalam apa jua aspek terutamanya
politik. Kartunis juga mewakili rakyat dalam mengkritik dan memprotes kerajaan sama ada
baik mahupun buruk. Selain itu, terdapat juga kebaikan besar dalam dunia kartunis iaitu
mampu menempa nama dalam industri kartun seperti Datuk Lat sehingga dikenali dunia.
Datuk Lat telah membanggakan Malaysia di mana karyanya sangat disukai oleh negara Jepun
menerusi karyanya ‘Lots More Lat’.
Apakah cadangan untuk meningkatkan penghayatan etika dalam masyarakat pelbagai
etnik?

Cadangan unruk meningkatkan penghayatan etika dalam masyarakat pelbagai etnik


adalah dengan mendidik dahulu anak – anak untuk menghormati antara satu sama lain seperti
menghormati agama dan budaya. Contohnya, masyarakat Islam dan melayu merayakan hari
perayaan Hari Raya Aidiladha di sekolah dengan mengadakan upacara melapah lembu.
Mereka yang berada di kalangan bukan Islam terutamanya Hindu perlulah menghormati
kepercayaan orang Islam. Mereka yang di didik sejak kecil nescaya akan menjadi masyarakat
yang memahami antara satu sama lain dewasa kelak.

Kesimpulan

Natijahnya, Malaysia dipenuhi dengan masyarakat pelbagai etnik selain melibatkan 3


bangsa terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. Malaysia akan menjadi negara yang harmoni
sekiranya setiap bangsa memainkan peranan dalam mengekalkan keharmonian tidak kira dari
segi social, politik dan agama. Oleh itu, kita perlulah terlebih dahulu mengubah diri sendiri
sebelum mengubah orang lain seterusnya mendidik anak bangsa dari generasi ke generasi.

Anda mungkin juga menyukai