Anda di halaman 1dari 3

Berdasarkan kajian anda, mengapakah media cetak amat penting dalam

menyebarkan maklumat kepada rakyat dari zaman dahulu hingga sekarang?


Media cetak amat vital dalam menyebarkan maklumat kepada rakyat kerana
mampu melahirkan masyarakat yang peka terhadap isu-isu semasa.Hal ini
menyebabakan masyarakat tidak terlepas perkembangan yang berlaku di dalam
mahupun di luar negara. Misalnya, perkembangan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
yang telah berlangsung pada dapat diketahui rakyat menerusi akhbar seperti
Berita Harian.
Seterusnya, penyebaran maklumat menerusi media cetak sepeti novel atau
majalah yang diterbitkan dapat membangkitkan semangat nasionalisme rakyat.
Buktinya, penerbitan novel Anak Mat Lela Gila pada tahun 1930-an jelas
membawa mesej yang menggalakkan anak muda menentang penjajah.
Selain itu, media cetak turut berperanan sebagai alat untuk yang
menghubungkan kerajaan dengan rakyat. Media ini boleh menyiarkan dasar-dasar
kerajaan seperti menjelaskan Rancanagan Malaysia ke-9 supaya rakyat dapat
menerima dan bersikap terbuka terhadap dasar-dasar pembangunan negara.
Kesannya, kemajuan negara dapat dijamin menjelang tahun mendatang.
Masyarakat yang berilmu juga dapat dibentuk sekiranya media cetak
memainkan peranan. Hal ini kerana melalui pembacaan akhbar mahupun
majalah, kita dapat membuka minda dan memperoleh pengetahuan dalam
pelbagai bidang. Impaknya, bangsa yang berjaya dapat dilahirkan untuk
merealisasikan aspirasi negara.
Penyebaran maklumat dari dahulu hingga sekarang juga signifikan untuk
membentuk perpaduan kaum . Melalui media cetak, pengetahuan asas budaya,
bahasa dan adat resam pelbagai etnik dapat disebarkan. Maka, semangat
perpaduan dapat disemai dalam jiwa masyarakat seterusnya mewujudkan
keharmonian masyarakat.
Kesimpulannnya, media cetak seharusnya dimanfaatkan oleh semua pihak
untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang demi
kesejahteraannegara.
Mengapakah nasionalisme perlu dipupuk sejak daripada bangku sekolah lagi?
Nasionalisme perlu dipupuk sejak bangku sekolah lagi untuk memupuk perpaduan
kaum. Hal ini kerana generasi muda yang mempunyai semangat cinta akan negara yang
tinggi, tentu sedar betapa pentingnya sikap toleransi dalam hidup masyarakat yang
berbilang kaum. Kesannya, rakyat yang bersatu padu dapat dibentuk untuk menjamin
keharmonian negara.
Seterusnya, individu yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dalam diri
akan membentuk jati diri yang kukuh. Insan sebegini akan meningkatkan potensi
kecemerlangan diri demi negara tercinta. Jadi, generasi muda dapat menghindarkan diri
daripada terlibat dengan gejala negatif seperti gengterisme dan ragut.
Keamanan negara juga dapt dikekalkan sekiranya semangat tersebut disemai dalam
diri. Hal ini kerana melalui semangat nasionalisme, risiko berlakunya rusuhan kaum
disebabkan wujudnya rakyat berbilang bangsa seperti peristiwa 13 Mei dapat dikurangkan.
Maka, kerharmonian dan kesejahteran negara yang berkekalan dapat dipelihara.
Selanjutnya, semangat kebangsaan ini dapat memangkinkan hati rakyat untuk
menyumbangkan jasa kepada negara. Banyak pencapaian di peringkat antarabangsa telah
dikecapi oleh anak tempatan semata-mata kerana sayang akan negara. Misalnya, Dato
Nicol Ann David , pemain squasy antarabangsa telah mengharaumkan nama Malaysia di
pentas dunia bahkan memegang gelaran pemain nombor satu dunia paling lama.
Tambahan pula, semangat ini perlu ada bagi memartabatkan kedaulatan negara.
Rakyat yang berjiwa nasionalisme akan sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan
tanah air daripada ancaman musuh.
Nasionalisme turut dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara. Dengan
wujudnya semangat tersebut dalam diri, rakyat tidak akan teragak-agak untuk
menyumbangkan masa, tenaga dan harta serta memilih untuk bekerja di nagara sendiri
berbanding negara maju yang lain. Impaknya, ekonomi negara akan meningkat seterusnya
melancarkan pembangunan negara.
Jasa para pejuang terdahulu yang bersusah payah mempertahankan negara
daripada penjajah juga dapat dihargai dan dikenang jika nasionalisme dipupuk sejak
bangku sekolah. Sebagai contohnya, perjuangan Tok Janggut di Kelantan dapat dihayati
oleh modal insan sekarang untuk mengekalkan kemerdekaan tanah air.
Kesimpulannya, pihak kerajaan sewajarnya mengadakan lebih banyak program
seperti sambutan bulan kemerdekaan supaya dapat membangkitkan semangat
nasionalisme dalam diri pemuda pemudi nagara.

Anda mungkin juga menyukai