Anda di halaman 1dari 3

Sejambak mawar, seharum kasturi buat peneraju majlis, barisan panel hakim yang arif lagi

bijaksana, saudari penjaga masa yang cakna dengan randiknya, warga pendidik yang
bermisi seterusnya warga intelektual sekalian.

Salam sejahtera.

“ Masyarakat Patriotik Teras Kejayaan Budaya Kita”.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi ke 4, patriotik bermaksud perasaan cinta
yang kuat terhadap tanah air. Ia adalah satu perasaan semula jadi yang mendorong
seseorang untuk bekerja keras demi pembangunan negara, melindungi warisan dan budaya
serta negara daripada dimusnahkan oleh anasir luar. Teras kejayaan pula bermaksud
sesuatu yang menjadi asas agar berjaya mendapat hasil yang dikehendaki.

Hadirin Pencetus Revolusi Minda,

Pertama sekali, semangat persaudaraan membawa kejayaan negara tercinta.


Semangat patriotik lahir daripada semangat setiakawan. Walaupun berbeza asal keturunan,
kepercayaan agama dan akar budaya, namun rakyat Malaysia berpegang pada satu prinsip
yang sama iaitu Rukun Negara. Ini menuntut rakyat berfikir melepasi sempadan kaum dan
etnik masing-masing. Setiap sektor di Malaysia ini, rakyat berbilang kaum bekerja bersama-
sama untuk meningkatkan pencapaian negara. Pencapaian ini hanya boleh dicapai jika
semangat setiakawan wujud di antara rakyat berbilang bangsa dan semangat tersebut
perlulah ditanam dari kecil lagi.Ini dapat dibuktikan dengan pembentukan sekolah wawasan
yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira
kaum atau agama.

Pragmatik dewan sekalian,

Yang kedua, kemajuan ekonomi dinikmati, kemakmuran negara dikecapi.


Masyarakat patriotik dapat membangunkan ekonomi negara. Apabila negara kita stabil dari
segi politik, pelancong dan pelabur asing akan berkunjung dan berlabur di Malaysia.
Contohnya, baru-baru ini kita telah menerima berita bahawa pelaburan syarikat utama iaitu
Amazon Web Services yang bakal berlabur dengan anggaran RM25.5 bilion. Dengan
pelaburan seperti ini taraf ekonomi dan taraf hidup rakyat Malaysia akan turut meningkat.
Bayangkan negara kita kucar kacir dan sering berlaku pergaduhan antara kaum dan ini pula
menyebabkan pelabur dan pelancong tidak gemar untuk ke negara kita kerana
keselamatan mereka diancam.

Sidang saksi bermisi,

Semangat nasionalisme penting untuk mencapai negara aman dan sentosa.


Peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969 perlu dijadikan iktibar. Formula yang dicipta oleh
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Tan Siew Sin dan Tun Sambanthan adalah untuk
perpaduan. Ini adalah untuk memperkukuhkan perpaduan nasional. Semangat nasionalisme
boleh diwujudkan dari peringkat sekolah apabila pelajar dari pelbagai latar belakang
bertemu, bergaul dan membuat aktiviti bersama-sama. Keamanan disekolah akan diwarisi
sehingga dewasa. Kita adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati dan
dikongsi secara bersama. Segala pembangunan adalah limpahan daripada perpaduan kita.
Lihatlah apa yang berlaku pada negara-negara seperti Russia dan Ukraine sejak
kebelakangan ini. Peperangan berlaku antara kedua-dua negara ini menyebabkan berlaku
banyak kemusnahan. Rakyat menderita dan mengorbankan banyak nyawa.Perkara seperti
ini boleh dielakkan jika semangat perpaduan kuat.

Sidang Hadirin yang dirahmati sekalian,

Maka jelaslah disini bahawa semangat patriotisme tunggak kejayaan negara kita.
Saya ingin melengkapi syarahan saya dengan serangkap pantun

Gunung bernama Jajaran Titiwangsa,


Tegak kukuh dalam wawasan;
Perpaduan jalinan berbilang bangsa,
Ibarat tenunan tekat warisan.

Sekian, terima kasih.


“Masyarakat Patriotik Teras

Kejayaan Budaya Kita”

Anda mungkin juga menyukai