Anda di halaman 1dari 2

Salam perpaduan dan ‘SAYANGI MALAYSIAKU : MALAYSIA BERSIH.

Terima kasih tuan


pengerusi majlis, yang saya hormati, panel hakim yang arif lagi bijaksana serta sentiasa
menegakkan paksi kebenaran, warga pendidik yang budiman seterusnya hadirin-hadirat yang
saya kasihi. Masyarakat Sepakat Membawa Berkat begitulah tajuk pidato saya pada hari ini.

Masyarakat ialah komuniti terbesar di dalam kumpulan etnik yang berbagai-bagai-bagai kaum
di negara ini. Merujuk Kamus Dewan edisi keenam, sepakat membawa maksud hidup bersatu
padu dengan cara muafakat dan bersatu hati, Manakala membawa berkat pula bermaksud
mendatangkan kebaikan atau faedah. Masyarakat sepakat juga diklasifikasikan sebagai komuniti
yang memiliki persetujuan dan matlamat yang sama.Tuntasnya hidup saling bekerjasama akan
mendatangkan kebaikan kepada sesebuah masyarakat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kemajuan dan kemakmuran yang dicapai oleh sesebuah negara bermasyarakat majmuk seperti
Malaysia adalah berpaksikan permuafakatan yang lahir dari nurani yang suci. Kita perlu
berkerjasama dan saling membantu tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Perkara ini tidak
dapat disangkal lagi kerana pesanan nenek moyang masih segar dalam ingatan. Hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Dengan terbinanya
amalan bekerjasama antara kaum, maka akan wujudlah perpaduan dan kesejahteraan hidup.
Tanpa sikap tolak ansur dan bekerjasama, perbalahan dan pergeseran kaum mudah berlaku.

Sidang dewan yang saya kasihi,

Masih ingatkah anda wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh bekas Perdana menteri kita, Tun
Dr Mahathir Mohamad? Dalam cabaran yang kelima telah dinukilkan dengan jelas iaitu untuk
membangunkan masyarakat yang bertoleransi. Ini bermakna rakyat Malaysia yang pelbagai
kaum bebas mengamalkan adat istiadat, budaya dan agama tanpa sekatan dan kongkongan.
Masyarakat Tionghua tanpa canggung memakai baju kurung dan kebaya. Begitu juga masyarakat
Melayu betapa anggun mengenakan ceongsam dan sari. Keadaan inilah yang menonjolkan
keunikan negara Malaysia yang maju dan dibangunkan oleh rakyat yang berbilang kaum dan
agama.
Hadirin yang saya hormati,

Percayalah hidup berjiran amat membahagiakan. Kegiatan gotong royong, kenduri kendara serta
rumah terbuka melahirkan masyarakat yang bermuafakat.. Perlaksanaan Rukun Tetangga dan
Gagasan 1 Malaysia menambah cinta dalam masyarakat, Impaknya Laporan yang dikeluarkan
oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional menonjolkan bahawa sepanjang 2011
hingga 2014 peratus aduan tentang masalah keharmonian menurun daripada 63% kepada 45%.
Benar jugalah Bulat Air kerana Pembentung, Bulat Manusia kerana Bermuafakat. Jiran sepakat
membawa berkat./

Warga dewan yang setia,

Generasi hari esok adalah pewaris kepemimpinan hari ini. Institusi pendidikan memainkan
peranan penting untuk melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan mempunyai jati diri.
Seandainya sikap individualistik dan materialistik wujud di kalangan pelajar maka
berkemungkinan akan melahirkan prejudis terhadap rakan etnik yang lain. Melalui Dasar
Pendidikan Kebangsaan, unsur-unsur negatif ini dapat ditangani demi kepentingan perpaduan
nasional.

Genggamlah tangan erat-erat . Kita padukan semangat. Semoga marilah kita bersama-sama
bersatu mengekal dan mengukuhkan permuafakatan agar Masyarakat Sepakat Membawa Berkat.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai