Anda di halaman 1dari 1

Nama peserta: Nina Lim Hui Ying

Tajuk: Rakyat Bersatu, Negara Gemilang

Selamat sejahtera dan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, barisan
panel hakim yang arif lagi bijaksana, warga pendidik yang budiman dan seterusnya
para hadirin yang saya muliakan. “Rakyat Bersatu, Negara Gemilang” begitulah tajuk
syarahan saya pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Rakyat Bersatu negara gemilang bermakna satu keadaan di mana rakyat dari
pelbagai bangsa, agama dan budaya hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang
bersatu atau erti kata yang lain berganding bahu untuk membentuk negara yang
makmur dan cemerlang.

Hadirin yang dihormati,

Sudah melebihi dua tahun pandemic COVID-19 melanda, negara kita tidak
terlepas daripada pelbagai krisis dan masalah. Walaupun rakyat negara ini terpaksa
menghadapi pelbagai kesukaran, namun satu perkara yang membanggakan adalah
semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Hadirin yang dimuliakan,

Kita dapat lihat bagaimana barisan hadapan tanpa mengira kaum


memberikan khidmat yang paling baik untuk semua mangsa COVID-19. Semangat
perpaduan sudah menjadi satu trend yang sangat positif dan membuktikan
perpaduan rakyat negara ini ketika berdepan krisis adalah pada tahap yang sangat
memberangsangkan.

Hadirin sekalian,

Baru-baru ini, kerajaan telah melancarkan Rangka Tindakan Perpaduan


Negara. Menurutnya, warga pendidik dan ibu bapa memainkan peranan penting
untuk memupuk perpaduan. Melentur buluh biarlah dari rebung. Anak-anak umpama
sehelai kain putih. Warga pendidik bertanggungjawab mencorakkannya. Terapkan
nilai-nilai murni seperti sikap bekerjasama, toleransi dan semangat perpaduan dalam
kalangan anak.

Hadirin yang Budiman,

Penglibatan semua kaum dalam aktiviti sosial juga sangat digalakkan.


Gotong-royong membersihkan sekitar, bekerjasama mengadakan kenduri dan
ziarah-menziarahi semasa perayaan pasti dapat meningkatkan semangat perpaduan
antara kaum. Kukuh perpaduan, pasti akan terjalin ikatan yang padu.

Kesimpulannya, kita wajar mengakui kepentingan mengamalkan perpaduan


kaum dan kegemilangan sesebuah negara. Hargailah perjuangan tokoh-tokoh
kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman untuk menyemarakan semangat
perpaduan dalam jiwa kita.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai