Anda di halaman 1dari 13

MENGENAL HURUF VOKAL A,E,I,O,U

MENGGUNAKAN KAEDAH “DART ABJAD”


DALAM KALANGAN MURID PRASEKOLAH

DENNIS HA YEE HENG


SJKC CHUNG HUA LINGGA
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Masalah:
 Menerangkan kepada murid yang bermasalah mengecam dan membunyikan vokal
a,e,i,o,u.

 Boleh menyebut apa yang diajar oleh guru tetapi akan lupa dalam masa yang amat
singkat.

 Tahap perkembangan dalam pembelajaran adalah berbeza mengikut potensi


individu.
FOKUS KAJIAN

 Sukar untuk memperkenalkan kepada murid-murid yang bermasalah mengecam dan


membunyikan vokal a,e,i,o,u.

 Menerapkan unsur berbentuk mainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah


yang saya gunakan ialah “Dart Abjad”.

 Murid akan diperkenalkan dengan dart. Murid akan membaling dart ke papan abjad
yang tertera huruf abjad a,e,i,o,u. Apabila dart yang dibaling pada papan abjad murid
akan menyebut huruf vokal yang ditujui. Dalam masa yang sama, murid akan
mencari gambar bunyi awalannya yang sama dengan huruf vokal yang telah dibaling.
OBJKTIF KAJIAN

Objektif Umum
 Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mengecam dan
membunyikan vokal a,e,i,o,u. untuk murid prasekolah.

Objektif khusus
 Murid dapat mengenal dan mengingat huruf vokal a,e,i,o,u dalam masa yang
singkat.
 Murid dapat memadankan huruf vokal a,e,i,o,u dengan gambar.
 Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk
permainan.
KUMPULAN SASARAN

 Kajian ini melibatkan 3 orang murid daripada 7 orang murid prasekolah


yang belum menguasai membunyikan huruf vokal.
PELAKSANAAN KAJIAN

Tinjauan masalah

Dalam pelaksanaan kajian ini, kaedah tinjauan masalah yang telah dibuat
adalah berdasarkan kreteria berikut:

 Analisis dokumen.
 Pemerhatian.
Tindakan yang dicadangkan

 Langkah 1 : Memperkenalkan dart dan papan abjad dan menerangkan


kegunaannya.

 Langkah 2 : Membaling dart ke atas papan abjad dan menyebut huruf yang
vokal a,e,i,o,u.

 Langkah 3 : Membunyikan huruf vokal tersebut

 Langkah 4 : Mencari kad gambar yang mempunyai awalan vokal yang sama.

 Langkah 5 : Memberi ganjaran kepada murid.


Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

Langkah 1 : Memperkenalkan dart dan papan abjad dan menerangkan


kegunaannya.

u a

e i
o
 Guru menerangkan dart dan papan abjad serta kegunaannya.
 Guru menerangkan satu persatu sehingga semua murid faham dan ingat.
Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

Langkah 2: Membaling dart ke atas papan abjad dan menyebut huruf vokal
a,e,i,o,u.

 Murid membaling dart ke atas papan abjad.

 Murid menyebut huruf vocal yang telah dibaling.

 Aktiviti ini dilakukan sehingga mahir dan sebutannya tepat.


Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

Langkah 3 : Membunyikan huruf vokal tersebut

 Murid dikehendaki membunyikan huruf vokal tersebut.

 Murid akan membunyikan huruf vokal secara berulang-ulang.

 Memastikan bunyi yang disebut tadi adalah betul dengan huruf yang di baling.
Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

Langkah 4 : Mencari kad gambar yang mempunyai awalan vokal yang


sama.

 Murid dikehendaki mencari kad gambar yang mempunyai bunyi vokal yang
sama.
 Murid menunjukkan kad gambar, membunyikan vokal dan menyebut gambar
pada kad gambar berkaitan.
 Guru memastikan bunyi yang disebut adalah betul dengan kad gambar yang di
tunjukkan.
 Sekiranya murid melakukan kesilapan semasa membunyikan vokal, guru perlu
memperbetulkan kesilapan tersebut dengan segera.
 Aktiviti ini dilakukan sehingga mahir dan sebutannya tepat.
Contoh Kad Gambar Vokal

Contoh kad gambar vokal ‘o’ Contoh kad gambar vokal ‘a’ Contoh kad gambar vokal ‘e’

Contoh kad gambar vokal ‘u’ Contoh kad gambar vokal ‘i’
Pelaksanaan Tindakan yang akan dijalankan

Langkah 5 : Memberi ganjaran kepada murid

 Guru akan memberi ganjaran dalam bentuk sticker/ peralatan alat tulis dan
apa-apa bentuk ganjaran yang sesuai.

 Murid akan menampal sticker dalam carta yang dipamerkan dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai