Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN MENGAJAR Tarikh Masa Kelas Bilangan murid Mata Pelajaran Tajuk Pengajaran Pengetahuan Sedia Ada : 15.09.

2005 : 9.10 10.10 pagi : Era Minda : 10 orang : Bahasa Melayu (Pemulihan Khas) : Huruf-huruf Vokal : Murid-murid telah mempelajari huruf-huruf besar dan huruf-huruf kecil. Objektif Pengajaran : Di akhir pengajaran murid-murid boleh ;
1. Menama dan membunyikan huruf-huruf vokal berdasarkan slaid yang ditayangkan. 2. 3. Isi Pelajaran Nilai-nilai murni Memadankan gambar dengan huruf-huruf vokal. Menulis huruf-huruf vokal yang bersesuaian dengan gambar yang diberi.

: Huruf-huruf vokal a, e, i, o, dan u : Kesyukuran Bersyukur lepada Allah kerana dikurniakan Kesempurnaan fizikal dan mental Kerajinan -rajin : Slaid Ms Power Point, carta huruf-huruf vokal, kad-kad perkataan, kad-kad imbasan : 1. Buku Panduan Program Pemulihan Khas 2. Internet-http://members.fortunecity.com/uniforce/mediahtml.htm -http://www.uark.edu/dept/etec/resources/assure.html -http://images.google.com.my/images

Alat Bantu Mengajar Bahan Rujukan

Langkah Keselamatan : Pastikan murid-murid mengikut peraturan Makmal Komputer

Langkah Set induksi 5 minit

Isi Pelajaran Nyanyian hurufhuruf vokal a,e,i,o,u

Kaedah penyampaian 1.Guru menayangkan slaid MS Power Point dan mengajak murid-murid menyanyi lagu huruf-huruf vokal. 2.Murid melihat persembahan MS Power Point serta mengikut guru menyanyi lagu huruf huruf vokal. 3.Guru kemudian menerangkan bahawa murid-murid akan mempelajari huruf-huruf vokal dan meminta mereka memberikan sepenuh perhatian kepada pelajaran hari ini. Media : MS power point KBT : Kecerdasan pelbagai-Muzik

1 8 minit

Gambar-gambar yang berkaitan dengan hurufhuruf vokal.

1.Guru mempamerkan gambar-gambar yang berkaitan dengan huruf-huruf vokal. 2. Murid-murid menekanya. api ekor ular otak ikan

enam 3. Guru bercerita mengenai gambar sambil meminta murid-murid memberikan pendapat masing-masing tentang gambar berkenaan. KBT : Kemahiran berfikir kreatif dan kritis

2 8 minit

Gambar-gambar yang berkaitan dengan hurufhuruf vokal dan perkataanperkataan yang bermula dengan huruf vokal

1. Guru memandu murid-murid mengeja perkataanperkataan yang bermula dengan huruf-huruf vokal berdasarkan gambar yang diberi. 2. Murid-murid mengeja perkataan-perkataan yang diberi. 3.Guru memberi bimbingan dengan menekankan huruf-huruf vokal berwarna. 4. Latih-tubi murid-murid mengeja dan menyebut perkataan-perkataan tersebut. KBT : Kecerdasan pelbagai-Bahasa

3 12 minit

Aktiviti Berpasangan -memadankan kad-kad yang berkaitan huruf-

1. Guru mengedarkan kad-kad perkataan, gambargambar dan huruf-huruf kepada setiap pasangan. 2. Setiap pasangan dikehendaki memadankan kad-kad tersebut mengikut gambar, perkataan dan huruf yang betul.

huruf vokal 3. Pasangan yang dapat menyiapkan tugasan terpantas dan tepat diberi hadiah berupa sebatang pensil setiap seorang. Media : Kad-kad perkataan, gambar, kad huruf Nilai : Bekerjasama dan bantu membantu KBT : Kecerdasan pelbagai-Interpersonal

4 10 minit

Pembelajaran Interaktif

1. Murid-murid diminta memadankan gambar dengan memilih huruf yang bersesuaian dengannya menggunakan MS Power Point. 2. Guru memberi bimbingan. KBT : Kritis, Kecerdasan pelbagai Intrapersonal

5 12 minit

- Latihan bertulis

1. Guru mengedarkan lembaran kerja. 2. Murid-murid menulis huruf-huruf vokal yang bersesuaian dengan gambar-gambar yang diberi.

- Pengayaan

3 .Guru meminta murid-murid mencari perkataanperkataan yang bermula dengan huruf-huruf vokal yang terdapat di dalam bilik makmal. (guru telah meletakkan carta-carta dan kad perkataan di bahagian belakang dan hadapan makmal ) 4. Murid-murid yang berjaya menjumpai sekurang-kurangnya dua kad perkataan dan tepat dengan kehendak arahan guru diberi hadiah pemadam. Media : Lembaran kerja, carta perkataan KBT : Kecerdasan pelbagai-Intrapersonal

Penutup 5 minit

Rumusan Nyanyian hurufhuruf vokal

1.Guru membimbing murid membuat rumusan tentang pelajaran hari ini. 2. Menyanyi lagu Huruf-huruf Vokal bersama-sama. Media : MS power point KBT : Kecerdasan pelbagai Muzik

KESIMPULAN Murid dapat mengenal huruf-huruf vokal dengan cara; # # # menamakan dan membunyikan huruf-huruf vokal. memadankan gambar-gambar dengan perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf-huruf vokal menulis huruf-huruf vokal di tempat yang sesuai berdasarkan gambar yang diberi

PENILAIAN # murid-murid dapat memilih huruf-huruf vokal yang sesuai berdasarkan gambar yang diberi dengan betul (pembelajaran interaktif) # murid-murid dapat menulis huruf-huruf vokal di tempat yang sesuai berdasarkan gambar yang diberi dengan betul TUGASAN # # # Latihan memadankan kad-kad perkataan, huruf-huruf vokal dan gambar-gambar secara berpasangan Latihan memilih huruf-huruf vokal yang sesuai berdasarkan gambar yang diberi pembelajaran interaktif Menulis huruf-huruf vokal di tempat yang sesuai berdasarkan gambar yang diberi lembaran kerja ULASAN DIRI # Kami berasa tercabar, seronok serta bersungguh-sungguh dalam

menyediakan RPH ini walaupun pada mulanya terasa sukar untuk memahami model ASSURE yang diberi. Akhirnya dengan berkat kesabaran serta tunjuk ajar pensyarah pembimbing, kami dapat menyiapkan tugasan ini.

Anda mungkin juga menyukai